Вы находитесь на странице: 1из 23

BAB 3

PERKEMBANGAN HUBUNGAN DAN


PERGERAKAN BURUH DI MALAYSIA

OBJEKTIF BAB

Selepas mempelajari bab ini, anda seharusnya boleh:


1. Mempelajari ciri-ciri dan situasi buruh dalam kurun ke-19 dan
sebelum Perang Dunia Kedua.
2. Menerangkan situasi buruh selepas merdeka hingga ke hari ini.
3. Menghuraikan perkembangan pergerakan buruh menurut urutan
kronologi.
4. Menganalisis pindaan-pindaan Akta-Akta Buruh sebelum dan
selepas merdeka.
5. Membuat kritikan terhadap pindaan dan implikasi daripada
pindaan-pindaan dalam Akta-Akta Buruh.

3.1 PENGENALAN

Apabila kita mengkaji perkembangan sistem hubungan buruh di


Malaysia, kita akan dapati ada beberapa pendekatan yang diambil. Ada
yang melihat perhubungan buruh dari aspek kronologi iaitu hubungan
buruh yang berlaku sebelum perang dan selepas perang; ada yang melihat
perkembangan hubungan buruh dalam konteks darurat yang dilalui oleh
negara kita. Sungguhpun demikian, dalam kita membincangkan tentang
perkembangan hubungan buruh di Malaysia, baik apa jua pendekatan
yang digunakan untuk membincangkannya, ia tetap relevan dan
signifikan bagi kita memahami situasi perkembangan buruh pada hari ini.

Bagi memudahkan perbincangan kita berhubung dengan perkembangan


hubungan dan pergerakan buruh di Malaysia, kita akan
membahagikannya kepada dua tahap perkembangan. Pertama, tahap
perkembangan awal iaitu kurun ke-19 hingga sebelum meletus perang
pasifik dan tahap kedua iaitu selepas perang hingga ke hari ini.

45
3.2 BURUH IMIGRAN KURUN KE-19 HINGGA TAMAT
PERANG PASIFIK

3.2.1 Pendahuluan

Sebelum negara kita dijajah pada kurun ke-19, penduduk peribumi


terlibat di dalam kegiatan pertanian, perniagaan dan perdagangan dengan
pihak luar. Atas kelicikan dan perencanaan penjajah masyarakat peribumi
telah kehilangan sebahagian besar aktiviti ekonomi mereka di bidang
perniagaan dan perdagangan. Kehadiran penjajah turut membawa
perubahan demografi di Malaysia akibat daripada kebanjiran buruh
imigran baik daripada negara China mahupun India dengan begitu ketara
bagi memenuhi tuntutan dan keperluan aktiviti-aktiviti ekonomi para
majikan yang kebanyakannya terdiri daripada orang-orang Eropah.

Sebelum penjajahan British, kehadiran buruh Cina bukanlah asing bagi


negeri-negeri Melayu dalam kurun ke-19. Kehadiran mereka dapat
dieksan terutamanya, di kawasan-kawasan lombong bijih timah yang
terdapat di negeri-negeri Melayu seperti Perak, Selangor dan Negeri
Sembilan. Akan tetapi jumlah mereka tidaklah begitu besar. Situasi ini
berubah apabila negeri-negeri Melayu telah dijajah. Memandangkan sikap
orang-orang Melayu yang bukan sahaja merasa selesa dengan keadaan
sedia ada; sikap anti penjajahan dan mempertahankan maruah ketuanan
Melayu juga telah menyebabkan orang-orang Melayu menolak untuk
terlibat secara langsung dalam aktiviti-aktiviti ekonomi yang diuruskan
oleh orang-orang Eropah. Justeru, di antara tujuan penjajahan ialah
menguasai sumber-sumber ekonomi, maka British telah mendapat
tenaga-tenaga buruh dari luar Tanah Melayu bagi mengusahakan aktiviti-
aktiviti ekonomi yang diasaskan dan didirikan di negeri-negeri Melayu
yang telah dijajah pada ketika itu.

Antara kurun ke-19 hingga sebelum meletus Perang Pasifik majikan-


majikan Eropah dan pegawai-pegawai kerajaan British menyifatkannya
sebagai zaman keemasan, aman sejahtera, menggembirakan dan makmur.
Meletusnya perang pasifik dan akibat daripada peperangan itu dikatakan
telah merubah segala-galanya. Dalam konteks hubungan buruh, kesan
daripada peperangan ini jelas menunjukkan seperti adanya suatu garis
pemisa di antara kesejahteraan dan konflik hubungan buruh. Situasi ini
boleh kita interpretasi dengan melihat perkembangan pergerakan buruh
yang bersifat militan pada pertengahan tahun-tahun 40-an. Sungguhpun
zaman sebelum perang, pada umumnya kegiatan buruh mudah dikawal,
namun selepas tahun-tahun 30-an kita dapati mulai wujud tindakan-
tindakan perusahaan seperti mogok, perundingan kolektif dan
penubuhan persatuan atau kesatuan. Kesan daripada kegiatan buruh yang
bersifat agresif dalam tahun-tahun 40-an itu telah mengakibatkan
kerajaan British mengisytiharkan darurat dalam tahun 1948.
46
3.2.2 Situasi Buruh, Ciri-Ciri Buruh dan Pengurusan Buruh

Dalam kurun ke-19, pelombong-pelombong Cina dan Eropah, pemilik-


pemilik estet atau peniaga-peniaga (saudagar-saudagar) telah mendapat
tenaga buruh dari daerah-daerah di tenggara negeri China dan Selatan
India. Majority buruh-buruh dari negeri China terdiri daripada mereka
dalam kumpulan etnik Hakka, Kantonis dan Hailam manakala buruh-
buruh dari India pula majoritinya berasal dari Selatan India. Pada
umumnya, buruh imigran direkrut dari kawasan-kawasan yang
mengalami kesusahan dan penderitaan, tidak aman, berlakunya kebuluran
atau dari kawasan-kawasan industri tempatan yang merosot dan
sebagainya. Tenaga buruh ini dibekalkan atau diperoleh dengan murah,
mudah dikawal dan dalam jumlah yang agak besar yang tidak terdapat di
mana-mana tempat pada masa itu.

Pada peringkat awal buruh imigran dibawa ke Tanah Melayu hanya bagi
jangka masa yang pendek. Mereka tidak berniat untuk menetap atau
membina petempatan sebaliknya mencari rezeki untuk dihantar atau
dibawa pulang kepada keluarga mereka setelah berjauhan dengan
kampung halaman selama beberapa tahun. Kebanyakan daripada mereka
miskin dan jahil. Majority yang tiba di Tanah Melayu pada masa itu hanya
sehelai sepinggang kerana tidak mempunyai wang. Mereka diberi
ganjaran upah yang kecil dan sebagai balasannya mereka mendapat
makan dan tempat tinggal. Situasi kerja pada masa itu begitu buruk.
Dengan lain perkataan, tenaga mereka diekploitasi oleh pihak majikan.

Dalam kurun ke-19 ini, kita mendapati kebanyakan buruh-buruh imigran


baik buruh imigran India mahupun buruh imigran Cina dibawa masuk
melalui sistem ikatan kontrak atau perjanjian bertulis (indentur). Melalui
sistem ini mereka terpaksa membayar sekurang-kurangnya kos
kedatangan mereka kepada majikan yang membiayai perjalanan mereka.
Mereka diikat oleh kontrak untuk menjelaskan kembali pembiayaan yang
dibuat oleh pihak majikan.

Menurut Stenson (1977) ada di antara mereka yang tidak dapat


membebaskan diri mereka dari hutang atau tidak dapat kembali ke
tanahair mereka sehinggalah mereka dapat melunaskan hutang
berkenaan. Ada pekerja-pekerja yang dapat pulang ke tanah air mereka
setelah tamat tempoh kontrak mereka seperti pekerja dari selatan India di
kawasan perladangan. Namun ada juga yang terus menetap. Pengalaman
pahit yang dilalui oleh buruh-buruh ini mendapat perhatian daripada
pihak pentadbiran kolonial. Pihak kolonial Inggeris campur tangan
dengan mewujudkan kawalan terhadap pengrekrutan buruh dengan
mewujudkan agensi pengambilan buruh yang berpusat dalam tahun 1907
dan melarang sistem kontrak dalam tahun 1910.

47
Walaupun pihak kolonial mewujudkan perubahan ini, tetapi buruh-buruh
dari India lazimnya datang dengan bantuan seseorang yang dikenali
sebagai kangani. Aktiviti ini telah mewujudkan satu sistem yang
dinamakan Sistem Kangani.

3.2.3 Buruh Imigran India

Buruh dari India biasanya dibantu untuk memasuki Tanah Melayu.


Mereka dibawa oleh seorang kangani yang terdiri daripada buruh India
yang bekerja di Tanah Melayu tetapi mempunyai pengaruh di
kampungnya di India. Majikannya di Tanah Melayu akan membiayai
perjalanannya pulang ke India dan memberi komisen bagi setiap kepala
yang dapat direkrut ke Tanah Melayu.

Di bawah Sistem Kangani buruh mudah dikawal atau terikat sama ada
dengan hutang atau pinjaman yang diberikan oleh seseorang kangani
yang menguruskan kemasukan mereka ke Tanah Melayu. Menurut
Stenson dalam banyak kes, elemen utama kawalan ke atas buruh ialah
hutang mereka kepada kangani yang biasanya ialah seorang peminjam
wang. Ada masanya seorang kangani mempamerkan cirri sebagai
seorang pemimpin. Beliau mendengar rintihan buruh dan adakalanya
menjadi orang tengah dalam menyelesaikan pertikaian bagi pihak buruh
dengan majikan dan staf estet. Ada majikan mengambil buruh menerusi
kumpulan-kumpulan kangani. Di samping itu, kawalan kangani ke atas
buruh-buruh ini juga disokong oleh pihak majikan kerana memudahkan
kuat kuasa disiplin di estet dan pengurusan tenaga buruh. Bagi
perkhidmatan seumpama ini, seorang kangani akan menerima bayaran
biasanya dua sen bagi setiap kepala yang datang bekerja.

Kebanyakan buruh-buruh dari India ditempatkan di ladang teh, kopi dan


getah di kawasan-kawasan pedalaman atau terpencil dan bersifat
masyarakat tertutup. Segala keperluan asas mereka disediakan oleh pihak
majikan. Manakala kawalan disiplin sangat ketat dan pergerakan mereka
sentiasa diawasi. Bagi mereka, majikan adalah dewa dan tuan kerana
mereka bergantung kepada majikan dan menerima autoriti pihak
pengurusan sepenuhnya. Hubungan antara buruh dan majikan umpama
pada zaman feudal, iaitu seperti petani dengan tuan tanah manakala pada
zaman industri seperti golongan proletariat dengan majikan-majikan
kapitalis.

Walaupun begitu, nasib buruh imigran India turut mendapat perhatian


daripada kerajaan British di India. Keadaan atau situasi kaum buruh India
ini telah mendorong kerajaan di India memberi tekanan ke atas Tanah
Melayu. Kerajaan kolonial di negeri-negeri Melayu beransur-ansur
melaksanakan penyeliaan yang rapi terhadap syarat-syarat migrasi dan

48
pekerjaan dengan mengambil langkah penguatkuasaan dan
menstrukturkannya supaya lebih bersistematik. Dalam tahun 1911
Jabatan Buruh telah diwujudkan dan pada tahun berikutnya kod buruh
diwujudkan iaitu menetapkan syarat-syarat keperluan pekerjaan. Kerajaan
British di India juga melantik ejennya untuk menyiasat aduan-aduan
buruh dan sebagainya pada tahun 1923. Namun begitu peranan ejen ini
bukanlah sebagai mediator atau pendamai tetapi hanyalah memastikan
peraturan yang sedia ada telah diikuti atau disempurnakan.

3.2.4 Buruh Imigran Cina

Jika kita perhatikan kemasukan buruh pendatang Cina agak lebih bebas
daripada buruh India disebabkan tidak ada tekanan daripada kerajaan
China. Kawalan kerajaan terhadap sistem kemasukan dan pekerjaan
buruh pendatang dari China juga agak longgar. Tidak ada kawalan
pengrekrutan berpusat yang diwujudkan oleh kerajaan. Begitu juga tidak
wujud peraturan-peraturan yang efektif atau penyeliaan keadaan kerja.

Berhubung dengan kemasukan mereka, kita dapati terdapat sedikit


persamaan dengan Sistem Kangani. Akan tetapi perbezaannya daripada
Sistem Kangani ialah mereka langsung tidak dibawa ke tempat-tempat
kerja sebaliknya diagihkan kepada majikan melalui sistem rumah kongsi.
Walaupun begitu, kita dapati buruh-buruh ini terikat dengan kontrak atau
terpaksa membayar kos kedatangan mereka dan lain-lain perbelanjaan
kepada majikan-majikan mereka.

Kita juga dapat perhatikan bahawa buruh-buruh pendatang daripada


China ini kebanyakan mereka menyertai organisasi-organisasi sosial,
kumpulan-kumpulan kongsi dan persatuan-persatuan pedagang-
pedagang pada penghujung kurun ke-19. Pertubuhan-pertubuhan ini
bermula sebagai persatuan-persatuan kebajikan dan kemudiannya
bertukar kepada kegiatan-kegiatan politik yang bersifat kebangsaan dan
ada yang bertukar sebagai organisasi yang terlibat dengan kegiatan-
kegiatan jenayah dan mengganggu masyarakat. Menurut Stenson, buruh
pendatang China ini mempunyai kuasa autonomi terutamanya di kawasan
pedalaman. Ada yang terlibat dalam konflik secara kekerasan merebut
kawasan komersial dan sebagainya. Di samping itu, buruh-buruh yang
mempunyai kemahiran menyertai persatuan-persatuan perdagangan yang
mewakili tred mereka seperti tukang jahit, tukang kasut, tukang emas dan
tukang kayu. Daripada aktiviti-aktiviti inilah bermulanya penetapan kadar
upah, jam kredit, cuti, terma-terma perantis dan standard kerja. Namun
pada penghujung kurun ke-19, kita dapati kawalan oleh persatuan dan
perdagangan mulai merosot.

49
Di samping itu, buruh Cina di kawasan lombong bijih, estet, pelabuhan
jarang diambil secara langsung oleh majikan-majikan utama tetapi
diambil melalui subkontraktor. Kontraktor biasanya mempunyai kawalan
yang lebih luas ke atas buruh-buruh mereka jika dibandingkan dengan
Sistem Kangani ke atas buruh India. Ini adalah kerana kontraktor-
kontraktor ini menyediakan tempat tinggal, makanan, candu, pinjaman
kecil dan biasanya buruh-buruh dikunci di rumah-rumah kongsi pada
sebelah malam dan bayaran kepada mereka juga tidak menurut masa-
masa yang tetap. Berbanding dengan buruh-buruh India, pergerakan
buruh Cina lebih bebas, tetapi masih bergantung kepada majikan dari
segi sosial dan ekonomi.

SOALAN DALAM TEKS 3.1

1. Terangkan ciri-ciri umum buruh imigran dalam


kurun ke-19.
2. Bandingkan situasi buruh Cina dan India dalam
kurun ke-19.

Semak jawapan ada di akhir bab ini.

3.2.5 Pergerakan Kesatuan Sekerja

Daripada perbincangan di atas, kita dapati perkembangan dan situasi


yang sedia ada pada masa itu dengan kewujudan buruh-buruh yang
murah dan mudah dikawal itu, sememangnya mereka tidak mempunyai
nilai yang tinggi. Mereka mempunyai kuasa perundingan yang kecil. Di
pihak pentadbiran kolonial, pemantauan hanya lebih menjurus kepada
bekalan buruh daripada memenuhi aduan dan tuntutan-tuntutan buruh.
Polisi kerajaan kolonial pada masa itu bukanla memikul tanggungjawab
ke atas buruh-buruh pendatang. Ini dapat kita lihat apabila berlakunya
kemelesetan ekonomi pada awal tahun 30-an yang menyebabkan beribu-
ribu buruh pendatang dihantar pulang.

Walaupun beberapa perkembangan kecil berlaku seperti undang-undang


berhubung dengan tenaga buruh diluluskan oleh pihak kolonial dalam
kurun ke-19 dan awal kurun ke-20, namun ia hanyalah khusus
menyentuh mengenai keadaan kerja dan situasi kaum pendatang dan
sebagainya. Sungguhpun pada tahun 1912 Jabatan Buruh telah

50
ditubuhkan bagi Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu
serta kod buruh disemak dan diaplikasikan kepada semua ras, tumpuan
hanya diberi kepada keadaan dan situasi di dalam perusahaan ladang dan
perlombongan.

Pada awal kurun ke-20 ekonomi di Tanah Melayu mengalami


perkembangan yang sangat pesat. Keadaan ini menyebabkan perubahan
terhadap kuasa kontraktor dan Sistem Kangani serta persatuan-
persatuan yang bersifat terhad atau tertutup. Akibat ledakan ekonomi itu,
bentuk-bentuk pengeluaran baru telah wujud, pergerakan buruh lebih
bebas dan terdapat juga perubahan dalam polisi-polisi kerajaan.

Pertumbuhan pesat dapat kita lihat dalam industri bijih dan industri
getah serta ketidakmampuan pelombong-pelombong utama dan ketua-
ketua pertubuhan atau persatuan mengawal secara mutlak ke atas imigrasi
mahupun pekerjaan. Sebaliknya kuasa perundingan di pihak buruh
semakin meningkat. Sistem buruh kontrak menunjukkan tanda-tanda
kemerosotan sejak penghujung kurun ke-19 lagi. Manakala buruh-buruh
yang berpengalaman luas, mempunyai peluang dalam pergerakan mereka
untuk mendapat upah atau syarat-syarat yang lebih baik.

Pada masa ini, kita dapati rekrutmen buruh tempatan dan pergerakan
buruh di Tanah Melayu adalah perkara biasa jika dibandingkan dengan
dekad-dekad sebelumnya. Ada sesetengah buru India dapat berpindah
dari satu estet ke satu estet, lebih-lebih lagi ada di antara mereka
berpindah ke kawasan yang lebih bebas, kurang kawalan seperti dalam
perkhidmatan-perkhidmatan keretapi, bekerja di pelabuhan-pelabuhan
atau di majlis-majlis perbandaran dan jabatan-jabatan kerajaan. Secara
beransur-ansur kita dapati kawalan kangani atau kontraktor ke atas
kebebasan buruh-buruh Cina dan India berkurangan terutamanya pada
penghujung tahun-tahun 20-an.

Persatuan-persatuan turut mengalami nasib yang sama dengan


kewujudan bentuk-bentuk organisasi ekonomi yang baru seperti kilang
kayu, kilang getah, kilang nenas, kilang melebur bijih, lombong arang
batu, keretapi dan kedai-kedai engineering yang jauh lebih besar pada awal
kurun ke-20. Perkembangan ini membuka ruang kepada keperluan
pekerja-pekerja mahir di samping buruh sedia ada yang begitu ramai.
Hubungan mereka bukan lagi dalam bentuk buruh dan individu majikan
tetapi berubah kepada hubungan buruh dan majikan kapitalis.

51
SOALAN DALAM TEKS 3.2

1. Apakah punca kemerosotan Sistem Kangani atau


kontarktor?
2. Terangkan bentuk persatuan-persatuan dalam
kurun ke-19 dan awal tahun 20-an.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

Di samping itu, perkembangan dan perubahan politik di negeri China


dan India turut mempengaruhi perkembangan di Negeri-negeri Melayu.
Umpamanya, selepas revolusi 1911, orang-orang Cina di Negeri-negeri
Melayu menyambut seruan perjuangan nasionalis Cina dengan
menubuhkan cawangan-cawangan Kuomintang, memberi derma kepada
pertubuhan ini dan menubuhkan sekolah-sekolah Cina. Ada di antara
pekerja-pekerja mahir ini bertindak secara rahsia membentuk kesatuan-
kesatuan buruh yang tidak berdaftar dan bergerak secara haram di
Negeri-negeri Melayu. Kegiatan kesatuan ini memberi keutamaan kepada
perlindungan hak-hak pekerja dan memartabatkan maruah mereka
sebagai orang Cina. Dalam tahun 20-an, aktiviti-aktiviti dan propaganda
di kalangan buruh-buruh Cina telah dimainkan oleh golongan sayap kiri
Kuomintang dan juga ejen-ejen komunis. Mereka menanam rasa
kebangsaan melalui sekolah-sekolah Cina dan memberi tumpuan kepada
penubuhan kesatuan-kesatuan sekerja yang bergerak secara rahsia.

Pada tahun 1927, Kesatuan Sekerja Umum (GLU) atau Nanyang telah
ditubuhkan di Singapura atas arahan Organisasi Kesatuan Sekerja
Komunis Antara Bangsa. Kesatuan ini mendakwa mempunyai 42
kesatuan sekerja yang bergabung di bawahnya dengan keahlian seramai
5000 orang. Dalam tahun 1928, Parti Komunis Malaya (PKM) telah
ditubuhkan. Oleh kerana skop bagi kegiatan kesatuan sekerja amat
terhad, desakan bagi menambah baik nasib dan keadaan buruh telah
dimainkan oleh PKM walaupun kewujudannya adalah tidak sah. PKM
telah terlibat memprovokasi sejumlah tindakan mogok antara tahun-
tahun 1920-an hingga tahun-tahun 1930-an. Tindakan-tindakan mogok
yang direkodkan di antara tahun-tahun tersebut ialah

(i) 1926 dan 1927 - Mogok tukang pemasang (fitters)


(ii) 1927 - Syarikat Traction Singapura
(iii) 1928 - Tukang kasut Singapura

52
Sebaliknya, buruh-buruh India di Tanah Melayu tidak mempunyai
institusi ekonomi dan sosial yang kukuh seperti buruh-buruh Cina.
Sungguhpun begitu, tahun-tahun 20-an merupakan tahun-tahun
perubahan bagi pekerja-pekerja India khususnya yang berada di kawasan-
kawasan Bandar. Mereka yang memiliki kemahiran telah diambil sebagai
pekerja dalam bidang industri seperti loji minyak di Butterworth,
pangkalan tentera laut, keretapi dan lain-lain syarikat pengangkutan.

Di kalangan pekerja-pekerja India ini, ada yang berpendidikan dan


menerima pelbagai pengaruh kehidupan di bandar. Akibat daripada
kepelbagaian pengaruh pendidikan, kebiasaan dengan suasana tempatan,
rasa kebangsaan dan meniru gaya orang Eropah telah menyebabkan
wujudnya persatuan-persatuan sosial dan professional di kalangan staf-
staf perkeranian, pentadbiran dan teknikal. Sebagai contoh, penubuhan
Persatuan Staf Estet Asiatic dalam tahun 1927, Persatuan Kakitangan
Am Rendah dan pelbagai persatuan perkeranian serta kelab rekreasi dan
sukan. Di sebalik kewujudan persatuan-persatuan dan kelab-kelab ini,
tidak banyak tuntutan atau perundingan berhubung dengan hubungan
buruh-majikan berlaku. Namun kewujudan persatuan dan kelab ini
menjadi asas kepada perkembangan yang melindungi kepentingan-
kepentingan pekerja-pekerja pentadbiran.

Akan tetapi perkembangan ini telah berhenti apabila dunia mengalami


kemelesetan ekonomi dalam tahun-tahun 30-an walaupun terdapat
percubaan-percubaan untuk melancarkan tindakan mogok bagi
memperjuangkan tuntutan pekerja-pekerja. Ketika zaman kemelesetan
ekonomi, kedudukan buruh amat goyah sekali. Mereka tidak mempunyai
kuasa perundingan ketika itu. Manakala pimpinan tertinggi komunis telah
ditangkap dan dibuang negeri. Keadaan dan suasana pada zaman
kemelesetan ini memberi gambaran sebenar ciri-ciri sistem pekerjaan di
Tanah Melayu. Keadaan buruh hanya lebih sedikit daripada barangan
atau komoditi. Upah buruh telah dikurangkan secara drastik dan ramai
pekerja telah diberhentikan dan sebilangan besarnya telah dihantar
pulang.

Antara kesan daripada zaman kemelesetan ini, kita dapati berakhirnya


kemasukan buruh imigran secara bebas. Pada Ogos 1930, ordinan
mengehadkan imigrasi telah diperkenalkan. Tujuan ordinan ini
diperkenalkan ialah supaya pengangguran tidak meningkat. Ia diikuti
dengan Ordinan Orang Asing yang diperkenalkan dalam tahun 1933 bagi
mengehadkan buruh imigran dari negeri China. Kesan daripada sekatan
ini telah merubah ciri-ciri populasi di kalangan buruh. Zaman
kemelesetan yang dialami itu telah mendorong sebahagian besar pekerja
menganggap diri mereka sebagai penduduk tetap dan mereka tidak mahu
pulang ke tanah air walaupun diberi tambang percuma jika mereka mahu

53
berbuat demikian. Kemasukan secara bebas telah dikurangkan sama
sekali. Rasio jantina dan kadar kelahiran turut bertambah baik khususnya
di kalangan masyarakat Cina. Sekatan juga turut memberi pukulan maut
kepada Sistem Kangani.

Akan tetapi yang lebih penting ialah sekatan yang telah dijalankan itu
menyebabkan tenaga buruh berkurangan di sebalik permintaan yang
tinggi. Ini membolehkan buruh am dan buruh mahir merundingkan
perkhidmatan mereka disebabkan kenaikan harga dan permintaan buruh
yang meningkat. Kita juga dapat melihat bahawa tahun-tahun antara
1933 hingga sebelum Perang Dunia Kedua, hubungan buruh telah
melalui separa peralihan daripada sistem pekerjaan yang bersifat kawalan
dan teratur kepada suatu sistem pekerjaan yang lebih bebas dan juga
daripada buruh imigran yang bersifat sementara kepada tenaga buruh
yang bersifat pemastautin, tetap atau kekal.

Apakah kesan zaman kemelesetan ekonomi dunia


tahun 30-an ke atas kaum buruh di Tanah Melayu?

3.2.6 Perkembangan Kesatuan/Persatuan Sekerja antara 1933


Hingga Meletus Perang Pasifik

Sebagaimana dalam perbincangan terdahulu, kita mendapati pekedai-


pekedai atau tukang-tukang yang mempunyai kemahiran-kemahiran
tertentu telah membentuk persatuan-persatuan yang mewakili tred atau
pekerjaan mereka dalam tahun-tahun 20-an. Dalam proses hubungan
buruh-majikan ketika itu, sebarang pertikaian yang berlaku baik secara
aman mahupun secara agresif telah dapat dikawal melalui proses orang
tengah yang bebas sebagai pendamai. Kedua-dua pihak iaitu buruh dan
majikan boleh menerima kompromi penyelesaian yang dicadangkan oleh
orang tengah tersebut. Keadaan ini tidak berkekalan kerana dalam tahun
1936, kita dapati siri-siri tindakan mogok mulai tercetus bukan sahaja
melibatkan pekerja-pekerja bukan mahir malah pekerja-pekerja mahir.

Pada peringkat permulaan, tindakan mogok telah dijalankan oleh kuli-


kuli (coolies) pemotong nenas di kilang-kilang nenas Singapura dan Johor.
Menurut Stenson seramai 1500 pekerja terlibat dan mogok berakhir
setelah kira-kira tiga minggu. Tindakan mogok ini disusuli pula oleh
tindakan mogok kira-kira 4000 hingga 5000 buruh binaan Cina yang
bertindak memberhentikan kerja selama satu hingga dua minggu. Situasi
yang resah ini, diikuti pula oleh pekerja-pekerja Syarikat Traction
Singapura dan pekerja-pekerja angkut najis Majlis Perbandaran Singapura
yang turut berhenti memberi perkhidmatan sehinggalah tuntutan mereka
dipenuhi. Tindakan mogok ini telah mendorong kakitangan awam dan
perbandaran iaitu kira-kira 13,000 orang pekerja turut terlibat.
54
Di Selangor, pekerja-pekerja lombong arang batu dan lombong bijih
Hong Fatt bertindak memberhentikan kerja. Antara Januari dan Februari
1937 pula, mekanik-mekanik Cina dan pekerja-pekerja yang
berkemahiran menurut langkah melancarkan tindakan mogok di
beberapa negeri. Dalam bulan Mac, pekerja kilang getah Klang
mogokdan diikuti oleh penoreh-penoreh Cina di seluruh Selatan
Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor Utara dan beberapa bahagian
Pahang yang melibatkan kira-kira 10,000 orang pekerja.

Tindakan-tindakan mogok yang tercetus itu telah dikaitkan dengan


hasutan persatuan-persatuan yang didokong oleh komunis di samping
kesedaran di kalangan pekerja terhadap situasi trend ekonomi semasa.
Kesedaran pekerja termasuklah keazaman mereka membaiki rungutan-
rungutan masa lalu dan menambah baik keadaan sedia ada. Kebetulan
pada ketika itu, buruh mahir dan separa mahir begitu kurang disebabkan
ramai telah dihantar pulang ketika zaman kemelesetan ekonomi dunia.
Ini diikuti dengan kenaikan harga komoditi. Harga getah telah meningkat
25 peratus antara tahun 1933 hingga 1936 menyebabkan kos hidup turut
meningkat. Dengan situasi yang ada itu, pekerja-pekerja mengambil
kesempatan atau peluang untuk menuntut pembahagian syer akibat
kemakmuran yang dikecapi pada masa itu iaitu dalam bentuk upah antara
20 hingga 25 peratus. Pekerja juga menuntut dihapuskan perlakuan yang
tidak adil khususnya yang berkaitan dengan sistem kontrak pekerjaan dan
tuntutan penambahbaikkan keadaan kerja dan kehidupan mereka.

Kesan daripada tindakan mogok juga telah merubah pandangan kerajaan


kolonial pada masa itu. Akibatnya satu bil memudahkan penubuhan dan
pengiktirafan kesatuan sekerja telah diluluskan pada tahun 1940
walaupun menerima tentangan daripada pihak majikan-majikan. Namun
begitu, implementasi enakmen ini tidak dapat disempurnakan disebabkan
penaklukan Jepun ke atas Tanah Melayu hinggalah kejatuhan Jepun pada
tahun 1945.

3.3 PERKEMBANGAN HUBUNGAN BURUH SELEPAS


PERANG HINGGA KE HARI INI

3.3.1 Kesatuan Sekerja dan Implikasi Pindaan Enakmen 1940

Pada tahun 1946, Enakmen Kesatuan Sekerja (KS) yang diluluskan


dalam tahun 1940 bagi Negeri-negeri Melayu Bersekutu telah
diperluaskan aplikasinya ke seluruh Malayan Union. Di bawah enakmen
ini, pendaftaran kesatuan sekerja telah diwajibkan. Pada tahun yang sama
sebuah Jabatan Pendaftaran Kesatuan Sekerja telah ditubuhkan untuk
mendaftar Kesatuan Sekerja dan menyelia aktiviti-aktiviti mereka. Sebuah
Jabatan Penasihat Kesatuan Sekerja yang bebas juga diwujudkan untuk

55
memberi nasihat dan membantu pekerja-pekerja untuk menubuh
kesatuan sekerja. Undang-Undang 1946 yang mewajibkan pendaftaran
KS mulai efektif dalam tahun 1947. Pada penghujung tahun 1947
sebanyak 298 kesatuan telah didaftarkan.

Terdahulu daripada itu, dalam bulan Oktober tahun 1945, Kesatuan


Buruh Umum (KBU) telah diasaskan di Singapura. Kesatuan Buruh
Umum telah mengambil kesempatan daripada keadaan selepas perang
dengan mengeksploitasi kesusahan dan kepayahan yang dihadapi oleh
kaum buruh. KBU telah mencapai beberapa kejayaan dalam tuntutan
mereka seperti meningkatkan gaji dan upah pekerja-pekerja menerusi
tindakan-tindakan mogok yang mereka lancarkan dalam tahun 1946.

Menurut Anantaraman satu peristiwa penting selepas perang yang


meninggalkan implikasi yang besar ketika itu terhadap pergerakan
kesatuan sekerja ialah pengiktirafan PKM oleh kerajaan British sebagai
pertubuhan parti politik yang sah. Dengan pengiktirafan ini PKM
mendapat peluang dan kesempatan yang luas untuk menubuh kesatuan
sekerja dalam semua bidang perniagaan, tred dan industri serta dapat
menggabungkannya dengan Kesatuan Buruh Umum yang diasaskan
dalam bulan Oktober 1945 di Singapura. Pada tahun 1947 Kesatuan
Buruh Umum menukar nama kepada Pan Malayan Federation of Trade
Union (PMFTM) atau Persatuan Kesatuan Sekerja Pan Malaya. Terdapat
kira-kira 289 kesatuan bergabung di bawahnya dengan hamper 200,000
orang ahli. Separuh daripada jumlah ini adalah di bawah pengaruh dan
kawalan PKM. Kesatuan sekerja di luar kawalan komunis pula adalah
terdiri daripada kesatuan-kesatuan yang mewakili pekerja-pekerja
kerajaan dan majlis perbandaran serta kesatuan pekerja mahir dan
perkeranian.

Suasana selepas perang yang belum stabil itu telah dieksploitasi oleh
PKM. Kempen-kempen tertumpu kepada rungutan-rungutan dan
aspirasi pekerja pada masa itu. Objektif PKM ialah mencapai perjuangan
politik mereka berlandaskan perjuangan ekonomi. Sungguhpun
kedudukan buruh sebelum perang agak bertambah baik dari segi kuasa
penawaran dan perundingan untuk mendapat upah dan keadaan kerja
yang lebih baik, namun situasi ekonomi selepas perang tidak
mengizinkan. Keadaan selepas perang digambarkan dengan harga
barangan yang melambung, makanan utama iaitu beras tidak mencukupi,
dan upah buruh pula sangat rendah. Kekurangan bekalan barangan yang
berterusan itu menjadi semakin runcing pada hujung tahun 1946.
Keadaan ekonomi yang meruncing ini menyebabkan ramai buruh di
kawasan luar bandar terpaksa memakai guni dan kain yang robek. Ketika
itu harga makanan melambung. Di bandar perumahan tidak mencukupi

56
serta mahal. Situasi ini sudah memadai bagi PKM untuk mengeksploitasi
keadaan nasib kaum buruh pada masa itu dalam usaha mencapai objektif
politik mereka.

Tahun 1948 merupakan tahun yang genting bagi pergerakan KS.


Beberapa siri gelombang tindakan mogok telah berlaku terutamanya di
kawasan-kawasan estet hingga mencetuskan insiden-insiden ganas. PKM
berhasrat untuk mengambil alih pemerintahan secara paksa dan
menubuhkan Republik Rakyat Malaya. Menyedari taktik dan objektif
PKM itu, kerajaan kolonial terus bertindak dengan meminda asas
Enakmen KS 1940. Pindaan yang dilakukan itu telah menghadkan KS,
iaitu menamatkan Persekutuan KS yang bersifat umum. Persekutuan KS
hanya terhad kepada KS yang mewakili pekerja dalam tred, pekerjaan dan
industri yang sama. Pindaan lain yang turut dilakukan ialah melarang
seseorang yang disabitkan dengan kesalahan daripada memegang jawatan
dalam KS dan mewajibkan pegawai-pegawai KS selain daripada
setiausaha mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya tiga tahun di
dalam KS industri mereka. Secara langsung pindaan ini telah
mengurangkan pengaruh luar yang menggunakan kesatuan untuk
kepentingan mereka dan memastikan hanya pekerja-pekerja yang sah
sahaja layak memegang jawatan. Kesan daripada pindaan ini telah
mengakibatkan PMFTU tidak layak didaftarkan semula. Nasib yang sama
menimpa kira-kira 100 buah kesatuan apabila tidak lagi diterima
pendaftran semula. Menyedari kegiatan mereka dalam KS telah disekat,
PKM telah beralih kepada perjuangan secara kekerasan dengan
melancarkan perang gerila di hutan belantara serta melarikan tabung
kewangan KS bersama mereka. Kerajaan bertindak balas dengan
mengharamkan PKM dan mengisytiharkan keadaan darurat pada 16 Jun
1948 yang berakhir hingga 1960.

Dalam tahun 1949, Majlis MTUC telah ditubuhkan hasil daripada


galakan dan sokongan daripada kerajaan kolonial sebagai alternative
kepada pergerakan sekerja komunis yang telah diharamkan. MTUC telah
mengadakan aktiviti perjumpaan perwakilannya secara berterusan sejak
tahun 1950. Jawatankuasa tertinggi MTUC dipilih dalam perjumpaan
tahunannya menerusi perwakilan daripada kesatuan-kesatuan gabungan.
Polisi keputusan MTUC banyak dipengaruhi oleh kesatuan-kesatuan
yang mempunyai ramai perwakilan berdasarkan dua orang bagi setiap
500 orang ahli gabungan ke bawah dan seorang wakil bagi tambahan 500
ahli.

3.3.2 Perkembangan Pergerakan Buruh Selepas Merdeka


Hingga Tahun 1971

Ketika dalam zaman darurat, pihak kolonial telah mengumumkan


perancangan untuk memberi kemerdekaan kepada Persekutuan Tanah
57
Melayu. Dalam tahun 1955, pilihan raya pertama telah diadakan. Satu
Perlembagaan yang baru telah disediakan bagi kerajaan yang akan
memerintah dan perlantikan menteri-menteri tempatan yang
bertanggungjawab kepada perhimpunan yang dipilih. Dalam pilihan raya
1955 ini majoriti kerusi telah dimenangi oleh Parti Perikatan yang terdiri
daripada Melayu, Cina dan India. Kejayaan ini mengorak langkah kepada
tuntutan kemerdekaan sepenuhnya. Pada tahun 1957 Persekutuan Tanah
Melayu telah mencapai kemerdekaan. Kerajaan baru bagi Persekutuan
Tanah Melayu telah mengisytiharkan kepada umum polisinya untuk
menggalakkan partumbuhan pergerakan KS yang kuat, bebas dan
demokratik. KS ketika itu turut merasa seolah-olah mereka mempunyai
peranan yang istimewa dalam mengisis kemerdekaan dan memberi
sumbangan kepada hala tuju Persekutuan Tanah Melayu. Satu jabatan
buruh dan perhubungan buruh yang baru telah ditubuhkan. Ordinan
Kesatuan Sekerja yang baru telah diluluskan dalam tahun 1959 oleh
kerajaan yang baru setelah disemak semula serta digabungkan dengan
undnag-undang sebelum ini.

(a) Ordinan Kesatuan Sekerja tahun 1959

Dalam usaha memperkukuhkan undang-undang sedia ada berhubung


dengan kesatuan sekerja, Ordinana Tahun 1959 mengekalkan pindaan
enakmen 1940 yang dilakukan pada Jun 1948 iaitu

(i) Pertama, mengharamkan bentuk KS yang bersifat


bersekutu dan menghadkan kepada kesatuan yang
mewakili pekerja-pekerja dari satu perdagangan,
pekerjaan dan industri yang sama;
(ii) Kedua, mengurangkan pengaruh luar dengan
mensyaratkan pegawai kesatuan mestilah memiliki
sekurang-kurangnya pengalaman tiga tahun dalam
industri yang diwakili kecuali setiausaha; dan
(iii) Ketiga, memperkenalkan pentakrifan baru KS.
Peruntukan baru ini menghadkan keahlian KS kepada
ahli-ahli yang terdiri daripada tred, pekerjaan dan industri
yang sama. Enakmen ini adalah berdasarkan model
sistem British kecuali dalam perkara yang mewajibkan
pendaftaran KS.

Kita juga mendapati bahawa pendaftar KS telah diberi kuasa yang luas
untuk mendaftar atau menolak pendaftaran KS berdasarkan budi
bicaranya. Peranan kerajaan dalam hal ini agak minima. Mana-mana
pihak yang terlibat dalam pertikaian perdagangan digalakkan
menyelesaikannya dan menjanakan hubungan mereka secara kolektif.
Ordinan Mahkamah Perusahaan 1948 membenarkan timbang tara bagi

58
pertikaian perusahaan hanya apabila ada permintaan daripada kedua-dua
pihak. Oleh kerana itu, kerajaan tidak campur tangan dalam mana-mana
pertikaian melainkan pihak yang terlibat bersetuju menerima campur
tangan kerajaan. Akibatnya, pihak yang terlibat ini boleh mengambil
tindakan perusahaan tanpa adanya sekatan. Di sini kita mendapati
bahawa apabila sesebuah KS telah didaftarkan, maka kedua belah pihak
mempunyai kebebasan dalam perundingan bersama dan mengambil
tindakan perusahaan.

Sungguhpun KS mempunyai kebebasan dan boleh menjalankan tindakan


perusahaan, tetapi enakmen 1959 secara tidak langsung telah
menghadkan aktiviti-aktiviti KS dan menghalang pertumbuhan KS yang
lebih kuat dan besar. Tambahan pula beberapa peristiwa penting yang
berlaku yang menggugat keselamatan negara telah membataskan aktiviti
pergerakan KS. Umpamanya, Konfrantasi Indonesia Malaysia tahun
1964-1965 dan beberapa kejadian tinadakan perusahaan yang berlaku.

Sejak tahun 1962, keresahan pekerja-pekerja turut meningkat. Beberapa


tindakan perusahaan telah dilancarkan oleh pekerja-pekerja antara tahun
1962-1964. Kepimpinan MTUC juga gagal mengawal tindakan
perusahaan yang berlaku. Dengan tercetusnya konfrantasi Malaysia-
Indonesia, kerajaan mengambil langkah mengisytiharkan keadaan
darurat. Kerajaan juga mengheret pihak pekerja dan majikan melalui
wakil-wakil mereka bagi menandatangani Kod Tatacara untuk
Keharmonian Perusahaan/Industri. Namun ia tidak mengurangkan
ketegangan pertikaian industri. Keadaan yang tidak tenteram ini memberi
alasan yang baik bagi kerajaan untuk menggubal peraturan baru menerusi
akta darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) tahun 1964. Secara tidak langsung
kesan pindaan akta ini telah mengakibatkan sistem yang bersifat sukarela
berpindah kepada sistem yang mewajibkan hubungan perusahaan.

Sehubungan dengan ini, kerajaan merasakan perlu untuk mengawal


pertikaian perdagangan dalam perkhidmatan-perkhidmatan penting.
Oleh itu, kerajaan mengisytiharkan Peraturan-Peraturan Perlu 1965 yang
menegah tindakan mogok dan melarang tindakan perusahaan dalam
perkhidmatan awam, mewujudkan tribunal timbang tara bagi
memutuskan sebarang pertikaian dalam perkhidmatan-perkhidmatan
penting secara eksklusif. Pada tahun yang sama kuasa kehakiman tribunal
ini diperluaskan mencakupi kakitangan kerajaan persekutuan dan negeri.
Dengan peralihan sistem wajib ini menteri buruh mempunyai kuasa untuk
campur tangan mendamaikan pihak-pihak yang terlibat di dalam
pertikaian baik sebenar atau yang dibimbangi/dikhuatiri. Sistem ini juga
mewajibkan pihak yang bertikai merujuk apa-apa pertikaian yang tidak
dapat diselesaikan kepada tribunal yang mengikat walaupun bukan atas
kehendak mereka atau mereka tidak memohon campur tangan menteri.

59
Antara tahun 1964 hingga 1967 kesan daripada mewajibkan timbang tara
angka menunjukkan jumlah tindakan mogok oleh para pekerja telah
berkurangan. Melihat kepada faedah daripada kesan pelaksanaan timbang
tara wajib ini, kerajaan telah menggantikan Undang-Undang Darurat dan
Ordinan Mahkamah Perusahaan 1948 dengan Akta Perhubungan
Perusahaan 1967 (APP). Akta PPP 1967 yang mengekalkan sistem
perhubungan perusahaan yang wajib dan mewujudkan Mahkamah
Perusahaan seperti yang ada pada hari ini telah memainkan peranan
penting dalam memastikan keamanan perindustrian. Sungguhpun hak
untuk mengambil tindakan perusahaan masih diiktiraf namun apabila
pertikaian perusahaan dirujuk kepada mahkamah perusahaan oleh
menteri, maka apa jua tindakan perusahaan yang diambil akan dianggap
batal atau haram.

(b) Pindaan Enakmen Kesatuan Sekerja dalam tahun 1965

Pindaan Enakmen Kesatuan Sekerja 1965 dibuat adalah untuk memberi


kuasa tambahan dan mengukuhkan peruntukan-peruntukan dalam
Ordinan Kesatuan Sekerja tahun 1959 yang berkaitan dengan kuasa
pendaftar kesatuan sekerja seperti kuasa membatalkan pendaftaran,
menolak pendaftaran kesatuan dengan tujuan untuk mengawal
peningkatan atau penambahan jumlah KS. Di bawah Ordinan Kesatuan
Sekerja 1959 mana-mana kumpulan tujuh orang boleh menubuh KS.
Akan tetapi tidak ada peruntukan yang menegah kumpulan-kumpulan
serpihan dalam sesebuah KS untuk menubuh kesatuan yang baru. Oleh
itu, dengan adanya pindaan ini pendaftar diberi kuasa untuk menolak
atau membatalkan mana-mana KS jika beliau berpuas hati telah wujud
KS bagi tred, pekerjaan atau industri yang berkaitan.

Pindaan akta ini juga mengandungi peruntukan-peruntukan berkaitan


dengan KS yang mengambil seseorang yang bukan warganegara atau
memegang jawatan dalam KS yang lain. Peruntukan ini menghalang
seorang pemimpin KS daripada mempunyai kuasa dalam banyak
kesatuan sekerja. Pindaan ini juga memberi kuasa kepada Yang
Dipertuan Agong (YDPA) membenarkan mana-mana pegawai kerajaan
untuk membentuk atau menjadi ahli mana-mana KS bergantung kepada
syarat-syarat yang akan ditetapkan. Di bawah peruntukan ini kakitangan
awam dibenarkan menubuh atau menjadi ahli kesatuan sekerja sesuatu
kumpulan pekerjaan, jabatan kerajaan atau kementerian kecuali
kakitangan pasukan polis, perkhidmatan penjara, dan angkatan tentera.

60
(c) Peraturan-Peraturan Perlu Kesatuan Sekerja 1969, 1970 dan
1971

Pada tahun 1969 sekali lagi Malaysia mengadakan pilihan raya umum.
Dalam pilihan raya 1969 ini, kita dapati KS terutamanya MTUC memberi
sokongan kepada pihak pembangkang yang menyokong isu-isu
perjuangan kaum buruh. Di samping itu, KS juga merasa kecewa dengan
pengelakan sistem mewajibkan perhubungan perusahaan yang dianggap
menyekat kuasa pergerakan KS atau KS tidak berkuasa lagi.

Pilihan raya yang berjalan itu telah mengakibatkan banyak kawasan telah
jatuh ke tangan pembangkang terutamanya kawasan kerajaan tempatan
seperti Ipoh, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Kesan daripada pilihan
raya ini juga telah mengakibatkan tercetusnya peristiwa berdarah tragedy
13 Mei di Kuala Lumpur. Kerajaan melalui YDPA telah mengisytiharkan
keadaan darurat dan menubuhkan MAGERAN yang dipimpin oleh Tun
Abdul razak dengan keahlian yang terdiri daripada ketua-ketua pasukan
polis, angkatan tentera, perkhidmatan awam dan kementerian luar serta
seorang wakil daripada komuniti Cina dan seorang wakil daripada
komuniti India.

Darurat ini tamat pada tahun 1971 dan Parlimen telah dipulihkan serta
diperkenalkan dengan Dasar Ekonomi Baru bagi menghapus kemiskinan
antara kaum serta merapatkan jurang perbezaan ekonomi semua kaum.
Ketika darurat, beberapa peraturan telah diwujudkan untuk mengawal
KS dan hubungan buruh dalam tahun 1969, 1970 dan 1971. Apabila
darurat ditarik balik pada tahun 1971, peruntukan-peruntukan yang
dikeluarkan ketika darurat telah dijadikan undang-undang tetap. Ia
bertujuan untuk memastikan bahawa KS dapat berfungsi dengan
berkesan dan juga memastikan bahawa kepentingan ahli-ahli KS dan
Negara dilindungi. Justeru itu, Akta Kesatuan Sekerja (pindaan) 1971
dikanunkan dengan cirri-ciri berikut:

(i) Peruntukan mengeluarkan sijil pendaftaran sementara


dihapuskan.
(ii) Peruntukan baru bagi membolehkan pendaftar
mengambil tindakan terhadap mana-mana cawangan
kesatuan sekerja yang terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang
tidak sah.
(iii) Peruntukan baru bagi menegah tindakan mogok liar.
(iv) Peruntukan baru tidak melayakkan/membatalkan
pegawai-pegawai atau pekerja-pekerja parti plitik yang
memegang jawatan dalam kesatuan sekerja.
(v) Peruntukan menghapuskan tabung politik dalam kesatuan
sekerja.

61
Selain daripada peruntukan di atas, satu lagi pindaan yang dibuat dalam
tahun 1969 telah dijadikan undang-undang tetap dalam pindaan Akta
Perhubungan Perusahaan 1971 iaitu peruntukan berhubung dengan
klausa prerogatif majikan yang dimasukkan secara bertulis dalam statut.
Menurut Anantaraman kebijaksanaan memasukkan klausa ini secara
bertulis masih dipertikaikan oleh pihak-pihak yang berminat dlam negeri
mahupun luar negeri. Sungguhpun tujuannya adalah untuk mencegah
tindakan perusahaan-perusahaan yang sekadar berseronok dan tidak
bertanggungjawab tetapi dari aspek perundingan kolektif kita dapati
klausa ini menghadkan skop perundingan kolektif dengan menghalang
kesatuan sekerja membangkitkan apa-apa tuntutan tawar menawar
berhubung dengan kanaikan pangkat, pertukaran dalam, perekrutan,
pemberhentian secara beramai-ramai (retrenchment), pemecatan,
mengambil semula seseorang pekerja dan sebagainya. Anantaraman juga
menyifatkan bahawa undang-undang buruh dalam tahun 1971, tidak
meninggalkan ruang bagi sebarang kesangsian kerana kerajaan berhasrat
untuk melihat iklim industri yang aman dikekalkan walau dalam apa cara
sekalipun bagi mencapai matlamat Dasar Ekonomi Baru.

Implikasi daripada pindaan ini, KS telah mengalih perhatian dengan


menceburi pelbagai bidang aktiviti ekonomi pada masa itu. Sebagai
contoh, Kesatuan Pekerja-Pekerja Ladang Kebangsaan (NUPW) telah
meceburi projek mengeluar tekstil, Kongress Kesatuan Kakitangan
Perkhidmatan Awam dan Sivil (CUEPACS) terlibat dalam koperasi
perumahan, Kesatuan Profesion Perguruan Kebangsaan (NUTP)
melancarkan skim pinjaman dan Kesatuan Pekerja-Pekerja Pengankutan
(TWU) melibatkan diri dalam servis pelaburan dan kedai runcit. Kongres
Kesatuan Sekerja Kebangsaan (MTUC) juga turut menubuhkan bank
buruh.

Sementra itu, kita dapati kerajaan juga menggalakkan penglibatan KS


dalam kegiatan ekonomi ini dengan membuat pindaan kepada Akta KS
dalam tahun 1973, iaitu membenarkan kesatuan melabur simpanan wang
yang lebih dalam perniagaan dengan mendapat persetujuan bertulis
daripada kerajaan berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan.
Perkembangan ini juga memperlihatkan tindakn-tindakan perusahaan
yang dilakukan oleh pekerja telah menurun dan sebaliknya kmitmen
mereka terhadap Dasar Ekonomi Baru memberangsangkan. Justeru,
melalui perkembangan ini kerajaan telah merundingkan Kod Kelakuan
Bagi Keharmonian Industri yang baru bersama MTUC dan Persatuan-
Persatuan Majikan Malaysia (MEF) yang ditandatangani pada Februari
1975 di hadapan Menteri Buruh. Kod ini bertujuan untuk mewujudkan
prinsip-prinsip dan garis panduan kepada majikan dan pekerja akan
amalan-amalan hubungan industri yang baik.

62
3.3.3 Pindaan-Pindaan Akta dalam Tahun 1980 dan 1989

(a) Pindaan-Pindaan dalam tahun 1980-an

Kita perhatikan bahawa dalam tahun-tahun 80-an beberapa pindaan


terhadap Ordinan Kesatuan Sekerja 1959 telah dilakukan. Pindaan-
pindaan yang dilakukan itu lebih bertumpu kepada meningkatkan kuasa
yang ada kepada pendaftar kesatuan sekerja. Antara pindaan-pindaan
tersebut adalah seperti berikut:

(i) Sebelum pindaan menteri buruh mempunyai kuasa


menghalang kesatuan daripada menjalankan aktiviti-
aktiviti tertentu jika beliau ada niat untuk membatalkan
pendaftaran atau menarik balik pendaftaran kesatuan
sekerja. Dengan pindaan ini, kuasa tersebut telah
dipindahkan kepada pendaftar kesatuan sekerja. Oleh itu,
jika pihak kesatuan tidak berpuas hati terhadap sesuatu
keputusan mereka boleh membuat rayuan kepada
menteri. Langkah ini disifatkan oleh kerajaan sebagai
demokratik dan adil.
(ii) Pindaan tersebut juga memberi kuasa kepada pendaftar
melarang atau menegah kesatuan daripada mengambil
apa-apa tindakan perusahaan seperti mogok atau sekat
masuk yang tidak sah bagi menghalang kesatuan daripada
menyalahi undang-undang. Dengan pindaan ini
diharapkan insiden-insiden tindakan perusahaan yang
tidak sah dapat dikurangkan di samping menyelamatkan
sebarang kerugian akibat daripada tindakan tersebut.
(iii) Kuasa juga diperturunkan kepada pendaftar bagi
membolehkan beliau mengisytiharkan undian sulit yang
melanggar undnag-undang sebagai tidak sah walaupun
sebelum ini kuasa ada tersirat tetapi tidak dinyatakan
dengan jelas.
(iv) Pendaftar juga dibenarkan memasuki mana-mana premis
dan pejabat-pejabat yang digunakan oleh kesatuan pada
bila-bila masa bagi tujuan pemeriksaan jika difikirkan
perlu. Jika pendaftar mengesyaki sesuatu kesalahan telah
dilakukan oleh kesatuan, pendaftar boleh mendapat
waran menggeledah daripada mahkamah majistret untuk
memasuki mana-mana pejabat pada bila-bila masa dan
merampas sebarang dokumen.
(v) Pendaftar diberi kuasa untuk mengarahkan mana-mana
orang atau syarikat untuk menyerahkan kepadanya
sebarang dokumen atau apa-apa akaun berkaitan dengan
pelaburan yang dibuat oleh kesatuan sekerja atau rekod

63
atau maklumat tertentu. Kuasa ini membolehkan
pemantauan dibuat bagi memastikan wang kesatuan tidak
disalahgunakan iaitu digunakan mengikut saluran yang
dibenarkan oleh undang-undang. Manakala keuntungan
daripada pelaburan tersebut akan diagihkan atau memberi
faedah kepada ahli-ahli kesatuan.
(vi) Pindaan juga menggariskan keprluan-keperluan yang
mesti dipenuhi sebelum tindakan mogok dijalankan oleh
kesatuan sekerja iaitu mendapatkan persetujuan ahli-ahli
yang layak sekurang-kurangnya dua pertiga dalam undian
sulit yang dijalankan sebelum tindakan mogok. Tujuan
peruntukan ini adalah bagi menegah pemimpin-
pemimpin yang tidak bertanggungjawab menjalankan
mogok tanpa persetujuan daripada semua ahli. Dalam
masa 14 hari selepas undian sulit dijalankan,
keputusannya hendaklah diserahkan kepada pendaftar
yang mengandungi suatu resolusi yang jelas berhubung
dengan isu-isu yang dituntut supaya ahli-ahli tahu sebab-
sebab mereka mengundi. Selepas tujuh hari dari tarikh
menyerahkan keputusan undian kepada pendaftar barulah
tindakan mogok dibenarkan dan keputusan undian sulit
bagi menjalankan tindakan mogok itu hanya sah dalam
tempoh 90 hari tarikh ia diperoleh.
(vii) Pindaan juga membenarkan kesatuan sekerja bergabung
dengan mana-mana badan konsultatif sama ada yang
dibenarkan atau menjadi ahli baik dalam Malaysia atau
luar Malaysia hendaklah dengan persetujuan pendaftar
terlebih dahulu dan hendaklah objektif-objektifnya tidak
bertentangan dengan seksyen 2 Ordinan Kesatuan
Sekerja 1959.
(viii) Dalam pindaan ini, pegawai-pegawai kerajaan dalam
kategori kerj keselamatan dan sulit serta pegawai-pegawai
yang memegang jawatan dalam kumpulan pengurusan
dan profesional dilarang menyertai kesatuan sekerja
melainkan dengan mendapat kebenaran Ketua Setiausaha
Negara.
(ix) Pindaan juga membolehkan kesatuan sekerja dalam
badan-badan berkanun menubuh atau membentuk
kesatuan sekerja yang bersifat bersekutu dengan
mendapat kebenaran menteri.
(x) Dalam pindaan ini, menteri buruh telah diberi kuasa
menggunakan budi bicaranya secara mutlak tetapi dengan
persetujuan Menteri dalam negeri untuk menggantung
satu-satu kesatuan sekerja tidak lebih daripada enam
bulan jika pada pendapatnya kesatuan sekerja tersebut

64
telah bertindak atau telah digunakan bagi tujuan-tujuan
yang menimbulkan syak atau bertentangan dengan
keselamatan atau peraturan awam. Perintah
penggantungan ini boleh dibatalkan oleh menteri pada
bila-bila masa.

Menurut Menteri Buruh pindaan di atas dirangka bukan sahaja bagi


melindungi kepentingan pekerja-pekerja Malaysia tetapi untuk
memastikan mereka memainkan peranan yang bertanggungjawab dengan
menyumbang ke arah pembentukan modal dan pembangunan ekonomi.

(b) Pindaan-pindaan dalam tahun 1989

Pindaan tahun 1989 dibuat dengan alasan untuk menghadapi cabaran-


cabaran semasa iaitu seperti keperluan mengurangkan kos, menambah
baik kecekapan dan persaingan dalam ekonomi dan juga melindungi para
pekerja. Pindaan tahun 1989 memberi fokus utama menggalakkan dan
memudahkan pembentukan kesatuan sekerja dalaman.

Definisi kesatuan sekerja telah diubahsuaikan iaitu menambah pada


tujuannya yang menekankan kepada keperluan meningkatkan
produktiviti dan menggalakkan hubungan baik antara majikan dan
pekerja. Pindaan juga mengurangkan kelayakan tempoh seseorang
pekerja untuk menjadi pegawai kesatuan daripada tiga tahun kepada satu
tahun. Di samping itu, tempoh menyerahkan laporan tahunan juga
dilanjutkan daripada satu bulan kepada enam bulan bagi mengelakkan
kesatuan daripada dibatalkan pendaftaran. Pindaan juga membenarkan
semakan keahlian di dalam kesatuan sekerja dibuat secara undian sulit
tidak lagi dibuat secara verifikasi. Dengan cara ini kesatuan boleh
mendapat sokongan bukan sahaja daripada ahli-ahli kesatuan tetapi juga
daripada mereka yang bukan ahli. Sehubungan itu, cara ini membantu
pekerja-pekerja yang takut menyertai kesatuan sekerja kerana
bimbangkan tindakan daripada pihak majikan.

Pindaan juga dibuat bagi memperkukuhkan kawalan pendaftar ke atas


kewangan kesatuan. Di samping itu, pindaan ini buat pertama kalinya
membenarkan persekutuan kesatuan-kesatuan sekerja Malaysia yang lebih
luas.

Antara pindaan kepada Akta Pekerjaan 1955 pula ialah memberi fokus
mengurangkan kos buruh kepada majikan iaitu mengurangkan bayaran
overtime dan pindaan terhadap takrifan upah iaitu mengeluarkan semua
bentuk bonus daripada takrifan upah. Pindaan takrifan upah ini
mendapat tentangan daripada MTUC. Sehubungan dengan ini kerajaan
juga menaikkan ambit Akta Pekerjaan daripada pendapatan RM1000
kepada RM1250 per bulan.
65
SOALAN DALAM TEKS 3.3

1. Pada pendapat anda kenapa pegawai kerajaan


dalam kategori keselamatan dan sulit serta dalam
kumpulan professional dilarang menyertai KS?
2. Nyatakan dua kesan daripada pindaan semakan
ahli melalui undian sulit.
3. Pada pendapat anda mengapakah MTUC
menentang pindaan terhadap pentakrifan Semula
upah?

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

Akta perhubungan industri juga turut dipinda dalam dua perkara yang
bertujuan melindungi kepentingan para pekerja. Pindaan tersebut ialah
dalam sub seksyen baru 14(3) akta mensyaratkan bahawa sesuatu
perjanjian kolektif tidak boleh mengandungi terma-terma yang lebih
rendah daripada peruntukan-peruntukan dalam akta Pekerjaan 1955.
Perkara kedua pindaan yang dibuat ialah seseorang ahli kesatuan yang
kecewa kerana dipecat secara yang tidak adil tidak perlu bergantung
kepada kesatuannya untuk membelanya. Pindaan ini telah mengurangkan
pentingnya kesatuan kerana ahli-ahli bebas membuat representasi bagi
mendapatkan perintah pemulihan semula berdasarkan dakwaan
pemecatan yang tidak adil.

3.4 KESIMPULAN

Daripada perbincangan di atas dapatlah kita perhatikan kronologi


perkembangan hubungan buruh dan implikasi kepada pergerakan buruh.
Seperti yang diperjelaskan pada permulaan bab ini bahawa
perkembangan tersebut boleh dilihat mengikut tahap-tahap tertentu sejak
dari kurun ke-19 hinggalah ke hari ini. Dalam perkembangan tersebut
kita dapati tahap tahun-tahun 20-an hingga zaman sebelum merdeka
hubungan buruh-majikan agak tegang. Dalam memenuhi tuntutan-
tuntutan mereka, para pekerja mengambil tindakan-tindakan yang
dikirakan agresif seperti mogok dan sebagainya yang menyebabkan
wujudnya keresahan dalam konteks hubungan buruh. Sehubungan
dengan itu, kita dapati bahawa peranan tribunal timbang tara bagi
menyelesaikan sebarang pertikaian perusahaan sebelum pindaan akta
1967 lebih bersifat sukarela dan keputusan tribunal tidak mengikat pihak-
pihak yang bertikai. Manakala pindaan-pindaan terhadap ordinan, statut
66
ataupun akta pula, telah mengurangkan secara drastik tindakan-tindakan
yang bersifat agresif seperti mewajibkan pendaftaran kesatuan sekerja,
kelayakan memegang jawatan dalam kesatuan, memberi kuasa tambahan
kepada pendaftar, kuasa budi bicara menteri dan penguatkuasaan
peranan mahkamah perusahaan. Walaupun begitu, perubahan-perubahan
yang berlaku, hendaklah dilihat bukan sahaja dalam konteks kronologi
atau dalam konteks darurat tetapi yang sama pentingnya ialah dalam
konteks strategi mengindustrialisasikan negara akibat tekanan dari dalam
dan luar. Anantaraman berhujah bahawa anjakan kepada strategi
mengindustrialisasikan ini bertanggungjawab mengekalkan dan
meluaskan skop menghadkan undang-undang buruh atas sebab
peristiwa-peristiwa lalu dalam perkembangan hubungan dan pergerakan
buruh pada masa lalu. Perkara ini akan dibincangkan dalam bab-bab
seterusnya.

SOALAN PENILAIAN KENDIRI

1. Apakah cirri-ciri utama tenaga buruh dalam abad ke-19?

2. Apakah kesan kemelesetan ekonomi dunia dalam tahun 30-an ke


atas pergerakan buruh di Negeri-negeri Melayu?

3. Sebagai sebuah Kesatuan Sekerja yang bersifat umum dengan


keanggotaan kesatuan gabungan yang besar, bincangkan fokus
perjuangan General Labour Union sebelum darurat pada tahun
1948?

4. Sila nyatakan perkara-perkara yang dipinda dalam Enakmen


Kesatuan Sekerja 1940 pada tahun 1948 dalam usaha kerajaan
menangani pergerakan Kesatuan Sekerja yang didokongi oleh
Parti Komunis Malaya?

Semak jawapan anda di akhir modul kursus ini.

67

Вам также может понравиться