Вы находитесь на странице: 1из 1

Apakah faktor-faktor yang menggalakkan urbanisasi dan kesan-kesannya?

Bincangkan

Urbanisasi merujuk proses pembandaran yakni semakin banyak wujudnya bandar di sesebuah
negara itu. Proses ini juga sering dikaitkan dengan kemodenan sesebuah negara dan juga
peningkatan keperluan pelbagai kemudahan awam untuk penduduknya. Negara kita
sememangnya sedang mengalami satu fenomena proses urbanisasi yang ketara.
Biasanya proses urbanisasi ini berlaku kerana bandar memberikan peluang kerja yang lebih
banyak kepada seseorang itu. Lantaran itu, lebih ramai penduduk akan berhijrah ke bandar untuk
merebut peluang kerjaya tersebut. Keadaan ini menyebabkan bandar akan dipenuhi oleh pelbagai
jenis masyarakat yang ingin meningkatkan taraf kehidupan mereka.
Urbanisasi juga berlaku kerana kewujudan industri hanya ada di kawasan bandar. Ahli
perniagaan lebih suka mendirikan kilang dan perniagaan mereka di kawasan bandar kerana sudah
memiliki kemudahan awam yang cukup terutamanya sistem pengangkutan jalan yang baik.
Semakin banyak industri di bandar semakin besarlah bandar itu pada mata masyarakat.
Kehidupan urbanisasi juga menjanjikan satu kehidupan yang lebih seronok dan ceria berbanding
kehidupan di kampung yang begitu perlahan. Masyarakat moden terutama generasi muda lebih
suka kehidupan yang berjalan pantas sesuai dengan kecanggihan teknologi. Hanya urbanisasi
sahaja yang mampu menawarkan kehidupan kota yang berjalan 24 jam tanpa henti dengan penuh
keceriaan dan rasa seronok serta penuh glamor.

Impak negatif yang timbul ialah urbanisasi akan menggalakkan penghijrahan manusia secara
beramai-ramai dari luar bandar ke bandar. Keadaan ini akan menyebabkan berlakunya satu
keadaan tidak seimbang di kampung kerana penduduknya sudah menjadi kurang dan hanya
memiliki golongan tua sahaja. Sudah pasti feneomena sebegini akan menimbulkan pelbagai
kerumitan sosial kepada penduduk kampung yang sedikit itu.
Pada masa yang sama urbanisasi juga meninggikan jumlah populasi pada masa yang singkat.
Kegagalan pihak berkuasa untuk menyediakan kemudahan awam yang cukup terutamanya
tempat kediaman dan peluang kerjaya yang baik bakal menyaksikan kehidupan di kawasan
bandar menjadi begitu daif sekali. Keadaan yang tidak sesuai ini kelak bakal menjadikan
masalah jenayah akan bertambah kerana gagal mencari kerja yang stabil.
Kesimpulannya, proses urbanisasi sesuatu yang tidak boleh dihalang perkembangannya. Kita
sebagai amsyarakat harus sedar hakikat ini tetapi kerajaan perlu mengadakan pelbagai cara untuk
mengawal penghijrahan penduduk yang keterlaluan supaya semuanya berjalan lancar. Urbanisasi
merupakan salah satu kehidupan zaman moden.

Вам также может понравиться