Вы находитесь на странице: 1из 11

Kerja

amal

Matlamat : melahirkan sikap bertanggungjawab dan


memupuk rasa cinta terhadap alam sekitar.
Objektif :
Dapat menyedari akan kepentingan kebersihan
alam sekitar.
Dapat mengeratkan hubungan mesra bersama
kawan.
Dapat memupuk semangat kerjasama untuk
menjaga alam sekitar.

Peranan saya :
Saya telah ditempatkan untuk menyelap tingkap.Alatan
yang telah saya gunakn ialah kain buruk dan
sebagainya.
Kesan yang diperoleh:

Hasil aktiviti yang dijalankan telah memupuk kawan-


kawan dan saya dapat bekerjasama antara satu sama
lain untuk membersihkan Rumah Orang Tua. Hubungan
antara saya dengan kawan-kawan telah dieratkan
melalui aktiviti ini.
Tugasan
harian

Bidang 1:
Nilai
berkaitan
dengan
perkembanga
n diri
Tajuk:

Sejak kebelakangan ini, kita sering dihidangkan


dengan berita bayi dibuang dan kanak-kanak didera di
kaca-kaca televisyen.. Kita sebagai manusia yang
dicipta oleh Tuhan sepatutnya mengamalkan nilai moral
dalam kehidupan seharian agar menjadi seorang yang
lebih berperikemanusiaan.
Nilai pertama yang perlu kita amalkan adalah
kepercayaan kepada Tuhan.Kita manusia sewajarnya
yakin wujudnya Tuhan sebagai pencipta
alam.Contohnya, kita dicipta oleh Tuhan sebagai
penghuni di bumi ini dan segala yang kita nikmati
sekarang adalah pemberianNya..Kita manusia juga
perlu mematuhi segala suruhanNya berdasarkan
kepercayaan agama masing-masing yang sudah
tentunya menyeru setiap penganutnya berbuat baik
sentiasa. Contohnya, kita percaya bahwa penderaan
bayi dan kanak-kanak adalah kesalahan yang amat
besar kerana kita tidak berhak menentukan riwayat
hidup orang lain sedangkan itu merupakan penentuan
Tuhan.

Nilai kedua yang patut kita amalkan adalah nilai


bertanggungjawab.Kita haruslah sanggup memikul dan
melaksakan tugas yang sewajarnya setelah melahirkan
anak.Kita patutnya menjaga anak dengan baik dan
bukan menderanya.Kita sebagai ibu bapa juga
sepatutnya malaksanakan tugas menjaga anak dengan
sempurna. Hal ini adalah kerana anak adalah kurniaan
yang amat berharga daripada Tuhan kepada kita.

Bidang 2:
Nilai
berkaitan
dengan
kekeluargaan

Tajuk :

Banyak perayaan dan adat istiadat terdapat di


negara kita yang mempunyai pelbagai etnik dan kaum
yang hidup bersama secara aman. Perayaan-perayaan
seperti Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri, Deepavali
dan Krismas disambut di negara kita oleh penganut-
penganutnya. Pelbagai adat istiadat dan tradisi sejak
turun temurun seperti dalam adat perkahwinan,
kematian dan lain-lain juga masih dijadikan sebagai
garis panduan di negara kita.

Semasa perayaan atau adat istiadat dijalankan,


semua ahli keluarga akan hadir atau berkumpul di
suatu tempat dan secara langsung akan mengeratkan
hubungan antara anggota keluarga. Nilai yang
diamalkan oleh ahli keluarga tersebut adalah kasih
sayang terhadap keluarga.

Semasa berkumpul, anggota keluarga akan saling


berhubung ata berkomunikasi di antara mereka. Cara
ini akan dapat mengeratkan hubungan antara mereka.
Selain itu, penyambutan perayaan juga akan dapat
mempertemukan anggota yang tinggal berjauhan.
Anggota-anggota yang tinggal berjauhan, selalunya
akan balik semasa penyambutan perayaan atau adat
istiadat dijalankan untuk membalas jasa ibu bapanya.

Bidang 3:
Nilai
berkaitan
dengan
alam sekitar
Tajuk :

Pelajar harus mengamalkan nila menyayangi dan


menghargai alam sekitar. Pelajar perlu memelihara
alam sekitar sekolah dengan membuang sampah ke
dalam tong sampah dan bukan di merata-rata tempat.
Kita tidak boleh melakukan aktiviti yang mencemarkan
alam sekeliling di sekolah.

Pelajar patut mengamalkan nilai keharmonian


antara manusia dengan alam sekitar.Manusia dan alam
sekeliling saling memerlukan.Oleh itu, alam sekitar di
sekolah yang bersih dan cerah dapat memberikan
situasi yang selesa dan kondusif untuk murid-murid
belajar.

Nilai seterusnya yang patut diamalkan oleh pelajar


ialah kemapanan alam sekitar.Kita harus mengekalkan
keseimbangan alam sekeliling sekolah dengan menjaga
keindahan alam flora dan fauna di sekolah.Kita boleh
menghulurkan bantuan untuk menyiram dan membaja
pokok dan tumbuhan-tumbuhan di sekolah.

Di samping itu, pelajar patut mengamalkan nilai


peka terhadap isu-isu alam sekitar.Kita harus prihatin
terhadap masalah alam sekitar. Pelajar harus sedar
bahawa masa depan manusia dan alam sekeliling
bergantung kepada gaya hidup pelajar.

Intihanya, menjaga kebersihan dan keceriaan


sekolah dapat meyumbang kepada persekitaran
pembelajaran yang menarik minat pelajar untuk belajar
dan menaikkan semangat guru untuk mengajar.

Bidang 4:
nilai
berkaitan
dengan
patriotisme

Rumusan

Saya berasa gembira kerana saya dapat


menyelesaikan folio ini tepat pada masanya. Dalam
menjayakan folio ini, saya telah melengkapkan diri
dengan pelbagai nilai yang boleh membantu saya
menjadi seorang insan yang terbilang dan cemerlang.
Antaranya termasuklah Kepercayaan kepada Tuhan,
Rasional, Kesederhanaan, Kasih sayang, Toleransi dan
sebagainya.
Semasa saya membuat kerja kursus ini, saya telah
mengalami banyak cabaran dari segi pengumpulan
data. Namun, demi minat untuk melengkapkan folio
yang membawa seribu satu manfaat ini, saya telah
mendapatkan tunjuk ajar guru. Secara tidak langsung,
hubungan saya dengan guru juga bertambah erat.

Melalui folio ini, juga hubungan saya dengan


kawan-kawan, anggota keluarga dan saudara-mara
menjadi samakin rapat dan erat.Hal ini kerana mereka
sentiasa memberikan sokongan moral dan memberikan
bantuan dari segi kewangan dan pengumpulan data
dalam masa yang singkat. Oleh itu, ingin saya tegaskan
bahawa folio ini merupakan hasil kerja kolaboratif
daripada semua pihak.

Kesimpulannya, saya berasa bangga kerana dapat


menyelesaikan folio ini dengan sempurna dan
mendapat banyak pengalaman baharu.