Вы находитесь на странице: 1из 14

ISSN: 2180-4842. Vol. 6, Bil.

1 (Mei 2016): 16-29 16

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

PEMBANGUNAN DAN KEBOLEHGUNAAN MODUL BERASASKAN BERMAIN BAGI


PEMBELAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU KANAK-KANAK PRASEKOLAH
(Development and Userbility of Play Based Module for Teaching and Learning
Preschool Childrens Malay Language Skill

ALIZA ALI Abstrak: Artikel ini melaporkan proses pembangunan dan penilaian
Open University Malaysia kebolehgunaan modul terhadap kemahiran bahasa Melayu kanak-kanak
alizatra@yahoo.com prasekolah. Proses pembangunan melibatkan penyediaan bahan, semakan
pakar dan penilaian kandungan modul. Semasa proses pembangunan, modul
disemak oleh lapan pakar bidang berbeza. Beberapa cadangan dikenal pasti dan
ZAMRI MAHAMOD
penambahbaikan dibuat berdasarkan cadangan yang diberikan. Modul yang
Universiti Kebangsaan Malaysia dimurnikan dinilai ketepatan kandungannya oleh 20 penilai, terdiri lapan pakar
alizatra@yahoo.com bidang yang sama dan 12 guru prasekolah. Proses pelaksanaan dan penilaian
modul dilakukan di dua bilik darjah bagi menguji kebolehgunaan modul. Enam
murid daripada dua prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia dipilih bagi
Dihantar pada: tujuan pengumpulan data. Setiap sekolah melibatkan tiga murid bagi tujuan ini.
11 Januari 2016 Selain itu, dua guru dipilih secara bertujuan untuk melakukan pengajaran di
dua bilik darjah. Data kualitatif diambil melalui pemerhatian rakaman video.
Diterima pada: Kaedah pengumpulan data dibuat menggunakan rekod anekdot dan sampel
25 April 2016 kerja murid. Dapatan menunjukkan interaksi dengan bahan permainan dan
rakan semasa bermain telah membantu kanak-kanak menguasai kemahiran
bahasa Melayu secara emergent tanpa bimbingan guru sepenuhnya. Hasil
Koresponden:
kajian ini dijangka berupaya menjadikan pembelajaran bahasa kanak-kanak
alizatra@yahoo.com
prasekolah lebih bermakna dan menarik minat kanak-kanak untuk belajar.

Kata Kunci: Pendekatan bermain, kanak-kanak prasekolah, kemahiran


bahasa, pembangunan modul

Abstract: This article is reporting the process of modul development and evaluation of
its usability towards preschool children Malay language skills. The process of
implementation and evaluation involved preparation of the materials, experts review
and content validity of the module. During this process, the module was given to eight
subject matter experts of different fields to be reviewed. Several recommendations were
identified and amendment was done accordingly. The amended module was then
evaluated for its content validity by 20 evaluators, consists of 8 subject matter experts
and 12 users. The process of implementation and evaluation involve six children from
two preschools of Ministry of Education. Each school involved three children for data
collection. Besides, two teachers were selected purposely to implement the module in
each respective classroom. Qualitative data was collected through observation.
Technique of data collection was done through video recording. Anecdotal record and
work samples were used to obtain qualitative data. The finding showed that interaction
with materials and peers interaction during play fostering children emerging Malay
language skills with less guidance from teacher. The result of this study will be able to
make language learning more meaningful and interesting to children. child-initiated
play help children to learn language better. Children are found motivated and more
engage in language learning.

Keywords: Play approach, preschool children, language skills, module


development

Fakulti Pendidikan, UKM @ Mei 2016


ISSN: 2180-4842. Vol. 6, Bil. 1 (Mei 2016): 16-29 17

PENGENALAN pengaruh persekitaran sosial terhadap


perkembangan kanak-kanak mengatakan kanak-
Pembelajaran bahasa pada peringkat prasekolah kanak membina pengetahuan melalui interaksi
perlu dilakukan mengikut perkembangan dan sosial semasa berkongsi permainan dengan rakan
minat kanak-kanak untuk terus mengikuti dan disokong oleh orang dewasa.
pembelajaran. Pendekatan pembelajaran melalui Di Malaysia, pendekatan belajar melalui
bermain mampu menanam minat kanak-kanak bermain sangat ditekankan dalam kurikulum
untuk terus belajar bahasa kerana menurut pendidikan prasekolah. Sejak pelaksanaan Buku
Subadrah, Najeemah dan Logeswary (2014), Panduan Prasekolah Malaysia 1986 sehingga
belajar melalui bermain adalah cara terbaik untuk pelaksanaan KSPK 2010, pendekatan belajar
menanam minat kanak-kanak belajar bahasa. melalui bermain ada disarankan dalam kurikulum.
Melalui bermain, mereka belajar bahasa secara Walau bagaimanapun, Bahagian Pembangunan
tidak formal. Menurut Almon dan Miller (2012), Kurikulum (2008) melaporkan guru masih
kebanyakan kanak-kanak menguasai konsep menggunakan pengajaran secara langsung di
bahasa melalui pengalaman pembelajaran secara sekolah. Kajian terdahulu mendapati amalan guru
tidak formal. Melalui cara ini, penguasaan bahasa masih tertumpu kepada pengajaran secara
kanak-kanak meningkat apabila mereka langsung dan guru kurang menggunakan
memahami hubungan antara objek permainan pendekatan bermain di prasekolah (Fauziah, 2009;
dengan simbol (Einarsdottir 2012). Saayah, 2004; Sharifah, Manisah, Norshidah &
Bermain seperti melabelkan gambar ataupun Aliza 2009; Aliza 2012). Meskipun diakui penting
objek di sekeliling dengan bahan bercetak dapat dan banyak memberikan faedah kepada kanak-
meningkatkan kemahiran membaca dan kanak (Morrison 2011; Razali & Zulkifli 2013;
pemahaman kanak-kanak tentang apa yang dibaca. Zakiah, Azlina & Yeo 2013; Scott & Gary 2013;
Belajar bahasa melalui permainan fizikal misalnya Schweinhart & Weikart 2010; Christie & Roskos
membantu kanak-kanak mengaitkan perkataan 2009), kajian mendapati penggunaan bermain
dengan gambar ataupun dengan objek untuk dalam pendidikan awal kanak-kanak masih banyak
memahami konsep makna. Melalui permainan isu dan cabarannya (Norsuhaily, Normadiah,
olok-olok, kanak-kanak belajar bertutur tentang Nadhirah & Abdul Hakim 2015; Ng 2009; Izumi-
orang ataupun benda dalam imaginasi mereka Taylor, Samuelsson & Rogers 2010; Chervenak
(Wortham 2010). Semasa bermain dengan bahan, 2011; Wen, Elicker & Mc Mullen 2011).
mereka bermain dengan idea dan mengubah idea- Cabaran utama untuk menerap amalan guru
idea ini melalui pemikiran dalam bentuk melakukan pendekatan bermain ialah ramai guru
pertuturan. baharu belum cukup berpengalaman untuk
Kanak-kanak memerlukan penglibatan aktif mengajar di dalam bilik darjah yang berpusatkan
bersama rakan dan persekitaran yang kanak-kanak (Miller & Almon 2009). Guru
memberangsangkan untuk membina pengetahuan memerlukan sumber, panduan dan bimbingan
(Bruner 1966). Berdasarkan teori dan kajian lepas, untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran
pembinaan pengetahuan pada peringkat prasekolah lebih-lebih lagi dalam melakukan pengajaran
perlu disokong dengan persekitaran yang bahasa dalam persekitaran berpusatkan murid.
mengambil kira keperluan dan perkembangan Namun, tidak ramai pembangun program instruksi
kanak-kanak. Malah, penggunaan aktiviti bermain berupaya menghasilkan panduan yang jelas untuk
dalam pembelajaran kanak-kanak sangat pengajaran bahasa. Pembangun program sering
ditekankan oleh ahli psikologi seperti Piaget gagal menghasilkan panduan yang jelas bagaimana
(1951), Vygotsky (1978) dan Bruner (1966). untuk melakukan aktiviti pengajaran dengan
Mereka mengatakan bermain memberikan banyak berkesan terutamanya bagi pengajaran bahasa yang
faedah kepada perkembangan dan pembelajaran memerlukan guru mengamalkan pengajaran yang
kanak-kanak. Menurut Piaget (1951) pembelajaran lebih efisien (Gunn, Vadasy, & Smolkowski,
pada peringkat pendidikan awal kanak-kanak perlu 2011).
mempertimbangkan kemampuan, keupayaan dan Sehubungan itu, penghasilan bahan instruksi
kesediaan kanak-kanak mengikut peringkat pada peringkat prasekolah perlu dibangunkan
tertentu. Teori Vygotsky (1978), yang melihat mengikut keperluan dan perkembangan kanak-
ISSN: 2180-4842. Vol. 6, Bil. 1 (Mei 2016): 16-29 18

kanak. Bahan pengajaran dan pembelajaran yang Melalui teknik ini, guru merangsang kanak-
baik bukan sekadar berkesan, tetapi menarik dan kanak menyatakan idea dan membuat justifikasi
memotivasikan murid untuk terus terlibat dengan terhadap idea masing-masing. Manakala teori
pembelajaran (Morrison 2011). Walau perkembangan bahasa interaksionis digunakan
bagaimanapun, kajian tentang pendekatan bermain untuk menghasilkan langkah-langkah pengajaran
kurang menumpukan kepada penghasilan bahan dan pembelajaran yang aktif. Teori ini mengatakan
pengajaran yang dapat memotivasikan kanak- kanak-kanak menguasai bahasa melalui
kanak untuk terus belajar bahasa. Jika ditinjau pemerhatian, interaksi dengan orang lain dan
penyelidikan lepas, kebanyakan kajian penglibatan yang aktif dengan persekitaran. Jadi,
memfokuskan kepada faedah bermain dalam diri modul ini mencadangkan persekitaran
kanak-kanak (Subadrah et al. 2014; Razali & pembelajaran aktif yang dapat merangsang
Zulkifli 2013; Zakiah et al. 2013; Haney & perkembangan bahasa kanak-kanak melalui
Bissonnette 2011; Scott & Gary 2013; inisiatif sendiri dan persekitaran yang diperkaya
Schweinhart & Weikart 2010), atau hanya dengan bahan-bahan permainan.
menumpukan kepada isu penggunaan pendekatan Secara amnya, terdapat 10 aktiviti
bermain dalam pendidikan awal kanak-kanak pengajaran dan pembelajaran dihasilkan di dalam
(Norsuhaily et al. 2015; Sharifah Nor et al. 2009; modul. Setiap aktiviti mengandungi objektif
Fauziah 2009; Saayah 2004; Izumi-Taylor et al. spesifik yang dibangunkan berdasarkan standard
2010; Chervenak 2011; Einarsdottir 2012; Wen et pembelajaran Kurikulum Standard Prasekolah
al. 2011). Kebangsaan (KSPK). Terdapat penilaian pada
Kajian ini sebaliknya memfokuskan kepada akhir setiap aktiviti untuk menentukan pencapaian
usaha untuk menghasilkan bahan pengajaran dan murid. Penilaian adalah sebagai usaha untuk
pembelajaran yang dapat memotivasikan kanak- melihat pencapaian murid terhadap objektif
kanak untuk terus belajar bahasa. Bagi pembelajaran bagi aktiviti pembelajaran yang
memberangsangkan pembelajaran dan dibangunkan di dalam modul. Penilaian juga
meningkatkan keinginan kanak-kanak untuk terus digunakan untuk mengetahui sama ada aktiviti
belajar, pedagogi yang baharu perlu dibangunkan pembelajaran dapat membantu kanak-kanak
(Brodin & Reinblad 2014). Jadi, bahan pengajaran menguasai kemahiran bertutur, mendengar,
yang dibangunkan secara sistematik perlu membaca dan menulis ataupun tidak.
dihasilkan bagi melakukan pengajaran berpusatkan Secara amnya terdapat dua jenis penilaian
murid yang berkesan (Morrison, Ross, Kalman & dalam setiap aktiviti, iaitu senarai semak dan
Kamp 2011). lembaran kerja. Kedua-dua penilaian ini dibina
Berasaskan teori konstruktivisme, segala berdasarkan objektif pembelajaran. Kaedah
aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam menentukan pencapaian murid dibuat berdasarkan
modul ini menekankan pembinaan pengetahuan Standard Prestasi bagi pentaksiran perkembangan
berdasarkan keupayaan sedia ada dan inisiatif murid prasekolah di Malaysia (Bahagian
kanak-kanak. Ahli psikologi Piaget (1951) dan Pembangunan Kurikulum 2010).
Bruner (1966) merupakan dua pakar psikologi
yang banyak mempengaruhi teori konstruktivisme OBJEKTIF KAJIAN
mengatakan kanak-kanak adalah pelajar aktif yang
membina pengetahuan melalui interaksi objek di Kajian ini bertujuan untuk membangun dan
persekitaran. Segala aktiviti pembelajaran perlu menilai kebolehgunaan modul pengajaran dan
mengambil kira pengetahuan sedia ada kanak- pembelajaran berasaskan bermain bagi kemahiran
kanak kerana menurut Branch (2009), penguasaan bahasa kanak-kanak prasekolah. Bagi memenuhi
sesuatu pengetahuan ialah proses yang melibatkan tujuan ini, objektif kajian yang hendak dicapai
pembinaan keupayaan baharu berasaskan melalui kajian ini adalah:
keupayaan sedia ada pelajar. Selain itu, teknik 1. Membangunkan modul pengajaran dan
penyoalan aktiviti pengajaran dan pembelajaran pembelajaran berasaskan bermain bagi
dilakukan mengikut aras berfikir Taksonomi kemahiran bahasa kanak-kanak prasekolah.
Bloom supaya guru dapat merangsang kanak-
kanak berfikir secara mencapah.
ISSN: 2180-4842. Vol. 6, Bil. 1 (Mei 2016): 16-29 19

2. Menilai kebolehgunaan aktiviti di dalam dibuat melalui pemerhatian menggunakan rekod


modul terhadap pembelajaran kemahiran anekdot dan sampel kerja murid. Teknik
bahasa kanak-kanak prasekolah. pengambilan data dibuat melalui rakaman video.
Data kualitatif catatan rekod anekdot
METODOLOGI daripada kedua-dua seting ditriangulasi untuk
mencari makna yang sama. Penilaian hasil kerja
Proses pembangunan modul melibatkan murid dibuat berdasarkan garis panduan Standard
pembinaan draf modul yang dibuat berdasarkan Prestasi bagi pentaksiran perkembangan murid
dapatan analisis keperluan, teori, tinjau literatur prasekolah di Malaysia (Bahagian Pembangunan
dan semakan kurikulum. Modul yang dihasilkan, Kurikulum 2010).
disemak oleh lapan pakar bidang menggunakan
borang semakan pakar bagi tujuan DAPATAN KAJIAN
penambahbaikan. Cadangan pakar dirumuskan di
dalam jadual bagi mendapatkan gambaran Bagi menjawab persoalan bagaimanakah modul ini
bahagian mana yang perlu diperbaiki. Tessmer dibangunkan dan dinilai kebolehgunaanya,
(1993) mencadangkan data kualitatif yang penulisan bahagian ini melaporkan dapatan kajian
diperoleh daripada pakar diorganisasikan dan bagi fasa pembangunan dan pelaksanaan.
dijadualkan untuk mendapatkan gambaran
bahagian tertentu yang perlu diperbaiki. Modul Pembangunan Modul Pengajaran dan
yang dimurnikan kemudiannya diberikan kepada Pembelajaran Berasaskan Bermain bagi
20 penilai iaitu lapan pakar yang sama dan 12 guru Kemahiran Bahasa Kanak-Kanak Prasekolah
prasekolah KPM untuk menilai dan mengesahkan
ketepatan isi kandungan modul daripada segi Pada peringkat pembangunan, modul dihasilkan
penyampaian, isi kandungan dan penyampaian berdasarkan dapatan analisis keperluan, teori,
bahasa. kajian literatur dan semakan kurikulum. Maklumat
Penilaian kesahan isi kandungan modul analisis keperluan penting bagi menghasilkan
dibuat menggunakan soal selidik kesahan isi modul yang diperlukan guru. Bagi menghasilkan
kandungan modul yang memerlukan penilai modul yang komprehensif, proses pembangunan
memberikan jawapan berbentuk skala Likert lima mengambil kira gabungan teori, kajian literatur
mata, iaitu: (1) sangat tidak setuju, (2) tidak setuju, dan semakan kurikulum. Pada asasnya, isi
(3) tidak pasti, (4) setuju dan (5) sangat setuju. kandungan modul diformatkan kepada dua
Data dianalisis menggunakan kaedah pengiraan bahagian, iaitu: (1) pengenalan dan penerangan
kesahan kandungan modul yang dicadangkan oleh tentang penggunaan modul dan (2) 10 cadangan
Tuckman dan Waheed (1981) yang dibina aktiviti permainan kemahiran bahasa. Bahagian
berdasarkan pandangan Rusell (1974). Kaedah ini pertama modul mengandungi topik-topik kecil
menyatakan aras penguasaan atau pencapaian 70 bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan guru
peratus dianggap isi kandungan modul baik dan tentang pendekatan bermain dan kemahiran bahasa
telah menguasai tahap pencapaian yang tinggi. kanak-kanak supaya guru mengetahui sepenuhnya
Seterusnya, pada fasa pelaksanaan dan cara melaksanakan pendekatan ini dalam
penilaian, modul diuji kebolehgunaanya di dua pembelajaran. Bahagian pertama memberikan
seting sebenar. Ujian kebolehgunaan melibatkan maklumat yang berguna kepada guru supaya guru
dua kumpulan murid di bilik darjah prasekolah dapat melaksanakan aktiviti pengajaran dan
KPM yang berbeza. Enam murid dipilih bagi pembelajaran dengan baik.
tujuan pengambilan data, iaitu tiga daripada setiap Setelah mengikuti dan memahami bahagian
bilik darjah. Ketiga-tiga murid di dalam setiap pertama guru boleh mengikuti aktiviti pengajaran
bilik darjah dikategorikan kepada kumpulan baik, dan pembelajaran di bahagian kedua. Kesemuanya
sederhana dan lemah daripada segi pencapaian terdapat 10 cadangan aktiviti permainan
sedia ada. Selain itu, dua guru dipilih secara kemahiran bahasa (aktiviti pengajaran dan
bertujuan untuk melakukan pengajaran di dalam pembelajaran) yang dibangunkan dalam bentuk
setiap bilik darjah. Pelaksanaan aktiviti dilakukan rancangan pengajaran harian. Tujuan bahagian
secara berkumpulan. Pengumpulan data kualitatif kedua adalah untuk meningkatkan kemahiran guru
ISSN: 2180-4842. Vol. 6, Bil. 1 (Mei 2016): 16-29 20

supaya guru dapat mengamalkan pendekatan ini Standard Kandungan


dalam pengajaran kemahiran bahasa. Setiap dan Standard
rancangan pengajaran mengandungi langkah- Pembelajaran
langkah terperinci yang dibangunkan berdasarkan Tempoh Pelaksanaan
teori, standard kurikulum dan tinjauan literatur. Modul
Langkah-langkah ini perlu diikuti guru bagi Tempoh Pelaksanaan
Aktiviti
membolehkan objektif pembelajaran dicapai
Lingkungan Usia
murid. Kesepuluh aktiviti disusun secara hierarki
Murid
daripada mudah ke sukar untuk digunakan Saiz Kumpulan Murid
sepanjang tahun persekolahan. Setiap aktiviti Penilaian Murid
mengintegrasikan empat kemahiran bahasa iaitu
kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan Modul yang telah siap dibangunkan
menulis. Langkah-langkah aktiviti menekankan kemudiannya disemak oleh lapan pakar bidang
proses pembinaan pengetahuan melalui inisiatif berbeza. Cadangan pakar dikumpulkan dan
sendiri. Tugas guru ialah membimbing proses dijadualkan untuk mencari persamaan idea. Cara
pembelajaran dan merangsang murid berfikir lebih ini memudahkan pengkaji mengenal pasti
mencapah. Bagi memberikan gambaran yang lebih cadangan mana yang perlu diberi penekanan. Hasil
jelas tentang modul, Jadual 1 menunjukkan format persamaan cadangan pakar ditandakan untuk
dan pembahagian topik di dalam modul yang melihat persamaan pendapat terhadap bahagian
dibahagikan kepada dua bahagian. tertentu. Cadangan pakar dijadualkan dianalisis
seperti dalam Jadual 2.
Jadual 1: Format dan pembahagian topik
di dalam modul Jadual 2: Analisis cadangan pakar
Bahagian Pertama Bahagian Kedua Bil Cadangan Pakar (P) P P P P P P P P
Pengenalan Aktiviti 1: Menepuk 1 2 3 4 5 6 7 8
Tujuan Modul Tikar 1. Pelbagaikan aktiviti
Objektif Modul Aktiviti 2: Bermain permainan.
Tatacara Pengendalian Kenderaan 2 Aktiviti pengajaran dan
Kegunaan Modul Aktiviti 3: Kek Cawan a pembelajaran perlu
dijadualkan dan diformatkan.
Konsep modul eiou
3. Nyatakan jenis permainan
Prasyarat Aktiviti 4: Gaul dan yang digunakan.
Menggunakan Modul Cari 4. Mengurangkan standard
Isi Kandungan Modul Aktiviti 5: Kon Suku pembelajaran.
Pendekatan Bermain Kata 5. Lembaran kerja perlu
Pemilihan Aktiviti Aktiviti 6: Menyusun ditambah supaya lebih
Telur mencabar.
Jenis-Jenis Permainan 6. Penggunaan media elektronik
Cara Kanak-kanak Aktiviti 7: Boneka Jari
di dalam aktiviti pengajaran
Bermain Aktiviti 8: Menyidai dan pembelajaran.
Teori-teori yang Perkataan 7. Masa pelaksanaan bahasa di
Digunakan Aktiviti 9: Mari prasekolah biasanya dilakukan
Bahan Permainan Berpantun dan 20 minit, 30 minit, 40 minit
Menyanyi ataupun 60 minit.
Pemilihan Bahan 8. Aktiviti permainan perlu lebih
Permainan Aktiviti 10: Meneroka
mencabar.
Ciri-ciri Bahan Cerita
9. Keperluan bimbingan rakan
Permainan sebaya di dalam aktiviti.
Sumber Bahan
Permainan Setelah modul diperbaiki, modul diberikan
Ruang Permainan kepada lapan pakar yang sama untuk menilai
Bahasa ketepatan kandungan modul bagi menentukan
Kemahiran Bahasa kesahan kandungan modul. Selain itu, modul juga
Komponen Bahasa diberikan kepada 12 guru untuk melakukan
ISSN: 2180-4842. Vol. 6, Bil. 1 (Mei 2016): 16-29 21

penilaian yang sama menjadikan jumlah penilai 14. Langkah-langkah aktiviti 7 13


kesahan kandungan modul seramai 20 penilai. disampaikan dengan teratur. (35%) (65%)
15. Bahan permainan yang 9 11
Daripada aspek penyampaian modul, seramai 70 dicadangkan adalah menarik. (45%) (55%)
peratus penilai bersetuju bahawa persembahan 16. Tempoh pelaksanaan cadangan 12 8
modul ini sesuai untuk guru prasekolah. 50 peratus aktiviti sesuai dengan aktiviti (60%) (40%)
mengatakan susunan isi kandungan modul mudah yang dijalankan.
17. Lembaran kerja murid berupaya 9 11
diikuti guru prasekolah. Daripada aspek isi
membantu guru melakukan (45%) (55%)
kandungan, 65 peratus penilai berpendapat aktiviti pengukuhan dengan
cadangan aktiviti sesuai dengan tahap kanak-kanak.
perkembangan kanak-kanak prasekolah dan 18. Senarai semak berupaya 1 10 9
langkah-langkah aktiviti disampaikan dengan membantu guru melakukan (5%) (50%) (45%)
penilaian murid berdasarkan apa
teratur. Jadual 3 menunjukkan analisis tahap yang telah diajar.
persetujuan penilai terhadap isi kandungan modul. Persembahan Bahasa
19. Gaya penulisan modul ini mudah 7 13
Jadual 3: Analisis tahap persetujuan penilai dibaca. (35%) (65%)
terhadap isi kandungan modul 20. Perkataan yang digunakan di 11 9
dalam modul betul ejaannya. (55%) (45%)
21. Bahasa yang digunakan di dalam 8 12
Tidak (n=20) Sangat modul mudah difahami. (40%) (60%)
Aspek/Pernyataan Pasti Setuju Setuju 22. Cara penulisan modul ini sesuai 7 13
Bil. Penyampaian dan Persembahan Modul untuk guru. (35%) (65%)
1. Tajuk modul sesuai dengan tujuan 11 9
modul. (55%) (45%)
2. Teks yang digunakan di dalam 1 9 10 Hasil pengiraan tahap pencapaian kesahan
modul ini disampaikan dengan (5%) (45%) (50%) isi kandungan modul oleh lapan pakar bidang dan
jelas. 12 guru prasekolah menunjukkan nilai peratusan
3. Persembahan modul ini sesuai 1 14 5
untuk guru prasekolah. (5%) (70%) (25%) yang melebihi 70 peratus ialah 90.3 peratus.
4. Susunan isi kandungan modul 10 10 Dapatan menujukkan modul ini mempunyai
mudah diikuti guru prasekolah. (50%) (50%) kesahan isi kandungan yang baik dan menepati
5. Gambar-gambar di dalam modul 11 9 sasaran penilai yang merupakan pakar bidang dan
mempunyai perkaitan dengan teks (55%) (45%)
yang ditulis.
pengguna sasaran modul. . Jadual 4 menunjukkan
6. Persembahan modul ini mesra 12 8 nilai kesahan kandungan modul yang diperoleh
pengguna. (60%) (40%) daripada 20 penilai.
Isi Kandungan Modul
7. Cadangan aktiviti memudahkan 1 7 12 Jadual 4: Nilai pengiraan kesahan isi
guru melakukan perancangan (5%) (35%) (60%) kandungan modul
pengajaran.
8 Susunan isi cadangan aktiviti 2 8 10 Penilai Peratusan Tahap Kesahan
disusun daripada mudah ke susah. (10%) (40%) (50%) (%) Kandungan
. Set induksi mewujudkan motivasi 12 8 1 90 Baik
kanak-kanak untuk terus belajar. (60%) (40%) 2 97 Baik
10. Cadangan aktiviti berupaya 2 7 11 3 96 Baik
meningkatkan pengetahuan guru (10% (35%) (55%) 4 90 Baik
tentang bagaimana hendak ) 5 97 Baik
melakukan pengajaran. 6 85 Baik
11. Cadangan aktiviti berupaya 1 11 8 7 100 Baik
meningkatkan kemahiran guru (5%) (55%) (40%) 8 97 Baik
untuk melakukan pengajaran. 9 100 Baik
12. Cadangan aktiviti berupaya 8 12 10 93 Baik
meningkatkan penguasaan (40%) (60%) 11 86 Baik
kemahiran bahasa Melayu kanak- 12 86 Baik
kanak mengikut keperluan. 13 82 Baik
13. Cadangan aktiviti sesuai dengan 7 13 14 81 Baik
tahap perkembangan kanak-kanak (35%) (65%) 15 84 Baik
prasekolah. 16 78 Baik
17 95 Baik
ISSN: 2180-4842. Vol. 6, Bil. 1 (Mei 2016): 16-29 22

18 97 Baik Selain itu, rumusan juga dibuat berdasarkan


19 86 Baik data catatan anekdot untuk melihat bagaimana
20 86 Baik
Keseluruhan 90.3 Baik
murid menguasai kemahiran mendengar, bertutur,
(Min) membaca dan menulis melalui aktiviti yang
dibangunkan di dalam modul. Jadual 6
Kebolehgunaan Aktiviti di Dalam Modul menunjukkan rumusan penguasaan kemahiran
terhadap Pembelajaran Kemahiran bahasa murid melalui aktiviti di dalam modul.
Bahasa Kanak-Kanak Prasekolah
Jadual 6: Rumusan penguasaan kemahiran bahasa
Setelah dinilai pakar dan guru, modul murid melalui aktiviti
dilaksanakan dan dinilai kebolehgunaannya di Murid
dalam dua bilik darjah di sekolah berlainan untuk Ciri-ciri Baik Seder- Lemah
melihat kesan pelaksanaan modul terhadap hana
pembelajaran. Bagi memberi gambaran yang lebih M M M M M M
jelas tentang penglibatan murid dalam aktiviti 1 4 2 5 3 6
1. Menunjukkan respons terhadap 1 1 1 1 - -
pembelajaran, data keenam-enam murid kategori perbualan yang dirangsang guru
baik, sederhana dan lemah dikumpulkan dan 2. Bertutur dan memberikan 2 2 2 2 - -
dirumuskan dalam jadual. Jadual 5 menunjukkan respons semasa berbual dengan
bagaimana murid (M) bagi setiap kategori guru
3. Menunjukkan respons semasa 1 1 1 1 1 1
menguasai pembelajaran melalui penglibatan berinteraksi dan berbual dengan
aktiviti bermain. rakan dalam permainan
4. Bertutur bersama rakan semasa 2 2 2 2 2 2
Jadual 5: Rumusan penglibatan murid dalam bermain
aktiviti pembelajaran 5. Membina kemahiran melalui
penerokaan bahan permainan 3 3 3 3 3 3
berlabel
Murid 6. Membina kemahiran melalui 3 3 3 3 3 3
Ciri-ciri Baik Seder- Lemah interaksi dengan rakan
hana 7. Membina kemahiran melalui - - 3 3 3 3
M M M M M M pemerhatian rakan lain bermain
1 4 2 5 3 6 8. Membina kemahiran berdasarkan 4 4 4 4 4 4
1. Menujukkan minat pengetahuan yang diperoleh
2. Sangat bermotivasi semasa aktiviti bermain
3. Terlibat secara aktif 9. Membina kemahiran melalui 4 4 4 4 4 4
4. Menunjukkan inisiatif - - - - pemerhatian bahan permainan
5. Menyumbang idea - - - - berlabel
6. Menggunakan pengetahuan - - 10. Membina kemahiran melalui - - - - 4 4
sedia ada untuk menguasai gabungan penulisan dengan
pembelajaran baharu lukisan
7. Memberi sokongan kepada - - 1 Kemahiran mendengar 2 Kemahiran bertutur
rakan 3 Kemahiran membaca 4 Kemahiran menulis
8. Menerima sokongan daripada - -
rakan
9. Menguasai pembelajaran melalui - -
pemerhatian rakan lain PERBINCANGAN
10. Menguasai pembelajaran tanpa - - - -
bimbingan guru Proses pembangunan modul melibatkan proses
11. Menguasai pembelajaran dengan - - - - penilaian isi kandungan modul oleh kedua-dua
sedikit bimbingan guru
12. Menguasai pembelajaran dengan - - - - pakar dan pengguna. Pembinaan modul
bimbingan guru berdasarkan analisis keperluan, teori, kajian
13. Menyiapkan tugasan dalam - - literatur dan semakan kurikulum telah
tempoh yang diberikan menghasilkan modul yang komprehensif. Segala
14. Membina pengetahuan secara
tidak langsung melalui
maklumat dikumpul telah menyumbang kepada
permainan penghasilan modul berasaskan pengetahuan yang
ISSN: 2180-4842. Vol. 6, Bil. 1 (Mei 2016): 16-29 23

lebih praktikal. Secara amnya, kajian ini pembelajaran (Nik Mohd. Rahimi & Kamrulzaman
mendapati: 2006; Linse 2005; Nobuko 2004; Larry 2004) dan
1. Maklumat analisis keperluan penting untuk kajian tentang kemahiran mendengar sangat terhad
menghasilkan modul yang boleh digunakan (Larry 2004), kajian ini mendapati pembelajaran
guru. melalui bermain berupaya merangsang kemahiran
2. Proses pembangunan modul perlu mendengar kanak-kanak.
mengambil kira gabungan beberapa teori Dalam kajian ini, kemahiran mendengar
untuk menghasilkan modul berasaskan dikuasai apabila kanak-kanak menunjukkan
pengetahuan yang komprehensif. respons terhadap perbualan yang dirangsang guru.
3. Tinjauan literatur memberikan maklumat Kemahiran mendengar juga dikuasai semasa
yang penting untuk menghasilkan aktiviti mereka berinteraksi dengan rakan melalui
pembelajaran yang berpusatkan kanak- permainan yang menyeronokkan. Kanak-kanak
kanak. mempunyai tumpuan yang sangat pendek
4. Semakan kurikulum penting bagi (Spooner & Woodcock 2010; Yilmaz & Yavuz
menghasilkan aktiviti pengajaran dan 2015), namun kajian ini menunjukkan
pembelajaran yang dapat memenuhi pembelajaran melalui bermain mampu
matlamat kurikulum. mengekalkan tumpuan mereka untuk terus
5. Hasil semakan pakar pelbagai bidang telah mendengar. Kemahiran mendengar kanak-kanak
memberikan maklumat yang kaya daripada meningkat melalui aktiviti permainan yang
segi teori dan amalan. dirancang guru dan disokong rakan. Secara
6. Penilaian modul oleh kedua-dua pakar dan rumusannya, kajian ini mendapati kemahiran
pengguna penting bagi menghasilkan modul mendengar meningkat apabila kanak-kanak:
yang menepati bidang dikaji dan boleh 1. Memberikan tumpuan terhadap perbualan
digunakan pengguna. guru tentang permainan dan bahan
permainan.
Ujian kebolehgunaan juga telah memberi 2. Memberikan tumpuan terhadap perbualan
ruang kepada pengkaji untuk mengetahui cara rakan semasa bermain.
kanak-kanak menguasai kemahiran mendengar, 3. Mengaitkan bunyi huruf yang disebut guru
bertutur, membaca dan menulis melalui ataupun rakan sepermainan dengan huruf
pengalaman bermain. Kajian ini mendapati kanak- yang dilabelkan pada bahan permainan.
kanak menunjukkan minat dan keinginan terhadap 4. Mengaitkan bunyi huruf dan suku kata yang
aktiviti pembelajaran melalui bahan permainan. didengar, dan mengaitkan bunyi ini dengan
Konsep teori konstruktivisme dapat dilihat apabila gambar atau simbol tertentu.
mereka secara aktif membina pengetahuan melalui 5. Menilai perbezaan dan persamaan bunyi
berinteraksi dengan bahan dan rakan. Peranan huruf yang didengar daripada guru dan
rakan sekumpulan dalam pembelajaran didapati rakan.
sangat penting. Zamri (2012) mengatakan bahawa 6. Membezakan dan mengajuk bunyi di
potensi murid dapat diperkembang dalam aktiviti sekeliling seperti rakaman bunyi kenderaan
berkumpulan kerana murid lemah dan pandai yang dipasang guru.
berada di dalam kumpulan yang sama akan 7. Mengingat semula apa yang didengar
bekerjasama dengan ahli kumpulan masing- semasa berbual dan bermain, dan
masing. Dalam konteks kajian ini, rumusan menggunakan maklumat ini untuk
berdasarkan data rekod anekdot mendapati menyelesaikan masalah ataupun membina
keenam-enam murid menguasai kemahiran pengetahuan baharu.
mendengar, bertutur, membaca dan menulis dalam 8. Mengolah pemikiran dan menyatakan idea
pelbagai cara. apabila guru merangsang pemikiran melalui
soalan mencapah.
Kemahiran Mendengar 9. Memahami apa yang dibualkan guru dan
rakan melalui respons bahasa badan dan
Walaupun kemahiran mendengar tidak begitu pertuturan.
mendapat perhatian dalam pengajaran dan
ISSN: 2180-4842. Vol. 6, Bil. 1 (Mei 2016): 16-29 24

Kemahiran Bertutur Zamri, Nik Mohd Rahimi & Jamaludin 2010).


Pada peringkat kanak-kanak, penguasaan tentang
Menurut Sharani (2006), kemahiran bertutur sesuatu konsep perlu melibatkan interaksi kanak-
melibatkan unsur bunyi-bunyi yang dilafazkan dan kanak dengan bahan (Wortham 2010) dan bahan
bunyi-bunyi ini mempunyai makna dan perlu seperti memadankan huruf dengan objek atau
difahami pendengarnya. Aktiviti kemahiran gambar adalah permainan yang efektif (Johnson
bertutur berlaku secara semula jadi tanpa 2015).
memerlukan proses pendidikan formal (Zulkifley Konsep teori Piaget (1951) dan Bruner
2006) terutamanya semasa murid berkomunikasi (1966) dapat dilihat semasa penglibatan aktif
secara verbal melalui bermain. Kemahiran bertutur kanak-kanak dengan persekitaran yang dipenuhi
kanak-kanak dapat dilihat melalui respons yang bahan permainan berlabel. Kanak-kanak didapati
ditunjukkan melalui perbualan dengan guru dan membina pemahaman tentang huruf dan bacaan
semasa bermain dengan rakan. Kajian ini melalui permainan yang dirancang guru dan
mendapati kemahiran bertutur meningkat apabila dilakukan mengikut inisiatif mereka. Mereka
kanak-kanak: sangat bermotivasi, tidak tertekan dan berupaya
1. Menyatakan pendapat dan melahirkan idea menguasai konsep bacaan dengan sendiri tanpa
apabila guru merangsang pemikiran melalui dipaksa. Secara tidak langsung pembelajaran
soalan mencapah. membaca berlaku secara tidak langsung atau
2. Berbual dengan rakan semasa bermain. emergent tanpa bimbingan guru sepenuhnya.
3. Berkongsi idea dan pendapat dengan rakan Pengalaman literasi secara emergent membantu
semasa bermain. kanak-kanak menguasai konsep bercetak yang
4. Menyebut semula bunyi yang didengar dan akan digunakan untuk menguasai kemahiran
mengaitkan bunyi dengan gambar atau literasi pada peringkat seterusnya (Hatice Zeynep
simbol tertentu. 2010; Bodrova & Leong 2010).).
5. Membunyikan huruf yang dilabelkan pada Pemerolehan bahasa daripada aspek fonologi
bahan permainan. dapat dilihat melalui permainan fizikal dengan
6. Meniru dan membunyikan semula bunyi bahan yang dilabelkan huruf dan suku kata seperti
kenderaan yang dipasang guru. permainan kek cawan. Kajian ini mendapati murid
7. Menyatakan minat terhadap bahan lebih cepat mengecam huruf yang dibentuk
permainan dan permainan. daripada doh pada kek cawan. Hasil kajian
8. Berkongsi pengalaman yang pernah dilalui. menunjukkan penggunaan bahan seperti doh
9. Menceritakan pengalaman yang mereka lalui berupaya membantu murid menguasai konsep
semasa bermain. huruf dengan baik dan modul yang mengandungi
10. Berkongsi perasaan tentang pengalaman pelbagai aktiviti permainan ini berpotensi
bermain yang dilalui. digunakan di prasekolah. Penggunaan doh pernah
11. Mengaitkan pengalaman sedia ada dengan ditekankan oleh Noor Aini dan Nur Liyana (2015)
pengalaman baharu melalui perbualan. apabila kajian beliau mendapati aktiviti
12. Menceritakan hasil kerja masing-masing menggunakan doh sesuai digunakan untuk
kepada guru dan rakan. mengajar kemahiran mengenal huruf. Pada akhir
pembelajaran, kanak-kanak mampu menguasai
Kemahiran Membaca konsep huruf dan bunyi huruf dengan baik.
Melalui bahan permainan yang dilabelkan dengan
Murid prasekolah perlu menguasai kemahiran huruf, pemerolehan bahasa daripada aspek
membaca (Kamisah 2011) dan keupayaan fonologi berlaku secara tidak langsung.
membaca membantu murid meningkatkan Asas fonologi sangat berguna untuk
kemahiran bahasa dengan lebih efektif (Yahya & membantu kanak-kanak membina pengetahuan
Ghazali 2012). Maklumat yang diperoleh dalam tentang konsep bahasa dalam pembelajaran
pembacaan boleh digunakan untuk pelbagai aspek seterusnya seperti morfologi, semantik dan
dalam kehidupan dan murid yang menghadapi pragmatik. Oleh itu, aktiviti kemahiran membaca
masalah membaca sukar untuk menunjukkan dalam modul ini sesuai digunakan di prasekolah.
pencapaian dalam pelajaran (Tamam, Timbang,
ISSN: 2180-4842. Vol. 6, Bil. 1 (Mei 2016): 16-29 25

Secara amnya kajian ini mendapati kemahiran Wood (2013) mengatakan kanak-kanak
membaca meningkat apabila kanak-kanak: bukan sahaja bermain dengan bahan, mereka juga
1. Mengecam huruf yang dilabelkan pada bermain dengan perasaan, maksud, idea dan
bahan permainan. hubungan, kemudian mengubah aspek-aspek ini
2. Mengecam bentuk visual huruf dan melalui pemikiran dalam bentuk lukisan. Mereka
mengaitkan bentuk huruf dengan objek di membina idea dan menyampaikan idea melalui
persekitaran melalui bermain. lukisan apabila terlibat secara aktif dalam
3. Memahami bentuk perkataan atau kumpulan perbualan dan permainan dengan objek (Neaum
simbol melalui penerokaan bahan permainan 2012). Walaupun idea penulisan mereka
bahasa. disampaikan dalam bentuk lukisan, lama kelamaan
4. Mengetahui bahawa huruf yang digunakan mereka mampu menguasai konsep tulisan dengan
dalam permainan adalah simbol yang baik. Worthman (2010) mengatakan kanak-kanak
mewakili maksud (print awareness). prasekolah yang menggabungkan tulisan dengan
5. Membunyikan huruf yang dilabelkan pada lukisan pada awal literasi, lama kelamaan dapat
bahan permainan. membezakan kedua-duanya. Kemahiran literasi
6. Menyusun bahan permainan yang dilabelkan kanak-kanak terus berkembang apabila mereka
dengan huruf mengikut urutan yang betul. mencuba membaca lukisan dan tulisan yang
7. Meneroka bentuk huruf melalui permainan dihasilkan (Wood 2013). Oleh itu, peranan guru
yang menyeronokkan. penting dalam merangsang kanak-kanak
8. Memadankan huruf yang dilabelkan pada menguasai penulisan awal dengan baik.
bahan permainan dengan gambar di Walaupun guru memainkan peranan penting
persekitaran. dalam memberi peluang kanak-kanak prasekolah
9. Mengaitkan bunyi huruf vokal yang meneroka pengalaman literasi (Scull et al. 2012),
dilabelkan pada bahan permainan dengan masih ramai pendidik prasekolah tidak mengetahui
gambar. bagaimana hendak merangsang pembelajaran
10. Menggabungkan huruf melalui penerokaan kemahiran menulis secara emergent (Norling
bahan permainan berlabel. 2013). Kajian ini mendapati penguasaan
kemahiran menulis boleh dirangsang melalui
Kemahiran Menulis bermain dan bermain adalah cara terbaik untuk
memberi peluang kanak-kanak menguasai asas
Kajian ini mendapati kebanyakan kanak-kanak literasi kemahiran menulis dalam suasana tidak
menguasai kemahiran menulis berdasarkan formal. Secara amnya, kajian ini mendapati aktiviti
pengalaman semasa bermain dan berdasarkan bermain berupaya merangsang kemahiran menulis
pemerhatian terhadap bahan permainan. Maklumat dan kanak-kanak menguasai kemahiran menulis
yang menarik diperoleh melalui pemerhatian iaitu apabila mereka:
bagaimana murid kategori lemah menguasai 1. Meneroka bahan permainan dan
kemahiran awal menulis melalui penulisan dengan menggunakan bahan permainan untuk
lukisan. Hasil kerja mereka didapati mengandungi membentuk huruf dengan cara yang betul.
gabungan tulisan dan lukisan, menunjukkan 2. Mengecam bentuk huruf pada bahan
mereka sedang menguasai kemahiran awal permainan melalui pemerhatian.
menulis secara tidak langsung. Johnson (2015) 3. Menyalin semula huruf berdasarkan
mengatakan penulisan awal atau early writing pemerhatian terhadap simbol atau bentuk
yang dipanggil driting (drawing + writing) iaitu huruf.
gabungan gambar dengan tulisan adalah petunjuk 4. Membentuk huruf melalui penulisan
bagaimana kanak-kanak menguasai kemahiran berdasarkan pemerhatian terhadap huruf
menulis secara tidak langsung atau emergent. pada bahan permainan.
Menggabungkan penulisan dengan gambar dalam 5. Menyatakan idea yang diperoleh semasa
aktiviti seharian di dalam kelas berupaya bermain melalui penulisan dan lukisan.
merangsang kemahiran literasi kanak-kanak
(Baghban 2007; Love, Burns & Buell 2007).
ISSN: 2180-4842. Vol. 6, Bil. 1 (Mei 2016): 16-29 26

SUMBANGAN DAN IMPLIKASI KAJIAN dirancang, kanak-kanak membina pemahaman


bahasa secara emergent tanpa bimbingan guru
Berasaskan gabungan teori dan data empirikal, sepenuhnya.
produk kajian ini dijangka memberi impak kepada
amalan dan pedagogi sedia ada guru. RUJUKAN
Pengembangan pengetahuan dalam bentuk
pedagogikal baharu yang dihasilkan di dalam Aliza Ali. (2012). Pemahaman dan persepsi guru
modul ini dijangka berupaya mengubah amalan tentang penggunaan kurikulum berasaskan
sedia ada guru bagi menghadapi cabaran main bagi perkembangan bahasa murid
pendidikan kanak-kanak generasi kini dan akan prasekolah. Tesis Sarjana Pendidikan.
datang. Hasil kajian ini boleh dijadikan rujukan Fakulti Pendidikan. Universiti Kebangsaan
pihak yang terlibat dengan perancangan, Malaysia.
pembangunan dan pelaksanaan kurikulum bagi Almon, J. & Miller, E. (2012). The crisis in early
mempertingkatkan kurikulum sedia ada education: A research-based case for more
terutamanya bagi aspek pendekatan dan kemahiran play and less pressure.
bahasa kanak-kanak. Kaedah pengajaran dan http://www.habitot.org/museum/pdf/play_re
pembelajaran di dalam modul ini boleh dijadikan search/Crisis_EarlyEd.pdf [2 Februari
contoh dan panduan kepada semua pendidik pada 2015].
peringkat prasekolah bagi menghasilkan Baghban, M. (2007). Scribbles, labels, and stories.
pengajaran dan pembelajaran yang lebih efisien The role of drawing in development of
dan berpusatkan kanak-kanak. writing. Journal of Young Children, 62 (1):
20-26.
KESIMPULAN Bahagian Pembangunan Kurikulum. 2008. Kajian
pelaksanaan kurikulum prasekolah
Penghasilan bahan pengajaran dan pembelajaran kebangsaan, Kementerian Pelajaran
pada peringkat prasekolah perlu mengambil kira Malaysia. Putrajaya: Kementerian
keperluan dan keinginan kanak-kanak untuk terus Pendidikan Malaysia.
belajar. Jadi, pembangunan modul pada peringkat Branch, R.M. (2009). Instructional design: The
prasekolah perlu relevan, mencabar, dan ADDIE approach. USA: Springer Science
memotivasikan kanak-kanak untuk terus belajar. and Business.
Kajian ini menunjukkan aktiviti pembelajaran Brodin, J. & Reinblad, K. (2014). Reflections on
melalui bermain yang dibangunkan di dalam the revised National Curriculum for
modul ini berupaya memberikan kanak-kanak preschool in Sweden: Iinterviews with the
pengalaman pembelajaran bahasa yang bermakna. heads. Journal of Early Child Development
Kajian ini juga membuktikan pembinaan konsep and Care, 184 (2): 306321.
bahasa tidak dilihat sebagai sesuatu yang perlu Bodrova, E. & Leong, D.J. (2010). Curriculum and
dipindahkan secara pasif, malah perlu dibina play in early child development.
sendiri oleh kanak-kanak secara aktif melalui http://www.child-
pengalaman konkrit. encyclopedia.com/documents/Bodrova-
Melalui kajian ini, kanak-kanak didapati LeongANGxp.pdf [14Ogos 2014].
berupaya menguasai kemahiran mendengar, Bruner, J. S. 1966. Towards a theory of
bertutur, membaca dan menulis melalui instruction. Mashasscusett: Harvard College.
pengalaman bermain. Sepanjang aktiviti Chervenak, R. (2011). Play in kindergarten:
pembelajaran, kanak-kanak menggunakan Perspectives a full-and half day kindergarten
pengalaman bermain untuk memahami konsep teacher. http://etd.ohiolink.edu/send-
bahasa yang abstrak seperti simbol dan huruf. pdf.cgi/Chervenak%20Rachel.pdf?bgsu1307
Mereka menguasai bahasa secara semula jadi 916817 [21 Ogos 201].
melalui penerokaan bahan dan inisiatif sendiri. Christie, J. F. & Roskos, K. A. (2009). Plays
Interaksi dengan rakan semasa bermain bukan potential in early literacy development.
sahaja meningkatkan kemahiran literasi, tetapi Encyclopedia on early childhood
juga kemahiran sosial. Melalui aktiviti yang development. Centre of excellence for early
ISSN: 2180-4842. Vol. 6, Bil. 1 (Mei 2016): 16-29 27

childhood development. http://www.unc.edu/courses/2007fall/germ/7


http://www.childencyclopedia.com/documen 00/001/downloads/Vandergrift.pdf [9 Ogos
ts/Christie- RoskosANGxp.pdf [1 Mac 2015].
2013]. Linse, C.T. (2005). Practical English language
Einarsdottir, J. (2012). Play and literacy: A teaching: Young learners. New York:
collaborative action research project in McGraw-Hill.
preschool. Scandinavian Journal of Love, A., Burns, M.S. & Buell, M.J. (2007).
Educational Research, 58(2): 18-33. Writing empowering literacy. Journal of
Fauziah Mohd. Jaafar. (2009). Kepentingan Young Children, 62 (1): 12-19.
aktiviti bermain di dalam pendidikan Miller, E. & Almon, J. (2009). Crisis in
prasekolah. kindergarten: Summary and
http://www.fp.utm.my/medc/journals/vol3/3. recommendations of why children need to
%20KEPENTINGAN%20AKTIVITI%20B play in school. A report from Alliance.
ERMAIN%20DI%20%20DALAM%20PEN http://earlychildhoodcolorado.org/inc/upload
DIDIKAN%20P [13 Januari 2011]. s/Crisis_in_Kindergarten.pdf [15 Mac
Gunn, B., Vadasy, P. & Smolkowski, K. (2011). 2013].
Instruction to help young children develop Morrison, G. S. 2011. Fundamental of early
language and literacy skills: The roles of childhood education. Edisi ke-6. New
program design and instructional guidance. Jersey: Pearson.
NHSA Dialog, 14(3): 157-173. Morrison, G.R., Ross, S.M., Kempt, J.E. &.
Izumi-Taylor, S. I., Samuelsson, I. P. & Rogers, C. Kalman, H.K. (2011). Designing effective
S. (2010). Perspectives on play in the three instruction. New York: John, Wiley & Sons.
nations: A comparative study in Japan, the Neaum, S. (2012). Language and literacy for the
United States and Sweden. ECRP, 12(1). early years. London: Sage Publication.
http://ecrp.uiuc.edu/v12n1/izumi.html [15 Ng, J. (2009). Exploring learning experience
Ogos 2013]. during an early childhood curriculum change
Haney, M. & Bissonnette, V. (2011). Teachers in Singapore.
perceptions about the use of play to facilitate \http://www.aare.edu.au/10pap/2424Ng.pdf
development and teach prosocial skills. [2 Januari 2013].
Scientific Research, 1 (2): 41-46. Nik Mohd. Rahimi Nik Yusoff & Kamarulzaman
Hatice Zeynep. (2010). Literacy development of a Abd. Ghani. (2006). Teknik pembelajaran
preschooler: An exemplary case. The kemahiran mendengar Bahasa Arab.
Journal of International Social Research, 3 file:///C:/Users/win8/Downloads/1962-3775-
(11) Spring. 1-SM.pdf [4 Julai 2015].
http://www.sosyalarastirmalar.com/cilt3/sayi Noor Aini Ahmad & Nur Liyana Abd. Latif.
11pdf/inan_haticezeynep.pdf [11 Oktober (2015). Belajar kemahiran mengenal huruf
2014]. menggunakan aktiviti membentuk doh.
Johnson, A. (2015). Developmentally appropriate Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 1 (5):
literacy instruction at the pre-school and 71- 80.
kindergarten level. Norling, M. (2013). Preschool staff's view of
https://www.linkedin.com/pulse/developmen emergent literacy approaches in Swedish
tally-appropriate-literacy-instruction-level- preschools. Early Child Development and
andrew-johnson [6 Ogos 2015]. Care, 184 (4): 571-588.
Kamisah Buang. (2011). Pembangunan dan Norsuhaily Abu Bakar, Normadiah Daud,
pengujian modul intervensi membaca Nadhirah Nordin & Abdul Hakim Abdullah.
Bahasa Melayu prasekolah berbantukan (2015). Developing integrated pedagogical
multimedia. Tesis Dr. Falsafah. Fakulti approaches in play pedagogy: Malaysian
Pendidikan, Universiti Kebangsaan experience.
Malaysia. file:///C:/Users/win8/Downloads/44296-
Larry Vandergrift. (2004). Listening to learn or 152490-1-SM%20(2).pdf [5 Mac 2015].
learning to listen?
ISSN: 2180-4842. Vol. 6, Bil. 1 (Mei 2016): 16-29 28

Piaget, J. (1951). Play, dreams and imitation in Pendidikan, Universiti Kebangsaan


childhood. London, England: Routledge and Malaysia.
Kegan Paul. Spooner, L. & Woodcock, J. (2010). Teaching
Razali Shafie & Zulkifli Daud. (2013). Amalan children to listen: A practical approach to
kaedah pengajaran belajar sambil bermain developing childrens listening skills. New
dalam kalangan kanak-kanak prasekolah. York: Continuum International Publishing
Pelaksanaan pengajaran penulisan dalam Group.
kalangan guru prasekolah. Kertas Kerja Subadrah Madhawa Nair, Najeemah Mohd Yusof
International Conference on Early & Logeswary Arumugam. (2014). The
Childhood Education (ICON 2013). effects of using the play method to enhance
Penerbitan Institut Pendidikan Guru Kampus the mastery of vocabulary among preschool
Sultan Mizan, Besut Terengganu pada 9-11 children. Journal of Social and Behavioral
September. Sciences, 116: 3976-3982.
Saayah Abu. (2004). Pelaksanaan aktiviti belajar Tamam, Timbang, Zamri Mahamod, Nik Mohd.
melalui bermain di tadika-tadika kawasan Rahimi & Jamaludin Badushah.
Melaka Tengah, Melaka (2010).Masalah membaca kanak-kanak
http://www.ipislam.edu.my/uploaded/file/sa sekolah rendah kerajaan di Brunei
ayah.pdf [3 Februari 2011]. Darussalam: Satu Kajian Kes. Jurnal
Schweinhart, L.J. & Weikart, D.P. (2010). The Pendidikan Malaysia 35(2)(2010): 77 85.
High Scope Model of Early Childhood http://pkukmweb.ukm.my/~jurfpend/Jilid%2
Education.http://bfi.uchicago.edu/humcap/w 035(1),%202010/Bab%207.1.pdf [6 April
p/papers/TheHighScopeModelofEarlyChildh 2013].
oodEducation6thEdition.pdf [20 Februari Vygotsky, L.S. (1978). Mind in society: The
2012]. development of higher psychological
Scott-Little, C., Lesco, J., Martella, J. & Millburn, process. Mashasscusett: Havard College.
P. (2007). Early learning standard: Result Wen, X., Elicker, J. G. & Mc Mullen, M. B.
from a national survey to document rends in (2011). Early childhood teachers
state-level policies and practice. curriculum belief: Are they consistent with
http://ecrp.uiuc.edu/v9n1/little.html [12 observed classroom practices? Early
September 2011]. Education and Development, 22 (6): 945-
Scott, L. & Gary, G. (2012). Action research to 969.
address the transition from kindergarten to Wood, E.A. (2013). Play, learning and early
primary school: Children's authentic childhood curriculum. 2013. London: Sage
learning, construction play, and pretend Publication.
play, 14(1). Wortham, S.C. (2010). Early childhood
http://ecrp.uiuc.edu/v14n1/lee.html [11 curriculum. New Jersey: Pearson.
Oktober 2012]. Yahya Othman & Ghazali Musthafa. (2012).
Scull, J., Nolan, A. & Raban, B. (2012). Young Comprehension process in metacognitive
learners: Teachers conceptualization and perspective among university students.
practice or literacy in Australia preschool International Journal for Educational
contexts. International Journal of Early Studies, 2 (2). http://www.educare-
Years Education, 20 (4): 379-391. ijes.com/educarefiles/File/Othman.pdf [27
Sharani Ahmad. (2006). Mengurus kanak-kanak May 2014].
yang susah belajar. Kuala Lumpur: PTS Yilmaz, H. & Yavuz, F. (2015). The problems
Profesional Publishing Sdn. Bhd. young learners encounters during listening
Sharifah Nor Puteh, Manisah, Norshidah & Aliza skills.
Alias. (2009). Penggunaan dan pengurusan c.els-cdn.com/S1877042815045899/1-s2.0-
bahan pengajaran dan pembelajaran dalam S1877042815045899-
kurikulum permainan pendidikan awal main.pdf?_tid=f3b4bb80-cc21-11e5-aa83-
kanak-kanak. Laporan Akhir Penyelidikan 00000aab0f6c&acdnat=1454688369_4570dc
UKM-GG-05-FRGS0003-2007. Fakulti
ISSN: 2180-4842. Vol. 6, Bil. 1 (Mei 2016): 16-29 29

4ffa663e02e214bd30e265aaec [6 Julai
2015].
Zakiah, M.A., Azlina, M.K., & Yeo, K.J. (2011).
Persepsi dan amalan guru novis terhadap
penggunaan pendekatan belajar sambil
bermain. Kertas kerja yang dibentangkan
dalam The International Conference on
Early Childhood and Special Education
(ICECSE) 2011, 10-12 Jun.
Zamri Mahamod. (2012). Inovasi pengajaran dan
pembelajaran dalam pendidikan bahasa
Melayu. Tanjung Malim: Universiti
Pendidikan Sultan Idris.
Zulkifley Hamid. (2006). Aplikasi psikolinguistik
dalam pengajaran dan pembelajaran
bahasa. Kuala Lumpur: PTS Publication and
Distribution Sdn. Bhd.

Вам также может понравиться