Вы находитесь на странице: 1из 7

1.

0 LATAR BELAKANG KAJIAN

Pertumbuhan ekonomi yang berlaku dalam kedua-dua negeri tersebut adalah berbeza
berikutan perbezaan sumber alam dan kedudukan yang strategik. Oleh itu, pertumbuhan kadar
upah dalam kedua-kedua negeri mengalami perbezaan disebabkan faktor-faktor tertentu seperti
faktor pekerjaan, faktor sektor ekonomi, dasar kerajaan negeri dan sebagainya.

Secara umumnya, upah merujuk kepada wang yang diberikan kepada masyarakat
setelah melakukan sesuatu pekerjaan. Bayaran upah ialah sebagai pembalas jasa atau ganjaran
untuk individu yang mengeluarkan seluruh sumbangan tenaga sama ada secara fizikal atau
mental dalam proses pengeluaran. (Kamus Dewan Bahasa dan Kepustakaan Edisi
Keempat).

Selain itu, upah adalah balas jasa yang dibayarkan kepada pekerja harian berdasarkan
atas perjanjian yang disepakati untuk dibayar kepada para pekerja. Pendapat yang sama juga
mengenai definisi upah ialah pengganti atas jasa yang telah diserahkan oleh penerima kerja
(pekerja ) kepada pemberi pekerja (perusaha). (Malayu S.P. Hasibuan 2009, halaman 133,
20 Jun 2017).

Upah juga bererti sebagai hak pekerja atau buruh yang diterima dan dinyatakan dalam
bentuk wang sebagai ganjaran kepada pekerja dalam membantu dalam meningkatkan hasil
pengeluaran firma mengikut suatu perjanjian pekerjaan, kesepakatan atau peraturan termasuk
hal tingkat upah kepada para pekerja. ( Menurut Undang-Undang Tenaga Kerja,No.13 2003,
Bab 1, Pasal 1, 20 Jun 2017 ).

Upah boleh dibahagikan kepada empat iaitu upah wang, upah bukan wang, upah
minimum dan upah benar. Upah wang merujuk kepada jumalah wang yang diterima oleh buruh
atas sumbangan tenaga fizikal dan mental dalam proses pengeluaran. Sebagi contohnya, gaji
yang diberikan kepada buruh ialah RM1500. Upah bukan wang pula bermaksud upah yang
diterima oleh buruh bukan dalam bentuk wang seperti rawatan kesihatan dalam pemberian
faedah sampingan. Upah minimum merupakan bayaran upah terendah harian atau bulanan
kepada pekerja daripada majikannya serta upah benar ialah kemampuan uapah wang untuk
mendapatkan barang dan perkhidmatan. ( Buku Rujukan Ekonomi STPM Malaysia 3)

Upah akan berlaku dalam dua keadaan iaitu sama ada kenaikan tingkat upah atau
penurunan tingkat upah. Upah mampu menentukan kedudukan tenaga kerja masyarakat. Tinggi
rendahnya upah yang diterima oleh para pekerja menjadi penentu kepada tinggi rendahnya

1
kesejahteraan dan taraf hidup para pekerja. Sekiranya upah pekerja semakin bertambah maka
kuasa beli dan taraf hidup pekerja akan meningkat. Berlaku perubahan upah dan tingkat harga
yang turun akan mencerminkan kenaikan kemakmuran masyarakat. Dengan berlakunya
perkembangan ekonomi penduduk maka ekonomi negara juga akan melonjak dengan tinggi
dengan prestasi ekonomi yang baik.

Reformasi tingkat upah yang dilaksanakan pada tahun 1990-an pada asasnya dijadikan
sebagai suatu garis panduan penentuan kenaikan tingkat upah yang diikat dengan pertumbuhan
produktiviti buruh dan kadar inflasi. Matlamat asas reformasi adalah untuk memastikan supaya
kenaikan tingkat upah lebih menggambarkan pertambahan produktiviti buruh. (Economic
Report 1996/97, hlm.197)

Pada 1 Julai 2016, Perintah Gaji Minimum 2016 (PGM 2016) telah dikuatkuasakan ke
atas semua majikan tanpa mengira bilangan pekerja. Perintah tersebut melibatkan semua
pekerja di sektor swasta kecuali perkhidmat domestik ( pembantu rumah ) sebagaimana yang
terkandung dalam PGM 2012. Dasar Upah atau Gaji Minimum ini telah berlaku perubahan atas
perkembangan ekonomi yang pesat dan mampu meningkatkan pendapatan rakyat. Melalui
PGM 2016, kadar gaji atau upah minimum ini telah ditetapkan mengikut wilayah iaitu RM1000
sebulan atau RM4.81 sejam bagi Semenanjung Malaysia dan RM920 sebulan atau RM4.42
sejam bagi Sabah, Sarawak dan Labuan. Pekerja yang dibayar upah berdasarkan kerja, berat
tan, tugasan, perjalanan atau komisen , kadar upah bulanan mestilah tidak melebihi PGM yang
telah dikuatkuasakan mengikut wilayah tersebut. (www.mohr.gov.my. Mei 2016, 20 Jun
2017)

Kesimpulannya, jelaslah bahawa tingkat upah di Malaysia mampu menjadi


penyumbang dalam berlakunya peningkatan atau penurunan ekonomi sesebuah negara.
Sekiranya pendapatan pekerja melonjak dengan tinggi maka ia dapat membantu meningkatkan
ekonomi negara dalam mencapai maklamat negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020.

2
2.0 PERNYATAAN MASALAH

Secara umumnya, pengkaji mendapati terdapat perbezaan tingkat upah yang dibayar
kepada para pekerja atau buruh dalam kedua-dua negeri tersebut dengan berdasarkan
pelbagai aspek sama ada sektor pekerjaan, taraf pendidikan dan sebagainya dari tahun 2011
hingga 2015. Perbezaan kadar pertumbuhan upah bagi kedua-dua negeri ini juga disebabkan
kedudukan strategik dalam negeri-negeri tersebut. Oleh itu, pengkaji ingin menyelidik
dengan lebih mendalam mengenai kadar pertumbuhan upah di kedua-kedua negeri serta
mengkaji perbandingan kadar upah bagi negeri Kedah dan Johor. Justeru, pengkaji dapat
mengetahui kadar upah di kedua-dua negeri serta dapat memastikan kemajuan ekonomi
negeri-negeri tersebut melalui perbezaan kadar pertumbuhan upah. Ini jelas dapat dilihat
oleh pengkaji dengan kemajuan sosioekonomi penduduk di negeri-negeri tersebut dengan
berlakunya kuasa beli yang tinggi daripada isi rumah hasil pendapatan yang diterima dalam
bentuk upah setelah melakukan sesuatu pekerjaan. Jelaslah bahawa dengan kajian ini,
pengkaji dapat mengenal pasti negeri yang mengalami kadar pertumbuhan upah yang
tinggi.

Kepentingan kajian ini ialah untuk menambahkan maklumat tentang tingkat upah
antara negeri Johor dan negeri Kedah, seterusnya membantu Kementerian Kewangan
Malaysia dalam menyelaras perbelanjaan negara dalam menguruskan pembayaran upah
atau gaji dengan mendapatkan data yang lebih jelas. Selain itu, kajian ini juga sangat penting
kepada Jabatan Perangkaan Malaysia untuk melengkapkan butir-butir penyata akaun
negara.

3
3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian adalah seperti berikut :

3.1 Membandingkan arah aliran upah antara negeri Kedah dan Johor dari tahun 2011 hingga

2015

3.2 Membandingkan kadar pertumbuhan upah antara negeri Kedah dan Johor dari tahun

2011 hingga 2015

4
4.0 KAEDAH KAJIAN

Terdapat beberapa kaedah kajian yang telah pengkaji gunakan di dalam kajian ini seperti:

4.1 KAEDAH SEKUNDER

Melalui kaedah ini pelbagai cara digunakan untuk mencari maklumat-maklumat melalui
buku-buku ekonomi, majalah-majalan ekonomi, artikel-artikel yang berkenaan ekonomi,
kamus ekonomi untuk mencari maksud berkenaan tajuk pengkaji dan tidak terlupa juga melalui
laman sesawang untuk mengakses mencari maklumat-maklumat yang berkenaan tajuk yang
pengkaji kaji.

4.2 KAEDAH MENGANALISIS DATA

Kaedah menganalisis data digunakan dengan mengambil data-data yang penting daripada
Jabatan Perangkaan Malaysia yang telah menggunakan formula yang telah ditetapkan seperti:

1. Kadar pertumbuhan = ( Tahun semasa tahun sebelum) 100%

Tahun sebelum

Contoh : Kadar pertumbuhan Upah di negeri Perak, 2012 = (1200- 1150) 100%
1150
= 4.35%
2. Kadar Upah = Upah 100%
Jumlah Upah di Malaysia
Contoh : Kadar Upah di Kedah , 2012 = 1068 100%
1320
= 80.9%
Formula ini digunakan untuk menganalisis data dan menghasilkan data selanjutnya bagi
memudahkan pengkaji menjalankan kajian.

4.3 BAHAN GRAFIK


Pengkaji menggunakan graf garis untuk menunjukkan kadar pertumbuhan upah di Malaysia
dan menggunakan graf bar untuk membandingkan kadar upah di di negeri Johor dan Kedah.
Penggunaan bahan grafik ini dapat memudahkan kita memahami aliran yang dinyatakan supaya
gambaran dapat dilihat dengn lebih jelas dan tepat.

5
5.0 HASIL KAJIAN

Bahagian ini membincangkan analisis data dan memaparkan hasil penemuan kajian yang telah
dilakukan daripada sumber rujukan internet iaitu laman web portal rasmi Jabatan Perangkaan
Malaysia (www.dosm.gov.my) . Data telah dialihkan dalam bentuk rajah supaya lebih jelas dan
mudah di fahami. Pengkaji membandingkan arah aliran upah antara negeri Kedah dan Johor
dari tahun 2011 hingga tahun 2015. Selain itu, pengkaji membandingkan kadar pertumbuhan
upah antara negeri Kedah dan Johor dari tahun 2011 hingga tahun 2015.

5.1 Membandingkan arah aliran upah antara negeri Kedah dan Johor dari tahun 2011
hingga 2015

Tahun Upah di negeri Kedah Kadar Upah (%)


2011 1496 82.70
2012 1486 77.96
2013 1691 83.59
2014 1889 86.14
2015 1933 83.61

Jadual 5.1.1 Kadar Upah di negeri Kedah dari tahun 2011 hingga 2015

Tahun Upah di negeri Johor Kadar Upah (%)


2011 1856 102.60
2012 1944 101.99
2013 2017 99.70
2014 2384 108.71
2015 2410 104.24

Jadual 5.1.2 Kadar Upah di negeri Johor dari tahun 2011 hingga 2015

( Sumber: Dipetik dan diubahsuai daripada Laporan Penyiasatan Gaji


dan Upah tahun 2011 hingga 2015 daripada Laman Web Portal Rasmi
Jabatan Perangkaan Malaysia)

6
Perbandingan Kadar Upah dari Tahun 2011 hingga 2015
Kedah Johor
120
108.71
102.6 101.99 104.24
99.7
100

82.7 83.59 86.14 83.61


77.96
80

60

40

20

0
2011 2012 2013 2014 2015

Rajah 1 : Perbandingan Kadar Upah dari Tahun 2011 hingga 2015

Rajah 1 menunjukkan bahawa arah aliran kadar upah antara negeri Kedah dan Johor dari
tahun 2011 hingga 2015. Berdasarkan arah aliran kadar upah pada rajah 1 didapati bahawa pada
tahun 2011, didapati negeri Johor merekodkan kadar upah yang paling tinggi pada kadar
102.6% manakala kadar upah di Kedah pada tahun tersebut ialah 82.70%. Kadar upah di negeri
Johor lebih tinggi berbanding di Kedah kerana

Вам также может понравиться