Вы находитесь на странице: 1из 17

PENGGUNAAN "MUKA JAM" BAGI MENINGKATKAN PENGUASAAN SIFIR

ENAM DALAM KALANGAN MURID TAHUN 3


Oleh
Kasthuri Devi A/P Angamuthu
taranya2675@hotmail.com

ABSTRAK
Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk mengkaji kesan penggunaan
"Muka Jam" bagi meningkatkan penguasaan sifir enam. Penyelidikan tindakan ini
memberi peluang kepada saya untuk menambahbaik amalan pengajaran saya
dalam mata pelajaran matematik. Dalam penyelidikan tindakan ini, saya telah
menggunakan pelbagai kaedah pengumpulan data seperti permerhatian, temu
bual, ujian, analisis dokumen dan rekod kemajuan. Selain itu, saya telah membuat
penganalisisan data melalui analisis kandungan. Triangulasi kaedah dan sumber
dilaksanakan untuk menyemak data. Hasil analisis data mendapati kaedah
penggunaan "Muka Jam" mendatangkan kesan yang positif terhadap pencapaian
tiga orang murid berkenaan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kaedah "Muka
Jam" telah membantu tiga orang murid dalam menguasai operasi darab.
Penyelidikan tindakan ini telah menambah baik teknik pengajaran saya dalam
topik pendaraban.
Kata kunci : kaedah muka jam, sifir, operasi darab, murid Tahun 3 .

ABSTRACT

The purpose of this research is to study the effects of "Muka Jam" method to help
three pupils in year 3 to mastering the times table.Besides that, this research also
provide me the opportunity to improve my teaching and learning practices in
mathematics.In this action research,various methods in collecting data,such as
observation , interviews ,test,document analysis and student progress record were
used.Thus,the analysis of data was conducted using content analysis.Method and
respondens triangulation were used to check the data.The analysis of data
showed that the "Muka Jam" method has a positive effect on the three pupils
achievement in times tables. The findings of the research indicated that"Muka
Jam" enable the three pupils in year 3 mastering multiplication.Moreover,this
action research had improved my teaching technique on the topic of
multiplication.

Keyword : Muka jam method, times tables, basic facts of multiplication, Year
three students.
PENGENALAN

Konteks
Saya merupakan seorang guru pelatih kumpulan Program Pensiswazahan Guru (PPG)
Matematik Pendidikan Rendah ambilan Jun 2011 di Institut Pandidikan Guru Kampus Tun
Hussiein Onn (IPG THO). Saya merupakan Guru Cemerlang Matematik yang sedang
mengajar di sebuah sekolah Tamil yang terbesar di Daerah Kluang, Johor . Saya ditugaskan
untuk mengajar mata pelajaran matematik bagi Tahun 3 yang mempunyai 30 orang murid .
Kelas ini merupakan kelas yang terbaik di antara dua kelas Tahun 3.

Refleksi Pengalaman Pengajaran dan Pembelajaran Lalu


Dalam pengajaran yang lalu, saya telah mengajar murid-murid Tahun 3 tentang topik
darab dan bahagi. Selepas saya selesai mengajar topik tolak, saya mula memasuki topik
pendaraban. Di sinilah masalah saya bermula di mana murid-murid menghadapi masalah
dalam menghafal sifir. Saya mendapati ramai murid tidak menghafal sifir. Semasa saya
memberikan soalan sifir, murid tidak dapat menjawab secara spontan.
Murid-murid telah menghadapi masalah dalam melakukan algoritma melibatkan
pendaraban. Untuk menjawab soalan, murid telah membina sifir dengan tambah berulang di
tepi soalan. Murid-murid telah mengambil masa yang lama untuk menjawab soalan yang
melibatkan pendaraban dan pembahagian. Pada pandangan saya, murid perlu menguasai sifir
kerana sifir merupakan aspek yang asas dalam semua topik matematik. Masalah yang
dihadapi oleh murid-murid menarik perhatian saya untuk mengkaji tindakan yang boleh
membantu murid dalam penguasaan sifir.

Fokus Kajian
Dalam penyelidikan tindakan ini, saya memberi fokus atau keprihatinan saya dalam
penambahbaikkan amalan pengajaran dan pembelajaran saya dalam membantu murid Tahun 3
untuk menguasai operasi darab melalui kaedah Muka Jam .
Tinjauan awal yang dilakukan sebelum pelaksanaan kajian saya ialah ujian sifir. Saya
telah menyediakan ujian sifir yang terdiri daripada soalan sifir 2 hingga 6 mengikut urutan
dan memperuntuk masa selama 10 minit kepada kelas Tahun 3 untuk menjawab ujian sifir.
Terdapat murid yang melakukan kesalahan penambahan nombor secara berulang untuk
mendapat hasil darab. Mereka telah mengetahui bahawa konsep darab adalah hasil daripada
tambah berulang. Sekiranya salah satu jawapan ditambah salah, maka jawapan seterusnya
juga akan salah akibat penambahan nombor yang salah.
Rajah 1 : Hasil kerja murid dalam Ujian Diagnostik

Objektif Kajian
Kajian ini dijalankan untuk menentukan keberkesanan penggunaan Muka Jam ke atas
murid-murid Tahun 3 bagi membantu meningkatkan penguasaan operasi darab dalam sifir 6.

Persoalan kajian
Kajian ini dijalankan untuk menjawab persoalan kajian berikut:
i. Adakah penggunaan "Muka Jam" dapat membantu murid Tahun 3 dalam meningkatkan
penguasaan sifir darab yang melibatkan sifir 6?
ii. Bagaimana penggunaan "Muka Jam" dapat membantu murid Tahun 3 meningkatkan
penguasaan darab yang melibatkan sifir 6?
PERANCANGAN DAN PELAKSAANAN TINDAKAN

Susan Jarema (2007) telah menyatakan bahawa pembelajaran pendaraban dan


menghafal sifir darab merupakan pembinaan blok untuk topik-topik matematik lain seperti
bahagi, pecahan dan algebra. Menurut beliau, sifir bukan sahaja membantu dalam bidang
akedemik, Saya juga sentiasa menggunakan pendaraban dalam kehidupan seharian. Menurut
beliau, teknik yang menyeronokkan diperlukan untuk membantu kanak-kanak menghafal sifir.
Menurut Kamaliah Aminah (2006), kaedah konvensional yang biasa digunakan oleh guru-
guru adalah penghafalan sifir secara latih tubi dalam menguasai sifir. Penghafalan sifir ini
juga hanya sesuai bagi sesetengah murid dan tidak praktikal bagi murid yang mempunyai
masalah lemah daya ingatan. Mereka akan merasakan mengingati dan menguasai sifir adalah
perkara yang sangat sukar.

Perancangan Tindakan

Setelah mengenalpasti masalah responden ,saya merancang satu tindakan sebagai rawatan
kepada murid yang bermasalah. Sebagai perancangan awal, saya membuat pemilihan Muka
Jamyang dirasa sesuai untuk responden. Carta prosedur pelaksanaan adalah seperti berikut:

Rajah 2 : Carta prosedur pelaksanaan

Ujian Diagnostik Ujian Sebelum


Rawatan

Ujian selepas
Pelaksanaan rawatan
tindakan

Pelaksanaan Tindakan

Saya telah mendapat kebenaran daripada ketiga-tiga responden saya untuk melibatkan diri
mereka dalam kajian ini. Saya telah memperkenalkan kaedah "Muka Jam pada setiap sesi
pengajaran saya. Penyelidikan tindakan ini dilaksanakan di bilik darjah untuk 2 Sesi
pengajaran dan pembelajaran Tempoh pelaksanaan penyelidikan tindakan ini adalah dari 9
Julai 2014 hingga 3 Ogos 2014.

Rajah 3 : Prosedur pelaksanaan tindakan

Murid sedang menjawab ujian pra.


Guru sedang menjalankan rawatan
penggunaan "Muka Jam"

Murid sedang membina sifir 6 Murid sedang menjawab ujian pra

Langkah-langkah pembinaan Muka Jam adalah seperti berikut:

Langkah 1 : Membuat bulatan (menyerupai muka sebuah jam)


Langkah 2 : Isikan nombor dalam bulatan.( 1 hingga 12 seperti dalam jam)
Langkah 3 : Ingat arah ikut jam.
Langkah 4 : Tuliskan minit di tepi nombor.(cth di tepi nombor 1 tuliskan 5 minit)
Langkah 5 : Tambahkan nombor dan minit untuk membentuk sifir 6.(cth.1+5 =6)
Rajah 4 : Carta aliran cara membina Muka Jam bagi sifir enam

METODOLOGI
Responden Kajian

Kajian ini melibatkan saya dan 3 orang murid Tahun 3. Selari dengan definisi penyelidikan
tindakan, saya terlibat secara langsung dalam kajian.Semua murid yang terlibat adalah murid
perempuan yang berbangsa India. Berdasarkan penilaian Ujian Pertengahan Tahun yang
dijalankan pada 2014, murid yang dipilih adalah murid yang mendapat markah yang kurang
dari 50%. Setiap murid mempunyai tahap penguasaan sifir yang berbeza.

Etika Penyelidikan

Sebelum saya memulakan kajian ini, saya telah memohon kebenaran daripada pihak sekolah.
Kemudian, saya mendapatkan kebenaran daripada 3 orang responden. Penerangan diberikan
agar mereka memahami objektif dan hak sebagai responden.
Teknik Mengumpul Data

Saya telah menggunakan lima jenis kaedah pengumpulan data dalam kajian saya iaitu, analisis
dokumen, pemerhatian, ujian-ujian penilaian, rekod kemajuan dan temu bual. Kelima-lima
kaedah pengumpulan data ini dapat membantu saya dalam menjawab persoalan-persoalan
kajian penyelidikan saya.
Analisis dokumen

Saya telah menganalisis refleksi rancangan pengajaran, lembaran kerja dan buku latihan
murid yang bertajuk darab hingga 100 000 dan bahagi hingga 100 000 untuk memahami
masalah dan kesilapan murid. Saya telah menganalisis lembaran kerja yang diberi selepas
rawatan. Selepas kajian, saya juga menganalisis buku latihan murid. Buku latihan murid
dianalisis untuk mengenalpasti sama ada murid dapat melakukan operasi darab dan bahagi
dengan betul dan tepat.

Pemerhatian

Pemerhatian dijalankan ke atas tingkah laku murid-murid sebelum, semasa, dan selepas
penyelidikan tindakan dijalankan. Saya telah memerhati tingkah laku responden semasa
penglibatan mereka dalam pembelajaran membina "Muka Jam". Pemerhatian yang dilakukan
adalah secara tidak berstruktur yang berupa catatan bebas. Selepas rawatan, saya menjalankan
pemerhatian berstruktur berdasarkan kepada aspek-aspek yang terdapat di dalam borang
pemerhatian. Ini bertujuan untuk melihat minat belajar murid, tingkah laku dan tindak balas
murid sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran selepas rawatan dijalankan.
Ujian-ujian Penilaian

Saya menggunakan dua set soalan ujian, iaitu Ujian Pra dan Ujian Pasca untuk mengukur
tahap penguasaan sifir setiap responden. Soalan ujian terdiri daripada 50 soalan operasi darab.
Prestasi murid dalam ujian ditunjukkan oleh markah yang mereka perolehi dalam ujian pra
dan ujian pasca. Perbezaan antara ujian pra dan ujian pasca menunjukkan peningkatan prestasi
murid dan keberkesanan penggunaan "Muka Jam".
Rekod Kemajuan

Catatan kemajuan yang dicapai oleh responden sepanjang proses pembelajaran telah dicatat
melalui rekod kemajuan murid. . Melalui rekod ini, saya membuat refleksi terhadap kemajuan
murid, merancang dan mengambil langkah yang seterusnya untuk membantu murid. Akhirnya
rekod ini memberi maklumat kepada saya sama ada responden mencapai objektif
pembelajaran dan kajian ini boleh ditamatkan atau disebaliknya.

Temu bual

Saya telah menggunakan temu bual untuk mendapatkan gambaran yang menyeluruh tentang
penggunaan kaedah "Muka Jam".Saya telah menjalankan sesi temubual selepas rawatan
dijalankan. Sesi temubual dijalankan ke atas responden untuk memperoleh maklum balas
terhadap perubahan tingkah laku, perasaan dan kefahaman responden tentang pembinaan
"Muka jam ". Temu bual dijalankan terhadap ketiga-tiga orang responden yang dipilih.

Teknik Menganalisis Data

Analisis kandungan

Analisis kandungan digunakan untuk membuat analisis bagi data berbentuk dokumen, data
pemerhatian, rekod kemajuan dan temu bual. Bagi data berbentuk dokumen pula, saya
menganalisis kandungannya berdasarkan refleksi rancangan pengajaran dan pencapaian yang
diperoleh oleh setiap responden. Dari segi pemerhatian, saya telah membuat penganalisisan
nota lapangan bagi setiap rawatan saya laksanakan. Analisis rekod kemajuan dibuat dengan
melihat kemajuan yang dicapai oleh semua responden. Bagi data temu bual, saya telah
meneliti transkrip perbualan antara saya dengan responden saya.

Analisis Pola

Saya menganalisis kesalahan jawapan yang dilakukan oleh responden. Saya menganalisis
daripada pola tentang sama ada tindakan saya ini berkesan dan sejauh mana tindakan ini
serasi dengan hasrat saya.

Teknik Menyemak Data


Penyemakan data penting untuk mendapatkan kesahan data yang telah dikumpul. Teknik
triangulasi digunakan untuk mengesahkan hasil dapatan dan keputusan penyelidikan yang
dijalankan. Dalam penyelidikan ini, kerja penyemakan data telah dijalankan oleh saya dengan
menggunakan triangulasi kaedah dan triangulasi sumber.

Triangulasi kaedah

Bagi triangulasi kaedah, iaitu penggunaan kaedah yang berbeza untuk mengumpul data
daripada responden penyelidikan tindakan saya yang sama. Saya telah menggunakan beberapa
jenis kaedah seperti pemerhatian, temu bual, ujian, rekod kemajuan dan analisis dokumen
untuk memastikan kredibiliti data yang saya kumpul.
Triangulasi sumber

Saya juga meminta guru matematik yang lain untuk menyemak lembaran kerja dan ujian
penilaian responden untuk memastikan semakan adalah konsistensi dan tiada bias. Ini dapat
menjamin kesahan dan kebolehpercayaan data saya.

REFLEKSI
Refleksi Dapatan

Adakah penggunaan "Muka Jam" dapat membantu murid Tahun 3 dalam


meningkatkan penguasaan sifir darab yang melibatkan sifir 6 ?

Persoalan pertama kajian ini diukur berdasarkan instrument Ujian Pra dan Ujian Pasca
yang melingkui 50 soalan sifir. Ujian pra telah dijalankan sebelum rawatan. Selepas
pelaksanaan "Muka Jam" dalam proses PdP matematik, ujian pasca telah dilaksanakan kepada
ketiga-tiga responden. Jadual di bawah menunjukkan markah dalam kedua-dua ujian yang
dijalankan.

Jadual 1 : Perbandingan keputusan Ujian Pra dan Ujian Pasca

Peserta Ujian Pra (%) Ujian Pasca (%) Markah Peningkatan (%)
P1 46 88 + 42
P2 42 92 + 50
P3 56 100 + 44

Daripada jadual , satu graf dihasilkan bagi menunjukkan perbandingan sebelum dan selepas
penggunaan "Muka Jam" dalam PdP matematik untuk membantu 3 orang responden dalam
menguasai operasi darab. Rajah merunjukkan perbandingan keputusan markah bagi ujian pra
dan ujian pasca dalam bentuk graf.
Rajah 5 : Graf Perbandingan Markah Ujian Pra dan Ujian Pasca

100
90
80
70
60
50
Markah Ujian (%)
40
Ujian Pra Ujian Pasca
30
20
10
0
P1 P2 P3
Responden

Daripada rajah, didapati terdapat peningkatan markah yang ketara bagi ketiga-tiga responden.
Ini menunjukkan bahawa kaedah "Muka Jam" berkesan dalam membantu murid dalam
meningkatkan penguasaan sifir 6. Markah yang tertinggi semasa Ujian Pasca ialah 100%. Ini
menunjukkan bahawa murid dapat menguasai operasi darab dengan kaedah "Muka Jam"
tanpa melakukan kesilapan. Bagi markah terendah untuk ujian pasca adalah 88% .

Bagi memperkukuh hasil dapatan peningkatan markah ujian, saya telah mengira perbezaan
min antara ujian pra dan ujian pasca. Min skor bagi ujian pra peserta ialah 48% dan min skor
bagi ujian pasca peserta ialah 93.3%. Perbezaan min antara ujian pra dan pasca bagi
keseluruhan responden adalah sebanyak 45.3%. Dapatan ini membukitkan dengan jelas
bahawa responden yang menjalani proses pengajaran dan pembelajaran dengan
menggunakan kaedah "Muka Jam" dapat menguasai sifir 6 dengan baik.

Dapatan ini juga disokong oleh data melalui temu bual. Saya telah mengadakan temu bual
dengan ketiga-tiga responden untuk mengetahui respon mereka terhadap kaedah "Muka Jam".
Melalui temu bual yang dijalankan, saya mengetahui bahawa penggunaan "Muka Jam" telah
membantu responden dalam menguasai sifir 6. Hal ini terbukti apabila P1, P2 dan P3
menjawab soalan saya bahawa mereka suka menggunakan kaedah "Muka Jam" dan "Muka
Jam" dapat membantu mereka menguasai sifir 6.
Rajah 6 : Saya sedang menjalankan temu bual dengan P1

Guru : Suka tak anda gunakan teknik itu?


Murid : Suka
Guru : Adakah cara ini bantu anda menghafal sifir 6?
Murid : Ya.
(Transkrip Temu bual P1)
Guru : Sukakah kamu menggunakan teknik itu dalam membina sifir 6?
Murid : Suka.
Guru : Cara ini ada bantu kamu hafal sifir 6 tak?
Murid : Bantu
(Transkrip Temu bual P2)

Guru : Anda sukakah teknik yang cikgu memperkenalkan?


Murid : Ya.
Guru : Mengapakah kamu rasa suka?
Murid : Sebab dia senang dihafal.
Guru : Pada pendapat kamu, adakah ini membantu anda menghafal sifir 6?
Murid : Ya.
(Transkrip Temu bual P3)
Berdasarkan data yang diperolehi melalui ujian pra dan ujian prasca serta dapatan temu bual,
ini menujukkan bahawa penggunaan "Muka Jam" dapat membantu murid dalam
meningkatkan penguasaan sifir 6.

Bagaimana penggunaan "Muka Jam" dapat membantu murid Tahun 3 dalam


meningkatkan penguasaan sifir 6 ?

Melalui hasil daripada pemerhatian dengan P1, P2, P3, saya mendapati bahawa P1, P2 dan P3
berasa seronok dan minat PdP yang dijalankan semasa rawatan. Semasa rawatan kedua, P1,
P2 dab P3 lebih menumpu perhatian berbanding dengan rawatan 1. Ketiga-tiga responden
bekerjasama dan mendengar arahan semasa rawatan diberi. Dalam rawatan yang diberi, saya
mendapati bahawa P1, P2 dan P3 telah dapat meningkatkan kemahiran membentuk "Muka
Jam" melalui latih tubi .

Berdasarkan modul Pembelajaran Secara Konstruktivisme (2001) yang dikeluarkan oleh Pusat
Perkembangan Kurikulum, dalam pembelajaran secara tradisional, murid akan diberi banyak
latihan untuk mengukuhkan konsep. Ini bermakna, murid diberi latih tubi supaya mahir
mengenai sesuatu konsep. Latihan membina sifir secara berterusan membolehkan responden
dapat mahir dalam pembinaan "Muka Jam".

Rajah 7 : Latihan membina "Muka Jam" semasa sesi rawatan

Melalui analisis borang pemerhatian, ketiga-tiga responden menunjukkan perubahan tingkah


laku. Ketiga-tiga responden menunjukkan tingkah laku yang positif terhdap PdP. Semua
responden memberi tumpuan yang penuh dan berfokus sepanjang PdP. Tingkah laku yang
positif membolehkan murid mempelajari dengan berkesan pada setiap PdP. Ini menunjukkan
bahawa responden lebih berminat dalam PdP matematik selepas rawatan. Menurut Mohd Zain
Mukmin (1984, seperti yang dinyatakan dalam Zainudin Abu Bakar & Mohd. Rashidi Mat
Jalil, 2011), kelemahan pelajar di dalam matematik adalah kerana pelajar tidak dapat
menguasai fakta asas darab. Apabila fakta asas darab dikuasai, matematik akan
menjadi satu mata pelajaran yang mudah.

Melalui analisis buku latihan yang dijalankan selepas rawatan, mendapati bahawa responden
menggunakan kaedah "Muka Jam" ketika menjawab soalan bahagi . Responden dapat
menjawab soalan yang berkaitan dengan bahagi dengan betul dengan menggunakan kaedah
"Muka Jam" yang diajar. Ini terbukti bahawa penggunaan kaedah "Muka Jam" dapat
membantu responden menguasai sifir 6 tanpa membina sifir dengan tambah berulang.

Rajah 8: Latihan murid semasa menjawab soalan bahagi.

Melalui transkrip temu bual, saya mendapati bahawa penggunaan "Muka Jam" dapat
meningkatkan penguasaan sifir darab. Ini terbukti apabila ketiga-tiga responden menjawab
soalan saya bahawa mereka yakin membuat operasi darab dan bahagi dengan kaedah"Muka
Jam". Semua responden berpendapat bahawa cara ini lebih senang berbanding cara menghafal
sifir. Responden juga menyatakan bahawa mereka akan menggunakan cara ini dalam masa
depan. Responden juga menyatakan bahawa mereka akan berkongsi ilmu "Muka Jam" dengan
kawan-kawan lain yang menghadapi masalah sifir.

Ini menujukkan bahawa penggunaan kaedah "Muka Jam" amat membantu responden dalam
menguasai sifir sehingga responden ingin berkongsi ilmu pengetahuan yang diperolehi
dengan kawan yang menghadapi masalah yang sama. Melalui dapatan kajian ini telah
membuktikan bahawa penggunaan kaedah "Muka Jam" telah membantu murid menguasai
sifir dengan jayanya. Hasil dapatan kajian yang diperolehi membuktikan bahawa penggunaan
"Muka Jam" telah membantu murid dalam menguasai operasi darab.
Refleksi Penilaian Tindakan

Selepas saya melaksanakan penyelidikan tindakan ini, saya mendapati bahawa kaedah "Muka
Jam" ini berjaya membantu responden menguasai operasi darab. Pengenalan "Muka Jam"
memberi impak yang positif dalam membantu responden.

Saya telah berjaya menerapkan keyakinan diri dalam kalangan responden. Daripada lembaran
kerja murid, saya mendapati kesilapan responden telah berkurang selepas menggunakan
kaedah "Muka Jam". Responden juga berani untuk menjawab soalan yang dikemukakan oleh
guru di depan kelas. Ini membuktikan bahawa keyakinan responden telah meningkat. Saya
berasa amat gembira kerana usaha yang dilaksanakan telah mendapat keputusan yang
memuaskan. Secara keseluruhan, saya memperoleh gambaran tentang kaedah pengajaran
yang baharu dalam membantu murid menghafal sifir.

Refleksi Pembelajaran Kendiri

Sebelum saya memperkenalkan kaedah "Muka Jam", kebanyakan murid-murid saya


mengalami kesukaran untuk menghafal sifir. Saya mengalami kesusahan untuk mengajar
mereka dan pembelajaran saya tidak dapat diteruskan disebabkan mereka masih lemah dalam
darab. Justeru, saya mencari satu alternatif untuk membantu mereka. Kaedah "Muka Jam"
yang diperkenalkan dapat membantu murid menyelesaikan soalan dengan cepat dan tepat.
Penyelidikan tindakan ini telah memberi kesedaran kepada saya bahawa pentingnya membina
konsep matematik terutamanya sifir kepada murid sekolah rendah. Saya mendapati bahawa
murid yang tidak menguasai sifir menjadi punca kesukaran mereka dalam mempelajari
Matematik dan akhirnya menganggap Matematik adalah sukar untuk dipelajari. Isu ini
memberikan keinsafan kepada saya untuk memikirkan cara yang terbaik untuk meningkatkan
pengetahuan dan kemahiran saya dalam pengajaran dan pembelajaran.

Penyelidikan tindakan ini juga dapat memperbaiki amalan diri dalam mengukuhkan
penguasaan murid terhadap operasi darab. Kajian tindakan ini secara tidak langsung telah
membantu saya dalam menambah baik amalan kendiri sebagai seorang guru cemerlang
Matematik.

Melalui penyelidikan tindakan ini, saya menyedari bahawa terdapat pelbagai kaedah yang
boleh digunakan untuk membantu murid menguasai sifir seperti nyanyian, kaedah domino,
petak 100 dan Kaedah Jejari Tangan. Kebolehan dan keupayaan murid adalah berbeza untuk
menguasai perkara yang dipelajari. Amalan mengajar dengan kaedah dan teknik pelbagai
diperlukan untuk mengatasi masalah murid dalam penguasaan matematik.
Cadangan Tindakan untuk Kajian Lanjutan

Penyelidikan tindakan saya bolehlah dikatakan berjaya.Saya ingin mencadangkan beberapa


cadangan untuk meneruskan kajian terhadap penggunaan "Muka Jam" ke atas murid-murid
untuk membantu murid meningkatkan penguasaan operasi darab. Antaranya ialah

Dalam kajian ini, saya hanya memfokuskan kepada tiga orang responden sahaja.
Justera adalah dicadangkan bahawa penggunaan jumlah responden yang lebih ramai
supaya hasil dapatan kajian lebih besar dan meningkatkan kesahan sesuatu kajian.
Kajian boleh dilanjut kepada murid-murid dalam tahun lain seperti Tahun 4 dan Tahun
5 memandangkan kajian ini hanya melibatkan murid Tahun 3.
Kajian ini boleh menerapakan aktiviti yang lebih menarik dan kreatif dalam proses
rawatan. Pertandingan dan cabaran masa diberikan kepada murid untuk melengkapkan
"Muka Jam".
Penggunaan "Muka Jam" dapat dilanjutkan kepada sifir 7 , 8 dan 9.
Penambahbaikan Muka jam dengan warna yang berlainan.

Implikasi Kajian
Murid
Kajian ini telah membantu murid-murid yang menghadapi masalah sifir. Melalui
penggunaan "Muka Jam", murid dapat membina sifir secara mudah dan berkesan
tanpa menggunakan kaedah tambah berulang. Dengan penggunaan "Muka Jam",
murid-murid dapat mengaplikasi ke dalam pengiraan matematik. Penggunaan "Muka
Jam" juga dapat menarik minat murid supaya lebih berminat terhadap matematik.
Guru
Guru Matematik dapat menjadikan kajian ini sebagai panduan untuk mengenal pasti
punca murid tidak dapat menguasai sifir. Kajian ini amat berguna untuk guru dalam
memilih kaedah dan teknik yang bersesuaian dan berkesan bagi meningkatkan
penguasaan sifir di kalangan murid. Penggunaan "Muka Jam"dapat memberi impak
yang postif kepada murid dalam menguasai sifir.
Ibu bapa
Ibu bapa boleh menjadikan kajian ini sebagai satu cara untuk membantu anak yang
menghadapi masalah sifir. Latihan dan bimbingan secara berterusan di rumah sejak
kecil dapat membantu anak menguasai sifir dengan lebih cepat dan berkesan. Ibu bapa
boleh menyemak hasil tugasan yang diberi dalam membina "Muka Jam".
Sekolah
Penguasaan sifir melalui "Muka Jam" dapat meningkatkan kebolehan murid dalam
menguasai sifir. Murid dapat menjawab soalan peperiksaan dengan lebih berkesan.
Dengan penggunaan "Muka Jam" , kesilapan yang berlaku dapat dikurangkan. Secara
tidak langsung, prestasi matematik di sekolah akan meningkat.
Panitia Matematik
Dapatan daripada kajian ini dapat digunakan oleh panitia matematik Daerah untuk
diperluaskan kepada semua sekolah yang berada di dalam Daerah berkenaan. Jika
terdapat sekolah lain yang menghadapi masalah yang sama, Pengerusi Panitia Daerah
boleh menyampaikan kaedah "Muka Jam" kepada sekolah berkenaan untuk
dipraktikkan. Dengan penyebaran dapatan ini, semua sekolah di dalam Daerah
tersebut akan mendapat kaedah dan maklumat tambahan di dalam menyelesaikan
masalah fakta asas darab.

Majlis Guru Cemerlang Malaysia


Dapatan daripada kajian ini dapat digunakan dalam pembentangan kajian tindakan dan
inovasi dalam majlis guru cemerlang malaysia.Dapatan ini dapat melahirkan idea yang
bernas dalam meningkatkan Pengajaran dan pembelajaran.Dengan penyebaran
dapatan ini,semua guru cemerlang dapat kaedah dan maklumat tambahan.

RUMUSAN
Kajian ini dijalankan untuk mengkaji penggunaan kaedah "Muka Jam" ke atas murid-murid
Tahun 3 untuk membantu murid meningkatkan penguasaan sifir 6. Penyelidikan ini telah
berjaya memberi rawatan kepada responden untuk meningkatkan penguasaan operasi darab di
kalangan muird. Hasil dapatan kajian yang telah diperolehi melalui penganalisisan
membuktikan bahawa kaedah "Muka Jam" dapat meningkatkan penguasaan sifir 6 di
kalangan murid. Dengan ini,penggunaan "Muka Jam"merupakan kaedah yang berkesan
untuk dijadikan panduan kepada murid untuk menghafal sifir.

RUJUKAN

Susan Jarema. (2007) The Importance of Memorizing the Times Tables. Diperolehi daripada
Googol Learning : http://www.googolpower.com/content/articles/the-importance-of-
memorizing-the-times-tables [ 2013, Mac 6]

Zainudin Bin Abu Bakar & Mohd. Rashidi Bin Mat Jalil. Keberkesanan Kaedah Petak Sifir
Dalam Penguasaan Fakta Asas Darab Dalam Matematik Tahun 4: Satu Kajian Di
Sekolah Kebangsaan Mersing Johor. Tesis Sarjana Muda Pendidikan. Johor : Fakulti
Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia
Lui Yi Lung (2011). Penguasaan Sifir 6, 7, 8 Dan 9 Dalam Kalangan Murid Tahun Tiga
Melalui Kaedah Magic Math. Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP MT amb.
Januari 2008, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2011, ms 235-252.

Kamaliah Aminah (2006). Penggunaan Rangsangan Muzik Terhadap Penguasaan Sifir


Pelajar-Pelajar Di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Omar, Dungun. Thesis. Johor :
Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia.

Вам также может понравиться