Вы находитесь на странице: 1из 3

Hayatilah Sifat Mahmudah

Asas penting dalam kehidupan seorang Mukmin adalah memiliki asas akhlak Islam
yang mantap. Akhlak yang nampak lahir dalam kehidupan adalah berasaskan iman
kepada Allah s.w.t. Tanpa iman yang kukuk tidak mungkin seseorang mampu
melahirkan akhlak Islam dalam kehidupannya. Sifat mahmudah adalah peribadi
seorang Mukmin yang memiliki akhlak Islam dan ianya lahir daripada satu proses
tarbiyah Imaniah.

Adapun sifat-sifat Mahmudah itu ada 10 sifat iaitu:-

1. Taubat - keazaman untuk meninggalkan segala kesalahan dan dosa-dosa yg telah


dilakukan.

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud, " Sesungguhnya Allah amat menyukai
orang-orang bertaubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri."

(Surah Al-Baqarah ayat 222)

2. Takut kepada Allah (taqwa)- Seseorang Mukmin itu apabila dia mengenali Zat
Allah melalui sifat-sifat-Nya, maka jiwanya akan mewarisi perasaan takut terhadap
Allah s.w.t.

Firman Allah maksudnya : Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada


Allah dengan sebenar-benar taqwa kepada-Nya dan janganlah kamu mati melainkan
kamu menyerah diri ( kepada Allah s.w.t ).( Surah Ali Imran ayat 102 )

3. Mahabbah (kasih sayang) sesama Mukmin.

Dari Muaz bin Jabal meriwayatkan, aku mendengar Rasulullah s.a.w. meriwayatkan
hadis qudsi : Allah Azzawa Jalla berfirman yang bermaksud : " Orang-orang yang
mencintai satu sama lain kerana kebesaran dan kemuliaan-Ku akan duduk diatas
mimbar-mimbar nur pada hari qiyamat, (bahkan) nabi-nabi dan para syuhada akan
beriri hati kepada mereka."(Hadis Riwayat Tirmizi)

4. Zuhud - mengambil dunia sekadar yang perlu. Di dalam hati tidak ada kecintaan
pada kehidupan di dunia.Zuhud yang sebenarnya adalah mengutamakan kehidupan
akhirat dari dunia. Firman Allah s.w.t bermaksud :Tetapi kamu (orang-orang kafir)
memilih kehidupan duniawi. Sedang kehidupan akhirat adalah lebih baik dan lebih
kekal. (Surah Al-Alaa: 16-17)

5. Sabar. Bersabar dengan ujian dan dugaan daripada Allah s.w.t.


Firman Allah s.w.t maksudnya : "Sesungguhnya orang yang bersabar akan diberikan
pahala mereka tanpa hisab"

(Surah az-Zumar: 10).

6. Syukur . Melahirkan rasa berterima kasih kepada nikmat Allah s.w.t yang banyak
diperolehi.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :"Siapa yang tidak bersyukur dengan
pemberian yang sedikit, dia juga tidak akan bersyukur dengan pemberian yang
banyak. Siapa yang tidak mensyukuri manusia, bererti dia juga tidak mensyukuri
Allah. Memperkatakan nikmat Allah adalah tanda syukur, dan mengabaikannya
adalah kufur. Berjemaah itu dirahmati, sedangkan berpecah belah itu mengundang
azab."(Hadis Riwayat Ahmad dalam Musnad Ahmad)

7. Ikhlas dan benar. Melaksanakan sesuatu amalan semata-mata kerana Allah s.w.t.

Firman Allah s.w.t maksudnya : "Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran ini


kepadamu wahai Muhammad dengan membawa kebenaran,oleh itu hendaklah
engkau menyembah Allah dengan mengikhlaskan segala ibadat kepadaNya"

8. Tawakkal - sentiasa berserah diri kepada Allah s.w.t. setelah berazam, seterusnya
diikuti dengan usaha.

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud : "Dan (ingatlah), sesiapa yang berserah diri
bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan
menyelamatkannya)."

(Surah al-Thalaq ayat 3).

9. Redha dengan Qadha' dan Qadar.

Firman Allah lagi maksudnya : "Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi
dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (loh
mahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah
mudah bagi Allah ".(Surah Al-Hadid ayat 22)

Allah berfirman maksudnya : "Tidak luput darpada pengetahuan Tuhanmu biarpun


sebesar zarah di bumi atau pun di langit. Tidak ada yang lebih kecil dan tidak (pula)
yang lebih besar daripada itu melainkan (semuanya tercatat) dalam kitab yang
nyata (loh mahfuz). " (Surah Yunus ayat 61)

10. Mengingati mati - Merasai hidup di dunia ini adalah sementara dan di hari
akhiratlah kehidupan yang kekal abadi.
Sabda Nabi saw bermaksud Sepintar-pintar manusia ialah orang yang sentiasa
mengingati mati dan sentiasa bersiap sedia menghadapinya, mereka itulah orang
yang bijaksana.

Вам также может понравиться