Вы находитесь на странице: 1из 7

KOD ETIKA PERGURUAN MALAYSIA

Kementerian Pelajaran Malaysia telah menetapkan garis panduan atau Kod Etika

Perguruan di Malaysia agar para guru tidak lari dari landasan serta tidak melakukan

tindakan yang tidak wajar. Etika perguruan adalah satu set tingkah laku atau

tanggungjawab guru terhadap masyarakat dan negara, pelajar, rakan sejawat dan

ibu bapa.

Antara kod etika yang telah ditetapkan adalah :-

1) Guru tidaklah harus bertingkah laku begitu rupa sehingga boleh

mencemarkan sifat profesionalnya dan yang akan menyebabkan hilang

kepercayaan orang ramai terhadap profesion perguruan.

Pernyataan diatas telah membawa maksud bahawa setiap tindak tanduk dan sikap

guru lakukan mendapat perhatian masyarakat sekeliling terutama pelajar dan ibu

bapa. Adalah amat penting bagi seorang guru agar menjaga perlakuan agar tidak

menccemarkan kredibiliti keguruannya sehingga boleh menghilangkan kepercayaan

masyarakat terhadap nilai-nilai murni seorang guru yang membawa tanggungjawab

mendidik anak bangsa supaya bertingkah laku baik dan berakhlak mulia. Jika guru

gagal, seluruh masyarakat tidak akan mempercayai guru dalam membantu ibu bapa

mendidik anak-anak mereka.

2) Guru tidaklah harus bertingkahlaku begitu rupa yang boleh membawa

kepada jatuhnya maruah diri dan kehilangan amanah berhubung dengan

kewangan : Etika ini adalah melibatkan sikap dan prinsip hidup seorang guru

apabila memegang sesuatu amanah terutamanya yang melibatkan kewangan.

Seorang guru selain daripada mengajar dan mendidik, ada kalanya guru juga akan
melakukan tugas mengutip yuran sekolah dan sebagainya. Dalam memegang

amanah melibatkan wang, guru mestilah bersikap jujur, berhati-hati dan tidak lalai.

Ini adalah kerana kesilapan yang kecil akibat kecuaian juga boleh membuang

kepercayaan pelajar dan ibu bapa berhubung kewangan terhadap guru tersebut.

Sukar bagi mereka untuk mengamanahkan anak mereka kepada seorang guru yang

tidak jujur dan lalai.

3) Dalam semua hubungan dan tugas, guru hendaklah menjalankannya

dengan jujur : Ini bermakna ketika guru sedang melakukan tugas dan bergaul

dengan pelajar, guru hendaklah berlaku jujur tanpa melakukan sesuatu itu dengan

niat untuk mendapat ganjaran, nama mahupun populariti dikalangan pelajar. Jujur

dalam memberi perlindungan kepada pelajar dan tidak pernah sekali cuba untuk

mempergunakan hubungan baiknya untuk kesenangan peribadinya.

4) Tanggungjawab utama guru adalah terhadap anak muridnya.

Kepentingan murid mengatasi semua kepentingan lain seperti kepentingan

masyarakat, persatuan atau persendirian.

Apabila berlakunya konflik atau kekeliruan yang memerlukan guru membuat

keputusan antara pelajar, persatuan yang diikuti oleh guru ataupun kehendak

persendirian, keputusan yang perlu guru ambil pelajar menjadi perkara utama perlu

guru dahulukan. Ini adalah kerana sudah menjadi tanggungjawab seorag guru itu

untuk melindungi dan menjaga kepentingan pelajarnya terutama ketika disekolah.

Sewaktu guru sedang menjalankan tugas, perkara lain harus di ketepikan buat

sementara waktu agar guru dapat memberi perhatian sepenuhnya kepada pelajar.

5) Guru haruslah menumpukan perhatian dan memberi pengajaran

kepada setiap muridnya tak mengira bangsa, agama dan kepercayaannya.


Guru mestilah tidak mengamalkan sikap pilih kasih sesama kaum dan agama

mengikut keselesaannya. Seperti contoh Cikgu Azman seorang berbangsa Melayu

dan beragama Islam, maka Cikgu Azman mengajar dan memberi tumpuan kepada

pelajar Melayu sahaja kerana berpendapat beliau mahu membela nasib bangsa

sendiri tanpa mengambil peduli kaum lain yang dirasakan lebih pandai berbanding

pelajar Melayu. Sikap yang ditonjolkan ini boleh menimbulkan konflik dan perasaan

tidak puas hati di kalangan pelajar-pelajar bangsa Cina dan India.

6) Guru haruslah bertugas sebagai pengganti ibu bapa dalam usaha

membentuk tingkah laku murid ke arah matlamat yang diterima oleh

masyarakat : sebaik sahaja pelajar melangkah kaki ke sekolah, guru adalah

merupakan orang paling tua dan orang yang paling diharapkan untuk menjaga,

mengasuh dan mendidik pelajar kerana pada waktu persekolahan, ibu bapa sebenar

keluar bekerja dan tidak dapat menumpukan perhatian pada anak mereka. Seorang

guru yang baik adalah seorang yang melayan pelajarnya seperti anak sendiri agar

pelajar tidak merasa tersisih dan dapat menikmati kasih sayang yang mungkin tidak

diperolehi ketika di rumah.

7) Guru haruslah mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap

semua murid tidak kira bangsa, warna kulit, jantina, bahasa, agama,

kepercayaan politik, tempat asal, keturunan, daya intelek dan lain-lain : guru

mesti melayan dan menyempurnakan tugasnya sama rata. Dalam mengajar juga,

ilmu pengetahuan dicurahkan sama rata tanpa mengira status pelajar dihadapannya.

Semua pelajar memerlukan ilmu pengetahuan yang sama sama ada dari mana dan

siapa pelajar tersebut kerana mereka datang ke sekolah dengan tujuan yang sama

iaitu menuntut ilmu.


8) Guru haruslah mengesan, menerima perbezaan individu di

kalangan muridnya dan membimbing mereka memperkembangkan potensi

mereka dari segi jasmani, intelek, daya cipta dan lain-lain : semasa mengajar

guru harus peka bahawa pelajar adalah individu yang berbeza antara satu sama lain

dari segi pembelajaran dan pemahamannya. Guru harus peka dan sentiasa prihatin

dengan setiap pelajar agar tiada yang tertinggal dalam membantu mereka

menonjolkan potensinya.

9) Guru haruslah menghormati hak setiap murid supaya maklumat sulit

mengenai diri murid tidak diberitahu kepada orang atau agensi yang tidak

berkenaan : guru sebagai seorang pemegang amanah dan seorang yang boleh

dipercayai selepas ibu bapa bagi pelajar itu. Maka apa sahaja maklumat mengenai

pelajar tidak boleh didedahkan sama sekali terutama jika maklumat itu boleh

memalukan dan mengaibkan pelajarnya.

10) Guru tidaklah harus menanam sikap yang boleh merosakkan

kepentingan murid, masyarakat atau negara : guru tidak boleh bersikap tidak

mempedulikan pelajarnya dan seterusnya tidak mementingkan kehendak

masyarakat dan mencapai matlamat negara.

11) Guru haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap semua muridnya

supaya mereka dapat berkembang menjadi warganegara yang taat dan

berguna : melengkapkan pelajar dengan membimbing mereka ke arah dan tujuan

yang baik sekaligus dapat melahirkan warganegara yang baik dan sedia memberi

sumbangan kepada masyarakat dan negara.


12) Guru tidaklah harus menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh

mengurangkan keyakinan diri murid dan ibubapa terhadapnya : guru harus

menjaga dan menyusun katanya dengan baik agar apa sahaja perkataan yang

keluar dari guru tidak disalah erti dan menimbulkan rasa curiga kepada pelajar-

pelajar mahupun ibu bapa. Ini boleh menjatuhkan maruah dan merendahkan

martabat guru itu sendiri.

13) Guru haruslah bertingkahlaku begitu rupa supaya menjadi contoh baik

atau 'role model' kepada muridnya : guru sentiasa harus menunjukkan tingkah

laku yang baik dan bernilai murni agar dapat memberi contoh atau model yang baik

kepada pelajarnya. Ia juga adalah untuk menjaga nama baik guru dan

professionnya.

14) Guru tidak harus menerima apa-apa bayaran daripada muridnya untuk

pelajaran atau pengajaran tambahan yang dijalankan semasa waktu sekolah

atau cuti sekolah melainkan bayaran yang disahkan : tuisyen atau kelas

tambahan persendirian yang mahu guru lakukan adalah mesti bertujuan untuk

membantu pelajar meningkatkan prestasi dan mengatasi kelemahannya bukan untuk

guru menambah pendapatan luar waktu sekolah. Apa sahaja pendapatan yang

diperolehi daripada pengajaran adalah dilarang. Ini adalah bagi menjaga kredibiliti

seorang guru yang berpekerti mulia.

15) Guru tidaklah harus mengiklankan dirinya untuk kerja tuisyen

atau pengajaran persendirian : menerima bayaran untuk kelas tambahan adalah

dilarang, apatah lagi mengiklankan dirinya untuk apa-apa kelas tuisyen anjurannya.

Dengan erti kata lain guru dilarang meletakkan namanya dalam apa-apa iklan

berkaitan agar guru tidak menimbulkan syak wasangka masyarakat sekeliling.


16) Guru tidaklah harus memaksakan kepercayaan, keagamaan, politik

persendirian terhadap muridnya : sudah tertakluk dalam perlembagaan negara

bahawa rakyatnya adalah bebas menganut mana-mana agama. Oleh sebab itu guru

tidak harus memaksa mahupun mempengaruhi pelajarnya agar mempercayai apa

yang guru percaya. Guru harus berada di pihak yang neutral agar beri peluang

pelajar agar mereka menilai dan memilih kepercayaan sendiri apakah yang terbaik

untuk diri mereka sendiri. Guru hanya boleh memberi panduan selebihnya murid

perlu membuat keputusan sendiri.

17) Guru tidaklah harus meminta atau menerima hadiah daripada ibubapa

atau ahli masyarakat dalam menjalankan tugas profesionalnya : setiap tugas

dan tanggungjawab yang dijalankan hendaklah ikhlas tanpa mengharapkan atau

meminta balasan daripada ibu bapa mahupun masyarakat.

18) Guru tidaklah harus menjatuhkan nama baik guru lain : ini bermaksud

bahawa dalam pergaulan juga guru harus menjaga nama baik sesama rakan

setugas agar nama baik dan maruah guru tidak tercalar di kalangan pelajar.

19) Guru haruslah menggunakan cara yang sahaja (iaitu berdasarkan

kecekapan) untuk tujuan kenaikan pangkat atau untuk mendapat pekerjaan :

guru sentiasa mengemaskini kecekapan dan cara bekerja agar dapat peluang yang

sama unutk meningkatkan diri dan taraf pekerjaannya. Menggunakan kemahiran

untuk naik pangkat bukan dengan cara mengampu pentadbir sekolah.

20) Guru tidaklah harus mengiklankan dirinya dengan cara membesar-

besarkan namanya untuk mendapatkan sesuatu pangkat dalam profesion


perguruan : tugas guru yang utama adalah mengajar dan mendidik pelajar. Guru

harus mengutamakan pelajar berbanding dirinya. Adalah dilarang sama sekali guru

melampaui pelajarnya dengan berlumba-lumba menempa nama. Seharusnya guru

membantu menaikkan nama pelajar bukan untuk kebaikan dirinya.

Вам также может понравиться