Вы находитесь на странице: 1из 8

TAHUN 5

BAHASA MELAYU PEMAHAMAN 011


Bahagian B
NAMA
CALON :

UntukKegunaanPemeriksa
KodPemeriksa :
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI
SEHINGGA DIBERITAHU Bahagian No. Soalan Markah
21
1.Tulisnamakamupadapetak yang disediakan. 22 (a)
(b)
2.
Jawapankamuhendaklahditulispadaruangjawapa (c)
n yang disediakandalamkertassoalanini. 23 (a)

3. SerahkanBahagian B inibersama- (b)


samaborangjawapanobjektifkepadapengawaspep (c)
eriksaanpadaakhirpeperiksaan.
24 (a)
(b)
(c)
(d)
25 (a)
(b)
(c)
(d)

JUMLAH
30
Kertassoalaninimengandungi 8halamanbercetak

[lihatsebelah

1
BAHAGIAN B

[30 markah]

Soalan 21

Pilihperkataan yang paling sesuaiuntukdiisipadatempatkosongdalampetikan yang


diberi.
daripada untuk kepada dan

seperti di atau dalam

Pokok penting sebagai penyumbang semulajadi oksigen __________ manusia.Pokok

juga penting___________ menghasilkan kertas.Kita menggunakan kertas untuk

pelbagai tujuan seperti membungkus benda, mencetak_________menulis.Tahukah

kamu bahawa semakin banyak kertas kita gunakan, semakin banyak pokok yang akan

ditebang? Dengan mengurangkan penggunaan kertas, kita dapat menyelamatkan

banyak pokok_____________ ditebang.

[ 4markah]

Soalan 22
a. Tulisayattanyayang paling sesuaibagijawapan yang diberi.

Ayattanya: __________________________________________________________

__________________________________________________________

Jawapan: Kita akanpulangkekampungmenziarahinenekpadahariSabtuini.

[ 2markah]

[lihatsebelah

2
b. Tulis dialog yang sesuaibagiwatak di bawah.
Bendahara,
mengapakahkamukeliha
tancemas ?

[ 2markah]
c. Soalanberikutberdasarkangambar di bawah.

Nyatakanperibahasa yang sesuaiberdasarkangambar di atas.

[ 2markah]
[lihatsebelah

3
Soalan 23

Baca petikan di bawah, kemudianjawabsoalan-soalan yang berikutnya.

Pada zaman dahulu, Batu Pahat dikenali sebagai Pulau Kundur.Kedudukannya


ialah kira-kira 15 kilometer dari tebing kuala Sungai BatuPahat.

Nama Batu Pahat diambil sempena sebuah perigi batu yang dipahat oleh
tentera Siam.Perigi batu itu dibuat ketika tentera Siam dalam perjalanan hendak
menyerang Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka pada tahun 1456.Perigi itu
merupakan satu-satunya peninggalan sejarah yang masih wujud walaupun sudah
berusia lima abad. Perigi itu terletak di kuala Sungai Batu Pahat, iaitu di Kampung
Minyak Beku yang dahulunya dikenali sebagai Sungai Kundur.

Dato Bentara Luar, iaitu Dato Muhamad Salleh bin Perang memulakan usaha
membangunkan Bandar Batu Pahat pada tahun 1893. Dengan persetujuan Duli Yang
Maha Mulia Almarhum Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim, Bandar Batu Pahat dibuka
secara rasmi pada 1 Januari 1894.Satu lagi majlis pengisytiharan diadakan
bersempena dengan penamaan Bandar Batu Pahat sebagai Bandar Pengaram pada 1
Disember 1984.

a. Nama asal Batu Pahat ialah ____________________________.


[1 markah]

b. Bagaimanakah Batu Pahat mendapat namanya?

[ 2markah]
c. Padankan pernyataan di bawah berdasarkan petikan.

Batu Pahat Merupakan sebuahbandar di


negeri Johor.

Usaha membangunkan Batu Pahat betul


dimulakan pada tahun 1984.
salah
Kerajaan Kesultanan Melaka telah
diserang oleh tentera Siam pada tahun [ 2markah
1456. [lihatsebelah
4
Soalan 24

Baca surat dibawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

No. 526, JalanSentosa,


Taman Sri Gombak,
68100 Batu Caves,
Selangor DarulEhsan.

18 April 2015.

Kehadapan Ahmad Faiz yang berada di Kampung Nibong, semoga berada dalam
keadaan sihat.Bagi diri saya dan keluarga di sini sentiasa sihat.

Saudara,

Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk memberitahu saudara sekeluarga
bahawa saya dan keluargaakan menziarahi saudara pada cuti persekolahan nanti, iaitu
pada 29 Mei. Kami akan tiba di rumah saudara pada petang tersebut. Setahu saya,
keluarga saya telah memaklumkan tentang halini kepada keluarga saudara.

Bagaimanakah dengan pelajaran saudara?Tentu saudara telah banyak membuat


persiapan untuk menghadapi peperiksaan. Saya di sini sentiasa berusaha untuk
meningkatkan pencapaian saya dalam akademik. Saya berharap semoga saudaraakan
berjaya dalam setiap usaha yang telah saudara lakukan.

Saya amat berharap ketika saya sekeluarga datang menziarahi saudara nanti,
saudara berada di rumah, dapatlah kita berborak panjang.Lagipun sudah terlalu lama
kita tidak berjumpa. Banyak cerita yang ingin saya bualkan dengan saudara.Jadi,
saudara tunggulah kedatangan kami nanti.

Nampaknya cukuplah sampai di sini dahulu buat kali ini.Semoga kita bersua lagi
di lain lembaran. Sekian, terimakasih.

Sepupumu,
Hafiz Azizi

[lihatsebelah

5
a.Perkataan menziarahi dalam petikan boleh juga digantikan dengan
perkataan__________________.
[1 markah]

b. Apakah tujuan penulis menulis surat ini kepada Ahmad Faiz?

[ 2markah]

c.Bilakah penulis dan keluarganya akan datang menziarahi Ahmad Faiz sekeluarga?

[ 2markah]

d. Peperiksaan akhir tahun akan tiba, apakah persiapan kamu untuk menghadapi
peperiksaan?Terangkan?

[ 3markah]

[lihatsebelah

6
Soalan 25

Baca sajak di bawah, kemudianjawabsoalan-soalan yang berikutnya.

Anakku

Anakku,

Cahaya kasih mama,


Dari kecil kau ku belai dan kumanja,
Tangisanmu meresah jiwaku,
Ketawamu penawar hatiku.

Anakku,
Permata hati ibu,
Kaukuberi ilmu buat bekalan,
Agar hidupmu tidak kegelapan,
Jagalah tingkahlakumu,
Agar kau tidak kesesatan.

Anakku,
Buah hati bonda,
Penat jerih membesarkanmu,
Tidakku minta balasan.
Bonda doakan semoga kau bahagia dan berjaya

[lihatsebelah
7
Dari kecilkau kubelai dan kumanja,
Tangisanmu meresah jiwaku,
Ketawamu penawar hatiku

a. Apakah maksud sajak di atas?

[2 markah]

b. Apakah doa ibu terhadap anaknya?

[1 markah]

c. Tandakan() bagi pernyataan yang betul dan(X) bagi pernyataan yang salah
Berdasarkan sajak tersebut.

Menjaga dan mendidikanaknya dari kecil sehingga dewasa.

Mencari ilmu untuk anaknya.

[1 markah]

d. Sebagai seorang anak, terangkan bagaimana cara untuk membahagiakan


ibu kamu ?

[ 3markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

Вам также может понравиться