Вы находитесь на странице: 1из 6

Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke

Majlis Hari Anugerah Kemerlangan & Graduasi Prasekolah SK tanah rata bagi
tahun 2015.

**ketibaan tetamu kehormat


Mengumumkan ketibaan tetamu kehormat YANG BERUSAHA EN.AZMI BIN
AHMAD PENOLONG PEG. PEND. DAERAH CH dengan diiringi oleh YANG
BERUSAHA EN. AHMAD NOH BIN IBRAHIM Guru Besar SK TANAH RATA,
BARISAN GURU Penolong Kanan dan dif-dif jemputan. Dipersilakan mengambil
tempat.

1. NYANYIAN LAGU

Majlis akan dimulakan dengan nyanyian 2 buah lagu iaitu nyanyian lagu negaraku
dan seterusnya nyanyian lagu negeri pahang. dif-dif kehormat dan para hadirin
diminta berdiri.
...................................(Lagu Negaraku)(NEGERI PAHANG)

Terima kasih, semua hadirin dijemput duduk.

2. PERSEMBAHAN JOGET PAHANG

Biji selasih boleh dimakan


Menjadi perisa sedap terperi
Selamat datang kami ucapkan
Semoga majlis tambah berseri

Dari Kota Setia ke negeri Perlis,


Singgah bersantai di tepi jeti,
Persembahan menyusul memeriahkan majlis,
Semoga hadirin terhibur di hati.

Dengan itu pihak majlis mempersilakan kumpulan TUNAS BUDAYA sk tanah rata
YANG TERDIRI DARI MURID TAHUN 4,5,DAN 6 untuk mempersembahkan tarian
joget pahang

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

************(Persembahan)

\Terima kasih ATAS perseMbahan sebentar tadi.


Untuk makluman hadirin sekalian, Kumpulan ini dibawah bimbingan cik Salvin a/p
Bah alang
3. UCAPAN ALU-ALUAN DAN BACAAN DOA

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera, salam 1


Malaysia, DAN salam PAHANG DARUL MAKMUR.

Kuntum melati tumbuh melata


Burung merbah di pohon cemara
Assalamualaikum pembuka bicara
Selamat datang untuk semua.

Yang BERUSAHA EN. AZMI BIN AHMAD PEN PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH
CH

Yang Berusaha EN. AHMAD NOH BIN IBRAHIM Guru Besar SK TANAH RATA

Yang Dihormati EN. AHMAD KHARIDUN B.WAHAB


Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru, SK TANAH RATA

Yang Berusaha PN.NORUL AZMAH BT ABD MANAN


Penolong Kanan PENTADBIRAN KURIKULUM SK TANAH RATA

Yang Berusaha Pn.RAFIZAWATI BT MAAMUN


Penolong Kanan Hal-ehwal Murid

Yang Berusaha PN. FARIDAH NAJIHAH BT MOHAMED YUSOFF


Penolong Kanan Kokurikulum

Dif-dif jemputan

Para ibu bapa, guru-guru, murid-murid, hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah
sekalian.

Selamat datang ke :

Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi Prasekolah, SK Tanah rata


2015..
saya Tn. Sharifah Shahaini bt Tn.dagang

DAN Saya Fadhila bt mohd alihan

Izinkan kami mengacarakan majlis ini sehingga ke penghujungnya.


Sarung ketupat berisi inti
Dibawa budak sambil berlari
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga Majlis bertambah seri

Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan syukur Alhamdulillah kerana dengan


limpah dan kurniaNya maka kita dapat bersama-sama berhimpun pada pagi ini
untuk meraikan kejayaan anak-anak kita dalam bidang pelajaran.

selamat datang dan ribuan terima kasih diucapkan kepada semua hadirin sekalian
kerana sudi menghadirkan diri ke majlis ini terutamanya kepada Yang BERUSAHA
EN. AZMI B AHMAD kerana sudi meluangkan masa menghadirkan diri ke majlis
kami ini. Ucapan terima kasih juga kepada semua ibu bapa yang sudi meluangkan
masa untuk memberi sokongan kepada anak-anak dan pihak sekolah. Semoga
usaha kita semua diberkati Allah. Insya Allah.

Hadirin yang dimuliakan,

Bunga mawar cantik tersemat


Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati

Bagi memberkati Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama
kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh: Al Fadil
UstaZ ZULKIFLI BIN CHE HUSSAIN..
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

*********** (Doa)

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin


Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Al Fadil
Ustaz ZULKIFLI BIN CHE HUSSAIN atas bacaan doa itu tadi.

4.PERSEMBAHAN MULTIMEDIA

Hadirin sekalian,

Seterusnya kita akan disajikan dengan tayangan multimedia yang


memaparkan segala aktiviti yang dijalankan oleh pihak sekolah dan PIBG
sepanjang tahun 2015.

Marilah kita sama-sama saksikan.

Untuk makluman hadirin sekalian,tayangan multimedia sebentar tadi telah


disediakan oleh EN.ZARIF ZHARFAN BIN AHMAD NAMIRY .Terima kasih
diucapkan.
5. UCAPAN GURU BESAR.

Kini, majlis mempersilakan pula Yang DIHORMATI En. AHMAD NOH BIN IBRAHIM,
Guru Besar SK TANAH RATA untuk menyampaikan ucapan . Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.

************(Ucapan GB.)

Majlis merakamkan jutaan Terima kasih kepada Tuan Guru Besar atas ucapan tadi.

6.UCAPAN YDP PIBG

Majlis diteruskan dengan menjemput yang dihormati En.Ahmad kharidun bin wahab,
YDP PIBG untuk menyampaikan ucapannya. Dipersilakan.

************(Ucapan YDP.)

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Dihormati En.. Ahmad
Kharidun b Wahab selaku Yang Dipertua Persatuan Ibu bapa Dan Guru-guru
Sekolah Kebangsaan tanah rata atas ucapan tersebut.

7.UCAPAN PERASMI

Kalau tuan pikat kenari,


Jangan patahkan batang jerami;
Kepada tuan sembah diberi,
Mohon rasmikan majlis kami.

Majlis seterusnya mempersilakan Yang BERUSAHA EN.AZMI BIN AHMAD

untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan majlis Anugerah


Kecemerlangan & Graduasi Prasekolah bagi sesi 2015 SK Tanah Rata. Majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan.

***********(Ucapan Perasmi)

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada


Yang BERUSAHA EN.AZMI BIN AHMAD atas ucapan dan perasmian majlis itu tadi.

Diharapkan dengan ucapan sebentar tadi dapat memberi semangat dan dorongan
kepada kita untuk bersama-sama membantu pihak sekolah bagi melahirkan modal
insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Bak kata pepatah Bulat
air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat.
8. PENYAMPAIAN HADIAH PERASMI

Hadirin yang dihormati,


Sebagai tanda ucapan terima kasih pihak sekolah kepada Yang BERUSAHA EN.
AZMI BIN AHMAD.

Majlis menjemput YANG BERUSAHA Tuan Guru Besar En.ahmad noh bin Ibrahim,
diiringipn. Norul azmah bt abdul manan Guru Penolong Kanan PENTADBIRAN naik
ke pentas bagi menyampaikan cederahati kepada perasmi.

Sekali lagi dijemput Yang BeRUSAHA EN.AZMI BIN AHMAD untuk naik ke pentas
bagi menerima cenderahati dari pihak sekolah.

Terima kasih KEPADA tuan guru besar yang sudi menyampaikan cenderahati KPD
PERASMI

9.PERSEMBAHAN ANGKLUNG.

HADIRIN SEKALIAN,

Kita teruskan lagi majlis kita pada pagi ini dengan menyaksikan persembahan
angklung DR KUMPULAN TUNAS BUDAYA SK TANAH RATA. MEREKA AKAN
MENDENDANGKAN 2 BUAH LAGU IAITU AUTUMN LEAVES DAN KERONCONG
UNTUK ANA. Dipersilakan.

************(Persembahan).

Terima kasih kepada KUMPULAN TUNAS BUDAYA sktr yang telah membuat
persembahan ANGKLUNG sebentar tadi. Kumpulan ini dibimbing oleh en. Mohd sofi
bin mokhtar.
10.GRADUASI PRASEKOLAH

Hadirin yang dihormati,

Kecemerlangan yang dicipta adalah hasil daripada usaha gigih yang berterusan.
Usaha yang tidak mengenal erti jemu pasti membuahkan kejayaan dan
kecemerlangan. Oleh itu, murid-murid yang berjaya sepatutnya diberi penghargaan.
Semoga ia akan menjadi pencetus semangat untuk terus berjaya dalam mengejar
ilmu dan cita-cita.

Berkat rimbunnya si pokok jati,


Tempat burung selalu bertemu;
Sekali hidup biarlah bererti,
Isikan akal dengan ilmu

Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil graduasi kepada murid-murid


prasekolah.

Untuk itu majlis menjemput Yang BERUSAHA, EN. AZMI BIN AHMAD dengan
diiringi oleh YANG BERUSAHA EN.AHMAD NOH BIN AHMAD untuk menyampaikan
sijil graduasi kepada murid-murid Prasekolah.
Dipersilakan.. (Penyampaian hadiah)

Terima kasih DIUCAPKAN KEPADA Yang BERUSAHA EN.AZMI BIN AHMAD


kerana telah menyempurnakan penyampaian sijil graduasi kepada murid-murid
prasekolah.

*** REHAT

Sukacita saya umumkan majlis berhenti rehat sebentar. Dijemput Yang


Berusaha EN AZMI BIN AHMAD PEN PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH
CH diiringi oleh YG BERUSAHA EN. AHMAD NOH BIN IBRAHIM Guru
Besar SKTR, BARISAN GURU PENOLONG KANAN PENTADBIRAN, Yang
Di Pertua PIBG, AJK PIBG, dan guru-guru, ke kantin untuk menjamu
selera.

Hadirin diminta dapat kembali berkumpul di sini pada


jam ..........................

Вам также может понравиться