Вы находитесь на странице: 1из 13

PENGGUNAAN PIRAMID BERWARNA 3M MEMBANTU MURID TAHUN 4

MENGINGAT CONTOH-CONTOH JENIS NAJIS

Aliya Hanim Binti Hairal Nuar

lieyanims3@gmail.com

Wan Yusof Bin Wan Sulong

IPG Kampus Pendidikan Islam

ABSTRAK
Kajian tindakan ini dijalankan bertujuan untuk menambahbaik amalan pengajaran guru
dalam membantu lima orang murid tahun empat di sebuah sekolah di kawasan Teluk
Panglima Garang untuk mengingat 3 jenis najis dengan baik. Tinjauan awal menunjukkan
murid sukar untuk mengingat contoh-contoh jenis najis iaitu najis Mukhaffafah,
Mutawassitah dan Mughallazah. Hal ini kerana, kaedah penerangan yang digunakan
untuk pengajaran pada awalnya mempunyai sedikit kelemahan. Bahan bantu belajar
menggunakan slaid dilihat tidak dapat memberi kefahaman kepada murid untuk
membezakan ketiga-tiga jenis najis. Isi pelajaran yang ditulis terlalu padat dan kurang
menarik menyukarkan murid untuk memahami seterusnya memberi kesan kepada
ingatan murid tentang tajuk najis tersebut. Buktinya, dapat dilihat ketika aktiviti menjawab
lembaran kerja yang telah diberikan. Oleh itu, kaedah penerangan dan permainan
menggunakan kombinasi warna dan gambar pada Piramid Berwarna 3M ini
diperkenalkan bagi membantu masalah murid tersebut. Hasil dapatan kajian
menunjukkan pencapaian positif peserta kajian dalam membezakan seterusnya
mengingat contoh-contoh jenis najis Mukhaffafah, Mutawassitah dan Mughallazah
dengan baik.
Kata kunci : mengingat, kaedah penerangan, kaedah permainan, contoh-contoh najis
Mukhaffafah, Mutawassitah, dan Mughallazah.
ABSTRACT
This action research had been done at a primary school in Bandar Baru Bangi with the
purpose of assisting 5 Anggerik pupils in elaborating their understanding about the
content of Medina Constitution which is the third pillar in the development of Medina
country enhance to improve teacher teaching practices in Seerah. In this research, six
pupils including three boys and three girls have been selected as the participants of this
research. Three methods have been applied in collecting data, through interviews,
structured observations, and document analysis which were worksheet and teachers
reflection journal. This research process was implemented based on Kurt Lewin Model.
The result from this action research have concluded that using e-comic creating added
values for teachers then help pupils describing the topics more effective while their
interest in learning increased. The result showed that four from six pupils who have been
involved in this research where capable in describing the topics correctly.
Keywords: teaching and learning, seerah, third pillar of development of Medina country,
the content of Medina Constitution and e-Comic.

PENGENALAN
Kajian yang dilaksanakan ini adalah berkaitan dengan bidang Ibadah. Ibadah
merupakan salah satu daripada beberapa elemen yang penting di dalam agama
Islam. Ia merupakan suatu kewajiban bagi umat manusia terhadap Tuhannya
dan dengan Ibadah, manusia akan mendapat ketenangan dan kebahagiaan di
dunia dan di akhirat. Pelbagai jenis dan bentuk Ibadah yang dituntut serta
menjadi kewajiban kepada umat Islam untuk dilaksanakan seperti solat, puasa,
haji, jihad, membaca Al-Quran dan sebagainya. Justeru, bagi membolehkan
Ibadah seseorang itu diterima, kebersihan daripada pelbagai aspek sangat
dititikberatkan dalam menunaikan Ibadah terutamanya Ibadah solat.
Mengimbas kembali pengalaman mengajar, saya telah diberi amanah
untuk mengajar murid-murid Tahun 4 Pintar di salah sebuah sekolah di kawasan
Teluk Panglima Garang. Saya telah menjalankan pengajaran Pendidikan Islam
dalam bidang Ibadah bertajuk Kebersihan Tuntutan Islam iaitu mengenai Najis
Mukhaffafah, Mutawassitah dan Mughallazah. Pengajaran dan pembelajaran
pada hari tersebut telah dijalankan di dalam bilik j-Qaf yang kondusif dengan
dilengkapi LCD bagi meningkatkan kualiti pengajaran saya kepada mereka. Saya
telah menyediakan slaid berkaitan tajuk najis ini kepada mereka. Penggunaan
ICT ini dijalankan supaya pengajaran saya nampak lebih menarik. Saya juga
mengandaikan dengan penggunaan LCD, saya dapat meningkatkan semangat
dan minat murid untuk melibatkan diri dalam sesi pengajaran dan pembelajaran
(PdP). Namun, berdasarkan pemerhatian tidak berstruktur yang telah saya
jalankan sepanjang proses PdP, saya mendapati murid menunjukkan tingkah
laku yang negatif seperti tidak memberi tumpuan, mengganggu rakan lain dan
bercakap-cakap semasa belajar.
Hasil daripada pemerhatian tersebut, saya membuat tindakan susulan
dengan memberikan lembaran kerja bertulis berkaitan dengan isi pembelajaran
dengan meminta murid mengisi menandakan jawapan yang betul berkaitan jenis
najis dengan contoh-contoh najis yang sesuai. Walau bagaimapun, hasil
lembaran kerja tidak memuaskan kerana murid-murid tidak dapat menjawab
soalan yang diberikan dengan baik. Saya tidak berpuas hati dengan pencapaian
yang ditunjukkan oleh murid-murid tersebut dan menyebabkan saya menyemak
jurnal refleksi guru yang telah saya catatkan. Berdasarkan jurnal tersebut saya
mengenalpasti lima orang daripada murid kelas tersebut menunjukkan
pencapaian yang sangat lemah berbanding dengan murid-murid yang lain.
Kemudian saya juga menjalankan analisis terhadap dokumen prestasi bidang
ibadah dalam peperiksaan pertengahan tahun dan mendapati lima orang murid
tersebut sememangnya lemah dalam pembelajaran ibadah.

Saya menyedari kaedah penerangan yang saya gunakan dengan


menggunakan slaid terdapat beberapa kelemahan. Antara kelemahannya adalah
isi pelajaran dalam slaid berkaitan jenis najis ditulis terlalu padat. Malah, saya
juga tidak meletakkan gambar dalam slaid bagi menunjukkan contoh-contoh
najis. Saya menyedari kelemahan ini kerana menurut Paivio (1986) dalam Mohd
Zuri Ghani (2010), imej atau grafik sebenarnya dapat meningkatkan pengekalan
maklumat dalam ingatan seseorang. Apabila melihat situasi sebegini, saya
menyedari bahawa saya perlu menambah baik amalan pengajaran saya ini agar
murid-murid mampu memahami serta mengingati jenis-jenis najis dengan baik.

Oleh itu, saya perlu memikirkan cara untuk memperbaiki tahap


penguasaan murid dalam bidang Ibadah ini terutama berkaitan dengan najis.
Tajuk jenis-jenis najis ini tidak boleh dipandang remeh kerana ianya berkaitan
dengan Ibadah kita seharian. Bagi memudahkan pembelajaran mereka, saya
amat risau sehinggakan saya terfikir-fikir satu kaedah yang mampu membantu
mereka mengingati tajuk ini dengan baik dan membezakan antara najis
Mukhaffafah, Mutawassitah dan Mughallazah dengan betul dan tepat.

FOKUS KAJIAN
Permasalahan yang dapat saya kenal pasti adalah murid sukar untuk mengingati
contoh-contoh jenis najis. Murid yang bermasalah ini tidak dapat membezakan
contoh bagi setiap kategori najis dengan baik.. Masalah yang timbul ini kerana
proses PdP yang telah saya jalankan sebelum ini kurang berkesan terhadap
murid-murid. Keadaan ini mungkin berlaku kerana sesi PdP yang dijalankan
adalah berpusatkan guru semata-mata. Murid hanya mendengar penerangan
daripada saya berpandukan slaid yang dipaparkan kemudian membaca secara
kelas isi-isi pembelajaran di dalam slaid tersebut. Selepas meneliti semula slaid
yang telah digunakan, saya mendapati terdapat banyak kelemahan pada bahan
Power Point yang disediakan dari aspek penyusunan ayat yang padat, grafik
yang kurang menarik dan warna yang digunakan tidak bersesuaian.
Saya sepatutnya menggunakan strategi pengajaran yang berpusatkan
murid supaya berlaku interaksi secara dua hala semasa proses PdP berlangsung
yang melibatkan murid secara aktif. Selain itu, saya juga perlu menghasilkan
bahan bantu belajar yang lebih menarik supaya dapat memudahkan murid
mengingat dan menjelaskan isi kandungan Piagam Madinah. Kajian ini
dilaksanakan untuk membantu masalah murid tahun 4 Pintar untuk mengingat
contoh-contoh najis Mukhaffafah, Mutawassitah dan Mughallazah dan boleh
membezakan antara jenis-jenis setiap najis dengan menggunakan Piramid
Berwarna 3M. Selepas kajian ini selesai dijalankan, murid-murid diharapkan
dapat mencapai objektif yang berikut:

OBJEKTIF KAJIAN
a) Menghuraikan cara murid mengingat contoh-contoh jenis najis dengan betul
melalui penggunaan Piramid Berwarna 3M.
b) Memperihalkan amalan penambahbaikkan pedagogi guru bagi membantu
murid mengingat contoh-contoh jenis najis melalui penggunaan Piramid
Berwarna 3M.

SOALAN KAJIAN
a) Bagaimanakah murid dapat mengingat contoh-contoh jenis najis melalui
penggunaan Piramid Berwarna 3M?
b) Bagaimanakah guru menambahbaik amalan pedagogi bagi membantu murid
mengingat contoh-contoh jenis najis melalui penggunaan Piramid Berwarna
3M?

PESERTA KAJIAN
Kajian ini melibatkan lima orang murid daripada kelas 4 Pintar yang terdiri
daripada tiga orang murid lelaki dan dua orang murid perempuan. Murid-murid ini
telah dipilih berdasarkan pemerhatian tidak berstruktur, lembaran kerja, jurnal
refleksi guru dan dokumen analisis peperiksaan dalam pembelajaran sirah.
Murid-murid yang telah saya kenal pasti ini, mempunyai ciri-ciri khusus tersendiri
seperti tiga daripada peserta kajian aktif dalam pembelajaran tetapi memberi
jawapan yang salah, dua daripada mereka pula pasif sepanjang proses
pembelajaran berlangsung dan seorang peserta kajian menunjukkan tingkah
laku yang sangat aktif ketika PdP berlangsung.

TINDAKAN YANG DIJALANKAN

Dalam kajian ini, saya telah memilih Model Stephen Kemmis (1983) sebagai
panduan kajian tindakan yang telah dijalankan. Menurut Rosinah Edinin (2012)
pengkaji boleh menggunakan kitaran ini secara berulang kali sehingga masalah
yang dikaji dapat diselesaikan. Oleh itu, saya mendapati bahawa model ini
sangat bersesuaian untuk digunakan dalam kajian tindakan yang dilaksanakan.
Dalam menjalankan kajian ini saya telah menggunakan satu kitaran sahaja.
Langkah-langkah dalam satu gelungan itu adalah seperti rajah 1 berikut:

MEREFLEK MERANCANG 2

MEMERHATI BERTINDAK

Rajah 1 : Model Stephen Kemmis (1983)


Dalam menjalankan kajian ini saya menggunakan satu kitaran sahaja bagi
mencapai objektif kajian saya. Berikut ialah jadual pelaksanaan kajian saya.

PERKARA HURAIAN
PERANCANGA Menyediakan ringkasan rancangan pengajaran
N harian
Menyiapkan bahan bantu belajar : Piramid Berwarna
3M
Menyediakan instrumen senarai semak dan
lembaran kerja

TINDAKAN Melaksanakan pengajaran dan pembelajaran


menggunakan Piramid Berwarna 3M
Memberi lembaran kerja kepada murid

PEMERHATIAN Membuat pemerhatian berstruktur menggunakan


senarai semak yang disediakan
Membuat catatan nota lapangan tentang tingkah laku
murid

REFLEKSI Semua murid dapat memahami dan membuat


perbezaan antara jenis najis selepas menggunakan
Piramid Berwarna 3M
Murid dapat ingat contoh-contoh jenis najis.
Murid memberi perhatian sepenuhnya terhadap
proses pengajaran dan pembelajaran

Saya telah melakukan satu sahaja teknik triangulasi iaitu triangulasi


kaedah dalam penyelidikan tindakan saya. Triangulasi kaedah dilakukan dengan
membuat perbandingan antara sumber data yang dikumpul iaitu pemerhatian,
temu bual, lembaran kerja dan catatan refleksi guru. Perbandingan ini
membolehkan saya menyemak kredibiliti data yang diperolehi. Malah, triangulasi
kaedah juga membolehkan saya mengesahkan data yang diperoleh daripada
perlbagai kaedah yang berbeza dalam pengumpulan data penyelidikan tindakan
saya. Contohnya, saya telah melihat pemerhatian sebelum menggunakan bahan
dan selepas menggunakan bahan. Aspek yang dilihat adalah berdasarkan aspek
tingkah laku peserta kajian.

Kaedah seterusnya adalah kaedah menggunakan lembaran kerja. Bagi


mengesahkan kajian penyelidikan saya ini, saya telah menggunakan dua
lembaran kerja iaitu lembaran kerja sebelum kajian dan selepas kajian. Hal ini
bertujuan, untuk melihat keberkesanan penggunaan Piramid Berwarna 3M dalam
tajuk jenis-jenis najis ini. Selepas menggunakan Piramid Berwarna 3M ini saya
dapati peserta kajian dapat menjawab soalan dalam lembaran kerja dengan baik.
Kaedah yang terakhir adalah kaedah catatan refleksi guru. Saya
menyedari bahawa dengan melaksanakan catatan refleksi ianya dapat
membantu saya melihat kekurangan dan kekuatan dalam pengajaran dan
pembelajaran. Hasil catatan refleksi yang bertarikh 17 Februari 2016
menunjukkan bahawa saya menghadapi masalah kerana murid-murid dilihat
tidak dapat membezakan setiap kategori najis dengan betul. Ianya dapat dilihat
melalui penulisan refleksi iaitu murid-murid kelihatan tidak memahami apa yang
telah saya ajarkan. Buktinya dapat saya lihat ketika sesi soal jawab dan aktiviti
menjawab soalan pada lembaran kerja yang telah saya berikan. Saya telah
melihat catatan refleksi yang bertarikh 9 Mac iaitu aktiviti permainan yang
diadakan juga mendatangkan keseronokkan kepada murid-murid kerana ianya
melibatkan aktiviti hands-on. Hasil menggunakan Piramid Berwarna 3M
memperlihatkan bahawa murid-murid dapat menyelesaikan permasalahan
berkaitan jenis-jenis najis melalui aktiviti permainan dan secara tidak langsung
memudahkan mereka untuk mengingat isi pelajaran yang telah diajarkan.

DAPATAN KAJIAN

Soalan kajian 1: Bagaimanakah murid dapat mengingat contoh 3 jenis najis


melalui penggunaan Piramid Berwarna 3M?
Untuk menjawab soalan kajian ini, saya telah menggunakan tiga cara
pengumpulan data iaitu pemerhatian, temu bual, dan dokumen lembaran kerja.
Hasil dapatan melalui tiga pengumpulan data ini menjadi bukti kepada
keberkesanan penggunaan Piramid Berwarna 3M dalam meningkatkan
kemahiran mengingat murid bagi tajuk najis Mukhaffafah, Mutawassitah dan
Mughallazah. Pengumpulan data yang pertama adalah melalui kaedah
pemerhatian.

Kaedah pemerhatian telah dilakukan melalui dua aspek iaitu aspek


tingkah laku dan aspek kemahiran. Bagi menjawab soalan kajian yang pertama
saya telah mendapatkan hasil dapatan daripada analisis data bagi kaedah
pemerhatian untuk aspek kemahiran. Antara pemerhatian kemahiran yang
menjadi bukti kepada keberkesanan bahan bantu Piramid Berwarna 3M ini
adalah pertama membezakan setiap najis dengan betul. Sebelum menggunakan
bahan bantu ini, kesemua 5 orang peserta kajian tidak dapat membezakan
setiap najis dengan betul. Namun, setelah menggunakan Piramid Berwarna 3M
ini kesemua mereka dapat membezakan dengan betul bagi setiap kategori najis.
Selain itu, apabila melaksanakan aktiviti permainan kesemua peserta kajian
dapat menjawab soalan yang diberikan dengan betul dan tepat. Bilangan yang
berjaya menjawabnya adalah seramai lima orang peserta kajian. Saya dapati
bahawa antara faktor penyumbang kepada peningkatan kemahiran ini adalah
melalui penggunaan warna dan grafik yang terdapat pada Piramid Berwarna 3M
tersebut.

Temu bual yang dijalankan juga berkait rapat dengan hasil dapatan
pemerhatian saya ini. Bagi memperkukuhkan lagi hasil dapatan ini saya telah
mengaitkan dengan kaedah temu bual yang telah dilaksanakan. Kebanyakkan
peserta kajian mudah mengingat contoh-contoh najis Mukhaffafah, Mutawassitah
dan Mughallazah adalah disebabkan fungsi warna dan grafik pada piramid
tersebut. PK1 dan PK3 menjawab soalan temu bual dengan mengaitkan fungsi
warna iaitu piramid tu mudah faham, ada warna dan Piramid tu ada 3
warna macam lampu iaitu warna hijau untuk najis ringan, warna kuning untuk
najis pertengahan, dan warna merah untuk najis berat. Manakala PK2 dan PK3
mengatakan bahawa gambar sangat membantu dalam meningkatkan kemahiran
mengingat mereka berkaitan jenis najis ini. PK5 pula menyebut bahawa
piramid yang ustazah bawak tu best boleh main. Berdasarkan kata-kata peserta
kajian ini membuktikan bahawa aktiviti permainan yang dijalankan dapat
membantu peserta kajian ini dalam mengingat contoh-contoh jenis najis dengan
baik.

Seterusnya, melalui akitviti permainan yang dijalankan sebenarnya


menjadikan salah satu sebab kepada peserta kajian dapat mengingat contoh-
contoh najis dengan baik. Hal ini disebabkan, jawapan PK5 iaitu piramid yang
ustazah bawak tu best boleh main.. membuktikan bahawa peserta kajian dapat
menguasai isi pelajaran dengan cara kaedah permainan yang dilakukan.
Mungkin kaedah permainan yang dilaksanakan memudahkan murid untuk
mengingat contoh-contoh jenis najis dengan baik kerana ianya melibatkan aktiviti
hands-on yang merupakan satu pembelajaran autentik. Pembelajaran melalui
hands-on dapat memberikan murid-murid pengalaman sebenar terhadap konteks
pembelajaran yang dijalankan. Bertepatan dengan pendapat Doran (1990)
melalui Nurul Izzah (2011) iaitu melalui aktiviti ini murid-murid akan mempelajari
untuk memanipulasikan bahan atau objek dan dengan ini murid akan lebih
memahami sesuatu pembelajaran sekiranya mereka menemui masalah dan
mencari peyelseaian sendiri berbanding membaca buku sahaja. Oleh itu,
penggunaan Piramid Berwarna 3M ini memberikan pelbagai manfaat kepada
murid-murid dalam mengingat contoh-contoh jenis najis dengan baik.

Saya juga telah menggunakan lembaran kerja peserta kajian untuk


menjawab soalan kajian di atas iaitu sejauhmana penggunaan Piramid Berwarna
dapat membantu murid dalam mengingat contoh-contoh jenis najis. Sepuluh item
soalan yang difokuskan iaitu berkaitan dengan contoh-contoh jenis Mukhaffafah,
Mutawassitah dan Mughallazah telah diberikan kepada peserta kajian. Selepas
menggunakan bahan bantu Piramid Berwarna 3M ini seramai 4 orang peserta
kajian berjaya menjawab kesemua soalan dengan jawapan betul. Hal ini
mungkin disebabkan peserta kajian dapat membezakan contoh-contoh jenis
najis dengan betul mengikut kategori najis Mukhaffafah, Mutawassitah dan
Mughallazah selepas menggunakan bahan ini.

Soalan Kajian 2: Bagaimanakah guru menambahbaik amalan pedagogi bagi


membantu murid mengingat contoh 3 jenis najis melalui penggunaan
Piramid Berwarna 3M?
Untuk menjawab soalan kajian ini, saya telah menggunakan tiga cara
pengumpulan data iaitu pemerhatian, temu bual, dan catatan refkesi guru. Hasil
dapatan melalui tiga pengumpulan data ini menjadi bukti kepada keberkesanan
penggunaan Piramid Berwarna 3M dalam meningkatkan kemahiran mengingat
murid bagi tajuk najis Mukhaffafah, Mutawassitah dan Mughallazah.
Pengumpulan data yang pertama adalah melalui kaedah pemerhatian.
Saya telah menggunakan pemerhatian tingkah laku bagi menilai
sejauhmana soalan kajian yang kedua ini dapat dicapai. Hasil pemerhatian
peserta kajian menunjukkan tingkah laku yang positif. Seramai empat orang
peserta kajian menunjukkan empat tingkah laku positif daripada 4 tingkah laku
yang diperhatikan. Hanya seorang sahaja peserta kajian yang dilihat melakukan
satu sahaja tingkah laku negatif semasa menggunakan Piramid Berwarna 3M.
Sebelum kajian dilaksanakan, saya dapati seramai lima orang daripada
peserta kajian termenung melihat bahan bantu yang dipaparkan. Saya dapati
mereka termenung kerana mereka cuba memahami apa yang disampaikan
melalui bahan yang tersebut. Mungkin kaedah pengajaran saya iaitu kaedah
penerangan berbantukan slaid menyukarkan murid-murid untuk memahami dan
mengingat jenis-jenis najis yang telah diajarkan. Berdasarkan situasi ini saya
merasakan bahawa teknik pengajaran yang saya gunakan lebih kepada teknik
pengajaran berpusatkan guru. Murid-murid hanya mendengar penerangan yang
saya berikan tanpa melaksanakan aktiviti yang berpusatkan murid seperti aktiviti
permainan. Akan tetapi selepas penggunaan Piramid Berwarna 3M, saya dapati
murid tidak lagi menunjukkan tingkah laku termenung di dalam kelas. Malah,
mereka juga lebih aktif dan bersemangat untuk meneruskan pembelajaran
menggunakan Piramid berwarna 3M ini. Saya percaya apabila menggunakan
bahan bantu ini maka ianya menjadikan amalan pengajaran saya di dalam kelas
lebih menyeronokkan. Hal ini disebakan, kaedah permainan yang dilaksanakan
menjadikan murid-murid lebih aktif dan bersemangat dalam pembelajaran.
Selain daripada itu, peserta kajian juga menunjukkan tingkah laku yang
positif semasa menjawab soalan samada soalan semasa aktiviti permainan dan
soalan dalam lembaran kerja yang diberikan. Seramai 5 orang peserta kajian
tidak meminta bantuan rakan untuk menjawab soalan yang diberikan. Hal ini
kerana, murid dapat membezakan dengan baik jenis-jenis najis dengan
berbantukan Piramid Berwarna 3M. Oleh itu, murid tidak lagi mahu merujuk
rakannya kerana telah memahami apa yang disampaikan oleh guru.
Berdasarkan situasi ini, dapat saya simpulkan melalui penggunaan bahan bantu
ini ianya dapat menambah baik amalan pengajaran saya.
Saya juga telah menggunakan kaedah temu bual bagi melihat hasil
dapatan daripada soalan kajian yang kedua ini. Berdasarkan jawapan-jawapan
murid tersebut, mereka menyatakan berminat terhadap amalan pengajaran
yang dilaksanakan guru kerana kaedah dan teknik yang saya gunakan
memudahkan mereka untuk mengingati jenis-jenis najis. Kebanyakkan daripada
mereka sukakan kaedah permainan yang telah dilaksanakan melalui Piramid
Berwarna 3M ini. Antara jawapan yang dapat saya kesan adalah ..sebab
banyak aktiviti permainan. Boleh main. dan sebab ustazah buat banyak
aktiviti permainan.. Saya percaya bahawa apabila aktiviti permainan dijalankan
murid-murid akan lebih seronok dan memudahkan mereka untuk menumpukan
sepenuh perhatian terhadap isi pelajaran. Apabila mereka memberikan
perhatian maka ianya memudahkan mereka untuk memahami dan mengingat
contoh-contoh jenis najis dengan baik.
Seterusnya, saya juga telah merujuk hasil penulisan catatan yang telah
saya laksanakan. Melalui catatan refleksi ini saya dapat mengetahui kelemahan
dan kekuatan pengajaran saya di dalam kelas. Malah, saya juga dapat menilai
dan menambah baik amalan pengajaran saya kepada murid-murid. Pada catatan
catatan yang bertarikh 17 Februari 2016, saya telah menghadapi masalah
pengajaran iaitu murid-murid tidak dapat menjawab dengan betul hasil daripada
lembaran kerja yang diberikan. Saya telah membuat kesimpulan bahawa
mungkin pengajaran saya di dalam kelas menyukarkan murid untuk memahami
dan mengingat contoh najis dengan baik. Bukan itu sahaja, slaid yang
ditunjukkan juga kurang menarik kerana penyusunan isi yang terlalu padat.
Kemudian, saya telah melihat kepada catatan refleksi yang telah saya
laksanakan selepas menggunakan bahan iaitu yang bertarikh 9 Mac 2016.
Antara ayat refleksi yang menjadi bukti kepada keberkesanan bahan bantu
tersebut adalah .Alhamdulillah, setelah menjalankan pengajaran
menggunakan Piramid Berwarna 3M, saya dapat menerangkan dengan mudah
setiap jenis najis kerana setiap jenis najis tersebut disusun mengikut warna dan
kedudukan yang mudah difahami oleh murid-murid. Warna-warna lampu isyarat
yang digunakan pada piramid ini juga dapat membantu murid-murid dalam
memahami isi pelajaran dengan mudah.. Berdasarkan kedua-dua catatan ini
didapati berlaku perubahan terhadap kefahaman murid dalam pembelajaran
setelah amalan pengajaran guru dipertingkatkan. Perbandingan dua catatan
refleksi di atas menunjukkan bahawa peningkatan kualiti amalan pengajaran
guru lebih baik setelah menggunakan Piramid Berwarna 3M. Melalui amalan
pengajaran guru ini, ianya dapat meningkatkan daya ingatan murid dalam tajuk
najis Mukhaffafah, Mutawassitah dan Mughallazah. Peningkatan kefahaman dan
ingatan murid ini dapat dilihat setelah saya menggunakan pelbagai kaedah dan
teknik pengajaran iaitu menerapkan kaedah permainan dalam aktiviti pengajaran
guru serta menggunakan elemen warna dan grafik dalam pengajaran guru bagi
memudahkan ingatan murid.

REFLEKSI
Secara keseluruhannya, kajian ini telah mencapai objektif kajian yang telah
ditetapkan. Kajian ini telah dimulakan dengan saya membuat tinjauan awal untuk
mengenalpasti permasalahan yang dihadapi oleh murid dalam mata pelajaran
Pendidikan Islam bidang Ibadah. Bertitik tolak daripada permasalahan ini saya
telah membuat refleksi ke atas diri sendiri tentang amalan pengajaran yang telah
saya gunakan sepanjang menjalankan pengajaran dan pembelajaran. Sebelum
menggunakan bahan Piramid Berwarna 3M, saya telah merancang untuk
membuat pengajaran menggunakan slaid powerpoint dalam tajuk najis
Mukhaffafah, Mutawassitah dan Mughallazah memandangkan slaid merupakan
bahan TMK yang terkini yang mampu menarik minat murid.

Namun, menerusi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan


menggunakan slaid tersebut, saya telah mengenalpasti permasalahan ketara
yang dihadapi oleh murid dalam tajuk berkenaan iaitu murid sukar mengingati isi
pelajaran dan membezakan setiap najis dengan betul. Mungkin kaedah
penerangan berbantukan slaid ini menyukarkan murid untuk mengingat jenis
najis dengan betul disebabkan penyusunan isi yang agak padat pada slaid. Saya
sepatutunya menggunakan bahan pengajaran yang lebih menarik untuk tajuk ini
bagi mendatangkan minat murid terhadap pengajaran saya. Oleh itu, saya
bertindak merefleksi tindakan saya yang lalu dan melakukan pengubahsuaian
terhadap amalan pengajaran saya dengan memperkenalkan bahan bantu yang
lain iaitu diberi nama Piramid Berwarna 3M bagi membantu murid mengingati isi
pelajaran dan membezakan setiap jenis najis dalam tajuk najis Mukhaffafah,
Mutawassitah dan Mughallazah dengan menerapkan elemen warna dan grafik.
Maka, saya telah melaksanakan tindakan yang telah saya rancang sepanjang
tempoh menjalani latihan mengajar di sekolah.

Selain itu, melalui pengajaran yang dijalankan menggunakan Piramid


Berwarna 3M, saya dapat menerangkan isi pelajaran dengan mudah
berpandukan Piramid Berwarna 3M kerana isi pelajaran telah disusun dengan
mudah bagi meningkatkan kefahaman murid untuk membuat perbandingan yang
jelas antara ketiga-tiga jenis najis. Saya juga melihat murid-murid seronok
menjalankan aktiviti permainan dengan menggunakan bahan ini. Secara tidak
langsung tingkah laku negatif murid dapat dikurangkan dan dapat dikawal oleh
guru dengan baik. Hal ini dapat melancarkan lagi proses pengajaran dan
pembelajaran saya.

Amalan ini juga dapat mengubah rutin saya ke arah pengajaran yang
lebih berkesan. Bahan yang dibina juga sangat membantu murid untuk
mengingat isi pelajaran dengan baik. Bahan ini menerapkan elemen seperti
warna lampu isyarat memandangkan warna lampu isyarat ini sudah begitu
sinonim dengan pengetahuan murid. Manakala, grafik pula diterapkan dalam
bahan tersebut supaya murid dapat membuat gambaran yang jelas tentang
setiap jenis najis. Seterusnya, Piramid Berwarna 3M ini sebenarnya bukan
sahaja mampu mengubah amalan dan kualiti pengajaran saya di dalam kelas,
malah ia dapat membantu meningkatkan prestasi akademik murid dalam mata
pelajaran Pendidikan Islam. Buktinya, kita dapat lihat menerusi lembaran kerja
yang diberikan selepas menggunakan bahan Piramid Berwarna 3M ini. Jelas
kelihatan peningkatan yang ketara terhadap kemahiran yang dikuasai oleh murid
dalam tajuk najis Mukhaffafah, Mutawassitah dan Mughallazah tersebut.

Sebagai seorang guru Pendidikan Islam, guru seharusnya berusaha


untuk memastikan murid-murid sentiasa bermotivasi untuk belajar dan menanam
minat yang mendalam di dalam mata pelajaran Pendidikan Islam lebih-lebih lagi
bidang Ibadah. Hal ini disebabkan, bidang Ibadah merupakan bidang yang
sangat penting dalam Islam. Sekiranya ia diabaikan, maka sudah tentu ia akan
merosakkan amalan ibadah seharian yang dilakukan. Usaha ini sangat dituntut
bagi melahirkan murid yang sentiasa menjaga amalan ibadahnya dalam
kehidupan seharian seorang muslim.

Soalan-soalan kajian yang telah dibuat juga telah dapat dijawab dengan
instrumen-instrumen yang telah dikemukakan dan data-data yang saling
menyokong antara satu sama lain seperti yang terdapat dalam kajian. Saya
mengharapkan supaya kajian ini boleh membantu saya untuk meningkatkan lagi
pengajaran saya dalam bilik darjah seterusnya dapat melahirkan murid yang
seimbang daripada aspek jasmani, emosi, rohani dan inteleknya sesuai dengan
kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Namun begitu, kajian ini tetap perlu
diteruskan lagi dengan membuat beberapa penambahbaikkan terhadap Piramid
Berwarna 3M ini supaya penggunaannya boleh diperluaskan lagi agar lebih
mengikut kesesuaian dari semasa ke semasa.
CADANGAN TINDAKAN SUSULAN
Pelaksanaan kajian ini dilihat mampu memperbaiki amalan pengaajran guru bagi
mengatasi masalah mengingat isi pelajaran berkaitan contoh-contoh jenis najis
bagi tajuk najis Mukhaffafah, Mutawassitah dan Mughallazah dalam kalangan
murid tahun 4. Kajian ini sesuai digunakan oleh guru kepada semua murid yang
mengalami masalah dalam mengingat contoh jenis najis dengan betul.
Walaubagaimanapun, pelaksanaan kajian tindakan yang dijalankan oleh pengkaji
adalah berdasarkan kepada beberapa batasan kajian.

Berdasarkan batasan kajian tersebut, beberapa cadangan lanjutan yang


dicadangkan oleh saya yang mana ianya boleh dijalankan dan dibuat
penambahbaikkan oleh para pengkaji lain pada masa akan datang. Antara
cadangan penambahbaikkan yang dapat dilaksanakan untuk kajian yang
seterusnya ialah pertama, saya mencadangkan supaya bahan ini boleh
dipelbagaikan dalam bentuk perisian multimedia supaya menjadi lebih menarik
dan mudah difahami oleh murid. Pembaharuan terhadap Piramid Berwarna 3M
ini boleh dijalankan dengan menggunakan perisian komputer dan
mengaplikasikan alatan ICT seperti audio visual. Dengan bunyi-bunyian dan
visual, murid-murid akan lebih seronok dan berminat untuk menggunakan
perisian tersebut berbanding dengan piramid yang berbentuk 2D seterusnya
meningatkan lagi penglibatan mereka di dalam pengajaran dan pembelajaran.

Penambahbaikkan yang kedua ialah saya mencadangkan supaya


melakukan penambahbaikkan ke atas Piramid Berwarna 3M tersebut. Pengkaji
lain boleh menjadikan Piramid Berwarna 3M ini dilihat sebagai bahan 3D iaitu
melalui Piramid Berwarna 3M ini, apabila ditarik pengertian najis maka ia akan
kelihatan berdiri perkataan pengertian setiap najis seperti dalam bentuk 3D.
Caranya adalah dengan menjadikan Piramid Berwarna 3M itu seperti Pop-Up.

Akhir kata, saya berasa sangat bangga kerana murid-murid tersebut telah
dapat mengingati dan membezakan setiap jenis najis dengan betul selepas saya
menjalankan kajian ini. Saya sangat berharap dengan kajian yang telah saya
jalankan ini dapat membantu lebih ramai lagi murid-murid yang tidak dapat
mengingat dan membezakan setiap jenis najis dengan betul dalam tajuk najis
Mukhaffafah, Mutawassitah dan Mughallazah. Semoga kajian ini akan dapat
diteruskan oleh pengkaji-pengkaji yang lain sebagai rujukan dan panduan
kepada mereka dan dapat membuat penambahbaikkan pada masa akan datang.
RUJUKAN

Al-Quran Al-Karim dan terjemahannya. (2010). Selangor : Humaira Bookstore


Enterprise
Ahmad Mohd. Salleh. (2004). Pendidikan Islam Falsafah, Sejarah dan Kaedah
Pengajaran Pembelajaran. Selangor : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd
Art Attack--Food Planner-Official Disney Junior UK HD. (2015).
https://www.youtube.com/watch?v=KiXthrb1yFQ
Choong Lean Keow. (2008). Murid dan Alam Belajar untuk Program Perguruan
Pendidikan Rendah Pengajian Empat Tahun. Selangor Darul Ehsan.
Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Chow Fook Meng dan Jaizah Mahamud. (2011). Kajian Tindakan: Konsep &
Amalan dalam Pengajaran. Puchong, Kuala Lumpur Penerbitan
Multimedia Sdn. Bhd.
Elliot, S.N., Kratochwill, T.R., Cook, J.L., & Travers, J.F. (2000). Educational
Psychology. Ed. ke3. McGraw Hill Book Co : Singapore.
Faiz. (2012). Definisi Aktiviti Hands-on. Dimuat turun dari
http://www.scribd.com/doc/8779 8076/Definisi-Aktiviti-Hands pada 8 Mei
2016
Faraha Latifah. (2006). Kajian Warna: Kecenderungan Pemilihan Warna oleh
Kanak- Kanak. Unimas. Dimuat turun pada 3 April 2016
Frankel, J. R., &Wallen, N. E. (2007). How To Design And Evaluate Research In
Education. (6thed.). Boston, MA: McGraw- Hill
Gardner, H. (1994). Howard Gardner, multiple intelligences and education.
Dimuat turun pada 15 Mac 2016 di http:// www.infed.org/ thinkers/
gardner.htm
Hajijah, H. (2008). Kaedah Mesra Warna (Di Kalangan Murid Tingkatan Lima),
Kajian dibentangkan pada Hari Profesionalisme SMK Majakir Papar.

Hasnah Awang, Habibah Mohd. Samin. (2010). Literasi Bahasa Melayu.


Selangor : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Juliza Rosli. (2007). Mengurangkan Kesalahan Murid Tahun Dua Membaca
Tanda Fathah, Kasrah dan Dhammah dengan Menggunakan Kaedah
Mesra Warna. Prosiding Penyelidikan Tindakan 2010 PISMP
Ambilan Januari 2007. Pp. 71-78.
Kemmis & Mc Taggart.(1988). Action Research for Teachers A Practical Guide.
London Rouledge
MD Hidayat (2012). Penggunaan Warna Dan Symbol (W&S) Dalam Kemahiran
Menyambung Huruf Jawi Bagi Tahun 3. Artikel penyelididkan tindakan
PISMP pendidikan islam amb. Januari 2009, seminar penyelididkan
tindakan IPG KBL 2012, ms 127-140.
Mohammad Nasir Ibrahim & Iberahim Hassan. (2003). Pendidikan Seni untuk
Maktab dan Universiti. Pahang Darul Makmur: PTS Publications.
Mohd Zuri Ghani & Aznan Che Ahmad, (2010). Strategik Pengajaran Kanak-
Kanak Berkeperluan Khas. Pulau Pinang: Penerbit USM.
Nurul Izzah (2011). Pengaplikasian Pembelajaran Secara Hands-on Membantu
Meningkatkan Minat dan Penglibatan Murid-murid Prasekolah. Dimuat
turun dari
http://www.scribd.com/doc/70204845/ Pengaplikasian
PembelajaranSecara- Hands-On-Membantu-Meningkatkan-Minat-Dan-
Penglibatan
Rosinah Edinin. (2011). Penyelidikan tindakan: Kaedah Dan Penulisan. Kuala
Lumpur: Freemind Horizons.
Sub-unit Penyelidikan Unit Dasar, Perancangan dan Pembangunan Bahagian
Pendidikan Guru (2001), Kementerian Pendidikan Malaysia
Syed Ismail bin Syed Mustapa & Ahmad Subki bin Miskon (2010). Buku Guru
dan Cabaran Semasa. Terbitan Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd
Taylor, P.C. & Wallace. (2007). Contemporary qualitative research: Example for
science and mathematics and technology educators. Dimuat turun pada
19 Ogos 2016 dari
http://books.google.com.my/booksid=9JszW2c7vUC&pg=PA91dq=Merria,
SB.(1992).Qualitativere search ineducation.
Zulina Ahmad Zawawi & Ramlah Mohd Dom. (2012, Julai). Elemen Warna,
Ruang dan Irama Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan
Islam dalam kalangan Guru Pelatih Semester 5 IPG Kampus
Pendidikan Islam. Paper presented at the Persidangan Pendidikan
Islam Kebangsaan 2012, Negeri Sembilan.
Zurida Ismail, Sharifah Norhaidah Syed Idros, Mohd Ali Samsudin. (2006).
Kaedah Mengajar Sains. Bentong, Pahang: PTS
_____________________(2007). Kamus Dewan. Edisi Keempat. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Вам также может понравиться