You are on page 1of 1

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, Malaysia tersenarai di antara negara yang

tinggi obesiti. Apa itu obesiti ? Obesiti merupakan satu penyakit yang mana lemak yang
berlebihan di badan akibat daripada cara pemakanan yang tidak seimbang. Oleh itu,
penyakit obesiti bukan sahaja dalam kalangan orang dewasa malah kanak-kanak turut
termasuk kerana beberapa sebab. Walau bagaimanapun, penyakit obesiti amat
berbahaya kepada kesihatan kerana ia boleh memberi implikasi kepada organ-organ
dalaman badan seseorang yang menghidap penyakit obesiti. Oleh yang demikian,
penyakit obesiti perlu di atasi dengan segera bagi memastikan kadar obesiti dalam
kalangan kanak-kanak berkurang.

Peranan ibubapa untuk mendidik anak sewajarnya perlu dikuatkan lagi dari segi
pemakanan mereka. Contohnya, sentiasa memberi penerangan kepada mereka
tentang makanan yang boleh di makan setiap masa dan tidak boleh. Hal ini demikian,
dapat membantu seorang kanak-kanak itu mengetahui dan sentiasa mengamalkan
dalam kehidupan seharian. Selain itu juga, ibubapa perlu sentiasa membawa mereka
bersukan. Sukan dapat mengurangkan kadar berat badan, dan tubuh bandan akan
menjadi lebih sihat. Hal ini dapat membantu ibubapa untuk menghalang anak-anak
daripada tidak bersukan. Kerana tanpa sukan sememangnya sukar bagi kita untuk
mengurangkan kadar obesiti di Malaysia. Oleh yang demikian, jika ibubapa bekerja
sama, bak patah berkata Muafakat membawa berkat. Sudah pasti masalah obesiti
dalam kalangan kanak-kanak dapat di atasi dengan segera.

Selain itu, selain ibubapa, guru-guru perlu mendidik murid sekolah tajuk-tajuk yang
berkaitan dengan cara pemakanan seharian, selain mendidik mereka, sekolah juga
boleh membuat kempen yang bertemakan amalan pemakanan kesihatan atau pun
melakukan aktiviti sukan. Contohnya, Satu Murid Satu Sukan (1M1S) atau pun sukan
tahunan sekolah. Selain itu, pengetua sekolah juga perlu menukarkan senarai makanan
yang dijual pada kantin sekolah, mengikut tahap kebaikan sesuatu makanan.
Contohnya, mengaplikasikan piramid makanan. Kesannya, kesihatan murid akan
terjamin dan dapat mengurangkan lagi jumlah obesiti.

Lantaran itu, masyarakat perlu ikut kadar pengguna bahan-bahan untuk mencampurkan
dalam makanan yang mereka jual.