Вы находитесь на странице: 1из 5

Langkah-langkah menerapkan nilai kemanusian terhadap kanak-kanak

Perkara-perkara yang positif yang diamalkan oleh seseorang itu.


Nilai ini turut beriringan dengan norma-norma budaya negara yang memberi penekanan terhadap
aspek kesopanan seseorang kanak-kanak.
Berkait rapat dengan moral.
Dapat didefinisikan sebagai perlakuan yang baik, peradaban dan tatasusila individu manusia dalam
hubungannya sesama manusia, alam dan tuhan.
Nilai Kemanusiaan

Guru boleh menerapkan nilai-nilai murni selepas sesuatu aktiviti pembelajaran supaya kanak-kanak
boleh mengamalkan dengan memahaminya.
Seperti topik tentang haiwan peliharaan, guru boleh menerapkan nilai menyayangi binatang, tidak
menganiaya binatang dengan menjelaskan kenapa kita perlu buat sedemikian apakah akibatnya jika
kita tidak mengamalkan dan apakah tindakan yang sesuai diamalkan.
Guru-guru juga boleh mempraktikan dalam kalangan kanak-kanak.
Contohnya, guru mempamerkan nilai kasih sayang antara guru-murid.
Guru memupuk sikap prihatin dalam diri murid.
Guru-guru prasekolah perlu menyediakan dan melengkapkan diri sebaik mungkin dengan nilai-nilai
murni dalam diri mereka.
Pendedahan nilai-nilai kepada kanak-kanak adalah dilakukan melalui matapelajaran pendidikan
moral.
Matapelajaran moral telah menjadi satu matapelajaran yang mesti diajar kepada semua pelajar
termasuk kanak-kanak dan ia telah ditegaskan dalam kurikulum pendidikan prasekolah kebangsaan.
Pengenalan matapelajaran moral kepada kanak-kanak pada peringkat awal hanya merupakan langkah
awal pendedahan konsep moral kepada kanak-kanak sahaja.
Oleh itu, guru-guru atau ibu bapa tidak boleh terlalu mendesak kanak-kanak menguasai dan
mengamalkan kesemua nilai-nilai tersebut.
Nilai-nilai murni sebenarnya boleh diperkenalkan kepada kanak-kanak melalui banyak cara.
Antaranya melalui cara projek dan lawatan serta melalui aktiviti bercerita.
Cara ini bukan sahaja dapat menarik dan merangsang penglibatan kanak-kanak secara menyeluruh
malah juga dapat mendedahkan mereka kepada situasi yang sebenar.
Mereka berpeluang mengaplikasikan nilai-nilai murni yang dipelajari dalam kehidupan seharian
mereka.
Guru seharusnya berupaya menjadi contoh dan teladan yang baik, pendorong yang berkesan,
pembimbing yang bertimbang rasa, pendengar yang penuh rasa simpati dan menjadi sumber inspirasi
kepada anak-anak didiknya.
Selain itu, guru juga seharusnya menunjukkan sikap dedikasi dalam menjalankan tugas sehariannya
dan mengamalkan apa yang disampaikan kepada anak-anak didiknya dengan penuh tanggungjawab
dan beretika.
Hubungan guru dengan masyarakat juga menjadi perhatian. Selain mewujudkan sekolah penyayang
guru juga berperanan dalam mewujudkan permuafakatan dengan masyarakat setempat.
Selain dari itu, guru juga ialah role model, kepada pelajar mereka dan tingkahlaku guru
melambangkan keprofesionalan profesion itu.
Dengan penekanan nilai di sekolah, dan guru diharapkan melambangkan diri sebagai agen pendidikan
moral di sekolah, maka kepentingan Pendidikan Moral dan Nilai dalam profesion perguruan tidak
perlu dipersoalkan.
Pencemaran alam telah membuatkan banyak pihak sedar akan kepentingan pendidikan alam sekitar
dalam kehidupan.
Bincangkan langkah-langkah yang boleh dilakukan bagi menerapkan pendidikan alam sekitar di
sekolah.

.......Pendidikan alam sekitar dapat didefinisikan sebagai satu bentuk pendidikan bagi menyelamatkan
alam sekitar daripada terus dirosakkan. Hal ini penting bagi membendung kerosakan yang dilakukan
oleh manusia terhadap alam sekitar. Antara kerosakan itu adalah mencemarkan air dan udara,
menggunakan bahan yang sukar dilupuskan, menebang hutan tanpa kawalan, menarah tanah tinggi,
serta menggunakan air dan tenaga elektrik yang berlebihan. Ancaman ini telah membuatkan
pendidikan alam sekitar dilihat sebagai satu senjata ampuh yang mampu mengubah tingkah manusia
kepada menyayangi alam sekitar daripada terus digunakan secara sewenang-wenangnya. Terdapat
pelbagai langkah yang boleh dilakukan bagi menerapkan pendidikan alam sekitar di sekolah.

.......Antaranya adalah dengan mengadakan kempen Sayangi Alam Sekitar. Bagi menguruskan
kempen ini, maka Persatuan Alam Sekitar boleh bekerjasama dengan pihak sekolah bagi melicinkan
perjalanan program yang dirancang. Antara program yang boleh dijalankan sepanjang kempen ini
diadakan ialah pertandingan melukis poster, pertandingan mencipta dan mendeklamasikan puisi,
pertandingan menulis esei, pertandingan pidato, syarahan dan debat, ceramah tentang kepentingan
menjaga alam sekitar dan pelbagai lagi aktiviti yang boleh menarik minat pelajar. Kesemua aktiviti ini
menjurus kepada satu matlamat, iaitu memupuk kesedaran tentang kepentingan menjaga alam
sekitar. Tegasnya, kempen sebegini harus dilaksanakan secara berperingkat dan berterusan agar
kesedaran yang ingin ditanam ranum di sukma mereka sebagai pemegang amanah kepada
kelangsungan hijaunya alam sekitar.

.......Selain itu, Kementerian Pelajaran perlu mengkaji keperluan mewujudkan mata pelajaran
Pendidikan Alam Sekitar sebagai subjek elektif di sekolah. Hal ini disebabkan oleh sikap remaja masa
kini yang memandang enteng akan kepentingan menjaga alam sekitar. Mereka juga kabur akan
rasionalnya, di samping diburukkan lagi dengan sikap tidak bertanggungjawab terhadap alam sekitar.
Bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan,
Sains, dan Geografi yang telah memasukkan topik berkenaan alam sekitar, maka pengekalan perlu
dilakukan. Seandainya cadangan mewujudkannya sebagai mata pelajaran elektif tidak dilaksanakan,
maka sekurang-kurangnya kita sudah ada persediaan ke arah mengangani masalah pencemaran
alam sekitar yang semakin meruncing. Ringkasnya, silibus tentang pendidikan alam sekitar perlu
diwujudkan, tidak kiralah sebagai subjek tunggal mahupun sisipan memandangkan kepentingannya
dalam jangka panjang.

.......Di samping itu, pihak sekolah juga boleh mengadakan gotong-royong memghijaukan kawasan
sekolah. Program penghijauan ini boleh dilakukan dengan menanam pokok-pokok di sekitar kawasan
sekolah. Antara pokok-pokok yang boleh ditanam ialah pokok buah-buahan dan pokok perhiasan,
seperti pokok bunga. Selain memcantikkan sekolah dan memberi hasil untuk dimakan, penanaman
pokok ini sebenarnya telah membantu penambahan pengeluaran gas oksigen yang diperlukan oleh
tubuh badan manusia. Program ini sebegini juga mampu mendidik remaja agar mengawal aktiviti
penggondolan hutan secara berleluasa seperti yang didepani oleh dunia dewasa ini. Ringkasnya,
aktiviti seperti ini sememangnya penting dalam mendidik tabiat sayang akan alam sekitar sejak di
bangku sekolah kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.
.......Bukan itu sahaja, sekolah boleh mengenakan peraturan baru bagi penggunaan air dan elektrik di
sekolah. Hal ini bertujuan bagi mengawal penggunaan elektrik dan air daripada terus dibazirkan.
Penggunaan elektrik dan air yang tidak terkawal merupakan salah satu bentuk kerosakan terhadap
alam sekitar. Hal ini demikian kerana penggunaan elektrik yang berlebihan telah membebaskan gas-
gas beracun seperti monoksida yang mampu mengancam ekosistem dan kesihatan manusia juga.
Sekolah boleh menggariskan beberapa peraturan seperti menutup lampu setiap jam8.30 pagi
misalnya, kecuali pada hari hujan dan mendung. Kipas pula perlu dihentikan sekiranya pelajar tidak
berada di dalam kelas, umpamanya pergi ke makmal dan ketika waktu rehat. Bagi memastikan
pelaksanaan peraturan ini berjaya, maka pengawas perlu prihatin dan bertanggungjawab memantau
dan memastikan lampu dan kipas telah dimatikan sebelum meninggalkan kelas. Jelasnya, tindakan
sebegini bukan sahaja mampu menjimatkan penggunaan air dan elektrik tetapi dapat memupuk sikap
berjimat cermat dalam kehidupan seharian kerana agama Islam menyifatkan pembaziran itu
merupakan amalan syaitan.

.......Malahan, Kementerian Sumber Asli boleh bekerjasama dengan Kementerian Pelajaran bagi
menjalankan program kitar semula di sekolah. Walaupun program ini pernah diperkenalkan suatu tika
dahulu, tetapi kali ini kerajaan perlu lebih proaktif. Sebagai contoh, kerajaan perlu menjelaskan
konsep kitar semula dengan jelas, sama ada melalui media elektronik, media cetak, mahupun buku
teks. Bahkan, kerajaan perlu melabelkan tong-tong kitar semula dengan perkataan, bukan lagi
sekadar lambang dan simbol. Ternyata simbol yang terdapat pada setiap tong tidak banyak
membantu kerana masih terdapat remaja, malah masyarakat yang keliru dan tersalah meletakkan
bahan buangan ke dalam tong lain. Antara bahan buangan yang boleh dikitar semula di sekolah
ialah, surat khabar, kertas, tin aluminium, botol minuman plastik, dan kaca. Hal ini secara tidak
langsung menjimatkan sumber dan mengelakkan penerokaan serta penebangan hutan secara
berleluasa.

.......Seperti yang kita sedia maklum, remaja cukup sinonim dengan hiburan. Malahan, ada di antara
mereka yang menjadikan artis popular sebagai idola. Sudah terang lagi bersuluh, atas dasar itulah
kementerian perlu memanfaatkan situasi ini dengan sebaik mungkin. Sudah tiba masanya lagu kitar
semula digubah dan dinyanyikan oleh artis popular tanah air. Lantaran itu, ceramah yang diadakan di
sekolah boleh disampaikan oleh duta alam sekitar yang dilantik daripada kalangan artis. Meskipun
begitu, artis yang dilantik perlu mempunyai ilmu dan minat yang mendalam terhadap pelestarian alam
sekitar. Kita tidak mahu remaja hanya berhibur, sedangnya nilai kecintaan terhadap alam sekitar
dikesampingkan. Sesungguhnya, kerajaan perlu mendapat pencerahan dalam memastikan
pembenihan cinta akan alam sekitar dibugarkan dengan cara bilazim supaya pencambahan itu dapat
dilakukan dengan lebih segar.

.......Sebagai intiha, pelestarian alam sekitar sebenarnya bukan bermula di bangku sekolah,
sebaliknya harus disemai, dibaja dan disiram di rumah. Lebih-lebih lagi, tidak mungkin kayu yang
bengkok mampu menghasilkan bayang-bayang yang lurus. Atas dasar itu, ibu bapa perlu
mencitrakan perlakuan yang boleh dijejaklangkahkan oleh anak-anak. Kerajaan dan guru hanya
melengkapkan pengisian yang telah dicurahkan semasa anak-anak di rumah. Ingatlah, alam ini
hanya pinjaman daripada generasi mendatang. Lantaran itu, seandainya semua pihak memainkan
peranan masing-masing, tidak mustahil pencemaran alam sekitar hanya menjadi kenangan.
ALAM bermaksud dunia, bumi atau segala yang terdapat di langit dan di bumi
SEKITAR bermaksud di tempat atau di sekeliling

Perkataan alam sekitar atau dalam bahasa Inggeris disebut invironment membawa
maksud keadaan sekeliling atau lingkungan. Oleh itu, sekirannya berdasarkan kepada
terjemahan literal, maka perkataan alam sekitar adalah menuju kepada apa sahaja
yang melingkungi manusia. Bagaimanapun, secara khusus perkataan alam sekitar
merujuk kepada fenomena fizikal sama ada biotik atau abiotik yang melingkungi suatu
organisma. Fenomena fizikal ini termasuk juga fenomena yang berkait dengan iklim
dan cuaca. (Mohd Zuhdi Marsuku, 2002)

Terdapat satu lagi definsi alam sekitar. Namun ia lebih kepada kefahaman
environmentalisme. Dijelaskan bahawa ia merupakan satu istilah geografi tentang
doktrin falsafah yang memberikan penekanan terhadap aspek fizikal alam sekitar
seperti keadaan iklim dunia yang berkait dengan aktiviti manusia. (A. Bullock &
O.Stallybrass, 1997)

Kesemua definisi yang dikemukakan di atas secara umumnya menjelaskan alam sekitar
adalah keseluruhan fenomena sekeliling yang boleh mempengaruhi kehidupan sesuatu
organisma. Definisi ini adalah definisi yang diterima dalam pengajian Sains Alam
Sekitar yang hanya terbatas kepada fenomena fizikal sesuai dengan pandangan semesta
moden yang berteraskan kepada metode emperikal. (Mohd Nur Hakimi Razana, 2004)

Alam semula jadi merangkumi segala jirim hidup dan jirim bukan hidup yang berada secara semula
jadi di bumi. Dalam pengertian yang paling tulen, ia adalah persekitaran yang tanpa
kegiatan manusia. Lawannya perkataan "alam semulajadi" ialah "persekitaran terbina".

Bagi sebahagian orang, terdapat kesulitan terhadap istilah "alam semulajadi" kerana kebanyakan
persekitaran semula jadi mempunyai pengaruh manusia pada satu masa atau lain, baik secara
langsung atau tidak. Bagi mengatasi masalah ini, sedikit sebanyak pengaruh manusia diizin tanpa
menyebabkan sesuatu landskap dikecualikan daripada status "semula jadi". Biasanyan, maksud
istilah ini tergantung kepada konteksnya lebih daripada definisi yang ditentukan. Banyak persekitaran
alam semula adalah hasil daripada interaksi di antara alam semula jadi dan manusia. Oleh sebab
alasan ini, istilah "ekosistem" telah digunakan untuk menggambarkan persekitaran yang
mengandungi alam semula jadi, termasuknya manusia. Berdasar ini, masalah persekitaran adalah
masalah manusia atau sosial. Ada sebilangan orang menganggap bahawa pengasingan
"persekitaran" daripada "manusia" amat berbahaya. Ini merupakan pemahaman umum yang telah
menjadi dasar environmentalisme, yakni pergerakan politik, sosial dan falsafah yang luas dan yang
menyokong pelbagai tindakan dan dasar untuk melindungi apa-apa alam semula jadi yang tinggal,
atau mengembalikan serta mengembangkan peranan alam semula jadi di persekitaran ini.
Sungguhpun tanah gersang semakin jarang, alam liar (umpamanya, hutan yang tidak
dikendali, padang rumput yang tidak dikerjakan, binatang liar dan bunga liar) dapat ditemui di banyak
tempat yang dahulu dihuni manusia.

Вам также может понравиться