Вы находитесь на странице: 1из 17

PENGENALAN.

Sistem muskuloskeletal adalah merupakan penunjang kepada bentuk tubuh dan


juga pergerakan tulang. Pergerakan merupakan salah satu daripada ciri organisma
hidup. Pergerakan dalaman membolehkan organisma untuk memindahkan sesuatu
bahan daripada satu bahagian dalam jasad atau badan ke bahagian lain. Anatomi
manusia adalah ilmu biologi yang mengkaji struktur anggota manusia dan pertalian
antara setiap komponen yang terdapat dalam struktur berikut. Pergerakan luaran
pula membolehkan sesetengah organisma hidup untuk bergerak daripada satu
tempat ke satu tempat yang lain ( lokomotor ) atau pun untuk bergerak setempat
( bukan lokomotor). Bagi manusia dan haiwan, pergerakan luaran ini dicapai hasil
daripada interaksi rapat di antara dua sistem organ iaitu otot dan sistem rangka.
Gabungan kedua-dua organ ini dikenali sebagai sistem muskuloskeletal atau sistem
lokomotor. Terdapat tiga aspek dalam sistem muskuloskeletal iaitu aspek osteologi
( kajian tentang tulang ), aspek artologi ( kajian tentang sendi ), dan miologi ( kajian
tentang otot ).
at. ANALISA PERGERAKAN (TEKAN TUBI)
PENGENALAN.
Tekan tubi merupakan pergerakan atau salah satu senaman yang amat universal
dan mempunyai pelbagai manfaat. Ianya menggunakan berat tubuh dan daya
tarikan graviti sebagai beban. Tekan Tubi juga merupakan satu senaman yang tidak
memerlukan banyak ruang yang besar dan luas. Ia juga boleh dilaksanakan dengan
pelbagai kaedah. Kekuatan dan keseimbangan dapat diperolehi melalui tekan tubi
ini. Bagi melaksanakan Tekan Tubi ini dengan sempurna maka pastikan belakang
badan adalah dalam keadaan tegap dan kaki pula berkeadaan lurus. Sewaktu
gerakan turun, pastikan juga bahagian badan hadapan tidak menyentuh lantai. Bagi
wanita pula adalah disyorkan lutut menyentuh lantai dan Tekan Tubi hanya
melibatkan bahagian atas tubuh sahaja.

PEMERHATIAN PERGERAKAN.
Langkah 1.
Kaki dirapatkan serta selari, tangan diletakkan selari dengan dada. Bahagian badan
diturunkan secara mendatar ke lantai. Bahagian siku berada tinggi sedikit daripada
bahu. Pada keadaan ini, bahagian tulang-tulang di tangan digunakan untuk
menahan berat badan kita.

Ketika pergerakan ke bawah, abduksi berlaku di bahagian bahu, fleksi di siku,


trapezius mengecut, pectoral akan berada dalam keadaan rehat, manakala biseps
menyokong trapezius. Deltoid pula sebagai penyokong. Pada bahagian bahu pula
tendon daripada satu hujung otot biseps berpaut pada scapula ( tulang yang tetap )
dan pangkal humerus. Pada siku pula tendon di hujung otot biseps berpaut pada
tulang radius ( tulang yang bebas bergerak berdekatan dengan sendi engsel ).
Tendon daripada satu hujung otot triseps berpaut pada hujung scapula dan pangkal
humerus. Semasa pembengkokan lengan, daya tarikan yang terhasil dipindah
kepada tulang melalui tendon. Pengecutan otot biseps menyebabkan tulang radius
ditarik ke arah atas dan lengan dibengkokkan. Pada masa yang sama otot triseps
mengendur.

Langkah 2.
Pada langkah kedua ini, kita akan menggunakan otot-otot dan tulang-tulang di
bahagian tangan untuk menolak badan kita ke atas. Pada masa ini akan berlaku
pengembangan dan pengecutan pada otot-otot agar tulang-tulang kita mengalami
pergerakan.
Langkah 3.
Tangan akan dilunjurkan atau diluruskan pada permukaan lantai. Manakala
bahagian tangan telah sepenuhnya mengangkat beban badan kita sendiri.

Kemudian bersedia untuk menurunkan badan secara mendatar. Pastikan bahagian


pinggang dan kaki dikunci atau tidak digerakkan.
Langkah 4.
Bahagian hadapan dan belakang badan digunakan untuk menolak badan ke bawah
secara mendatar. Bahagian tangan sepenuhnya digunakan untuk menahan berat
badan kita sendiri ketika kita menurunkan badan secara mendatar.

Langkah 5.
Kedudukan badan dan postur badan kembali kepada keadaan sebelumnya.
SATAH DAN PAKSI RUJUKAN.

SENDI DAN JENIS SENDI


Sendi ialah titik pertemuan antara tulang-tulang atau antara rawan dengan tulang.
Struktur sendi sangat mempengaruhi fungsinya. Pergerakan sendi bergantung pada
kelenturan ( fleksibiliti ) tisu perantara yang mengikat tulang, serta kedudukan
ligamen, otot, dan tendon.
Sendi yang terlibat dalam pergerakan tekan tubi ini ialah :
sendi bahu ( sendi lesung )
Sendi bahu ( sendi lesung ) merupakan sendi yang terbentuk antara hujung tulang
yang berbentuk separuh bulat dengan hujung tulang yang berbentuk lesung. Sendi
ini membolehkan bergerak pada semua seperti sendi bahu.
sendi siku ( sendi engsel )
Sendi engsel pula bertindak seperti engsel yang hanya membolehkan pergerakan
pada satu satah. Contohnya seperti sendi siku dan lutut ketika membuat pergerakan
tekan tubi.

PERGERAKAN YANG DIHASILKAN DI SENDI TERSEBUT.


Semasa fasa persediaan, pergerakan yang dihasilkan pada sendi ialah melibatkan
sendi siku dan engsel. Pada fasa ini, siku dan engsel memainkan peranan yang
penting dalam permulaan pergerakan tekan tubi. Pergerakan yang dihasilkan oleh
sendi dinamakan dalam keadaan ekstensi tetapi pegun.
Begitu juga semasa fasa lakuan tekan tubi dan fasa pemulihan tekan tubi, sendi
yang terlibat dalam pergerakan ini adalah siku dan engsel. Pergerakan sendi
semasa fasa lakuan dinamakan fleksi manakala semasa fasa pemulihan pergerakan
sendi dinamakan extensi.

OTOT
PENGENALAN:
Otot penting dalam melakukan pergerakan. Tanpa otot, tulang tidak boleh
bergerak dengan sendirinya.
Otot Rangka;
Dikenali sebagai otot terkawal atau otot berjalur.
Membaluti sistem rangka manusia
Mengandungi serat otot yang memanjang dan selari antara satu sama lain

Otot rangka Utama


OTOT AGONIS YANG TERLIBAT
Otot yang terlibat dalam pergerakan tekan tubi ini ialah :
Deltoid
Trapezius
Triseps Brachii
Biseps Brachii
TULANG YANG TERLIBAT
Tulang-tulang yang terlibat dalam pergerakan tekan tubi ini ialah tulang di bahagian
tangan dan tulang belakang kita. Tulang belakang ( vertebra ) ini akan berfungsi
mendatarkan tubuh badan kita dalam keadaan satah ketika kita menurunkan badan
kita ke bawah. Tulang-tulang tangan juga memainkan peranan ketika aktiviti tekan
tubi kerana kita menggunakan kekuatan tangan sepenuhnya untuk menampung
seluruh berat badan.

Tulang-tulang yang terlibat dalam pergerakan tekan tubi ini ialah :


Vertebra
Humerus
Radius
Ulna
Metakarpal
Falanks
Tulang-tulang lain seperti skapula dan klavikel juga terlibat dalam pergerakan
tekan tubi.
JENIS PENGUCUPAN OTOT AGONIS
Pectoralis major isometrik, tricep isometrik
Pectoralis major enstrik, tricep esentrik
Pectoralis major konsentrik, tricep konsentrik.
FASA PERSEDIAAN
Sendi/Jenis Pergerakan sendi Otot agonis Jenis
penguncupan
Sendi siku / engsel Dalam keadaan Pectoralis major, Pectoralis major
extensi tetapi tricep isometrik, tricep
pegun isometrik

FASA TEKAN TUBI / LAKUAN


Sendi/Jenis Pergerakan sendi Otot agonis Jenis
penguncupan
Sendi siku / engsel fleksi Pectoralis major, Pectoralis major
tricep esentrik, tricep
esentrik

FASA PEMULIHAN

Sendi/Jenis Pergerakan sendi Otot agonis Jenis


penguncupan
Sendi siku / engsel extensi Pectoralis major, Pectoralis major
tricep konsentrik, tricep
konsentrik
PENUTUP.
Pengetahuan yang secukupnya terutama bagi guru-guru Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan adalah perlu bagi membantu mereka merancang dan melaksanakan
aktiviti kecergasan fizikal dan kemahiran sukan di dalam dan luar kelas Pendidikan
Jasmani dengan selamat dan berkesan. Ini penting bagi mengelak berlakunya
kecederaan fizikal akibat melakukan pergerakan yang melampau keupayaan struktur
dan fungsi sistem muskuloskeletal murid. Aktiviti kecergasan dan kesukanan yang
dirancang dan dilaksanakan dengan baik memberi peluang kepada murid untuk
meningkatkan status kesihatan, membina kecergasan fizikal, mempelajari dan
memperolehi kemahiran motor, memperkembangkan bakat dalam sukan serta
mengukuhkan amalan aktiviti fizikal dan senaman dengan selam

Вам также может понравиться