Вы находитесь на странице: 1из 5

SJK(T) LADANG HOLYROOD, 34100 SELAMA, PERAK.

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA INGGERIS


BIL 1 / 2017

TARIKH : 10 Januari 2017 (Selasa)


MASA : 1.30 3.00 petang
TEMPAT : Bilik Guru

KEHADIRAN :
1. Pn.R.Josepine (Guru Besar)
2. Cik.T.Moganavalli
3. Cik.T.Yuvaneswary

1.1 UCAPAN PENGERUSI


1.2 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua guru ke mesyuarat Panitia Bahasa
Inggeris kali pertama 2017.
1.3 Beliau juga mengucapkan terima kasih atas kerjasama semua guru yang
menjayakan semua program pada tahun 2016.
1.4 Beliau memberitahu bahawa slogon Pejabat LMS bagi tahun 2017 ialah Buat
Bersungguh-sungguh.
1.5 Semua warga sekolah ini harus berpegang dengan slogan tersebut dan
menjalankan segala tugasan kita secara bersungguh-sungguh.
Makluman : Semua Guru

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT


2.1 Minit mesyuarat yang lalu telah dibentangkan oleh Cik.T.Moganavalli.
2.2 Cik.T.Yuvaneswary mencadangkan minit mesyuarat yang lalu dan menerima
serta menyokongnya.
Tindakan: Semua Guru
3.0 PERKARA YANG BERBANGKIT
3.1 Tiada perkara yang berbangkit
Makluman: Semua Guru

4.0 PERKARA YANG DIBINCANG


4.1 PELANTIKAN KETUA PANITIA
4.1.1 Cik.T.Moganavalli memegang jawatan sebagai ketua panitia Bahasa
Inggeris bagi sesi 2017.
Makluman: Semua Guru
4.2 PENGURUSAN FAIL PANITIA
4.2.1 Ketua panitia perlu mengemaskini fail panitia dengan kadar segera.
4.2.2 Selepas mesyuarat panitia pertama, ketua panitia perlu menyediakan
takwim dan carta organisasi serta menyimpan dalam fail.
4.2.3 Isi kandungan fail panitia harus mengikut prosedur yang ditetapkan.
4.2.4 Satu salinan Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) Bahasa Inggeris
bagi setiap tahun perelu disimpan dalam fail panitia.
Tindakan : Ketua Panitia

4.3 ANALISIS KEPUTUSAN MURID DALAM PEPERIKSAAN AKHIR


TAHUN 2016
4.3.1 Ketua Panitia membentangkan keputusan analisa Peperiksaan Akhir
Tahun bagi matapelajaran Bahasa Inggeris Tahun 1 dan 3.
4.3.2 Berikut adalah markah Peperiksaan Akhir Tahun Bahasa Inggeris:
Tahun 1 Tahun 3
R.Barani R.Kartikeyan V.Tharshini
Bahasa Inggeris Pemahaman
Markah Gred Markah Gred Markah Gred
95 A 68 B 82 A
Bahasa Inggeris Penulisan
Markah Gred Markah Gred Markah Gred
90 A 62 C 80 A
Jadual 1 : Markah dan Gred Murid dalam Peperiksaan Akhir Tahun
2016

4.3.3 Secara keseluruhannya, keputusan murid Barani dan Tharshini amat


baik.
4.3.4 Guru perlu berusaha supaya murid Kartikeyan juga mendapat
keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan Bahasa Inggeris bagi
tahun ini.
4.3.5 Guru matapelajaran perlu merancang program peningkatan bagi murid
Kartikeyan supaya dia juga mendapat keputusan yang lebih cemerlang
dalam peperiksaan yang akan datang.
Tindakan : Guru Mata Pelajaran

4.4 LINUS

4.4.1 Murid Kartikeyan telah melepasi dalam saringan LINUS kedua Bahasa
Inggeris pada tahun lepas. Namun, murid tersebut masih memerlukan
bimbingan guru untuk berada dalam kelas perdana.
4.4.2 Murid Barani pula tidak dapat melepasi dalam saringan LINUS kedua.
4.4.3 Beberapa intervensi telah dibincang dan akan dijalankan untuk
membantu murid Barani melepasi dalam saringan Literasi Bahasa
Inggeris tahun ini. Antaranya ialah :
4.4.3.1 Permainan bahasa (Minggu Bahasa Inggeris & sewaktu
PdP)
4.4.3.2 Teknik Pandang dan sebut (sewaktu PdP)
4.4.3.3 Spelling Bee (sewaktu PdP)
Tindakan : Guru Matapelajaran

4.5 PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)


4.5.1 Setiap guru matapelajaran perlu memuat turun Modul perekodan
offline murid dari portal BPK atau portal KSSR Online.
4.5.2 Selepas satu topik atau unik, guru matapelajaran harus mengisi tahap
penguasaan murid dalam topik tersebut dan menyimpan satu salinan
tersebut dalam fail perekodan offline murid.
4.5.3 Salinan perekodan offline ini akan diberi kepada ibubapa sebanyak 4
kali iaitu selepas ujian satu, peperiksaan pertengahan tahun, ujian
bulan ogos dan peperiksaan akhir tahun.
4.5.4 Seperti biasa penilaian formatif akan berlangsung sepanjang tahun
sewaktu pengajaran dan pembelajaran.
4.5.5 Penilaian sumatif pula akan dijalankan sebanyak empat kali dalam
tahun 2017 ini iaitu ujian satu, peperiksaan pertengahan tahun, ujian
bulan ogos dan peperiksaan akhir tahun.
4.5.6 Tidak ada peperiksaan selaras.
4.5.7 Setiap guru mata pelajaran perlu menyediakan kertas ujian dengan
sendiri mengikut tahap penguasaan murid serta JSU.
4.5.8 Guru harus menyelitkan banyak soalan KBAT dalam kertas ujian tahun
ini.
Tindakan : Semua guru

4.6 SESI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP)


4.6.1 Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris perlu mengikut
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) tahun masing-
masing.
4.6.2 Sesi pengajaran dan pembelajaran Abad Ke-21 harus dilaksanakan.
Guru perlu membiasakan murid terhadap aktiviti PA 21 ini. Guru harus
memastikan murid-murid mengenali semua aktiviti PA 21.
4.6.3 Sesi pengajaran dan pembelajaran perlu berpusatkan murid. Guru
harus berperanan sebagai fasilitator sahaja. Penglibatan murid dalam
sesi pengajaran dan pembelajaran harus 80% dan penglibatan guru
pula hanya 20% sahaja.
4.6.4 Segala hasil kerja murid perlu dipamerkan di dalam kelas.
4.6.5 Guru harus memberi pendedahan soalan-soalan KBAT kepada semua
murid.
4.6.6 Guru juga sentiasa perlu menggalakkan murid-murid untuk
mempersembahan hasil kerja mereka di hadapan kelas.
Tindakan : Semua Guru
4.7 PELAKSANAAN PROFESSIONAL LEARNING COMMUNITY (PLC)
4.7.1 Tahun ini pelaksanaan PLC akan dijalankan secara bersungguh-
sungguh.
4.7.2 Pelaksanaan PLC ini akan diketuai oleh Guru Besar sekolah kita.
4.7.3 Dua minggu sekali PLC ini akan dijalankan mengikut takwim yang
ditetapkan.
4.7.4 Laporan PLC peringkat sekolah akan dibuat dan dihantar ke PPD
mengikut kitaran melibatkan semua mata pelajaran.
Tindakan : Semua Guru

4.8 PROGRAM PENINGKATAN


4.8.1 Berikut adalah beberapa program peningkatan Bahasa Inggeris yang
dirancang sepanjang tahun 2017:
4.8.1.1 Learn A Word A Day
4.8.1.2 Bacaan Pagi (Program Sinar Pagi)
4.8.1.3 Minggu Bahasa Inggeris
4.8.1.3.1 Crossword puzzle
4.8.1.3.2 Spelling bee
4.8.1.3.3 Scrabble
4.8.1.3.4 Pertandingan cursive writing
4.8.1.3.5 Persembahan murid
4.8.1.4 One day one sentence (sewaktu PdP)
4.8.2 Aktiviti-aktiviti ini akan dibincangkan dengan lebih lanjut dalam
pertemuan panitia kali kedua.
Tindakan : Semua guru

4.9 PENCERAPAN DAN PEMANTAUAN


4.9.1 Pencerapan dan pemantauan akan berlaku setiap minggu.
4.9.2 Semua guru sentiasa perlu bersedia dengan pemantauan dan
pencerapan ini.
Tindakan : Semua guru

4.10 SUDUT PANITIA


4.10.1 Sudut Panitia Bahasa Inggeris akan diwujud dalam kelas tahun 4.
4.10.2 Guru matapelajaran boleh mempamerkan hasil kerja murid dalam
sudut tersebut.
Tindakan : Guru matepelajaran

5.0 HAL-HAL LAIN


5.1 Setiap guru harus menggunakan Internet atau FrogVLE dalam sesi pengajaran
dan pembelajaran.
5.2 Semua guru perlu menyemak buku latihan murid-murid dari masa ke semasa.
Tindakan : Semua Guru

6.0 PENANGGUHAN MESYUARAT


6.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua dan mesyuarat
ditangguhkan pada 3.00 petang.

Disediakan Oleh, Disahkan Oleh,

..
(MOGANAVALLI A/P TAN KENG YU) (JOSEPINE A/P RAIPEN)
Ketua Panitia Bahasa Inggeris Guru Besar
SJK (T) Ladang Holyrood. SJK (T) Ladang Holyrood

Вам также может понравиться