Вы находитесь на странице: 1из 3

KEISTIMEWAAN KOLAGEN RUMPAI LAUT

CARA PENGGUNAAN

** Basuh + ramas 4-5 kali dgn air (buang garam putih2 dan kotoran melekat)
** Rendam semalaman atau 7-8 jam sehingga kembang 2-3X ganda
** Selepas rendam basuh lagi 2-3 kali kemudian rebus 10-15 minit air sederhana kacau2
(Rebus dgn daun pandan jika hendak wangi/tak tahan bau laut)
** Air rendaman bagus sbg air mandi atau rendam tumit kaki pecah2 & sihatkan rambut
** Lepas mendidih biarkan sejuk. Dah sejuk masuk dalam bekas masuk dalam peti ais
** Makan 2-3 sudu setiap kali , 2-3 kali sehari (pagi sblum breakfast, malam sebelum tidur)
** Stok tahan lebih 3 bulan kerana telah dikeringkan. Pack kedap udara jika masuk fridge.
Kurangkan pengambilan dari bulan ke bulan utk elakkan kelebihan toksik iodin. Cth : Bulan 1 3 sudu, bulan
ke2 2 sudu, bulan ke3 1 sudu sehari. Bagus juga sbg Masker Muka.

CARA MAKAN

Sebelum sarapan & sebelum tidur (ketika perut kosong dan). Banyakkan minum air kosong (pmc
serap air) & kurang/elakkan kafein (kurang brkesan)

** KHASIAT PURE MARINE COLLAGEN :- 10x ganda tinggi dari sirip yu (satu mangkuk kecil rm300)-
khasiat sama dengan sarang burung layang-layang (rm400 hingga ribuan)- 24% kolagen ni bersamaan 2
keping sarang burung layang-layang dan tahan 3-4 weeks. Kaya dgn omega-3 yg akan membuat kulit
kenyal dan kencang. Mengencangkan/melicinkan kulit. Sembuh luka rangsang sel baru
** Merawat pelbagai masalah kulit spt mengurangkan pigmen2 hitam, kutil, mencerahkan, menegang,
melembut dan mencantikkan kulit. Ekstrak RL juga mengenyangkan & dijadikan sbg Bahan Diet.
** Iodine yang terdapat di dalamnya dikatakan mampu memperbaiki fungsi kelenjar thyroid sekaligus
mencegah penyakit seperti Goitre (kelenjar thyroid membengkak). Meningkatkan SEL RAWAN,
LIGAMEN dan OTOT. Menguatkan tulang sendi, menjauhi ARTRITIS dan OSTEOPOROSIS
** Mampu merendahkan kadar acidic dalam makanan yang diambil, justeru sesuai dimakan bersama nasi
dan lauk-pauk berprotein yang mana kedua-duanya bersifat acidic. Contoh makanan yang menggunakan
konsep ini adalah Onigiri dan Sushi. Menurunkan kolesterol badan
** Kenapa sifat alkaline dalam Rumpai Laut itu tinggi? Antaranya adalah disebabkan kehadiran mineral
yang tinggi dan pelbagai di dalamnya, mencukupi untuk keperluan manusia. Tambahan, Rumpai Laut adalah
antara tumbuhan yang mempunyai banyak mineral didalamnya jika dibandingkan dengan sayur daratan
yang lain. Antaranya ialah kalsium, kalium, zat besi, magnesium, iodine, dan zinc.
** Kaya dengan serat, meskipun struktur komposisinya tidak sama dengan tumbuhan/sayur darat. Ini
secara langsung mampu mengawal paras gula dalam darah si pemakannya.
** Bersifat anti-mutagen dan anti-oksidan, justeru mampu merendahkan kadar kolestrol dan mencegah
kedatangan penyakit seperti kanser dan penyakit jantung. Cegah kanser, anemia
** Beberapa jenis Rumpai Laut bertindak sebagai agen detox. Terdapat komponen di dalamnya yang
mampu bergabung dengan metal toksik dalam sistem pencernaan kita, lalu dinyahkan secara semulajadi
melalui najis. Melawaskan system pencernaan badan. Kandungan IODINE yang tinggi, berfungsi
untuk menghalang tubuh manusia menyerap logam berat yang berbahaya seperti
plumbum, yang boleh mengakibatkan kanser darah dan kanser tulang
** Meskipun berkhasiat, namun tidak boleh diambil dalam KUANTITI YANG BANYAK dan berterusan kerana
dikhuatiri akan mengakibatkan keracunan iodine. emel : utmicc2@yahoo.com

PENGALAMAN Mengambil RUMPAI LAUT (KEBAIKAN DAN KESAN2 AWAL)


Selepas sebulan mengamalkan makan rumpai laut asli warna ungu yang disebut sebagai kolagen
atau ibu kolagen atau dalam bahasa ringkasnya disebut PMC (Pure Marine Collagen) banyaklah
kesan yang dirasai. Selain kesan-kesan positif yang saya sebutkan mengenai penegangan kulit dan
wajah serta meringankan tubuh daripada sakit-sakit sendi dan urat tegang, terdapat juga kesan
yang sedikit mengganggu keselesaan. Biasalah kata orang apabila mengambil makanan yang
memberi kesan detox, akan adalah tindak balas ke atas diri si pemakan. Mula-mula dalam seminggu
OK kecuali cepat lapar dan tekak kering, apabila masuk minggu kedua terasa berdenyut dan
menyucuk di bahagian dada. itu saya sudah ceritakan sebelum ini iaitu disebabkan faktor proses
penegangan. Ini saya boleh tahan lagi tetapi bila dalam perut terasa pedih dan menyucuk dan keluar
angin banyak menerusi mulut-kadang berterusan beberapa ketika seperti ulser/gastrik.Terlebih
iodine juga mungkin menyebabkan badan jadi hitam seperti hangus/kesan terbakar.

Menurut pandangan, rumpai laut memberi tindak balas secara biologi ke atas tubuh. Katanya,
memang ada kesan tindak balas bila kita makan. Itu adalah perkara biasa. Bila melalui rasa tidak
selesa bermakna sudah ada kesan positif, kesan tindak balas itu menunjukkan rawatan ke atas
bahagian-bahagian tertentu sedang aktif. Saya juga mengalami kesan yang sama. Cepat lapar,
tekak kering dan selalu dahaga. Bila saya beritahu anak, dia berkata memanglah kalau makan
kolagen akan terasa begitu. Anak saya di bidang sains, jadi dia tahulah.., ujar kawan saya itu. Jadi
katanya, kena minum banyak air. Selepas makan kolagen, minum susu skim atau ambil makanan
berserat seperti oat dan buah-buahan untuk mengurangkan rasa cepat lapar atau sakit perut. Kata
kawan itu: Baru-baru makan dulu saya pun pelik, mengapalah cepat, lapar dan haus, mengapalah
perut pedih, menyucuk-nyucuk? Hakikatnya yang sakit pedih-pedih dalam perut itu adalah tidak
balas detox, maksud ia sedang bekerja untuk membersihkan segala yang telah tepu dan melekat
pada dinding usus kita. Membuang pun jadi lawas. Ada ketika akan keluar ketulan-ketulan bulat kecil
warna gelap bersama najis.. itu adalah bahan yang dihakis daripada dinding usus. Ia keluar menerusi
najis dalam bentuk begitu. Lama kelamaan, apabila usus sudah bersih, tak rasa sakit perit atau
menyucuk-menyucuk lagi, jelas kawan saya itu.

Bagimanapun dia juga mengingatkan kalau sudah ada kesan positif ke atas tubuh dan kesihatan
badan secara keseluruhan, eloklah dikurangkan kekerapan pengambilan. Kalau pada peringkat awal
diambil setiap hari pagi dan malam, kurangkan menjadi sekali sehari.. kemudian selang dua atau
tiga atau empat hari sekali. Bila sudah betul-betul berkesan ke atas kesihatan, doktor saya juga
menasihat berhenti mengambil sesuatu jenis kolagen dan gantikan dengan jenis kolagen lain pula.
Misalnya saya makan kolagen rumpai laut jenis pil dari Jepun, selepas habis tiga bekas kolagen
rumpai laut, saya gantikan dengan kolagen soya. Ini katanya untuk mengelakkan bahan tidak elok
berkumpul banyak dalam badan yang boleh menyebabkan risiko lain pula, ujarnya.

Rupa-rupanya kawan saya itu sudah lama mengambil pemakanan kesihatan yang ajaib ini. Punca
yang menyebabkan dia mengambil kolagen rumpai laut katanya, ialah pada suatu ketika dulu
sewaktu mengajar budak-budak bersenam lututnya kaku, hampir dibedah oleh doktor. Namun dia
mencari alternatif lain dan seorang kakak memberitahunya agar mengambil pemakanan semula jadi
seperti rumpai laut yang dikatakan sangat baik untuk penyakit sendi. Alhamdulillah katanya, kerana
rajin makan, lututnya kembali normal dan tidak jadi dibedah. Kerana itu juga dia terus dengan
pemakanan rumpai laut jenis pil itu. Selain kulit tegang, tak sakit-sakit sendi, lawas membuang dan
rasa sihat , rambut pun semakin lebat, macam orang muda. Cepat panjang! Begitulah ulasan
panjang lebar daripada kawan saya itu yang akhirnya meyakinkan saya untuk meneruskan
pengambilannya secara yang diajar oleh kawan saya itu. (Mula-mula makan setiap hari, bila dah
nampak kesan positif seperti dikehendaki, jarangkan kekerapan makan sedikit demi sedikit dan
seterusnya bertukar kepada jenis kolagen lain, beberapa ketika sebelum kembali kepada jenis
berkenaan).

PMC (Pure Marine Collagen) juga boleh mencuci darah kotor, ada kawan yang senggugut tak dapat
anak, dah hilang senggugut dia, dan sekarang dah mengandung, siapa yang period darah hitam,
bertukar merah bila makan.. maksud, yang darah tak lancar, bila makan lancar, mungkin bermaksud
boleh mencuci dalaman, dan juga ada terbaca pesakit kanser, yang makan, tahap sel kanser dia
semakin berkurang, selepas dicheck oleh doktor. Ini semua dikutip dari pengalaman, cerita dan
tulisan orang yang memakannya. RL juga dikatakan mampu mengecutkan fibroid, berdasarkan
pengalaman terasa denyut di bahagian payu dara kerana kesan pengecutan dan penegangan kulit.
payu dara jadi tegang. Boleh cuba makan dan kaji kesan ke atas fibroid dengan membuat
pemeriksaan doktor, dari situ kita dapat tahu kesan khasiat RL ke atas fibroid atau bertanyakan pada
orang lain dulu, pasal kesan ke atas fibroid. Lignan dalam Rumpai Laut juga bertindak sebagai
estrogen lemak dan bersama-sama dengan magnesium Mengurangkan hot flushes utk wanita
menopos. Semoga mendapat kesan positif

Вам также может понравиться