Вы находитесь на странице: 1из 4

TAJUK ISL

: Mencari bahan di pusat sumber/ internet berkaitan dengan kanak-kanak


berkeperluan khas.

DEFINISI KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS


Kanak-kanak berkeperluan khas ( exceptional children ) terdiri daripada kanak-kanak
yang mengalami kesukaran belajar. Kanak-kanak Pintar Cerdas ( gifted ) yang
mempunyai kebolehan yang jauh lebih tinggi daripada norma juga diklasifikasikan
sebagai kanak-kanak yang berkeperluan khas. Kedua-dua kumpulan pelajar ini
memerlukan pengubahsuaikan kepada kurikulum dan kaedah mengajar supaya
mereka dapat merealisasikan potensi mereka ( Heward 2003 ).

Istilah lain juga telah digunakan untuk kanak-kanak berkeperluan khas ini seperti
kanak-kanak istimewa, kanak-kanak luar biasa, kanak-kanak kurang upaya, kanak-
kanak cacat, kanak-kanak abnormal, kanak-kanak bermasalah dan kanak-kanak
terbantut pertumbuhan dan perkembangan. Menurut Kail ( 2001 ), hampir 4%
daripada populasi dunia terdiri daripada individu luar biasa atau kanak-kanak
berkeperluan khas.Terdapat kanak-kanak yang dilahirkan tanpa boleh mendengar
apa-apa bunyi, manakala ada juga yang dilahirkan tanpa mempunyai keupayaan
untuk melihat objek atau cahaya termasuklah muka ibu bapa sendiri.

Terdapat juga kanak-kanak yang mengalami kesukaran memberi tumpuan atau


mengalami kerencatan mental sejak lahir. Secara umumnya, kanak-kanak
berkeperluan khas berbeza daripada kanak-kanak normal dari segi

1. mental ( pencapaian akademik ),


2. keupayaan deria ( melihat dan mendengar ),
3. keupayaan berkomunikasi ( menulis dan bertutur ),
4. tingkah laku ( mengawal diri ),
5. emosi ( bercampur gaul )
6. ciri-ciri fizikal ( bergerak dan menjaga diri sendiri)
CIRI-CIRI MURID BERKEPERLUAN KHAS
1.Sindrom Down
Mulut yang sentiasa terbuka dan tidak tertutup rapat.
Lidah yang tebal, kasar dan pendek, serta cenderung terjelir.
Mata sentiasa berair dan merah.
Mata sepet iaitu bahagian luarnya naik ke atas dan terdapat lipatan pada
kedua-dua sisi hidung yang menutupi bahagian dalam mata.
Bentuk muka yang kecil.
Bahagian kepala leper.
Tangan yang lebar dan pendek serta garisan tapak tangan satumelintang.
Majoriti berambut lurus dan lembut.
Jari dan tangan lebar yang pendek dan berbonggol.
Berbadan gembal dan rendak.
Badan yang agak bongkok.
Suka bermanja, bermain dan gembira.
Dapat bergaul dengan baik.
IQ di antara 30 hingga 80.
Kecacatan dapat dikesan sebaik selepas lahir.
2.Autisme
Bermasalah komunikasi
Sukakan rutin
Sering berada dalam dunia tersendiri
Ekolalia
Cederakan diri sendiri
Kompulsif- Tidak suka bergaul
Tidak ada tentangan mata
Kerencatan bahasa- Masalah kefahaman
Tidak suka disentuh
3.Palsi Serebral
Kecacatan anggota tangan, kaki, tubuh badan
Masalah pergerakan
Masalah postur- Kekejangan
Pergerakan tidak terkawal
Masalah imbangan badan
Masalah komunikasi
Masalah motor halus/kasar
Masalah tulisan
Masalah perkembangan motor halus /kasar
4.Hyperaktif
Aktiviti fizikal yang agresif dan berlebihan
.Tindakan yang berlebihan terhadap rangsangan cahaya, bunyi dan warna.
Tidur yang tidak tetap.
Terlalu kerap menangis atau ketawa.
Sukar beri tumpuan terhadap permainan atau kerja yang dilakukan.
Mengubah aktiviti atau tindakan secara mengejut.
Mudah mengamuk bila kehendaknya dihalang.
Sukar menyesuaikan diri dan berinteraksi dengan rakan sebaya.
5.Hypoaktif
- Murung dan menyendiri.
- Aktiviti fizikal yang pasif.
- Tiada respond pada persekitaran.
- Suka termenung.
- Tidak suka bergaul atau berinteraksi.
- Menundukkan muka bila nama dipanggil.
- Suka bermain sendirian.
- Suka berkhayal
6.Cacat Akal Ringan
Idiot- Tidak dapat melindungi diri daripada bahaya fizikal dan mungkin
mencederakan diri sendiri.
Imbersil- Tidak boleh mengurus diri tetapi masih boleh dilatih.
Moron- Perlukan jagaan, kawalan dan tunjuk ajar khas.Perkembangan mental
hanya 23% daripada kadar biasa.Lambat berjalan dan lambat bercakap.
Lembab- Lambat menerima pelajaran dan sukar sesuaikan diri dengan
situasisekolah biasa.
7.Cacat Akal Berat
o Kesukaran ketika makan dan selalu muntah.
o Mengigit sesuatu dalam mulut dan tidak mahu mengeluarkannya.
o Air liur yang meleleh tanpa kawalan.
o Sukar bernafas.
o Sukar tidur dan terjaga waktu malam.
o Selalu menangis.
o Sukar bercakap dan memahami orang lain.
o Suara terlalu lembut, mengau atau sengau.
o Tidak menoleh jika dipanggil dan tidak bertindak balas terhadap bunyi.
o Kebingungan pada cahaya lampu, bunyian dan sentuhan

8. Pintar Cerdas
Kebolehan yang luar biasa.
Mempunyai masalah psiko-sosial seperti masalah kelakuan dan emosi.
pergaulan dengan kanak- kanak lain.
Perkembangan bahasa yang lambat. Perbendaharaan kata yang kemas.
Tidak perlukan banyak tunjuk ajar ketika belajar.
Kemukakan soalan yang bertalu-talu.
Suka bergaul dengan orang yang lebih tua.
Suka mencari helah.

9. Sejenis kecacatan atau ketidaksempurnaan anggota tubuh badan.


Tidak mencapai objek yang ditunjukkan.
Tidak berupaya mengangkut badan.
Tidak berupaya berpijak atau berdiri.
Tidak berupaya memegang objek.
Tidak berupaya mengurus diri.

10.ADD/ADHD
Lambat menyiapkan tugasan
Mudah terganggu
Masalah konsentrasi
Masalah mengurus tugasan
Cepat lupa
Impulsif
Membuat tugasan lain tanpa menyiapkan tugasan sebelumnya
Memerlukan pengawasan yang lebih
Masalah menunggu giliran

Вам также может понравиться