Вы находитесь на странице: 1из 6

Jurnal Reflektif Mingguan

Jurnal Minggu Pertama

(25 Julai hingga 29 Julai 2016 )

1. Isu / Peristiwa/ Masalah yang difokuskan

Minggu pertama saya berada di Sekolah Kebangsaan Perempuan Methodist bagi


menjalani praktikum fasa ketiga. Sekolah ini terletak di bandar Seberang Jaya. Saya
bersama dua orang rakan dari IPG lapor diri dan berjumpa dengan pihak pentadbiran.
Seterusnya kami diberi taklimat sekolah. Saya telah diberikan jadual waktu pengajaran
sepanjang praktikum fasa 3 bermula daripada 25 Julai 2016 hingga 21 Oktober 2016. Kelas
yang diamanahkan untuk saya adalah tahun 3B,3P,3H,3K.

2. Pandangan dan perasaan terhadap isu/ masalah/ peristiwa

Saya berasa amat seronok kerana naluri hati saya mengatakan bahawa saya akan
buat yang terbaik dalam tempoh masa tiga bualn ini. Pada minggu pertama saya telah
menjalani pemerhatian di kelas tahun 2K semasa guru pembimbing menjalani pengajaran
matematik. Sewaktu menjalani pemerhatian saya berpeluang untuk merasai situasi sebenar
di dalam bilik darjah.

3. Analisis isu/ masalah/ perisitwa

3.1 Punca/ sebab

Saya berasa gementar untuk berhadapan dengan guru-guru dimana mempunyai


banyak pengalaman dalam menghadapi karenah murid seterusnya mendidik anak murid
dengan baik.

3.2 Kekuatan/ kelemahan

Kekuatan:

(i) Murid memberikan kerjasama yang baik dan melibatkan diri dengan aktif.
(ii) Saya telah berbincang dengan guru kelas tahun 2 mengenai latar belakang
murid dan prestasi mereka.
(iii) Murid patuh kepada arahan guru sekiranya arahan yang diberikan adalah
jelas dan tepat.

Kelemahan:
(i) Saya berasa gementar untuk berhadapan dengan murid dan juga guru
pembimbing saya sewaktu mengendalikan PdP nanti.

4. Cadangan idea untuk menyelesaikan

Saya harus memberanikan diri untuk berhadapan dengan murid dan situasi sebenar
di dalam bilik darjah. Bukan itu sahaja, saya juga harus membuat perancangan awal
sebelum memasuki kelas. Perancangan akan membantu saya mencapai objektif
pembelajaran pada hari tersebut. Di samping itu, dapat mengenalpasti kekuatan, kelemahan
dan penambahbaikan dalam PdP yang dijalankan.

5. Tempoh masa ditetapkan untuk menyelesaikan masalah

Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu yang akan datang.
Saya perlu menguruskan tingkah laku murid dengan lebih baik agar mereka dapat menjalani
proses pembelajaran yang lebih berkesan dan memberi makna kepada mereka. Dalam
tempoh ini saya akan cuba memahami sikap mereka dan memberi nasihat kepada mereka
supaya tidak mengikuti tingkah laku yang tidak diingini.

6. Pelaksaan langkah-langkah penambahbaikan

Membuat pembacaan tambahan dan mengetahui melalui pengalaman guru-guru di


sekolah. Saya akan berbincang dengan guru kelas untuk mengetahui lebih lanjut maklumat
diri dan keluarga serta prestasi murid tersebut.

7. Tindakan susulan.

Saya akan mendapatkan pandangan dan nasihat guru pembimbing saya. Saya
meluangkan masa untuk berkenalan dengan sikap dan tingkah laku mereka supaya dapat
mengenali murid-murid yang memerlukan bimbingan guru apabila diperlukan.

8. Kesimpulan / Refleksi

Saya akan berusaha bersungguh-sungguh dan membuat sebaik yang saya boleh
sepanjang praktikum ini agar saya dapat belajar sesuatu ilmu dan kemahiran yang baru dan
berguna.
Jurnal Reflektif Mingguan

Jurnal Minggu ketiga

( 29 Jun hingga 3 Julai 2015 )

Isu : MASALAH PENGURUSAN MASA

1. Isu / Peristiwa/ Masalah yang difokuskan

Sepanjang menjalankan proses pengajaran dalam masa tiga minggu ini, saya telah
mendapati pengurusan masa yang tepat sebagaimana yang saya telah rancangkan.
Terdapat aktiviti yang telah dirancang tidak dapat dijalankan kerana tidak cukup masa. Hal
ini menimbulkan masalah bagi saya untuk mencapai objektif, khususnya objektif yang akhir
dalam sesi pengajaran dan pembelajaran pada hari-hari tertentu.

2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu)

Masalah ini timbul kerana aktiviti perbincangan secara kumpulan yang telah saya
jalankan itu ada kalanya telah melebihi masa yang ditetapkan. Didapati pelajar-pelajar
mengambil masa yang agak lama untuk menyiapkan hasil perbincangan kerana murid-murid
tidak fokus semasa guru memberikan arahan. Mereka juga sering bermain-main semasa
guru sedang memberi penerangan di hadapan kelas. Punca perkara ini berlaku ialah murid
sentiasa hilang tumpuan dalam apa jua aktiviti. Guru terpaksa menasihati murid dahulu
sebelum sesuatu aktiviti dijalankan. Ini kerana, sekiranya guru menerangkan arahan semasa
murid sedang bermain-main, tiada siapa yang akan memahami arahan tersebut. Jadi untuk
menyediakan murid kepada pdp memerlukan masa yang agak lama seperti 5 minit untuk
menyediakan murid agar besedia mengikuti proses pdp.

3. Kajian Lampau (Literature Reiview) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian Lepas) :

Menurut kajian dalam Mok Soon Sang (2008), keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah banyak bergantung kepada corak interaksi guru dengan
murid, murid dengan murid, dan murid dengan bahan pengajaran. Good,1973 : Pengurusan
masa ialah perancangan masa yang berkesan sama ada secara harian,mingguan atau
jangka masa yang panjang untuk memberikan masa bagi aktiviti Kuliah,belajar ,rehat,
riadah,dan tanggungjawab. Kajian kes : Seorang guru Bahasa Melayu masuk ke bilik darjah
dua puluh minit lewat.Beliau mengajar secara tergopoh gapah kerana ingin menghabiskan
masa,beliau tidak memberi peluang untuk menyoal atau melakukan sesi perbincangan
mengenai topik yang ingin diajar. Adakalanya, beliau terpaksa mengambil waktu yang
berikutnya kerana perlu menyelesaikan tugasnya serta menghabiskan sukatan pelajaran.

4. Cadangan dan Idea penyelesaian masalah

Jadi, saya merancang sesuatu untuk mengubah dan membaiki masalah ini supaya
tidak berulang lagi. Antaranya ialah memudahkan aktiviti yang dirancang. Kemudian
mengurangkan tahap hasil pembelajaran yang ingin dicapai serta menambahkan sesuatu
yang menarik untuk set induksi supaya fokus murid dapat ditarik ke dalam pdp. Saya juga
memikirkan untuk menggunakan ganjaran seperti murid mengecop 'very good' setelah
berjaya menyiapkan tugasannya.
5. Tempoh masa penyelesaian :

1 minggu

6. Tindakan susulan

Langkah-langkah yang perlu saya usahakan untuk mengatasi masalah ini adalah
membaca buku-buku yang berkaitan dengan penerangan masa dalam sesuatu proses
pengajaran dan pembelajaran agar dapat menguruskan masa dengan lebih sempurna. Saya
juga akan menyediakan plan A dan plan B pada waktu-waktu tertentu terutama pada hari
hari yang terlibat dengan perhimpunan sekolah supaya proses pengajaran dan
pembelajaran dapat berjalan lancar dengan masa yang telah dirancangkan. Bagi
memastikan bahawa aktiviti perbincangan secara berkumpulan tidak melebihi masa yang
telah ditetapkan, saya akan sentiasa mengingatkan pelajar tentang masa yang ada dan
meminta wakil bagi setiap kumpulan membuat laporan dalam masa yang telah ditetapkan.
Sekiranya perbincangan menyentuh topik yang sama, saya akan memilih beberapa hasil
perbincangan yang terbaik sahaja akan dibentangkan. Dalam masa yang sama, saya akan
mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada pensyarah pembimbing disamping
berbincang dengan rakan-rakan yang lain.

7. Keberkesanan langkah yang dicadangkan

Tindakan yang telah dilaksanakan dengan menggunakan cadangan penyelesaian


yang telah saya kenal pasti telah memberi impak yang positif, ini dapat dilihat dengan saya
dapat menyiapkan sesi pengajaran dan pembelajaran pada masa yang ditetapkan. Lebih
kurang 80% rph dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Вам также может понравиться