Вы находитесь на странице: 1из 4

Dalam meniti ranjau kehidupan yang penuh dengan pancaraka ini ,gejala sosial sudah

munjadi suatu perkara yang dipratikkan oleh remaja zaman ini.Gejala sosial boleh ditakyinkan
sebagai masalah sosial yang mempengaruhi dan di pengaruhi oleh perilaku manusia di dalam
lingkungan kehidupannya.Gejala sosial juga merupakan suatu fenomena yang terdapat beberapa
perubahan malah beberapa konflik penyatuan dimensi sosial yang ada pada diri manusia ketika
berinteraksi sesama sendiri. Menurut media massa, remaja boleh didefinisikan sebagai golongan
yang berumur 12-21 tahun . Perkataan remaja berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud
menuju ke arah kematangan.Namun,golongan ini sentiasa mempunyai perasaan ingin mencuba
dan sedang menuju ke tahap untuk menjadi dewasa. Dari sudut perkembangan manusia, remaja
merujuk kepada satu peringkat perkembangan manusia iaitu peringkat transisi antara peringkat
kanak-kanak dan peringkat dewasa.Berdasarkan Kajian Inventori Penyelidikan Pembangunan
Sosial di Malaysia, negara turut berdepan dengan pelbagai jenis jenayah dan delinkuensi
yang boleh menggugat keamanan dan kesejahteraan negara. Oleh itu, banyak kajian telah
dijalankan oleh ramai pengkaji tentang jenis-jenis jenayah yang dilakukan oleh golongan
remaja dan dewasa. Jesteru, faktor-faktor yang mempengaruhi seseorang terlibat dalam
jenayah dan kesan-kesan daripadanya menjadi tumpuan perbincangan pengkaji. Kajian
Zeenath Kausar (2005), UIAM berjudul Social and Sexploitation of Women in
Malaysia: Views of Women Political Leaders on Causes and Remedies , beliau
mengkaji tentang jenis-jenis masalah sosial yang dilakukan atau melibatkan golongan
wanita seperti rogol, gangguan seksual, seks sebelum perkahwinan, penceraian dan
penagihan dadah .Oleh itu, punca,factor dan sebab remaja terjebak dalam gejala sosial perlulah
dikenalpasti supaya dapat melahirkan remaja yang berwawasan tinggi.

Sebagai pembuka karangan intelektual ini, salah satu punca remaja terjebak dalam gejala
sosial adalah kerana ibu bapa gagal memainkan peranan penting dalam pembentukan sahsiah
anak-anak.Hal ini demikian kerana, tanggungjawab sebagai ibu bapa adalah untuk melahirkan
anak-anak yang berdisiplin daripada pelbagai aspek dan bertakwa malah insan yang mampu
menyelamatkan ibu bapa daripada merasai api neraka bak kata pepatah ada ubi ada talas, ada
budi ada balas.Dalam pembangunan yang semakin rancak ini, kebanyakan ibu bapa terlalu sibuk
dengan kerjaya masing-masing dan sanggup bersusah-payah demi menyara kehidupan keluarga
menyebabkan mereka lupa akan obligasi perdana mereka kepada anak-anak sehingga mereka
terlalu mudah tejebak dengan gejala sosial.Impaknya, anak-anak akan terjemurus dalam salah
laku disiplin yang berat.Berdasarkan akhbar Kosmo, mengatakan bahawa seramai 1,314 remaja
telah terlibat dalam gejala sosial yang berunsur jenayah seperti mengedar dadah,vandalism dan
kelucahan.Namun, tindakan yang dilakukan oleh anak-anak bermulalah daripada didikan ibu
bapa sebagaimana yang dikatakan oleh Kementerian Pendidikan bahawa faktor utama yang perlu
diperhatikan adalah kaedah ibu bapa membesarkan mereka sama ada dengan mendera ataupun
mempedulikan mereka.Oleh itu , ibu bapa perlulah berwaspada dan bertindak dengan segera
dalam membentuk akhlak anak-anak supaya mampu menjadi seorang insan yang berguna pada
masa hadapan.Namun, ibu bapa yang mengabaikan akhlak anak-anak yang rapuh tidak boleh
diperbaiki dengan mudah bak kata seorang ahli dalam bidang sejarah iaitu Wahb bin Munabbih
bahawa akhlak yang buruk adalah seperti tembikar yang sudah pecah dan tidak dapat
dicantumkan semula menjadi tanah.

Selain itu, faktor remaja terjebak dalam gejala sosial adalah kerana remaja mudah terpengaruh
dengan rakan sebaya dengan melakukan perlbagai aktiviti yang tidak berguna.Menurut Kamus
Dewan Edisi Ke-4 rakan sebaya ialah sahabat yang sama umurnya. Rakan Sebaya juga ialah
sahabat daripada lingkungan latar belakang yang sama dan suka bersama dalam pelbagai aktiviti
dan matlamat atau dalam kata lain mempunyai minat yang sama.Kini,rakan sebaya juga
merupakan punca masalah sosial pelajar dimana rakan sebaya yang negatif akan memastikan
disiplin pelajar itu akan turut merosot dengan drastiknya. Remaja gagal memilih rakan yang baik
dan mudah terpengaruh dengan rakan akan mengakibatkan mereka terjebak dalam pelbagai
masalah sosial.Rakan sebaya di alam persekolahan adalah kumpulan rujukan pelajar yang
memberikan sokongan moral dalam mencari identiti diri dan dan pembentukan imej. Rakan
sebaya memberi peluang kepada mereka untuk mengikut piawai kumpulan itu dalam aspek-
aspek gaya pakaian, pertuturan, oreintasi kepada muzik, tarian malah tayangan filem.Impaknya,
pendedahan ini mampu membentuk nilai-nilai buruk yang membawa kepada keruntuhan disiplin
dan moral mereka.Hal ini demikian kerana, remaja tidak bijak dalam memilih rakan yang
mampu mendorong mereka dalam melakukan kebaikan sama ada diluar ataupun di dalam
sekolah.Namun ,remaja ingin dirinya diterima oleh rakan-rakan dengan sanggup melakukan apa
sahaja supaya diterima oleh ahli kumpulannya malah mereka akan membuat perkara di luar
jangkaan bagi menarik perhatian orang lain seperti gaya berpakaian, pertuturan, sikap dan
lagaknya mengikut cara rakan-rakannya.Oleh itu, remaja perlulah berfikir dahulu sebelum
membuat keputusan untuk berkawan dengan rakan-rakan supaya dapat mengelakkan daripada
terjemurus dengan gejala sosial

Di samping itu, sebab remaja terlibat dalam gejala sosial adalah kerana terpengaruh dengan
media massa seperti internet,television ,akhbar dan tayangan filem.Hal ini demikian kerana,
kemudahan untuk mengekses laman-laman yang telah disekat oleh kerajaan boleh di atasi
melalui penggunaan aplikasi VPN (Virtual Private Network).Secara ringkasnya, VPN
digunakan sebagai suatu alat yang boleh menukar lokasi tetap internet yang sedang
digunakan.Sebagai qudwahnya, lokasi tetap internet di kawasan Malaysia hanya boleh
mengekses laman yang terhadkan tetapi apabila menggunakan VPN, lokasi tetap internet
berubah kepada pelayan internet yang lain mengakibatkan pengguna boleh mengekses laman
web tanpa had. Program-program televisyen khasnya, lebih mementingkan hiburan daripada
maklumat. Tayangan-tayangan filem Barat sudah tentu golongan remaja amnya, akan meniru
stail dan aksi artis pujaan mereka. Natijahnya wujudlah budaya punk, bertindik di telinga kiri
bagi lelaki, seks bebas, dan lebih dahsyat lagi pembuangan bayi yang semakin berleluasa. Secara
tidak langsung, ia mencetuskan kemelut jati diri bagi remaja yang sedang mencari iderttiti diri
seterusnya terlibat dalam gejala hedonisme ini. Oleh itu, remaja perlulah menggunakan
kemudahan media massa dengan sebaik mungkin kerana tanpa pengawalan diri yang baik
mampu membawa kepada kebinasaan diri sendiri.

Seterusnya,punca remaja terlibat dalam gejala sosial adalah kerana kelemahan kerajaan dalam
menguatkuasakan sistem undang-undang di negara ini yang tidak membawa kesedaran kepada
remaja akan akibatnya melakukan gejala sosial.Setiap negara pasti mempunyai sebuah undang-
undang yang mampu mengubah sikap,akhlak malah disiplin seluruh masyarakat. Umumnya,
sesetengah undang-undang yang telah digubal adalah berdasarkan perundangan British ataupun
Barat.Oleh itu, undang-undang itu tidak boleh diterima pakai kerana mampu menggugat adat
mahupun agama.Dalam konteks negara Malaysia sebuah negara berperlembagaan , perundangan
di negara kita adalah berbeza dengan suasana di Barat kerana terdapat prinsip asas yang telah
terpahat kukuh sebagai dasar perlembagaan persekutuan juga menjadi tonggak kepada
penguatkuasaan undang-undang moral .Namun, kerajaan telah menetapkan bahawa agama bagi
negara ini adalah agama Islam.Maka, dalam pelbagai keadaan sekalipun ajaran dan dasar Islam
perlu diberi keutamaan. Bagi negara Barat yang telah menolak agama sememangnya di akui
bahawa tiada unsur dan pengaruh agama dalam undang-undang kawalan moral masyarakat
mereka .Sebagai qudwahnya, berdasarkan perundangan islam dimana Islam mengharamkan
perbuatan zina maka sesiapa yang didapati bersalah, Allah SWT telah menetapkan hukuman
rejam sampai mati bagi sesiapa yang sudah berkahwin dan 100 kali sebatan kepada mereka yang
masih bujang malah Islam juga mengharamkan qazaf yang bermaksud menuduh tanpa sebarang
bukti yang akan menerima sebatan sebanyak 80 kali sekiranya dilakukan.Impaknya, masyarakat
dan remaja akan menjadikan sebagai teladan akan akibatnya melakukan perkara-perkara yang
bertentangan dengan ajaran Islam.Lebih terang lagi bersuluh, bahawa kerajaan mestilah
menguatkuasakan undang-undang negara berlandaskan ajaran Islam supaya masyarakat malah
remaja juga tidak berani dan berfikir dua kali sebelum melakukan sesuatu gejala yang mampu
merosakkan akidah dan iman mereka.

Akhir sekali, faktor yang menyebabkan remaja terpengaruh dengan gejala sosial adalah
disebabkan oleh faktor kemiskinan yang dihadapi oleh keluarga.Ibu bapa yang sedang menyara
kehidupan anak-anak dalam keadaan sebegini sanggup berkorban dan bermandi peluh untuk
menyediakan kemudahan pembelajaran,pakaian malah tempat tinggal yang selesa.Namun
demikian, remaja mempunyai tujuan yang baik untuk meringankan beban ibu bapa tetapi mereka
menggunakan kaedah yang salah dan tidak disyariatkan oleh Islam.Remaja sanggup menjadi
keldai dadah malah menjual diri mereka semata-mata untuk mencapai kemewahan di dunia.Akan
tetapi, perasaan seorang ibu dan bapa yang bersusah payah mencari rezeki yang halal akan
menitiskan air mata malah menyalahkan diri mereka kerana tidak mampu memberi pendidikan
agama yang sempurna apatah lagi anak-anak mereka pula sanggup berhenti sekolah dan
melakukan gejala sosial. Lebih membimbangkan ibu bapa adalah tindakan anak-anak yang
meninggalkan rumah dan keluarga kerana berasa tidak adil akan nasib yang dihadapi oleh
sesebuah keluarga.Impaknya, anak-anak juga akan terjebak dengan pergaulan bebas dan budaya
vandalisme apabila bergaul dengan remaja yang lain yang tindak mempunyai keperibadian
tinggi.Oleh itu, kemiskinan bukanlah melambangkan sifat, akhlak atau pun reputasi yang rendah
tetapi dengan ilmu pengatahuan dapat menutup kemiskinan malah menjadi suatu taudalan
kepada masyarakat bahawa kemiskinan tidak menghalang sesorang untuk berjaya di dunia dan di
akhirat.

Kesimpulannya, gejala sosial yang berlaku di negara kita bukan sahaja melibatkan golongan
dewasa malah golongan remaja terutamanya pelajar yang masih bersekolah sehingga memberi
impak yang negative kepada masyarakat,ibu bapa dan negara. Namun , setiap perkara yang
dilakukan pasti ada kekangannya seperti remaja kurangnya akhlak dan disiplin diri yang teguh
menyebabkan remaja sukar mendengar sebarang nasihat yang diberikan oleh ibu bapa mahupun
guru.Walau bagaimanapun, setiap pihak perlulah mengorak langkah dalam memastikan remaja
mampu mengelakkan diri daripada gejala hidonisme tersebut bak kata aforisme bersatu kita
teguh bercerai kita roboh .

Вам также может понравиться