Вы находитесь на странице: 1из 2

Tajuk: Peranan-peranan yang telah dimainkan oleh ASEAN dalam

memperkukuh lagi program-program yang berbentuk pemeliharaan alam


sekitar serantau sebelum kebinasaan yang berterusan .

Esei ini akan membincangkan tentang peranan-peranan yang telah dimainkan oleh
Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) dalam memperkukuh program-program
berbentuk pemeliharaan alam sekitar berpandukan buku Wan Noor H Wan Zan. Kerjasama
AESAN melibatkan 10 negara dan ditubuhkan pada tahun 1967.

Penglibatan (ASEAN) dalam pemeliharaan alam sekitar bermula dari isu kebakaran
hutan yang meluas di Sumatera dan Kalimantan yang mengakibatkan jerebu di Malaysia
dan Singapura. Oleh itu, melalui kerjasama (ASEAN) negara-negara tersebut menghasilkan
Pelan Tindakan 1998, yakni Malaysia ditugaskan dalam hal-hal untuk mengelakkan
kebakaran, Indonesia dalam membanteras kebakaran dan Singapura pula pemantauan
menggunakan satelit. Kerjasama ini telah memberi (ASEAN) satu landasan yang lebih jelas
untuk memainkan peranan yang penting dalam pengurusan alam sekitar. Selain itu,
kepentingan alam di peringkat negara ahli bermula selepas persidangan Stockholm seperti
Kementerian Alam sekitar telah ditubuhkan dibeberapa negara ahli (ASEAN). Di samping itu,
pada 1977 Program Alam Sekitar Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (UNEP) telah
merangka program Alam Sekitar ASEAN (ASEP) untuk membincangkan isu-isu alam sekitar
di rantau ini. Bagi menganalisis kesesuaian program (ASEP), kumpulan pakar bidang alam
sekitar (AEGE) telah berjumpa di Indonesia pada tahun 1978. Pada tahun 1990 pegawai-
pegawai Kanan Alam sekitar ASEAN (ASOEN) telah ditubuhkan sebagai mekanisma
perundingan dalam hal-hal peralihan teknologi, informasi dan juga sumber-sumber di
kalangan negara ahli.

Seterusnya, (ASEAN) bersetuju bahawa pemuliharaan hutan adalah tanggungjawab


semua. Oleh itu, ahli negara-negara (ASEAN) telah menghasilkan beberapa perjanjian
serantau mengenai hal alam sekitar seperti Deklarasi Alam Sekitar dan Pembangunan
Jakarta, Resolusi Alam Sekitar dan Pembangunan Bandar Seri Begawan, Deklerasi Hutan
simpanan dan Taman Sejagat ASEAN, Perjanjian Alam Sekitar dan Pembangunan Kuala
Lumpur, Resolusi Pembangunan Mapan Jakarta dan Deklarasi Alam Sekitar ASEAN
Bangkok. Selain itu, tiga pelan tindakan iaitu pelan tindakan jerebu dan dua pelan strategi
untuk alam sekitar telah mula diaplikasikan. ASEAN juga telah mengumumkan insentif-
insentif lain untuk memupuk kesedaran alam sekitar seperti Anugerah Alam Sekitar ASEAN
dan penubuhan Pusat Serantau Pemuliharaan Kepelbagaian Biologi ASEAN.

Selain itu, Malaysia dengan kerjasama negara-negara ASEAN terutamanya dengan


Indonesia dalam usaha mengelakkan kebakaran di Sumetera dan Kalimantan telah
melancarkan program enam hari melatih pegawai penguatkuasa Indonesia dan wakil-wakil
syarikat pembalakan, cara untuk membersihkan hutan tanpa perlu membakar. Kerjasama
dalam anggota ASEAN telah dapat memisahkan isu alam sekitar dan perdagangan iaitu
perdagangan dikatakan mengurangkan masalah miskin seperti 1989 ASEAN Berjaya
menentang iniasitif Austria yang menggalakkan penglabelan balak tropika yang dimport
sama ada dari pengurusan hutan yang mampan atau tidak. ASEAN telah melakukan ini
melalui ancaman untuk memboikot barangan dari Austria. Akibat dari isu kebakaran, ASEAN
telah berubah dari bersikap isolasi dan kini mula menerima campur tangan dari komuniti
antarabangsa seperti menerima bantuan kewangan dari Bank Pembangunan Asia sebanyak
US$ 1 Juta untuk mengatasi masalah kebakaran.

Di samping itu, Malaysia dan Indonesia telah menubuhkan dua tapak hutan untuk
tujuan pemuliharaan; iaitu Taman Negara Bentuang Karimun di Kalimantan dan Santuari
Hidupan Liar Lanjak Entimau di Sarawak. Selain itu, Organisasi Antarabangsa Balak
Tropika (ITTO) diundang oleh Malaysia untuk mengkaji kesesuaian pengurusan hutan
secara mampan. Usaha ini menunjukkan komitmen ahli negara ASEAN dalam pemeliharaan
alam. Justeru itu, terdapat perjanjian antara negara-negara ASEAN seperti Laos
Kampuchea, Vietnam dan Thailand untuk menguruskan Sungai Mekong. Inisiatif rizab
Taman Negara Bentung Karimun, Santuri Hidupan Liar Lanjak Entimau dan Lembah
Mekong merupakan titik permulaan bagi ASEAN memainkan peranan penting dalam
pengurusan, pemantauan dan penguatkuasaan alam.

Kesimpulanya, jelas terbukti (ASEAN) telah memainkan peranan penting dalam menangani
isu alam sekitar. Namun begitu, (ASEAN) juga perlu memastikan tindakan-tindakan yang
diambil adalah berkesan sepanjang masa. (ASEAN) juga perlu meningkatkan kerjasama
dalam negara anggota untuk memastikan sesuatu isu alam sekitar dapat diselesaikan
bersama.

Вам также может понравиться