Вы находитесь на странице: 1из 3

Cukai adalah pungutan negara yang dikenakan terhadap barang-barang

tertentu yang mempunyai sifat dan karakteristik tertentu, yaitu konsumsinya


perlu dikendalikan, peredarannya perlu diawasi, pemakaiannya dapat
menimbulkan kesan negatif bagi masyarakat atau lingkungan hidup, atau
pemakaiannya perlu pembebanan pungutan negara demi keadilan dan
keseimbangan. Bayaran yang dikenakan oleh kerajaan kepada seseorang,
perbadanan, syarikat dan sebagainya mengikut pendapatan (kadar
pembelian, nilai tanah dll) untuk perbelanjaan Negara. Sistem percukaian
adalah salah satu mekanisme untuk menjana kemakmuran ekonomi
dalam sesebuah negara. Oleh yang
demikian, salah satu sumber negara yang telah diamalkan hampir seluruh
negara di dunia hingga ke hari ini ialah melalui konsep percukaian.
Percukaian dalam pelbagai bentuk yang dirasakan sesuai akan dikenakan
kepada rakyat jelata demi kepentingan mereka.

Dalam Islam, sesebuah kerajaan mempunyai hak untuk mengadakan


dasar percukaian dalam memungut hasil kepada negara, asalkan dasar
tersebut digubal menepati prinsip yang adil dan tidak membebankan
individu rakyat (sektor swasta). Hak ini diasaskan kepada hadis Nabi SAW:
Maksud: "Sesungguhnya dalam harta seseorang terdapat tanggungjawab
selebih daripada pembayaran zakat" (Riwayat At-Tirmidzi)

Mengikut Marghinani, jika sumber pendapatan negara tidak mencukupi,


Negara perlu memungut cukai daripada rakyat untuk membiayai
kepentingan umum (al-Marghinani: 1996). Begitu juga pandangan Imam
Abu Yusuf yang menjelaskan bahawa kadar cukai negara boleh menaik
atau menurun mengikut kemampuan rakyat (Abu Yusof:1979).

Jika disingkap tentang sejarah percukaian dalam Islam, ia telah


bermula sejak zaman Nabi Muhammad SAW apabila cukai yang dikenali
sebagai jizyah telah diperkenalkan pada ketika itu. Jizyah merupakan cukai
kepala yang dikenakan kepada golongan bukan Islam yang menetap
di bawah pemerintahan Islam (al-Mausuah al-Fiqhiyyah: 2001). Dengan cukai
jizyah, mereka berhak mendapat perlindungan dan penjagaan terhadap
segala aspek sama ada harta, keluarga, darah dan sebagainya.

Pada zaman Umar al-Khattab pula, beliau telah mewujudkan cukai tanah
(kharaj), cukai perdangangan (ushur) dan lain-lain cukai telah
dikembang serta diselaraskan agar
dapat memberikan dana yang mencukupi bagi pembangunan negara.
Dalam konteks cukai tanah (kharaj), ia dikenakan ke atas tanah-tanah yang
dibuka oleh orang Islam secara peperangan. Cukai kharaj mula dilaksanakan
dengan meluas apabila Khalifah Umar al-Khattab berdasarkan ijtihadnya dan
beliau telah
mengarahkan supaya tanah yang diperolehi daripada hasil peperangan tidak
lagi dibahagikan kepada tentera yang berperang secara ghanimah.
Sebaliknya tanah tersebut dijadikan wakaf bagi kepentingan orang-
orang Islam dan bukan Islam. (Abu Yusuf: 1952)

Pada asalnya, cukai bukanlah suatu perkara yang dibebankan secara


berterusan kepada rakyat dan bukan sesuatu yang fardhu iaitu
sama seperti kefardhuan zakat yang tanggungjawabnya secara
berterusan dan dikeluarkan dengan kadar yang tetap
setiap tahun. Sebaliknya, ia ialah satu pungutan yang diperlukan, sesuai
dengan kehendak dan keperluan negara semasa serta selari dengan konsep
siyasah syariyyah yang digariskan oleh Islam.

Cukai didefinisikan sebagai pungutan berbentuk wang oleh kerajaan


terhadap individu dan organisasi yang berkaitan dengan negara untuk
kegunaan negara secara langsung atau secara tidak langsung kepada
pembayar cukai sebenar yang menerima beban cukai itu (Kamus Dewan:
2010).

Manakala cukai langsung ialah cukai yang dikenakan terhadap pembayar


cukai secara langsung atau terus dan tidak boleh dipindahkan kepada orang
lain. Contohnya ialah cukai pendapatan. Cukai tidak langsung ialah
tanggungan beban cukai yang boleh dipindah oleh pembayar cukai
kepada pihak ketiga atau penerima manfaat akhir terhadap barangan atau
perkhidmatan itu. Contohnya cukai kastam, cukai jualan. (Wang Leng Whatt:
2013)

Terdapat pelbagai pandangan yang dikemukakan oleh ulama mengenai cukai


antaranya

a. Ibn Hazim
Ketika membahaskan tentang permasalahan cukai, beliau
tidak menggunakan perkataan cukai (dharibah) tetapi menggunakan
perkataan yang sama erti dengan cukai. Beliau telah
menggunakan perkataan penetapan pemerintah dalam bentuk kewangan ke
atas rakyat apabila berlaku sebab tertentu. (Ibn Hazim:
2003). Pandangan ini bersandarkan kepada dalil-dalil al-Quran, hadis dan
pendapat sahabat. Firman Allah SWT dalam surah al-Isra ayat 26:

Maksudnya: Dan berilah hak kepada sanak saudara , orang-orang miskin


dan ibnu sabil.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

Barangsiapa yang mempunyai makanan yang mencukupi dua orang maka


hendaklah dicari orang ketiga, barangsiapa yang mempunyai makanan yang
mencukupi empat orang maka hendaklah ia mencari orang kelima dan
keenam.
(Riwayat Muslim)

Вам также может понравиться