Вы находитесь на странице: 1из 7

.

LAPORAN KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN 2017

SUKANTAHUNAN.SMKBJ.SUKANT
AHUNAN.SMKBJ.SUKANTAHUNAN
.SMKBJ.SUKANTAHUNAN.SMKBJ.S
SMK BUKIT JELUTONG
NO 2, JALAN SERAMBI U8/21,

UKANTAHUNAN.SMKBJ.SUKANTA
BUKIT JELUTONG, 40150 SHAH ALAM, SELANGOR

HUNAN.SMKBJ..SUKANTAHUNAN.
SMKBJ..SUKANTAHUNAN.SMKBJ..
LAPORAN KEJOHANAN SUKAN
TAHUNAN KALI KE-14
SUKANTAHUNAN.SMKBJ.
.SUKANTAHUNAN.SMKBJ.SUKANT
AHUNAN.SMKBJ.SUKANTAHUNAN
.SMKBJ.SUKANTAHUNAN.SMKBJ.S
UKANTAHUNAN.SMKBJ.SUKANTA
HUNAN.SMKBJ.SUKANTAHUNAN.S
MKBJ.SUKANTAHUNAN.SMKBJ.SM
KBJ.SUKANTAHUNAN.SMKBJ.SUK
ANTAHUNAN.SMKBJ.SUKANTAHU 0

NAN.SMKBJ.SUKANTAHUNAN.SM
LAPORAN KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN 2017

LAPORAN KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN 2017

1.0 PENGENALAN
1.1 Tajuk Laporan
Kejohanan Sukan Tahunan 2017

1.2 Pegawai Yang Melapor dan Jawatan


Joharni bt Johari
Jawatankuasa Dokumentasi & Laporan Kejohanan Sukan Tahunan 2017

1.3 Tarikh Laporan


3 April 2017

1.4 Objektif Laporan


1.4.1 Memberi maklum balas terhadap Kejohanan Sukan Tahunan 2017 yang
telah dijalankan
1.4.2 Mengenalpasti kekuatan dan kelemahan perlaksanaan Kejohanan Sukan
Tahunan 2017 serta mencadangkan beberapa penambahbaikan untuk
kejohanan sukan tahun akan datang.

2.0 STATUS PERKARA YANG DILAPORKAN


2.1 Objektif Kejohanan Sukan
2.1.1 Melahirkan insan yang sihat dan seimbang dari segi jasmani, emosi,
rohani dan jasmani serta sosial (JERIS)
2.1.2 Menyemai semangat kesukanan dalam diri setiap individu dan
semangat kerja berpasukan bagi setiap rumah sukan yang diwakli oleh
pelajar
2.1.3 Mencungkil dan mengetengahkan bakat-bakat baru pada peringkat
sekolah dalam acara balapan dan juga padang ke peringkat yang lebih
tinggi.
2.1.4 Memupuk semangat perpaduan dan silaturrahim dikalangan warga
Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jelutong melalui sukan.
2.2 Senario Kejohanan Sukan Tahunan 2017

Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jelutong ( SMKBJ)


2017 merupakan kejohanan sukan kali ke 14 yang diadakan di Stadium Mini TUDM Subang.
Taklimat kepada pelajar tentang sukantara telah dibuat pada hari Jumaat, 17 Mac 2017. Acara
sukan dimulakan dengan acara sukantara yang melibatkan semua peserta rumah sukan
mengikut kategori. Acara padang 100 meter, lompat tinggi dan lontar peluru diadakan pada
hari Rabu, 29 Mac 2017 di padang sekolah.

Pada hari Khamis, 30 Mac 2017, acara diadakan di stadium mini TUDM Subang. Acara
yang terlibat ialah lompat tinggi, lontar peluru, lempar cakera dan merejam lembing. Pelajar

1
LAPORAN KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN 2017

juga terlibat dengan raptai perbarisan, senamrobik dan zumba di stadium. Pelajar-pelajar
yang terlibat berkumpul di sekolah dan dibawa dengan bas ke stadium TUDM.

Kemuncak acara kejohanan telah diadakan pada hari Jumaat, 31 Mac 2017 di stadium
TUDM Subang bermula jam 7.30 pagi hingga 12.30 tengahari. Acara dimulakan dengan
acara padang 100 m. Kemudian acara diteruskan dengan perarakan masuk pasukan pembawa
bendera Jalur Gemilang yang diketuai oleh Ketua Murid SMKBJ, unit-unit badan beruniform
sekolah serta pembawa bendera warna rumah sukan bersama kontinjen perbarisan
berdasarkan tema rumah sukan masing-masing. Tema pada tahun ini ialah sukan permotoran.

Acara diteruskan dengan perasmian oleh Encik Noor Azli bin Abd Rahman Penolong
Pengarah Kanan, Bidang Sukan JPN Selangor. Majlis juga turut dihadiri oleh Ybhg Brig Jen
DatoShamsudin Bin Kassim TUDM, Komander Pangkalan Udara Subang dan pegawai
TUDM. Sukan diteruskan dengan acara 400 meter dan 4 x 100 meter. Acara diakhiri dengan
pertandingan senamrobik yang disertai oleh pelajar-pelajar perempuan tingkatan 1 dan 2.
Kemudian di ikuti dengan pertandingan yang baru diperkenalkan pada tahun ini iaitu
pertandingan zumba yang disertai oleh pelajar-pelajar lelaki tingkatan 3,4, dan 5.

Kemudian, acara penyampaian hadiah diadakan bagi memberi pingat kepada semua
peserta yang telah berjaya dalam acara yang dipertandingankan. Juara bagi Kejohanan Sukan
Tahunan pada tahun ini disandang oleh rumah Earth. Manakala naib Johan rumah Mercury,
diikuti oleh rumah sukan Jupiter dan Mars. Olahragawan Sukan Tahunan 2017 lelaki
disandang oleh Muhammad Akmal Mirza bin Razalee dari rumah Mercury manakala
olahragawati disandang oleh Dayang Nurfarahin Dena bt Mohd Husnizar yang juga dari
rumah Mercury. Bagi olahragawan harapan pula disandang oleh Muhammad Aidit Naufal bin
Mohamad Sazali dan olahragawati harapan disandang Jasmin Batrisya bt Zulhefli. Sukan
Tahunan SMK Bukit Jelutong berakhir pada jam 12.30 tengah hari.

2.3 Kekuatan Kejohanan Sukan Tahunan 2017


2.3.1 Setiap ahli rumah sukan menunjukkan kerjasama dan semangat
kesukanan yang tinggi diantara murid dan guru. Pengurusan yang
sistematik dimana setiap guru rumah sukan telah diagihkan tugas
masing-masing.
2.3.2 Kejohanan berjalan mengikut tentatif yang telah ditetapkan.
2.3.3 Pasukan pertolongan cemas (PBSM) menjalankan tugas dengan baik
dengan membantu merawat peserta yang memerlukan rawatan.

2.4 Kelemahan / Kekangan Kejohanan Sukan Tahunan 2017


2.4.1 Masalah cuaca yang hujan menyebabkan ramai pelajar tidak hadir
untuk perjumpaan rumah sukan.
2
LAPORAN KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN 2017

2.4.2 Penyertaan pelajar semasa latihan rumah sukan tidak menggalakkan


menyebabkan guru rumah sukan sukar mencari peserta setiap acara
yang dipertandingkan.
2.4.3 Masalah cuaca yang hujan menjejaskan sukantara yang telah dirancang.
2.4.4 Pelajar yang tidak terlibat dengan acara sukan yang dipertandingkan
berkeliaran dan menyebabkan kelancaran kejohanan terganggu.
2.4.5 Pelajar tidak menjaga kebersihan di padang sekolah dan kawasan
berhampiran padang ketika sukantara berjalan.
2.4.6 Penyertaan pelajar semasa latihan rumah sukan tidak menggalakkan
menyebabkan guru rumah sukan sukar mencari peserta setiap acara
yang dipertandingkan.
2.4.7 Terdapat sesetengah pelajar yang memakai pakaian yang tidak
mengikut etika pakaian yang betul seperti memakai seluar ketat.
2.4.8 Keadaan fizikal padang yang tidak rata serta banyak rumput berduri
juga menjadikan kejohanan sukan pada kali ini begitu mencabar bagi
para peserta acara padang dan balapan terutama atlit sekolah yang
sudah biasa dengan trek kejohanan sebenar.
2.4.9 Pengurusan peserta serta kawalan pelajar pada hari kejohanan yang
tidak ketat membuatkan pelajar marayau di merata tempat.
2.5 Cadangan Penambahbaikan
2.5.1 Kawalan yang lebih ketat dari pihak disiplin supaya hanya pelajar yang
terlibat dengan acara sahaja berada di padang manakala pelajar lain
mengikuti pdp yang sedang berlangsung.
2.5.2 Guru disiplin serta Penolong Kanan Koko juga perlu memperketatkan
peraturan dan menyelaraskan pakaian yang mengikut etika pemakaian
sukan sahaja dibenarkan berada di dalam sekolah serta mengikuti acara
yang dipertandingkan.
2.5.3 Pelajar-pelajar perlu diberi kesedaran dan mempunyai jati diri yang
tinggi untuk memastikan kebersihan kawasan padang sentiasa bersih
serta tidak membuang sampah dimerata tempat.
2.5.4 Tingkatkan kemudahan serta keberkesanan alatan siar raya bagi
memudahkan perjalanan kejohanan.
2.5.5 Kedatangan pelajar untuk sesi latihan rumah sukan perlu diambil serius
dengan cara promosi dan kata semangat untuk bekerjasama dalam
memastikan rumah sukan mereka manjadi juara.

3.0 REFLEKSI

3
LAPORAN KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN 2017

Secara keseluruhannya, Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah Menengah Kebangsaan


Bukit Jelutong, 2017 berjalan dengan lancar mengikut tentatif yang telah disediakan
walaupun terpaksa mengubah hari kejohanan yang sepatutnya dibuat pada hari Ahad,
2 April 2017 tetapi di awalkan pada hari Jumaat, 31 April 2017. Semua kelemahan dapat
diatasi dengan semua pelajar serta guru telah memberikan kerjasama yang sepenuhnya
dalam menjayakan kejohanan sukan tahunan ini. Kemeriahan acara, kegemilangan pelajar
dalam setiap acara yang diceburi diharapkan dapat dipertingkatkan lagi dimasa akan
datang. Semoga semangat kesukanan yang wujud dalam diri setiap warga sekolah dapat
memartabatkan sukan keperingkat yang lebih tinggi.

4.0 RUMUSAN
Akhirnya, jutaan ucapan terima kasih untuk semua pihak yang terlibat secara langsung
dan tidak langsung dalam menjayakan acara Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah
Menengah Bukit Jelutong, 2017 di atas segala masa, kewangan serta penglibatan pihak
ibu bapa yang turut sama menjayakan sukan tahunan pada kali ini.

MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA

Disediakan oleh: Disemak oleh:

JOHARNI BT JOHARI ZURAIDAH BINTI HUSSAIN


AJK DOKUMENTASI & LAPORAN PENOLONG KANAN KOKURIKULUM
KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN 2017 SMK BUKIT JELUTONG
SMK BUKIT JELUTONG.

4
LAPORAN KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN 2017

LAMPIRAN

5
LAPORAN KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN 2017

Pertandingan zumba

Pertandingan senamrobik

Acara akhir di Stadium TUDM Subang

Вам также может понравиться