Вы находитесь на странице: 1из 18

Bimasakti

Menari
Karya Sri Rahayu
Mohd Yusop

Page | 1
Sipnosip

Novel Bimasakti Menari bermula dengan kisah Nurul Hafsa yang memulakan hari
pertama dia bertugas sebagai pegawai sains di Balai Cerap Sultan Salahuddin,
Kuala Selangor. Pada permulaan tugasnya, dia telah menerima kunjungan
sekumpulan pengunjung yang dianggotai oleh 15 orang murid dan tiga orang
pengiring dari Sekolah Rendah Kichihimahigashi, Hiroshima, Jepun yang ingin
melihat bintang-bintang di Kuala Selangor. Malangnya, hasrat murid-murid tersebut
untuk melihat bintang-bintang yang dicartakan dalam peta langit tidak tercapai akibat
langit terlalu cerah pada malam tersebut. Mereka juga tidak dapat melihat berkelip-
kelip. Gelagat Nurul Hafsah melayan murid-murid sekolah itu telah diperhatikan oleh
Muhammad Taufik, iaitu anak salah seorang individu terkaya di Asia Tenggara yang
juga mempunyai sifat cinta akan alam sekitar yang tinggi.

Nurul Hafsa cuba melihat kelip-kelip di Kampung Kuatan untuk memastikan


dakwaan salah seorang peserta rombongan itu, iaitu Utada tentang kelip-kelip di
Kampung Kuantan. Hasrat tersebut juga tidak tercapai. Dia hanya dapat melihat
beberapa ekor kelip-kelip yang mengeluarkan cahaya yang tidak begitu terang dan
kerlipan yang dihasilkan tidak kekal sepanjang masa kelip-kelip itu terbang.

Kegagalan ini telah membuat Nurul Hafsa berusaha untuk menjadikan Kuala
Selangor sebagai Kawasan Simpan Langit Gelap. Rasionalnya projek tersebut
adalah untuk mengembalikan populasi kelip-kelip ke Kuala Selangor dan
mengembalikan kegemilangan Kuala Selangor sebagai sebuah pusat kajian falak
yang terkenal di peringkat antarabangsa. Penggunaan lampu-lampu yang amat
terang cahayanya akan digantikan dengan lampu-lampu yang menggunakan
gelombang yang rendah. Dengan ini, pantulan cahaya ke langit akan berkurang.
Hasrat Nurul Hafsa telah mendapat sokongan daripada Muhammad Taufik yang
turut ingin menjayakan projek Kawasan Simpan Langit Gelap di Kuala Selangor
tersebut.

Page | 2
Dengan menggunakan pengaruh ayah Muhammad Taufik, iaitu Tan Sri Muhaimin,
Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik telah Berjaya membuat pembentangan
projekmereka kepada Pegawai Daerah, iaitu Dato Hj. Mustofa al-Hamid. Walau
bagaimanapun, projek Kawasan Simpan Langit Gelap tersebut mendapat tentangan
daripada mmusuh perniagaan ayah Muhammad Taufik, iaitu DatoJohann Arlington-
Majid. Permusuhan antara Dato Johann dengan Tan Sri Muhaimin bukan sahaja
dalam perniagaan tetapi juga berbentuk permusuhan peribadi yang berpunca
daripada bekas isteri Tan Sri Muhaimin, iaitu Marion Wickham atau nama islamnya,
Maryam yang berbangsa Kaukasia memilih Tan Sri Muhaimin sebagai pasangan
hidupnya.

Menteri Besar yang bersetuju dengan projek yang dibentangkan oleh Nurul Hafsa
telah memanggil satu majlis terbuka di Bnagunan SUK, Shah Alam untuk
mendengar pembentangan tentan Projek Kawasan Langit Gelap daripada Nurul
Hafsa dan Muhammad Tuafik. Pada hari tersebut, Dato Johann Arligton-Majid turut
hadir. Beliau telah mengemukakan pelbagai soalan dengan tujuan untuk
mempengaruhi Menteri Besar agar membatalkan projek tersebut. Walau
bagaimanapun, semua soalan yang dikemukakan oleh Dato Johann Arlington-Majid
dapat dijawab dengan tuntasnya oleh Nurl Hafsa.

Lantaran Projek Kawasan Langit Gelap ingin diwartakan, satu tender pembekalan
lampu akan dikeluarkan . dato Johann bertambah marah kerana lampu-lampu itu
tidak dapat dibekalkan oleh syarikat beliau. Lantaran itu, Dato Johann merancang
untuk membuat gangguan terhadap Muhammad Taufik dengan Nurl Hafsa agar
dapat mempengaruhi Menteri Besar untuk membatalkan projek tersebut.

Pada mulanya, Muhammad Taufik telah diserang dan dipukul ketika dia balik dari
masjid. Mujurlah Budiman dan Nurul hafsa datang dan menyelamatkannya. Selepas
menjalani rawatan di hospital, Muhammad Taufik telah diminta supaya mengikut
ibunya balik ke Otago, New Zealand. Sewaktu Muhammad Taufik bersiap-siap untuk
keluar dari hospital dan terus ke lapangan terbang untuk ke Otago., Muhammad
Taufik telah menerima jabangan bunga. Secebis kertas terjatu daripada jambangan
bunga tersebut. Tertulis kata-kata yang mahu dia menunggu seorang diri di
PETRONAS pada hari jumaat, pukul 8:30 pagi. Paling membimbangkan Muhammad
Taufik adalh apabila dia melihat keronsang mutiara milik Nurul Hafsa yang tersemat

Page | 3
pada selendang yang menjadi pembungkusan jambangan bungaitu. Lantaran itu,
sewaktu dalam perjalanan ke lapangan terbang, Muhammad Taufik telah meminta
pemandu ayahnya agar berhenti di PETRONAS di hadapan hospital atas alasan
hendak ke tandas. Muhammad Taufik mengambil kesempatan itu untuk pergi ke van
putih yang telah sedia menunggunya. Muhammad Taufik telah ditarik ke dalam van
dan dilarikan di suatu tempat. Muhammad Tuafik dapat merasakn bahawa Nurl
Hafsa turt berada di situ yang dicam melalui suaranya. Nurul Hafsa telah diculik
terlebih dahulu, iaitu sewaktu dia balik dari mencerap keli-kelip bersama-sama
abangnya, Budiman. Nurul Hafsa telah dipergunakan oleh penjahat-penjahat itu
untuk mendapatkan Muhammad Taufik.

Kumpulan penjenayah itu telah melepaskan Nurul Hafsa dengan menolaknya keluar
dari kenderaan yang membawanya di kawasan estet. Nurul Hafsa yang dibantu oleh
seorang pemandu van sekolah pergi ke balai polis untuk membuat laporan. Berita
perculikan Muhammad Taufik telah menjadi berita hangat. Pihak polis juga telah
mengatur siasatan dan mengadakan sekatan jalan raya dalam usaha menjejaki
kumpulan penjenayah tersebut.

Berdasarkan maklumat yang diterima, pihak polis telah mengesan sebuah ruamh di
kawasan ladang kelapa sawit yang terletak jauh di pedalaman Bestari Jya.
Sepasukan Pasukan Gerak Khas telah dikerahkan ke sana. Akhirnya, penjenayah-
penjenayah itu telah dapat dibekas dan Muhammad Taufik dapat diselamatkan.

Selepas peristiwa hitam tersebut, hubungan Muhammad Taufik dengan Nurul Hafsa
semakin rapat. Mereka sering berhubung melallui telefon dan bercerita tentang
perisriwa yang menimpa mereka. Selepas peristiwa itu juga, ibu dan ayah
Muhammad Taufik telah bernikah semula. Majlis pernikahan pasangan itu
berlangsung di masjid. Sewaktu mengemas dulang-dulang yang digunakan dalam
majlis itu, Muhammad Taufik telah menzahirkan hasratnya untuk meminang Nurul
Hafsa. Nurul Hafsa yang berasa mal uterus beredar tetapi Muhammad Taufik telah
menghantar mesej yang menyatakn bahawa mereka berdua ialah dua ekor kelip-
kelip terakhir di dunia.

Page | 4
Tema

1. Tema bermaksud sesuatu atau subjek yang menjadi dasar sesuatu


penceritaan.
2. Tema dianggap sebagai perkara atau idea pokok yang menjadi keutamaan
kepada persolan-persoalan lain yang terdapat dalam mana-mana cerita.
3. Tema novel Bimasakti Menari ialah cinta akan alam sekitar.
4. Sikap cinta akan alam sekitar initela ditunjukkan oelh dua orang aktivis alam
sekitar, iaitu Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik.
5. Muahammad Taufik sedang berusaha untuk menyelamatkan kawasan kelip-
kelip dan membina rumah yang mengambil pendekatan mesra alam.
6. Nurul Hafsa pula berusaha untuk menjadikan kawasan Kuala Selangor
sebagai Kawasan Simpan Langit Gelap untuk memastikanbintang-bintang
boleh dicerap di Kuala Selangor dan kelip-kelip dapat dilihat di Kampung
Kuantan.

Persoalan

1. Sikap tidak bertolak ansur antara suami deng isteri akan menyebabkan
berlakunya penceraian.
Tan Sri Muhaimin terpakasa menerima kenyataan bahawa Maryam ialah
seorang pengembara dunia yang ingin akan kebebasan dan tidak boleh
diikat.
2. Penceraian antara suammi dengan isteri menyebabkan anak-anak
menjadi mangsa kerana kehilangan kasih sayang.
Selepas bercerai, Tan Sri Muhaimin memainkan perana untuk mendidik dan
membesarkan Muhammad Taufik manakala Puan Maryam meneruskan
impiannya untuk menyelamatkan dunia.
3. Sikap tamak dan dendam mengakibatkan seseorang itu terjebak dalam
perbuatan jenayah.
Sikap tamak dan dendam Dato Johann Arlington-Majid terhadap Tan Sri
Muhaimin menyebabkan beliau sanggup mengupah penjenayah untuk
menculik dan mencederakan Muhammad Taufik.

4. Sekiranya sudah jodoh, seseorang itu tetap bersatu sebagai suami


isteri.
Tan Sri Muhaimin telah bernikah semula dengan bekas isterinya, iaitu Puan
Maryam Wickham.
5. Tanggungjawab seorang abang terhadap adik perempuan.

Page | 5
Budiman yang sentiasa menemani adiknya, Nurul Hafsa ketika bertemu
dengan Muhammad Taufik dan mencerap kehadiran kelip-kelip di Kampung
Kuantan.
6. Keikhalasan dan kejujuran dalam bersahabat.
Muhammad Taufik dan Nurul Hafsa saling membantu untuk menjayakan
Projek Kawasan Simpan Langit Gelap dan berasa risau apabila salah
seorang daripada mereka diancam.

Mengenal Watak

Jenis watak

1. Watak utama
a) Watak utama memainkan peranan penting dalam sesebuah cerita.
b) Watak utama muncul dalam sebahagian besar peristiwa penting
sesebuah cerita.
2. Watak sampingan
a) Watak sampingan menyokong tindak-tanduk watak utama untuk
melengkapkan cerita.
b) Kemunculan watak sampingan tidak sekerap watak utama.
3. Watak pipih
a) Watak ini merupakan watak sampingan yang hanya dipusatkan pada
suatu aspek sifat atau fikirannya.
b) Watak ini tidak kompleks dan tidak berkembang.
4. Watak dinamik.
a) Watak dinamik beruba, sama ada dari segi psikologi atau dari segi aksi-
aksi yang berlaku dalam plot.
b) Perubahan yang berlaku mungkin daripada kurang baik menjadi baik atau
sebaliknya.
5. Watak stastik
a) Watak stastik tidak mengalami sebarang perubahan tingkah laku atau
fikiran dari awal hingga ke akhir cerita.
b) Contoh watak stastik dalam novel ini ialah Budiman, iaitu abang kepada
Nurul Hafsa. Budiman sentiasa menyokong adiknya dan Muhammad
Taufik dalam projek Kawasan Simpan Langit Gelap.

Cara Watak Digambarkan

1. Ada dua cara pengarang menggambarkan watak dalam cerita.


2. Cara pertama ialah gambaran secara langsung oleh pengarang.

Page | 6
3. Cara kedua ialah gambaran secara tidak langsung yang merangkumi
penggunaan teknik dialog, monolog dalaman, dan aksi watak.

Gambaran Secara Langsung

1. Dalam hal ini, pengarang seolah-olah campur tangan untuk memerihalkan


watak-watak dalam cerita.
2. Pemerihalan itu bukan sahaja merangkum aspek luaran watak, malah turut
menyentuh perasaan dan fikiran watak.

Gambaran Secara Tidak Langsung

1. Dialog
a) Pengarang menggambarkan satu-satu watak berdasarkan dialog yang
diucapkan antara watak dalam novel.
b) Yang berikut ialah contoh dialog yang memerihalkan perwatakan semua
watak:
Apa khabar ibu kamu?
Ibu baik ayah. Ibu kirim salam. (hlm. 40)
Berdasarkan dialog di atas, pembaca dapat membuat penilaian terhadap
perwatakan Tan Sri Muhaimin, iaitu seorang yang baik hati dan tidak
berdendam terhadap bekas isterinya.

2. Monolog dalaman.
a) Monolog dalaman bermaksud kata hati atau pengucapan batin oleh
watak sama ada ditunjukan kepadadirinya atau kepada pendengar atau
pembaca.
b) Yang berikutnya ialah contoh monolog dalaman:
Ya Allah, kata hati Muhaimin, hanya Kau yang mengetahui sebab-
munasabah bagi setiap kemusykilan. (hlm. 38)
Berdasarkan monolog tersebut, pembaca dapat mengetahui perwatakan
Muhaimin, iaitu seorang yang kuat berpegang pada agama. Kejadian yang
dihadapi segera dirujuk kepada Allah SWT yang mentakdirkan segalanya.
3. Aksi
a) Aksi ialah gerak laku atau perbuatan satu-satu watak.
b) Yang berikut ialah salah satu contoh aksi watak yang dapat menjelaskan
perwatakannya:

Page | 7
Nurul Hafsa dan Budiman bergegas keluar kereta dan melihat ke dalam
kenderaan pacuan empat roda itu. Namun, Muhammad Taufik tiada di
dalamnya. (hlm. 126)
Tindakan Nurul Hafsa dan Budiman bergegas keluar dari kereta untuk
mencari Muhammad Taufik memberikan gambaran kepada pembaca
bahawa mereka merupakan orang yang prihatin dan sangat baik hati.

Watak dan perwatakan

Watak utama

Nurul Hafsa

1. Nurul Hafsa ialah watak utama novel ini.


2. Nurul Hafsa ialah anak kepada Haji Yassir dan adik kepada Budiman.
3. Nurul Hafsa belajar di luar negara, iaitu Jordan dalam bidang Fizik dan Kaji
Falak.
4. Nurul Hafsa seorang yang berani. Contohnya, dia telah menghanntar
laporan tentang pencemaran cahaya di Kuala Selangor.
5. Nurul Hafsa seorang yang baik hati. Contohnya, dia begitu prihatin akan
nasib Muhammad Taufik yang cedera kerana diserang penjenayah.
6. Nurul Hafsa seorang yang peramah. Contohnya, dia berasa marah kepada
Muhammad Taufik kerana memagar kawasan sungai di Kampung Kuantan.

Watak sampingan

Muammad Taufik

1. Muhammad Taufik ialah anak tunggal kepada Tan Sri Muhaimin dan Puan
Maryam Wickham Abdullah.
2. Muhammad Taufik seorang yang cinta akan alam sekitar. Contohnya, dia
mengusahakan projek Ikhtiar Teknoalan, iaitu pembinaan rumah yang
berkonsepkan kediaman mesra alam.
3. Muhammad taufik seorang yang berpendidikan tinggi.
4. Muhammad Taufik seorang yang bersikap penyayang. Contohnya, dia
menyayangi kedua-dua orang tuanya walaupun mereka telah berpisah
dengan berusaha untuk memenuhi permintaaan mereka.
5. Muhammad Taufik seorang yang berterus terang. Contohnya, dia berterus
terang dengan bertanya kepada Nurul Hafsa sama ada dia sudi menerima
pinangannya.

Page | 8
6. Muhammad Taufik seorang yang tabah. Contohnya, dia tidak mahu beralah,
sebaliknya meneruskan hasratnya bersama-sama dengan Nurul Hafsa untuk
menyelamatkan kelip-kelip walaupun telah diserang.

Budiman

1. Budiman ialah anak lelaki tunggal Haji Yassir.


2. Budiman ialah abang kepada Nurul Hafsa.
3. Budiman ialah sahabat kepada Muhammad Taufik.
4. Budiman ialah seorang guru sains di Sekolah Menengah Tnajung Karang.
5. Budiman seorang abang yang bertanggungjawab. Contohnya, dia sanggup
meluangkan masa untuk menemani Nurul Hafsa di jeti bagi tujuan mencerap
kelip-kelip.
6. Budiman seorang yang prihatin. Contohnya, dia bersusah payah mengesan
Muhammad Taufik yang telah diserang sewaktu balik dari masjid.

Latar

Latar tempat

1. Balai Cerap Sultan Salahuddin. Tempat Nurul Hafsa bekerja selepas pulang
di luar Negara.
2. Kampung Kuantan. Tempat Muhammad Tuafik memberitahu Nurul
Hafsabahawa populasi kelip-kelip telah berkurang.
3. Stesen minyak PETRONAS di hadapan hospital. Tempat Muhammad
Taufik diculik.
4. Kawasan perladang di Bestari jaya. Tempat pasukan Gerak Khas
digerakkan untuk menyelamatkan Muhammad Tuafik yang diculik.
5. Hospital Besar Tanjung Karang. Tempat Muhammad Taufik telah dibawa
untuk mendapatkan rawatan setelah diserang oleh sekumpulan penjenayah.
6. Taman Rimba Templer. Tempat Budiman mengadakan perkhemahan
bersama-sama dengan budak pengakap.

Latar Masa

1. Hari pertama bekerja di Balai Cerap Sultan Salahuddin. Contohnya,


peristiwa Nurul Hafsa berasa tidak keruan ketika mengeringi kumpulan
pengunjung yang dianggotai 15 orang murid dan tiga orang pengiring yang
ingin mencerap bintang-bintang di langit.

Page | 9
2. Waktu malam. Contohnya, peristiwa Nurul Hafsa dihantar oleh ayahnya, Haji
Yassir pergi ke Kampung Kuantan untuk melihat kelip-kelip.
3. Sebelum solat zuhur.contohnya, peristiwa Haji Yassir makan tengah hari
bersama-sama dengan Nurul Hafsa dan Budiman.
4. 50 tahun dulu. Contohnya, peristiwa penduduk Kuala Selangor telah
menikmati bekalan air paip.
5. Waktu seminggu berlalu. Contohnya, seminggu telah berlalu selepas
peristiwa Nurul Hafsa menghantar laporan tentang tahap kecerahan langit
Kuala Selangor ke Pejabat Daerah Kuala Selangor.
6. Waktu selepas solat isyak. Contohnya, peristiwa Muhammad Taufik telah
diserang untuk kali pertama oleh penjenayah.

Latar masyarakat

1. Masyarakat yang mementingkan kerjaya sehingga sanggup mengambil


tindakan yang radikal. Contohnnya, Tan Sri Muhaimin yang mementingkan
perniagaan dan Maryam Wickham yang mementingkan aktiviti mencintai alam
sekitar sanggup bercerai apabila masing-masing tidak dapat bertolak ansur.
2. Masyarakat yang cinta akan alam sekitar. Contohnya, Maryam Wickham,
Muhammad Taufik , dan Nurul hafsa telah melaksanakan kerja-kerja untuk
menyelamatkan alam sekitar.
3. Masyarakat yang terpelajar. Contohnya, Nurl Hafsa belajar sehingga ke
Jordan dalam bidang Fizik dan ilmuFalak dan bekerja Balai Cerap Sultan
Salahuddin.
4. Masyarakat yang hidup harmoni dalam sebuah keluarga. Contohnya,
keluarga Nurul Hafsa yang terdiri daripada ayahnya, Haji Yassir dan
abangnya, Budiman hidup dengan harmoni dan bahagia.
5. Masyarakat yang berkhawin campur. Contohnya, Tan Sri Muhaimin yang
berketurunan Jawa telah berkhaein dengan Maryam Wickham yang
berketurunan Kaukasia.

Plot

Binaan plot

1. Peristiwa dalam novel ini disusun secara kronologi .


2. Pada bahagian pengenalan atau eksposisi,pengarang memperkenalkan
watak Nurul Hasfa yang baru berkerja sebagai pegawai sains diBalai Cerap

Page | 10
Sultan Salahuddin,Kuala Selangor.Pada hari pertama dia berkerja,dia telah
melayan sekumpulan murid dari Jepun yang diiringi oleh Puan Wikham
mencerap bintang.Namun begitu,mereka semua berasa hampa kerana tidak
kelihatan disebabkan langit terlalu cerah.Hasrat melihat kelip-kelip di
Kampung Kuantan juga tidak kesampaian.

3. Cerita mula mencapai tahap perkembangan apabila Nurul Hasfa membuat


laporan berkaitan dengan pencemaran cahaya yang menghalang aktiviti
mencerap bintang dan melihat kelip-kelip di Pejabat Daerah. Ketua Nurul
Hafsa, iaitu Puan Foziah telah menasihati Nurul Hafsa agar tidak
mnegharapkan sebarang tindakan kerana pembangunan di Kuala Selangor
tidak melanggar undang-undang alam sekitar. Kemudian, abang Nurul Hafsa,
iaitu Budiman telah mempertukan Nurul Hafsa dengan Muhammad Taufik
yang mencintai alam sekitar juga. Setelah berbincang, mereka berdua
bersetuju untuk bekerjasama melaksanakan projek Kawasan Simpan Langit
Gelap di Kuala Selangor bagi membolehkan aktiviti pencerapan bintang dan
menjaga populasi kelip-kelip di Kampung Kuantan. Dengan bantuan dan
pengaruh Tan Sri Muhaimin, mereka Berjaya membuat pembenntangan
kepada Pegawai Daerah Kuala Selangor. Kemudian, Menteri Besar telah
mengadakan majlis terbuak kepada orang ramai untuk mendengar
pembentangan tentang projek Kawasan Simpan Langit Gelap tersebut.
4. Pada peringkat perumitan, projek Kawasan Simpan Langit Gelap mendapat
tentangan daripada Dato Johann Arlington-Majid. Dato Johann Arlington-
Majid cuba membatalkan projek tersebut dengan mengemukan pelbagai
soalan kepada Nurul Hafsa tetapi semua soalannya dapat dijawab dengan
jelas oleh Nurul Hafsa. Dato Johann Arlington-Majid juga tidak bersetuju
kerana syarikat beliau tidak dapt membekalkan lampi-lampu full cut off yang
diperlukan untuk tujuan projek tersebut. Lantaran, Dato Johann Arlington-
Majid yang sememangnya telah lama berdendam dengan Tan Sri Muhaimin
kerana Maryam Wickham memilih Tan Sri Muhaimin sebagai pasangan
hidupnya, telah merancang untuk menggagalkan projek tersebutt dengan

Page | 11
mengupah penjahat untuk menimbulkan ketakutan kepada masyarakat
apabila suasana menjadi gelap pada waktu malam. Cerita bertambah rumit
apabila Muhammad Taufik telah diserang ketika dia balik dari masjid selepas
menunaikan soalt isyak. Berita serangan terhadap Muhammad Taufik telah
sampai ke pengetahuan Menteri Besar. Setelah mendapat penjelasan
daripada Tan Sri Muhaimin tentang peristiwa serangan itu, Menteri Besar
bersetuju untuk meneruskan projek Kawasan Simpan Langit Gelap di Kuala
Selangor.
5. Plot mencapai puncak/klimaks apabila Nurul Hafsa pula diculik. Rentetan
penculikan Nurul Hafsa, Muhammad Taufik telah membatalkan niat untuk
mengikut ibunya balik ke Otago, New Zealand . deia telah menemui kumpulan
penculik itu di stesen minyak PETRONAS di hadapan hospital. Kemudian,
Muhammad Taufik telah dicuk dan dibawa ke kawasan perladangan kelapa
sawit. Selepas penjahat dapat menculik Muhammad Taufik, mereka
membebaskan Nurul Hafsa. Nurul Hafsa telah membuat laporan di balai polis.
Berdasarkan laporan dari Balai Polis Bestari Jaya, Ketua Inspektor Llim telah
menubuhkan pasukan Gerak Khas. Akhirnya, kumpulan penjenayah itu
Berjaya diberkas dan Muhammad Taufik dapat diselamatkan.
6. Pada peringkat peleraian, hubungan antara Nurul Hafsa dengan Muhammad
Taufik bertambah intim. Mereka berdua selalu berbual-bual tentang peristiwa
yang menakutkan mereka itu. Peristiwa yang berlaku terhadap Muhammad
Taufik dan Nurul Hafsa juga telah merapatkan hubungan antara Tan Sri
Muhaimin dengan bekas isterinya, Maryam Wickham. Mereka mengambil
keputusan untuk bernikah semuala. Selepas kenduri kesyukuran utnuk
meraikan pernikahan buat kalii kedua Tan Sri Muhaimin dengan Maryam
Wickham, Muhammad Taufik yang berbunyi, Kita ialah dua ekor kelip-kelip
terakhir di dunia.

Teknik plot

Teknik pemerian

1. Pemerian bermaksud penceritaan tentang sesuatu peristiwa atau


keterangan tentang sesuatu watak secara langsung oleh pengarang.
2. Antara contoh penggunaan teknik ini termasuklah:

Page | 12
a) Pengarang memerihalkan kenderaan hibrid yang menjadi idaman Nurul
Hafsa. Contohnya:
Maryam telah berkata kepadanya 15 tahun dahulu, Tan Sri Muhaimin
menggelen. Lebih penting dan lebih besar daripada Muhammad Taufik?
(hlm.37)

b) Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik mengimbau kembali zaman


persekolahan mereka, iaitu ketika mereka masih belajar di sekolah
rendah. Contohnya:
Nurul Hafsa dah lupa pada saya,kan? Sekolah Kebnagsaan Tanjong
Keramat, saya di Tahun 6 dan Nurul Hafsa di Tahun 4. (hlm.52)

Teknik monolog/monolog dalaman

1. Monolog ialah tutur kata atau pengucapan watak secara bersendirian


dalam bentuk doa, ratapan, keluh kesah, rayuan cinta dan sebagainya.
2. Monolog dalaman bermaksud kata hati atau pengucapan batin sesuatu
watak, sama adaa ditujukan kepada dirinya sendiri atau kepada orang lain.
3. Antara contoh monolog dalam novel ini termasuklah:
a) Nurul Hafsa bermonolog untuk meluahkan rasa kesal kerana hasratnya
untuk melihat kelip-kelip yang banyak di Kampung Kuantan tidak
kesampaian, sebaliknya dia hanya melihat enam ekor kelip-kelip.
Contohnya,
Ya, enam ekor kelip-kelip, Nurul Hafsa berdetik dalam hati. (hlm. 23)
b) Nurul Hafsa bermonolog untuk meyakinkan dirinya bahawa pada suatu
hari nanti dia pasti akan dapat memiliki kereta hybrid yang diimpikannya
sejak dia mula bekerja. Contohnya,
Ah, suatu hari nanti , suatu hari nanti! kata Nurul Hafsa senyap-senyap.
(hlm.28)

Teknik saspen

1. Saspen dikenali juga dengan istilah ketegangan yang bermaksud peristiwa


dalam novel yang menimbulkan keadaan tertanya-tanya atau perasaan
ingin tahu dalam kalangan pembaca tentang peristiwa yang akan berlaku
selanjutnya.
2. Antara contoh saspen dalam novel ini termasuklah:
a) Peristiwa pengemudi bot yang membawa Nurul Hafsa untuk melihat kelip-
kelip di Kmapung Kuantan memenuhi permintaan Nurul Hafsa untuk

Page | 13
membawa bot menyusur cabang sungai yang gelap. Pembaca tertanya-
tanya tentang peristiwa yang terjadi di mulut anak sungai yang gelap itu.

b) Peristiwa Nrul Hafsa berasa saspens apabila melihat tiga orang lelaki
memotong rumput di tepi-tepi jalan lorong ke rumahnya yang sunyi sejak
dua tiga hari kebelakangan ini dan perkara yang meragukannya ialah
lalang masih meninggi. Pembaca tertanya-tanya akan tujuan sebenar
kehadiran ketiga-tiga lelaki itu.

Tenik kejutan

1. Perubahan dalam urutan peristiwa yang berlaku secara tiba-tiba tanpa


diduga oelh pembaca, inilah kejutan.
2. Kesan yang timbul daripadaperubahan itu tidak sama dengan kejutan yang
diduaga oleh pembaca.
3. Kejutan merupakan unsure yang mampu menjadi plot cerita semakin menarik.
4. Antara contoh teknik kejutan yang terdapat dalam novel ini termasuklah
peristiwa Muhammad Taufik yang sedang sakit di hospital tiba-tiba bertanya
kepada Nurul Hafsa tentang dia tidak memakai selendang hitam Kristal.
Pembaca tidak menyangka bahwa soalan itu sakn ditanya oleh Muhammad
Taufik kepada Nurul Hafsa dalam keadaanya yang masih kesakitan sehingga
menyebabkan Nurul Hafsa terkejut.
5. Seterusnya, peristiwa Tan Sri Muhaimin memutuskan bahawa Muhammad
Taufik perlu mengikut ibunya balik ke Otago untuk suatu tempoh yang lama.
Pembaca tidak menyangka bahaw Tan Sri Muhaimin akan membuat
keputusan tersebut Tanya berbincang terlebih dahulu dengan Muhammad
Taufik.

Gaya bahasa

Diksi

1. Novel Bimasakti Menari memilih kosa kata yang sesuai dengan latar masa,
latar tempat dan latar masyarakat. Antara kosa kata tersebut termasuklah
istilah yang berkaitan dengan bintang seperti Betelgeuse, Rigel, Siph, Almitak,
Mintaka, Alvilam, dan Orion.

Page | 14
2. Pengarang menggunakan diksi pinjaman daripada bahasa inggeris.
Contohnya:
a) Platform (hlm. 1)
b) Amatur (hlm. 4).
3. Terdapat juga penggunaan diksi pinjaman daripada pengaruh bahsa Arab
dalam novel ini. Contohnya:
a) Falak (hlm. 6)
b) Wafat (hlm. 7)
4. Pengarang turut menggunakan istilah khusus yang berkaitan dengan alam
sekitar. Contohnya:
a) Grid utiliti (hlm. 61)
b) Jejak karbon (hlm.61)

Simile

1. Simile atau perbandingan ialah gaya bahasa yang membandingkan sesuatu


dengan sesuatu yang lain.
2. Perbandingan ini pula menggunakan perkataan seperti, bagai, bak, lakasan,
umpama, macam dan ibarat.
3. Antara contoh pengguanaan simile dalam novel ini termasuklah:
a) Dia cuba berseloroh sedang hatinya bagai dikoyak-koyak apabila
menyedari dia bergurau tentang perkara yang buakn gurauan. (hlm. 15)
b) ibunya akan pergi lagi umpama seorang puteri yang tergesa-gesa lari
dari majlis tari-menari dalam kisah si pari-pari. (hlm.17)

Hiperbola

1. Hiperbola merupakan perbandingan yang digunakan untuk menyatakan


sesuatu secara berlebihan.
2. Antara contoh penggunaan hiperbola dalam novel ini termasuklah:
a) Jika kita berjumpa lebih kerap, pastinya rupa paras Taufik akan lebih
melekat pada mata ibu(hlm. 15)
b) seorang pengembara dunia yang ingin akan kebebasan (hlm. 37)

Inversi

1. Inversi ialah pembalikan kata atau frasa yang disengajakan oleh pengarang.
2. Antara contoh penggunaan inverse dalam novel ini termasuklah:

Page | 15
a) Malam ini adik-adik hanya dapt melihat sebahagian sahaja daripada buruj
Orion (hlm.7)
Sepatutntya: adik-adik hanya dapat melihat sebahagian sahaja daripada
buruj Orion malam ini.
b) Pada malam semalam, selepas menunaikan solat, Nurul Hafsa berdoa
dan menanam azam yang dia akan menjalankan tugasnya sebagai
seorang penjawat awam dengan penuh dedikasi. (hlm.9)
Sepatutnya: Nurul Hafsa berdoa dan menanam azan pada malam
semalam, selepas menunaikan solat yang dia akan menjalankan tugasnya
sebagai seorang penjawat awam dengan penuh dedikasi.

Sinkope

1. Sinkope bermaksud penyingkatan kata dengan menggugurkan satu atau


lebih huruf atau suku kata dari tengah-tengah kata.
2. Antara contoh penggunaan sinkope dalam novel ini termasuklah:
a) dia cedera ringan saja. (hlm.70)
b) Sabarlah, Taufik. Tak teruk sangat ni, (hlm. 128)

Peribahasa

1. Peribahasa yang digunakan dalam sesebuah novel lazimnya ialah simpulan


bahasa, perumpamaan, pepatah, dan bidalan.
2. Antara contoh peribahasa yang terdapt dalam novel ini termasuklah:
a) Tan Sri Muhaimin membisu seribu bahasa sedang dalam mindanya
terdapat soalan yang membakar untuk diluahkan segera mungkin.
(hlm.38)
b) Tan Sri Muhaimin tidak menjawab, namun jelas air mukanya berubah.
(hlm.40)

Ayat

1. Dalam novel ini, pengarang menggunakan ayat pendek, sederhana dan


panjang.
2. Ayat pendek banyak diselitkan dalam dialog dan teknik pemerian.
Contohnya:
a) Bayu bertiup lembut. (hlm.31)
b) Teruk ! keluh Nurul Hafsa. (hlm.31)

Page | 16
3. Penggunaan ayat sederhana panjang dalam novel ini adalh seperti contoh
yang berikut:
a) Nurul Hafsa menarik nafas dalam-dalam. (hlm. 4)
b) Muhammad Taufik kenal benar dengan Puan Wickham. (hlm. 13)

Penggunaan petikan terjemahan ayat al-Quran dan Hadis

1. Pengarang turut menggunakan petikan terjemahan ayat al-Quran dan hadis


Nabi Muhammad SAW dalam novel ini.
2. Antara contoh petikan terjemahan ayat al-Quran dan hadis Nabi Muhammad
SAW dalam novel ini termasuklah:
a) Nabi Muhammad SAW telah bersabda, gerhana matahari ialah suatu
kejadian alam dan tiada kene-mengena dengan kematian dan kelahiran
seseorang manusia. (hlm.7)
b) Dia yang mengadakan bintang-bintang untukmu, supaya kamu dapat
pentunjuk dengannya dalam kegelapan daratan dan lautan (hlm.82)

Nilai

1. Nilai cinta akan alam sekitar. Contohnya, Nurl Hafsa dan Muhammad Taufik
berusaha untuk membawa kembali kegelapan di Kuala Selangor untuk
memastikan habitat kelip-kelip terjaga dan Kuala Selangor kekal sebagai
lokasi pencerapan bintang.
2. Nilai setia kawan. Contohnya, Muhammad Tuafik sanggup berjumpa dengan
penjahat di stesen minyak PETRONAS di hadapan hospital semata-mata
untuk menyelamatkan sahabatnya, iaitu Nurul Hafsa yang telah diculik.

3. Nilai tanggungjawab. Contohnya, Tan Sri Muhaimin telah membesarkan


anak tunggalnya dengan memenuhi segala keperluan anaknya itu walaupun
dia seorang bapa tunggal.
4. Nilai ketabahan. Contohnya, Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik tabah
menghadapi ancaman dan acbaran dalam usaha mereka untuk
mengembalikan kegelapan di Kuala Selangor untuk pencerapan bintang dan
menjaga habitat kelip-kelip.
5. Nilai kasih sayang. Contohnya, Maryam Wickham sayang akan anaknya,
iaitu Muhammad Taufik dengan mengunjungi rumah anaknya dan
memasakkan makanan untuk anaknya itu.

Page | 17
Pengajaran

1. Kita hendaklah mencinta dan makhluk lain tidak terancam. Contohnya,


Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik berusaha untuk menjadikan Kuala
Selangor sebagai kawasan gelap bagi memastikan khazanah alam seperti
kelip-kelip dan pencerapan bintang terus dinikmati.
2. Kita mestialh mempunyai siakp setia kawan supaya tidak berlakunya
pengkhianatan dalam menjalin hubungan persahabatan. Contohnya,
Muhammad Taufik sanggup bertemu dengan penjenayah semata-mata
kerana tidak mahu keselamatan Nurul Hafsa yang telah diculik terancam.
3. Ibu bapa mestilah bertanggungjawab terhadap anak-anak supaya
kehidupan anak-anak terbela. Contohnya, Haji Yassir sanggup menghantar
anaknya, Nurul Hafsa ke Kampung Kuantan untuk mencerap keli-kelip
supaya anaknya tidak mengalami masalh untuk pergi ke tempat tersebut.
4. Kita mestilah tabah dalam melaksanakan sesuatu kerja supaya matlamat
kerja tersebut tercapai. Contohnya, Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik
tabah dalam menjalankan projek yang sedang diusahakan oleh mereka, iaitu
Kawasan Simpan Langit Gelap Kuala Selangor walaupun usaha mereka
berhadapan dengan cabaran daripada Dato Johann Arlington-Majid.
5. Kita mestilah berbudi bahasa agar kita dihormati orang lain. Contohnya,
Muhammad Taufik yang berbudi bahasa tinggi, akhirnya ytelah menjadi rakan
karib Nurul Hafsa.

Page | 18

Вам также может понравиться