Вы находитесь на странице: 1из 23

Visi dan Misi KPM

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik


Negara Sejahtera

Melestarikan sistem pendidikan yang


berkualiti untuk membangunkan
potensi individu bagi memenuhi
aspirasi negara
Visi dan Misi Sekolah

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik


Negara Sejahtera

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik


Negara Sejahtera
11 Anjakan Utama PPPM 2013 2025

Aspirasi Sistem dan Aspirasi Murid


Peruntukan Waktu Mengajar (KSSR Semakan 2017)
Rukun Negara

BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA


mendukung cita-cita hendak:

Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh


masyarakatnya;
Memelihara satu cara hidup demokratik;
Mencipta satu masyarakat adil di mana kemakmuran negara akan
dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;
Menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya
yang kaya dan berbagai corak; dan
Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan
sains dan teknologi moden.

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh


tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut
berdasarkan atas prinsip-prinsip berikut:

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN


KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN
Tatasusila Profession Perguruan Malaysia
Kami, guru-guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju ke arah pembentukan warganegara

yang berilmu, yang taat setia, yang bertanggungjawab dan berkebolehan, yang menyedari betapa pentingnya usaha menuju
ke arah kebenaran dan ke arah pencapaian hasrat yang gemilang dan yang percaya demokrasi, kebebasan perseorangan

dan prinsip-prinsip Rukun Negara.

Melalui pendidikan, masyarakat dapat membantu anak mudanya memahami kebudayaan mereka, memperolehi pengetahuan
yang terkumpul sejak zaman berzaman dan menyediakan mereka untuk menghadapi cabaran pada masa hadapan.

Dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab untuk membimbing anak muda untuk mencapai kemajuan sepenuhnya,
kami menyempurnakan profesion kami ke taraf kesusilaan yang setinggi-tingginya.

TANGGUNGJAWAB TERHADAP PELAJAR

1. Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar-pelajar kami dari hal-hal lain.
2. Bersikap adil kepada pelajar-pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, keturunan
atau agama.

3. Merahsiakan ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya.
4. Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjahnya sendiri atau dalam matapelajaran-matapelajaran yang

diajar dalam bilik darjah tanpa sebarang bayaran.

5. Menunjukkan suatu cara berpakaian, tutur kata dan tingkah laku yang dapat memberikan contoh yang baik kepada
para pelajar.

6. Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, penyelidikan, lawatan dan menghadiri kursus
ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran kami mencapai mutu yang setinggi-tingginya.

TANGGUNGJAWAB TERHADAP IBUBAPA

1. Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka.


2. Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan dengan rumah tangga.

3. Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai keadaan rumah tangga atau mengenai anak
mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak

mengetahuinya.

4. Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka dan menggunakan maklumat daripada
ibu bapa secara teliti dan bijaksana.

5. Mengelakkan diri dari menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar.
6. Mengelakkan diri dari mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap

ibu bapa mereka.


TANGGUNGJAWAB TERHADAP MASYARAKAT DAN NEGARA

1. Mengelakkan diri dari menyebarkan suatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara,

ataupun yang bertentangan dengan prinsip Rukun Negara.

2. Memupuk dalam diri setiap pelajar dengan sikap dan nilai yang boleh membantu dan membimbing mereka untuk
menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna, menghormati orang yang lebih tua dan

menghormati adanya perbezaan budaya, keturunan dan agama.


3. Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat dan memenuhi tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan

sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat.


4. Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dan ibu bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat.

5. Memberikan sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupan moral, kebudayaan dan kecendekiawan masyarakat.
6. Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjadi kehidupan kami sehari-hari

dengan baik.

TANGGUNGJAWAB TERHADAP RAKAN SEJAWAT DAN PROFESION PERGURUAN

1. Mengelakkan diri dari membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru

di hadapan pelajar atau ibu bapa atau membuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru.

2. Tidak melibatkan diri dalam sebarang kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami sebagai guru.
3. Berusaha dengan sepenuh-penuhnya menunaikan tanggungjawab kami dengan rajin dan bersungguh-sungguh dan

mengekalkannya sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial.


4. Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat kami terutamanya mereka yang baharu dalam profesion perguruan.

5. Sentiasa mengawasi diri kami supaya tidak mencemarkan nama baik profesion perguruan.
6. Akan menjadi ahli sebuah pertubuhan guru.

Catatan :

Guru yang dimaksudkan dalam konteks tatasusila ini ialah orang yang menyebarkan ilmu
pengetahuan di sesebuah institusi pendidikan peringkat rendah, menengah dan tinggi,
termasuk guru terlatih yang bertugas dalam pentadbiran, organisasi dan penyeliaan

pendidikan.
Perkara-Perkara Am Tatalaku Pegawai Perkhidmatan Awam

Taat Setia:

Semua pegawai perkhidmatan awam mesti menumpahkan segala taat setia yang tidak berbelah bagi kepada Seri Paduka
Baginda Yang Di-pertuan Agong, negara dan kerajaan.

Larangan:

1. Mereka tidak boleh membelakangkan kewajipan awamnya kerana kepentingan peribadinya. Dengan erti kata yang lebih

tepat lagi, mereka tidak boleh berkelakuan dengan begitu rupa yang mungkin menyebabkan kepentingan
persendiriannya bercanggah dengan kewajipan awamnya.

2. Sebagai pegawai perkhidmatan awam, mereka tidak dibenarkan membiarkan kepentingan persendiriannya bercanggah
dengan kewajipan awamnya hingga menjejaskan kegunaanya sebagai pegawai perkhidmatan awam.

3. Begitu juga, mereka adalah ditegah menggunakan kedudukan awamnya untuk faedah persendirian atau kepentingan
peribadi.

4. Mereka tidak boleh berkelakuan dengan begitu cara yang boleh menjatuhkan martabat perkhidmatan awam dan hilang

kepercayaan terhadap perkhidmatan awamnya.


5. Selain itu, mereka seharusnya tiada membawa apa-apa bentuk pengaruh dan tekanan untuk menyokong dan

memajukan sesuatu tuntutan yang berhubung dengan perkhidmatan awam. Tuntutan yang dimaksudkan itu adalah
tuntutan secara individu ataupun lain-lain bentuk tuntutan anggota-anggota lain perkhidmatan awam.

6. Mengingkari perintah dan berkelakuan dengan apa jua cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagai ingkar
perintah.

Sikap:

1. Mereka perlu bersikap positif, bertanggungjawab, dedikasi, jujur dan cekap terhadap tugas.
2. Adalah mustahak baginya memberikan kerjasama dengan pegawai dan kakitangan yang lain dalam perkhidmatan awam.

Pekerjaan Luar:

1. Seseorang pegawai pentadbiran awam itu tidak dibenarkan membuat pekerjaan luar melainkan ia dikehendaki
menjalankan tugasnya.

2. Mereka hanya boleh berbuat demikian dengan diberi kuasa dan diluluskan untuk berbuat demikian oleh ketua jabatan.

Hadiah:

1. Pegawai perkhidmatan awam tidak dibenarkan sama sekali untuk menerima sebarang bentuk hadiah.
2. Mereka juga tidak membenarkan isteri, anak-anak, ibu bapa, saudara mara atau mana-mana pihak untuk menerima

atau memberi bagi pihak mereka.

3. Dalam hubungan ini, mereka tidak boleh melakukan sama ada secara langsung ataupun tidak langsung apa jua bentuk
hadiah daripada atau kepada mana-mana orang sekalipun.
Keraian:

1. Seorang pegawai pentadbiran awam itu dilarang untuk memberi atau menerima apa jua bentuk dan jenis keraian

kepada atau daripada mana-mana orang.

2. Mereka tidak boleh menerima keraian yang boleh mempengaruhinya untuk membuat sebarang faedah peribadi.

Memiliki Harta:

1. Semua pegawai perkhidmatan awam mesti melaporkan kepada pihak berkuasa tata-tertib yang berkenaan.

2. Laporan ini dilakukan dengan mengisi borang perisytiharan harta dan dikirimkan melalui ketua jabatan mereka.

3. Harta yang dimaksudkan ini merupakan harta alih ataupun tidak alih dan ini juga termasuk harta alih yang munasabah
yang digunakan sebenarnya pada masa itu olehnya, isteri dan anak-anaknya.

4. Segala harta itu adalah kepunyaannya atau yang dipegang oleh seseorang pegawai pentadbiran awam bagi pihak isteri
atau anak-anaknya.

5. Jika pegawai perkhidmatan itu tiada mempunyai sebarang harta, laporan juga perlu dibuat untuk tujuan rekod.

Menyelenggara Taraf Hidup Yang Melebihi Pendapatan:

1. Seseorang pegawai perkhidmatan awam itu tidak boleh menyelenggarakan taraf hidupnya melebihi daripada
pendapatan rasminya yang sah.

2. Jika penyelenggaraan hidupnya melebihi emolumen rasminya, dia mungkin dipanggil untuk memberi penjelasan yang
munasabah kepada pihak yang berkuasa lembaga tata tertib yang berkenaan di atas saraan itu.

3. Pegawai perkhidmatan awam tidak boleh meminjam daripada seseorang atau menjadi penjamin kepada seseorang

peminjam atau dengan apa jua yang boleh menyebabkan dirinya terhutang wang kepada mana-mana orang kecuali
yang diperbekalkan dalam Perintah Am Bab D, 1980.

Kesusahan Hutang:

1. Seorang pegawai perkhidmatan awam mungkin berada dalam keadaan kesusahan disebabkan oleh bebanan hutangnya
yang begitu berat sekali.
2. Adalah disebabkan oleh kesulitan kewangan yang dihadapinya itu boleh membawa kepada terjejas perkhidmatannya.

3. Oleh itu, tindakan tatatertib boleh diambil terhadap dirinya. Dalam keadaan biasa perkara ini dilaporkan kepada pihak
mahkamah atau pemegang-pemegang harta.

Meminjamkan Wang.

1. Pegawai pentadbiran awam juga ditegah meminjamkan wang dengan bunga kepada orang lain.

2. Mereka tidak boleh melakukannya sama ada dengan sebarang bentuk cagaran ataupun tidak.
Spekulasi:

1. Semua pegawai dilarang menspekulasi tentang turun naiknya harga komoditi sama ada tempatan ataupun luar negara.

2. Mereka juga dilarang membeli dan menjual sekuruti-sekuriti dengan harga yang tinggi sekali.

Refel Dan Loteri:

Semua pegawai juga tidak boleh mengadakan refel atau loteri yang menjadi harta persendiriannya.

Penerbitan Buku:

Pegawai perkhidmatan awam boleh menulis buku, makalah dan lain-lain bentuk karya dengan kebenaran.

Kenyataan Awam:

1. Pegawai tidak boleh membuat kenyataan awam yang boleh merosakkan sesuatu dasar atau keputusan kerajaan.
2. Mereka ditegah membuat kenyataan sama ada secara lisan, penerbitan ataupun dalam bentuk-bentuk lain.

3. Sebagai pegawai perkhidmatan awam, mereka tidak boleh mengedarkan apa-apa kenyataan sama ada yang dibuat
olehnya ataupun orang lain.

4. Selain itu, mereka juga dilarang daripada membuat kenyataan umum mengenai perkara-perkara berhubung dengan

kerja-kerja jabatan di mana dia bertugas ataupun pernah berkhidmat suatu masa dulu.

Penyunting:

1. Pegawai perkhidmatan awam juga dilarang bertindak sebagai penyunting sebarang akhbar dan majalah kecuali dengan
kebenaran.

2. Mereka tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam pengurusan penerbitan akhbar dan majalah.
3. Di samping itu, mereka dicegah memberi sumbangan wang dengan mana-mana penerbitan, termasuk surat khabar

ataupun majalah.
4. Bagaimanapun, mereka dibenarkan mengambil bahagian yang cergas termasuk kerja-kerja penyuntingan, memberi
sumbangan tenaga, buah fikiran dan kewangan terhadap penerbitan jabatan dan kakitangan, penerbitan profesional
dan segala penerbitan pertubuhan sukarela yang tidak bercorak politik.

Kegiatan Politik:

Bagi maksud mengambil bahagian dalam bidang politik, pegawai-pegawai adalah dibahagikan kepada dua kumpulan:

Kumpulan A:

1. Kumpulan ini terdiri daripada pegawai dalam kumpulan jawatan yang berkelayakan ijazah universiti ataupun kelayakan

ikhtisas sebagai kelayakan masuk kerja.


2. Mereka dilarang mengambil bahagian dalam kegiatan politik tanah air melainkan hanya menjadi ahli biasa.
Kumpulan B:

1. Ianya terdiri daripada semua pegawai kerajaan yang bukan dalam kumpulan A.

2. Dalam perkara ini, mereka boleh dilantik sebagai ahli jawatankuasa sesebuah parti politik.

3. Bagaimanapun mereka perlu terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis daripada pihak kerajaan.

Perbicaraan Undang-Undang Dan Bantuan Guaman:

1. Pegawai yang memerlukan bantuan guaman yang bersabit dengan perkara yang berbangkit dari tugasnya perlu

mendapat persetujuan daripada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam terlebih dahulu.

2. Begitu juga, pegawai yang berkehendakkan bantuan guaman melalui peguam bela dan peguam cara bersabit dengan
perkara yang berbangkit dengan tugasnya perlu mendapatkan kelulusan terlebih dahulu daripada Ketua Pengarah

Perkhidmatan Awam.

Tidak Hadir Bertugas Tanpa Bercuti:

1. Ketidakhadiran bertugas tanpa bercuti dan dengan tidak mendapat kebenaran: bagi seseorang pegawai perkhidmatan
itu boleh disabitkan dengan tindakan tatatertib.

2. Apabila sesorang pegawai itu tidak hadir bertugas bagi tempoh tidak lebih daripada tujuh hari dalam satu bulan,
tindakan tatatertib boleh diambil terhadapnya.

3. Tindakan tatatertib bermaksud pegawai itu boleh dikenakan pembuangan kerja atau lain-lain hukuman.
4. Bagi tempoh ianya tidak hadir, dia tidak berhak mendapat apa-apa jua gaji ataupun saraan hidup.

5. Jika seseorang pegawai itu tidak menghadirkan diri untuk bertugas selama tujuh hari dalam satu bulan itu pihak

lembaga tatatertib apabila menerima laporan daripada ketua jabatan, boleh mengambil tindakan buang kerja ataupun
turun pangkat mengikut perbekalan Perintah Am 26.

6. Sementara menunggu keputusan Pihak Berkuasa Tatatertib, pegawai itu tidak berhak mendapat apa-apa gaji dan saraan
hidup selama tempoh dia tidak hadir bertugas.
Kalendar Tahun 2017
Takwim Sekolah 2017

Penggal Persekolahan
PENGGAL 1

SESI PERTAMA : 03 Januari Hingga 17 Mac 2017

SESI KEDUA : 27 Mac Hingga 26 Mei 2017

PENGGAL 2

SESI PERTAMA : 12 Jun Hingga 25 Ogos 2017

SESI KEDUA : 04 September Hingga 24 November 2017

Cuti Am
Hari Kelepasan Am Tarikh Hari

Tahun Baru Cina 28 & 29 Jan Sabtu & Ahad

Hari Thaipusam 9 Februari Khamis

Hari Pekerja 1 Mei Isnin

Hari Wesak 10 Mei Rabu


Hari Keputeraan Sri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong 3 Jun Sabtu

Awal Ramadhan 27 Mei Sabtu

Hari Raya Aidilfitri 25 & 26 Jun Ahad & Isnin

Hari Kebangsaan 31 Ogos Khamis

Hari Raya Aidiladha 1 & 2 Sep Jumaat & Sabtu

Hari Malaysia 16 September Sabtu

Awal Muharam (Maal Hijrah) 1439H 21 September Khamis

Hari Deepavali 18 Oktober Rabu

Hari Keputeraan DYMM Sultan Pahang 24 Oktober Selasa

Hari Keputeraan Nabi Muhaamad S.A.W 1 Disember Jumaat

Hari Krismas 25 Disember Isnin


Falsafah Pendidikan Kebangsaan

INSAN
ILMU TANGGUNGJAWAB DAN
PENGETAHUAN SEIMBANG SUMBANGAN KEPADA
AKHLAK MULIA DAN MASYARAKAT
HARMONIS

KESELURUHAN FALSAFAH BERPAKSIKAN KETUHANAN


Pendidikan di malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh
dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Warganegara Malaysia yang baik


o Percaya dan patuh kepada tuhan Unsur Rohani dan Emosi
o Berilmu pengetahuan o Keyakinan terhadap tuhan
o Berakhlak mulia o Kepercayaan beragama
o Bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama o Kemantapan jiwa
dan Negara o Penghayatan nilai-nilai murni dan norma masyarakat
o Berbakti dan memberi sumbangan kepada o Berbudi pekerti mulia
masyarakat dan Negara o Berbakti dan berkorban
o Memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu

Unsur Intelek
o Hikmah iaitu ilmu yang boleh membawa kepada
kebenaran
Unsur Jasmani
o Daya pemikiran yang kreatif dan inovatif o Kecergasan fizikal dan kesihatan diri

o Daya pemikiran yang logik dan analitis o Dapat menggunakan anggota dan tenaga fizikal

o Ilmu yang bermanfaat sendiri untuk berdikari dan hidup bermasyarakat

o Masyarakat Malaysia yang berilmu pengetahuan,


memiliki sikap suka membaca serta cintakan ilmu
Komponen Standard Guru Malaysia

Standard Guru Malaysia


(SGM) menggariskan
kompetensi professional
yang patut dicapai oleh guru,
dan keperluan yang patut
disediakan oleh agensi dan
institusi perguruan bagi
membantu guru mencapai
tahap kompetensi yang
ditetapkan.
STANDARAD

S1 Amalan Nilai Profesionalisme


Keguruan
S2 Pengetahuan & Kefahaman
S3 Kemahiran Pengajaran &
Pembelajaran

Misi Nasional
KEPERLUAN
PENENTUAN

Falsafah Pendidikan
STANDARD

Kebangsaan
Modal
ASAS

Guru
DAN

Falsafah Pendidikan Guru


Tatasusila Profesion Keguruan Unggul Insan
Etika Kerja Kementerian
Pelajaran Malaysia

K1 Kelayakan Masuk Program


KEPERLUAN

Latihan Perguruan
K2 Latihan, Pentaksiran &
Penilaian
K3 Kolaborasi
K4 Insfrastruktur & Infostruktur
K5 Jaminan Kualiti
Lapan Proses Pemikiran

Membudayakan Kemahiran Berfikir:


Projek ini membantu pihak sekolah memupuk kemahiran
berfikir; menyemai budaya pembelajaran sepanjang
hayat; mahir dalam menyelesaikan masalah dan
berupaya mencari jalan penyelesaian secara kreatif
dalam kalangan murid sekolah.
i-THINK merupakan kerjasama di antara Kementerian
Pendidikan dan Agensi Inovasi Malaysia (AIM). i-THINK
melahirkan inovator generasi masa depan dengan
kebolehan dan kemahiran berfikir secara kritis serta
berupaya untuk menyesuaikan diri menangani cabaran
pada masa akan datang.

Lapan Proses Pemikiran dibangunkan melalui alat berfikir visual, iaitu Peta Pemikiran yang
memudahkan muriid-murid dalam memahami konsep, menganalisis masalah dan mencari penyelesaian.
Pedagogi Abad ke-21
Surat Pekeliling Ikhtisas
Surat Pekeliling Ikhtisas
Surat Pekeliling Ikhtisas
Surat Pekeliling Ikhtisas
Surat Pekeliling Ikhtisas
Perintah-Perintah Am Bab C (Cuti)

BAHAGIAN DUA - KELAS B

(1) PEGAWAI-PEGAWAI DALAM PERKHIDMATAN PELAJARAN YANG MENJALANKAN TUGAS-TUGAS DI


SEKOLAH

49. Guru-guru tidak berkelayakan mendapat cuti rehat seperti yang dibekalkan di bawah Perintah Am Tiada cuti rehat.
(56).
7 hingga Perintah Am 12.

50. (a) Sebagai ganti cuti rehat, guru-guru adalah berkelayakan mendapat cuti penggal sekolah dengan Cuti penggal
sekolah
syarat bahawa Ketua Jabatan boleh memanggil guru-guru untuk menjalankan tugas-tugas selain
boleh di-panggil
daripada tugas-tugas mengajar biasa semasa percutian penggal sekolah bagi masa yang tidak melebihi
bertugas.
separuh daripada jumlah cuti penggal sekolah dalam satu-satu tahun itu. (56).

50. (b) Semua tempoh percutian penggal sekolah yang bergaji penuh akan diambil kira sebagai
perkhidmatan yang melayakkan di bawah tafsiran Perintah Am 1(ix).

51. (a) Kuasa Tertentu boleh meluluskan cuti separuh gaji kepada guru-guru bagi perkhidmatan yang
melayakkan atas kadar 30 hari bagi tiap-tiap satu tahun tetapi tidak melebihi 180 hari. Cuti separuh gaji
hanya boleh diiberi atas sebab-sebab berikut sahaja.

(i) sebab-sebab kesihatan guru itu sendiri dengan perakuan sebuah Lembaga Perubatan
(Bab) F.

(ii) sebab-sebab kesihatan seanak saudara yang rapat kepada guru itu; dan

kerana membuat lawatan-sambil-belajar di seberang laut yang telah diluluskan oleh Ketua
(iii)
Setiausaha Kementerian Pelajaran.

51. (b) Cuti separuh gaji di bawah (a) (iii) tidak boleh diberi melebihi had satu-satu penggal sekolah itu
tetapi cuti penggal sekolah yang jatuh sejurus sebelum atau selepas cuti separuh gaji sedemikian boleh
digunakan untuk menyambong cuti separuh gaji itu tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan.

51. (c) Cuti separuh gaji yang diberi di bawah (a) (i) dan (ii) yang meliputi kedua-dua tempoh penggal
sekolah dan cuti penggal sekolah hendaklah dikira sebagai cuti separuh gaji yang bersambungan.

51. (d) Walau apapun perbekalan di (a), Ketua Jabatan boleh meluluskan cuti separuh gaji di bawah (a)
(ii) tidak melebihi 14 hari dalam satu-satu tahun.

52. Ketua Jabatan boleh meluluskan cuti tanpa gaji mengikut perbekalan dalam Perintah Am 14 dengan Cuti tanpa
syarat bahawa sebarang cuti tanpa gaji yang jatuh pada cuti penggal sekolah akan terus dianggap gaji.
sebagai cuti tanpa gaji.

Вам также может понравиться