Вы находитесь на странице: 1из 10

PROPOSAL DUA 2012

SAINS TEKNOLOGI DAN


KEJURUTERAAN
(DEE 2A)
Nama Ahli Kumpulan No Matrik
1) Tengku Nur Durratul Azyan Binti 09DEE15F1146
Tengku Zakaria
2) Nur Zarieni Binti Nazri 09DEE15F1033
3) Nur Farhana Binti Raabean 09DEE15F1109
4) Muhammad Haziq Bin Zakaria 09DEE15F1138
PENGENALAN
Seperti yang kita sedia maklum, pada zaman moden kini, kenderaan bermotor atau kereta
merupakan sesuatu keperluan wajib bagi manusia. Setiap hari kita dapat melihat pelbagai jenis
kenderaan. Ada kenderaan yang bergerak di air. Ada pula yang dapat bergerak di udara dan ada yang
bergerak di darat. Kenderaan ini di gerakkan oleh enjin yang direka khas. Kenderaan amat penting dalam
kehidupan manusia.

Sejak zaman dulu lagi manusia menggunakan kenderaan untuk tujuan pengangkutan. Ini
termasuklah mengangkut barang-barang dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Kenderaan yang
digunakan bagi tujuan pengangkutan ini termasuklah kenderaan darat seperti lori, van, keretapi,
motorsikal dan kereta. Kapal laut, feri perahu dan sebagainya adalah contoh pengangkutan air. Kapal
terbang dan helikopter pula adalah pengangkutan jenis udara.

Kenderaan mambolehkan kita pergi ke mana-mana destinasi yang kita sukai. Kita tidak perlu
memikirkan cara mana untuk sampai ke satu-satu tempat. Kenderaan yang ada membolehkan ianya
membawa penumpang. Contohnya, dengan hanya membayar sejumlah wang yang tertentu, kita boleh
pergi ke mana-mana destinasi yang ingin ditujui.

Jadi jelaslah bahawa kenderaan adalah agen pengangkutan yang amat penting. Dengan adanya
kenderaan semua kerja dapat dilakukan dengan mudah dan cepat.Biasanya,kenderaan akan diletakan
dikawasan yang terdedah kepada cahaya matahari.Hal ini menyebabkan kami tercetus idea untuk
mencipta cover energy.
OBJEKTIF
Dapat mengurangkan haba di dalam kenderaan apabila meletakkan kenderaan yang
terdedah pada cahaya matahari.
Dapat menjimatkan tenaga elektrik
Dapat mengurangkan kerosakan pada kenderaan
PENYATAAN MASALAH
Masalah yang sering dihadapi oleh segelintir pengguna kenderaan ialah pengumpulan haba di
dalam kenderaan apabila dibiarkan terdedah di bawah pancaran matahari dalam jangka masa yang agak
lama atau seketika . Pengumpulan haba akan mendatangkan kesan buruk kepada individu. Antara kesan
yang paling buruk adalah strok haba.

Strok haba wujud apabila peningkatan suhu keterlaluan yang menggangu fungsi badan. Cuaca
panas di Malaysia satu perkara biasa. Cuma sejak kebelakangan ini, bahang kepanasan agak luar biasa
hingga orang ramai tidak lepas merungut dengan cuaca panas membuatkan mereka resah gelisah,
berpeluh dan kadangkala rasa mahu pitam.

Haba juga boleh menjadikan seseorang individu kehabisan air dan garam galian di dalam badan.
Tanda-tanda seseorang individu kehabisan air dan garam galian di dalam badan adalah individu akan
merasa keletihan, individu juga akan merasa loya, pening kepala dan hendak pengsan atau berdiri secara
tidak stabil.

Oleh itu, kewujudan inovasi baru (cover energy) dalam mengurangkan haba pada musim yang
semakin panas ini. Haba yang terkumpul di dalam kereta juga perlu dikurangkan. Inovasi baru seperti
cover energy perlu diwujudkan supaya kesihatan setiap individu terjamin. Kewujudan inovasi ini bukan
sahaja dapat mengurangkan haba yang terperangkap malah dapat menjimatkan eletrik.
SKOP KAJIAN
Kajian tertumpu hanya dalam kalangan pengguna kenderaan yang memgemukaan
masalah seperti yang dinyatakan didalam penyataan masalah.Pengguna yang meluahkan rasa
ketidakselesaan ini biasanya menginging sesuatu jalan penyelesaian bagi mengatasi masalah ini.

Sesuai dengan objektif kajian ini , kajian dibuat di kawasan-kawasan yang berpotensi
terdedah kepada cayaha matahari yang berpanjangan seperti Bandar Raya Kuala Lumpur .Hal ini
kerana Bandar Raya Kuala Lumpur merupakan Bandar raya yang mempunyai penduduk yang
berlebihan dan sudah semestinya pihak pengurusaan tidak dapat menyediakan tempat letak
kereta berbumbung secukupnya.Lantas,pengguna akan meletakkan kereta dimana-mana
kawasan walaupun kawasan tersebut terdedah terhadap matahari.Tanpa diduga dengan
terdedahnya kepada haba cahaya matahari boleh menyebabkan pengguna terdedah terhadap
pelbagai penyakit.
KEPENTINGAN & IMPAK
Kepentingan

Dapat menghalang haba dari terkumpul di dalam kenderaan.


Dapat mengurangkan risiko strok haba.
Menjimatkan elektrik.
Mengurangkan kadar kerosakan kenderaan

Impak

Dapat menjimatkan wang


Mudah dibawa kemana-mana
Terhindar dari sinaran matahari
Mesra Alam
Tak merosakkan alam sekitar
Anggaran Kos
BAHAN KOS(RM)
Flexible USB Solar Panel 3W RM50.00
Wire Adapter RM35.00
Upah Pemasangan RM50.00

JUMLAH : RM135.00
KESIMPULAN
Kesimpulan daripada projek kami , kami berharap projek kami dapat membantu ramai
pengguna kenderaan daripada terdedah daripada mendapat penyakit yang berpunca
daripada cahaya matahari.Daripada pemerhatian kami,ramai pengguna kenderaan tidak
mengambil peduli tentang bahayanya apabila terdedah kepada haba cahaya matahri.Hal
ini kerana rakyat Malaysia kurang info tentang penyakit ini.Dari pandangan yang
berbeza , projek kami ini mampu menjaga jangka hayat kenderaan agar dapat digunakan
lebih lama.Projek kami juga merupakan gajet mampu milik,hal ini kerana harga kami
berpatutan.Seperti kita sedia maklum kos sara hidup pada zaman kini sangat
membimbang , oleh itu projek kami ini dapat membantu rakyat Malaysia untuk memiliki
gajet yang sangat membantu ini.
RUJUKAN
http://www.slideshare.net/085263631120/power-point-seminar-proposal-
yunita-rahmah?next_slideshow=1
http://www.slideshare.net/hisyasundari/power-point-proposal-30001907
https://www.google.com/webhp?sourceid=chrome-
instant&ion=1&espv=2&ie=UTF-
8#q=contoh%20proposal%20kejuruteraan%20adalam%20islam
https://www.google.com/webhp?sourceid=chrome-
instant&ion=1&espv=2&ie=UTF-8#q=contoh+proposal+kejuruteraan+dalam+islam
https://www.google.com/webhp?sourceid=chrome-
instant&ion=1&espv=2&ie=UTF-8#q=contoh+proposal+kepentingan+kereta
https://www.google.com/webhp?sourceid=chrome-
instant&ion=1&espv=2&ie=UTF-8#q=kepentingan+kereta+dalam+kehidupan
https://l1n4ch4n.wordpress.com/2010/03/11/apa-itu-solar-panel-dan-
bagaimana-cara-kerjanya/
https://www.facebook.com/notes/kf-bumi-alam-semesta/solar-cell-atau-panel-
surya-dan-manfaatnya/164040603661252/
http://www.slideshare.net/sansaiweng/science-form-one-bab-6-sumber-tenaga
http://seronoknyasains.blogspot.my/2011/09/sesi-9-kelebihan-kekurangan-
tenaga.html
http://www.slideshare.net/search/slideshow?searchfrom=header&q=plat+solar
http://www.slideshare.net/ARWANIBINMATSURIPAN/proposal-penelitian-
11398860?related=1
http://www.slideshare.net/Yudantop/contoh-proposal-14510637
http://www.pascasiswazah.com/2015/08/28/langkah-langkah-penyediaan-
proposal-penyelidikan/
http://cikgu-zaki.blogspot.com/2011/03/pernyataan-masalah.html
http://www.bubblynotes.com/2014/02/cuaca-panas-strok-haba.html
http://drzubaidi.com/blog/kesan-cuaca-panas-pada-kesihatan/
http://pedangmerah01.blogspot.my/2013/09/contoh-proposal-kajian-
penyelidikan_3040.html
http://belajarpsikologi.com/contoh-proposal-kegiatan/
http://www.lelong.com.my/flexible-usb-solar-panel-3w-ptria-156833060-2016-
11-Sale-P.htm
http://www.lelong.com.my/kx/solar+panel.htm

Вам также может понравиться