Вы находитесь на странице: 1из 11

BIODATA

Nama Adnan Bin Haji Abdul Baki


Tarikh Lahir 1 September 1963
Tempat Tinggal Taman Desa Permai, Simpang Durian, Jelebu, Negeri Sembilan
Latar Belakang Isteri : Mazila Binti Haji Mohd Sani (Guru di SK Sungai Buloh)
Keluarga Anak : Liyana Amalina (25 tahun, UTM Skudai, Johor)
Azma Waznah (23 tahun, IPGM KPT)
Nurul Iffah (19 tahun, KPTM Bangi)
Nurul Nazira (15 tahun, SMK DUMA)
Muhammad Irfan Hafeez (10 tahun, SK Sungai Buloh)
Sekolah Berkhidmat Sekolah Kebangsaan Serting Hilir Kompleks, Jempol, Negeri
Sembilan
Jawatan GPK Kokurikulum (2003-2010)
GPK HEM (2010-2014)
GPK 1 (2014-2015)
Guru Besar (2015 sekarang)
Gred Perkhidmatan DG44
Sejarah Pendidikan SK Gelang Terusan, Jelebu, Negeri Sembilan (1970-1975)
SMK Pertang, Jelebu, Negeri Sembilan (1976-1978)
SMK Bandar Tinggi, Jelebu, Negeri Sembilan (1979-1982)
Maktab Perguruan Ipoh, Perak (1985-1988)
Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor (2000-2004)
Sejarah SK Sungai Buloh, Jelebu, Negeri Sembilan (1989-2014)
Perkhidmatan SK Petaseh, Jelebu, Negeri Sembilan (2014-2015)
SK Serting Hilir Kompleks, Jempol
SWOC (Strength, Weaknesses, Oppurtunity, Challenges)

Strength Weaknesses
Beliau merupakan seorang Beliau mengambil masa yang
yang komited di dalam agak lama iaitu 11 tahun untuk
kerjanya. menyambung pelajaran ke
Tidak mengeluh apabila tahap ijazah sarjana muda.
diberikan sesuatu tugas,
menganggap sesuatu tugasan
itu sebagai cabaran yang boleh
memperbaiki dirinya.
Fleksibel dan boleh
menyesuaikan diri dengan
kehendak semasa pendidikan.
Sentiasa berkhidmat tidak kira
siang atau malam untuk
membantu murid.
Oppurtunity Challenges
Dihormati oleh jiran tetangga, Pernah berkhidmat di sekolah
kerana telah lama berkhidmat berasrama, di mana
di sekolah kawan kebanyakan murid dihantar ke
perumahannya. sana kerana masalah keluarga
Sentiasa melibatkan diri dalam yang tidak dapat menjaga
pelbagai kursus untuk anaknya.
meningkatkan mutu Mengajar di sekolah kampung,
perkhidmatan. perlu berhadapan dengan
cabaran untuk menaikkan taraf
pendidikan murid agar
mencapai objektif.
Mengambil masa untuk
memahami kerja pengkeranian
yang membabitkan
penggunaan Internet dan ICT.
Penulisan Akademik

Realiti pada masa kini iaitu tugas seorang guru tidak terhad kepada mengajar
menyebabkan guru turut dilabel sebagai seorang pemimpin di dalam tugas-tugas yang
tertentu. Danielson (2006) melihat kepimpinan guru sebagai himpunan kemahiran pada
seseorang guru yang selain daripada mengajar turut mempunyai pengaruh yang
diperluaskan ke luar bilik darjahnya, sama ada di dalam atau di luar sekolahnya. Hal ini
dibuktikan dengan pelbagai peranan dan tugas guru dari pelbagai aspek yang harus
dijalankan dengan penuh tangggungjawab.

Setiap bidang pekerjaan dapat dibezakan dengan aras profesionalismenya. Bukan


semua pekerjaan dianggap sebagai bidang profesional. Untuk mengiktiraf sesuatu bidang itu
sebagai bidang yang profesional, pelbagai ciri-ciri khas yang diambil kira dan dinilai.
Pekerjaan-pekerjaan yang masa kini dianggap sebagai bidang profesional ialah doktor,
peguam, guru dan sebagainya.

Menurut Cikgu Adnan, banyak yang telah beliau lalui untuk menaikkan mutu
pendidikan sepanjang 27 tahun perkhidmatan. Sepanjang temu bual yang telah kami
jalankan, banyak yang telah saya pelajari daripada pengalaman beliau. Kekuatan beliau
adalah Cikgu Adnan merupakan seorang guru yang sangat komited dengan kerjanya. Beliau
bukanlah seorang yang cepat mengeluh atau mengelat tentang sesuatu perkara. Beliau
sentiasa menganggap satu tugasan itu sebagai satu cabaran untuk meningkatkan kredibilit
beliau sebagai seorang guru. Selain itu, biarpun beliau sudah mencecah usia 50 ke atas,
beliau peka dengan perubahan semasa dan sentiasa berusaha untuk mempelajari selok-
belok pendidikan yang berkaitan dengan teknologi zaman sekarang. Beliau menolak stigma
sesetengah guru veteran yang mengaggap bahawa teknologi hanya membuang masa dan
tenaga dan lebih memilih untuk menggunakan pembelajaran tradisional.

Kekuatan Cikgu Adnan dapat dilihat sebagai seorang guru yang profesional kerana
kepimpinan guru yang profesional merangkumi pelbagai aspek, salah satunya ialah mampu
memimpin di dalam mahupun di luar kelas. Guru yang profesional merupakan seorang yang
mahir di dalam kelas melalui pengajaran dan pembelajaran, juga di luar kelas dengan
menjadi pemimpin kepada perubahan di luar kelas mereka dengan menerima lebih
tanggungjawab dalam membantu rakan-rakan untuk mencapai kejayaan bagi semua murid
dan untuk keseluruhan program di sekolah. Tahap penglibatan kepimpinan guru di luar kelas
adalah bergantung kepada konteks sekolah dan sistem sekolah serta kemahuan guru. Apa
yang paling penting adalah guru tidak harus melepaskan fokus mereka terhadap pengajaran
dan pembelajaran untuk menjadi pemimpin.
Keyakinan masyarakat umum pada masa lalu ialah seorang guru hanya akan
menjadi seorang pemimpin yang baik sekiranya beliau meninggalkan kelas dan juga
mungkin sekolah. Namun, (Barth, 1988; Buyer, 1983) Wanda (2009) menyarankan agar guru
perlu terus mengajar di samping memberi sumbangan di luar kelas. Hal ini agar guru tidak
akan terputus hubungan dengan kelas di sekolah. Guru berperanan sebagai pemimpin untuk
sentiasa memberi semangat kepada guru untuk menyedari tentang nilai profesional mereka,
disamping itu akan tetap mempertahankan peranan dan tumpuan mereka untuk mengajar.

Aspek yang seterusnya ialah kepimpinan yang profesional mampu mempengaruhi


guru lain ke arah amalan pendidikan yang lebih baik. Guru sebagai pemimpin boleh
mempengaruhi orang lain dalam meningkatkan amalan pendidikan. Kerjaya sebagai
pendidik merupakan suatu kerjaya yang banyak mengamalkan kaedah mempengaruhi di
dalam pengajaran ketika bersama dengan pelajar di dalam kelas. Silva, Gimbert, dan
Nolan (2000), dalam kajian mereka para guru pemimpin yang membina hubungan adalah
seorang yang kritis dalam pekerjaan mereka. Mooney (1994), Guru pemimpin digambarkan
sebagai rajin, terlibat dengan inovasi, memotivasi pelajar dengan berbagai kemampuan, dan
sentiasa bersedia untuk guru lain. Kedudukan jawatan tidak begitu mempengaruhi orang
lain. Guru yang mengadakan kerjasama dengan rakan-rakan mereka adalah sama efektif
dalam mempengaruhi orang lain sepertimana individu dengan kedudukan jawatan yang
membawa kekuatan sesuatu kedudukan.

Aspek profesionalisme guru yang terakhir ialah sanggup menerima tanggungjawab


untuk mencapai hasil dari kepimpinan mereka. Kepimpinan yang berkesan dilihat
berdasarkan hasil yang diperolehi. Guru sering memasukkan peranan kepimpinan dengan
mengenalpasti bahagian yang memerlukan penambahbaikan dan kemudian menangani
masalah tersebut. Guru pemimpin akan menerima tanggunjawab ini untuk membuat
tindakan lanjut sebagai komitmen mereka dan untuk mencapai matlamatnya.

Dalam sebuah kajian tentang keberkesanan masyarakat pendidik profesional,


dilaporkan bahawa salah satu dari jenis sokongan yang diberikan oleh pengetua sekolah
adalah membuat tindak susulan yang konsisten terhadap sesuatu keputusan (Moller et al.,
2000). Adalah diandaikan bahawa ini juga berlaku kepada kepimpinan guru. Dimana
kepercayaan dibina melalui pengalaman dengan berapa kekerapan seseorang itu dapat
bergantung terhadap orang lain.

Bagi kelemahan Cikgu Adnan pula, beliau menyatakan bahawa beliau agak kesal
kerana lewat menyambung ijazah sarjana murda beliau iaitu pada usia 37 tahun. Menurut
beliau, sekiranya beliau menyambung pelajaran pada usia yang lebih muda, mungkin beliau
akan sempat untuk menyambung lagi pelajaran ke peringkat seterusnya. Beliau berkat lagi,
pada zaman dahulu amat susah untuk menyambung pelajaran sekiranya wang simpanan
tidak mampu untuk membiaya pembelajaran. Beliau yang berasal dari keluarga yang besar
lebih memilih untuk berdikari dan bekerja dahulu sebelum melanjutkan pelajaran ke
peringkat yang seterusnya. Namun begitu, beliau tidak pernah patah semangat untuk belajar
dan berusaha untuk menaikkan dirinya sebagai seorang guru yang profesional sejajar
dengan perubahan pendidikan semasa.

Profesional dan profesionalisme ialah kunci kepada peningkatan guru dalam alaf
baharu (Jemaah Nazir, 2001). Kualiti yang dimaksudkan ialah kualiti proses dan kualiti
produk. Modal insan perlu dikembangkan hingga mencapai ke tahap optimum secara
bersepadu. Program-program pembangunan profesional yang ada mampu membantu para
guru mengoptimumkan keupayaan diri seterusnya dapat meningkatkan lagi kualiti
pendidikan negara.

Antara aspek-aspek keguruan yang dikatakan sebagai ciri-ciri profesional ialah guru
mempunyai pengetahuan yang luas dari segi pengetahuan kandungan, pengetahuan
pedagogi dan pedagogi asas. Dalam konteks pendidikan, menjadi seorang guru bukannya
semudah menjadi pemberi ilmu. Seseorang individu perlulah menjalani latihan khusus di
mana tempat latihan tersebut merupakan pusat latihan yang diiktiraf oleh agensi yang
berkenaan sebagai sebuah pusat latihan guru yang mencapai kualiti tertentu. Contohnya
ialah Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) yang pada masa kini sedang melalui proses
pengiktirafan daripada Malaysian Qualification Agency (MQA) untuk pengiktirafan graduan
ijazahnya. Di pusat-pusat latihan sebegini, para bakal guru dibekalkan dengan pengetahuan
mendalam tentang mata pelajaran yang akan mereka ajar, pengetahuan pedagogi yang
mantap, kaedah dan teknik pengajaran yang berkesan serta pembentukan sahsiah diri yang
unggul melalui pelbagai program yang disediakan.

Aspek yang kedua ialah pengetahuan mengenai pelajar. Pengajaran yang berkesan
memerlukan guru yang mempunyai pengetahuan dari segi perkembangan kanak-kanak dan
remaja dari perspektif kognitif, sosial, fizikal dan emosi. Pemahaman mengenai murid dan
alam belajar iaitu berkaitan kepelbagaian kecerdasan pelajar, perbezaan individu dari segi
kognitif, budaya dan emosi dapat membantu guru memperkembang potensi pelajar ke
peringkat yang optimum. Selain itu, seseorang guru itu juga perlu berupaya mengaplikasikan
pendekatan-pendekatan pengajaran yang bersesuaian dengan muridnya serta boleh
memotivasikan murid untuk meneruskan pembelajaran. Guru juga perlu menilai pemahaman
pelajar, membuat refleksi amalan pengajaran serta menambahbaik perancangan dan proses
pengajaran.
Aspek ketiga pula ialah peningkatan profesionalisme guru. Sebagai seorang guru
yang professional, kemahiran dan pengetahuan mengenai kaedah dan teknik pengajaran
perlu diperkemas dari semasa ke semasa. Rohani Abdul Hamid (1998) menyatakan
profesion guru diharapkan dapat membuat anjakan paradigma kepada budaya berasaskan
ilmu dan pemikiran. Justeru, guru perlu melengkapkan diri dengan pembaharuan dan
perubahan kurikulum agar tidak ketinggalan terhadap perkembangan pesat yang berlaku
dalam dunia pendidikan. Di samping itu, guru haruslah berupaya membuat keputusan dalam
hal-hal kepengurusan bilik darjah, mewujudkan hubungan mesra dengan pihak pentadbiran
sekolah, membina kerjasama baik dengan pihak luar yang berkenaan dan mempunyai
rangkaian hubungan dengan agensi-agensi kerajaan.

Guru komited untuk menyediakan program pengajaran dan pembelajaran (P&P)


berkualiti dan berpegang teguh kepada strategi-strategi akauntabiliti yang berkesan di
samping melaksanakan program secara adil dan mencapai keputusan yang bermakna.
Seorang guru yang profesional merupakan individu yang mengamalkan dan patuh kepada
etika kerja seperti mana yang telah termaktub di dalam Kod Etika Keguruan. Antara
tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh seorang guru termasuklah tanggungjawab
terhadap pelajar, ibu bapa, masyarakat, rakan sejawat dan negara. Manakala guru juga
perlulah mempunyai akauntabiliti keguruan yang diistilahkan sebagai bertanggubgjawab
terhadap seseorang individu atau terhadap sesuatu. Akauntabiliti merupakan satu obligasi
untuk memberi penjelasan tentang sesuatu tindakan dan prestasi kepada mereka yang
berhak untuk mendapatkan penjelasan tersebut. Sebagai contoh, sekolah akan memastikan
seorang guru mempunyai akauntabiliti terhadap pencapaian murid melalui pengumpulan dan
penganalisisan data yang sistematik dan shih keputusannya. Maka, akauntabiliti keguruan
membawa maksud berkaitan tanggungjawab sepenuhnya guru terhadap profesionalisme
keguruannya.

Rumusannya, sebagai seorang guru aspek kepimpinan tidak akan dapat dipisahkan
daripada tugas dan peranan guru itu sendiri. Seseorang yang telah mengikuti latihan
keguruan yang cukup sudah semestinya boleh dikatakan sebagai seorang pemimpin. Ini
kerana melalui modul-modul latihan keguruan itu sendiri, para guru telah didedahkan dengan
kaedah dan teknik yang berkesan untuk seseorang menjadi pemimpin khususnya di dalam
sebuah bilik darjah.

Sungguhpun begitu, seorang guru akhirnya perlulah berbalik kepada tujuan utama
profesion perguruan itu sendiri. Ini dapat dilakukan dengan mengetahui, memahami dan
menghayati isi kandungan kod etika perguruan yang telah digariskan sebelum ini. Perkara ini
penting bagi memastikan para guru boleh menjalankan tanggungjawabnya secara lebih
berfokus dan kolektif demi memartabatkan profesion perguruan dan membantu murid
mencapai keseimbangan dalam lima aspek utama yang termaktub di dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan iaitu jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS).

Guru berkuali dan profesional adalah pemangkin kepada kecemerlangan pendidikan


negara. Dalam menjana guru yang berkualiti selaras dengan aspirasi negara, maka peranan
pemimpin sekolah menjadi landasan utama ke arah mencapai matlamat negara. Justeru,
peranan pemimpin sekolah adalah amat besar dalam membangunkan guru menjadi tenaga
pengajar yang berwibawa dan berkualiti dari semasa ke semasa. Penyelidikan juga telah
banyak membuktikan bahawa sumbangan guru di dalam bilik darjah menyumbang kepada
pencapaian pelajar. Makan pemimpin sekolah harus sentiasa berusaha untuk menyediakan
program pembangunan yang dapat meningkatkan tahap profesionalisme guru seiring
dengan keperluan dan perkembangan semasa. Justeru itu, kejayaan pemimpin sekolah
dalam mengurus sumber manusia akan menentukan sama ada sesebuah organisasi sekolah
akan berkembang maju atau sebaliknya dalam menghadapi perkembangan dan cabaran
global pada abad ke21 yang semakin pesat.
Bibliography

Great.Neddy.(2012, Febuari 3). Kod Etika Perguruan. Diperoleh daripada


http://pendidikangurubaru.blogspot.my/2012/02/kod-etika-perguruan-malaysia.html

Hazlinda Baadu (2015). EDU Asas Kepimpinan dan perkembangan profesional guru.
Diperoleh daripada http://dokumen.tips/documents/guru-sebagai-pengamal-
reflektif.html

Rashid, N. A., Boon, P. Y., & Wong, K. W. (2010). Asas kepimpinan dan perkembangan
profesional guru. Oxford Fajar.

Sidin, R. (2002). Konsep guru profesional. In Dalam Prosiding seminar kebangsaan


profesion perguruan.

Dewan, K. (2007). Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Angel_Anne78. (2010, October 28). Kepimpinan Pengajaran Kepimpinan Guru. Retrieved from sribd:
https://www.scribd.com/presentation/40304031/Kepimpinan-Pengajaran-Kepimpinan-Guru

Danielson, C. (2015, Julai 5). ASDC. Retrieved from Teacher Leadership That Strengthens Professional
Practice: http://www.ascd.org/publications/books/105048.aspx
LAMPIRAN
Gambar kenangan Cikgu Adnan semasa menerima Ijazah Sarjana Muda
Konvokesyen Ke-28 Universiti Putra Malaysia

Gambar kenangan Cikgu Adnan bersama isteri


Cikgu Adnan menyertai anak murid melakukan senam robik

Gambar kenangan saya bersama Cikgu Adnan yang juga merupakan ayah saya,
semasa Majlis Komensmen IAB.

Вам также может понравиться