Вы находитесь на странице: 1из 1

KOMUNIKASI PENGETUA-GURU: SATU ANALISIS

Pengetua yang dapat berkomunikasi secara berkesan bermakna guru-guru akan terlibat sama dalam
membuat keputusan dan melaksanakan aktiviti-aktiviti sekolah untuk mewujudkan rasa
kebersamaan, dihargai dan kepuasan bekerja dalam sesebuah organisasi. Keberkesanan komunikasi
jenis itu bergantung kepada keupayaan golongan yang terlibat mewujudkan persekitaran yang saling
mempercayai, saling hormat menghormati, membina dan menggalakkan pertukaran maklumat secara
terbuka. Empat bentuk komunikasi yang kerap diamalkan oleh pengetua ialah penerangan kerja,
maklum balas, ekspresi positif dan penglibatan iaitu bentuk-bentuk komunikasi yang bersifat dua hala,
mesra pendengar dan mementingkan nilai-nilai kemanusiaan. Bentuk-bentuk komunikasi yang
diamalkan oleh pengetua haruslah menyeluruh dan ia tidak mengamalkan diskriminasi dalam
komunikasi.

Вам также может понравиться