You are on page 1of 2

Ruj.

Kami:
Kepada, Tarikh: 8 MEI 2017
EN MOHD ZAMRI BIN M. SAAT
Yang DiPertua,
Persatuan Ibu Bapa dan Guru,
Sekolah Kebangsaan Bukit Mutiara,
81100 Johor Bahru,
JOHOR.

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN PIBG UNTUK PASUKAN BOLA SEPAK BAWAH 11 SK BUKIT MUTIARA

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa Pasukan Bola Sepak bwh-11 SK Bukit Mutiara akan menyertai
Kejohanan Bola Sepak Yayasan Bank Rakyat Bawah 11 Tahun 2017 pada ketetapan berikut:

Tarikh : 23 dan 24 Mei 2017


Hari : Selasa dan Rabu
Tempat: Stadium mini Batu Pahat

3. Sehubungan dengan itu, besarlah harapan kami seandainya tuan dapat memberi sumbangan
kewangan bagi menampung perbelanjaan sepanjang kejohanan. Butiran anggaran perbelanjaan
disertakan pada halaman lampiran.

4. Kerjasama dan keprihatinan daripada pihak tuan/puan amat kami harapkan dan terlebih
dahuludiucapkan ribuan terima kasih. Diharap dengan sumbangan ini dapat menyuntik semangat
pemain.

Sekian ,Terima Kasih.

SEKOLAH MEMBINA MASYARAKAT,


MASYARAKAT MEMBINA SEKOLAH

SKBM SEKOLAH BERBUDAYA

Yang menjalankan tugas,

.
(NURUL HUDA BINTI HAMID)
Guru Besar,
SK Bukit Mutiara.
ANGGARAN PERBELANJAAN PASUKAN BOLA SEPAK SK BUKIT MUTIARA

Bil. PERKARA KUANTITI JUMLAH


1. MAKAN DAN MINUM PEMAIN DAN RM 15 X 17 ORANG X RM 510
PEGAWAI 2 HARI
2. AIR MINERAL RM 10 X 4 KOTAK X 2 RM 80
HARI

3. SEWA HOMESTAY RM300 X 1 HARI RM 300


4. PENGANGKUTAN RM50 X 4 KERETA X 2 RM 400
HARI
5. RUNCIT RM 100
JUMLAH RM 1390