Вы находитесь на странице: 1из 5

WAWANCARA SLOT SALAM SIHAT

Topik : KUALITI UDARA DALAMAN


Oleh : Muhammad Faisal bin Jusoh

1. Apakah yang dimaksudkan dengan kualiti udara dalaman?

Kualiti udara dalaman merujuk kepada perihal bagaimana kandungan udara di


dalam bangunan yang boleh memberi kesan kepada tahap kesihatan,
keselesaan dan keupayaan penghuninya ketika menjalankan kerja.

2. Bagaimanakan kualiti udara dalaman sesuatu tempat kerja boleh dianggap


baik?

Tahap yang baik bagi kualiti udara dalaman sesuatu tempat kerja dipengaruhi
oleh paras suhu dan kelembapan yang selesa, kecukupan pengaliran udara
segar ke dalam bangunan, serta kawalan bahan cemar sama ada yang terdapat
di dalam mahupun di luar bangunan. Sekiranya perkara yang telah disebutkan
tadi dipenuhi, maka kualiti udara dalaman di tempat kerja itu dianggap baik.

3. Apakah contoh masalah kesihatan yang biasa dikaitkan dengan kualiti


udara dalaman?

Antara masalah kesihatan yang biasa dikaitkan dengan kualiti udara dalaman
kurang baik termasukalah tindakbalas alahan(alergi), masalah pernafasan,
kerengsaan mata, sinusitis, serta jangkitan paru-paru.

4. Simptom yang dikaitkan akibat pendedahan kepada kualiti udara dalaman


yang tidak baik:-
a. Kerengsaan pada mata, hidung, tekak dan kulit;
b. Pening kepala;
c. Keletihan;
d. Kesukaran bernafas;
e. Batuk dan bersin;
f. Loya;

1
5. Punca kualiti udara dalaman yang kurang baik
a. Penghuni sesuatu bangunan itu sendiri;
b. Bahan yang mempunyai kekurangan atau kecatatan teknikal digunakan
dalam pembinaan bangunan tersebut;
c. Kerja-kerja yang dilaksanakan di dalam bangunan;
d. Penggunaan berlebihan atau tidak betul bagi produk normal seperti racun
perosak, pembasmi kuman, pencucian dan juga penggilapan;
e. Gas pembakaran

6. Adakah hanya bahan cemar udara menyebabkan simptom-simptom ini


terjadi?

Tidak. Perasaan mengalami ketidakselesaan serta tidak sihat boleh juga


dikaitkan dengan isu-isu lain di dalam persekitaran dalaman. Lain-lain penyebab
keadaan ini berlaku adalah seperti bunyi bising, ketidakselesaan termal(suhu,
kelembapan dan pergerakan udara), pencahayaan dan juga ergonomik. Adalah
penting semasa pengendalian aduan, kesemua punca-punca ini disiasat terlebih
dahulu.

7. Bagaimana kita dapat mengetahui bahawa terdapatnya masalah kualiti


udara dalaman di tempat kerja

Pekerja di dalam bangunan yang mempunyai tahap kualiti udara dalaman yang
tidak baik akan mengalami ketidakselesaan serta bau yang tidak selesa atau
merasakan tempat mereka bekerja panas dan sesak. Sesetengah pekerja akan
mengadu mengenai simptom seperti yang disebutkan tadi ketika berada di dalam
bangunan dan akan berasa lega sekiranya meninggalkan kawasan kerja. Namun
demikian, tidak semua pendedahan kepada kualiti udara dalaman yang tidak
sihat menunjukkan simptom.

2
8. Sejauh manakah keseriusan masalah kualiti udara dalaman ini sekiranya
berlaku?

Untuk makluman, Jabatan pernah mengendalikan satu kes serangan kulat yang
berprofil tinggi di mana kes ini turut mendapat perhatian media massa. Secara
ringkasnya, keadaan ini berlaku berpunca daripada kualiti binaan bangunan
tersebut tidak mencapai spesifikasi yang ditetapkan. Kesan daripada masalah ini
adalah seperti:-
a. Pekerja di dalam bangunan tersebut mengalami masalah alahan/alergi
yang teruk seperti gangguan terhadap sistem pernafasan dan kerengsaan
pada kulit;
b. Pekerja diarahkan bercuti serta bekerja dari rumah;
c. Pengurusan bangunan terpaksa mengeluarkan bajet yang besar bagi
proses pembersihan bangunan.

9. Kemanakah aduan mengenai masalah ini boleh disalurkan? Adakah


terdapat perundangan berkaitan dengan kualiti udara dalaman?

Terdapat satu dokumen yang dipanggil Tataamalan Industri Kualiti Udara


Dalaman 2010 yang telah dikeluarkan Jabatan untuk memberi panduan tentang
penambahbaikan kualiti udara dalaman dan menetapkan piawaian minimum bagi
parameter terpilih yang akan mengelakkan ketidakselesaan serta kesihatan
mudarat dalam kalangan pekerja serta penduduk lain dalam persekitaran
dalaman. Ini merupakan satu daripada kewajipan am seperti dinyatakan di
bawah AKKP 1994 bagi majikan dan penghuni bangunan (termasuk pemilik dan
pengurusan bangunan) untuk menyediakan tempat kerja yang selamat kepada
pekerja mereka atau orang lain selain pekerja mereka(penduduk)

Berkenaan dengan aduan tadi, adalah menjadi tanggungjawab


pemilik/pengurusan bangunan untuk menetapkan prosedur untuk mengendalikan
aduan daripada majikan dan penduduk berkaitan dengan tanda dan gejala yang
dianggap disebabkan oleh kualiti udara dalaman.

Sebaik sahaja aduan diterima, pemilik/pengurusan bangunan hendaklah


memastikan siasatan dijalankan untuk memastikan punca aduan, dan laporan
disediakan, tanpa berlengah-lengah.

3
10. Boleh tuan nyatakan adakah terdapat tanggungjawab lain bagi pemilik dan
pengurusan bangunan selain daripada menetapkan prosedur aduan tadi?
Tanggungjawab lain bagi pemilik/pengurusan sesuatu bangunan adalah seperti:
a. Menyenggara persekitaran kerja agar mematuhi julat boleh terima bagi
parameter fizikal. Cth: Suhu (230C-260C), Kelembapan relatif(40%-70%)
b. Mengambil tindakan terhadap cadangan penambahbaikan yang
dicadangkan di dalam laporan penaksiran kualiti udara dalaman;
c. Menjalankan pemeriksaan dan penyenggaraan sistem pengalihudaraan.
d. Memastikan prosedur dan kawalan kerja digunakan dalam prescribed
activity(mengecat, penukaran karpet, pencucian, renovation, dll);
e. Menyimpan semua rekod yang berkaitan terhadap pematuhan kepada
Tataamalan Industri Kualiti Udara Dalaman 2010.

4
11. Apakah parameter yang digariskan di dalam Tataamalan Industri Kualiti
Udara Dalaman 2010 ini?

Parameter yang terdapat di dalam Tataamalan Industri Kualiti Udara Dalaman


2010 ini boleh dikelaskan kepada 3 kategori iaitu:-

a. Parameter fizikal suhu, kelembapan relatif dan pergerakan udara;


b. Parameter bahan cemar kimia CO, CO2, TVOC, Formaldehid, Zarah
Ternafaskan, Ozon; dan
c. Bahan cemar biologi kulat dan bakteria

12. Bagaimana dapat diketahui paras parameter-parameter di tempat kerja?

Bagi mengetahui paras bagi setiap parameter ini, pengukuran perlu dibuat
dengan menggunakan peralatan khas yang boleh didapati di dalam pasaran.

Perkhidmatan penaksir IAQ juga dipaparkan di dalam web jabatan di


www.dosh.gov.my

13. Nasihat kepada pendengar bagi memastikan kualiti udara di tempat kerja
berada pada tahap yang baik?

a. Memastikan tempat kerja sentiasa kemas dan bersih;


b. Elakkan daripada merokok di dalam bangunan;
c. Mengurangkan penggunaan bahan pencuci (khususnya cleaner) yang
mengeluarkan bauan yang kuat.
d. Merancang prescribed activity supaya dijalankan di luar waktu bekerja;
e. Tidak menjalankan aktiviti memasak (bagi tempat kerja yang
menyediakan pantry)
f. Mengemukakan aduan dengan segera sekiranya wujud gejala/masalah
kesihatan yang boleh dikaitkan dengan masalah kualiti udara dalaman.
g. Memastikan salur udara bekalan dan keluar tidak tersekat kerana boleh
mengganggu pengaliran udara di dalam kawasan kerja.

Вам также может понравиться