Вы находитесь на странице: 1из 20

SOALAN PEMAHAMAN-PROSA TRADISIONAL BURUNG TERBANG

DIPIPISKAN LADA cikguphong(1)

Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian jawab soalan yang diberi dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
KATA sahibulhikayat, maka tersebutlah perkataan Raja Benua Siam. Dari
zaman dahulu kala negeri Siam itu Syahrunnuwi namanya disebut orang,
dan raja-raja di bawah angin ini semuanya takluk kepadanya, dan nama rajanya
Bubunya. Telah kedengaran ke benua Siam bahawa Melaka negeri besar yang
tiada takluk (tunduk) kepadanya, maka Paduka Bubunya pun menyuruh ke
Melaka hendak minta surat sembah. Maka Sultan Muzaffar Syah tiada mahu
menyembah ke benua Siam. Maka Raja Benua Siam terlalu marah, lalu
menyuruh berlengkap akan menyerang Melaka; Awi Cakri nama
panglimanya , membawa rakyat terlalu banyak tiada terpermanai
lagi. Maka dipersembahkan orang ke bawah Duli Sultan Muzaffar Syah
bahawa Raja Benua Siam menitahkan hulubalang , Awi Cakri
namanya, membawa rakyat terlalu banyak tiada terpermanai banyaknya,
berjalan darat terus ke hulu Pahang.
Maka telah Sultan Muzaffar Syah mendengar khabar itu, maka baginda
menyuruh menghimpunkan segala rakyat teluk rantau[daerah sekeliling,
jajahan] berhimpun ke Melaka. Dan akan Tun Perak membawa orang Kelang ke
Melaka dengan anak isterinya sekali. Maka orang Kelang berdatang sembah
kepada Sultan, Ya tuanku, segala teluk rantau yang lain semuanya menghadap
dengan laki-laki juga; akan patik sekalian dibawa oleh Tun Perak dengan
perempuan sekali.

1.Berikan maksud terlalu banyak tiada terpemanai lagi. [2]


.... tiada terkira (banyaknya); sangat banyak (ramai)

i.Berikan maksud tiada takluk kepadanya.


...belum menjadi negara jajahan di bawah pemerintahan Raja Bubunnya.

ii.Nyatakan faktor-faktor Raja Benua Siam bertindak untuk menyerang


Melaka. [3 markah]
...raja-raja di bawah angin ini semuanya takluk kepadanya,
... Melaka negeri besar yang tiada takluk (tunduk) kepadanya
...Sultan Muzaffar Syah tiada mahu menyembah ke benua Siam.

iii.Pada pendapat anda, mengapakah Sultan Muzaffar Syah tidak mahu


menyembah negeri Siam
...ialah SM mempunyai pemerintahan yang kukuh. Rakyatnya sanggup berjuang
dan mempertahankan negeri Melaka. Kedudukan Melaka akan menjadi rendah
apabila memberikan surat sembah kepada Siam.
SOALAN PEMAHAMAN-PROSA TRADISIONAL BURUNG TERBANG
DIPIPISKAN LADA cikguphong(2)

Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian jawab soalan yang diberi dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
Syahadan , pada suatu hari, maka Tun Perak datang menghadap, duduk di
tanah sama-sama orang banyak. Maka kata bentara yang bergelar Seri Amerta
kepada Tun Perak, Tuan Tun Perak, segala orang Kelang ini menghadap
baginda mengadukan halnya ke bawah Duli Yang Dipertuan. Adapun orang teluk
rantau yang lain semuanya menghadap laki-laki juga; adapun orang Kelang ini
menghadap dibawa Tun Perak dengan membawa perempuan sekali.
Mengapakah maka demikian fiil tuan?
Maka tiada disahut oleh Tun Perak kata itu. Sekali lagi Seri Amerta
berkata, itu pun tiada disahuti oleh Tun Perak. Genap tiga kali Seri Amerta
berkata itu, maka barulah disahuti oleh Tun Perak, katanya, Hai Seri
Amerta, tuan hamba dengan pedang tuan hamba sebilah itu juga, hendaklah
baik-baik tuan hamba peliharakan , jangan diberi berkarat ,
jangan kemakanan matanya. Akan pekerjaan kami orang bekerja ini, di mana
tuan hamba tahu? Adapun akan sekarang Duli Yang Dipertuan di dalam negeri
ini dengan perempuan anak isteri dan segala perkalas. Maka benarkah pada fikir
tuan hamba kami sekalian datang dengan laki-laki juga, dengan begini jauh Selat
Kelang? Jikalau satu hal negeri ini, apa hisab , pada kami sekalian?
Sebab itulah maka segala orang Kelang ini hamba suruh bawa dengan anak
isterinya sekali. Nescaya berperang dengan musuh bersungguh-sungguh
hatinya; kurang-kurang ia berlawankan Duli Yang Dipertuan lebih ia
berlawankan anak isterinya bersungguh-sungguh.

i.Berikan maksud maka demikian fiil tuan.[2 markah]


Kelakuan Tuan Perak yag bertentangan dengan orang lain.

ii.Nyatakan alasan Tun Perak kepada Seri Amerta tentang tujuan kaum wanita
dibawa menghadapi peperangan.[3]
...Jarak Selat Kelang yang sangat jauh dan bimbang keselamatan kaum wanita.
...Sekiranya berlaku sesuatu kepada negeri Melaka maka tiada jaminan untuk
mereka
...mereka akan berperang dengan bersungguh-sungguh kerana anak isteri ada
bersama dengan mereka

iii.Pada pandangan anda, apakah peranan yang dapat dimainkan oleh kaum
wanita ketika berlakunya peperangan?[3]
...Membantu menyediakan makan minum untuk yang berperang
...Merawat mereka yang cedera dalam peperangan
...Memberikan semangat dan motivasi kepada golongan lelaki yang sedang
berperang.
SOALAN PEMAHAMAN-PROSA TRADISIONAL BURUNG TERBANG
DIPIPISKAN LADA cikguphong(3)

Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian jawab soalan yang diberi dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
Hatta , maka orang Siam pun datanglah, lalu perang dengan orang Melaka.
Ada beberapa lamanya berperang, maka banyaklah rakyat Siam yang mati,
Melaka tiada alah . Maka rakyat Siam pun kembalilah, seraya ia
pulang segala rotan ikat barang-barangnya semuanya dicampakkannya di
hulu Muar. Maka rotan itu pun tumbuh ; itulah dinamai orang Rotan Siam,
manakala pasungan kayu ara itu pun tumbuh juga, datang
sekarang di hulu Muar jua, dan tumang Siam tempat bertanak itu
pun tumbuh juga, datang sekarang. Telah rakyat Siam sudah pulang, maka
segala orang teluk rantau pun kembalilah masing-masing ke tempatnya. Maka
Tun Perak tiada diberi baginda pulang lagi ke Kelang; diam di Melaka, dijadikan
baginda bentara.
Maka ada seorang orang Kelang mengatakan(mengadu) dirinya teraniaya
oleh Tun Perak sedikit. Maka ia berdatang sembah ke bawah duli
baginda . Maka baginda memberi titah kepada bentara Seri
Amerta, menyuruh berkata kepada Tun Perak. Maka Tun Perak pun datang
menghadap . Maka Seri Amerta pun berkata kepada Tun Perak, Orang ini,
ya Tuan Tun Perak, mengadukan halnya ke bawah Duli Yang Dipertuan,
mengatakan dirinya teraniaya oleh Tun Perak. Mengapakah maka demikian
pekerti tuan hamba?

i.Nyatakan perkara-perkara luar biasa yang berlaku setelah orang Siam kembali
ke negara mereka.[2]
... segala rotan ikat barang-barangnya semuanya dicampakkannya di hulu Muar.
...rotan yang dinamai orang Rotan Siam, pasungan kayu ara dan tumang Siam
tempat bertanak tumbuh
... orang teluk rantau pun kembalilah masing-masing ke tempatnya

ii.Apakah yang berlaku kepada Tun Perak setelah Melaka menang menentang
Siam dalam peperangan?
... Tun Perak tiada diberi baginda pulang lagi ke Kelang
...Tun Perak diam di Melaka dan dijadikan baginda bentara.
... orang Kelang mengatakan dirinya teraniaya oleh Tun Perak

iii. Sekiranya anda Duli Yang Dipertuan, bagaimanakah anda akan


menyelesaikan aduan orang Kelang terhadap Tun Perak?
...ialah mempertemukan orang Kelang dengan Tun Perak, menyiasat kes itu
dengan memangil perisik
...memanggil Tun Perak untuk menghadap baginda dan membuat pembelaan
diri.
SOALAN PEMAHAMAN-PROSA TRADISIONAL BURUNG TERBANG
DIPIPISKAN LADA cikguphong(4)

Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian jawab soalan yang diberi dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
Maka diam Tun Perak tiada disahutinya kata Seri Amerta itu. Setelah tiga
kali Seri Amerta berkata-kata itu, maka barulah disahutinya oleh Tun Perak,
katanya, Tuan Seri Amerta, akan tuan hamba dijadikan Yang Dipertuan
Bentara, dianugerahi pedang sebilah itu jua tuan hamba peliharakan
baik-baik, usahakan jangan diberi berkarat kemakanan. Akan
pekerjaan kami orang memegang negeri di mana tuan hamba tahu? Jikalau
sebesar tempurung sekalipun , negeri namanya; baik juga kepada
kami, maka kami kerjakan, kerana Yang Dipertuan tahu akan baiknya juga
kepada kami, tiada tahu akan jahatnya. Tetapi jikalau Duli Yang Dipertuan
hendak mencerca hamba sebab orang itu, pecatlah hamba dahulu,
maka cercakan hamba dengan dia. Jikalau hamba belum dipecat, bagaimana
hamba hendak dicerca?
Syahadan , maka berkenan sudi Sultan Muzaffar Syah mendengar kata
Tun Perak itu. Pada hati baginda, Adapun Tun Perak ini tidaklah patut jadi
bentara lagi, patut menjadi Perdana Menteri.

i) Berikan maksud rangkai kata memegang negeri. [2 markah]


... mentadbir kawasan jajahan atau wilayah

ii) Nyatakan tindakan yang diambil oleh bentara Seri Amerta apabila dititahkan
oleh Sultan Muzaffar Syah agar berbincang dengan Tun Perak. [3 markah]
... berbincang dengan Tun Perak mengenai aduan orang Kelang itu
.. .menanyakan sebab Tun Perak berkelakuan sedemikian
... mengulangi soalan yang sama sebanyak tiga kali untuk meminta jawapan
daripada Tun Perak

iii) Pada pendapat anda, mengapakah Sultan Muzaffar Syah berkenan untuk
melantik Tun Perak sebagai Perdana Menteri setelah mendengar kata-kata Tun
Perak itu? Berikan tiga alasan anda. [3 ]
... Sultan Muzaffar Syah melihat Tun Perak sebagai seorang bentara yang jujur
dan amanah dalam melaksanakan tugasnya
... Sultan Muzaffar Syah terpikat dengan sikap tanggungjawab dan dedikasi Tun
Perak dalam menjaga negeri Melaka
...Sultan Muzaffar Syah melihat kebijaksanaan Tun Perak melalui gaya bertutur
dan kemahirannya menjawab soalan daripada bentara Seri Amerta
SOALAN PEMAHAMAN-PROSA TRADISIONAL BURUNG TERBANG
DIPIPISKAN LADA cikguphong(5)

Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian jawab soalan yang diberi dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
Hatta, maka pada sekali peristiwa Seri Nara Diraja duduk di balai, dihadap orang
banyak . Maka Tun Nina Madi pun lalu, disuruh naik duduk dekat, lalu
diribanya oleh Seri Nara Diraja. Maka kata Seri Nara Diraja pada
segala orang yang duduk itu, Tahukah tuan hamba sekalian bahawa ia ini anak
hamba?
Maka sembah segala orang banyak itu, Sahaya semua tahu juga; oleh
tuanku tiada mengaku , semua takut mengatakan dia anak tuanku.
Maka Seri Nara Diraja pun tersenyum, Maka Tun Nina Madi digelar oleh Sultan
Muzaffar Syah Tun Bijaya Maha Menteri. Setelah Paduka Raja dan Seri Nara
Diraja dua orang itu menjadi orang besar, maka anak Melayu pun berbelah,
setengah pada Paduka Raja, setengah pada Seri Nara Diraja, kerana kedua-
duanya sama orang berasal. Maka Seri Nara Diraja tidak muafakat dengan
Paduka Raja, senantiasa beringgit juga; beberapa kali lain Paduka Raja
kedapatan dengan Paduka Raja dalam kampung Seri Nara Diraja. Maka
Sultan Muzaffar Syah pun tahu akan perihal itu maka terlalulah dukacita baginda
melihat kelakuan Paduka Raja dengan Seri Nara Diraja itu. Maka fikir di dalam
hatibaginda, Jikalau demikian binasalah negeri ini, kerana orang besarnya tidak
muafakat sama orang besar.

i.Berikan maksud anak Melayu pun berbelah.[2]


... bermaksud anak Melayu terbahagi kepada dua kumpulan

i.Berikan maksud kedua-duanya sama orang berasal.


berketurunan orang besar ataupun keturunan yang mempunyai kedudukan di
istana.

ii.Berdasarkan petikan di atas, apakah yang menyebabkan Sultan Muzaffar Syah


berasa dukacita dan bimbang negeri tersebut akan binasa?[3 markah]
kerana orang Melayu berpecah kepada dua kumpulan, satu menyokong Seri
Nara Diraja dan satu lagi Paduka Raja
seri Nara Diraja dan Paduka Raja tidak bermuafakat dan sentiasa bertelingkah
sering juga Paduka Raja kelihatan di kampung Seri Nara Diraja

iii.Sekiranya anda Sultan Muzaffar Syah, apakah tindakan-tindakan yang akan


anda lakukan untuk menyatukan kembali penduduk yang berpecah dua?
memanggil Seri Nara Diraja dan PAduka Raja menghadap untuk memperoleh
penjelasan
menghantar penyiasat untuk mengetahui kedudukan sebenar perbalahan
tersebut
menawarkan hadiah yang lumayan kepada salah seorang untuk meletakkan
jawatan
SOALAN PEMAHAMAN-PROSA TRADISIONAL BURUNG TERBANG
DIPIPISKAN LADA cikguphong(6)

Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian jawab soalan yang diberi dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
Adapun akan Tun Kudu itu diperisteri Duli Yang Dipertuan, terlalu baik rupanya,
tetapi matanya juling sedikit. Telah baginda mendengar sembah Seri Nara
Diraja demikian, maka dengan sesaat itu juga ditalak baginda, dihantarkan
ke rumah Paduka Raja, diberi belanja, disuruh berhadir akan kahwin
dengan Seri Nara Diraja.[teknik kejutan]
Maka kata segala anak buah Seri Nara Diraja, Bagaimana maka datuk
hendak beristeri muda, kerana datuk sudah tua, dan bulu mata dengan bulu
kening sudah bertemu?
Maka kata Seri Nara Diraja, Di mana kamu sekalian tahu? Jikalau demikian
sia-sialah cula , dibeli oleh bapaku sekali emas di benua Keling
itu. [Teknik imbas kembali]
Dan telah sudah lepas idah , maka Seri Nara Diraja pun bernikah
dengan Tun Kudu. Maka menjadi muafakatlah Seri Nara Diraja dengan
Paduka Raja,menjadi berkasih-kasihan seperti saudara sejalan jadi. Maka
sembah Seri Nara Diraja pada Sultan Muzaffar Syah, Tuanku, baiklah Paduka
Raja dijadikan bendahara, kerana ia sedia anak bendahara. Maka titah
baginda, Baiklah. Maka Paduka Raja pun dijadikan bendahara.

i.Berikan maksud menjadi berkasih-kasihan.


Hubungan yang sangat erat dan mesra

ii.Apakah peristiwa-peristiwa yang berlaku sesudah perkahwinan Tun Kudu


dengan Seri Nara Diraja?[3 markah]
hubungan antara kedua-duanya sangat mesra seperti bersaudara
seri Nara Diraja sendiri mencadangkan agar Paduka Raja dilantik menjadi
bendahara
Paduka Raja dilantik menjadi bendahara oleh Sultan Muzaffar Syah

iii.Pada pendapat anda, mengapakah perkahwinan dapat menyelesaikan


perbalahan antara pembesar pada zaman dahulu? [3 markah]
...perkahwinan menjadi simbol perhubungan antara dua pihak
...perkahwinan dengan orang tertentu mengangkat status seseorang
..perkahwinan menjalinkan perhubungan persaudaraan
SOALAN PEMAHAMAN-PROSA TRADISIONAL BURUNG TERBANG
DIPIPISKAN LADA cikguphong(7)

Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian jawab soalan yang diberi dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
Maka ada seorang anak Seri Bija Diraja, Tun Umar namanya, terlalu
berani, kelakuannya gila-gila bahasa. Maka disuruhkan oleh Bendahara
Paduka Raja suluh perahu Siam itu. Maka Tun Umar pun pergilah dengan
sebuah perahunya olang-oleng . Telah bertemu dengan perahu Siam yang
banyak itu,maka dilanggarnya sekali, dua tiga buah perahu Siam alah ,
lalu ia terus ke sebelah ; maka ia berbalik, dilanggarnya pula yang lain, itu
pun dua tiga buah perahu Siam alah. Maka Tun Umar pun kembalilah. Maka
orang Siam terlalu hairan melihat kelakuan Tun Umar itu. Telah hari
malam, maka Awi Dicu pun datanglah. Maka oleh Bendahara Paduka Raja
segala pohon kayu bakau dan nyirih dan tumpu api-api itu sekaliannya
disuruhnya tambati puntung api. Telah dipandang oleh orang Siam api
tiada terbilang lagi banyaknya, maka kata hulubalang Siam, Terlalu
banyak kelengkapan perahu Melaka ini, tiada terbilang lagi.
Jikalau ia datang apa hal kita? Sedang sebuah perahunya tadi lagi tiada terlawan
oleh kita.
Maka kata Awi Dicu, Benarlah seperti kata kamu itu; marilah kita kembali
sementara belum siang ini.
Maka segala orang Siam pun kembalilah.

i)Berikan maksud kelakuannya gila-gila bahasa. [2 markah]


... bertingkah atau bersikap seperti orang gila
i)Berikan maksud perahunya olang-oleng. [2 ]
... sampannya terhuyung-hayang/terumbang- ambing/tidak stabil

i.Huraikan tiga perwatakan Tun Umar yang terdapat dalam petikan. [5 markah)
..seorang yang berani. Contohnya, Tun Umar pergi melanggar dua tiga buah
perahu orang Siam dengan hanya menggunakan sebuah perahu sahaja.
...seorang yang gila-gila bahasa. Contohnya, Tun Umar melakukan
perbuatannya yang berulang-alik melanggar perahu orang Siam sehingga
menimbulkan kehairanan kepada orang Siam.
... seorang yang patuh akan arahan pemerintah. Contohnya, Tun Umar
bersegera pergi melanggar perahu-perahu orang Siam setelah menerima arahan
daripada Bendahara Paduka Raja.

ii.Pada pendapat anda, mengapakah Bendahara Paduka Raja menyuruh


hulubalangnya mengikat puntung api pada segala pohon kayu pada waktu
malam? Nyatakan tiga sebab itu. [4 markah]
... untuk membuat helah kepada orang Siam supaya mereka tidak meneruskan
niat untuk menyerang negeri Melaka
... untuk menggambarkan kepada orang Siam bahawa negeri Melaka
mempunyai hulubalang yang banyak
... untuk menakut-nakutkan orang Siam bahawa jika mereka menyerang negeri
Melaka, pasti banyak nyawa orang Siam yang akan terkorban

ii.Apakah strategi peperangan yang dilakukan oleh Bendahara Paduka Raja


berdasarkan petikan di atas?[3]
..menyuruh Tun Umar menyuluh perahu Siam untuk melihat kekuatan musuh
...Tun Umar melanggar beberapa buah perahu Siam untuk menakutkan pihak
musuh
...segala pohon kayu bakau, nyirih dan tumpu api-api dinyalakan api sebagai
helah kepada Siam untuk menunjukkan tentera Melaka yang ramai bilangannya.

iii.Pada pendapat anda, mengapakah Awi Dicu mengarahkan bala


tenteranya kembali ke Siam?[3 markah]
..terpedaya dengan helah Melaka bahawa bilangan tentera Melaka ramai
..gerun dengan keberanian luar biasa Tun Umar yang mewakili tentera yang lain
...tidak yakin dapat mengalahkan tentera Melaka yang ramai dan kuat.

Berikan huraian bagi setiap pengajaran yang terdapat dalam prosa tradisional
Burung Terbar, Dipipiskan Lada seperti yang dinyatakan di bawah ini.

1. Kita haruslah hidup bersatu padu untuk menikmati kehidupan yang harmoni.
Seri Nara Diraja dan Bendahara Paduka Raja hidup bermuafakat dan bersatu
padu sehingga membolehkan Melaka menghadapi ancaman Siam.

2. Kita haruslah bijak menggunakan strategi untuk menyelesaikan masalah.


Sultan Muzaffar Syah bijaksana dalam menyelesaikan konflik antara Seri Nara
Diraja dengan Paduka Raja.

3. Kita hendaklah ikhlas semasa melakukan sesuatu tindakan.


Seri Nara Diraja ikhlas menyokong pelantikan Paduka Raja sebagai Bendahara
Melaka.

4.Kita hendaklah menggunakan ilmu pengetahuan untuk melakukan tindakan


yang betul dan tepat.
Tuan Sidi Arab yang mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi sehingga dapat
membunuh musuhnya dari jauh.
SOALAN PEMAHAMAN-PROSA TRADISIONAL BURUNG TERBANG
DIPIPISKAN LADA cikguphong(8)

Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian jawab soalan yang diberi dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
Adapun segala orang Siam yang kembali itu, telah ia sampai ke
benua Siam, maka Awi Dicu pun masuk menghadap Paduka Bubunnya. Maka
Paduka Bubunnya pun terlalu marah; maka ia sendiri hendak pergi menyerang
Melaka itu. Maka ada seorang anak Paduka Bubunnya, Cau Pandan namanya.
Maka ialah bercakap Ke Bawah Duli Paduka Bubunnya hendak menyerang
Melaka, sembahnya Duli Pra Cau, lengkapi patik , patiklah
mengalahkan Melaka itu. Maka Paduka Bubunnya pun terlalu suka
mendengar sembah Cau Pandan itu. Maka baginda pun menyuruh
berlengkap kepada Pra Kelong delapan ratus sum, lain perahu kecil-kecil
tiada terbilang lagi, sekadar menantikan musim juga lagi.

i.Berikan maksud lengkapi patik, patiklah mengalahkan Melaka itu. [2 markah]


mempersiapkan kelengkapan perang bagi Cau Pandan sebagai syarat
persiapan untuk mengalahkan Melaka

ii.Apakah perkara yang berlaku setelah Awi Dicu menghadap Paduka Bubunnya
berdasarkan petikan di atas? [3 ]
..Paduka Bubunya marah dan berazam dirinya sendiri akan pergi untuk
menyerang Melaka
..Cau Pandan menawarkan diri untuk bersiap bagi menyerang Melaka
..Pra Kelong diminta menyiapkan lapan ratus sum(sejenis kapal buatan Siam)
dan perahu-perahu kecil yang tidak terhitung bilangannya.

iii.Sekiranya anda Paduka Bubunnya, apakah tindakan yang akan anda lakukan
setelah pasukan tentera yang dihantar mengalami kekalahan? [3 markah]
...menghantar utusan perdamaian untuk menjalinkan kerjasama dengan Melaka
...menghantar perisik untuk menyiasat kekuatan dan kelemahan negeri Melaka
...mengadakan kerjasama dengan negara besar untuk membantu menyerang
Melaka
Latihan G1( Burung Terbang Dipipiskan Lada)

Kata sahibulhikayat, maka tersebutlah perkataan Raja Benua Siam, Dari zaman
dahulu kala negeri Siam itu Syahrunnuwi namanya disebut orang, dan raja-raja
di bawah angin ini semuanya takluk kepadanya, dan nama rajanya Bubunnya.
Telah kedengaran ke benua Siam bahawa Melaka negeri besar yang tiada takluk
kepadanya, maka Paduka Bubunnya pun menyuruh ke Melaka hendak minta
surat sembah. Maka Sultan Muzaffar Syah tiada mahu menyembah ke benua
Siam. Maka Raja Benua Siam terlalu marah, lalu menyuruh berlengkap akan
menyerang Melaka; Awi Cakri nama panglimanya, membawa rakyat terlalu
banyak tiada terpermanai lagi. Maka dipersembahkan orang ke bawah Duli
Sultan Muzaffar Syah bahawa Raja Benua Siam menitahkan hulubalang, Awi
Cakri namanya, membawa rakyat terlalu banyak tiada terpermanai banyaknya,
berjalan darat terus ke hulu Pahang. Maka telah Sultan Muzaffar Syah
mendengar khabar itu, maka baginda menyuruh menghimpunkan segala rakyat
teluk rantau berhimpun ke Melaka. Dan akan Tun Perak membawa orang Kelang
ke Melaka dengan anak isterinya sekali. Maka orang Kelang berdatang sembah
kepada Sultan, Ya tuanku, segala teluk rantau yang lain semuanya menghadap
dengan laki-laki juga; akan patik sekalian dibawa oleh Tun Perak dengan
perempuan sekali.

i.Berikan maksud menghimpunkan segala rakyat. [2 markah]


Maksud menghimpunkan segala rakyat ialah mengumpulkan semua penduduk

ii.Nyatakan reaksi Raja Benua Siam apabila diberitahu bahawa Sultan Muzaffar
Syah tidak mahu menyembah benua Siam. [3 markah]
Reaksi Raja Benua Siam apabila diberitahu bahawa Sultan Muzaffar Syah tidak
mahu menyembah benua Siam ialah Raja Benua Siam sangat marah lalu
menyuruh tenteranya menyerang Melaka. Awi Cakri dititahkan untuk mengetuai
serangan tersebut dan membawa rakyat yang sangat ramai ke hulu Pahang.

iii.Sekiranya anda Sultan Muzaffar Syah, apakah yang akan anda lakukan untuk
mengelakkan Raja Benua Siam menyerang kerajaan anda? [3 markah]
Sekiranya saya Sultan Muzaffar Syah, tindakan yang akan saya lakukan untuk
mengelakkan Raja Benua Siam menyerang kerajaan saya ialah Membuat
rundingan secara baik dengan Raja Benua Siam. Selain itu, meminta bantuan
pihak ketiga untuk menjadi orang tengah. Akhirnya, memohon maaf dan
menyatakan kesediaan untuk menyembah negeri Siam.
Latihan G2( Burung Terbang Dipipiskan Lada)

Maka oleh Seri Amerta kata Tun Perak itu semuanya dipersembahkan ke bawah
Duli Yang Dipertuan. Maka baginda pun tersenyum, seraya bertitah, Benar
seperti kata Tun Perak itu.
Maka diambil baginda sirih dari puan baginda, disuruh berikan kepada Tun
Perak. Maka titah baginda kepada Tun Perak, Bahawa Tun Perak tiada patut
diam di Kelang lagi; baiklah Tun Perak diam di negeri.
Hatta, maka orang Siam pun datanglah, lalu perang dengan orang Melaka. Ada
beberapa lamanya berperang, maka banyaklah rakyat Siam yang mati, Melaka
tiada alah. Maka rakyat Siam pun kembalilah, seraya ia pulang segala rotan ikat
barang-barangnya semuanya dicampakkannya di hulu Muar. Maka rotan itu pun
tumbuh; itulah dinamai orang Rotan Siam, manakala pasungan kayu ara itu pun
tumbuh juga, datang sekarang di hulu Muar jua, dan tumang Siam tempat
bertanak itu pun tumbuh juga, datang sekarang. Telah rakyat Siam sudah
pulang, maka segala orang teluk rantau pun kembalilah masing-masing ke
tempatnya. Maka Tun Perak tiada diberi baginda pulang lagi ke Kelang; diam di
Melaka, dijadikan baginda bentara.

i.Berikan maksud Benar seperti kata Tun Perak itu. [2 markah]


Maksud Benar seperti kata Tun Perak itu ialah raja bersetuju dengan kata-kata
Tun Perak itu.

ii.Apakah yang berlaku kepada Tun Perak selepas orang-orang Siam dan orang-
orang teluk rantau kembali ke negeri mereka semula? [3 markah]
Perkara-perkara yang berlaku kepada Tun Perak selepas orang-orang Siam dan
orang-orang teluk rantau kembali ke negeri mereka semula ialah Raja tidak
membenarkan Tun Perak pulang ke Kelang sebaliknya meminta Tun Perak terus
tinggal di Melaka. Selain itu, Tun Perak telah dilantik sebagai bentara .

iii.Sekiranya anda raja, selain menganugerahkan jawatan, apakah yang akan


anda lakukan untuk membalas jasa Tun Perak yang mengetuai peperangan
dengan Siam? [3 markah]
Sekiranya saya raja, selain menganugerahkan jawatan, perkara yang akan saya
lakukan untuk membalas jasa Tun Perak yang mengetuai peperangan dengan
Siam ialah saya memberikan hadiah seperti persalinan atau barangan berharga.
Selain itu, saya memberikan pingat kebesaran kepada Tun Perak. Seterusnya,
saya menaikkan gaji Tun Perak. Akhirnya, saya mengadakan keraian sebagai
penghargaan atas jasa Tun Perak.
Latihan G3( Burung Terbang Dipipiskan Lada)

Syahadan, maka berkenan Sultan Muzaffar Syah mendengar kata Tun Perak itu.
Pada hati baginda, Adapun Tun Perak ini tidaklah patut jadi bentara lagi, patut
menjadi Perdana Menteri.
Maka digelar baginda Paduka Raja, disuruh duduk di seri balai setara Seri Nara
Diraja. Maka Paduka Raja pun naiklah duduk dekat Seri Nara Diraja di seri balai,
maka Seri Nara Diraja berkisar ke tengah. Hatta, maka Seri Nara Diraja pun
pindahlah ke sebelah kanan, jadi Paduka Raja duduk pada tempat bendahara.
Adapun Seri Nara Diraja pun telah tualah tiada beranak laki-laki, dan beranak
dengan isterinya, anak bendahara Seri Amar Diraja itu seorang perempuan, Tun
Putih namanya, diperisteri oleh Raja Abdullah; dan beranak dengan gundik
seorang laki-laki, Tun Nina Madi namanya, tiada diaku oleh Seri Nara Diraja
sebab takut akan isterinya. Maka Tun Nina Madi pun besarlah, beranak bercucu.
Maka isteri Seri Nara Diraja pun matilah.
Hatta, maka pada sekali peristiwa Seri Nara Diraja duduk di balai, dihadap orang
banyak. Maka Tun Nina Madi pun lalu, disuruh naik duduk dekat, lalu diribanya
oleh Seri Nara Diraja. Maka kata Seri Nara Diraja pada segala orang yang duduk
itu, Tahukah tuan hamba sekalian bahawa ia ini anak hamba?

i.Berikan maksud beranak dengan isterinya. [2 markah]


Maksud beranak dengan isterinya ialah dilahirkan oleh isterinya.

ii.Nyatakan perkara-perkara yang dilakukan oleh Seri Nara Diraja apabila melihat
Tun Nina Madi berjalan di hadapannya di balai menghadap.[3 markah]
Perkara-perkara yang dilakukan oleh Seri Nara Diraja apabila melihat Tun Nina
Madi berjalan di hadapannya di balai menghadap ialah Seri Nara Diraja
memanggil Tun Nina Madi agar mendekatinya lalu meriba anaknya itu . Selain
itu, Seri Nara Diraja memberitahu semua orang bahawa Tun Nina Madi itu ialah
anaknya

iii.Sultan Muzaffar Syah telah menaikkan pangkat Tun Perak daripada bentara
menjadi Perdana Menteri.Pada pendapat anda, apakah kriteria-kriteria yang
diutamakan sebelum menaikkan pangkat seseorang? [3 ]
Pada pendapat saya, kriteria-kriteria yang diutamakan sebelum menaikkan
pangkat seseorang ialah pengalaman bekerja atau perkhidmatan . Selain itu,
kebolehan untuk melaksanakan tanggungjawab baharu.
Latihan G4( Burung Terbang Dipipiskan Lada)

Maka beberapa anak orang besar-besar ditanyakan oleh Sultan, tiada juga
berkenan pada Seri Nara Diraja. Maka titah Sultan, Mahukah Seri Nara Diraja
akan Tun Kudu, anak Bendahara Seri Wak Raja, saudara Paduka Raja?
Maka sembahnya, Daulat, tuanku.
Adapun akan Tun Kudu itu diperisteri Duli Yang Dipertuan, terlalu baik rupanya,
tetapi matanya juling sedikit. Telah baginda mendengar sembah Seri Nara Diraja
demikian, maka dengan sesaat itu juga ditalak baginda, dihantarkan ke rumah
Paduka Raja, diberi belanja, disuruh berhadir akan kahwin dengan Seri Nara
Diraja.
Maka kata segala anak buah Seri Nara Diraja, Bagaimana maka datuk hendak
beristeri muda, kerana datuk sudah tua, dan bulu mata dengan bulu kening
sudah bertemu?
Maka kata Seri Nara Diraja, Di mana kamu sekalian tahu? Jikalau demikian sia-
sialah cula dibeli oleh bapaku sekati emas di benua Keling itu.
Dan telah sudah lepas idah, maka Seri Nara Diraja pun bemikah dengan Tun
Kudu. Maka menjadi muafakatlah Seri Nara Diraja dengan Paduka Raja, menjadi
berkasih-kasihan seperti saudara sejalan jadi. Maka sembah Seri Nara Diraja
pada Sultan Muzaffar Syah, Tuanku, baiklah Paduka Raja dijadikan bendahara,
kerana ia sedia anak bendahara.

i.Mengapakah anak buah Seri Nara Diraja tidak bersetuju apabila Seri Nara
Diraja ingin berkahwin? [2]
...Seri Nara Diraja sudah tua dan bulu mata dengan bulu keningnya sudah
bercantum

ii.Apakah yang dilakukan oleh Duli Yang Dipertuan selepas mendengar


persetujuan Seri Nara Diraja? [3]
...sultan terus menjatuhkan talak kepada Tun Kudu. Seterusnya, Tun Kudu
dihantarkan ke rumah Paduka Raja dan diberikan belanja.Selepas itu, Tun Kudu
diminta untuk berkahwin dengan Seri Nara Diraja.

iii.Perkahwinan Seri Nara Diraja dengan Tun Kudu telah mengeratkan hubungan
antara Seri Nara Diraja dengan Paduka Raja. Pada pendapat anda, selain
mengeratkan hubungan, apakah kebaikan- kebaikan lain yang diperoleh melalui
perkahwinan?
....ialah dapat mengelakkan fitnah. Selain itu, dapat membina keluarga yang
bahagia dan menambah bilangan ahli keluarga. Akhirnya, dapat menjauhi
maksiat.
Latihan G5( Burung Terbang Dipipiskan Lada)

Maka ada seorang anak Seri Bija Diraja, Tun Umar namanya, terlalu berani,
kelakuannya gila-gila bahasa. Maka disuruhkan oleh Bendahara Paduka Raja
suluh perahu Siam itu. Maka Tun Umar pun pergilah dengan sebuah perahunya
olang-oleng. Telah bertemu dengan perahu Siam yang banyak itu, maka
dilanggarnya sekali, dua tiga buah perahu Siam alah, lalu ia terus ke sebelah;
maka ia berbalik, dilanggamya pula yang lain, itu pun dua tiga buah perahu Siam
alah. Maka Tun Umar pun kembalilah. Maka orang Siam terlalu hairan melihat
kelakuan Tun Umar itu. Telah hari malam, maka Awi Dicu pun datanglah. Maka
oleh Bendahara Paduka Raja segala pohon kayu bakau dan nyirih dan tumpu
api-api itu sekaliannya disuruhnya tambati puntung api. Telah dipandang oleh
orang Siam api tiada terbilang lagi banyaknya, maka kata hulubalang Siam,
Terlalu banyak kelengkapan perahu Melaka ini, tiada terbilang lagi. Jikalau ia
datang apa hal kita? Sedang sebuah perahunya tadi lagi tiada terlawan oleh
kita.
Maka kata Awi Dicu, Benarlah seperti kata kamu itu; marilah kita kembali
sementara belum siang ini.
Maka segala orang Siam pun kembalilah.

i.Berikan maksud terlalu hairan melihat kelakuan. [2 markah]


... sangat pelik menyaksikan tingkah laku

ii.Apakah tindakan Bendahara Paduka Raja sebagai helah untuk menakut-


nakutkan tentera Siam?[3 markah]
..memacakkan pohon kayu bakau dan nyirih yang dipasang dengan api di
sepanjang pantai ...apabila dipandang oleh orang Siam banyaknya api di
sepanjang pantai, mereka berundur kerana mereka beranggapan bahawa
tentera Melaka terlalu ramai

iii.Awi Dicu mengaku kalah sebelum bertempur dengan musuhnya.Pada


pendapat anda, adakah wajar tindakan Awi Dicu tersebut? Berikan alasan anda.
[3 markah]
Tidak wajar kerana:
... Awi Dicu sepatutnya cuba menghampiri pantai untuk melihat situasi sebenar
...cuba bertempur dengan tentera Melaka sebelum mengaku kalah
Latihan G6( Burung Terbang Dipipiskan Lada)

Syahadan, maka kedengaran di Melaka bahawa Cau Pandan sudah mati,


sakitnya muntahkan darah, dadanya seperti kena panah. Telah Sultan Muzaffar
Syah mendengar khabar itu, maka titah baginda, Sungguhlah Tuan Sidi Arab ini
hamba Allah keramat.
Maka beberapa puji baginda akan Tuan Sidi Arab itu dan dianugerahi baginda
dengan sepertinya. Setelah empat puluh dua tahun lamanya Sultan Muzaffar
Syah di atas kerajaan, maka baginda pun mangkatlah. Maka anakanda baginda
yang bemama Raja Abdullah itulah menggantikan kerajaan ayahanda baginda,
gelar baginda di atas kerajaan, Sultan Mansur Syah, umur baginda tatkala naik
raja itu dua puluh tujuh tahun. Dan baginda beristerikan anak Seri Nara Diraja
yang bemama Tun Patih Nur Pualam; dan ada beranak dengan gundik baginda
seorang perempuan bemama Puteri Bakal. Adapun Sultan Mansur Syah itu
terlalu baik parasnya, serta dengan adilnya lagi pemurah; seorang pun raja-raja
di dalam alam ini tiada sepertinya pada zaman itu.

i.Apakah punca yang menyebabkan Cau Pandan mati? [2 markah]


...sakit muntah darah
...dadanya seperti kena panah

ii.Gambarkan sifat Sultan Mansur Syah seperti yang terdapat dalam petikan di
atas. [3 markah]
...rupanya sangat kacak
...seorang raja yang adil dan pemurah
...kebaikannya tidak boleh ditandingi oleh raja-raja lain dalam alam ini

iii.Tuan Sidi Arab telah berjasa kepada sultan. Sekiranya anda sultan, nyatakan
tindakan anda agar Tuan Sidi Arab tems kekal berkhidmat dengan kerajaan
anda. [3 markah]
...memberikannya jawatan yang tinggi
...memberikannya hadiah atau ganjaran
...menyediakan sebuah rumah yang selesa
Latihan G7( Burung Terbang Dipipiskan Lada)

Maka Seri Nara Diraja pun tersenyum. Maka Tun Nina Madi digelar oleh Sultan
Muzaffar Syah Tun Bijaya Maha Menteri. Setelah Paduka Raja dan Seri Nara
Diraja dua orang itu menjadi orang besar, maka anak Melayu pun berbelah,
setengah pada Paduka Raja, setengah pada Seri Nara Diraja, kerana kedua-
duanya sama orang berasal. Maka Seri Nara Diraja tidak muafakat dengan
Paduka Raja, senantiasa beringgit juga; beberapa kali lain Paduka Raja
kedapatan dengan Paduka Raja dalam kampung Seri Nara Diraja. Maka Sultan
Muzaffar Syah pun tahu akan perihal itu maka terlalulah dukacita baginda
melihat kelakuan Paduka Raja dengan Seri Nara Diraja itu. Maka fikir di dalam
hati baginda, Jikalau demikian binasalah negeri ini, kerana orang besamya tidak
muafakat sama orang besar.
Hatta, maka baginda fikir berbicara hendak memuafakatkan Seri Nara Diraja
dengan Paduka Raja. Maka baginda pun menyuruh memanggil Seri Nara Diraja;
maka dia pun hadirlah. Maka titah Sultan Muzaffar Syah, Mahukah Seri Nara
Diraja beristeri?

i.Berikan maksud terlalulah dukacita baginda. [2 markah]


... raja atau sultan berasa sangat sedih

ii.Apakah yang telah berlaku selepas Paduka Raja dan Seri Nara Diraja menjadi
orang besar? [3 markah]
...orang-orang Melayu berpecah belah
...sebahagian orang Melayu menyokong Paduka Raja dan sebahagian lagi
menyokong Seri Nara Diraja
...mereka berdua tidak boleh bermuafakat

iii.Sekiranya anda sultan, bagaimanakah cara anda untuk mendamaikan


perselisihan faham antara Paduka Raja dengan Seri Nara Diraja? [3 markah]
..saya akan memanggil kedua-duanya untuk berbincang tentang masalah
tersebut
....saya akan menasihati mereka berdua agar berbaik-baik semula
..saya akan memindahkan salah seorang ke tempat lain agar mereka jarang
berjumpa
SOALAN PEMAHAMAN-PROSA TRADISIONAL BURUNG TERBANG
DIPIPISKAN LADA bmlabukau (2)

Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian jawab soalan yang diberi dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

Dan telah sudah lepas edah, maka Seri Nara Diraja pun bernikah dengan Tun
Kudu. Maka jadi maufakatlah Seri Nara Diraja dan Paduka Raja, menjadi
berkasih-kasihan seperti saudara sejalan jadi. Maka sembah Seri Nara Diraja
kepada Sultan Muzaffar Syah, "Tuanku, baiklah Paduka Raja dijadikan
bendahara, kerana ia sedia anak bendahara."

Maka titah baginda, "Baiklah."

Maka Paduka Raja pun dijadikan bendahara.

Syahadan, Bendahara Paduka Raja itulah yang dikatakan orang bijaksana,


kerana pada zaman itu tiga buah negeri yang sama besarnya, pertama
Majapahit, kedua Pasak, ketiga Melaka. Di dalam negeri tiga buah itu ada tiga
orang yang bijaksana, di Majapahit, Patih Aria Gajah Mada, dan di Pasak, Orang
Kaya Kayanan, dan di Melaka, Bendahara Paduka Raja, dan Seri Nara Diraja
menjadi penghulu bendahari.

1. Beri maksud rangkai kata di bawah: [2 markah]


i. berkasih-kasihan - berkasih-sayang/ berbaik-baik
ii. sejalan sejadi - sehati sejiwa/ bersefahaman

2. Siapakah orang yang dianggap bijaksana oleh penulis dalam ketiga-tiga


negeri tersebut? [4 markah]
Orang yang dianggap bijaksana di ketiga-tiga negeri tersebut ialah Patih Aria
Gajah Madja di Majapahit dan Orang Kaya Kayanan di Pasak. Di Melaka pula,
mereka yang dianggap bijaksana ialah Bendahara Paduka Raja dan Seri Nara
Diraja.

3. Dalam petikan di atas, Paduka Raja yang dilantik sebagai bendahara


merupakan seorang yang berkualiti tinggi. Pada pendapat anda mengapakah
rakyat yang berkualiti tinggi amat diperlukan oleh sesebuah negara? [4 markah]
Rakyat yang berkualiti tinggi seperti Paduka Raja amat diperlukan oleh sesebuah
negara kerana mereka dapat memimpin sesebuah negara sehingga negara
menjadi kuat. Rakyat yang berkualiti juga diperlukan bagi menjaga keselamatan
negara daripada dijajah oleh kuasa luar. Selain itu, rakyat yang berkualiti tinggi
akan dapat membentuk rakyat supaya bersatu-padu dan keamanan negara akan
terjamin. Akhir sekali, Rakyat yang berkualiti tinggi amat diperlukan bagi
membangunkan ekonomi dan bidang sosial di negara tersebut.
4. Pada pendapat anda, apakah yang perlu kita lakukan untuk menjadi rakyat
yang berkualiti tinggi seperti bendahara Paduka Raja? [4 markah]
Untuk melahirkan rakyat yang berkualiti tinggi, kita perlu memastikan orang
ramai mendapatkan pendidikan yang berkualiti supaya rakyat berilmu
pengetahuan tinggi. Kita juga perlu menyediakan latihan kepada rakyat agar
mereka dapat menjadi tenaga kerja mahir yang boleh memajukan ekonomi
negara. Selain itu, kita juga perlu menanamkan semangat patriotisme kepada
mereka supaya mereka berani mempertahankan negara daripada serangan
musuh. Akhir sekali, kita perlu memastikan perpaduan sentiasa terjaga supaya
dapat melahirkan rakyat yang berkualiti tinggi.

5. Berdasarkan petikan di atas, huraikan dua latar masyarakat yang terdapat


dalam petikan tersebut. [4 markah]
Latar masyarakat yang terdapat dalam petikan di atas ialah masyarakat
bangsawan. Mereka adalah terdiri daripada pemerintah negara seperti Paduka
Raja yang memegang jawatan sebagai bendahara. Latar masyarakat yang lain
ialah askar Siam. Mereka telah diperintahkan oleh Paduka Bubunya untuk
menyerang Melaka kerana ingin menakluki Melaka yang pada masa itu sangat
maju.

6. Huraikan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan di atas dan satu lagi
pengajaran yang terdapat dalam keseluruhan cerita tersebut. [4 markah]
Pengajaran yang terdapat dalam petikan di atas ialah kita perlu bijak
menggunakan strategi untuk mendapatkan kemenangan dalam sesuatu yang
kita lakukan. Contohnya, Paduka Raja meletakkan unggun api pada pokok
bakau untuk menakutkan askar Siam pada waktu malam.
Pengajaran lain yang terdapat dalam keseluruhan cerita ini ialah kita mesti
menghargai pengorbanan dan jasa yang telah disumbangkan oleh orang lain.
Contohnya, Sultan Muzaffar menghargai jasa askarnya yang telah mengalahkan
askar Siam dengan memberi persalinan baru.
Latihan 9: bmspm

Baca petikan Prosa Tradisional di bawah dengan teliti. Kemudian jawab


soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Kata sahibulhikayat, maka tersebutlah perkataan Raja Benua Siam. Dari zaman
dahulu kala negeri Siam itu Syahrunnuwi namanya disebut orang, dan raja-raja di
bawah angin ini semuanya takluk kepadanya, dan nama rajanya Bubunnya. Telah
kedengaran ke benua Siam bahawa Melaka negeri besar yang tiada takluk kepadanya,
maka Paduka Bubunnya pun menyuruh ke Melaka hendak minta surat sembah. Maka
Sultan Muzaffar Syah tiada mahu menyembah ke benua Siam. Maka Raja Benua Siam
terlalu marah, lalu menyuruh berlengkap untuk menyerang Melaka; Awi Cakri nama
panglimanya, membawa rakyat terlalu banyak tiada terpermanai lagi. Maka
dipersembahkan orang ke bawah Duli Sultan Muzaffar Syah bahawa Raja Benua Siam
menitahkan hulubalang, Awi Cakri namanya, membawa rakyai terlalu banyak tiada
terpermainai banyaknya, berjalan darat terus ke hulu Pahang.
Maka telah Sultan Muzaffar Syah mendengar khabar itu, maka baginda menyuruh
menghimpunkan segala rakyat teluk rantau berhimpun ke Melaka. Dan akan Tun Perak
membawa orang Kelang ke Melaka dengan anak isterinya sekali. Maka orang Kelang
berdatang sembah kepada sultan, Ya tuanku, segala teluk rantau yang lain semuanya
menghadap dengan laki-laki juga; akan patik sekalian dibawa oleh Tun Perak dengan
perempuan sekali.
Adapun Seri Amerta itu asalnya orang Pasai, tanah Samudera namanya; sebab ia
cerdik lagi tahu berkata-kata, maka dijadikan baginda bentara, digelar baginda Seri
Amerta. Maka diperbuatkan baginda satu bangku tebal, di bawah lutut baginda, di
sanalah ia memikul pedang, ialah yang menyampaikan titah raja barang sesuatu.

i. Apakah yang membuatkan Seri Amerta dipilih menjadi bentara? [2 markah]


Cerdik
Tahu berkata-kata

ii. Apakah tindakan Sultan Muzaffar Syah setelah mendengar khabar itu? [3
markah]
Menyuruh menghimpun segala rakyat teluk rantau berhimpun ke Melaka
Tun Perak membawa orang Kelang ke Melaka dengan anak isterinya sekali

iii. Sekiranya anda ialah Awi Cakri, apakah strategi anda untuk menyerang
Melaka? [3 markah]
Menghantar perisik ke Melaka utk mengumpul maklumat tt keadaan di Melaka
Memasuki tanah melayu melalui Pahang
Mempersiapkan bala tentera yang gagah dan perkasa

iv. Pada pendapat anda, apak ciri-ciri pemimpin yang bijak?[3 markah]
Berfikiran jauh
Pandai menyusun strategi
Luas pengetahuan
Latihan 10: bmspm

Baca petikan Prosa Tradisional di bawah dengan teliti. Kemudian jawab


soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Syahadan, pada suatu hari, maka Tun Perak datang menghadap, duduk di tanah
sama-sama orang banyak. Maka kata bentara yang bergelar Seri Amerta kepada Tun
Perak, Tuan Tun Perak, segala orang Kelang ini menghadap baginda mengadukan
halnya kepada Duli Yang Dipertuan. Adapun orang teluk rantau yang lain semuanya
menghadap laki-laki juga; adapun orang Kelang ini menghadap bahawa Tun Perak
dengan membawa perempuan sekali. Mengapakah maka demikian fiil tuan?
Maka tiada disahut oleh Tun Perak kata itu. Sekali lagi Seri Amerta berkata, itu pujn
tiada disahuti oleh Tun Perak. Genap tiga kali Seri Amerta berkata itu, maka barulah
disahuti oleh Tun Perak, katanya, Hai Seri Amerta, tuan hamba dengan pedang tuan
hamba sebilah itu juga, hendaklah baik baik tuan hamba peliharakan, jangan diberi
berkarat, jangan kemakanan matanya. Akan pekerjaan kami orang bekerja ini, di mana
tuan hamba tahu? Adapun akan sekarang Duli Yang Dipertuan di dalam negeri ini
dengan perempuan anak isteri dan segala perkakas. Maka benarkah pada fikir tuan
hamba, kami sekalian datang dengan laki-laki juga, dengan begini jauh Selat Kelang?
Jikalau satu hal negeri ini, apa hisab pada kami sekalian? Sebab itulah maka segala
orang Kelang ini hamba suruh bawa dengan anak isterinya sekali. Nescaya berperang
dengan bersungguh-sungguh hatinya; kurang-kurang ia berlawankan Duli Yang
Dipertuan lebih ia berlawankan anak isterinya bersungguh-sungguh.

i. Apakah perkara yang diperkatakan Tun Perak kepada Seri Amerta dengan
pedangnya itu? [2 markah]
Hendaklah baik-baik tuan hamba peliharakan
Jangan diberi berkarat
Jangan kemakanan matanya

ii. Sekiranya anda ialah Tun Perak, apakah tindakan anda utk memastikan
tentera perang lebih bersemangat juang dan menang dalam pertempuran kelak?
[3 markah]
Memberikan kata-kata semangat dan motivasi kepada para tentera
Memberikan latihan yang secukupnya
Menyediakan peralatan perang yang canggih
Menawarkan habuan kepada mereka

iii. Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk menaikkan semangat


patriotik dalam kalangan anak muda sekarang?[4 markah]
Memberi kesedaran melalui penganjuran kempen kemerdekaan
Membuat pertandingan berkenaan tanah air
Kuiz-kuiz kemerdekaan
Menyediakan bahan bacaan tentang kemerdekaan
Mempertingkatkan penglibatan mereka dalam aktiviti-aktiviti kemerdekaan.
Menceritakan tentang kisah kehidupan zaman dahulu serta kisah pejuang-
pejuang tanah air.

Вам также может понравиться