Вы находитесь на странице: 1из 18

SRU6024

QUANTITATIVE RESEARCH METHODS

SEMESTER 3 SESSION 2014/2015

ASSIGNMENT
KAJIAN KRITIKAL ISU YANG TIMBUL MENGENAI
KESAHIHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN DATA
KUANTITATIF

PREPARED BY

MATRICS NO. NAME

M20141000931 RAMESH S/O RAJU

INSTRUCTOR : DR MAZLINI ADNAN


SUBMITTED ON : 30/11/2015
PILIH 2 ARTIKEL DARI JURNAL KAJIAN KUANTITATIF. BERIKAN SATU KAJIAN
KRITIKAL ISU YANG TIMBUL MENGENAI KESAHIHAN DAN
KEBOLEHPERCAYAAN DATA KUANTITATIF.

ARTIKEL 1

INVENTORI NILAI INTEGRITI (INNI): KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN

EZHAR TAMAM, JAMIAH MANAP, AZIMI HAMZAH, SIDEK MOHD. NOAH,


AMINI AMIR ABDULLAH, NURIZAN YAHYA, HALIMAH @ ALMA OTHMAN DAN
HANINA HALIMATUSAADIAH HAMSAN

Pengkaji telah membaca artikal yang berkaitan tentang Inventori Nilai Integrati (InNI)
yang ditulis oleh penyelidik-penyelidik dari Universiti Putra Malaysia (UPM). Kajian ini telah
dibentangkan pada Jun 2005. Saya mendapati tidak banyak alat ukuran yang digunakan untuk
mengukur integriti dalam konteks budaya masyarakat di Negara kita. Tetapi para penyelidik dari
Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menjalankan kajian ini dan telah mendapat satu
kesimpulan yang dapat menyokong kajian mereka. Tujuan kajian ini adalah, untuk menentukan
sama ada Inventori Nilai Integriti (InNI) mempunyai pekali kesahan kandungan yang tinggi dan
sesuai digunakan dalam konteks budaya tempatan melalui analisis arbiter. Yang keduanya adalah
Untuk menentukan sama ada Inventori Nilai Integriti (InNI) mempunyai pekali
kebolehpercayaan yang tinggi dan sesuai digunakan dalam konteks budaya tempatan melalui
analisis kebolehpercayaan dan analisis factor dan yang terakhir adalah untuk menentukan sama
ada Inventori Nilai Integriti (InNI) mempunyai pekali kesahan gagasan dan sesuai digunakan
dalam konteks budaya tempatan melalui analisis korelasi dan analisis faktor Bagi
memperkukuhkan kajian ini, para penyelidik juga telah melantik pakar-pakar yang merangkumi
pelbagai bidang untuk menilai kesesuaian dan kecukupan item yang dibangunkan untuk
mengukur nilai integriti staf.
Pengkaji juga telah meluaskan kajianya dalam pelbagai bidang bagi mengukuhkan
dapatan kajiannya. Pra-uji bahasa pula dibuat terhadap 15 orang staf daripada pelbagai kategori
perjawatan di sebuah universiti awam di malaysia manakala pra-uji alat ukuran dibuat ke atas 50
orang staf daripada pelbagai fakulti dan kategori perjawatan di sebuah kolej universiti di
Malaysia. Penyelidik-penyelidik kajian ini, telah membesarkan persampelan sejumlah 2530
responden. Persampelan yang banyak ini juga dapat membantu memperkukuhkan analisis bagi
mendapatkan kesahan kandungan item pada aras yang tinggi. Sekiranya penyelidik menguji
terhadap persampelan yang kecil maka, saya berharap kesahan item mungkin pada aras yang
tidak menentu.

Pengkaji mendapati kesahan dan kebolehpercayaan alat ukuran yang tinggi merupakan
elemen utama bagi untuk menentukan kualiti dan keupayaan alat ukuran mengukur atribut nilai
integriti yang hendak diukur. Dengan ini kesahan dan kebolehpercayaan perlu dilaksanakan
untuk menentukan mutu alat ukuran. Alat ukuran yang bermutu mempunyai kesahan yang tinggi.
Melalui pembacaan pengkaji terhadap artikal ini, setelah kesahan yang tinggi diperolehi, alat
ukuran dapat digunakan untuk mengukur atribut atau gagasan yang ingin diukur. Sebaliknya, jika
kesahan gagasan adalah rendah, langkah proses teknikal pembentukan alat ukuran perlu diulangi
semula sehingga memperolehi keputusan yang memuaskan. Dengan ini, pengkaji mendapati
kajian ini memfokuskan kepada kesahan dan kebolehpercayaan alat ukuran Inventori Nilai
Integriti yang dibangunkan. Pengkaji mendapati alat ukuran yang mempunyai kesahan dan
kebolehpercayaan yang tinggi serta bersesuaian dengan budaya tempatan untuk mengenalpasti
profail integriti staf adalah terhad. Alat ukuran nilai integriti yang bersesuaian dengan nilai-nilai
murni budaya tempatan perlu dibangunkan untuk mengelakkan bias. Dengan itu, pengumpulan
data menjadi sah dan dapat dianalisis untuk membuat keputusan.

Pengkaji mendapati reka bentuk kajian yang digunakan dalam artikal ini adalah kajian
kuantitatif dimana pendekatan deskriptif yang melibatkan analisis arbiter, analisis
kebolehpercayaan, analisis korelasi pearson dan analisis faktor yang bertujuan untuk mengenal
pasti kesahan dan kebolehpercayaan alat ukuran. Banyak analisis yang telah digunakan oleh
penyelidik bagi mendapatkan kesahan perolehan data. Pengkaji mendapati para penyelidik
menggunakan kajian deskriptif kerana ianya sesuai untuk meneroka bidang yang belum dikaji
serta tidak memerlukan kawalan terhadap olahan kerana faktor-faktor yang mempengaruhi
peristiwa tidak ditetapkan pada peringkat awal (Mohd. Majid Konting, 2000).

Pengkaji juga mendapati alat ukuran Inventori Nilai Integriti (InNI) mengandungi 82
item. Penyelidik telah mengunakan item yang banyak dimana para respondan akan sukar untuk
membacakan kesemua item. Pengkaji harus mengurangkan item soalan supaya para respondan
akan memberikan jawapan yang betul mengikut tanggapan diri sendiri. Penyelidik juga telah
membahagikan item soalan kepada 3 bahagian. Antaranya adalah kesucian, amanah dan
kebijaksanaan. Pengkaji juga telah menggunakan alat ukuran InNI menggunakan skala Likert
lima mata iaitu: 1 (amat tepat dengan diri saya), 2 (tepat dengan diri saya), 3 (saya tidak pasti), 4
(tidak tepat dengan diri saya) dan 5 (sangat tidak tepat dengan diri saya). Daripada 82 item
tersebut, sejumlah 57 soalan adalah berbentuk kenyataan positif dan selebihnya adalah item
negatif (25 item). Pengkaji boleh melihat kesahan melalui instrument yang diberikan kepada
responden.

Selepas mendapat keputusan daripada respondan penyelidik telah memberikan nilai skor
1 bagi penyataan atau item yang difahami oleh responden, manakala item yang tidak difahami
oleh responden diberikan nilai skor 0. Oleh itu, julat skor bagi setiap item adalah di antara 0
hingga 15 (item mendapat skor 0 jika semua responden tidak memahami item tersebut.
Sebaliknya, item mendapat skor 15 jika semua responden memahami item tersebut). Skor ini
kemudiannya dicatatkan dalam bentuk peratus. Para penyelidik telah membahagikan bagi
mendapatkan keputusan kesahan kandungan. Pengkaji mendapati melalui analisis arbiter kesahan
kandungan akan ditentukan. Dengan ini, penyelidik telah memberikan borang khas definisi
operasional kajian integriti, kerangka konseptual integriti dan matrik nilai integriti mengikut
kategori nilai. Pengkaji mendapati setiap arbiter menilai item dan juga menentukan kecukupan
item untuk mengukur nilai integriti di dalam borang yang disediakan. Persetujuan dan tidak
persetujui item oleh arbiter diberikan nilai skor yang berlaian. Pengkaji mendapati ia merupakan
satu langkah yang sangat baik bagi mendapatkan kesahan kandungan item. Pengkaji mendapati
di dalam kajian ini, 74 item dipersetujui oleh semua arbiter, 6 item dipersetujui oleh dua arbiter
dan satu item dipersetujui oleh seorang arbiter. Dengan ini, terdapat perbezaan pendapat daripada
arbiter yang telah dilantik. Perkiraan yang dibuat oleh penyelidik dengan mendarab setiap
frekuansi dengan bilangan item amat releven bagi mendapatkan nilai kesahan kandungan. Hasil
dapatan dalam kajian ini adalah, , 80 item InNI atau 97.6% daripada 82 item diterima oleh
melebihi 67% daripada arbiter. Bagi mendapatkan validity coefficient, setiap frekuensi
persetujuan arbiter didarabkan dengan bilangan item. Hasil darab bagi setiap frekuensi
persetujuan tersebut kemudiannya dijumlahkan lalu dibahagikan dengan jumlah bilangan item.
Analisis yang dibuat mendapati nilai kesahan kandungan bagi item Inventori Nilai Integriti
adalah tinggi iaitu 0.959. Ini bermakna, secara keseluruhannya, kesemua item InNI boleh
diterima pakai tanpa sebarang pindaan. Item-item yang kurang mendapat persetujuan telah
ditolak kemudiannya ditambah untuk memantapkan lagi alat ukuran berasaskan pandangan
arbiter dan keperluan alat ukuran. Pengkaji sangat bersetuju dengan pindaan item kerana kesahan
kandungan dapat diperkukuhkan.

Pengkaji mendapati penyelidik menggunakan perisian SPSS bagi menganalisis item dan
analisis kebolehpercayaan menggunakan sub-program realibility analysis. Penyelidik juga
membuat banyak analisis, antaranya KMO dan Bartletts Test Analysis. Keputusan daripada ujian
Bartlets bagi item-item InNI adalah signifikan dan nilai Keiser Meyer-Olkin adalah jauh lebih
besar daripada 0.6 (0.967). Ini menunjukkan item-item InNI mempunyai nilai faktorabiliti.
Penggunaan perisian SPPS sangat sesuai bagi menguji keberkesanan item kajian. Dengan
menggunakan perisian SPSS, korelasi pearson digunakan bagi mengetahui hubungan di antara
nilai integriti dengan amalan agama dan penerimaan anugerah di peringkat universiti,
kebangsaan dan antarabangsa. Nilai integriti juga mempunyai hubungan yang signifikan dengan
tahap amalan agama individu. Dapatan ini adalah selaras dengan hasil jangkaan kajian. Ini
menunjukkan wujudnya kesahan gagasan alat ukuran InNI. Kesahan gagasan ini diperkuatkan
lagi dengan nilai standardized alpha yang bernilai .939.

Berasaskan analisis yang diperolehi, pengkaji mendapati Inventori Nilai Integriti (InNI)
mempunyai kesahan kandungan, kesahan gagasan dan kebolehpercayaan yang tinggi.
Sehubungan itu, InNI dapat digunakan untuk mengukur atribut nilai integriti individu dengan
tepat dan konsisten. Pengakaji mendapati para penyelidik telah membuktikan bahawa alat ukuran
Inventori Nilai Integriti (InNI) dilengkapi dengan item-item yang sesuai dan nilai kepercayaan
dan kesahan yang sangat tinggi. Alat pengukuran ini juga sesuai digunakan di Negara Malaysia
bagi mengetahui tahap integrati staf daripada pelbagai kategori dan dan latar belakang yang
berbeza. Maklumat yang diperolehi daripada alat ukuran Inventori Nilai Integriti (InNI) adalah
bermanfaat untuk kegunaan individu dan organisasi seperti dalam proses pemilihan, latihan,
pembangunan dan kerjaya. Artikal ini tidak menyatakan lebih banyak sokongan dan maklumat
daripada kajian-kajian terkini dan terdahulu bagi mengukuhkan kesimpulan yang telah dibuat.
Secara keseluruhan dapatan kajian menunjukkan Inventori Nilai Integriti (InNI) adalah satu
kaedah yang dapat mengukur nilai integrati dengan melihat dari hasil kajian yang telah
dijalankan melalui borang soal selidik. Diharapkan lebih banyak alat ukuran dapat diperkenalkan
pada masa akan datang oleh penyelidik-penyelidik di Negara kita.
ARTIKEL 2

PEMBINAAN, KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN INVENTOR' AMALAN 5S


DALAM KALANGAN GURU DI MALAYSIA

MOHAMMAD AZIZ SHAH MOHAMED ARIP, PHD MUHD NIKMAN JAHIDIN


MOHD SALMI MOHD SABRI ZAHRA NELISSA ISHAK AHMAD
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

Pengkaji telah membaca artikal yang berkaitan tentang Pembinaan Kesahan dan
Kebolehpercayaan Inventor Amalan 5S dalam kalangan Guru di Malaysia yang ditulis oleh
penyelidik-penyelidik dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Kajian ini telah
dibentangkan pada Jun 2014. Daripada pembacaan pengkaji amalan 5S adalah salah satu sistem
yang diamalkan oleh Negara Jepun. Langkah-langkah pelaksanaan ini bermula daripada huruf
pertama iaitu S. Tujuan amalan ini dilaksanakan supaya pengurusan amalan kebersihan menjadi
lebih sistematik dan teratur. Lima amalan berkenaan ialah Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu, dan
Shitsuke merupakan perkataan Jepun yang diringkaskan menjadi 5S yang memberi maksud
Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal. Di Negara kita juga Amalan 5S telah
diperkenalkan pada tahun 1980an. Amalan tersebut telah digunakan oleh banyak syarikat-
syarikat multi-nasional dan sektor swasta. Negara kita juga telah memberikan pengiktirafan
melalui pensijilan daripada Perbadanan oduktiv iti Malaysia (MPC) Jabatan Tenaga Manusia
Kementerian Sumber Manusia. Pengkaji telah mendapati bukan sahaja Negara kita sahaja
mengamalkan Amalan 5S tetapi negara-negara lain juga memperaktikan sistem tersebut. Tujuan
kajian ini dijalankan adalah untuk membina soal selidik IA5S berdasarkan kajian kepustakaan.
Keduanya adalah menentukan nilai kesahan kandungan soal selidik IA5S dan yang terakhir
menentukan nilai kebolehpercayaan soal selidik IA5S. Jumlah responden bagi kajian ini adalah
seramai 42 orang guru di sekolah Selangor dipilih bagi menjalankan kajian.

Daripada pembacaan pengkaji mendapati Amalan 5S adalah teknik yang paling berkesan
dalam proses wujudnya budaya peningkatan secara berterusan. Pengkaji mendapati dalam bahasa
Jepun `Kaizen' merupakan suatu cara penambahbaikan yang dilakukan sedikit demi sedikit tetapi
berterusan terutamanya dalam aktiviti yang berorientasikan manusia dan pemprosesan.
Penyertaan serta komitmen yang tinggi amat diperlukan daripada semua peringkat anggota
dalam organisasi tersebut untuk menjayakannya. Pengunaan amalan ini dapat meningkatkan
produktiviti dengan lebih berkesan dan sistematik. Pengkaji mendapati bilangan item bagi IA5S
mempunyai 25 item sahaja. Semua item mempunyau sub skala lima item dan adalah item positif.
Pengkaji mendapati tidak ada item negative dalam kajian ini. Lima sub skala ini terdiri daripada
Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal. Bagi pengskoran pula, pengkaji mendapati
pilihan jawapan IA5S menggunakan skala Likert empat pilihan jawapan iaitu; 1 - Sangat Tidak
Setuju (STS), 2 - Tidak Setuju (TS), 3 - Setuju (S) dan 4 - Sangat Setuju (SS). Ini merupakan
satu kaedah yang amat baik bagi mendapatkan maklumat yang tepat daripada responden.
Pengkaji mendapati soal selidik telah ditadbir dalam suasana yang kondusif supaya para
responden dapat menjawab dengan baik. Di samping itu, arahan yang jelas dan mempunyai
peralatan kerusi, meja dan alatulis bersesuaian. Jangkamasa ditetapkan ialah 10 hingga 20 minit
untuk menjawab semua item yang terkandung di dalam IA5S.

Daripada pembacaan pengkaji reka bentuk kajian yang digunakan adalah kajian
kuantitatif berbentuk deskriptif. Kajian deskriptif digunakan bertujuan mendapatkan kesahan
kandungan dan nilai kebolehpercayaan IA5S yang dibina melalui kajian kepustakaan yang
mendalam. Pengkaji menggunakan tiga fasa kajian, iaitu Fasa satu adalah Pembinaan IA5S, Fasa
kedua adalah untuk mendapatkan kesahan kandungan dan akhir sekali Fasa ketiga adalah untuk
analisis nilai kebolehpercayaan. Pengkaji mendapati pengguaan ketiga-tiga fasa tersebut mampu
jelas menunjukkan IA5S mampu mengukur tahap amalan 5S yang mempengaruhi produktiviti
kerja dalam lima sub skala iaitu sisih, susun, sapu, seragam dan sentiasa amal. Pengkaji
mendapati para penyelidik telah membina IA5S berdasarkan kajian kepustakaan yang mendalam.
Berdasarkan analisis kajian-kajian lepas, jurnal-jurnal, laporan agensi kerajaan dan swasta serta
buku-buku akademik mengenai Amalan 5S maka IA5S dibina berdasarkan Model Amalan 5S
yang menghuraikan definisi, konsep, huraian, pengaruh dan kesan amalan 5S dalam prosedur
kerja dan persekitaran. Selepas itu, para penyelidik memberikan item-item amalan 5S kepada 10
orang panel untuk disemak. Ia merupakan satu langkah yang baik bagi disemak dari sudut
ketepatan kandungan. Panel-panel yang dipilih juga mempunyai kepakaran dalam bidang yang
dikaji. Antaranya adalah ahli akademik dan pengamal pendidikan, psikologi dan kaunseling di
Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Semakan yang dibuat oleh panel adalah bertujuan untuk
mendapatkan nilai kesahan kandungan bagi IA5S. Pengkaji mendapati para penyelidik
melakukan fasa ketiga bagi mendapatkan nilai kebolehpercayaan IA5S. Tapisan fasa-fasa yang
teratur mendapat nilai kesahan yang sewajarnya.

Disampaing itu, selepas melalui ketiga-tiga fasa maka IA5S telah ditadbirkan kepada 42
guru yang mengamalkan 5S di Selangor, Malaysia. Pemilihan sampel menggunakan kaedah
rawak mudah dipilih bagi menjawab soal selidik. Data dapatan dianalisis menggunakan SPSS
untuk mendapatkan nilai alpha cronbach bagi menilai tahap kebolehpercayaan skala utama dan
sub skala IA5S. Pengkaji mendapati para penyelidik telah membina 1A5S berdasarkan kajian
literatur mengenai definisi, konsep, faktor-faktor dan implikasi kaedah pengurusan 5S yang
mendalam. Bahan rujukan adalah bersumberkan buku, artikel dan pelbagai jurnal dalam dan luar
negara. Berdasarkan ini, IA5S dibina mengandungi 25 item positif yang membahagikan tahap
pengetahuan kepada lima sub skala (lima item setiap sub skala) iaitu; sub skala 1: sisih (lima
item), sub skala 2: susun (lima item), sub skala 3: sapu (lima item), sub skala 4: seragam (lima
item) dan sub skala 5: Sentiasa Amal (lima item).

Dengan menggunakan perisian SPSS menunjukkan nilai kesahan keseluruhan LASS


ialah 8.50 (85%). Manakala kesahan kandungan bagi sub-skala dari tinggi-rendah ialah; susun
9.38, sapu 9.30, sentiasa amal 8.66, sisih 7.74 dan seragam 7.46. Hal ini menunjukkan bahawa
Amalan 5S mempunyai nilai kesahan kandungan pakar yang tinggi. Kesahan kandungan yang
tinggi disebabkan item soalan yang ditapis dan berkualiti tinggi. Pengkaji mendapati para
penyelidik telah menggunakan perisian SPSS untuk menganalisis analisis kebolehpercayaan nilai
Cronbach Alpha LASS. Ia merupakan satu analisis yang dapat membantu memberikan nilai
kepercayaan yang baik kepada penyelidik. Berdasarkan data analisis kebolehpercayaan bagi
IA5S mcnunjukkan nilai koefisian Cronbach Alpha yang memuaskan iaitu nilai 0.930. Pengkaji
mendapati pembacaan data mempunyai kebolehpercayaan yang baik. Secara tidak langsung, ia
dapat membuktikan kepuasan responden bagi menjawab soal selidik yang diberikan.
Para penyelidik juga telah membuat analisis kebolehpercayaan bagi menguji tahap
kualiti item-item yang dibina. Bagi IA5S Item 1-5 adalah sub-skala untuk sisih, 6-10 adalah
untuk sub-skala susun, 11-15 adalah untuk sub-skala sapu, 16-20 sub-skala untuk seragam dan
21-25 adalah untuk sub-skala sentiasa amal.Pengkaji mendapati para penyelidik telah
menggunakan perisian SPPS dimana Cronbach Alpha telah digunakan untuk mendapatkan
keputusan yang tepat. Selain itu, alat pengukuran untuk menguji tahap kesahan dan
kebolehpercayaan kajian ini telah dinyatakan secara terperinci. Tambahan pula, ulasan yang
dinyatakan dalam artikal ini alat pengukuran kesahan dan kebolehpercayaan telah memberi
gambaran yang luas bagaimana ia digunakan dan prosedur kajian rintis yang sepatutnya
digunakan bagi menentukan tahap kebolehpercayaan sesuatu instumen kajian. Penyelidik telah
pun memberi lebih tumpuan terhadap kesahan dan kebolehpercayaan instrumen kajian.

Dalam kajian ini, penyelidik mendapati melalui kajian ini, ia dapat memberikan
implikasi kepada dunia pengurusan, pendidikan, psikologi, kaunseling dan pentadbiran awam di
Malaysia. Berdasarkan analisis yang dilakukan IA5S mempunyai nilai kesahan dan
kebolehpercayaan yang baik dan memadai dalam menjadikan IA5S ini digunakan dalam
lapangan sebenar pengurusan 5S. Pengkaji mendapati item-item tersebut perlu dikaji semula
pada masa akan datang dan membuat penambahbaikan terhadap item yang dibina. Secara tidak
langsung kita dapat menghasilkan kajian yang lebih berkualiti di masa akan datang. Pengkaji
juga mengharapkan kajian ini patut diperluaskan dalam bidang-bidang perkerjaan yang lain bagi
mendapatkan kesahan dan kebolehpercayaan item soalan yang dipilih. Penyelidik dalam kajian
ini juga telah memastikan soal selidik yang dihasilkan benar-benar berkualiti dan mempu
memberikan kesahan dan kebolehpercayaan yang baik.

Secara keseluruhan berdasarkan analisis yang dilakukan IA5S mempunyai nilai kesahan
dan kebolehpercayaan yang baik dan memadai dalam menjadikan IA5S ini digunakan dalam
lapangan sebenar pengurusan 5S. Pengendalian fasa mengikut turutan juga membantu penyelidik
menguji dan dapat mempunyai nilai kesahan kandungan dan kebolehpercayaan yang tinggi dan
baik untuk diamalkan. Analisis setiap item yang terdapat dalam IA5S juga mempunyai nilai nilai
kebolehpercayaan yang baik dan yang menunjukkan bahawa IA5S dapat mengukur aspek
amalan seseorang berkaitan dengan Amalan 5S.
ARTIKEL 3

KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN INSTRUMEN KAJIAN


PROGRAM KELAYAKAN PROFESIONAL PEMIMPIN PENDIDIKAN KEBANGSAAN
(NPQEL): SEJAUH MANAKAH KEBERKESANANNYA?

KAMARUZAMAN MOIDUNNY, PHD, JABATAN PEMBANGUNAN PENGURUS,


PEMIMPIN DAN EKSEKUTIF PENDIDIKAN INSTITUT AMINUDDIN BAKI,
GENTING HIGHLANDS

Pengenalan

Pengkaji telah membincangkan tentang konsep kesahan dan kebolehpercayaan


sebagaimana yang dialami oleh pengkaji dalam menyiapkan kajian dengan judul Keberkesanan
Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL) (Kamaruzaman,
2009) yang melibatkan soal selidik, ujian pencapaian, Program Sandaran dan temu bual. Definisi
kesahan dan kebolehpercayaan sebagaimana yang dikemukakan oleh pakar-pakar penyelidikan
diutarakan oleh pengkaji dengan memberikan contoh yang relevan, agar mudah difahami oleh
pembaca. Soal selidik dan soalan temu bual yang dibina oleh pengkaji dalam menghasilkan
kajian ini telah diuji kesahan muka dan kesahan kandungannya. Pengkaji memilih seramai lima
orang pensyarah kanan Institut Aminuddin Baki (IAB) untuk mendapatkan pengesahan tentang
kesahan muka dan kesahan kandungan bagi soal selidik dan temu bual. Soal selidik dan temu
bual ini terdapat dalam Artikel dengan judul, Keberkesanan Program Kelayakan Profesional
Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL) (Kamaruzaman, 2009).

Kesahan konstruk soal selidik yang digunakan oleh pengkaji dalam kajian ini diukur
dengan menggunakan nilai korelasi antara skor setiap item dengan jumlah skor berkenaan. Hal
ini dilakukan dengan menggunakan analisis korelasi Pearson antara skor setiap item dengan
jumlah skor mengikut konstruk yang berkenaan. Pengkaji menyatakan bahawa skor yang
diperolehi berdasarkan analisis korelasi Pearson ini bersesuaian dengan teori yang dikemukakan
oleh Abu Bakar (1987) dan Nunnally (1967). Menurut Abu Bakar (1995) pula, nilai pekali
korelasi yang minimum dan boleh diterima pakai adalah 0.30. Manakala Nunally (1967, 1978)
serta Nunally dan Bernstein (1994) menyatakan bahawa nilai korelasi antara item dengan jumlah
skor yang melebihi 0.25 adalah dianggap tinggi. Dalam konteks kajian ini, pengkaji telah
menggunakan dua kaedah untuk menentukan kesahan konstruk soal selidik iaitu (1)
Menggunakan nilai korelasi antara skor setiap item dengan jumlah skor, dan (2) Menggunakan
nilai korelasi item yang diperbetulkan dengan jumlah skor (Corrected Item-Total Correlation).
Pengkaji juga merujuk kepada kurikulum Program Latihan NPQEL untuk menentukan kesahan
konstruk. Bagi item-item ujian pencapaian dan skima permarkahan Program Sandaran pengkaji
menggunakan khidmat tiga orang pakar dalam bidang pengurusan dan kepimpinan. Komen dan
teguran yang diterima daripada pakar-pakar ini diambil kira dan diguna pakai bagi memantapkan
lagi maksud, bahasa dan kandungan soal selidik dan soalan temu bual yang telah digunakan.

Di samping itu, komen dan teguran digunakan dalam menilai item-item yang digunakan
oleh pengkaji dalam ujian dan skima permarkahan Program Sandaran. Berdasarkan kajian ini,
pengkaji telah menggunakan nilai Cronbach Alpha bagi menentukan kebolehpercayaan soal
selidik. Bagi kes di IAB, pengkaji menggunakan ujian pencapaian (Ujian Akhir Kursus UAK)
yang berbentuk item berbentuk objektif. Pengkaji menyatakan bahawa item yang digunakan
berbentuk aneka pilihan dengan empat pilihan jawapan iaitu A, B C atau D. Selain itu, dalam
Program Sandaran pula item yang digunakan, memfokuskan kepada (1) Pengenalpastian
masalah, (2) Perancangan strategik, (3) Pelaksanaan dan penilaian strategik, serta (4) Kualiti
peribadi. Skor-skor diberikan oleh pensyarah-pensyarah setelah mereka menyemak hasil kerja
peserta Program Sandaran. Pengkaji menentukan kesahan item-item yang digunakan dalam ujian
pencapaian dan Program Sandaran dengan membuat analisis item. Analisis item dilakukan oleh
pengkaji untuk membezakan item yang baik dengan item yang lemah. Dalam konteks kajian ini,
semua item ujian pencapaian dan Program Sandaran telahpun dibina oleh IAB.

Dalam kajian ini pengkaji melaksanakan Analisis item bagi setiap ujian dan Program
Sandaran dengan menentukan Indeks Kesukaran (Facility Index, F) dan Indeks Pembezaan
(Discrimination Index, D) seperti yang disarankan oleh Macintosh dan Morrison (1969). Bagi
konteks kajian ini, pengkaji telah menggunakan item yang mempunyai nilai D yang bersamaan
atau lebih besar daripada 0.20 seperti yang disarankan oleh Ebel (1979). Sementara bagi nilai F
pulapengkaji telah menggunakan semua item yang dianalisis untuk mengelakkan kekurangan
item bagi setiap konstruk yang dikaji. Dengan kata lain, item yang dipilih melibatkan item sukar,
marginal dan senang. Dalam hal ini, pengkaji menghadapi kesukaran untuk memilih item yang
mempunyai nilai F antara 0.40 dengan 0.60 (Nunally 1978). Ini adalah kerana nilai F tidak
mampu dikawal oleh pengkaji kerana semua item dibina oleh pihak IAB dan telah ditadbirkan
kepada peserta Program Latihan NPQEL. Oleh itu pengkaji berpendapat, pemilihan semua item
yang mempunyai nilai D bersamaan atau lebih besar daripada 0.20 merupakan langkah paling
baik bagi kajian tersebut. Selepas menentukan nilai-nilai F dan D, kebolehpercayaan ujian
pencapaian dan Program Sandaran dihitung dengan menggunakan rumus Kuder-Richardson 20
(K-R20).
Bagi kesahan dan kebolehpercayaan soal selidik satu contoh hasil analisis yang telah
dibuat oleh pengkaji untuk menentukan kesahan dan kebolehpercayaan soal selidik dipaparkan
dalam Jadual 1 seperti yang ditunjukkan di bawah ini. Kesahan item soal selidik menggunakan
nilai (1) Korelasi antara skor setiap item dengan jumlah skor, dan (2) Korelasi item yang
diperbetulkan dengan jumlah skor (Corrected Item-Total Correlation). Manakala nilai Cronbach
Alpha digunakan bagi mendapatkan indeks kebolehpercayaan setiap aspek atau konstruk
berkenaan. Jadual 1 menunjukkan bahawa konstruk penyampaian pensyarah mempunyai nilai
korelasi skor item dengan jumlah skor antara 0.73 hingga 0.88. Manakala nilai korelasi item
yang diperbetulkan dengan jumlah skor (Corrected Item-Total Correlation) adalah antara 0.65
hingga 0.85. Nilai Cronbach Alpha pula adalah 0.92.

Jadual 1: Nilai korelasi dan Alfa bagi konstruk Penyampaian Pensyarah

Konstruk Item Korelasi Korelasi Item Nilai Alfa Nilai Alfa


Skor Item yang jika item Keseluruhan
dengan Diperbetulkan digugurkan
Jumlah Skor dengan
Jumlah Skor
Penyampaian 28 0.84 0.78 0.91 0.92
Pensyarah 29 0.79 0.72 0.92
30 0.80 0.74 0.92
31 0.88 0.85 0.91
32 0.73 0.65 0.92
33 0.84 0.80 0.91
34 0.77 0.69 0.92
35 0.82 0.75 0.91

Jadual 1 menunjukkan (1) Nilai korelasi skor item dengan jumlah skor dan (2) Nilai
korelasi item yang diperbetulkan dengan jumlah skor (Corrected Item-Total Correlation) adalah
melebihi 0.30. Hal ini memberikan kesimpulan bahawa item yang digunakan oleh pengkaji
dalam soal selidik mempunyai nilai kesahan yang tinggi. Sementara itu, nilai Cronbach Alpha
adalah melebihi 0.60 yang memberikan kesimpulan bahawa item mempunyai kestabilan dan
ketekalan dalaman yang baik. Nilai Cronbach Alpha ini merumuskan bahawa item yang
digunakan oleh pengkaji mempunyai kebolehpercayaan yang baik dan boleh diguna pakai dalam
soal selidik.

Seterusnya bagi menentukan kesahan dan kebolehpercayaan Ujian Pencapaian, sebanyak


450 item ditadbirkan oleh IAB kepada semua peserta program latihan NPQEL daripada ambilan
pertama hinggalah ambilan kesepuluh. Item ini ditadbirkan melalui empat fasa kursus yang
mengandungi lima kertas ujian. Terdapat dua kertas ujian dalam Fasa Asas dan satu kertas ujian
bagi tiga fasa kursus berikutnya. Dan bagi memilih item yang sesuai dalam kajian tersebut,
pengkaji telah melaksanakan proses yang dinamakan sebagai analisis item.

Pengkaji telah melaksanakan analisis item terhadap 450 item iaitu bagi ujian Fasa Asas
Kertas 1 (75 item), Fasa Asas Kertas 2 (75 item), Fasa Pertengahan (100 item), Fasa Khas (100
item) dan Fasa Berterusan (100 item). Analisis item dilaksanakan oleh pengkaji untuk
menentukan Indeks Kesukaran (Facility Index, F) dan Indeks Pembezaan (Discrimination Index,
D) dalam usaha menentukan kesahan konstruk setiap item. Sehubungan dengan itu, cuma item
yang mempunyai nilai D bersamaan atau melebihi 0.20 serta item yang mempunyai nilai F
bersamaan atau melebihi 40 peratus sahaja dipilih oleh pengkaji untuk analisis seterusnya.
Manakala bagi menentukan kebolehpercayaan setiap item, nilai Kuder-Richardson 20 (K-R 20)
bagi setiap konstruk dihitung oleh pengkaji. Oleh kerana semua ujian pencapaian dalam Program
Latihan NPQEL ini dilaksanakan secara tertutup, IAB tidak membenarkan sebarang item
dipaparkan untuk tatapan umum. Oleh itu pengkaji telah menggunakan kod bagi setiap item yang
dipilih. Pengkaji menggunakan 25 item yang terdiri daripada item yang dikemukakan dalam Fasa
Asas Kertas 1 (lapan item), Fasa Berterusan (14 item) dan Fasa Pertengahan (tiga item) untuk konstruk
Pengurusan dan Kepimpinan Organisasi yang mempunyai nilai F antara 41 peratus hingga 79
peratus, nilai D antara 0.21 hingga 0.54 dan nilai K-R20 adalah 0.65. Berdasarkan nilai yang
diperolehi oleh pengkaji berdasarkan 25 item tersebut, nilai D adalah melebihi 0.20 serta nilai F
adalah bersamaan atau melebihi 40 peratus. Manakala K-R20 yang dihitung mempunyai nilai di
antara 0.62 hingga 0.70. Nilai K-R20 melebihi 0.60 yang memberikan kesimpulan bahawa item
mempunyai kestabilan dan ketekalan dalaman. Nilai K-R20 ini merumuskan bahawa item
mempunyai kebolehpercayaan yang baik dan boleh diguna pakai. Oleh itu, item objektif bagi
ujian pencapaian yang telah dipilih oleh pengkaji boleh diguna pakai untuk analisis seterusnya
kerana mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan seperti yang dikehendaki.

Pengkaji menentukan kesahan muka dan kesahan kandungan semua item ujian
pencapaian yang digunakan dalam kajian tersebut oleh tiga orang pakar. Pendapat semua pakar
telah diambil kira dalam menentukan pemilihan item ujian pencapaian ini. Di samping itu,
kesahan konstruk pula ditentukan dengan melaksanakan analisis item. Dalam konteks kajian
tersebut, nilai (1) Indeks Kesukaran (Facility Index) dan (2) Indeks Pembezaan (Discrimination
Index) digunakan oleh pengkaji untuk menentukan kesahan konstruk item ujian pencapaian.
Semua nilai indeks menunjukkan item mempunyai kesahan yang boleh diguna pakai.

Seterusnya bagi menentukan kesahan dan kebolehpercayaan Program Sandaran pengkaji


melaksanakan analisis item bagi empat item iaitu, Program Sandaran iaitu (1) Pengenalpastian
masalah, (2) Perancangan strategik, (3) Pelaksanaan dan penilaian strategik, serta (4) Kualiti
peribadi. Berdasarkan analisis yang telah dibuat pengkaji menyatakan bahawa aspek
Pengenalpastian Masalah mempunyai nilai F = 83 peratus dan D = 0.22, aspek Perancangan
Strategik mempunyai nilai F = 82 peratus dan D = 0.25, aspek Pelaksanaan dan Penilaian
Strategik mempunyai nilai F = 81 peratus dan D = 0.23, serta aspek Kualiti Peribadi mempunyai
nilai F = 88 peratus dan D = 0.23. Nilai F yang tinggi menunjukkan peserta mampu
melaksanakan tugasan yang diberikan dengan baik. Manakala nilai D yang melebihi 0.20 pula
menunjukkan bahawa item mempunyai tahap kesahan yang boleh diguna pakai. Seterusnya, nilai
K-R20 adalah 0.84 yang dianggap tinggi dan merupakan nilai biasa yang didapati bagi Ujian
Rujukan Kriteria. Nilai K-R20 yang tinggi ini dihasilkan oleh korelasi antara item yang tinggi
kerana mengukur objektif atau kriteria yang sama.

Bagi menentukan kebolehpercayaan antara penilai (interrater reliability) untuk Program


Sandaran, pengkaji menghitung nilai indeks kebolehpercayaan. Nilai indeks kebolehpercayaan
(k2) yang didapati adalah bersamaan dengan 0.85. Nilai ini merupakan satu nilai
kebolehpercayaan yang sangat baik. Dengan kata lain, item-item yang digunakan dalam
menentukan skor bagi Program Sandaran mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi. Ini juga
menunjukkan bahawa instrumen Program Sandaran adalah sesuai digunakan untuk menilai
peserta Program Latihan NPQEL. Pengkaji menentukan kesahan konstruk dengan melaksanakan
analisis item. Dalam konteks kajian ini, nilai (1) Indeks Kesukaran (Facility Index) dan (2)
Indeks Pembezaan (Discrimination Index) digunakan untuk menentukan kesahan konstruk item
ujian pencapaian. Semua nilai indeks menunjukkan item mempunyai kesahan yang boleh diguna
pakai. Sementara itu, nilai K-R20 pula ditentukan yang memberikan kesimpulan bahawa item
mempunyai kestabilan dan ketekalan dalaman yang baik. Nilai K-R20 ini merumuskan bahawa
item mempunyai kebolehpercayaan yang baik dan boleh diguna pakai dalam kajian tersebut.
Sehubungan dengan itu, nilai kebolehpercayaan antara penilai (interrater reliability) sebanyak
0.85 juga menunjukkan bahawa item dalam Program Sandaran boleh diguna pakai dalam kajian
tersebut . Dan dapat disimpulkan di sini bahawa empat item ujian pencapaian Program Sandaran
ini sesuai digunakan dalam usaha pengkaji menentukan pencapaian objektif kajian ketiga dan
kelima.
Akhir sekali, pengkaji menentukan kesahan dan kebolehpercayaan Temu Bual Protokol.
Temu bual yang dibina oleh pengkaji menyentuh isu-isu yang terdapat dalam penilaian reaksi,
penilaian pembelajaran dan penilaian tingkah laku. Isu seperti reaksi responden terhadap
Program Latihan NPQEL, pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh, pemindahan pengetahuan
dan kemahiran semasa Program Sandaran, masalah yang dihadapi dan cadangan untuk
meningkatkan kualiti program ini dimasukkan dalam protokol temu bual. Ini merupakan satu
usaha untuk menguatkan bukti daripada data yang didapati melalui soal selidik, skor ujian
pencapaian dan skor Program Sandaran. Pengkaji menyatakan bahawa, temu bual ini merupakan
satu triangulasi iaitu satu proses untuk menguatkan bukti daripada sumber yang berlainan.

Pengkaji telah menentukan kesahan muka dan kesahan kandungan bagi semua item dalam
protokol temu bual yang digunakan dalam kajian ini oleh lima orang pakar. Pendapat semua
pakar telah diambil kira dalam menentukan pemilihan item temu bual ini. Bagi tujuan
menentukan kebolehpercayaan temu bual, analisis Indeks Cohen Kappa digunakan oleh pengkaji
bertujuan untuk menentukan darjah persetujuan unit analisis dengan tema yang dikaji. Pengkaji
memadankan unit daripada data temu bual dengan tema yang dominan. Dalam hal ini, pengkaji
telah mendapatkan khidmat tiga orang pakar analisis kualitatif untuk menentukan Indeks Cohen
Kappa. Seterusnya, penulis mendapati nilai persetujuan (Indeks Cohen Kappa) adalah 0.89. Nilai
ini merupakan satu nilai kebolehpercayaan yang sangat baik. Dengan kata lain, unit analisis yang
dibuat oleh pengkaji adalah selari dengan tema yang dikemukakan, berdasarkan persetujuan
pakar.

Berdasarkan artikel ini saya mendapati bahawa pengkaji telah menentukan kesahan dan
kebolehpercayaan bagi setiap item yang digunakan dalam menilai hasil kajiannya. Daripada
pembacaan artikel ini saya juga mendapati bahawa reka bentuk kajian yang digunakan oleh
pengkaji adalah kajian kuantitatif berbentuk deskriptif. Di samping menggunakan khidmat
pakar, pengkaji turut menggunakan kaedah statistik dengan mengemukakan nilai seperti korelasi
skor item dengan jumlah skor, korelasi item yang diperbetulkan dengan jumlah skor (Corrected
Item-Total Correlation), Indek Kesukaran (F) dan Indeks Diskriminasi (D) bagi menentukan
kesahan item yang digunakan. Sementara nilai Cronbach Alpha dan Kuder-Richarson 20 (K-R20)
dikemukakan bagi menentukan kebolehpercayaan item yang diguna pakai.
SENARAI RUJUKAN

Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip, et.al. (2014). Pembinaan, Kesahan Dan
Kebolehpercayaan Inventor' Amalan 5s Dalam Kalangan Guru Di Malaysia. Jurnal
Psikologi & Kaunseling Perkhidmatan Awam Malaysia Jun 2014, Bil. 9, ISSN: 2229-
810X 41-58

Ezhar Tamam, et.al (2005). Inventori Nilai Integriti (Inni): Kesahan Dan Kebolehpercayaan.
Diambil dari URL Journal http://www.researchgate.net/publication/283083678.

Kamaruzaman Moidunny, PhD,(2013). Kajian Keberkesanan Program NPQEL: Sejauh


Manakah Keberkesanannya?
Diambil dari http://kamaruzamanmoidunny.blogspot.my/2013/07/artikel-17-kesahan-
dan kebolehpercayaan.html

Sidek Mohd Noah (1998). Pengujian dalam Psikologi dan Kaunseling: untuk Pelajar Psikologi
dan Kaunseling, Serdang: Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia.

Mohd. Majid Konting, (2000). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Selangor: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Konting, M. M. (1998). Kaedah penyelidikan pendidikan. Dewan Bahasa dan Pustaka., (Ed. Ke-
4), Kuala Lumpur.

Jabatan Pembangunan Pengurus, Pemimpin dan Eksekutif Pendidikan (JPPPEP). (2013).


Keberkesanan program kelayakan profesional pemimpin pendidikan kebangsaan
(NPQEL) ambilan 1 tahun 2013. Genting Highlands: Institut Aminuddin Baki.

Jabatan Pembangunan Pengurus, Pemimpin dan Eksekutif Pendidikan (JPPPEP). (2013). Ujian
pra dan ujian pos aspek pengetahuan dan kefahaman serta kemahiran program
NPQEL bagi ambilan 1 tahun 2013. Genting Highlands: Institut Aminuddin Baki.

Вам также может понравиться