Вы находитесь на странице: 1из 2

Ya Allah Ya Karim,

Tuhan yang menguasai langit dan bumi, hanya padaMu sahaja kami
panjangkan kesyukuran atas segala Rahmat dan BerkatMu, atas segala
Nikmat dan Iradat yang telah Engkau tentukan ke atas kami.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,

Sesungguhnya pada hari ini kami berhimpun di dalam majlis Jerayawara


Zon Timur, bagi menyatakan kesungguhan, komitmen dan iltizam kami
dengan roh dan semangat untuk membangun, membina serta mendidik
dan memartabatkan anak bangsa supaya berbudi dan berjasa kepada
agama, bangsa dan negara.

Justeru itu, berkatilah pertemuan kami ini, berkatilah juga usaha-usaha


kami, dengan ilmu E-Learning ini, ilhamkanlah dalam fikiran dan minda
kami, idea-idea yang bernas, pandangan-pandangan yang jelas dan
keputusan-keputusan yang waras. Kurniakanlah kepada kami limpahan
ilmu yang berguna dan kefahaman yang benar. Satukanlah hati-hati kami,
eratkanlah silaturrahim di kalangan kami. Padukanlah tenaga dan usaha
kami untuk memartabatkan pendidikan bangsa secara bersama demi
mencapai kecemerlangan dan kegemilangan.

Ya Zal Jalali Wal Ikram,

Jadikanlah kami Ya Allah, daripada kalangan hamba-hambaMu yang taat


dan bersyukur, ringan mulut untuk menyebut namaMu, ringan tangan
untuk bersedeqah di jalanMu, ringan kaki untuk solat Jemaah dirumahMu
ya Allah. Jauhkanlah kami Ya Allah, daripada melanggari perintah Mu.
Kurniakanlah kepada kami kesihatan yang berpanjangan, kesejahteraan
yang sempurna, fikiran yang waras, minda yang cergas, rezeki yang halal,
zuriat dan generasi yang beriman serta kurniakanlah kepada kami segala
kebaikan di dunia dan juga di akhirat.

Вам также может понравиться