Вы находитесь на странице: 1из 2

Model OSI direkacipta utk mempastikan semua pengeluar perkakasan dan perisian

membina produk mereka di atas satu landasan 'standard yang dikenali sebagai protokol,
tanpa perlu bimbang tentang bagaimana' dan mengapa' perkakasan/perisian berkenaan
berfungsi.

Semua protokol berkenaan dikumpul & dikategorikan kepada 7 lapisan dimana setiap lapis
melakukan satu tugas spesifik. Dengan menggabungkan semua 7 tugasan berkenaan,
barulah sistem rangkaian yang berfungsi penuh dapat dicapai.

Setiap lapisan bertanggungjawab untuk satu 'tugas' khusus:

Tahap 1: Fizikal

Lapisan ini berkait dengan sambungan fizikal rangkaian itu sendiri. Ia bertanggungjawab
untuk membenarkan data pada bentuk yang paling asas (iaitu bit) untuk dihantar melalui
medium rangkaian. Lapisan ini menentukan bagaimana data perlu dikodkan ke dalam
bentuk yang boleh dibawa oleh media seperti wayar kuprum, gentian optik atau gelombang
udara.

Tahap 2: Data Link:

Lapisan ini bertnggung jawab untuk mengendalikan penghantaran data titik-ke-titik dari satu
nod kepada nod yang lain. Ia mempastikan data ditukar kepada format frame yang betul
sebelum dihantar kepada nod yang bersebelahan. jika berlaku kesilapan penghantaran, ia
juga bertanggung jawab untuk memperbetulkan kesilapan tersebut.

Tahap 3: Rangkaian (Network)

Lapisan network mengendalikan routing dan penyampaian data. Adalah menjadi tugas
lapisan ini untuk memeriksa topologi rangkaian dan dengan itu menyediakan maklumat
laluan dan penyampaian data data daripada pihak penyampai kepada pihak penerima.

Tahap 4: Pengangkutan:

Lapisan ini mengawal proses pengangkutan data agar ia berjalan lancar. Adalah menjadi
tugas lapisan ini untuk membuka, mengekalkan dan menamatkan sambungan data dari
penyampai kepada penerima data.

Tahap 5: Sesi:

Lapisan ini menyelaras dan menyeragamkan komunikasi antara aplikasi yang berbeza. Ia
mengawal penghantaran data dari segi cara aliran dan tempoh masa aliran data.

Tahap 6: Penyampaian

Tugas lapisan ini adalah mengubah data khusus kepada sesuatu aplikasi ke dalam format
yang boleh dibaca oleh mesin pada poin pengyampai data dan sebaliknya pada poin
penerima data, ia akan menukarkan data berkenaan kepada format yang dapat dibaca oleh
aplikasi spesifik .

Tahap 7: Aplikasi
Dalam lapisan ini, protokol seperti Telnet dan FTP membolehkan berlakunya interaksi antara
aplikasi dan pengguna.

Apabila sesuatu aplikasi dalam sesebuah komputer perlu menghantar data ke komputer
yang lain, data akan dipecahkan kepada ketulan kecil spesifik dan dihantar dari lapisan 7 -
aplikasi ke lapisan 6-penyampaian dan seterusnya sehingga lapisan 1 iaitu lapisan fizikal.
Pada setiap tahap, lebih banyak data (dikenali header dan trailer) akan ditambah kepadanya.

Apabila data sampai ke komputer destinasi, data yang dikawal oleh protokol tersebut iaitu
headers dan trailers berkenaan akan ditanggalkan lapis demi lapis semasa data tersebut
bergerak dari tahap ke tahap sehingga akhirnya ia sampai ke aplikasi yang memerlukannya.

Pada setiap tahap perjalanan melalui lapisan protokol, pelbagai istilah digunakan untuk
merujuk kepada 'ketulan' data tersebut. Sebagai contoh, pada lapisan pengangkutan, data
yang menjadi menyelubungi ke dalam satu unit data diskret dipanggil segmen. Begitu juga,
apabila maklumat pembungkusan tambahan ditambah pada lapisan rangkaian, unit data
yang terhasil dirujuk sebagai datagram a. Pada lapisan pautan data, data ini menjadi
menyelubungi sebagai bingkai. Struktur kerangka yang paling biasa dilihat hari ini adalah
bingkai Ethernet.

Вам также может понравиться