Вы находитесь на странице: 1из 10

1.

0 Pengenalan

Pepejal dibahagikan kepada 3 kumpulan iaitu kumpulan pepejal Platonik, pepejal


Archemidean dan pepejal Kepler-Poinsot. Kesemua pepejal adalah berbentuk 3-Dimensi
dan permukaan-permukaannya terdiri daripada poligon sekata. Semua pepejal juga
mempunyai bucu, permukaan dan sisi. Semua pepejal disambungkan dengan lebih
daripada tiga poligon bertemu pada satu bucu.

2.0 Kumpulan Pepejal Platonik

Ciri-ciri kumpulan Pepejal Platonik ialah merupakan suatu pepejal sekata yang
berbucu cembung. Di dalam ilmu geometri, pepejal platonik ialah pepejal sekata yang
konveks. Bentuk Platonik ini adalah berbentuk tiga dimensi. Selain itu, terdapat lima jenis
pepejal Platonik yang unik. Bentuk-bentuk ini adalah kongruen dari aspek bentuk
permukaan,sisi dan sudut. Sesuatu pepejal adalah konveks jika dan hanya jika:

-Semua bentuk permukaan pepejal adalah berbentuk poligon sekata yang


kongruen

-Tidak berlaku pertindihan di antara permukaan sisi

-Setiap bucu pepejal dipertemukan oleh bilangan bentuk permukaan yang sama
banyak

3.0 Hexahedron

Antara ciri Hexahedron adalah bilangan permukaannya adalah 6, bilangan sisi 12


dan bilangan bucu 8. Bilangan jenis poligon untuk membina satu pepejal ialah 1 dan jenis
poligon yang digunakan adalah segiempat sama. Susunan poligon tersebut adalah
homogenus. Ciri-ciri lain yang ada adalah poligon-poligon yang bertemu untuk
membentuk setiap satu bucu terdiri daripada poligon yang kongruen

1
Jaringan Kubus (hexahedron)

2
3.0 Kumpulan Pepejal Archimedes

Ciri-ciri kumpulan Pepejal Archimedean adalah merupakan pepejal separa sekata


yang juga berbucu cembung. Ia dikenali sebagai poligon separa sekata. Ia terbentuk
daripada dua atau lebih poligon cekung. Ciri utama pepejal Archimedes adalah setiap
permukaan adalah poligon dan pada setiap bucu, poligon-poligon berulang dalam
susunan yang sama. Terdapat dua atau lebih poligon sekata pada Pepejal Archimedean
dan polihedron tersebut perlulah cembung. Selain itu, terdapat 13 jenis pepejal
Archimedean yang boleh didapati.

3.1 Kuboktahedron

Antara ciri kuboktahedron ialah bilangan permukaannya adalah 14, bilangan sisi
24 dan bilangan bucu 12. Bilangan jenis poligon untuk membina satu pepejal ialah 2 dan
jenis poligon yang digunakan adalah segiempat sama dan segitiga sama. Susunan
poligon tersebut adalah homogenus. Ciri-ciri lain yang ada adalah poligon-poligon yang
bertemu untuk membentuk setiap satu bucu terdiri daripada sekurang-kurangnya dua
poligon sekata.

3.2 Truncated Oktahedron

Antara ciri kuboktahedron ialah bilangan permukaannya adalah 14, bilangan sisi
36 dan bilangan bucu 24. Bilangan jenis poligon untuk membina satu pepejal ialah 2 dan
jenis poligon yang digunakan adalah segiempat sama dan heksagon. Susunan poligon
tersebut adalah homogenus. Ciri-ciri lain yang ada adalah poligon-poligon yang bertemu
untuk membentuk setiap satu bucu terdiri daripada sekurang-kurangnya dua poligon
sekata.

3
Jejaring Kuboktahedron (pepejal Archimedean).

4
Jejaring Truncated Tetrahedron (pepejal Archimedean)

5
4.0 Kumpulan Pepejal Kepler-Poinsot

Pepejal Kepler-Pointsot adalah sejenis polihedon bukan berbucu cekung sekata.


Ia juga dinamakan polihedron bintang sekata. Kesemua permukaan adalah poligon
sekata. Bilangan permukaan yang bertemu pada kesemua bucu adalah sama. Terdapat
empat jenis pepejal Kepler-Poinsot.

-Stellated dodekahedron kecil

-Dodekahedron besar

-Stellated dodekahedron besar

-Ikosahedron besar

4.1 Stellated Dodekahedron Kecil

Bilangan permukaannya adalah 12, bilangan sisi 12 dan bilangan bucu 30.
Bilangan jenis poligon untuk membina satu pepejal ialah 1 dan jenis poligon yang
digunakan adalah pentagram. Susunan poligon tersebut adalah homogenus. Ciri-ciri lain
yang ada adalah poligon-poligon yang bertemu untuk membentuk setiap satu bucu terdiri
daripada poligon yang kongruen.

4.2 Stellated Dodekahedron Besar

Bilangan permukaannya adalah 12, bilangan sisi 20 dan bilangan bucu 30.
Bilangan jenis poligon untuk membina satu pepejal ialah 1 dan jenis poligon yang
digunakan adalah segitiga piramid. Susunan poligon tersebut adalah homogenus. Ciri-
ciri lain yang ada adalah poligon-poligon yang bertemu untuk membentuk setiap satu
bucu terdiri daripada poligon yang kongruen.

6
Jejaring Stellated dodekahedron kecil.

7
Jaringan Stellated Dodekahedron Besar

8
5.0 Penutup

Kesimpulannya, walaupun ketiga-tiga kumpulan mempunyai perbezaan tetapi


dapat diperhatikan juga bahawa masih terdapat persamaan di antara ketiga-tiga
kumpulan pepejal tersebut.

9
Rujukan

1. Tolhah Binti Abdulah dan Raha Binti Yahya (2011): Modul Geometri (WTE3103)
Program Pensiswazahan Guru (Mod Pendidikan Jarak Jauh), Institut Perguruan
Malaysia, Putrajaya.

2. Platonic solids :

http://www.scribd.com/doc/58809207/Platonic-Solids

3. Lesson 15 shapes and solids :

http://www.scribd.com/doc/71658934/Lesson-15-Shapes-and-Solids

4. The platonic solids have been known since antiquity:

http://www.scribd.com/doc/54508551/The-Platonic-Solids-Have-Been-Known-Since-
Antiquity

5. States of matter and the platonic solids :

http://www.scribd.com/doc/62814943/States-of-Matter-and-the-Platonic-Solids

6. Platonic solid :

http://www.scribd.com/doc/49897233/Platonic-solid

7. Platonic solid :

http://www.scribd.com/doc/27611983/5-Platonic-Solid

10

Вам также может понравиться