Вы находитесь на странице: 1из 22

B.B MINERALS (SG RAIA) SDN. BHD.

ENVIRONMENTAL IMPACT ASSESSMENT REPORT

RE
RINGKASAN EKSEKUTIF
BAB 1 PENGENALAN
1. Laporan Penilaian Awalan Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) ini disediakan untuk
cadangan Projek yang dikenali sebagai Cadangan Operasi Kuari Di Lot 177251, 202100,
202101 dan 301573, Mukim Sungai Raia, Daerah Kinta, Perak Darul Ridzuan.

2. Ianya merupakan cadangan operasi kuari batu kapur untuk memenuhi sebarang
permintaan produk batu kapur dengan cadangan kadar pengeluaran 15,000 tan sebulan.

3. Projek ini merupakan aktiviti yang ditetapkan di bawah Jadual 14 (Kuari), Perintah Kualiti
Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan) (Penilaian Kesan Terhadap Alam Sekeliling),
Arahan 1987. Oleh yang demikian, Penggerak Projek dikehendaki mengemukakan laporan
Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) kepada Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS)
untuk kelulusan sebelum operasi boleh dijalankan.

4. Berdasarkan daripada surat pematuhan daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) bertarikh 11
September 2013 (No.Rujukan: AS(B)A91/110/621/017Jld.17(2)) menyatakan bahawa
Penilaian Kesan Alam Sekitar (PEIA) hendaklah disediakan dan diluluskan sebelum projek
ini diluluskan.

5. Untuk makluman, Projek tersebut telah mendapat kelulusan daripada Jabatan Mineral dan
Geosains Perak berdasarkan Surat Kelulusan Pengkuarian Bil 74/2012 bagi tempoh
01.07.2013 31.12.2013.

6. Pemilik tanah bagi Projek ini adalah B.B Minerals Sdn. Bhd. Penggerak Projek yang
bertanggungjawab bagi laporan EIA dan operasi adalah syarikat bersekutu dibawahnya B.B
Minerals (Sg.Raia) Sdn.Bhd. Sebarang pertanyaan berhubung Projek ini boleh ditujukan
terus kepada :

Pemilik Tanah:
B.B Minerals Sdn. Bhd. (330393-D)
24-2, Medan Setia 2
Plaza Damansara
Damansara Heights
50490 Kuala Lumpur.

Penggerak Projek:
B.B Minerals (Sg Raia) Sdn. Bhd. (1033956-V)
24-2, Medan Setia 2
Plaza Damansara
Damansara Heights
50490 Kuala Lumpur.

Orang yang dihubungi: Dato Cheong Hock Soon DIMP, AMP (Director)
Tel: 03-56218900, Faks: 03-56111313 H/p: 019-2207102
Email: bbb8888@pd.jaring.my

7. Jururunding EIA yang dilantik untuk menjalankan kajian EIA ini adalah Anuar Mining And
Environmental Consultant, sebuah firma jururunding perkuarian dan alam sekitar dengan
kepakaran dalam bidang industri-industri pengkuarian, perlombongan, perletupan batu dan

AMEC1013-EIA12-01 Page RE-1


B.B MINERALS (SG RAIA) SDN. BHD. ENVIRONMENTAL IMPACT ASSESSMENT REPORT

alam sekitar.

Anuar Mining And Environmental Consultant (IP0257096-U)


10A, Jalan Pasar Tambun
31400 Ipoh
Perak Darul Ridzuan.

Orang dihubungi: Ir. Anuar Bin Hamzah


Tel: 05-5452671 Faks: 05-5462670
Emel: amec_anuar@yahoo.com

8. Pihak-pihak lain yang terlibat dalam penyediaan laporan EIA adalah seperti berikut:

Huraian Pihak yang terlibat Bidang yang terlibat


Perunding Kuari Loh Consultants Sdn. Perundingan Kuari
Perunding EIA Lim Sze Fook Permodelan penyerakan Udara
Perunding EIA Dr. Radzuan Junin Permodelan Hakisan Tanah
Makmal NM Laboratory Sdn. Bhd. Pemantauan Kualiti Air, Udara &
Bunyi
Makmal TS Lab Sdn. Bhd. Pemantauan Kualiti Air

9. Ringkasan penyataan keperluan-keperluan Projek adalah seperti berikut;

i. Pembekalan batu kapur bagi industri hiliran batu kapur


Pengkongkritan am
Pembinaan rumah dan bangunan
Pembinaan jalan dan kerja-kerja perparitan
Pre-acuan dan konkrit siap-campur
Industri serbuk kapur
Penambakan tanah
Landskap

ii.Penggunaan sumber batuan


Penggunaan lebihan sumber batu kapur dalam kawasan yang strategic dan
pajakan tanah yang telah diluluskan
Sumber-sumber adalah yang memberangsangkan untuk membekalkan prosuk
kuari kepada industry hiliran.

iii. Untuk mematuhi perancangan persekutuan dan negeri.


Tapak Projek adalah sselaras dengan perancangan Blok 1 (BP1)- Sungai Raia,
Rancangan Tempatan Daerah Kinta (RTDK) 2002-2015.
Gunatanah semasa dan gunatanah masa hadapan di wartakan bagi kategori
perindustrian. Oleh itu, aktiviti-aktiviti telah dirangka berdasarkan pelan
pembangunan.

10. Di bawah Tiada Pilihan Projek, rizab batu kapur sedia ada tidak dapat digunakan untuk
memenuhi permintaan produk batu kapur dan kawasan berkenaan akan kekal sebagai
kawasan sedia ada. Ini akan menyebabkan kehilangan peluang untuk mengeluarkan dan
memasarkan sumber asli berkenaan dan juga keuntungan-keuntungan ekonomi. Pada
masa yang sama, tiada potensi punca pendapatan untuk Penggerak Projek dan tiada
royalti yang berterusan bagi menjana pendapatan kepada kerajaan negeri. Bagi pemilik
tanah, ia akan menjadi kerugian kerana pajakan tanah sudah dimiliki oleh mereka bagi
tujuan pengkuarian. Manakala bagi Penggerak Projek, ia menjadi kehilangan peluang
perniagaan.

11. Bagi pilihan yang lain dimana memerlukan perubahan status pajakan tanah, alternatif
pembangunan bagi kawasan tersebut adalah seperti berikut:

i. Menjalankan kuari batu dimensi, yang boleh menghasilkan marmar bagi pasaran
tempatan dan luar negara, dimana operasinya lebih mesra alam sekitar.

AMEC1013-EIA12-01 Page RE-2


B.B MINERALS (SG RAIA) SDN. BHD. ENVIRONMENTAL IMPACT ASSESSMENT REPORT

ii. Mengekalkan persekitaran untuk nilai pelancongan, tetapi ia seolah-olah


mempunyai pendapatan yang rendah atau menjadi kerugian kepada industri.
iii. Meninggalkan kawasan persekitaran seperti sedia ada sebagai sebahagian daripada
pemeliharaan alam sekitar bagi biodiversiti terutama nilai visual dan penampan
kepada impak pencemaran kuari lain, tetapi akan bercanggah dengan tanah yang
telah diluluskan untuk operasi kuari.

12. Persekitaran terdekat diduduki oleh kuari yang beroperasi dan industria hiliran bersama
dengan langkah-langkah tebatan yang dibentuk dengan baik dan terkwal daripada
merosakkan alam sekitar, projek ini akan menjadi pilihan yang terbaik untuk
dilaksanakan.

AMEC1013-EIA12-01 Page RE-3


B.B MINERALS (SG RAIA) SDN. BHD. ENVIRONMENTAL IMPACT ASSESSMENT REPORT

BAB 2 DESKRIPSI PROJEK

1. Tanah kuari ini terletak di lot 17725, 202100, 202101 dan 301573, Mukim Sungai Raia,
Daerah Kinta, Perak Darul Ridzuan. Topografi rujukan grid tapak kira-kira di latitud U040
31' 37.32-U040 31' 55.56 dan longitud T1010 08' 28.05- T1010 08' 39.45.

Tarikh
Keluasan Tempoh
No.Lot Kegunaan Geran Tanah Tamat
(Hektar) Pajakan
Pajakan
Lot 177251 5.071 Industri (Kuari) 30 tahun 04.04.2023
Lot 202100 0.3642 Industri (Kilang Batu-Bata) 60 tahun 27.12.2052
Lot 202101 1.0954 Industri (Kilang Batu-Bata) 60 tahun 27.12.2052
Lot 301573 1.388 Industri (Kuari) 30 tahun 25.08.2030
Total 7.9196

2. Tanah untuk operasi pengkuarian ini meliputi jumlah kawasan seluas 7.9196 hektar
(19.618 ekar). Kawasan yang dianggarkan sebagai pengekstrakan batuan, kolam
mendapan, loji penghancuran batuan, kawasan tambunan dan sebahagian zon penampan
kira-kira 5.071 hektar yang terletak di lot 177251. Bagi lot 301573, ia akan digunakan
sebagai tapak stok simpanan, perparitan, pejabat tapak, dan kemudahan kuari lain. Dua lot
yang selebihnya akan dikekalkan sebagai zon penampan tanpa sebarang pembangunan
kuari dijalankan. Penggunaan tanah yang dicadangkan bagi kawasan ini ditunjukkan dalam
jadual berikut.

Keluasan
Lot Guna Tanah Yang Dicadangkan
(Hektar)
Kawasan pengekstrakan, pemecahan batuan, kolam
177251 5.071 mendapan, kawasan tambunan, loji penghancuran,
perparitan dan zon penampan
202100 0.3642 Tiada Pembangunan Kuari (zon penampan)
202101 1.0954 Tiada Pembangunan Kuari (zon penampan)
Pejabat tapak, stok simpanan,kolam mendapan,
301573 1.388 bengkel stesen timbang dan kemudahan kuari yang
lain.

3. Tapak Projek boleh dimasuki berhampiran jalan utama di Km 2 Jalan Simpang Pulai
Cameron Highlands (AI81). Dari jalan tersebut, tapak Projek boleh dimasuki melalui jalan
biasa tidak berturap sepanjang 500 meter yang digunakan oleh kuari-kuari sedia ada yang
sedang beroperasi dan industri yang berdekatan.

4. Projek ini akan melibatkan aktiviti-aktiviti pelbagai peringkat secara asasnya meliputi
operasi-operasi penerangan tanah, pengalihan tanah beban, perletupan, pengangkutan,
pengekstrakan batuan, penghancuran batuan, perlonggokkan dan penjualan. Operasi akan
dijalankan dengan kaedah yang sempurna bagi meengurangkan impak kepada kawasan
sekitar.

5. Konsep berfasa tidak akan terlibat semasa peringkat pembangunan projek berikutan
kawasan pengekstrakan yang minima.

6. Anggaran simpanan rizab batu yang boleh diekstrak sehingga 80 meter paras datum adalah
4.175 juta tan. Berdasarkan faktor pemulihan sebanyak 70% disebabkan penolakan cerun
yang ditinggalkan sepanjang kawasan simpanan, zon penampan dan lebihan beban, jumlah
anggaran bagi rizab yang boleh diekstrak adalah kira-kira 2.922 juta tan.

AMEC1013-EIA12-01 Page RE-4


B.B MINERALS (SG RAIA) SDN. BHD. ENVIRONMENTAL IMPACT ASSESSMENT REPORT

7. Dengan kapasiti pengeluaran yang dirancang sebanyak 15,000 tan sebulan, jangka hayat
bagi rizab yang dijangka adalah kira-kira 18.9 tahun.

8. Anggaran purata ketebalan dan isipadu tanah beban adalah agak rendah iaitu kira-kira 4
meter dan berisipadu 120,000 m3. Nisbah penyorengan di antara tanah beban dengan rizab
sedia ada ialah 1:24 dimana baik untuk deposit batu kapur.

9. Projek ini akan beroperasi selama 8-10 jam sehari dan 6 hari seminggu temasuk tempoh
penyelenggaraan.

10. Pengeluaran bagi Projek ini dijadualkan pada kira-kira 15,000 tan sebulan dan akan
meningkat bergantung terhadap permintaan pasaran.

11. Produk daripada kawasan pengekstrakkan kebanyakannya batu-batuan yang diletupkan


manakala agregat akan dihasilkan daripada operasi penghancuran. Batu besar akan
dihasilkan daripada pemilihan saiz bungkah-bungkah daripada longgokan perletupan.

12. Pemasangan kemudahan-kemudahan kuari terlibat di peringkat awal bagi pejabat tapak,
kemudahan penyimpanan, pondok pengawal, bengkel, simpanan bahan buangan terjadual,
stesen timbang, kabin jualan, stok penyimpanan, kolam mendapan dan tangki diesel akan
dipasang di lot 301573. Kolam mendapan bagi kawasan pengekstrakan dan loji
penghancur berkapasiti 100 tan/jam diletakkan di lot 177251.

13. Peralatan-peralatan dan mesin-mesin yang akan digunakan termasuklah peralatan


penggerudian dan perletupan, peralatan pengorekan dan pemunggahan, dan peralatan
mengangkut. Peralatan tambahan akan ditambah apabila keperluan tersebut dibangkitkan.

14. Penyediaan utiliti-utiliti bagi Projek temasuklah bekalan air, bekalan elektrik, pengurusan
pembetungan, pengurusan sisa pepejal dan perkhidmatan telekomunikasi. Kebanyakan
utiliti-utiliti boleh disediakan apabila operasi bermula.

15. Projek ini akan menjana peluang pekerjaan kepada pelbagai kategori pekerja. Seramai kira-
kira 10 orang sewaktu fasa pembangunan. Bagi fasa operasi, dianggarkan 15-20 pekerja akan
diambil bekerja. Jumlah berkenaan boleh bertambah berdasarkan keperluan.

16. Peringkat-peringkat utama bagi pelaksanaan Projek ini ialah peringkat penyelidikan,
peringkat pembangunan, peringkat operasi dan peringkat tinggalan. Aktiviti operasi biasa
bagi setiap peringkat adalah seperti yang diringkaskan dalam jadual berikut.

Peringkat Aktiviti
1. Penyelidikan Penyelidikan tapak.
Laporan EIA.
2. Pembangunan Penerangan kawasan.
Penambahbaikan jalan masuk.
Penyediaan platform bekerja.
Pembinaan jalan pengangkutan.
Pembinaan sistem perparitan.
Pembinaan kolam mendapan.
Penyingkiran tanah beban dan longgokan.
Pemasangan fasiliti kuari.
Pengurusan sisa buangan di tapak Projek.
3. Operasi Operasi penggerudian.
Operasi peletupan.
Operasi penggalian batu.
Operasi pengangkutan
Operasi pemecahan batuan.
Operasi penghancuran.
Perlonggokan.

AMEC1013-EIA12-01 Page RE-5


B.B MINERALS (SG RAIA) SDN. BHD. ENVIRONMENTAL IMPACT ASSESSMENT REPORT

Peringkat Aktiviti
Jualan.
Penyelenggaraan jalan pengangkutan.
Penyelenggaraan jalan masuk.
Penyelenggaraan kolam mendapan.
Pengurusan sisa buangan di tapak Projek.
4. Peninggalan Pemulihan progresif.
Pemulihan akhir dan penambakan.

17. Peringkat penyelidikan hanya melibatkan rancangan dan penyediaan laporan EIA.

18. Aktiviti-aktiviti utama peringkat pembangunan akan melibatkan penerangan kawasan,


pengalihan tanah beban, penyediaan jalan pengangkutan dan pelantar kerja, pembinaan
sistem perparitan, kolam sedimentasi dan pengurusan bahan buangan.

19. Aktiviti-aktiviti utama peringkat operasi akan melibatkan operasi-operasi penggerudian,


perletupan, pengorekan, penghancuran, pengangkutan, pemecahan batuan,
perlonggokkan dan penjualan. Kerja-kerja penyelenggaran yang lain akan dilakukan
bersama-sama dengan pengurusan sisa buangan di tapak Projek.

20. Pelan cadangan skim kuari yang akan dilakukan secara asasnya meliputi tetingkat muka
kuari, kawasan-kawasan longokkan, kolam mendapan, kawasan longgokan tanah beban
dan lain-lain infrastruktur- infrastruktur yang perlu bagi operasi Projek.

21. Sebelum kerja-kerja pengekstrakan dijalankan, kerja-kerja pembangunan akan dilakukan


untuk penyediaan peringkat pengekstrakan. Kerja-kerja pengekstrakan akan dijalankan
dengan menggunakan perancangan progesif pengekstrakan batuan.

22. Kerja-kerja perletupan untuk tujuan perletupan pembangunan akan menggunakan kaedah
lubang melintang yang rendah. Kaedah lubang menegak dan melintang dengan paten
pelambat baris ke baris menggunakan rekabentuk perletupan sistem-sistem inisiasi nonel
dan elektrik akan digunakan apabila muka kuari telah sedia ada. Perletupan terkawal
menggunakan sistem pelambat akan dipraktikkan untuk meminimakan impak-impak
perletupan ke kawasan-kawasan persekitaran.

23. Memandangkan tapak Projek tidak jauh dari pembekal-pembekal perletupan, tiada stor
perletupan di tapak. Pengendalian, pengangkutan dan pengurusan bahan-bahan letupan di
kawasan Projek adalah di bawah tanggungjawab pembedil-pembedil yang akan didaftarkan.

24. Pengangkutan-pengangkutan dalaman dan luaran adalah menggunakan lori tuang dan
pengangkut dengan kapasiti 10 tan seperjalanan. Ini bermaksud kira-kira 58 perjalanan
sehari diperlukan berdasarkan kadar pengeluaran Projek.

25. Kerja-kerja penyelengaraan untuk komponen-komponen Projek akan dilakukan dan sisa
buangan yang terhasil akan ditangani sebaiknya mengikut keperluan.

26. Peringkat peninggalan akan melibatkan penerangan kawasan dari stuktur-struktur dan
bahan-bahan buangan yang dihasilkan dari operasi. Kerja-kerja pemulihan akan dilakukan
secara progressif semasa operasi untuk kawasan-kawasan yang telah ditamatkan.
Akhirnya, cadangan tebusguna akan dilakukan dengan menambak semula di sebahagian
kawasan-kawasan bergantung kepada guna tanah di masa akan datang.

27. Secara umumnya, jadual implementasi Projek sehingga akhir jangkahayat termasuk
peringkat tinggalan akan mengambil tempoh kira-kira 18.9 tahun.

AMEC1013-EIA12-01 Page RE-6


B.B MINERALS (SG RAIA) SDN. BHD. ENVIRONMENTAL IMPACT ASSESSMENT REPORT

BAB 3 DESKRIPSI ALAM SEKITAR

1. Ciri topografi kawasan pengekstrakan di atas lot 177251 terletak di kawasan bukit batu
kapur sebagai bahagian timur pembentukan Gunung Lanno. Ia biasanya terdiri daripada
bukit batu kapur yang beralun dan landai dengan ketinggian antara 60- 200 meter di atas
Purata Aras Laut (PAL). Kontur menurun dari arah utara ke selatan dengan majoriti dinding
batu kapur sebagai sempadan kecuali di timur dan sebahagian bahagian utara yang
berterusan dengan pembentukan bukit yang bersambung. Lot yang selebihnya terletak di
bawah kawasan formasi tanah rata.

2. Persekitaran geologi serantau tapak Projek adalah terdiri daripada batuan dasar batu kapur
sebagai batuan dasar dan puncak gunung juga terdiri daripada batu kapur. Batuan dasar
batu kapur ini menjangkau ke arah timur dari Bandaraya Ipoh merentasi Gunung Datuk ke
kawasan berbukit Gunung Lampas dan hulu Sungai Raia/Anak Ayer China. Kawasan ini
juga meliputi rantau selatan melepasi kawasan Simpang Pulai dan Gunung Lanno sehingga
ke kawasan Gopeng. Jenis batuan yang ditemui kebanyakkannya adalah batu kapur/
marmar dengan sangat subordinat syis dan phyllite. Batu-batu tergolong dalam satu
daripada dua unit litostratigrafi Batu Kapur Kinta. Tapak Projek ini terletak di bahagian
utara Gunung Lanno dan kawasan sekitarnya terbentuk daripada komponen batu
kapur/marmar yang menghablur daripada batu kapur Kinta.

3. Tanah-tanah utama di dalam dan sekitar tapak Projek adalah terdiri daripada kategori
Tanah Cerun di kawasan bukit dan kategori Holyrood-Lunas di tanah rata.

4. Kawasan Projek mengalami iklim jenis khatulistiwa panas lembap yang dicirikan oleh cuaca
panas dan lembap sepanjang tahun. Berdasarkan data Perkhidmatan Kajicuaca Malaysia di
stesen Ipoh, ringkasan maklumat-maklumat cuaca berkenaan adalah seperti berikut;

Purata
Maklumat Cuaca Ulasan
Tahunan
Hujan (1982-2011) 1,806.5 mm
Hari hujan (1982-2011) 202 days
Suhu (1982-2011) 27.20C
Kelembapan Relatif (1982-2011) 81.7%
Julat halaju angina (1982-2011) 5.5-7.9 m/s Majoriti dari arah timur laut.
Cuaca tenang (1982-2011) 17.3%

5. Tapak Projek adalah terletak di dalam kawasan tadahan air untuk sumbangan takat
pengambilan air negeri Perak di hilir kawasan Projek. Kawasan takat pengambilan air
terdekat adalah Sg. Terap iaitu kira-kira 12.0 km ke selatan tapak Projek.

6. Bagi kawasan pengekstrakan batuan yang berada di lot 177251, larian air permukaan
daripada tapak Projek akan mengalir ke bahagian barat melalui parit tanah yang dibina
bersebelahan kawasan tanaman getah sebelum memasuki Sg.Raia yang terletak kira-kira
100 meter dari barat daya tapak Projek.

7. Larian air permukaan di kawasan stok penyimpanan dan kawasan kemudahan kuari akan
mengalir ke arah utara pada permukaan kuari bersebelahan sebelum memasuki kolam
sediada di dalam lot 301573 dimana stok penyimpanan dan kemudahan kuari berada. Air
pelepasan akan melalui parit tanah ke kolam berhampiran di bahagian timur laut kaki bukit
batu kapur yang terletak berebelahan jalan akses sebelum dialirkan ke parit tanah yang
menyeberangi tanaman sayuran dan akhirnya ke Sg.Raia.

8. Sg. Raia akan mengalir masuk ke Sg. Terap. Daripada Sg.Terap, air akan mengalir ke Sg.
Kinta dan kemudiannya ke Sg. Perak dan akhirnya ke laut (Selat Melaka).

AMEC1013-EIA12-01 Page RE-7


B.B MINERALS (SG RAIA) SDN. BHD. ENVIRONMENTAL IMPACT ASSESSMENT REPORT

9. Garis dasar kualiti air dianalisis untuk lima stesen persampelan. Sampel-sampel tersebut
diambil di hulu (W1) dan hilir (W2) saliran parit tanah di bahagian selatan tapak Projek dan
di hulu (W3) dan hilir (W4) Sg. Raia. W5 diambil di parit tanah sediada di bahagian barat
laut tapak Projek. Keputusan-keputusan yang telah analisa dibandingkan dengan Piawaian
Kualiti Air Negara (PKAN). Hanya BOD (10 mg/l) daripada sampel W5 melebihi paras.
Keputusan-keputusan paras-paras parameter berkenaan adalah seperti berikut;

No. Sampel-Sampel Air PKAN


Parameter Unit
W1 W2 W3 W4 W5 III
0 Normal
Suhu C 26.9 26.9 26.9 26.8 28.0
+2C
pH 8.0 7.9 7.8 7.6 7.04 5.09.0
Kekeruhan NTU 21 48 44 50 2.2 -
OT mg/L 7.6 8.0 7.1 5.9 6.63 35
KOB mg/L ND<2 ND<2 ND<2 ND<2 10 6
AN mg/L ND<1 ND<1 ND<1 ND<1 <0.07 0.9
KOK mg/L 4 ND<1 4 ND<1 16 50
JPT mg/L 36 53 25 30 15 150
Minyak & Gris mg/L ND<5 ND<5 6 ND<5 1 -
Jumlah Koliform CFU/100ml 70 17 5 33 830 50,000
Fecal Kolifom CFU/100ml 2 5 ND<1 8 - 5,000-20,000

10. Berdasarkan kepada Indek Kualiti Air, kualiti air semua sampel-sampel berada dalam julat
7.27-74.4 dikategorikan di bawah Kelas III yang dianggap separa cemar.

11. Jumlah garis dasar Partikel Terampai (JPT) kualiti udara ambien dilaksanakan untuk empat
persampelan seperti berikut;

Had
Latitud JPT
Stesen Lokasi Tarikh Dibenarkan
Longitud (g/m3)
(g/m3)

N 043154.50 Didalam tapak


A1 26 Jan 2013 63.3
E 1018 33.51 Projek (Selatan)

N 0431 51.83
E 101826.73 Didalam tapak
A2 26 Jan 2013 72.9
Projek (Utara)

Kawasan 260
N 0431 55.51 penempatan
A3 26 Jan 2013 55.7
E 101817.02 Kg.Tanjong
(Barat Laut)
Kawasan
N 0432 4.79 penempatan
A4 26 Jan 2013 56.3
E101832.72 Kg.Tanjong
(Utara)

12. Garis dasar waktu siang dan waktu malam bunyi ambien yang diukur dalam tapak projek
adalah mematuhi paras. Di kawasan penempatan, bacaan di waktu siang adalah melebihi
paras berikutan operasi kuari berdekatan dan waktu malam berkemungkinan berikutan
serangga daripada kawasan tanaman dan belukar. Maklumat terperinci adalah seperti
berikut;

AMEC1013-EIA12-01 Page RE-8


B.B MINERALS (SG RAIA) SDN. BHD. ENVIRONMENTAL IMPACT ASSESSMENT REPORT

Latitud Paras Bunyi Had


Stesen Lokasi Longitud Tarikh (Leq)(dBA) Dibenarkan
Siang Malam (dBA)
Didalam tapak
N 043135.92 26 Jan Siang= 70
N1 Projek 50.7 52.2
E 101832.09 2013 Malam= 60
(Selatan)

Didalam tapak N 043151.83 26 Jan Siang= 70


N2 57.7 57.2
Projek (Utara) E 101826.73 2013 Malam= 60

Kawasan
penempatan N 043155.51 26 Jan Siang= 55
N3 59.8 60.9
Kg.Tanjong E 101817.02 2013 Malam= 45
(Barat Laut)
Kawasan
penempatan N 0432 4.79 26 Jan Siang= 55
N4 65.3 64.9
Kg.Tanjong E101832.72 2013 Malam= 45
(Utara)

13. Jalan masuk utama ke tapak Projek melalui Jalan Simpang Pulai Cameron Highlands.
Banci HPU menunjukkan turun naik trafik dalam tempoh 10 tahun yang lalu (2002-2011)
dengan peningkatan purata kadar pertumbuhan purata trafik 4.47%. Kebanyakkan
komposisi kenderaan adalah kereta-kereta dan teksi-teksi. Isipadu dan perkembangan
trafik terkini di stesen HPU terdekat ditunjukkan di bawah;

Tahun Isipadu Trafik Stesen AR 303


2002 57,666
2003 56,044
2004 57,852
2005 58,955
2006 62,597
2007 64,866
2008 71,205
2009 79,513
2010 84,315
2011 73,487
Purata Pertumbuhan Normal 4.47

14. Sumber biologikal semulajadi di tapak Projek dan sebahagian kawasan-kawasan


persekitaran terdekat terutama di bukit-kukit batu kapur masih kekal sebagai persekitaran
semulajadi. Kawasan selebihnya persekitaran kawasan berkenaan telah dibangunkan oleh
operasi pengkuarian dan industri batu kapur yang lain.

15. Secara umumnya kawasan Projek masih mempunyai hidupan liar memandangkan tiada
pembangunan di kawasan berkenaan tetapi spesis-spesis tersebut dianggap bukan spesis-
spesis terkawal seperti reptilia- reptilia kecil dan burung-burung.

16. Penduduk utama yang diambil kira bagi Mukim Sungai Raia berdasarkan Pusat Populasi
dan Perumahan Malaysia bagi tahun 2010, populasi utama adalah kira-kira 60.1% adalah
Melayu, Cina (23.9%), India (5.8%) dan selebihnya kaum-kaum lain dan asing. Kg.
Tanjong, kawasan penempatan terdekat disediakan dengan infrastruktur dan utiliti.
Kawasan pempatan terdekat disediakan dengan infrastuktur-infrastuktur dan kemudahan-
kemudahan. Aktiviti-aktiviti sosio-ekonomi utama mereka berkaitan dengan sektor-sektor
awam, swasta dan bekerja sendiri.

17. Kawasan Projek pada masa ini dizonkan untuk projek pembangunan industri. Penempatan
terdekat terletak kira-kira 200 meter di bahagian barat laut tapak Projek dan kira-kira 500

AMEC1013-EIA12-01 Page RE-9


B.B MINERALS (SG RAIA) SDN. BHD. ENVIRONMENTAL IMPACT ASSESSMENT REPORT

meter di bahagian utara bertentangan dengan jalan utama, kedua-duanya merupakan


sebahagian daripada Kg.Tanjong. Penerima-penerima sensitif dari aktiviti-aktiviti projek
ditunjukkan dalam Rajah RE-1.

AMEC1013-EIA12-01 Page RE-10


B.B MINERALS (SG RAIA) SDN. BHD. ENVIRONMENTAL IMPACT ASSESSMENT REPORT

RE-1

AMEC1013-EIA12-01 Page RE-11


B.B MINERALS (SG RAIA) SDN. BHD. ENVIRONMENTAL IMPACT ASSESSMENT REPORT

BAB 4 PENILAIAN IMPAK-IMPAK ALAM SEKITAR


DAN CADANGAN LANGKAH-LANGKAH TEBATAN

IMPAK-IMPAK

1. Secara amnya, impak-impak berpotensi membawa kesan persekitaran dari Projek


berkenaan boleh dikategorikan mengikut peringkat-peringkat pembangunan berikut:

Peringkat penyelidikan
Peringkat pembangunan
Peringkat operasi
Peringkat tinggalan

Peringkat Penyelidikan

2. Peringkat penyelidikan melibatkan kerja-kerja tinjauan tapak, persampelan dan


pemantauan untuk kajian EIA. Oleh itu, tiada impak berlawanan dikenalpasti.

Peringkat Pembangunan

3. Peringkat pembangunan melibatkan beberapa aktiviti utama dimana berpotensi


mempunyai impak kepada alam sekitar. Aktiviti-aktiviti tersebut adalah:

Penerangan kawasan.
Penambahbaikan jalan masuk.
Pembinaan jalan mengangkut dan pelantar kerja.
Pembinaan sistem perparitan.
Pembinaan kolam mendapan.
Pengalihan tanah beban dan longgokan.
Pemasangan fasiliti kuari.
Pengurusan bahan-bahan buangan di tapak Projek.

4. Impak-impak berpotensi yang bakal dibangkitkan dari aktiviti-aktiviti tersebut ialah


hakisan tanah dan sedimentasi, kehilangan tanah atas dan tumbuhan dan juga degradasi
astetik. Selain itu, terdapat juga impak-impak pencemaran bunyi, pencemaran udara,
penghasilan bahan buangan, impak perletupan dan perubahan hidrologi mungkin juga
boleh berlaku.

5. Hakisan tanah dan sedimentasi akan berlaku semasa aktiviti-aktiviti berkaitan kerja-kerja
tanah, tetapi impaknya dapat dikurangkan sekiranya aktiviti-aktiviti berkenaan dijalankan
secara berperingkat.

6. Masalah kualiti air mungkin berlaku jika sumber sedimentasi tidak dikawal serta perparitan
yang sempurna dan kolam sedimentasi tidak diselenggara. Air larian permukaan dari
kawasan-kawasan kerja akan terkumpul di dalam kolam sedimentasi sebelum pelepasan
dilakukan.

7. Memandangkan jumlah tanah beban di tapak Projek agak terhad, impak berkaitan
pengendalian tanah beban dan sedimentasi akan berkurangan jika langkah-langkah
mitigasi dijalankan.

8. Perubahan hidrologikal berlaku dari segi penambahan larian permukaan disebabkan


penerangan tumbuhan sedia ada dan aktiviti-aktiviti kerja tanah.

9. Astetik dan intrusi paparan menjadi impak penting kerana kehijauan semulajadi
berkurangan dan digantikan oleh kawasan tanah terdedah dan muka kuari jika
dibandingkan dengan persekitaran sebelumnya. Impak ini tidak dapat dibendung kerana
sebahagian kawasan-kawasan kerja terletak di cerun bukit paras tinggi.

AMEC1013-EIA12-01 Page RE-12


B.B MINERALS (SG RAIA) SDN. BHD. ENVIRONMENTAL IMPACT ASSESSMENT REPORT

10. Impak-impak sosio-ekonomi dikenalpasti sebagai impak-impak positif dari segi peluang-
peluang pekerjaan dan perniagaan.

Peringkat Operasi

11. Aktiviti-aktiviti semasa peringkat operasi Projek ada berkemungkinan menyumbang


beberapa tahap impak-impak kepada persekitaran memandangkan peringkat ini akan
berpanjangan sehingga ke seluruh jangkahayat Projek. Aktiviti-aktiviti berkaitan adalah
seperti berikut:

Operasi penggerudian.
Operasi perletupan.
Operasi pengorekkan batu.
Operasi pengangkutan.
Operasi pemecahan batu.
Operasi penghancuran batu.
Perlonggokkan.
Jualan.
Penyelenggaraan jalan mengangkut.
Penyelenggaraan laluan masuk.
Penyelengaraan kolam sedimentasi.
Pengurusan sisa buangan di tapak Projek.

12. Sebahagian impak-impak buruk semasa peringkat operasi adalah hakisan tanah dan
pencemaran sedimen, pencemaran bunyi, pencemaran udara dan juga degradasi astetik.
Selain itu, terdapat juga impak-impak terhadap kestabilan cerun, trafik dan pengangkutan,
penghasilan sisa buangan, impak-impak perletupan, kehilangan tumbuhan dan haiwan dan
aspek-aspek keselamatan yang mungkin berlaku.

13. Masalah hakisan tanah dan sedimentasi akan berlaku daripada kawasan-kawasn terdedah
dan kawasan-kawasan longgokkan. Impak-impaknya akan melibatkan kawasan Projek dan
juga kawasan-kawasan hiliran. Impak hakisan tanah dalam keadaan yang berbeza
diringkaskan seperti di bawah:

Peringkat Anggaran Hakisan Tanah


Sebelum pembangunan (keadaan sediada) 6.98 tan/ha/yr
Operasi (Tanpa Langkah Tebatan) 418.9 tan/ha/yr
Operasi (Dengan Langkah Tebatan) 46.5 tan/ha/yr

14. Sebagai hasil daripada hakisan tanah, pemendapan akan berlaku dimana seterusnya
menyebabkan impak ke permukaan dan sistem air bawah tanah.

15. Berdasarkan anggaran kepekatan kandungan sedimen yang dilepaskan dan kepekatan
pelepasan daripada kolam mendapan bagi kemudahan tapak dan kawasan pengekstrakan
tanpa langkah tebatan dan dengan langkah tebatan, jumlah tanpa langkah tebatan adalah
melebihi keperluan Standard A (50 mg/l) dimana boleh menyebabkan impak kepada sistem
air. Apabila langkah-langkah tebatan diambil kira, kepekatan pelepasan mematuhi had
keperluan yang dibenarkan. Ringkasan anggaran ditunjukkan dalam jadual berikut.

Tadahan
Parameter
Kemudahan Tapak Pengekstrakan
Kawasan terganggu (ha) 1.388 3.0
E (Tanpa langkah tebatan) (t/ha/yr) 418.90
Pelepasan dari penyimpanan (t/yr) 5.8 28.3
Kepekatan pelepasan (mg/l) 52.8 256.7
E (Dengan langkah tebatan) (t/ha/yr) 46.50
Pelepasan dari penyimpanan (t/yr) 0.6 3.1
Kepekatan pelepasan (mg/l) 5.9 28.5

AMEC1013-EIA12-01 Page RE-13


B.B MINERALS (SG RAIA) SDN. BHD. ENVIRONMENTAL IMPACT ASSESSMENT REPORT

16. Kestabilan cerun mungkin mempunyai impak semasa operasi terutama bagi muka kuari
sementara yang ditinggalkan selepas operasi perletupan. Bagi cerun batu terakhir yang
ditinggalkan tanpa tindakan penstabilan cerun yang sempurna, kesannya lebih berkait
dengan kegunaan guna tanah akan datang untuk tapak projek.

17. Operasi perletupan batuan merupakan aktiviti utama semasa peringkat operasi dan yang
demikian, gegaran dan ledakan udara merupakan impak biasa yang wujud. Dengan
pelaksanaan teknik peletupan moden, impak dari operasi ini boleh dikurangkan
mewujudkan operasi yang selamat dan mesra alam. Tahap anggaran impak kepada
kepentingan-kepentingan berdekatan berdasarkan reka bentuk letupan yang dicadangkan
adalah seperti berikut:

Impak Peletupan
Ledakan Lokasi Sensitif
Butir-butir Jarak Gegaran
Udara (Senario Kes Terburuk)
(mm/s)
dB(L)
Letupan Pembangunan
Letupan Primer (Jarak 85-150 m daripada kepentingan-kepentingan
bersebelahan)
K =1140 85 3.11 123.9 Kilang S. R. Marble Sdn. Bhd.
B = 1.6 300 0.41 110.8 Kg. Tanjong (Barat Laut)
Q = 4.511 kg 400 0.26 107.8 Jalan Simpang Pulai-Cameron Highland
Elektrik 500 0.18 105.5 Kg. Tanjong (Utara)
(Mendatar)
600 0.14 103.6 PLUS
900 0.07 99.3 Balai Bomba
Pekan Simpang Pulai, kuil, Jalan Ipoh
1000 0.06 98.26
-Gopeng
Letupan Primer (Jarak >150 m daripada kepentingan-kepentingan
bersebelahan)
K =1140 150 4.68 123.7 Kilang S. R. Marble Sdn. Bhd.
B = 1.6 300 1.54 116.5 Kg. Tanjong (Barat Laut)
Q = 23.393kg
400 0.97 113.5 Jalan Simpang Pulai-Cameron Highland
Electric
500 0.68 111.2 Kg. Tanjong (utara)
Nonel
(Menegak) 600 0.51 109.3 PLUS
900 0.27 105.1 Balai Bomba
Pekan Simpang Pulai, kuil, Jalan Ipoh
1000 0.22 104.0
-Gopeng
Nota: Jarak diukur daripada kawasan pengekstrakan.

18. Bahan letupan dan semua aksesorinya adalah selamat untuk dikendalikan apabila dijaga
dengan betul. Selagi ia dikendalikan dengan sempurna oleh pembedil berdaftar yang
dilantik dimana sebarang kerja berkaitan penggunaan bahan letupan hendaklah di bawah
pengawasan mereka, impak hendaklah dikawal dengan baik.

19. Pencemaran udara dalam bentuk pelepasan gas yang dihasilkan oleh jentera dianggap
sebagai tidak penting kepada alam sekitar kerana bilangan jentera yang terhad. Impak
yang lebih relevan adalah kepada pengendali jentera tersebut.

20. Pencemaran udara mungkin boleh menjadi isu, tetapi masih dianggap impak buruk yang
kecil sekiranya sumber-sumber pencemaran dikawal dan langkah-langkah tebatan
dijalankan. Berdasarkan keputusan-keputusan model sebaran udara, impak pencemaran
udara adalah tidak signifikan dan setempat jika langkah-langkah kawalan dilakukan
sebaiknya. Keputusan-keputusan lengkap adalah sepeti berikut;

AMEC1013-EIA12-01 Page RE-14


B.B MINERALS (SG RAIA) SDN. BHD. ENVIRONMENTAL IMPACT ASSESSMENT REPORT

Penambahan Udara Ambien


Garis dasar
Penerima Sensitif Purata Purata Purata Purata
sediada
24 jam Tahunan 24 jam Tahunan
1. A1, Tapak Projek 63.3 13.5 0.8 76.8 64.1
(selatan)
2. A2, Tapak Projek 72.9 81.3 7.1 154.2 80.0
(Utara)
3. A3, Kg.Tanjong (barat 55.7 4.9 0.2 60.6 55.9
laut)
4. A4, Kg. Tanjong 56.3 89.2 18.6 145.5 74.9
(utara)
Garispanduan udara ambien 260 90

21. Bagi pencemaran hingar, ianya masih dianggap sebagai impak buruk. Bunyi yang
dihasilkan oleh mesin dan kenderaan-kenderaan boleh menjadi tinggi, tetapi kesannya
adalah setempat. Berdasarkan anggaran paras bunyi di Kg. Tanjong, keputusannya adalah
rendah dan di bawah had yang dibenarkan sewaktu siang.

Kepentingan-kepentingan terdekat Anggaran Paras Bunyi (dBA)


1. Kg. Tanjong (Barat Laut) 30.5
2. Kg. Tanjong (Utara) 40.0

22. Impak sisa domestik daripada Projek dianggap kecil kerana jumlah yang terhad dan mudah
diuruskan. Sisa tumbuh-tumbuhan akan reput di kawasan Projek. Sisa berbahaya
hendaklah disimpan dan dilupuskan mengikut garis panduan JAS.

23. Kemudahan pembetungan akan dipasang di pentadbiran tapak projek. Penyediaan


pengurusan yang sepatutnya bagi kemudahan kebersihan sediada untuk tenaga kerja
adalah perlu untuk memastikan bahawa kesan yang berkaitan adalah diabaikan.

24. Impak trafik kepada jalan awam adalah minimum kerana sumbangan adalah kecil jika
dibandingkan dengan jumlah trafik sedia ada. Anggaran perjalanan harian yang dihasilkan
oleh Projek untuk pengangkutan produk kuari adalah kira-kira 58 perjalanan sehari
bersamaan dengan tambahan 18 pcu dihasilkan yang merupakan peratusan yang kecil
kapasiti jalan raya. Oleh itu, kesan adalah tidak ketara.

25. Impak kepada flora, fauna dan habitat akan berlaku kerana operasi kuari akan
memerlukan jumlah pembersihan kawasan kerja. Pembangunan berperingkat akan
membenarkan beberapa fauna untuk berhijrah ke kawasan-kawasan sekitarnya.

26. Impak keselamatan dan kebersihan merupakan impak terkawal jika prosedur keselamatan
dan kesihatan yang sempurna dilaksanakan semasa operasi.

27. Impak sosio-ekonomi yang dianggap sebagai kesan positif yang besar pada peringkat ini
kerana pekerjaan dan peluang perniagaan. Pada masa yang sama, operasi Projek juga
akan menjana pendapatan kepada kerajaan Negeri, Pemaju Projek dan pekerja.

28. Aestetik dan gangguan visual dari kawasan pengekstrakkan tidak dapat dielakkan bagi
kawasan-kawasan kerja di kawasan ketinggian yang lebih tinggi dari dinding batu kapur
yang dipelihara sebagai kawasan zon penampan. Dengan pemulihan progresif, degradasi
paparan akan dapat dikawal apabila beberapa kawasan-kawasan kerja telah ditamatkan.

AMEC1013-EIA12-01 Page RE-15


B.B MINERALS (SG RAIA) SDN. BHD. ENVIRONMENTAL IMPACT ASSESSMENT REPORT

Peringkat Tinggalan

29. Secara persekitarannya, tebusguna dan pemulihan mungkin merupakan aktiviti-aktiviti


terpenting bagi peringkat tinggalan. Impak-impaknya adalah kecil dan bersifat sementara
semasa kerja-kerja berkenaan dilakukan.

30. Tetapi jika kawasan yang telah dikuari hanya ditinggalkan tanpa sebarang pemulihan,
kemungkinan impak-impak signifikan seperti aestetik, hakisan tanah dan pencemaran
sedimentasi mungkin berlaku.

31. Impak positif akan berlaku dan menjana persekitaran yang lebih baik apabila pemulihan
dilakukan. Maka, penekanan terhadap program pemulihan adalah amat penting untuk
Projek berkenaan dan perlu dimulakan secara progresif semasa peringkat operasi.

LANGKAH-LANGKAH TEBATAN

1. Secara umumnya, ringkasan langkah-langkah tebatan untuk impak alam sekitar yang
berpotensi daripada Projek boleh dikategorikan ke dalam perkara-perkara berikut;

Hakisan tanah, pemendapan dan kehilangan tanah atas.


Penyorengan bahan tanah beban.
Pengalihan bahan tanah beban.
Pencemaran air dan penurunan kualiti air.
Perubahan air permukaan dan air bawah tanah.
Kestabilan cerun.
Gegaran dan ledakan udara daripada operasi perletupaan.
Pencemaran udara kerana penghasilan dan penyebaran debu.
Pencemaran bunyi.
Pelupusan buangan.
Kehilangan flora, fauna dan habitat.
Trafik dan pengangkutan.
Pekerjaan atau peluang perniagaan.
Sosio ekonomi pembangunan.
Astetik, pemulihan dan peninggalan.

2. Langkah-langkah tebatan bagi mengurangkan hakisan tanah dan pemendapan.

Penerangan berperingkat dan pengekalan tumbuhan sediada di atas kawasan yang


belum dibangunkan dan kawasan zon penampan.
Penanaman tumbuhan di kawasan yang terdedah yang tidak terjejas dengan aktiviti
pengekstrakan.
Tetingkat muka kuari dan peneresan cerun dengan longkang.
Pemadatan kawasan yang diisi.
Rancang aktiviti penerangan bagi mengelakkan musim yang sangat basah.
Penggunaan kolam mendapan dengan penyelenggaraan yang berterusan.
Pemasangan dan penyelenggaraan sistem perparitan yang sesuai.
Pemantauan kualiti air di titik pelepasan.
Pelaksanaan Amalan Pengurusan Terbaik.

3. Langkah-langkah tebatan bagi mengawal bahan tanah beban

Pengalihan tanah beban yang progresif menggunakan sistem berperingkat boleh


meminimakan jumlah pengalihan tanah beban dan masalah berkaitan lambakan
timbunan.
Pengalihan tanah beban hendaklah digunakan bagi meratakan tapak.
Lambakan timbunan tanah beban berkurangan melalui pemulihan yang progesif,
penyelenggaraan jalan dan dijual kepada orang luar.
Longgokan hendaklah dalam keadaan yang kemas, dipadatkan, dialirkan dan digredkan
untuk kestabilan cerun.

AMEC1013-EIA12-01 Page RE-16


B.B MINERALS (SG RAIA) SDN. BHD. ENVIRONMENTAL IMPACT ASSESSMENT REPORT

4. Langkah-langkah tebatan bagi mengawal kualiti air permukaan dan air bawah tanah.

Konsep berperingkat hendaklah dilaksanakan bagi meminimakan kawasan terbuka


dalam satu-satu masa.
Ubah hala air hujan di sekitar kawasan menggunakan parit, pengumpulan dan
lencongan parit.
Menghentikan operasi sewaktu tempoh hujan lebat.
Kawasan kerja yang telah siap hendaklah dipulihkan sebagai kawasan penapis.
Perlaksanaan langkah-langkah tebatan yang diambil untuk hakisan tanah dan
pemendapan.
Menyediakan sistem rawatan sisa air seperti kolam mendapan.
Penyelenggaraan sistem perparitan hendaklah dijalankan secara berkala.
Zon penampan di sekeliling sempadan dengan tumbuh-tumbuhan semulajadi hendaklah
dikekalkan.
Sisa buangan dan sisa buangan terjadual hendaklah dikumpul dan dirawat bagi
mengelakkan air tersumbat dan impak terhadap kualiti air.
Pemantauan kualiti air hendaklah dijalankan bagi memantau kualiti air.

5. Langkah-langkah tebatan bagi kestabilan cerun

Tetingkat muka kuari perlu mempunyai tinggi, lebar yang sesuai dan berteres.
Cerun perlu dialirkan secukupnya bagi membolehkan air mengalir untuk mengelakkan
kuasa hidrostatik ke bahan-bahan cerun.
Kawalan reka bentuk letupan bagi meminimakan impak gegaran ke cerun
bersebelahan.
Dinding gantung perlu dialihkan.
Pemeriksaan cerun yang kerap dan penyelenggaraan berkala perlu dilakukan.
Langkah-langkah perlindungan cerun akhir perlu dilakukan sebagai sebahagian
daripada program pemulihan.

6. Langkah-langkah tebatan bagi mengawal ledakan udara, gegaran dan batu terbang
daripada operasi peletupan.

Penggunaan rekabentuk letupan yang mesra alam sekitar.


Sistem permulaan menggunakan sistem penangguhan ledakan.
Haluan pergerakan batuan operasi perletupan jauh dari kepentingan-kepentingan
bersebelahan.
Zon penampan diantara aktiviti penggalian batu dengan kepentingan-kepentingan
bersebelahan dengan pemeliharaan rizab batuan yang mewujudkan dinding batu
kepada kepentingan-kepentingan bersebelahan.
Kakitangan yang cekap mengendalikan operasi letupan iaitu pembedil perlu mempunyai
pengalaman dalam operasi letupan di kawasan-kawasan sensitif.
Melaksanakan amalan keselamatan dalam operasi letupan. Ini adalah prosedur dan
langkah-langkah utama yang diambil sebelum, ketika dan selepas operasi letupan.
Menjalankan pemantauan letupan bagi menyediakan maklumbalas untuk rekabentuk
letupan di masa hadapan.

7. Langkah-langkah tebatan bagi mengendalikan bahan letupan.

Elakkan mendedahkan bahan letupan kepada gegaran, haba dan geseran.


Pengangkutan menggunakan selonsong yang sesuai.
Hanya aksesori bahan letupan yang dikenali sahaja digunakan dalam kerja-kerja
perletupan.
Semua bahan letupan perlu dijaga dan direkod penggunaannya di tapak.
Sebarang kehilangan bahan letupan perlu dilaporkan dengan segera ke balai polis.

8. Langkah-langkah tebatan bagi meminimakan pencemaran udara.

Penyiraman tanah yang terdedah dan jalan pengangkutan dengan air.


Menghadkan kelajuan kenderaan.
Beban lori disediakan dengan penutup yang selamat.

AMEC1013-EIA12-01 Page RE-17


B.B MINERALS (SG RAIA) SDN. BHD. ENVIRONMENTAL IMPACT ASSESSMENT REPORT

Kemudahan pembersihan tayar sebelum laluan keluar ke jalan berturap.


Tahap pengemasan yang baik perlu dikekalkan.
Pekerja disediakan dengan pakaian keselamatan yang sesuai dan pemakaian adalah
mandatori.
Aduan, siasatan dan tindakan pembetulan bagi sebarang aduan.
Pemantauan kualiti udara ambien di tapak projek dan kawasan penempatan
bersebelahan.
Pelepasan debu dari loji penghancur boleh dikawal dengan teknik-teknik berikut;
Sebahagian daripada loji penghancur perlu ditutup pada titik pelepasan habuk
dan pelantar bergerak perlu ditutupi.
Takat pelepasan tidak terlalu tinggi dari tanah dan menggunakan pelongsor
yang sesuai.
Sistem muncung air perlu dipasang di tempat-tempat pelepasan habuk.

9. Langkah-langkah tebatan bagi meminimakan pencemaran bunyi.

Peralatan yang rendah bunyi perlu digunakan dalam operasi.


Pengangkutan dan mesin yang boleh berkala haruslah diminimumkan.
Penyerap bunyi pada peralatan.
Pekerja disediakan dengan pakaian keselamatan yang sesuai dan pemakaian adalah
mandatori.
Aduan, penyisatan dan tindakan pembetulan bagi sebarang aduan.
Pemantauan kualiti bunyi ambien di tapak projek dan kawasan penempatan
bersebelahan.

10. Langkah-langkah tebatan bagi mengawal sisa buangan pepejal dan sisa buangan
berbahaya.

Pemotongan tumbuhan
Tumbuhan dan bahan organik yang lain dilupuskan dengan pengkomposan di dalam
tapak.
Pembakaran terbuka adalah dilarang.

Sampah Awam
Penyimpanan ditapak menggunakan tong tertutup.
Jumlah adalah dijangka sedikit.
Sebarang pembuangan tambahan akan menggunakan tapak buangan tempatan di
Batu 3 Jalan Tg.Tualang, Batu Gajah.

Pengurusan sisa buangan tidak berbahaya


Pelan pengurusan sisa buangan perlu di sediakan dengan memperincikan jenis sisa,
pengurangan, penyimpanan, pengangkutan dan pelupusan bahan buangan.
Pemulihan dan kitar semula akan berlaku di mana-mana yang mungkin.

Sisa buangan berbahaya


Mesti disimpan, diangkut, dirawat dan dilupuskan mengikut Peraturan Kualiti Alam
Sekitar (Buangan Terjadual), 2005.
Penyediaan perlinduangan cuaca di kawasan penyimpanan dengan ban yang sesuai.
Simpan dalam bekas yang sesuai, dilabel dengan betul dan disimpan dengan betul.
Pemasangan papan tanda.
Risalah Bahan Keselamatan Bahan perlulah disdiakan.
Tumpahan major hendaklah dilaporkan kepada pihak berkuasa berkaitan dan pemaju
hendaklah menanggung kos pembersihan dan pemulihan.

11. Langkah-langkah kawalan bagi mengawal penyimpanan minyak

Tangki bahan api dan kawasan penyimpanan perlu diletak dalam benteng tertutup
yang mampu menampung 110% daripada tangki besar.
Larian daripada benteng disalurkan melalui perangkap minyak sebelum dilepaskan ke
longkang luar.

AMEC1013-EIA12-01 Page RE-18


B.B MINERALS (SG RAIA) SDN. BHD. ENVIRONMENTAL IMPACT ASSESSMENT REPORT

Tanpa mengira saiz atau kandungan, semua bekas bahan api hendaklah dikendalikan
dengan baik.
Pengangkutan dan penyimpanan hendaklah dalam bekas yang disediakan dengan
betul dan dikendalikan dengan baik dengan reka bentuk yang diluluskan.

12. Langkah-langkah tebatan bagi kawalan bahan-bahan kumbahan.

Kualiti pelepasan efluen dan kemudahan yang mematuhi had Piawaian Kumbahan
Efluen, 2009.
Pekerja perlulah disediakan dengan kemudahan tandas yang mencukupi.
Pembersihan secara berkala perlu dilakukan untuk memastikan tandas adalah bersih.
Sekurang-kurangnya satu tandas untuk 15 pekerja.
Sisa buangan perlu disimpan dan diurus bagi mengurangkan pencemaran kepada
badan air.

13. Langkah-langkah tebatan bagi mengawal trafik dan pengangkutan

Penyiraman jalan bagi mengurangkan penyebaran habuk.


Jalan masuk diturap sepenuhnya 10 meter daripada jalan utama.
Lori perlu melalui proses pembersihan tayar atau menerusi air sebelum memasuki
jalan awam.
Bahan-bahan yang dibawa perlulah ditutup bagi mengelakkan tumpahan. Sebarang
tumpahan di jalan raya berturap perlu dibersihkan.
Bahan muatan yang dibenarkan tidak boleh melebihi had.
Penyelenggaraan lori dengan betul boleh mengurangkan pelepasan asap kenderaan.
Pemasangan papan tanda amaran.
Rekod kemalangan bagi sebarang pengangkutan disimpan.

14. Langkah-langkah tebatan bagi mengawal flora.

Penerangan kawasan perlu dilakukan secara berperingkat.


Pemeliharaan tumbuh-tumbuhan perlu dilaksanakan di kawsan-kawasan zon
penampan.
Penanaman semula tumbuhan dilakukan dengan progresif di kawasan yang tidak
digunakan.
Penanaman tumbuhan cepat tumbuh untuk menstabilkan tanah di kawasan yang diisi
semula.

15. Langkah-langkah tebatan bagi mengawal hidupan dan habitat.

Projek adalah dirancang dengan pembangunan berperingkat bagi mengurangkan


jumlah gangguan habitat dalam satu-satu masa.
Kawasan yang tidak diganggu perlu dikekalkan seperti persekitaran semulajadinya
untuk hidupan bermigrasi.
Kawalan hakisan dapat membantu mengelakkan impak terhadap hidupan akuatik.
Pemulihan yang progresif akan mewujudkan habitat baru.

16. Langkah-langkah tebatan bagi keselamatan dan kesihatan pekerja.

Perlaksanaan prosedur keselamatan dan pengurusan keselamatan yang sesuai


mengikut Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerja,1994.
Menyediakan informasi, arahan, latihan dan penyeliaan sebagaimana yang perlu untuk
menjamin keselamatan dan kesihatan pekerja.
Pelan tindakan keselamatan dan kecemasan perlu diwujudkan.
Peralatan bantuan pertama dan penyediaan pakaian keselamatan dengan pemakaian
adalah mandatori.
Mewujudkan skim liabiliti awam.
Pastikan tapak dijaga dengan teratur dan kemas dengan persekitaran kerja yang baik.

17. Tiada langkah-langkah tebatan bagi sosio ekonomi kerana ia akan menjadi impak berguna.
Operasi projek akan memberi lebih banyak nilai tambahan sumber batu dan mewujudkan

AMEC1013-EIA12-01 Page RE-19


B.B MINERALS (SG RAIA) SDN. BHD. ENVIRONMENTAL IMPACT ASSESSMENT REPORT

peluang-peluang perniagaan dan pekerjaan. Pada masa yang sama, hasil kepada kerajaan
negeri akan meningkatkan pembangunan negeri ini.

18. Langkah-langkah tebatan bagi astetik dan gangguan visual.

Perlaksanaan asas bagi kerja-kerja pemulihan yang progresif sewaktu operasi Projek.
Menjalankan operasi secara berperingkat akan menghadkan kawasan yang terdedah.
Beberapa konsep alternatif walaupun inovasi, penyembunyian impak dan pemulihan
akan memastikan pencemaran dapat dikurangkan.

19. Langkah-langkah tebatan bagi pemulihan.

Kerja-kerja pemulihan yang progresif akan memastikan kawasan tersebut untuk guna
tanah masa hadapan.
Penambakan merangkumi kedua-dua pemulihan dan jagaan lanjutan bagi keadaan
alam sekitar. Tanah beban yang disimpan boleh digunakan untuk tujuan tersebut.
Cerun yang terdedah perlu diteres, tanah atas dan ditanam semula dengan rumput.

20. Langkah tebatan kerana peninggalan.

Penempatan semula pekerja.


Pengalihan struktur, pemulihan progresif dan kerja-kerja penampakan sebelum operasi
diberhentikan. Aktiviti-aktiviti tersebut perlu dilaksanakan untuk memastikan impak
kepada alam sekitar dikawal dengan baik.

AMEC1013-EIA12-01 Page RE-20


B.B MINERALS (SG RAIA) SDN. BHD. ENVIRONMENTAL IMPACT ASSESSMENT REPORT

BAB 5 - IMPAK-IMPAK SISA

1. Walaupun dengan adanya penyelenggaraan dan penerimaan langkah-langkah kawalan


yang disebutkan, keputusan-keputusan mungkin tidak akan sepenuhnya dicapai akibat
kejadian semulajadi dan kecekapan produk-produk buatan manusia. Maka, ianya akan
menghasilkan impak sisa berlawanan atau impak sisa bermanfaat yang menguntungkan.

2. Impak-impak sisa berlawanan adalah seperti pencemaran udara, pencemaran bunyi,


degradasi kualiti air, impak-impak perletupan, faktor keselamatan dan intrusi paparan.
Impak-impak sisa bermanfaat yang dihasilkan ialah dari segi aspek-aspek sosio-ekonomi.

3. Bagi mengelak dan mengurangkan impak-impak sisa tersebut, Penggerak Projek disyorkan
supaya mematuhi semua langkah-langkah tebatan yang dinyatakan sebaik mungkin.

4. Adalah dicadangkan agar Pelan Pengurusan Persekitaran (PPP) ditubuhkan yang memberi
penekanan terhadap amalan mengelak kesan-kesan persekitaran yang berlawanan,
berbanding menyelesaikan masalah-masalah apabila telah berlaku. PPP ini juga mengambil
kira isu-isu persekitaran berkaitan bagi mencapai keefektifan dan pematuhan jangka
panjang dalam pelindungan persekitaran.

5. Terdapat juga Program Audit Pematuhan Persekitaran disyorkan untuk dilaksanakan.


Program ini memerlukan tinjauan terhadap Projek, menilai ramalan dan cadangan untuk
membandingkan situasi sebenarnya supaya dapat dikaji ketepatan ramalan impak yang
dibuat dan untuk mengenalpasti impak-impak tambahan lain yang penting yang tidak
dimasukkan dan memerlukan langkah-langkah pembetulan.

6. Program Pemantauan Persekitaran merangkumi pengukuran sebarang impak-impak sisa


dan perlu dilaksanakan di tapak Projek dan di kepentingan-kepentingan terdekat. Program
ini penting untuk mengenalpasti masalah-masalah yang wujud, menilai keefisienan
program tebatan dan lain-lain aktiviti pengurusan agar mematuhi peraturan dan kriteria.
Cadangan program pemantauan seperti disenaraikan di dalam jadual berikut. Program
pemantauan sebenar yang akan diadaptasikan akan ditentukan oleh Jabatan Alam Sekitar.

Kekerapan Kekerapan
Kesan Parameter
Pemantauan Laporan
Kualiti air Suhu, pH, BOD, COD,
TSS, DO dan O&G.
Sekurang-
Kualiti udara kurangnya 3
Jumlah zarah terampai bulan sekali Setiap 3 bulan
Kualiti bunyi ambien Paras buyi
Peletupan Gegaran dan ledakan Letupan major
udara

7. Bagi prosedur keselamatan dan tindakbalas kecemasan, Penggerak Projek perlu


menggariskan polisi yang berdedikasi untuk memperkenalkan keadaan kerja yang selamat.
Ini termasuk penerapan tindakbalas keselamatan dan kecemasan, program latihan dalam
keselamatan dan langkah-langkah tindakbalas kecemasan, pelaporan sebarang insiden
luarbiasa, pelan kawalan tumpahan dan perlepasan, dan perlaksanaan pelan kontigensi
dan tindakbalas kecemasan.

AMEC1013-EIA12-01 Page RE-21


B.B MINERALS (SG RAIA) SDN. BHD. ENVIRONMENTAL IMPACT ASSESSMENT REPORT

BAB 6 KESIMPULAN- KESIMPULAN

1. Berdasarkan rizab batu kapur sedia ada di kawasan Projek, kesesuaian dengan guna tanah
persekitaran dan potensi pasaran produk-produk, dapat diperhatikan bahawa Projek ini
adalah munasabah dijalankan dengan tujuan untuk membekalkan produk yang bernilai
lebih baik kepada industri batu kapur yang berkaitan.

2. Walaupun terdapat tahap impak-impak yang mungkin berpotensi akan berlaku, dengan
perlaksanaan langkah-langkah tebatan, operasi Projek dapat dilakukan dengan impak-
impak yang minima dan terkawal kepada persekitaran. Secara amnya, ringkasan kepada
hasil-hasil bermanfaat daripada Projek ini adalah seperti berikut:

Pembangunan tanah kuari untuk nilai tambah sumber berkenaan dari segi aktiviti-
aktiviti yang menguntungkan.
Penggunaan rizab batu kapur dengan kedudukan strategik.
Menjana pendapatan kepada kerajaan negeri dalam segi royalti dan percukaian
semasa operasi.
Peluang-peluang pekerjaan dan perniagaan kepada Pengerak Projek, kontraktor-
kontraktor dan penduduk tempatan.
Penyumbangan kepada pembangunan kepada industri perkuarian.

3. Berdasarkan kajian penilaian, ianya juga menunjukkan dengan langkah-langkah tebatan


yang diambil, Projek tersebut tidak akan membawa sebarang impak-impak residu jangka
panjang yang signifikan terhadap persekitaran dan penduduk di persekitaran kawasan
Projek. Program pemulihan untuk kawasan yang telah dikuarikan turut merupakan
sebahagian perancangan jangka masa panjang Projek berkenaan.

4. Berdasarkan pematuhan Penggerak Projek untuk menyediakan laporan EIA dan hasil yang
memuaskan dari penilaian persekitaran dalam kajian ini, adalah disyorkan supaya Projek
ini diberi kelulusan oleh Jabatan Alam Sekitar dan pihak-pihak berkuasa yang berkaitan
supaya Projek ini boleh dijalankan.

AMEC1013-EIA12-01 Page RE-22

Вам также может понравиться