Вы находитесь на странице: 1из 2

Manual Penggunaan Bahan Bantu Mengajar

Tajuk: Keperluan asas tumbuhan

Mata pelajaran: sains, sosial dan alam sekitar

Darjah: Tahun 5 Pendididkan Khas

Jenis BBM: Bahan Binaan Guru

Bentuk: buku

Cara persembahan: gambar dan teks

Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang dihasilkan diberi nama Saya Sebiji Benih. Bahan
Bantu Mengajar ini merupakan bahan binaan guru daripada bahan-bahan seperti kad-kad
manila, kain kraf tangan, kertas binaan dan kertas warna. Guru-guru boleh menggunakan bbm
ini untuk mengajar murid-murid pendidikan khas tahun 5 mata pelajaran sains, sosial, dan alam
sekitar. BBM ini boleh digunaka untuk mengajar tajuk 3.1 Keperluan Asas Tumbuh-Tumbuhan.
BBM ini menunjukkan peringkat-peringkat tumbesaran sebiji benih. Dalam proses ini, tumbuhan
memerlukan air, udara dan cahaya matahari. BBM ini boleh membantu guru untuk melancarkan
proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di samping membantu murid untuk mengulangkaji.

Buku ini digunakan untuk mengajar murid tentang keperluan tumbuh-tumbuhan dari
peringkat benih ke pokok. Buku ini perlu dibaca dari muka surat yang terkecil sampai yang
terbesar. Pada muka surat yang pertama, terdapat sebiji benih yang berwarna kuning. Guru
harus membimbing murid untuk menyatakan keperluan sebiji benih untuk tumbuh pada
peringkat ini. Murid boleh menyentuh dan memanipulasikan buku tersebut untuk mendapat
jawapan. Sebagai contoh, guru boleh tanya murid: Apakah yang diperlukan oleh benih ini untuk
tumbuh? Selepas murid cuba memberi jawapan, murid boleh menyemak jawapan dengan
membuka kain yang berbentuk benih dan kain yang berbentuk awan. Jika murid ingin
mendapatkan informasi yang lebih lanjut murid boleh membaca perkataan yang terdapat di
sebelah setiap muka surat yang bergambar. Apabila benih mula mempunyai daun, maka cahaya
matahari turut diperlukan untuk menghasilkan makanan melalui proses fotosinthesis. Dalam
buku ini, udara , air dan cahaya matahari telah digantikan dengan simbol-simbol seperti
udara = bulat putih kecil, air = bentuk titisan air biru dan cahaya matahari = kain bulat
berwarna jingga. Dengan simbol-simbol ini, murid yang belum mengenali abjad dapat
memahami keperluan tumbuh-tumbuhan tanpa membaca perkataan. Simbol-simbol telah
digunakan agar murid dapat memahami dengan lebih baik.
Kekuatan BBM ini ialah ia dapat merangsang pelbagai deria murid kerana penggunaan
BBM ini melibat fungsi deria multisensori murid-murid seperti sentuhan dan penglihatan. Buku
ini yang berwarna-warni akan merangsang penglihatan murid agar murid dapat menumpukan
perhatian semasa pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Di samping itu, persembahan
visual yang berwarna-warni dapat menarik perhatian murid dan membantu murid mengingati
ilmu yang diajar dengan menguatkan daya ingatan murid. Selain itu, buku ini juga dapat
melibatkan sensori sentuh murid kerana ia direka dengan menggunakan pelbagai jenis bahan
seperti kain, kertas. Kertas dan kain yang berlainan tekstur dapat merangsang murid dan
melibatkan murid secara langsung dalam proses P&P semasa murid diberi peluang untuk
menyentuh buku tersebut. Dengan ini, murid-murid dapat memahami pengajaran dan
pembelajaran guru dengan jelas. BBM ini dibina dengan saiz yang besar agar murid-murid yang
bermasalah penglihatan seperti rabun dapat belajar dengan lebih efektif.

Selain itu, BBM ini juga mudah difahami oleh murid-murid berkeperluan khas kerana
penggunaan perkataan dan frasa dalam buku ini adalah mudah dan jelas. Buku ini
mengandungi banyak gambar yang berwarna-warni serta penerangan dalam tulisan. Murid-
murid yang tidak memahami perkataan boleh mempelajari melalui gambar-gambar yang
disediakan dalam buku ini manakala murid-murid yang dapat membaca perkataan boleh
mendapat penerangan yang lebih lanjut di bahagian yang mengandungi penerangan. Dengan
bantuan gambar, pengetahuan keperluan asas tumbuhan yang abstrak dapat diterjemahkan
dalam gambar untuk membantu murid dalam memahami pengetahuan ini. Hal ini dapat
membantu murid-murid khas untuk memahami sesuatu yang abstrak dengan lebih baik. Selain
itu, BBM ini memudahkan guru kerana ia nipis, ringan dan mudah dibawa. Guru tidak perlu
berasa bimbang akan kekurangan ruang untuk menyimpan buku ini kerana ia nipis dan kurang
menggunakan ruang.

Sebagai kesimpulan, bb mini amat sesuai bagi murid-murid pendidikan khas kerana ia
dapat merangsang pelbagai deria murid di samping menarik perhatian murid.

Вам также может понравиться