Вы находитесь на странице: 1из 21

Nhhhhhhhhhhyyyhjjjjj888KAEDAH PENILAIAN BAHASA

PENILAIAN KEMAHIRAN BAHASA

A) Penilaian Kemahiran Lisan


Kemahiran lisan melibatkan dua kemahiran asasiuygugjhjtuygjhgjh iaitu kemahiran
mendengar dan kemahiran bertutur.

Kemahiran mendengar
=Kemahiran paling asas
=Berlaku pada peringkat penerimaan
=Murid yg telah menguasai kemahiran ini mampu bertutur, memahami, dan mentafsir
apa yg didengar.

Kemahiran bertutur
=Melafazkan bunyi2 bahasa drpd alat2 artikulasi
=Peringkat penglahiran
=Perlu ditiru & diajuk
=Model bahasa lemah hasil ajukan yg lemah, tp model bahasa baik tidak semestinya
menjamin ajukan yg baik.

Tujuan kemahiran lisan :

Menyebut perkataan / ayat dgn betul

Melatih murid mendengar & memahami pertuturan org lain.

Untuk berinteraksi dgn org lain (menyampaikan perasaan, kehendak, dll).

Melatih murid agar berkeyakinan & percaya kpd diri (berani bercakap,
menyatakan perasaan dan kehendak)

Membolehkan murid bertutur menggunakan ayat yg tersusun, perkataan yg


sesuai, & perbendaharaan kata yg luas.

Kemahiran-kemahiran yang boleh

Bertutur dgn tenang menggunakan gaya yg betul

Bertutur dgn nada, intonasi, & sebutan yg betul.


Mendengar dgn baik, memahami perkara yg didengar, & menghormati pertuturan
org lain.

Bercerita & membuat laporan menggunakan bahasa yg menarik & betul.

Berkebolehan memberi arahan dgn berkesan.

Mengunakan bahasa yg baik mengikut situasi.

Kemahiran lisan boleh dinilai melalui aktiviti seperti yang berikut:

bacaan kuat

syarahan

perbahasan

bercerita

perbincangan

hafazan

temu bual

soal jawab

nyanyian

deklamasi sajak

mendengar dan memberi respon secara lisan

Penilaian lisan membolehkan guru :

mengesan kemajuan dan pencapaian murid dalam kemahiran mendengar dan


bertutur secara gramatis.

mendapat maklumat serta-merta tentang pengetahuan dan kefahaman murid.

mengesan kebolehan murid dalam kemahiran membaca dan menghafaz.

mengesan kelancaran dalam sebutan.


mengesan amalan dan sikap murid secara serta merta.

Instrumen penilaian lisan boleh dipelbagaikan merangkumi soalan dan aktiviti yang
memerlukan respon murid dalam bentuk lisan.
Cth : PLBS
menyediakan instrumen

1. soalan, pernyataan, ilustrasi dan bahan rangsangan perlu jelas dan mudah
difahami.

2. aktiviti/bahan boleh merangsang murid mengeluarkan idea.

3. pelbagai bentuk soalan seperti soalan bertumpu dan bercapah digunakan untuk
merangsang murid berfikir.

4. aras kesukaran perlu sesuai dengan kebolehan murid.

Penilaian lisan dibuat untuk mendapatkan maklumat hasil interaksi antara :


- pelajar dengan pendidik
- pelajar dengan pelajar
- pelajar dengan bahan pembelajaran

Aspek yang boleh dinilai ialah :


- kefahaman konsep
- pengetahuan fakta
- pemikiran peringkat tinggi
- kecekapan mendengar
- penggunaan bahasa yang tepat
- kecekapan metematik
- gaya persembahan/ kelancaran berbahasa
- pertuturan dan sikap

C ) Penilaian kemahiran membaca

penggunaan bahasa yang tepat.

kelancaran berbahasa yang baik.

penggunaan intonasi yang betul.

sebutan dan jeda yang tepat.


B) PENILAIAN KEMAHIRAN MENULIS
Penilaian secara penulisan melibatkan aktiviti menyemak dan memeriksa tugasan dan
hasil penulisan murid seperti
Karangan
Laporan projek/kerja kursus/folio
Latihan dan ujian bertulis
Huraian atau tafsiran peta, jadual, graf atau carta.

Instrument penilaian menulis. Digunakan untuk mengesan kemahiran bahasa dan


perkembangan intelek murid yang meliputi kemahiran seperti yang berikut :
Kemahiran menulis
Menyusun idea
Penggunaan tanda baca
Perbendaharaan kata
Mengaplikasi
Mentafsir Menilai

Perlu diingat, dalam menyediakan soalan-soalan yang sahih, perkara berikut perlu
diambil kira :
Soalan menepati kemahiran yang hendak diuji
Bahasa yang digunakan jelas dan mudah difahami
Bilangan soalan sesuai dengan masa yang diperuntukkan.
Aras kesukaran soalan dipelbagaikan
Skema pemarkahan disediakan

Bentuk item

1. Bentuk Item Objektif


2. Bentuk Item Subjektif

Mengesan serta merta

-Tujuan mengesan penguasaan hasil pembelajaran dgn serta-merta semasa


pengajaran harian
-Contoh : Menilai kefahaman dan pengetahuan serta kemahiran berbahasa melalui
hasil kerja murid.
-Bagaimana ? (Dirancang jika perlu, individu @ kumpulan, tiada instrumen khusus )
-Merekod & Melapor : (Perlu direkod dan dilaporkan jika perlu )
-Tindakan Susulan : (Perlu tindakan serta-merta seperti; bimbingan, teguran, nasihat
dan pujian)

mengesan kemajuan
-Tujuan mengesan kekuatan dan kelemahan selepas beberapa pembelajaran
-Bagaimana? (Perlu dirancang, individu @ kumpulan, gunakan instrumen seperti
-lembaran kerja dan ujian bertulis )
-Merekod & Melapor (perlu direkod dan dilaporkan jika perlu
-Tindakan Susulan (Perlu tindakan susulan )
-Contoh : menilai laporan bertulis dan menilai murid melalui ujian: objektif @ subjektif

mengesan pencapaian

-Tujuan mengesan pencapaian selepas beberapa pembelajaran


-Bagaimana? (Perlu dirancang, secara individu, gunakan ujian bertulis)
-Contoh : Melalui ujian bertulis seperti ujian objektif dan subjektif
-Tindakan susulan (Harus diambil jika perlu )
-Merekod & melapor (Perlu direkod dan dilapor )

Penilaian penulisan dilakukan dengan menilai :


- karangan
- laporan projek/kerja kursus/folio
- latihan dan ujian bertulis
- huraian atau tafsiran data/jadual, graf atau carta.

Kemahiran yang diukur dalam kemahiran menulis ialah :


- kemahiran menulis
- menyusun idea
- perbendaharaan kata
- mengaplikasi
- mentafsir
- menilai
- mempertahan / menyokong hujah
- menyebar idea / buat rumusan / cadangan
TOPIK 8
PENILAIAN BERASASKAN BUDAYA

Fikirkan pengalaman anda sebagai guru di sebuah sekolah pelbagai budaya. Adakah
anda pernah merancang penilaian untuk kelas yang terdiri daripada pelbagai
kumpulan etnik? Apakah aspek-aspek yang perlu anda ambil kira semasa
menyediakan ujian untuk kelas anda? Topik ini akan membincangkan mengenai
perancangan yang diperlukan untuk melaksanakan penilaian yang berasaskan
budaya. Ini termasuklah konsep penilaian berasaskan budaya, ciri-ciri ujian
berasaskan budaya, prinsip-prinsip yang perlu diambil kira serta strategi penilaian
yang sesuai untuk kelas pelbagai budaya.

7.1 Konsep dan Tujuan Penilaian Berasaskan Budaya

Konsep Penilaian Berasaskan Budaya


Penilaian merujuk kepada satu proses mendapatkan maklumat yang berguna untuk
membuat pertimbangan tentang tindakan selanjutnya. Dalam perkataan lain,
penilaian adalah satu proses sistematik untuk mendapatkan maklumat dalam
membuat keputusan bagi tindakan yang akan diambil kelak. Manakala mengikut
Hall (1959), budaya merupakan satu set pola yang dialami oleh individu-individu
sebagai cara bertindak, merasa, dan melakukan sesuatu. Amat jelas adalah
pandangan Erickson (1997) di mana atribut penting budaya berkait dengan
pendidikan merupakan suatu yang eksplisit (seperti tabiat manusia) dan implisit
(seperti nilai, andaian dan kepercayaan).
Maka penilaian berasaskan budaya membawa maksud bahawa penilaian yang
dilaksanakan oleh guru untuk mengumpul maklumat dalam membuat keputusan
seharusnya mengambil kira aspek kepelbagaian budaya murid semasa menyedia
atau memilih instrumen untuk memperoleh maklumat supaya keputusan yang
dibuat adalah sah dan boleh dipercayai.

Penilaian berasaskan budaya kian memainkan peranan penting dalam bidang


pendidikan. Pengumpulan data tentang pengetahuan dan kemahiran pelajar dengan
menggunakan alat/teknik penilaian yang sesuai amat mustahak . Kesahan dalam
keputusan penilaian merupakan isu utama kerana keputusan-keputusan ini
digunakan untuk memaklumkan keputusan terhadap pembelajaran pelajar. Maka
keputusan yang sah dipengaruhi oleh pemilihan alat penilaian yang telah disahkan
berasaskan sampelan populasi tertentu. Juga, jika suatu alat diterjemahkan,
kepastian perlu dibuat terhadap kesahan dan integriti dalam proses terjemahan.

Tujuan Penilaian Berasaskan Budaya

Penilaian yang disediakan untuk pelajar daripada pelbagai budaya perlu mengambil
kira faktor pelajar seperti sejarah imigrasi atau perpindahan, status sosio-ekonomi,
latar belakang pelajar. Aspek-aspek ini akan akan membantu dalam membekalkan
maklumat kepada guru apabila memilih alat-alat penilaian yang sesuai untuk proses
peinilaian. Untuk guru yang menyediakan penilaian, pentaksiran berasaskan budaya
memerlukan integrasi kepekaan dari segi sikap, pengetahuan, kemahiran menyoal
atau menemubual, strategi-strategi intervensi dan amalan-amalan penilaian.

Penilaian ini bertujuan untuk menentukan teknik dan strategi penilaian yang sesuai
untuk memperoleh data mengenai pelajar. Fokus mengenai penilaian yang tidak
mendiskriminasikan sesiapa seharusnya dapat membuat keputusan tentang
kemajuan pelajar selain dapat mengenal pasti atau mengklasifikasikan pelajar. Di
samping itu, penilaian ini bertujuan untuk memberi maklum balas tentang
kelemahan dan kekuatan pengajaran pembelajaran, dan seterusnya
pembangunan program pendidikan.
Secara keseluruhannya, penilaian berasaskan budaya bertujuan untuk :
(a) mengumpul maklumat untuk kemajuan, diagnosis dan tindakan selanjutnya
(b) menilai dengan menggunakan prosedur autentik dan alternatif
(c) memperoleh data tentang peluang pembelajaran untuk semua murid
(d) mengumpul maklumat sama ada ianya mengambil kira faktor linguistik dan
kerelevanan budaya
(e) menentukan keperluan bahasa yang sesuai untuk penilaian formal
(f) mengurangkan bias dalam amalan-amalan penilaian tradisional

Sila buat refleksi

Buat refleksi: Sebagai guru di sekolah, pernahkah anda berfikir tentang penilaian
yang mesra budaya? Beri pandangan anda kepada jawapan anda.

7.2 Peranan Guru dalam menyediakan penilaian berasaskan budaya


Guru perlu mempunyai kebolehan untuk menggunakan pelbagai kemahiran
penilaian dan alat dalam pengajaran yang dapat memberi peluang pelajar
menunjukkan kompetensi mereka dalam pelbagai cara berasaskan keadaan
tempatan, termasuklah pengetahuan dan kemahiran berkait dengan pemahaman
amalan budaya tradisional.
Tambahan pula, guru perlu mengambil kira pelbagai kemahiran penyelesaian
masalah dalam menilai potensi pembelajaran pelajar di bawah jagaan mereka dan
menyediakan peluang yang sesuai untuk pelajar meningkatkan diri.
Budaya sama ada dapat dilihat atau terselindung harus diutarakan dalam proses-
proses dan kandungan pengajaran oleh guru. Budaya membentuk dan dibentuk
dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku dalam persekitaran
pembelajaran sepanjang hidup manusia, keluarga, bilik darjah , komuniti dan
tempat kerja. Maka guru berperanan untuk menangani isu-isu budaya setiap kali
mereka mengajar dan membina alat penilaian. Oleh demikian, boleh dikatakan
bahawa budaya bukan sahaja melibatkan amalan- amalan harian ( pola tingkah
laku, tradisi, tabiat atau adat resam) tetapi juga cara murid memahami idea dan
membina makna terhadapnya setiap hari. Perkara ini amat penting untuk guru
sebagai landasan untuk prosespengajaran dan pembelajaran serta penilaian.
Berhenti seketika dan buat renungan
Cuba imbas kembali dan tanya diri sendiri peranan yang manakah (seperti yang
dinyatakan di atas) memberi sumbangan kepada kejayaan anda dalam merancang
ujian bilik darjah yang baik? Adakah anda dapati sebarang kesulitan yang akan
dihadapi?

Latihan

1. Terangkan dengan ringkas dua aspek budaya yang mempengaruhi keberkesanan


satu
ujian bilik darjah yang baik.

2. Berikan tiga tujuan penilaian berasaskan budaya dalam bilik darjah

7.3 Prinsip- Prinsip Penilaian berasaskan budaya

Penilaian autentik berbandingkan penilaian tradisional iaitu ujian kertas dan pensil
didapati memberi peluang kepada semua murid pelbagai budaya untuk melibatkan
diri dalam aktiviti/tugasan penilaian berasaskan situasi sebenar. Ini amat relevan
dan bermakna kepada murid kerana mengkaitkan situasi sebenar dalam mata
pelajaran. Antara prinsip-prinsip yang perlu diambil kira oleh guru dalam penilaian
berasaskan budaya termasuk:

(a) Penilaian harus berasaskan pemahaman tentang bagaimana murid belajar. Ia


harus memainkan peranan positif dalam membentuk pengalaman pembelajaran
murid

(b) Penilaian harus mengambil kira perbezaan individu murid dalam pembelajaran.
Ia harus berasaskan objektifobjektif dan membolehkan murid mendemonstrasikan
pencapaian hasil pembelajaran dalam pelbagai cara. Dalam konteks ini,
pengubahsuaian kandungan harus dilakukan dan kandungan seharusnya
melambangkan budaya murid, latar belakang murid, bahasa utama, keluarga dan
komuniti. Pengetahuan kandungan dan kemahiran perlu diintegrasikan dan
merentasi semua mata pelajaran sepanjang masa. Dalam hal ini, tugasan/aktiviti
terdiri daripada jenis koperatif, aktif dan berasaskan inkuiri.

(c) Penilaian harus bercorak adil kepada semua murid. Amalan penilaian harus
merangkumi prinsip-prinsip inklusif dan menyokong ekuiti. Amalan-amalan ini harus
dapat memenuhi kepelbagaian sama ada secara individu atau kumpulan murid.
Adalah penting untuk menggunakan pelbagai bentuk penilaian. Juga, bahasa
inklusif perlu digunakan untuk mengelakkan bias dari segi gender, perkauman,
budaya atau bahasa.

7.4 Ciri-Ciri Penting Dalam Penilaian Berasaskan Budaya

Kita harus sedar bahawa guru yang paling berpengetahuan dalam kandungan mata
pelajaran mungkin tidak begitu cekap dari segi mengenal pasti pengaruh-pengaruh
relevan budaya secara kontektual, cekap dalam mengenal pasti strategi-strategi
pengajaran yang sesuai atau pun membina prosedur penilaian yang mesra budaya.
Pada awalnya, usaha membina alat penilaian dibuat secara kolaboratif, namum
guru dalam bilik darjah perlu belajar bagaimana memodeli dan memurnikan alat-
alat ini jika ingin mewujudkan pembelajaran berkualiti dengan positifnya.

Penilaian yang menyokong pembelajaran merupakan jenis-jenis penilaian yang


tersirat dalam kerangka kurikulum (Gordon,1996). Penilaian yang terangkum dalam
kurikulum secara formatif adalah penting untuk mencapai hasil pembelajaran
spesifik yang mana murid diberi pendedahan. Oleh yang demikian, alat-alat
penilaian direka bentuk untuk satu- satu pengajaran yang akan membekalkan
maklumat untuk membuat keputusan bilik darjah berkait dengan penempatan,
diagnosis, pemantauan, dan pencapaian murid. Penilaian yang terangkum dalam
kurikulum dan aktiviti-aktiviti pengajaran merupakan komponen yang berkait rapat
untuk memudahcara pembelajaran.

Penilaian yang terangkum dalam kurikulum berbeza dari segi format dan gaya.
Bentuk penilaian terdiri daripada jenis formal, tidak formal, ujian kertas dan pensil
atau aktiviti berasaskan prestasi/perlakuan. Dalam konteks penilaian mesra budaya,
penilaian formatif yang direka atau bina akan berkisar kepada konteks yang sama
seperti dalam pengajaran dan pembelajaran untuk mengumpul data bagi menilai
keberkesanan pengajaran.

Mengikut Gordon (1996), proses penilaian yang dilaksanakan perlu menyokong


pengalaman pembelajaran pelbagai, pelbagai konteks, dan item ujian lebih
process-sensitive. Bentuk penilaian perlu distrukturkan untuk memberi sokongan
kepada aktiviti pengajaran dan terdiri daripada kepelbagaian dalam jenis item untuk
menilai objektif secara berkesan. Guru perlu berkebolehan memadankan kehendak
ujian dan aktiviti-aktiviti pengajaran demi meningkatkan kerelevanan kurikulum dan
menghasilkan maklumat yang tepat. Bentuk format penilaian gabungan antara
pelbagai jenis item dapat mengukur kemahiran- kemahiran pemerosesan kognitif
yang berlainan dan ini dikatakan dapat menunjukkan pelbagai tahap atau jenis
pembelajaran. Tambahan pula, beberapa objektif atau komponen pengajaran dan
pembelajaran boleh diukur dengan menggunakan pelbagai format item yang
berbeza untuk memperoleh maklumat yang dapat menilai pencapaian murid.

Berhenti seketika dan buat renungan


Berkongsi dengan rakan-rakan tentang jenis item ujian bilik darjah anda.
Bincangkan sama ada anda mempertimbangkan kepelbagaian budaya semasa
menyediakan item ujian.

Aspek penting yang perlu diambil kira semasa membina ujian bilik darjah termasuk
bahasa yang digunakan, jenis item ujian,

Salah satu ciri penting yang boleh mempengaruhi prestasi murid ialah bahasa yang
digunakan dalam penilaian prestasi seperti sains. Perkataan mempengaruhi cara
murid bertindak balas terhadap tugasan. Jika sesorang tidak dapat memahami satu
perkataan or dia memahami perkataan tersebut pada perspektif lain kerana latar
belakang budaya dan linguistik, prestasinya mungkin tidak membawa makna yang
tepat mengenai pengetahuan dan kemahirannya.

Oleh kerana bahasa begitu penting dalam sesetengah alat penilaian, guru yang
mengadaptasi ujian dari populasi normal untuk kegunaan kumpulan pelbagai
budaya atau linguistik akan gagal menghasilkan penilaian yang adil serta boleh
dibuat perbandingan.
Latihan/Aktiviti

Berdasarkan kepada pengalaman anda disekolah, terangkan secara ringkas prinsip-


prinsip dan proses penilaian yang anda gunakan untuk menyediakan ujian
berasaskan budaya. Gunakan pengurusan grafik untuk mengambarkan proses
tersebut.

7.5 Jenis-Jenis Penilaian Berasaskan Budaya

Dalam bilik darjah yang mesra budaya, guru perlu menggunakan penilaian
berterusan dan sistematik untuk menilai kebolehan, minat, sikap dan kemahiran
sosial murid. Maklumat yang dikumpul akan menyediakan asas untuk membuat
keputusan pengajaran dan memberi pengertian kepada apa yang perlu diajar dan
bagaimana hendak mengajar. Tambahan pula, terdapat tekanan terhadap
penglibatan murid dalam proses penilaian. Apabila murid diberi peluang untuk
melibatkan diri dalam penilaian, mereka boleh membuat refleksi terhadap kemajuan
mereka dan memberi pemahaman baru yang tidak dapat diberi oleh orang dewasa.

Contoh-contoh penilaian mesra budaya merangkumi yang berikut:

Pemerhatian harian tingkah laku pembelajaran dan sosial murid dalam situasi
bilik darjah.

Pemerhatian boleh dibuat melalui senarai semak, catatan, atau kad fail untuk
membolehkan guru merumuskan pemerhatian tingkah laku murid secara yang tekal
dan bermakna. Sebagai contoh, guru boleh gunakan senarai nama kelas merupakan
cara mudah untuk merekodkan pemerhatian harian. Guru boleh mewujudkan lajur
untuk mengenal pasti projek, aktiviti atau tingkah laku yang ingin diperhatikan.

Penilaian Portfolio

Murid dan guru boleh memilih sampel tugasan yang menggambarkan kepelbagaian
keperluan dan kebolehan murid untuk dinilai. Guru, murid dan ahli-ahli keluarga
boleh membuat refleksi terhadap apa yang murid telah laksanakan, tahap
kebolehan mereka dan bidang manakah yang perlu ditambah baik.

Penulisan Jurnal

Penulisan jurnal memberi peluang kepada murid berkongsi pemahaman peribadi


mengenai perkara seperti sastera dalam pelbagai konteks budaya untuk
memaklum, memperjelas dan menerangkan tentang masyarakat majmuk.
Contohnya, guru boleh menilai tentang jurnal pembelajaran di mana murid
mencatat kaitan peribadi dengan watak-watak dalam sastera yang mereka baca.
Mereka boleh membina pengertian terhadap watak dan ini memberi mereka
kebebasan untuk menulis tentang watak dan berkongsi dengan rakan.

Projek

Projek memberi peluang murid menyumbang idea mengikut kebolehan mereka.


Projek sebegini baik untuk murid dari pelbagai budaya dan berbeza secara individu
kerana mereka melakukan tugasan mengikut masa dan tahap kesediaan mereka.
Mereka boleh meneroka topik yang diminati berasaskan bacaan topik pelbagai
budaya. Mereka boleh pilih menulis laporan atau menyediakan satu persembahan
lisan atau mencipta lukisan untuk menggambarkan konsep utama terselindung
dalam topik mereka. Salah satu contoh projek termasuk rekacipta artifak yang
mewakili patung kumpulan etnik dan murid boleh menulis cerita atau puisi tentang
artifak untuk tujuan penilaian projek.

Ujian buatan guru yang berkait rapat dengan program pengajaran

Perhatian utama harus diberi kepada gaya kognitif dan kemahiran akademik semua
murid. Contohnya, guru boleh mereka bentuk ujian dengan menggubal item soalan
sesuai untuk menilai pengetahuan atau prestasi murid dalam bidang kandungan
tertentu dalam kurikulum yang mesra budaya. Dalam lain perkataan, ujian harus
culturally loaded dengan mengambil kira budaya semua kumpulan murid. Bahasa
yang digunakan harus difahami semua dan tidak bias kepada kumpulan murid yang
dominan. Arahan ujian perlu mengambil kira asas budaya dan faktor linguistik sedia
ada murid dan murid perlu merasai bahawa bahasa dan budayanya adalah aset
bukan liabiliti dalam penilaian.

Penilaian kendiri murid

Murid boleh memberi tindak balas kepada soalan mengenai pembelajaran mereka
secara berkala dalam konferens guru/murid. Portfolio boleh digunakan semasa
konferens. Sebagai contoh, murid ditunjukkan kerja/ tugasan mereka, membincang
hasil kerja dengan guru dan menilai kemajuan sendiri.
Penilaian kendiri guru

Penilaian kendiri merupakan bahagian penting keberkesanan pengajaran guru. Guru


perlu menyoal diri sendiri tentang pilihan mengenai tingkah laku dan strategi-
strategi pengajaran, keberkesanan dan kerelevanan budaya dalam pelajaran
mereka serta reaksi dan tindak balas mereka terhadap kepelbagaian budaya dalam
bilik darjah mereka yang boleh menyumbang kepada perkembangan berterusan
dalam pengajaran dan pembelajaran.

7.5 Rumusan
Topik di atas membincangkan aspek-aspek penting seperti berikut:
Cabaran yang dihadapi penilaian tidak seberat berbandingkan isu-isu mengenai
strategi-strategi pengajaran sesuai dan perkembangan guru.

Penilaian mesra budaya yang dibincangkan di atas merupakan cara-cara yang


boleh digunakan untuk menilai murid tanpa menjejaskan kesahan dan
kebolehpercayaan semasa membuat keputusan.

Jenis-jenis penilaian yang dikemukakan dapat mengurangkan bias terhadap


kumpulan etnik tertentu dan pertimbangan yang ditimbulkan perlu diambil kira oleh
guru semasa menyediakan penilaian sama ada formal atau tidak formal.

Sekiranya kurikulum adalah mesra budaya dengan mengambil kira kandungan


yang sesuai untuk murid, maka tidak akan menimbulkan banyak masalah semasa
membina alat penilaian untuk murid.

Kita akan berjaya jika kita menggunakan semua resos dan tenaga untuk
melakukan yang terbaik untuk anak kita yang berisiko jika kita tidak laku adil
kepada mereka dengan tidak mengambil kira kepelbagaian budaya. Seperti mana
Height (1996) maintains: "No one else can retrieve our values and salvage our
people better than we can" (p. 53).
Fikirkan pengalaman anda sebagai guru di sebuah sekolah pelbagai budaya. Adakah anda pernah
merancang penilaian untuk kelas yang terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik? Apakah aspek-
aspek yang perlu anda ambil kira semasa menyediakan ujian untuk kelas anda? Topik ini akan
membincangkan mengenai perancangan yang diperlukan untuk melaksanakan penilaian yang
berasaskan budaya. Ini termasuklah konsep penilaian berasaskan budaya, ciri-ciri ujian
berasaskan budaya, prinsip-prinsip yang perlu diambil kira serta strategi penilaian yang sesuai
untuk kelas pelbagai budaya.

7.1 Konsep dan Tujuan Penilaian Berasaskan Budaya

Konsep Penilaian Berasaskan Budaya


Penilaian merujuk kepada satu proses mendapatkan maklumat yang berguna untuk membuat
pertimbangan tentang tindakan selanjutnya. Dalam perkataan lain, penilaian adalah satu proses
sistematik untuk mendapatkan maklumat dalam membuat keputusan bagi tindakan yang akan
diambil kelak. Manakala mengikut Hall (1959), budaya merupakan satu set pola yang dialami
oleh individu-individu sebagai cara bertindak, merasa, dan melakukan sesuatu. Amat jelas
adalah pandangan Erickson (1997) di mana atribut penting budaya berkait dengan pendidikan
merupakan suatu yang eksplisit (seperti tabiat manusia) dan implisit (seperti nilai, andaian
dan kepercayaan).
Maka penilaian berasaskan budaya membawa maksud bahawa penilaian yang dilaksanakan
oleh guru untuk mengumpul maklumat dalam membuat keputusan seharusnya mengambil kira
aspek kepelbagaian budaya murid semasa menyedia atau memilih instrumen untuk
memperoleh maklumat supaya keputusan yang dibuat adalah sah dan boleh dipercayai.

Penilaian berasaskan budaya kian memainkan peranan penting dalam bidang pendidikan.
Pengumpulan data tentang pengetahuan dan kemahiran pelajar dengan menggunakan
alat/teknik penilaian yang sesuai amat mustahak . Kesahan dalam keputusan penilaian
merupakan isu utama kerana keputusan-keputusan ini digunakan untuk memaklumkan
keputusan terhadap pembelajaran pelajar. Maka keputusan yang sah dipengaruhi oleh
pemilihan alat penilaian yang telah disahkan berasaskan sampelan populasi tertentu. Juga,
jika suatu alat diterjemahkan, kepastian perlu dibuat terhadap kesahan dan integriti dalam
proses terjemahan.

Tujuan Penilaian Berasaskan Budaya

Penilaian yang disediakan untuk pelajar daripada pelbagai budaya perlu mengambil kira faktor
pelajar seperti sejarah imigrasi atau perpindahan, status sosio-ekonomi, latar belakang pelajar.
Aspek-aspek ini akan akan membantu dalam membekalkan maklumat kepada guru apabila
memilih alat-alat penilaian yang sesuai untuk proses peinilaian. Untuk guru yang
menyediakan penilaian, pentaksiran berasaskan budaya memerlukan integrasi kepekaan
dari segi sikap, pengetahuan, kemahiran menyoal atau menemubual, strategi-strategi intervensi
dan amalan-amalan penilaian.

Penilaian ini bertujuan untuk menentukan teknik dan strategi penilaian yang sesuai untuk
memperoleh data mengenai pelajar. Fokus mengenai penilaian yang tidak
mendiskriminasikan sesiapa seharusnya dapat membuat keputusan tentang kemajuan
pelajar selain dapat mengenal pasti atau mengklasifikasikan pelajar. Di samping itu, penilaian
ini bertujuan untuk memberi maklum balas tentang kelemahan dan kekuatan pengajaran
pembelajaran, dan seterusnya pembangunan program pendidikan.

Secara keseluruhannya, penilaian berasaskan budaya bertujuan untuk :

(a) mengumpul maklumat untuk kemajuan, diagnosis dan tindakan selanjutnya


(b) menilai dengan menggunakan prosedur autentik dan alternatif
(c) memperoleh data tentang peluang pembelajaran untuk semua murid
(d) mengumpul maklumat sama ada ianya mengambil kira faktor linguistik dan kerelevanan
budaya
(e) menentukan keperluan bahasa yang sesuai untuk penilaian formal
(f) mengurangkan bias dalam amalan-amalan penilaian tradisional

7.2 Peranan Guru dalam menyediakan penilaian berasaskan budaya

Guru perlu mempunyai kebolehan untuk menggunakan pelbagai kemahiran penilaian dan alat
dalam pengajaran yang dapat memberi peluang pelajar menunjukkan kompetensi mereka
dalam pelbagai cara berasaskan keadaan tempatan, termasuklah pengetahuan dan kemahiran
berkait dengan pemahaman amalan budaya tradisional.

Tambahan pula, guru perlu mengambil kira pelbagai kemahiran penyelesaian masalah dalam
menilai potensi pembelajaran pelajar di bawah jagaan mereka dan menyediakan peluang
yang sesuai untuk pelajar meningkatkan diri.

Budaya sama ada dapat dilihat atau terselindung harus diutarakan dalam proses-proses dan
kandungan pengajaran oleh guru. Budaya membentuk dan dibentuk dalam proses pengajaran
dan pembelajaran yang berlaku dalam persekitaran pembelajaran sepanjang hidup manusia,
keluarga, bilik darjah , komuniti dan tempat kerja. Maka guru berperanan untuk menangani isu-
isu budaya setiap kali mereka mengajar dan membina alat penilaian. Oleh demikian, boleh
dikatakan bahawa budaya bukan sahaja melibatkan amalan- amalan harian ( pola tingkah laku,
tradisi, tabiat atau adat resam) tetapi juga cara murid memahami idea dan membina makna
terhadapnya setiap hari. Perkara ini amat penting untuk guru sebagai landasan untuk
prosespengajaran dan pembelajaran serta penilaian.

7.3 Prinsip- Prinsip Penilaian berasaskan budaya

Penilaian autentik berbandingkan penilaian tradisional iaitu ujian kertas dan pensil didapati
memberi peluang kepada semua murid pelbagai budaya untuk melibatkan diri dalam
aktiviti/tugasan penilaian berasaskan situasi sebenar. Ini amat relevan dan bermakna kepada
murid kerana mengkaitkan situasi sebenar dalam mata pelajaran. Antara prinsip-prinsip yang
perlu diambil kira oleh guru dalam penilaian berasaskan budaya termasuk:

(a) Penilaian harus berasaskan pemahaman tentang bagaimana murid belajar. Ia harus
memainkan peranan positif dalam membentuk pengalaman pembelajaran murid

(b) Penilaian harus mengambil kira perbezaan individu murid dalam pembelajaran. Ia harus
berasaskan objektifobjektif dan membolehkan murid mendemonstrasikan pencapaian hasil
pembelajaran dalam pelbagai cara. Dalam konteks ini, pengubahsuaian kandungan harus
dilakukan dan kandungan seharusnya melambangkan budaya murid, latar belakang murid,
bahasa utama, keluarga dan komuniti. Pengetahuan kandungan dan kemahiran perlu
diintegrasikan dan merentasi semua mata pelajaran sepanjang masa. Dalam hal ini,
tugasan/aktiviti terdiri daripada jenis koperatif, aktif dan berasaskan inkuiri.

(c) Penilaian harus bercorak adil kepada semua murid. Amalan penilaian harus merangkumi
prinsip-prinsip inklusif dan menyokong ekuiti. Amalan-amalan ini harus dapat memenuhi
kepelbagaian sama ada secara individu atau kumpulan murid. Adalah penting untuk
menggunakan pelbagai bentuk penilaian. Juga, bahasa inklusif perlu digunakan untuk
mengelakkan bias dari segi gender, perkauman, budaya atau bahasa.

7.4 Ciri-Ciri Penting Dalam Penilaian Berasaskan Budaya

Kita harus sedar bahawa guru yang paling berpengetahuan dalam kandungan mata pelajaran
mungkin tidak begitu cekap dari segi mengenal pasti pengaruh-pengaruh relevan budaya
secara kontektual, cekap dalam mengenal pasti strategi-strategi pengajaran yang sesuai atau
pun membina prosedur penilaian yang mesra budaya. Pada awalnya, usaha membina alat
penilaian dibuat secara kolaboratif, namum guru dalam bilik darjah perlu belajar bagaimana
memodeli dan memurnikan alat-alat ini jika ingin mewujudkan pembelajaran berkualiti dengan
positifnya.

Penilaian yang menyokong pembelajaran merupakan jenis-jenis penilaian yang tersirat dalam
kerangka kurikulum (Gordon,1996). Penilaian yang terangkum dalam kurikulum secara
formatif adalah penting untuk mencapai hasil pembelajaran spesifik yang mana murid diberi
pendedahan. Oleh yang demikian, alat-alat penilaian direka bentuk untuk satu- satu
pengajaran yang akan membekalkan maklumat untuk membuat keputusan bilik darjah berkait
dengan penempatan, diagnosis, pemantauan, dan pencapaian murid. Penilaian yang
terangkum dalam kurikulum dan aktiviti-aktiviti pengajaran merupakan komponen yang berkait
rapat untuk memudahcara pembelajaran.

Penilaian yang terangkum dalam kurikulum berbeza dari segi format dan gaya. Bentuk
penilaian terdiri daripada jenis formal, tidak formal, ujian kertas dan pensil atau aktiviti
berasaskan prestasi/perlakuan. Dalam konteks penilaian mesra budaya, penilaian formatif
yang direka atau bina akan berkisar kepada konteks yang sama seperti dalam pengajaran dan
pembelajaran untuk mengumpul data bagi menilai keberkesanan pengajaran.

Mengikut Gordon (1996), proses penilaian yang dilaksanakan perlu menyokong


pengalaman pembelajaran pelbagai, pelbagai konteks, dan item ujian lebih process-
sensitive. Bentuk penilaian perlu distrukturkan untuk memberi sokongan kepada aktiviti
pengajaran dan terdiri daripada kepelbagaian dalam jenis item untuk menilai objektif secara
berkesan. Guru perlu berkebolehan memadankan kehendak ujian dan aktiviti-aktiviti
pengajaran demi meningkatkan kerelevanan kurikulum dan menghasilkan maklumat yang
tepat. Bentuk format penilaian gabungan antara pelbagai jenis item dapat mengukur
kemahiran- kemahiran pemerosesan kognitif yang berlainan dan ini dikatakan dapat
menunjukkan pelbagai tahap atau jenis pembelajaran. Tambahan pula, beberapa objektif atau
komponen pengajaran dan pembelajaran boleh diukur dengan menggunakan pelbagai format
item yang berbeza untuk memperoleh maklumat yang dapat menilai pencapaian murid.

Salah satu ciri penting yang boleh mempengaruhi prestasi murid ialah bahasa yang digunakan
dalam penilaian prestasi seperti sains. Perkataan mempengaruhi cara murid bertindak balas
terhadap tugasan. Jika sesorang tidak dapat memahami satu perkataan or dia memahami
perkataan tersebut pada perspektif lain kerana latar belakang budaya dan linguistik,
prestasinya mungkin tidak membawa makna yang tepat mengenai pengetahuan dan
kemahirannya.
Oleh kerana bahasa begitu penting dalam sesetengah alat penilaian, guru yang mengadaptasi
ujian dari populasi normal untuk kegunaan kumpulan pelbagai budaya atau linguistik akan
gagal menghasilkan penilaian yang adil serta boleh dibuat perbandingan.

7.5 Jenis-Jenis Penilaian Berasaskan Budaya

Dalam bilik darjah yang mesra budaya, guru perlu menggunakan penilaian berterusan dan
sistematik untuk menilai kebolehan, minat, sikap dan kemahiran sosial murid. Maklumat yang
dikumpul akan menyediakan asas untuk membuat keputusan pengajaran dan memberi
pengertian kepada apa yang perlu diajar dan bagaimana hendak mengajar. Tambahan pula,
terdapat tekanan terhadap penglibatan murid dalam proses penilaian. Apabila murid diberi
peluang untuk melibatkan diri dalam penilaian, mereka boleh membuat refleksi terhadap
kemajuan mereka dan memberi pemahaman baru yang tidak dapat diberi oleh orang dewasa.

Contoh-contoh penilaian mesra budaya merangkumi yang berikut:

Pemerhatian harian tingkah laku pembelajaran dan sosial murid dalam situasi
bilik darjah.

Pemerhatian boleh dibuat melalui senarai semak, catatan, atau kad fail untuk membolehkan
guru merumuskan pemerhatian tingkah laku murid secara yang tekal dan bermakna. Sebagai
contoh, guru boleh gunakan senarai nama kelas merupakan cara mudah untuk merekodkan
pemerhatian harian. Guru boleh mewujudkan lajur untuk mengenal pasti projek, aktiviti atau
tingkah laku yang ingin diperhatikan.

Penilaian Portfolio

Murid dan guru boleh memilih sampel tugasan yang menggambarkan kepelbagaian keperluan
dan kebolehan murid untuk dinilai. Guru, murid dan ahli-ahli keluarga boleh membuat refleksi
terhadap apa yang murid telah laksanakan, tahap kebolehan mereka dan bidang manakah yang
perlu ditambah baik.

Penulisan Jurnal

Penulisan jurnal memberi peluang kepada murid berkongsi pemahaman peribadi mengenai
perkara seperti sastera dalam pelbagai konteks budaya untuk memaklum, memperjelas dan
menerangkan tentang masyarakat majmuk. Contohnya, guru boleh menilai tentang jurnal
pembelajaran di mana murid mencatat kaitan peribadi dengan watak-watak dalam sastera yang
mereka baca. Mereka boleh membina pengertian terhadap watak dan ini memberi mereka
kebebasan untuk menulis tentang watak dan berkongsi dengan rakan.

Projek

Projek memberi peluang murid menyumbang idea mengikut kebolehan mereka. Projek
sebegini baik untuk murid dari pelbagai budaya dan berbeza secara individu kerana mereka
melakukan tugasan mengikut masa dan tahap kesediaan mereka. Mereka boleh meneroka
topik yang diminati berasaskan bacaan topik pelbagai budaya. Mereka boleh pilih menulis
laporan atau menyediakan satu persembahan lisan atau mencipta lukisan untuk
menggambarkan konsep utama terselindung dalam topik mereka. Salah satu contoh projek
termasuk rekacipta artifak yang mewakili patung kumpulan etnik dan murid boleh menulis
cerita atau puisi tentang artifak untuk tujuan penilaian projek.

Ujian buatan guru yang berkait rapat dengan program pengajaran

Perhatian utama harus diberi kepada gaya kognitif dan kemahiran akademik semua murid.
Contohnya, guru boleh mereka bentuk ujian dengan menggubal item soalan sesuai untuk
menilai pengetahuan atau prestasi murid dalam bidang kandungan tertentu dalam kurikulum
yang mesra budaya. Dalam lain perkataan, ujian harus culturally loaded dengan mengambil
kira budaya semua kumpulan murid. Bahasa yang digunakan harus difahami semua dan
tidak bias kepada kumpulan murid yang dominan. Arahan ujian perlu mengambil kira asas
budaya dan faktor linguistik sedia ada murid dan murid perlu merasai bahawa bahasa dan
budayanya adalah aset bukan liabiliti dalam penilaian.

Penilaian kendiri murid

Murid boleh memberi tindak balas kepada soalan mengenai pembelajaran mereka secara
berkala dalam konferens guru/murid. Portfolio boleh digunakan semasa konferens. Sebagai
contoh, murid ditunjukkan kerja/ tugasan mereka, membincang hasil kerja dengan guru dan
menilai kemajuan sendiri.

Penilaian kendiri guru

Penilaian kendiri merupakan bahagian penting keberkesanan pengajaran guru. Guru perlu
menyoal diri sendiri tentang pilihan mengenai tingkah laku dan strategi-strategi pengajaran,
keberkesanan dan kerelevanan budaya dalam pelajaran mereka serta reaksi dan tindak balas
mereka terhadap kepelbagaian budaya dalam bilik darjah mereka yang boleh menyumbang
kepada perkembangan berterusan dalam pengajaran dan pembelajaran.

7.5 Rumusan
Topik di atas membincangkan aspek-aspek penting seperti berikut:
Cabaran yang dihadapi penilaian tidak seberat berbandingkan isu-isu mengenai strategi-
strategi pengajaran sesuai dan perkembangan guru.

Penilaian mesra budaya yang dibincangkan di atas merupakan cara-cara yang boleh
digunakan untuk menilai murid tanpa menjejaskan kesahan dan kebolehpercayaan semasa
membuat keputusan.

Jenis-jenis penilaian yang dikemukakan dapat mengurangkan bias terhadap kumpulan etnik
tertentu dan pertimbangan yang ditimbulkan perlu diambil kira oleh guru semasa menyediakan
penilaian sama ada formal atau tidak formal.

Sekiranya kurikulum adalah mesra budaya dengan mengambil kira kandungan yang sesuai
untuk murid, maka tidak akan menimbulkan banyak masalah semasa membina alat penilaian
untuk murid.
Kita akan berjaya jika kita menggunakan semua resos dan tenaga untuk melakukan yang terbaik
untuk anak kita yang berisiko jika kita tidak laku adil kepada mereka dengan tidak mengambil
kira kepelbagaian budaya. Seperti mana Height (1996) maintains: "No one else can retrieve our
values and salvage our people better than we can" (p. 53).

Berikut adalah senarai teks bacaan dan buku rujukan yang boleh digunakan:

Teks Bacaan Asas

Arends,R.I. (1994). Learning to Teach. 3th Edition. N.Y:McGraw Hill

Rujukan

Baxter, G. P. & Shavelson, R. J. (1994). Science performance assessments: benchmarks and


surrogates. International Journal of Educational Research, 21(3), 279-298.

Baxter, G. P., Shavelson, R. J., Goldman, S. R., & Pine, J. (1992). Evaluation of a procedure-
based scoring for hands-on science assessment. Journal of Educational Measurement, 29(1),
1-17.

Dalton, B., Morocco, C. C., Tivnan, T., & Rawson, P. (1994). Effect of format on learning
disabled and non-learning disabled students performance on a hands-on science
assessment. International Journal of Educational Research, 21(3) 299-316.

Jovanovic, J., Solano-Flores, G., & Shavelson, R. J. (1994). Performance-based assessments:


Will gender differences in science achievement be eliminated? Education and Urban Society,
26(4), August, 352-366.

Montgomery,W.(2001). Creating culturally responsive, inclusive classrooms. Teaching


Exceptional Children, Vol.33(4) pp 4-9.

Samuel O. Ortiz. Best Practices in Nondiscriminatory Assessment. St John's University


Retrieved 10 October 2009 from http://www.nasponline.org/resources/culturalcompetence/
cultcomppractice.aspx#assess

Samuel O. Ortiz. Comprehensive Assessment of Culturally and Linguistically Diverse Student:


A Systematic, Practical Approach for Nondiscriminatory Assessment. St John's University
Retrieved 10 October 2009

Вам также может понравиться