Вы находитесь на странице: 1из 10

PERATURAN PERTANDINGAN SILAT SENI

PENDAHULUAN

Pertandingan silat seni adalah bertujuan untuk menilai unsure-unsur seni di dalam
beberapa aspek persilatan, iaitu dari aspek-aspek tari silat (bunga) hinggalah ke aspek
bela diri.

Pertandingan dijalankan dengan menilai persembahan sesuatu pasukan di mana


persembahan adalah dilakukan di kalangan sesema ahli-ahli pasukan mereka sahaja
mengikut kaedah-kaedah peraturan pertandingan.

1. KELENGKAPAN PERTANDINGAN

1.1 Gelanggang Pertandingan


a. Gelanggang persembahan merupakan empat segi dengan keluasan
Tidak kurang dari 81 meter persegi (9 x 9 meter).
b. Gelanggang boleh dibuat di atas tanah, lantai atau pentas yang rata
Yang pada pendapat pengadil ianya tidak membahayakan peserta.

1.2 Kelengkapan gelanggang


Kelengkapan gelanggang adalah terdiri dari :
a. Jam pertandingan
b. Gong atau alat yang berfungsi sama
c. Alat perakam kaset atau alat-alat untuk muzik silat

1.3 Kelengkapan peserta


Pakaian pesilat yang terdiri daripada :
a. Pakaian kepala (Tengkolok)
b. Pakaian badan
Warna dan potongan yang sesuai untuk pertandingan mengikut
kreativiti dan tradisi Melayu yang berasaskan nilai-nilai murni.
c. Sebarang ‘aksesori’ tambahan adalah dibenarkan.
d. Baju layang tidak dibenarkan dipakai semasa acara kategori II
(Seni Tempur Silat)
e. Semasa acara kategori IV (Jurus Wajib), peserta hanya memakai
pakaian hitam berbengkung putih selebar 4 inci, melilit pinggang
dan hujung terjuntai.

2. PENYERTAAN

2.1 Peserta adalah terdiri daripada lelaki dan perempuan bagi kategori
menengah dan rendah.

2.2 Setiap pasukan sekolah menengah hendaklah tidak melebihi 10 peserta.

2.3 Bagi kategori sekolah rendah hendaklah tidak melebihi 7 peserta.


3. CORAK DAN WAKTU PERSEMBAHAN

3.1 Persembahan pertandingan yang lengkap adalah terbahagi kepada EMPAT


kategori sekolah menengah dan TIGA kategori sekolah rendah :

Kategori 1
Seni Tari Silat - Dipersembahkan oleh SEORANG peserta
(menengah/rendah) (lelaki dan perempuan)

Kategori II
Seni Tempur Silat - Dipersembahkan oleh DUA orang peserta
(menengah/rendah) (lelaki dan perempuan)

Kategori III
Seni Jurus Silat - Dipersembahkan oleh EMPAT orang peserta
(menengah/rendah) (lelaki dan perempuan)

Kategori IV
Jurus Wajib - Dipersembahkan oleh 3 orang peserta
(menengah/rendah) (lelaki dan perempuan)

3.2 Persembahan bagi semua kategori hendaklah diiringi oleh muzik manakala
kategori IV (Jurus Wajib) tanpa iringan muzik.

4. ATURAN PERTANDINGAN

4.1 Pertandingan adalah berasaskan kepada penilaian yang diberikan kepada


pasukan-pasukan yang membuat persembahan di kalangan pesertanya
sahaja.

4.2 Larangan-larangan di dalam persembahan ialah:


a. Persembahan-persembahan yang membahayakan penonton dan
pegawai.
b. Kelakuan yang biadap dan tidak sopan seperti mengejek, meludah
dan sebagainya.
c. Kelakuan yang mencabar.

5. PENILAIAN MARKAH

5.1 Nilai Markah


Penilaian markah akan diberi berdasarkan kepada kategori persembahan
seperti berikut:
a. Kategori Seni Tari Silat
i. Wiraga 50
ii. Wirama 20
iii. Wirasa 30=100
b. Kategori Seni Tempur Silat
i. Teknik Serang Bela 30
ii. Kekayaan Teknik 30
iii. Ketangkasan & Kecekapan 20
iv. Daya Tahan & Pernafasan 10
v. Kemantapan Sikap 10=100

c. Kategori Seni Jurus Silat


i. Wiraga 50
ii. Wirama 20
iii. Wirasa 30=100

d. Kategori Jurus Wajib


i. Kemantapan 60
ii. keseragaman 30
iii. Urutan dan ketepatan 10=100

5.2 Perincian Pemarkahan

Bagi maksud pemberian markah yang lebih objektif markah yang


maksimum bagi unsur-unsur yang diperhatikan adalah:

Unsur Penilaian Kategori I dan III

a. Wiraga
Kekayaan gerak 10
Kemantapan gerak 10
Keterampilan & Keseragaman 10
Penggarapan gerak 10
Keserasian pakaian & kelengkapan 10
Jumlah kecil 50

b. Wirama
Ketepatan gerak dengan irama 10
Keserasian gerak dengan muzik 10
Jumlah kecil 20

c. Wirama
Penghayatan gerak 10
Kemantapan ekspresi 10
Tertib & sopan santun 10
Jumlah kecil 30

Unsur Penilaian Kategori II

a. Teknik Serang dan Bela


Serangan / belaan yang logik 10
Sikap awal, lintasan serangan dan kekuatan 10
Kaedah pencak silat 05
Keberkesanan serangan / belaan 05
Jumlah kecil 30
b. Kekayaan Teknik
Keanikaragam teknik 15
Jumlah teknik serang / bela 15
Jumlah kecil 30

c. Ketangkasan dan Kecepatan


Ketepatan waktu serang / bela 10
Kecepatan dan ketepatan serangan 05
Kemurnian dan daya tarik 05
Jumlah kecil 20

d. Daya Tahan dan Pernafasan


Daya tahan tubuh 04
Permanfaatan tenaga 02
Pernafasan 04
Jumlah kecil 10

e. Kemantapan Sikap
Sikap sopan santun 05
Sikap tegas dan berani 05
Jumlah kecil 10

Unsur Penilaian Kategori IV

a. Kemantapan
Pergerakan 30
Penghayatan 20
Daya tahan 10
Jumlah kecil 60

b. Keseragaman
Gerakan 20
Keterampilan dan persembahan 10
Jumlah kecil 30

c. Urutan dan ketepatan


Urutan gerakan 05
Ketepatan gerakan 05
Jumlah kecil 10

5.3 Perincian Permarkahan – Bagi semua kategori

a. Nilai 5 (lima) markah ditolak dari peserta pertandingan yang


melaksanakan kurang 15 – 29 saat dari waktu yang ditentukan.
b. Nilai 10 (sepuluh)markah ditolak dari peserta pertandingan yang
melaksanakan persembahan kurang 30-45 saat dari waktu yang
ditentukan.
c. Nilai 15 (lima belas) markah ditolak dari peserta pertandingan yang
melaksanakan persembahan kurang 60 saat dari waktu yang ditentukan.
d. Peserta diberi masa 15 (lima belas) saat untuk menyelesaikan gerakan
terakhir dari persembahannya. Persembahan akan dihentikan oleh Ketua
Pertandingan jika peserta tidak memberhentikan persembahan pada akhir
tempoh masa tersebut. Persembahan di dalam tempoh masa ini tidak akan
diberi penilaian oleh para pengadil.

5.4 Perkara-perkara yang boleh membolehkan penolakan nilai semasa


pertandingan:

a. Perkara-perkara a, b dan c dalam para 5.3 seperti di atas.


b. Jatuh assesori:
i. Tengkolok (kecuali semasa acara tempur) – nilai 2 ditolak
ii. Pakaian badan – nilai 1 ditolak
c. Keluar gelanggang
(samada satu atau dua belah kaki atau badan) – nilai ditolak 1
d. Perkara-perkara a dan b dalam para 4.2 tajuk 4 – nilai ditolak 1 seperti:
i. Meludah
ii. Isyarat lucah
iii. Lain-lain perbuatan melampau yang menyentuh nilai-nilai
kesopanan.
iii. Perlakuan mencabar

6. PELAKSANAAN PERTANDINGAN

6.1 Setiap pertandingan akan diketuai oleh Ketua Pertandingan dengan


dibantu oleh tiga orang Dewan Juri, lima orang Juri, Setiausaha
Pertandingan & Penolong dan Pengamat Waktu & Penolong.

6.2 Pengurusan pengiraan jumlah markah akan dibuat oleh Dewan Juri.

6.3 Tugas Juri


Setiap Juri adalah bertanggungjawab:
a. Memberi penilaian markah kepada setiap persembahan.

6.3 Tugas Pengamat Waktu


Pengamat Waktu adalah bertanggungjawab:
a. Menghidupkan jam pertandingan bagi memulakan setiap
persembahan mengikut kategori.
b. Membunyikan gong atau alat yang sama fungsi untuk
menandakan persembahan, amaran waktu hampir tamat dan tamat
masa persembahan.

7. PENGURUSAN PASUKAN

7.1 Setiap pasukan perlu mempunyai seorang Pengurus Peserta.

7.2 Tanggungjawab pengurus peserta ialah menerima segala arahan dari


pegawai-pegawai pertandingan dan melaksanakannya.
8. PENENTUAN KEMENANGAN

8.1 Kemenangan adalah berasaskan kepada jumlah markah dari setiap


kategori yang dipertandingkan.

8.2 Dalam keadaan dimana jumlah markah yang diperoleh adalah sama, maka
unsur-unsur berikut dijadikan penentu kepada kemenangan mengikut
keutamaan susunan ini bagi kategori I, II, dan III sahaja.
1. Nilai Wiraga atau kekayaan serang bela
2. Nilai Wirama atau kekayaan teknik
3. Nilai pengurangan markah terkecil
4. Undian dijalankan jika ketiga-tiga penentu di atas tidak dapat
mencapai keputusan cemerlang.

Bagi kategori IV, penentu kepada kemenangan mengikut keutamaan


susunan.
1. Kemantapan
2. Keseragaman
3. Urutan dan ketepatan

8.3 Johan keseluruhan akan ditentukan:


a. Berdasarakan kepada pungutan pingat johan, naib johan, ketiga
dan keempat sekolah menengah dan sekolah rendah.
b. Jika didapati sama jumlah pingat, jumlah kutipan markah
keseluruhan kategori sekolah menengah akan menjadi penentu
kemenangan.
c. Jika didapati masih sama, rujuk kepada pemenang mengikut urutan
kategori I, II, III dan IV sekolah menengah lelaki sahaja.
d. Jika didapati masih sama, undian akan dijalankan.

8.4 Segala keputusan akan diumumkan oleh ketua pertandingan atau mana-
mana orang yang diberi mandat oleh ketua pertandingan.

9. FORMAT PERSEMBAHAN PERTANDINGAN

9.1 Format persembahan bagi setiap pasukan adalah seperti berikut:


a. Peserta memberi hormat kepada Ketua Pertandingan, Juri dan
penonton.
b. Peserta menghadap ketua pertandingan untuk menerima arahan
memulakan pertandingan.
c. Peserta bersedia untuk memulakan persembahan.
d. Masa akan diambil apabila bunyi penanda permulaan dibunyikan
dan peserta hendaklah memulakan persembahannya.
e. Bagi kategori I dan II sekolah menengah dan rendah dan kategori
III sekolah rendah sahaja, setelah 2 minit 50 saat dijalankan, bunyi
penanda 1 kali akan dibunyikan sebagai peringatan bahawa masa
ada 10 saat lagi.
f. Tanda masa penamat bagi perkara 9.1 (e) di atas akan dibunyikan 3
minit setelah persembahan dibuat dan peserta hendaklah
mengakhiri persembahannya.
g. Bagi kategori III sekolah menengah, setelah 4 minit 50 saat
dijalankan, bunyi penanda 1 kali akan dibuat sebagai peringatan
bahawa masa ada 10 saat lagi.

h. Tanda masa penamat 5 minit kategori III dibunyikan dan peserta-


peserta menamatkan persembahan.

i. Bagi kategori IV (Jurus Wajib), hanya masa permulaan dan


penamat 3 minit masa persembahan akan dibunyikan.

j. Peserta memberi hormat dan keluar gelanggang.

10. SUSUNAN PELAKSANAAN PERTANDINGAN

Susunan pelaksanaan teknik pertandingan ialah:


a. Pegawai Teknikal
b. Ketua Pertandingan yang dibantu:
i) Dewan Juri
ii) Juri
iii) Setiausaha Pertandingan / Pembantu
iv) Pengamat Waktu / Pembantu
v) Pembantu perubatan
c. Pasukan perubatan
d. Juri Rayuan

11. PEGAWAI TEKNIKAL

Mengetuai dan bertanggungjawab ke atas keseluruhan pertandingan.

12. KETUA PERTANDINGAN

12.1 Mengetuai dan bertanggungjawab ke atas kelancaran pertandingan.

12.2. Mengatur tugas-tugas Juri.

12.3 Memutuskan masalah pertandingan ke peringkat pertama iaitu dengan


merujuk kepada Juri.

12.4 Memanjangkan / mengemukakan masalah pertandingan ke peringkat


kedua iaitu dengan merujuk Juri Rayuan.

12.5 Mengesahkan segala keputusan sebelum pengumuman keputusan


dibuat.

13. PASUKAN PERUBATAN

13.1 Tiap pertandingan yang diselenggarakan harus dihadiri, disaksikan dan


dijaga oleh Pegawai Perubatan yang ditentukan oleh Urusetia
Pertandingan dari awal hingga akhir.

13.2 Atas permintaan Ketua Pertandingan, Pegawai Perubatan boleh merawat


pesilat di gelanggang persembahan.
13.3 Pegawai Perubatan akan menentukan sama ada peserta boleh atau tidak
boleh meneruskan pertandingan.

14. DEWAN JURI

14.1 Dewan Juri adalah terdiri daripada 3 orang Juri yang dipilih oleh Ketua
Pertandingan.

14.2 Tanggungjawab Dewan Juri ialah:


a. Meneliti hasil-hasil penilaian Juri dan menentukan keputusan
sesuatu persembahan untuk diserahkan kepada Ketua
Pertandingan.
b. Memberikan pertimbangan masalah pertandingan kepada Ketua
Pertandingan.

15. JURI

15.1 Juri yang akan menjalankan tugas harus memenuhi syarat:


a. Memiliki kemahiran seni silat dan tauliah dari perguruan masing-
masing.
b. Bersikap adil dan tidak berat sebelah.
c. Dapat membuat keputusan dan memberi keputusan dengan cepat
dan tegas.
d. Telah mengikut kursus pengadilan silat seni.

16. JURI RAYUAN

16.1 Juri Rayuan adalah mereka yang dipilih oleh Jawatankuasa Penganjur
Kejohanan.

16.2 Juri Rayuan mempunyai kuasa tertinggi untuk memberi keputusan


terhadap masalah pertandingan yang dikemukakan kepadanya.

16.3 Keputusan Juri Rayuan adalah muktamad serta tidak boleh dipersoal lagi.

17. ENGKAR DAN HUKUMAN

17.1 Engkar terhadap keputusan Juri Rayuan serta penyimpangan daripada


tatatertib pertandingan boleh dikenakan tindakan:
a. Amaran
b. Dilarang mengikuti kegiatan pertandingan
c. Hukuman

17.2 Mana-mana pasukan yang melanggar peraturan yang tidak menepati


syarat:
a. Peringkat umur dan status persekolahan
c. Jantina
d. Kerakyatan
Kategori yang tersebut di atas akan tersingkir dari menyertai pertandingan.
17.3 Pelaksanaan engkar hukuman juga termaktub kepada pengurus, jurulatih,
dan pegawai pasukan.

18. Peraturan-peraturan yang tidak terdapat di dalam peraturan ini hendaklah


ditentukan dan dijelas oleh Jawatankuasa Penganjur Pertandingan.
JADUAL PENTADBIRAN PERTANDINGAN

TARIKH MASA PERKARA TEMPAT


HARI 1400-1600 Pendaftaran Peserta
PERTAMA 1630-1800 Taklimat / cabutan undi
(17 Julai 2006) 1900-2000 Makan Malam
2000-2200 Bebas
0630-0730 Sarapan Pagi
0800-0900 Upacara Buka Gelanggang
HARI KEDUA 0900-1100 Kategori Seni Tari Puteri (SR)
1100-1130 Minum Malam
1130-1300 Kategori Seni Tari Putera (SR)
18 Julai 2006 1300-1430 Rahat / Makan Tengahari
1430-1630 Kategori Seni Tari Puteri (SM)
1630-1830 Kategori Seni Tari Putera (SM)
0630-0730 Sarapan
0800-1000 Kategori Seni Tempur Putera (SR)
HARI KETIGA 1030-1230 Kategori Seni Tempur Puteri (SR)
1230-1400 Rahat / Makan Tengahari
1400-1600 Kategori Seni Tempur Puteri (SM)
19 Julai 2006 1600-1800 Kategori Seni Tempur Putera (SM)
1800-2000 Makan Malam
2000-2200 Bebas
0630-0730 Sarapan
0800-1000 Kategori Jurus Silat Puteri (SM)
HARI 1030-1230 Kategori Jurus Wajib Putera (SM)
KEEMPAT 1230-1400 Rehat / Makan Tengahari
1400-1600 Kategori Seni Tempur Puteri (SM)
1600-1630 Rehat
20 Julai 2006 1630-1830 Kategori Seni Tempur Putera (SM)
1830-2030 Rehat / Makan Malam
2030-2200 Silat Olahraga Kategori I Puteri
(42 kg – 45 kg)

Вам также может понравиться