Вы находитесь на странице: 1из 15

PENGUNAAN KIT KAD IMBASAN DALAM SESI APRESIASI

BAGI UNSUR SENI TAHUN TIGA

Oleh:
RICCHE RYEND BIN ANDINGI
PISMP Pendidikan Seni Visual Pendidikan Rendah Ambilan Januari 2012
Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau, Sabah.
riccheryend@yahoo.com

ABSTRAK
Kajian ini dilaksanakan untuk mengenal pasti keberkesanan penggunaan Kit Kad Imbasan
terhadap penilaian dan keyakinan murid bagi sesi apresiasi seni dengan pengetahuan yang
betul bagi subjek Dunia Seni Visual dalam kalangan murid Tahun 3 Zamrud. Subjek terdiri
daripada 2 orang murid lelaki dan 3 orang murid perempuan dari Sekolah Kebangsaan
Pekan, Keningau. Instrumen pengumpulan data adalah menggunakan borang pemerhatian.
Data kajian dianalisis dan diinterpretasi menggunakan kekerapan dan peratus untuk menilai
peningkatan penilaian dan keyakinan murid setelah penggunaan Kit Kad Imbasan dalam
sesi apresiasi seni dengan pengetahuan yang betul. Dapatan kajian menunjukkan 100%
murid berjaya menguasai kemahiran penilaian seni dengan pengetahuan yang betul.
Seterusnya, hasil temubual juga menunjukkan peratusan keyakinan murid meningkat
sebanyak 100% setelah penggunaan Kit Kad Imbasan. Kajian ini menunjukkan bahawa
penggunaan Kit Kad Imbasan dalam sesi apresiasi seni dengan pengetahuan yang betul
sememangnya dapat meningkatkan penilaian dan keyakinan murid dalam sesi apresiasi
seni.

Kata kunci: Kit Kad Imbasan, penilaian, keyakinan, sesi apresiasi seni

ABSTRACT
This study was conducted to determine the effectiveness of using the Flashcard Kit on
evaluation and confidence of pupils for art appreciation sessions with proper knowledge of
the subject Dunia Seni Visual in Year 3 Zamrud pupils. The subjects consisted of 2 boys
and 3 girls from Sekolah Kebangsaan Pekan Keningau. Data collection instruments were
used is an observation form. Data were analyzed and interpreted using frequency and
percentage increase in assessments to evaluate students confidence after the use of the
Flashcard Kit in art appreciation sessions with the right knowledge. The findings show that
100% students successfully master the art evaluation with the right knowledge. Next, the
interview also shows that 100% of students have increased confidence after the use of the
Flashcard Kit. This study shows that the use of the Flashcard Kit in art appreciation
sessions with the right knowledge can certainly improve the evaluation and confidence of
pupils in art appreciation sessions.

Keywords: Flashcard Kits, evaluation, confidence, art appreciation sessions

PENDAHULUAN
Matlamat Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah bagi mata pelajaran Pendidikan Seni
Visual (PSV) adalah untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif
menerusi pembelajaran asas seni visual dan berupaya meningkatkan rasa kesyukuran
terhadap Tuhan dan menghargai keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat
menyumbang kearah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan Negara selaras dengan
hasrat Falsafah Pendidikan Negara.
Mata Pelajaran PSV bertujuan untuk memberi peluang kepada murid memupuk
minat, memperkembangkan keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-
nilai kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran lain. PSV berperanan
untuk memperkembangkan potensi diri murid melalui persepsi visual, imaginasi dan
perkembangan pemikiran. Pengalaman seni visual penting bagi membantu murid membina
keyakinan, tahu membuat penilaian terhadap apresisasi seni dan mengenali citarasanya
sendiri. Matlamat mata pelajaran PSV sekolah rendah adalah untuk melahirkan insan yang
harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual. (Sukatan
Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah, Pendidikan Seni Visual 2003)

REFLEKSI PENGAJARAN YANG LALU


Saya telah menjalankan beberapa sesi pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Dunia
Seni Visual yang lalu dalam kelas Tahun 3 Zamrud SK Pekan Keningau. Masalah yang
saya hadapi ialah murid tidak mampu memberikan idea tentang karya yang dihasilkan
semasa sesi apresiasi seni dijalankan. Sebilangan besar murid tidak mampu memberikan
input yang berkaitan dengan unsur-unsur seni seperti garisan, warna, jalinan, rupa, bentuk
dan ruang. Melalui perbincangan yang saya jalankan bersama guru panitia Pendidikan Seni
Visual SK Pekan Keningau, murid tidak diberikan pendedahan berkaitan dengan Asas Seni
Reka untuk dipraktikkan dalam penghasilan karya mereka. Murid juga belum diberikan
pendedahan awal tentang perjalanan sesi apresiasi yang dilakukan setelah mereka
menghasilkan karya di dalam Pengajaran dan Pembelajaran Dunia Seni Visual KSSR.
Pentingnya apresiasi seni membolehkan murid memahami aspek-aspek nilai
estetika, pengertian unsur-unsur seni dan nilai-nilai sosiobudaya yang terkandung dalam
hasil seni dan kraf. Ianya juga dapat menghubungkaitkan diri dan hasil sendiri dengan
hasil-hasil lain berdasarkan persepsi visual. Begitu juga dengan aktiviti apresiasi seni, kita
dapat melihat perhubungan antara kerja sendiri dengan kerja-kerja orang lain di mana kita
dapat membentuk keyakinan dan kefahaman penghargaan terhadap bidang seni.
Sepanjang pemerhatian saya selama empat minggu, saya mendapati bahawa murid mampu
merangsang idea melalui bantuan secara lisan atau visual oleh guru. Oleh sebab itu, saya
telah mendapat inisiatif untuk menghasilkan sebuah kit kad imbasan berkaitan dengan
unsur-unsur seni bagi membantu murid merangsang idea dalam sesi apresiasi seni di
hadapan kelas dan guru. Sebagai contoh, kit kad imbasan tersebut mengandungi contoh-
contoh garisan yang boleh dikaitkan dengan hasil karya murid. Melalui contoh-contoh yang
diberikan pada kad imbasan, ia akan memudahkan lagi murid untuk menggunakan istilah
yang terkandung dalam unsur seni yang perlu dikaitkan dalam apresiasi seni. Selain itu ia
juga mampu merangsang minat murid terhadap sesi apresiasi yang akan saya jelaskan
dalam perancangan tindakan nanti.
Hasil pemerhatian saya juga mendapati bahawa murid-murid tidak begitu yakin untuk
tampil ke hadapan kelas untuk membuat apresiasi terhadap hasil karya sendiri dan rakan.
Murid-murid agak lemah untuk menilai dan membuat apresiasi terhadap karya seni di mana
mereka hanya tahu mengatakan karya itu cantik tetapi tidak dapat menjelaskan mengapa
hasil karya tersebut cantik. Saya juga melihat murid agak pasif dan tidak berani atau tidak
tahu memberikan pendapat terhadap karya yang dihasilkan. hal ini menyebabkankan sesi
apresiasi berjalan dengan perlahan dan kurang aktif.

FOKUS KAJIAN
Fokus kajian saya memberikan tumpuan terhadap masalah yang telah dihadapi oleh 5 orang
murid dari Tahun 3 Zamrud SK Pekan Keningau. Murid-murid ini tidak mampu
memberikan penilaian yang berkaitan dengan unsur-unsur seni seperti garisan, warna,
jalinan, rupa, bentuk dan ruang. Murid juga belum diberikan pendedahan awal tentang
perjalanan sesi apresiasi yang dilakukan setelah mereka menyelesaikan aktiviti di dalam
Pengajaran dan Pembelajaran Dunia Seni Visual KSSR.
Kajian ini melibatkan seramai 5 orang murid Tahun 3 di Sekolah Kebangsaan
Pekan Keningau. Mereka terdiri daripada 2 orang lelaki dan 3 orang perempuan.
Responden mempunyai tahap kecerdasan pelbagai yang berbeza. Sebilangan besar
responden ini mencapai keputusan akademik yang sederhana dalam peperiksaan dan ujian.
Responden juga terdiri daripada latar belakang keluarga yang berpendapatan sederhana.
Majoriti pekerjaan ibubapa responden adalah bekerja sendiri selain daripada polis dan guru.
Latar belakang ekonomi ibubapa murid juga mempengaruhi tahap prestasi murid di
sekolah. Ibubapa mahukan anak-anak mereka memperolehi keputusan yang
memberangsangkan di sekolah.

Isu Kajian/Keprihatinan
Peranan apresiasi seni dalam Pendidikan Seni Visual amat penting dalam Pengajaran dan
Pembelajaran. Apresiasi seni dapat memberi pengalaman kepada pelajar mengenali aspek
pengetahuan seni visual dan kegunaannya dalam pelbagai kegiatan kehidupan dari segi
keindahan dan fungsi. Melalui apresiasi seni, pelajar dapat membuat penilaian awal
sebelum membuat penilaian atau kritikan berdasarkan sebab-sebab yang munasabah.
Apresiasi seni juga dapat menolong seseorang menyatakan sebab dan membuat
pertimbangan yang penting apabila menilai karya seni tidak kiralah seni lukis, seni reka
atau bidang seni visual yang lain.
Pendekatan apresiasi seni dapat memberikan penghargaan yang menyeronokkan
terhadap karya seni,dilakukan secara naratif dan tersusun untuk memahami sesuatu karya
seni. Ia merangkumi aspek pengetahuan, penilaian, diskriminasi, dan juga kesedaran emosi
terhadap karya seni, Ecker (1966). Ini menunjukkan bahawa apresiasi seni memainkan
peranan penting dalam pengajaran dan pembelajaran PSV. Apresiasi seni mencakupi
aspek-aspek pengetahuan, membuat pertimbangan, penyataan diskriminasi dan
penghargaan kepada karya seni. Selain itu, apresiasi seni juga menitikberatkan aspek
kritikal serta aspek emosional terhadap karya seni. Menjalankan proses apresiasi seni
sebenar tidak sukar kerana proses ini boleh diumpamakan sebagai memberi penghargaan
terhadap karya seni.
Selain itu, konsep dan pelaksanaan apresiasi seni juga bertujuan untuk membina
tatabahasa visual dan meningkatkan daya estetik seseorang. Pengalaman estetik ini akan
sentiasa berkembang kerana proses ini juga mendedahkan seseorang itu dengan bahasa
tampak yang membantu menyelami perasaan penghasil karya. Menurut Johari Abdul
Hamid, 2004, apresiasi seni mengajar pengkritik dan pemerhati seni menghargai rasa dan
perasaan seniman. Apresiasi seni ini dibahagikan kepada enam peringkat iaitu peringkat
analitikal, peringkat penerangan, konteks dan skop, aspek asosiasi, aspek kritikal dan aspek
hubungan baik.
Peringkat analitikal membawa kita melihat aspek kenal pasti yang paling mudah
iaitu menyatakan aspek-aspek seperti tajuk karya, jenis karya, pereka atau seniman karya,
tarikh dihasilkan, asal-usul karya, gaya, medium yang digunakan, teknik dan fungsi karya.
Terdapat tiga peringkat pada peringkat penerangan. Peringkat penerangan literari
digunakan ke atas karya seperti potret, landskap, lukisan objek dan lain-lain. Contohnya
karya Monalisa yang menggambarkan seorang wanita yang sedang tersenyum. Penerangan
literari ini kemudian dibahagikan pula kepada dua bahagian iaitu penerangan teknikal dan
penerangan formal yang melibatkan penggunaan teknikal dan bahan oleh pengkarya serta
unsur seni seperti garisan, warna, jalinan, bentuk, rupa dan ruang.
Menurut Seabolt, (2001) aktiviti kritikan seni melibatkan perbincangan dan diskusi
mengenai sesuatu karya seni manakala apresiasi seni pula merujuk kepada aktiviti
menghayati seni dengan melibatkan pengetahuan berkaitan dengan sejarah seni dan
perbincangan serta diskusi mengenai seni. Adalah sangat diperlukan pendekatan ini
digunapakai untuk memberikan penilaian estetika dan artistik untuk setiap karya seni yang
dihasilkan. Proses apresiasi adalah bersifat bebas dimana proses ini tidak akan menilai
adakah interpretasi yang telah dibuat oleh individu adalah betul atau salah mengenai
sesebuah karya seni, kerana apa yang penting adalah untuk memahami karya melalui apa
yang dilihat secara langsung.
Bagi mengatasi permasalahan ini, saya akan menghasilkan sejumlah kad imbasan
berkaitan dengan unsur-unsur seni bagi membantu murid merangsang idea dalam sesi
apresiasi seni di hadapan kelas dan guru. Sebagai contoh, salah satu kad imbasan tersebut
mengandungi contoh-contoh garisan yang boleh dikaitkan dengan hasil karya murid.
Melalui contoh-contoh yang diberikan pada kad imbasan, ia akan memudahkan lagi murid
untuk menggunakan istilah yang terkandung dalam unsur seni yang perlu dikaitkan dalam
apresiasi seni. Selain itu ia juga mampu merangsang minat murid terhadap sesi apresiasi
yang akan saya jelaskan dalam perancangan kajian.

OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini bertujuan untuk melihat kesan penggunaan Kit Kad Imbasan dalam sesi
apresiasi seni bagi 5 orang murid dari kelas Tahun 3 Zamrud dalam mata pelajaran Dunia
Seni Visual.
i. Mengenalpasti adakah penggunaan kad imbasan dapat meningkatkan penilaian
terhadap suatu karya seni berdasarkan unsur-unsur seni.
ii. Mengenalpasti adakah penggunaan kad imbasan dapat meningkatkan keyakinan diri
terhadap karya yang dihasilkan semasa sesi apresiasi.

SOALAN KAJIAN
Kajian ini dijalankan bagi menjawab soalan-soalan berikut;
i. Adakah penggunaan kad imbasan dapat membantu murid memberikan penilaian
seni terhadap suatu karya seni berdasarkan unsur-unsur seni?
ii. Adakah penggunaan kad imbasan dapat membantu meningkatkan keyakinan murid
untuk memberikan penilaian seni semasa sesi apresiasi?

KUMPULAN SASARAN
Kajian ini melibatkan seramai 5 orang murid Tahun 3 di Sekolah Kebangsaan Pekan
Keningau. Mereka terdiri daripada 2 orang lelaki dan 3 orang perempuan. Responden
mempunyai tahap kecerdasan pelbagai yang berbeza. Sebilangan besar responden ini
mencapai keputusan akademik yang sederhana dalam peperiksaan dan ujian. Responden
juga terdiri daripada latar belakang keluarga yang berpendapatan sederhana. Majoriti
pekerjaan ibubapa responden adalah bekerja sendiri. Latar belakang ekonomi ibubapa
murid juga mempengaruhi tahap prestasi murid di sekolah. Ibubapa mahukan anak-anak
mereka memperolehi keputusan yang memberangsangkan di sekolah. Responden terdiri
daripada pelbagai etnik iaitu kaum Dusun, Murut, Melayu.

Ciri-ciri istimewa kumpulan sasaran ini ialah mereka mempunyai semangat


bersaing yang tinggi, gemarkan aktiviti secara individu namun mempunyai budaya
persaingan yang sihat. Hanya pencapaian mereka di dalam aktiviti pembelajaran sahaja
yang menjadi kesulitan apabila menjalani sesi apresiasi yang banyak menggunakan
pengetahuan asas seni reka khasnya unsur-unsur seni. Ini menyebabkan objektif
pembelajaran kadang-kadang tidak dapat dicapai dengan sempurna kerana kumpulan
sasaran seringkali tidak dapat menyatakan apresiasi dengan lancar.
PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN TINDAKAN
Pengkaji telah memilih tindakan yang dijalankan untuk melaksanakan kajian ini
berdasarkan model reka bentuk kajian tindakan yang dipelopori oleh Kemmis dan Mac
Taggart (1983). Pengkaji memilih model ini kerana ia menunjukkan kitaran yang bergerak
secara berterusan sepanjang kajian. Model tersebut mengelaskan lima langkah kajian
tindakan iaitu mengenalpasti masalah, merancang, bertindak, memerhati dan mereflek.
Dalam proses kajian tindakan yang dicadangkan, pengkaji melibatkan refleksi ke atas isu
pengajaran dan pembelajaran yang hendak ditangani. Kemudian pengkaji menyediakan
satu pelan yang sesuai untuk mengatasi masalah yang dihadapinya. Seterusnya pengkaji
melaksanakan pelan yang dihasilkan dan dalam proses pelaksanaannya pengkaji
terpaksalah memerhati kemajuan tindakan yang dijalankan itu. Keseluruhan pelaksanaan
itu disifatkan sebagai Gelungan Pertama dan jika masalah itu tidak dapat diatasi, maka
pengkaji bolehlah memulakan proses semula ke Gelungan Kedua sehinggalah masalah itu
diselesaikan. Pada Gelungan Kedua pengkaji mesti mereflek dan membuat adaptasi
terhadap pelan tindakan beliau. Satu kritikan terhadap model ini ialah ia sentiasa
berlanjutan dan tiada muktahirnya . Oleh itu, seseorang pengkaji yang menjalankan kajian
tindakan hendaklah pragmatik dan perlu memastikan bahawa pelan tindakan beliau selaras
dengan kurikulum yang hendak disampaikan.
`Kemmis dan McTaggart (1988) menjelaskan, bagi sesetengah kumpulan yang sudah
merancang tindakan, mereka boleh memulakan langkah pertama seperti mana yang
dikemukakan oleh model Lewin. Walau bagaimanapun, mereka berpendapat bahawa
kebanyakan kumpulan akan memulakan peringkat awal refleksi bagi membuat tinjauan
awal (initial reconnaissance) terhadap sesuatu situasi sebagai asas untuk merancang dan
bertindak. Model ini ditunjukkan dalam Rajah 1.

Rajah 1. Model Kemmis dan Mc Taggart (1988).


Bil Langkah Tindakan
1 Merancang - Memilih tajuk yang paling sesuai berdasarkan masalah yang telah
(Plan) dikenalpasti.
- Pemilihan responden secara persampelan bertujuan untuk melihat
keberkesanan penggunaan Kit Kad Imbasan terhadap penjanaan
kreativiti murid dalam menghasilkan corak dan rekaan.
- Menghasilkan BBM Kit Kad Imbasan bagi menyelesaikan masalah
murid seperti yang telah dinyatakan dalam refleksi PdP.
- Melaksanakan PdP seperti biasa sekaligus membuat praujian tanpa
menggunakan Kit Kad Imbasan
- Melaksanakan pemerhatian awal terhadap pencapaian murid dalam sesi
apresiasi.
- Pemerhatian dibuat berdasarkan borang yang telah ditadbir.
- Temubual bersama murid tentang keyakinan mereka dalam sesi apresiasi.

2 Tindakan - Mengadakan 4 kali fasa intervensi selama 4 minggu.


(Action) - Mengaplikasikan penggunaan Kit Kad Imbasan dalam PdP.

- Pemerhatian dijalankan pada setiap fasa intervensi untuk memerhati


pencapaian murid di dalam sesi apresiasi.
- Pemerhatian dibuat berdasarkan borang yang telah ditadbir.
- Mengadakan sesi temubual di setiap fasa intervensi untuk mendapatkan
peratus keyakinan murid dalam sesi apresiasi.

3 Pemerhatian - Pemerhatian dijalankan untuk membuat perbandingan kesan penggunaan


(Observe) Kit Kad Imbasan terhadap sesi apresiasi pada setiap fasa intervensi.
- Mengumpul data melalui instrumen yang telah dilaksanakan

4 Refleksi - Apabila selesai menganalisis data berdasarkan dapatan daripada


(Reflect) instrument, pengkaji membuat refleksi tentang keberkesanan penggunaan
Kit Kad Imbasan bagi menjawab kedua-dua persoalan yang telah
dikemukakan dalam kajian ini.

Jadual 1: Carta Alir Perlaksanaan Kajian Berdasarkan Empat Elemen Dalam Model
Kemmis Mc Taggard

Langkah/Tarikh Cara Penilaian Tujuan


Peringkat 1 Ujian Diagnostik Mengenal pasti masalah murid di
(09 Feb 06 Mac 2015) Pemgajaran Konvensional dalam sesi apresiasi.
Peringkat 2 1. Borang Pemerhatian Pra Mentadbir ujian Pra, edar borang
(23 Mac 27 Mac 2015) 2. Borang Temubual Pra temubual Pra dan melaksanakan
pemerhatian pra untuk menilai
prestasi murid dalam sesi
apresiasi.
Peringkat 3 Intervensi Fasa 1 4 Intervensi penggunaan Kit Kad
(30 Mac 24 April 2015) 1. Borang Pemerhatian Imbasan dalam sesi apresiasi seni.
2. Borang Temubual Memerhati perkembangan murid
di dalam setiap intervensi.
Peringkat 4 1. Borang Pemerhatian Mentadbir borang pemerhatian
(27 April 01 Mei 2015) 2. Borang Temubual dan temubual.
Pemerhatian untuk menilai
perkembangan, penglibatan dan
pencapaian murid dalam sesi
apresiasi DSV.
Jadual 2. Pelaksanaan Tindakan.
CARTA PERLAKSANAAN KAJIAN
Bil Bulan Febuari March April
Aktiviti
1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4
1 Mengenal pasti masalah
2 Menulis kertas cadangan
3 Merancang tindakan
4 Membuat ujian
diagnostik
5 Pengajaran konvensional
6 Membuat pemerhatian 1
dan temubual 1
7 Aplikasi kaedah Kit Kad
Imbasan
8 Memberi markah
9 Analisis data dan
membuat refleksi
Jadual 3. Carta Perlaksanaan.

a. Merancang
Amalan apakah yang saya perlu berikan ataukah apakah yang ingin saya perbaiki?
Langkah pertama yang pengkaji lakukan dalam kajian adalah menjalankan proses
pengumpulan data untuk mengenal pasti amalan yang perlu ditambahbaik menerusi ujian
diagnostik, pengkaji menentukan kumpulan sasaran dan akan merancang kaedah bagi
membantu murid mengatasi masalah istilah asas seni reka unsur-unsur seni ketika
melakukan apresiasi serta menentukan instrumen yang akan digunakan untuk mengumpul
data. Perlaksanaan dirancang bagi memastikan pelaksanaan intervensi berjalan dengan
lancar. Untuk pengumpulan data pengkaji menggunakan instrumen pemerhatian dan
temubual.
Saya memperkenalkan Kit Kad Imbasan sebagai alat bantu belajar murid semasa
sesi apresiasi seni. Kit Kad Imbasan merupakan sebuah papan kit yang mengandungi
pengetahuan unsur seni dalam bentuk grafik bagi memudahkan murid menjana idea dalam
penilaian karya seni. Terdapat 6 seksyen dalam kit ini di mana setiap satunya mempunyai
grafik unsur-unsur seni iaitu garisan, rupa, bentuk, jalinan, warna dan ruang.

b. Perlaksanaan
Apakah yang akan saya lakukan mengenainya?
Langkah kedua yang pengkaji lakukan dalam kajian nanti adalah menjalankan temubual,
pemerhatian dan ujian pra sebelum melaksanakan kaedah kad imbasan sebagai amalan
pedagogi. Setelah ujian pra dijalankan dan setelah pencapaian murid direkodkan, pengkaji
melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual dalam bilik
darjah dengan mengaplikasikan kaedah kad imbasan, aplikasi kaedah ini merupakan satu
bentuk intervensi kepada sampel kajian. Intervensi ini akan dilaksanakan empat kali
mengikut jadual yang dirancang.

LANGKAH (DALAM SETIAP PROSEDUR (DALAM SESI APRESIASI)


FASA INTERVENSI)
Langkah 1 Murid diberikan sebuah kit kad imbasan yang mengandungi ilustrasi
unsur-unsur seni (garisan, warna, jalinan, rupa, bentuk dan ruang)

Langkah 2 Murid meneliti perkaitan unsur seni yang terdapat dalam kit dengan
karya.

Langkah 3 Murid menggunakan istilah-istilah di dalam kad dan mengaitkannya


dengan karya sendiri secara lisan.

Jadual 4. Langkah-langkah dalam setiap intervensi.

c. Fasa pemerhatian
Data apakah yang saya perlukan untuk membolehkan saya membuat justifikasi ke atas
keberkesanan amalan?
Langkah ketiga yang pengkaji lakukan dalam kajian adalah pemerhatian di sepanjang sesi
intervensi semasa proses artistik. Setelah ujian-ujian ditadbir, analisis dijalankan ke atas
markah murid-murid.

d. Fasa Mereflek
Langkah keempat yang pengkaji lakukan dalam kajian adalah membuat refleksi
keseluruhan kajian yang dilaksanakan. Pada fasa ini, pengkaji akan menilai kelemahan dan
kekuatan kajian yang telah saya jalankan.

CARA MENGUMPUL DATA


Tajuk ini menerangkan berkenaan cara-cara dan proses pengumpulan data yang akan
digunakan dalam kajian tindakan. Ia merangkumi aspek reka bentuk kajian dan instrumen-
instrumen kajian yang digunakan untuk mengutip data daripada responden. Untuk
mengumpul data, pengkaji menggunakan kaedah pemerhatian dan temubual.

i. Kaedah Pemerhatian
The Concise Oxford Dictionary Of Art Terms (2010) menyatakan bahawa pemerhatian
adalah penglihatan tepat dan penulisan sesuatu fenomena yang wujud secara semulajadi
dengan memberikan terhadap sebab dan kesan atau hubungan yang saling berkait. Pengkaji
memilih untuk memlaksanakan pemerhatian berstruktur sebagai instrumen pengumpulan
data kerana ianya lebih sistematik, berfokus dan mudah untuk dilaksanakan. Menerusi
pemerhatian ini, pengkaji dapat menilai potensi, minat dan pencapaian responden. Pengkaji
telah menggunakan borang pemerhatian bagi mencatat maklumat yang diperolehi.
Pemerhatian dilaksanakan berdasarkan senarai semak pemerhatian yang ditadbir
menggunakan skala Guttman.
.

ii. Kaedah Temubual


Goode dan Hatt (1952) mentakrifkan temubual sebagai proses sosial di mana penemubual
mengambil perhatian tentang proses temubual terhadap responden untuk menjamin
kebolehpercayaan dan kedalaman data serta keputusan ujian. Kenyataan ini disokong oleh
Chua Yan Piaw (2006) yang menyatakan bahawa temubual adalah perbualan dua hala yang
bertujuan untuk mengumpul maklumat kajian dan ianya melibatkan interaksi bersemuka
antara penemubual dan responden.
Temubual diadakan selepas murid-murid selesai menghasilkan karya iaitu pada
langkah akhir sesi apresiasi pada setiap fasa intervensi. Sesi temubual ini diadakan bagi
mendapatkan respon dan pendapat murid tentang penggunaan Kit Kad Imbasan di dalam
sesi apresiasi seni. Instrumen temubual ini ditadbir dengan menggunakan skala Guttman..

i. Perancangan Cara Menganalisis Data


Melalui instrumen pengukuran, data yang dikumpul daripada pemerhatian dan temubual
akan diterjemahkan ke dalam bentuk jadual, carta dan graf untuk dianalisis. Peratus dan
kekerapan akan dikenalpasti untuk membezakan pencapaian kumpulan sasaran sebelum
dan selepas intervensi. Tujuan penterjemahan ini adalah bagi menentukan sejauh mana
penggunaan kaedah kad imbasan dapat membantu murid membuat penilaian pada karya
berdasarkan unsur-unsur seni. Data yang diperolehi akan dianalisis secara kualitatif sebagai
bahan sokongan data kuantitatif bertujuan untuk mengukuhkan lagi keputusan dapatan
kajian tindakan. Dapatan data-data yang dikumpul dan dianalisis adalah sangat penting
bagi menjawab persoalan kajian.

ANALISIS
Analisis Data Pemerhatian
Soalan Kajian 1: Adakah penggunaan kad imbasan dapat membantu murid memberikan
penilaian seni terhadap suatu karya seni berdasarkan unsur-unsur seni?

Bil. Item pemerhatian Fasa 1 Fasa 2 Fasa 3 Fasa 4


Ya Tidak Ya Tidak Ya Tidak Ya Tidak
1. Murid dapat menyebut (1) (4) (3) (2) (5) (5)
istilah unsur seni dengan 20% 80% 60% 40% 100% 100%
pengetahuan yang betul.
2. Murid dapat (1) (4) (3) (2) (4) (1) (5)
mengenalpasti unsur seni 20% 80% 60% 40% 80% 20% 100%
yang terdapat dalam
karya.
3. Murid dapat (5) (2) (3) (3) (2) (5)
menghuraikan unsur seni 100% 40% 60% 60% 40% 100%
yang terdapat di dalam
karya.
4. Murid dapat (1) (4) (3) (2) (4) (1) (5)
menceritakan kesan 20% 80% 60% 40% 80% 20% 100%
penggunaan unsur seni
terhadap karya.
5. Murid dapat melakukan (5) (2) (3) (3) (2) (5)
apresiasi terhadap karya 100% 40% 60% 60% 40% 100%
rakan.
JUMLAH (3) (22) (13) (12) (19) (6) (25)
12% 88% 52% 48% 76% 24% 100%
Jadual 5: Pencapaian Murid Dalam Sesi Apresiasi

Jadual 4 menunjukkan taburan pemerhatian pada pencapaian murid Tahun 3 Zamrud


terhadap suatu karya seni berdasarkan unsur-unsur seni melalui sesi apresiasi seni. Sebelum
intervensi dijalankan, peratus setiap item pemerhatian yang dinilai berada dalam 0%.
Setelah intervensi fasa 1 dijalankan, terdapat peningkatan sebanyak 20% pada item
pemerhatian 1,2 dan 4. ini menunjukkan bahawa seorang murid sudah berjaya menyatakan
sekurang-kurangnya 3 jenis unsur seni yang terdapat dalam karyanya. Setelah intervensi
fasa 2 dijalankan, peningkatan drastik sebanyak 40% dapat dilihat pada setiap item
pemerhatian. Intervensi fasa 3 pula menunjukkan peningkatan sebanyak 40% pada item
pemerhatian 1 dan 20% pada item pemerhatian 2,3,4 dan 5. Pada intervensi fasa 4 iaitu fasa
terakhir kesemua item pemerhatian berjaya mencapai tahap 100%.
Secara keseluruhannya, peratus kriteria penilaian apresiasi sentiasa meningkat melalui
setiap fasa intervensi yang dijalankan setelah penggunaan Kad Imbasan digunakan
sehingga mencapai 100%. Rajah berikut menunjukkan perbandingan pemerhatian yang
telah dipersembahkan dalam bentuk graf.

Pencapaian Murid
Dalam Sesi Apresiasi
(Mengikut Bilangan)
6
5
4
Bilangan Fasa 1
3
Murid Fasa 2
2
1 Fasa 3
0 Fasa 4
Item 1 Item 2 Item 3 Item 4 Item 5
Item Pemerhatian

Graf 1: Pencapaian Murid Dalam Sesi Apresiasi (Mengikut Bilangan)

Analisis Data Temu Bual


Soalan 2 : Adakah penggunaan kad imbasan dapat membantu keyakinan murid untuk
memberikan penilaian seni semasa sesi apresiasi?

Bil. Item Fasa 1 Fasa 2 Fasa 3 Fasa 4


Ya Tidak Ya Tidak Ya Tidak Ya Tidak
1. Kad imbasan (5) (5) (5) (5)
membantu saya 100% 100% 100% 100%
menyatakan unsur seni.
2. Kad imbasan (1) (4) (2) (3) (5) (5)
membantu saya 20% 80% 40% 60% 100% 100%
menunjukkan unsur
seni dalam karya saya.
3. Kad imbasan (1) (4) (2) (3) (5) (5)
membantu saya 20% 80% 40% 60% 100% 100%
menjelaskan unsur seni
dalam karya saya.
4. Kad imbasan mudah (3) (2) (5) (5) (5)
digunakan oleh saya. 60% 40% 100% 100% 100%
5. Saya akan (5) (5) (5) (5)
menggunakan kad 100% 100% 100% 100%
imbasan pada sesi
apresiasi akan datang.
JUMLAH (15) (10) (19) (6) (25) (25)
60% 40% 76% 24% 100% 100%
Jadual 6: Keyakinan Murid Dalam Sesi Apresiasi
Jadual 5 menunjukkan hasil borang temubual yang diberikan kepada murid Tahun 3
Zamrud setelah menjalankan sesi apresiasi di dalam kelas. Sebelum intervensi dijalankan,
peratus setiap item temu bual berada dalam 0%. Setelah intervensi dijalankan, 100% murid
memberikan respon YA pada item 1 dan 5 di setiap fasa intervensi. ini menunjukkan
bahawa murid berminat dan percaya bahawa kad imbasan ini dapat membantu mereka
untuk memberikan penilaian unsur seni semasa sesi apresiasi. Murid juga berkeyakinan
untuk menggunakan kad ini pada sesi apresiasi yang akan datang. Item 2 dan 3
menunjukkan pola peningkatan yang sama dimana peningkatan sebanyak 20% setelah
intervensi fasa 1 dan 2 dan peningkatan 60% setelah intervensi fasa 3 dimana ia telah
mencapai keseluruhan 100% daripada jumlah murid yang kemudiannya berkekalan
sehingga intervensi fasa 4. Item 4 pula mempunyai peratusan sebanyak 60% setelah
intervensi fasa 1 yang kemudiannya meningkat lagi sebanyak 40% setelah intervensi fasa 2
dan kekal memenuhi 100% setelah intervensi fasa 3 dan 4.
Secara keseluruhannya, peratusan hasil borang temu bual murid sentiasa meningkat melalui
setiap fasa intervensi yang dijalankan setelah penggunaan Kad Imbasan digunakan
sehingga mencapai 100%. Rajah berikut menunjukkan perbandingan hasil borang temu
bual yang telah dipersembahkan dalam bentuk graf.

Keyakinan Murid
Dalam Sesi Apresiasi
(Mengikut Bilangan)
6
5
4
Bilangan Fasa 1
3
Murid Fasa 2
2
1 Fasa 3
0 Fasa 4
Item 1 Item 2 Item 3 Item 4 Item 5
Item yang Dinilai

Graf 2: Keyakinan Murid Dalam Sesi Apresiasi (Mengikut Bilangan)

DAPATAN
Persoalan Kajian 1: Adakah penggunaan kad imbasan dapat membantu murid
memberikan penilaian seni terhadap suatu karya seni berdasarkan unsur-unsur seni?
Persoalan ini meninjau keberkesanan kad imbasan bagi membantu murid menyatakan
penilaian unsur-unsur seni di dalam karya sendiri dan rakan semasa sesi apresiasi seni.
Berdasarkan Jadual 1, penggunaan kad imbasan telah membantu murid menyatakan
penilaian unsur-unsur seni di dalam karya. Ini dibuktikan melalui peningkatan peratus
pencapaian murid yang sentiasa meningkat seiring dengan fasa-fasa intervensi yang telah
dijalankan. pencapaian murid ini dinilai berdasarkan borang pemerhatian yang diisi oleh
pengkaji semasa murid menggunakan kad imbasan semasa sesi apresiasi.
Terdapat 5 item pemerhatian yang dinilai. Item yang pertama ialah adakah murid
dapat menyebut istilah unsur seni dengan pengetahuan yang betul. Item ini menguji sama
ada murid mempunyai pengetahuan tentang unsur-unsur seni seperti garisan, rupa, bentuk,
jalinan, warna dan ruang. Jika murid dapat menyebut 3 daripada 6 unsur seni yang
dinyatakan, maka bermaksud murid berjaya mencapai target penilaian yang telah
ditetapkan oleh pengkaji. Melalui item ini, intervensi fasa 1 menunjukkan bahawa cuma
seorang daripada 5 orang murid dapat menyatakan 3 unsur seni semasa sesi apresiasi. Ini
bermaksud cuma 20% murid berjaya mencapai target pengkaji setelah intervensi fasa
pertama dijalankan. Namun begitu, seiring dengan intervensi fasa 2, 3 dan 4, pemerhatian
menunjukkan peningkatan sebanyak 40% setelah intervensi fasa 2 dijalankan yang
membawa kepada 60% daripada jumlah murid. Peratusan ini meningkat lagi sebanyak 40%
setelah intervensi fasa 3 yang menunjukkan kesemua murid sudah berjaya menyatakan
sekurang-kurangnya 3 unsur seni melalui pengetahuan mereka.
Item bernombor 2 dan 4 mempunyai persamaan dalam peratusan peningkatan. Item
ini melihat adakah murid dapat mengenalpasti unsur seni yang terdapat dalam karya dan
dapat menceritakan kesan penggunaan unsur seni terhadap karya.. Pemerhatian
menunjukkan graf peningkatan yang sekata di antara kedua-dua item ini. Setelah intervensi
fasa pertama dijalankan, cuma seorang murid dapat menunjukkan peningkatan sebanyak
20% setelah penggunaan kit kad imbasan dilakukan. Intervensi fasa 2 menunjukkan
peningkatan sebanyak 40% dan membawa kepada 60% daripada jumlah murid. Fasa
seterusnya ia meningkat lagi sebanyak 20% sehingga mencapai 100% pada fasa terakhir.
Item bernombor 3 dan 5 juga mempunyai persamaan dalam peratusan peningkatan.
Item ini masing masing menilai adakah murid dapat menghuraikan unsur seni yang
terdapat di dalam karya dan dapat melakukan apresiasi terhadap karya rakan. Huraian yang
diberikan adalah pengetahuan secara lebih dalam tentang unsur-unsur seni tersebut.
Sebagai contoh murid dapat menunjukkan unsur garisan dalam karya dan menjelaskan
sama ada garisan tersebut adalah garisan tebal, halus, lurus atau melengkung. Intervensi
fasa 1 menunjukkan tiada sebarang peningkatan berlaku terhadap item 3 dan 5. Setelah
intervensi fasa 2 dijalankan, berlaku peningkatan sebanyak 40% dalam pencapaian murid.
ini menunjukkan bahawa 2 orang murid sudah berjaya menjelaskan unsur seni yang
terdapat dalam karya sendiri dan juga rakan. intervensi fasa 3 pula menunjukkan
peningkatan sebanyak 20% yang membawa kepada 60% daripada jumlah murid. Setelah
intervensi fasa 4 dijalankan, didapati kesemua murid sudah berjaya menjelaskan unsur seni
dan membawa kepada 100% pencapaian murid dalam sesi apresiasi.

Persoalan Kajian 2: Adakah penggunaan kad imbasan dapat membantu keyakinan


murid untuk memberikan penilaian seni semasa sesi apresiasi?
Persoalan ini melihat peningkatan keyakinan murid untuk memberikan penilaian seni
semasa sesi apresiasi. Perubahan peningkatan ini dilihat melalui sesi temubual bersama
murid selepas setiap fasa intervensi dijalankan. Sebelum intervensi dijalankan, murid tidak
mempunyai keyakinan semasa memberikan penilaian seni. Ini dapat dilihat apabila murid
tidak memberikan sebarang idea berkaitan unsur seni di dalam karya dan mendiamkan diri
semasa sesi apresiasi seni. Berdasarkan Jadual 2, penggunaan kad imbasan telah membantu
keyakinan murid untuk memberikan penilaian seni semasa sesi apresiasi.
Terdapat 5 item yang disoal kepada murid semasa sesi temubual yang telah
dijalankan. Item pertama dalam borang temubual ini bertujuan untuk mendapatkan respon
murid adakah kad imbasan telah membantu murid menyatakan unsur seni semasa apresiasi
seni. Setelah intervensi fasa 1 dijalankan, kelima-lima murid memberi respon YA. Ini
kerana murid dapat menyebut perkataan yang terdapat pada kad imbasan iaitu unsur seni
garisan, rupa, bentuk, warna, jalinan dan ruang. Ini menunjukkan bahawa kad imbasan
telah berjaya membantu merangsang minda murid untuk menyatakan unsur-unsur seni
dengan tepat. Item ini mendapat keputusan 100% setiap kali temubual dijalankan.
Item kedua pula adalah untuk mendapatkan respon murid adakah kad imbasan
dapat membantu murid untuk menunjukkan unsur seni yang terdapat dalam karya mereka.
Item ini melihat sama ada murid dapat mengenalpasti unsur seni seperti garisan, rupa,
bentuk dan sebagainya di dalam karya mereka seterusnya menunjukkan unsur tersebut
kepada pengkaji dan rakan sekelas. Setelah temubual intervensi fasa 1 dijalankan, hanya
seorang murid menjawab YA. Ini menunjukkan bahawa hanya 20% daripada jumlah
murid yakin bahawa kad imbasan ini dapat membantu murid menunjukkan unsur seni di
dalam karya mereka. Intervensi fasa 2 menunjukkan peningkatan peratusan item sebanyak
20% yang membawa kepada 2 daripada 5 orang murid. Setelah intervensi fasa 3,
peningkatan peratusan yang drastik dapat dilihat di mana kesemua murid menjawab YA
yang membawa kepada 100% daripada jumlah murid.
Item ketiga di dalam borang temubual ini adalah untuk mendapat respon murid
adakah kad imbasan dapat membantu murid menjelaskan unsur seni di dalam karya
mereka. Pengkaji ingin mengetahui adakah murid berasa kad imbasan ini dapat membantu
mereka menghuraikan dengan lebih terperinci lagi unsur seni di dalam karya mereka. Sama
seperti item kedua, setelah intervensi fasa 1 hanya seorang murid yang menjawab YA
dalam item ketiga ini. Peratusan sebanyak 20% ini kemudiannya meningkat kepada 40%
setelah intervensi fasa kedua. Selepas intervensi fasa ketiga, kesemua murid menjawab
YA ynag mana membawa kepada 100% daripada jumlah murid yang bersetuju bahawa
Kit Kad Imbasan ini dapat membantu menjelaskan unsur seni yang terdapat di dalam karya.
Item keempat dalam borang temubual ini pula bertujuan untuk melihat adakah
murid berpendapat Kit Kad Imbasan mudah digunakan. Setelah intervensi fasa 1, hanya 3
orang murid berpendapat Kit ini mudah digunakan yang membawa kepada 60% daripada
jumlah murid. Setelah intervensi fasa 2, 100% murid menjawab YA pada item ini yang
menunjukkan mereka sudah tahu menggunakan Kit ini di dalam sesi apresiasi. Peratusan
ini kekal sehinggalah tamat intervensi fasa 4. Item terakhir dalam borang temubual ini pula
bertujuan bagi mendapatkan respon adakah murid mahu menggunakan Kit ini lagi di masa
yang akan datang. Peratusan murid yang menjawab YA dalam item ini adalah sebanyak
100% sejak intervensi fasa pertama sehinggalah fasa keempat. Ini menunjukkan murid
mempunyai keyakinan yang tinggi di dalam sesi apresiasi apabila menggunakan Kit Kad
Imbasan ini.

REFLEKSI/RUMUSAN
Berdasarkan analisis data yang diperolehi daripada kajian tindakan ini, jelas menunjukkan
bahawa penggunaan Kit Kad Imbasan amat berkesan dalam sesi apresiasi seni dan kesemua
persoalan dalam kajian ini terjawab. Hasil dapatan membuktikan tidak ada responden yang
menunjukkan perubahan negatif atau penurunan markah selepas intervensi.
Peningkatan yang drastik dalam instrument temubual membuktikan bahawa
penggunaan Kit Kad Imbasan ini dapat meningkatkan minat murid terhadap sesi apresiasi
seni. Diharapkan selepas ini, murid tidak lagi berpendapat bahawa sesi apresiasi seni
adalah satu aktiviti yang membosankan serta minat yang dahulunya ditumpukan kepada
aktiviti seni sahaja boleh dikembangkan agar murid dapat menghargai karya sendiri serta
rakan sekelas.
Namun begitu, walaupun kajian ini telah berjaya memberi kesan positif terhadap
penilaian dan keyakinan murid, tetapi terdapat juga beberapa kelemahan yang berlaku pada
peringkat awal penggunaan Kit Kad Imbasan ini. Ini disebabkan murid masih belum
didedahkan dengan lebih lanjut berkaitan dengan apresiasi seni dan asas seni reka. Mereka
mengenal apa itu garisan, rupa dan sebagainya tetapi tidak berupaya untuk menjelaskan
istilah yang berkaitan dengan pengetahuan unsur seni.
Guru perlu mempelbagaikan teknik dan kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam mata
pelajaran Pendidikan Seni Visual. Howard Gardner (1983) dalam Teori Kecerdasan
Pelbagai menyatakan bahawa terdapat lapan jenis kecerdasan. Beliau menyokong seni
perlu diberi peranan yang penting dalam kurikulum. Ini kerana manusia memperolehi
pengetahuan melalui pelbagai kecerdasan yang memperuntukkan penggunaan pelbagai
teknik serta kaedah pengajaran. Sehubungan dengan itu, guru hendaklah kreatif dalam
mengaplikasikan pelbagai teknik dan kaedah serta pengetahuan yang ada dalam diri mereka
bagi menggalakkan murid mencapai objektif kendiri dalam melancarkan lagi proses
pengajaran dan pembelajaran. Dalam setiap kegiatan seni, hal-hal lain seperti pemupukan
nilai dan pemahaman unsur seni dihubungkaitkan dengan kemahiran asas seni.
Kajian ini menyedarkan pengkaji bahawa sesuatu kemahiran tidak lahir secara
semulajadi dalam diri setiap murid. Murid yang mempunyai kecerdasan visual mungkin
boleh mencapai tahap kemahiran yang ditetapkan dalam sukatan pelajaran. Namun begitu
murid yang kurang berkemahiran akan terus tercicir jika pengkaji tidak menjalankan
peranan sebagai pembimbing dalam kelas Pendidikan Seni Visual yang berkepentingan
untuk memberi tunjuk ajar sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
Apabila ada murid yang tercicir dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, secara tidak
langsung objektif pembelajaran tidak akan tercapai dan guru gagal dalam menyampaikan
pengajaran. Perkara yang sebaliknya akan berlaku jika guru gagal dalam menyampaikan
pengajaran. Perkara yang sebaliknya akan berlaku jika guru melaksanakan pemulihan
terhadap murid-murid yang kurang berkemahiran tersebut dengan membimbimg murid
untuk mengasah kemahiran yang ingin diperkembangkan. Untuk itu, guru haruslah kreatif
dalam memilih dan mencipta instrumen serta kaedah yang bersesuaian dengan kemahiran
yang ingin dilatih.
Dalam kajian ini pengkaji memberi fokus kepada kemahiran apresiasi kanak-kanak
di peringkat kanak-kanak iaitu sembilan tahun. Setelah melalui beberapa proses
perbincangan bersama rakan seopsyen, guru pembimbing dan pensyarah, pengkaji berhasil
dalam memilih kaedah yang bersesuaian dengan kemahiran yang ingin diperkembangkan.
Kaedah yang diperkenalkan adalah Kit Kad Imbasan iaitu alat bantu mengajar yang
berfungsi sebagai penjana idea dan perangsang minda murid semasa menilai karya dalam
sesi apresiasi seni. Instrumen dalam kaedah ini dibina sebagai transformasi bahan kepada
pelbagai alternatif untuk kegunaan guru dan murid semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran. Kemahiran murid boleh diasah jika diberi peluang dan bimbingan serta
pendedahan tentang kaedah yang bersesuaian untuk memperkembangkan kemahiran
tersebut. Kajian ini bukan sahaja dapat menambah baik amalan pedagogo khususnya dalam
sesi apresiasi seni, malahan dapat meningkatkan tahap penguasaan murid terhadap asas
seni reka khususnya unsur seni.
Penggunaan Kit Kad Imbasan terbukti mampu membantu murid untuk membuat
penilaian dan keyakinan semasa sesi apresiasi seni. Berdasarkan hasil yang diperolehi ,
pengkaji berharap kajian ini dapat membantu murid Tahun 3 Zamrud di SK Pekan
Keningau dan memperkembangkan kemahiran apresiasi mereka.

CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA


Berdasarkan pada kajian yang telah dijalankan oleh pengkaji, didapati bahawa penggunaan
Kit Kad Imbasan mampu meningkatkan penilaian dan keyakinan murid terhadap karya seni
di dalam sesi apresiasi seni. Oleh itu, pengkaji telah mengemukakan beberapa cadangan
untuk kajian seterusnya seperti berikut :-
i. Mempelbagaikan cara mengumpul data seperti merakam video, soal selidik, rekod
anekdot dan sebagainya.
ii. Kajian ini juga boleh dilaksanakan bukan sahaja ke atas murid tahun 3 malah murid
tahun 1, 2, 4, 5 dan tahun 6. Ini keranan, dalam sukatan mata pelajaran PSV dan
DSV, sesi apresiasi seni tidak terkecuali dalam pembelajaran seni visual.
iii. Kit Kad Imbasan juga boleh dikembangkan melalui ICT dengan penggunaan
perisian seperti Powerpoint dan Flash.
iv. Kajian ini boleh juga dilaksanakan dalam matapelajaran tertentu seperti Bahasa
Melayu dan Bahasa Inggeris dengan pengkhususan pada aktiviti ejaan.

Semasa pelaksanaan kajian tindakan, perancangan aktiviti mestilah perlu lebih terperinci
agar objektif pengajaran dan pembelajaran dapat dicapai. Ini untuk memastikan murid
dapat menguasai kaedah baru secara menyeluruh. Diharapkan cadangan daripada pengkaji
boleh memberi idea kepada penyelidikan masa akan datang untuk meneruskan kajian
mereka bagi memantapkan sistem pendidikan negara kita.

RUJUKAN

Chang, H. W. (2008). Teori Seni Visual Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Abdullah, Rohani (1998), Panduan Kognitif Kanak-Kanak Pra Sekolah. Kuala Lumpur :
PTS
Profesional
Abdullah, Salhah (2009), Kecerdasan Pelbagai- Aplikasi Dalam Pengajaran Dan
Pembelajaran.
Kuala Lumpur: PTS Profesional.
Abdullah Hassan dan Ainon Mohd. (2003). Mendorong Kreativiti Kanak-kanak. Kuala
Lumpur:
PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd.
Aristotle. (1968), Aristotle On The Art Of Fiction: The Poetics. Greek: L.J.Potts.
Chapman, Laura H. (1992), Art: Images And Ideas. United Kingdom: Davis Publications
Incorporated.
Chee, Kathleen (2000), Pendidikan Seni Visual Tg 1. Kuala Lumpur: Pelangi Publishing
Group
Bhd.
Gardner, Howard (1983), Frames Of Mind: Theory of Multiple Intelligences. New York:
Basic
Book.
Ummu Nasyibah Mamma. (2010). Keberkesanan My Cards Kit Dalam Pembelajaran
Sains.
Mok Soon Sang (1999). Ilmu Pendidikan Untuk KPLI (Kursus Perguruan Lepasan Ijazah)
Semester 1. Kuala Lumpur. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Bahagian Perkembangan Kurikulum (2012). Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
Dunia Seni Visual Tahun 3. Bahagian Perkembangan Kurikulum. Kementerian
Pelajaran Malaysia.
Kemmis, S. & Mc Taggart, R. (1988), The Action Research. Victoria, Australia: Dekin
University.
Mok Soon Sang (1991), Pedagogi 2: Strategi Pengajaran dan Pengajaran Mikro. Kuala
Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Rosinah Edinin (2011), Penyelidikan Tindakan Kaedah dan Penulisan. Kuala Lumpur:
Freemind
Horizons Sdn Bhd.
Abdul Shukor Hashim et.al (2011). HBAE1203 Perkembangan Seni Kanak-kanak. Meteor
Doc.
Sdn. Bhd. Seri Kembangan, Selangor.
Artikel Majalah Pa&Ma. Lahirkan Anak Genius Dengan Program Kad Imbasan. Dimuat
turun
pada 25 April 2015 daripada http://kedaionlinedhonest.blogspot.com/2012/09/lahirkan-
anak-genius-dengan-program-kad.html