Вы находитесь на странице: 1из 7

Assignment 2:

Can practical work in school science enhance students' scientific literacy?


Discuss your point of view

Disediakan Oleh :
Haslindae Binti Parimin
MT 1312182T
Fakulti Pedidikan dan Pembangunan Sosial
Universiti Malaysia Sabah

1.0 PENGENALAN

Literasi sains dalam bahasa yang mudah ialah celik sains tetapi mengikut konsepnya
literasi sains membawa makna yang lebih mendalam iaitu bagaimana seseorang mempunyai
pengetahuan dan pemahaman yang cukup jelas terhadap konsep sains. Pengetahuan dan
pemahaman itu pula digunakan untuk menyelesaikan masalah dalam kehidupan harian.
Kesedaran terhadap perlunya literasi sains seharusnya tidak dipandang ringan dan sudah
mula di pupuk dari peringkat pendidikan awal kanak-kanak lagi. Pendidikan awal kanak-
kanak pula merujuk pendidikan peringkat Pra Sekolah. Baiknya ialah negara kita cepat
menyedari akan hal tersebut iaitu pendidikan sains awal telah diterapkan dalam Sistem
Pendidikan Negara. Kesedaran telah wujud bahawa kanak-kanak pra sekolah perlu di beri
asas atau pendedahan awal berkaitan mata pelajaran sains. Murid pra sekolah di beri ruang
dan peluang untuk memerhati, mencuba, bertanya, membuat perkaitan dan menyelesaikan
masalah. Pengalaman-pengalaman seumpama ini boleh membantu menimbulkan minat
terhadap sains dari peringkat awal dan membentuk asas literasi sains di kalangan murid pra
sekolah khususnya.

Pendidikan awal sains di peringkat pra sekolah diteruskan pula kepada pelajar-
pelajar tahap satu iaitu pelajar tahun satu hingga tahun 3. Oleh kerana pembangunan
pemikiran saintifik telah menjadi agenda utama dalam sistem pendidikan Negara maka
usaha memperkenalkan mata pelajaran sains seawal pra sekolah dan tahun satu sehingga
ke peringkat menengah telah dilaksanakan. Pengajaran dan pembelajaran sains pada masa
kini sudah mula di dokong oleh penggunaan makmal dan eksperimen atau kerja amali. Pada
peringkat menengah pula peka sains sudah dilaksanakan dengan tujuan agar pelajar

1
mampu menguasai kemahiran saintifik, memperkukuhkan teori dan konsep sains, memupuk
amalan saintifik dan nilai murni, penguasaan kemahiran saintifik, pengukuhan teori dan
konsep semasa menjalankan aktiv iti makmal, kajian lapangan atau lawatan sambil belajar.

Pengajaran dan pembelajaran sains juga tidak dapat dipisahkan dengan penggunaan
makmal. Aktiv iti dalam makmal merupakan satu aktiviti yang menyeronokkan dan dapat
memberi pengalaman baru serta memperkukuhkan pemahaman konsep sains dalam diri
pelajar. Pendapat ini dibuktikan melalui satu kajian yang dilakukan keatas pelajar-pelajar
sekolah menengah di England, apabila 71 peratus pelajar menyatakan bahawa menjalankan
eksperimen sains di dalam kelas ataupun makmal merupakan suatu kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang menyeronokkan. Manakala jumlah selebihnya mendakwa bahawa
kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sama adalah sangat berguna dan berkesan.
Selain itu, pendekatan pengajaran secara inkuiri dan penemuan telah diambil kira dalam
membangunkan literasi sains di kalangan pelajar. Dalam pendekatan pengajaran ini, pelajar
berpeluang mengalami sendiri penyelidikan melalui usaha mereka sendiri.

Berdasarkan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (2010), murid juga diberi


peluang yang lebih untuk terlibat dalam penyiasatan saintifik melalui aktiv iti amali
dan eksperimen. Pendekatan inkuiri, penerapan kemahiran berfikir, strategi berfikir dan
pembelajaran berfikrah perlu ditekankan melalu iproses pengajaran dan pembelajaran.
Adalah dicadangkan kandungan dan konteks yang dipilih perlulah berdasarkan kesesuaian
kepada murid agar minat kepada mata pelajaran ini dapat ditingkatkan.

2.0 KONSEP KERJA AMALI SAINS

Kaedah amali dalam mata pelajaran sains merupakan kaedah pengajaran yang
memberi peluang kepada pelajar menjalankan penyiasatan melalui perancangan,
pelaksanaan dan perbincangan. Kesimpulannya ialah kaedah eksperimen atau kerja amali
adalah satu kaedah yang lazim dijalankan dalam pembelajaran sains. Murid menguji
hipotesis melalui peny iasatan untuk menemui konsep dan prinsip sains tertentu secara
saintifik. Menjalankan eksperimen menggunakan kemahiran berfikir, kemahiran saintifik dan
kemahiran manipulatif (Kurukulum Bersepadu Sekolah Menengah ,2010).

2
Kerja amali boleh didefinisikan sebagai pengalaman pembelajaran di mana pelajar
berinteraksi dengan bahan-bahan atau sumber data sekunder untuk memerhati dan
memahami alam semula jadi. Contohnya spektrum untuk mengkaji sifat bintang dan
atmosfera. Pada dasarnya, kerja amali sains dijalankan adalah untuk menggalakkan
pemerhatian dan penerangan yang tepat tehadap sesuatu fenomena. Melalui pemerhatian
yang dilakukan pelajar secara langsung dapat mempraktikkan kemahiran mencari dan
menyelesaikan permasalahan yang timbul. Tujuan lainnya adalah untuk membangkitkan dan
mengekalkan minat terhadap sesuatu perkara, serta menggalakkan kaedah pemikiran yang
logik dan penaakulan pemikiran.

Menurut Millar (2004), istilah 'kerja amali' adalah merujuk kepada apa-apa aktiv iti
pengajaran dan pembelajaran yang pada suatu ketika melibatkan pelajar dalam
pemerhatian atau memanipulasi objek dan bahan-bahan yang mereka pelajari. Menurut
beliau lagi, lokasi bukanlah suatu ciri penting dalam mengkategorikan aktiv iti kerja amali
tersebut. Hal ini kerana, pemerhatian atau manipulasi objek bukan sahaja berlaku di
makmal sekolah tetapi juga boleh berlaku dalam persekitaran di luar sekolah, seperti di
rumah pelajar atau di lapangan.

Kerja amali dalam istilah sains adalah pengalaman praktikal yang menggesa
seseorang untuk memikirkan tentang dunia iaitu tempat di mana kita hidup. Ia terdiri
daripada satu teras yang merangkumi dua jenis aktiviti seperti teknik-teknik saintifik dan
prosedur, yang mana kedua-duanya dijalankan di dalam makmal atau di lapangan, dan
pertanyaan saintifik dan penyiasatan. Setiap aktiv iti-aktiv iti teras bukan sahaja menyokong
pembangunan fizikal kemahiran tetapi juga membantu dalam membentuk pemahaman
konsep sains dan fenomena. Pendekatan praktikal yang ditawarkan oleh kerja amali sering
mencabar prasangka pelajar dan hasilnya kerja amali mampu mendalamkan pemahaman
mereka tentang ilmu saintifik. Dengan kata lain, kerja amali juga merujuk kepada mana-
mana jenis pengajaran sains dan aktiv iti pembelajaran di mana, pelajar sama ada secara
indiv idu atau dalam kumpulan kecil, adalah terlibat dalam memanipulasi atau memerhatikan
objek dan bahan-bahan sebenar. Contohnya menentukan yang mana satu pilihan objek
bermagnet, atau melaksanakan dan memerhati ujian api.

3.0 PENINGKATAN LITERASI MELALUI KERJA AMALI

Tujuan asas bagi pelaksanaan kerja amali adalah untuk membantu pelajar untuk
menghubungkan diantara dua domain. Kedua-dua domain tersebut adalah domain objek
dan observasi iaitu melibatkan benda yang kita boleh lihat dan sentuh. Manakala domain

3
kedua adalah domain idea iaitu melibatkan benda-benda yang kita tidak mampu perhatikan
secara langsung.

Domain Domain
Objek dan Observasi Kerja Amali Idea/Pendapat

Sumber: Tiberghein, 2000

Dalam sesetengah aktiviti amali yang dijalankan, domain Idea hanya memainkan
peranan kecil berbanding domain objek dan observasi. Contohnya, guru-guru hanya
menumpukan kepada keupayaan memerhati bagi seseorang pelajar iaitu dengan memerhati
objek, bahan dan peristiwa. Walaubagaimanapun, dalam aktiviti amali yang lain, guru-guru
berhasrat untuk mengembangkan kefahaman pelajar tentang idea saintifik yang khusus
yang relevan dalam menggambarkan dan menjelaskan pemerhatian yang dilakukan keatas
suatu benda atau fenomena. Dalam aktiv iti amali, pemikiran merupakan suatu faktor
penting selain tindakan dan pemerhatian. Ini kerana pelajar bukan hanya menjalankan atau
melaksanakan kerja melalui praktikal, malah pada masa yang sama mampu menggerakkan
pemikiran mereka.

Dalam kaedah amali sains, proses pembelajaran adalah berpusatkan pelajar.


Menurut Ogunniyi 1983; Yusup 1997; Berg 2003, pembelajaran melalui eksperimen atau
kaedah amali lebih cepat berlaku kerana pelajar menjalankan peny iasatan sendiri bagi
memperolehi maklumat melalui bahan yang sebenar. Kaedah tersebut dapat menerapkan
pengetahuan, kemahiran saintifik serta sikap saintifik dan nilai murni (KPM 2002; Komala
2004). Kemahiran saintifik diperolehi apabila pelajar merancang, mengendalikan dan
menganalisis data menggunakan pelbagai peralatan eksperimen, spesimen dan bahan kimia
(Berg 2008; Harwood 2004; Noor Akmar 2007). Melalui kaedah amali yang biasanya
dijalankan secara berkumpulan, akan dapat menerapkan elemen sikap saintifik dan nilai
murni seperti bekerjasama, sistematik dan yakin, jujur dan tepat dalam merekod data
(Christensen & McRobbie 1994; KPM 2002, 2005).

Kaedah amali sains dapat menghasilkan objektif pembelajaran yang pelbagai dalam
satu sesi pengajaran. Kaedah amali menjadi serampang tiga mata kepada pengajaran sains
apabila ketiga-tiga elemen kurikulum iaitu pengetahuan, kemahiran saintifik dan nilai murni
dapat diperolehi secara langsung menerusi penggunaannya. Lunetta et al. (1981).Pendapat
ini disokong oleh Carin dan Bass (2001), yang menyatakan bahawa penggunakan kaedah
amali boleh menghasilkan ketiga -tiga domain pembelajaran yang dikehendaki iaitu domain

4
kognitif, domain psikomotor dan domain afektif. Menurut Towns et al. (2000), melalui
kaedah amali, pengetahuan pelajar berkaitan isi kandungan di samping kemahiran saintifik
dan kemahiran penyelesaian masalah akan diperolehi.

Menurut Hodson, D. (1990), kerja amali mampu membangunkan sikap saintifik,


seperti keterbukaan minda dan objektiv iti, serta memotivasikan pelajar iaitu dengan
merangsang minat dan keseronokan pembelajaran. Kebanyakan guru sedar dan mengetahui
bahawa idea tidak 'muncul' secara automatik dari memanipulasi dan memerhatikan objek
dan bahan-bahan yang dikaji. Sebaliknya, pembelajaran terhasil daripada kerja yang telah
dilakukan dan dari apa yang telah dilihat. Ini kerana melalui kerja amali, pelajar mampu
memanggil semula idea yang telah mereka pelajari. Hodson menambah bahawa literasi
sains juga boleh mengembangkan kefahaman idea dan konsep sains apabila murid -murid
menghabiskan lebih banyak masa untuk berinteraksi dengan idea dan pendapat berbanding
berinteraksi dengan peralatan sains. Interaksi antara idea berlaku apabila murid-murid mula
membuat analisis terhadap pemerhatian dan perlakuan kerja mereka.

Pada dasarnya, kerja amali mensasarkan pemikiran murid yang selari dengan
perbuatan atau tindakan mereka. Duckworth (1990) berpendapat bahawa tugasan amali
yang berkesan bukan hanya bergantung kepada kerja-kerja praktikal, tetapi juga
berdasarkan kepada kemampuan kognitif seseorang untuk menganalisis suatu fenomena
yang berlaku. Kebanyakkan institusi pendidikan awal kanak-kanak pada masa kini sedar
akan pentingnya perkembangan kognitif kanak-kanak melalui kerja-kerja amali sains. Oleh
yang demikian, mereka telah melaksanakan beberapa aktiviti yang berbentuk amali iaitu
lebih kepada pembelajaran berdasarkan permainan dan aktiv iti luar kelas seperti eksperimen
udara dengan bermain belon dan lawatan ke ladang ternakan. Aktiv iti yang mendatangkan
keseronokan kepada kanak-kanak mampu menjana pemikiran mereka kearah pembangunan
literasi sains.

Woolnough dan Allsop (1985) mencadangkan tiga kategori yang boleh membantu
perbincangan tentang kerja amali iaitu latihan, pengalaman dan penyiasatan. Latihan dalam
menggunakan aktiv iti amali adalah termasuk membangunkan pemahaman guru terhadap
teori pembelajaran (seperti peranan kognitif konflik), penggunaan perdebatan dalam bidang
sains dan penilaian untuk pembelajaran. Latihan berguna mungkin memberi tumpuan
kepada keperluan untuk membangunkan kesedaran tentang julat dan jenis kerja amali,
keperluan untuk menjadi jelas mengenai tujuan aktiv iti yang dijalankan dalam bidang sains
sekolah pendidikan, dan bagaimana untuk menilai hasil pembelajaran.

5
4.0 RUMUSAN

Pada amnya, guru-guru dan pelajar bersikap positif terhadap kerja-kerja amali sains
di sekolah. Peningkatan kualiti kerja amali yang berterusan dalam bidang sains adalah
tanggungjawab semua pihak, bukan sahaja guru tetapi juga menjadi peranan pihak sekolah,
kerajaan dan agensi-agensinya dan badan-badan tempatan. Kerja amali merupakan
komponen penting dalam pengajaran dan pembelajaran sains, baik untuk tujuan
peningkatan pengetahuan saintifik pelajar mahupun pembangunan pengetahuan pelajar
tentang ilmu sains. Oleh yang demikian, kerja amali paling baik dilihat dan dinilai sebagai
suatu alat komunikasi berbanding dinilai sebagai suatu alat penyiasatan.

Kerja amali dapat mengembangkan pengetahuan tacit pelajar tentang penyelidikan


saintifik. Maka, dalam mengembangkan pengetahuan saintifik pelajar, kerja amali sering
memerlukan pelajar untuk membuat hubungan antara dua domain pengetahuan, iaitu
domain objek dan observasi, serta domain idea. Walaubagaimanapun, kerja amali paling
berkesan jika:

Objektif pembelajaran yang dijalankan adalah jelas, dan berbilangan kecil bagi apa-apa
tugas yang diberikan;

Reka bentuk tugas yang menyoroti tujuan utama dan meminimumkan gangguan atau
masalah;

Menggunakan strategi yang jelas untuk merangsang pemikiran pelajar terlebih dahulu,
iaitu memberikan jawapan kepada persoalan yang bermain diminda mereka sebelum
menjalankan kerja amali.

Kerja amali pada dasarnya mempunyai peranan dalam bidang sains yang bertujuan
untuk mengembangkan literasi sains. Sepertimana kerja amali membantu untuk
mengembangkan pemahaman ke dalam sifat pengetahuan saintifik dengan membantu
orang dalam menilai jenis -jenis maklumat yang mereka temui dalam kehidupan seharian.
Untuk tujuan ini, pemahaman yang jelas dan kritis mencerminkan logik penyelidikan dan
sifat pengetahuan yang dihasilkan menjadi lebih berguna. Lebih khusus lagi, kerja amali
adalah penting untuk memberi peluang kepada pelajar untuk merasai sendiri tentang
bagaimana hendak menyelesaikan masalah bagi pengukuran, dan penghargaan terhadap
kehadiran bagi ketidakpastian (atau ralat pengukuran). Selain itu, kerja amali juga adalah
alat penting untuk mengajar murid-murid tentang reka bentuk eksperimen.

6
Rujukan

Abrahams I. dan Millar R. (2008). Does Practical Work Really Work? A study of the
effectiveness of practical work as a teaching and learning method in school science.
International Journal of Science Education Vol. 30, No. 14, pp. 19451969. Bishop
Grosseteste University College, dan University of York, Unied Kingdom. Diambil pada
15 okt 2014, diambil dari http://www.rhodes.aegean.gr/ptde/labs/lab-
fe/downloads/cti/Does_Practical_Work.pdf
Dillon J. (2008). A Review of the Research on Practical Work in School Science. Kings
College London, United Kingdom. Diambil dari http://score-
education.org/media/3671/review_of_research.pdf
Millar R. (2004). The role of practical work in the teaching and learning of science.
University of York, United Kingdom. Diambil dari
http://informalscience.org/images/research/Robin_Millar_Final_Paper.pdf
Osborne J. (2002). Science Without Literacy: a ship without a sail?. Cambridge Journal of
Education, Vol. 32, No. 2. Kings College London, United Kingdom. Diambil dari
https://cset.stanford.edu/sites/default/files/files/documents/publications/Osborne-
Science%20Without%20Literacy.pdf
Woodley E. (2009). Practical work in school science why is it important?. Diambil dari
http://www.gettingpractical.org.uk/documents/EmmaWoodleyarticle.pdf

Вам также может понравиться