You are on page 1of 5

JURNAL MINGGUAN

JURNAL 1
25/07/2016 29/07/2016

NAMA : PUVANESWARY BATUMALAI


NO.KP : 890218-01-5940
PROGRAM : PISMP
AMBILAN : JUN 2013
FASA : FASA 3/ PRAKTIKUM 3
MAJOR : PENGAJIAN TAMIL
SEKOLAH : SJK(T) SUNGAI ARA
TAJUK : MASALAH BISING DALAM KELAS

CATATAN PERISTIWA

Saya mengajar di kelas darjah 3 dan 4, SJK(T) SUNGAI ARA, 10150, PULAU
PINANG. Saya mengajar mata pelajaran Bahasa Tamil dan Sejarah kepada kelas
tersebut. Pada hari pertama hingga hari ketiga saya diberikan informasi tentang sekolah
tersebut oleh guru penolong kanan. Pada hari selasa kami diberikan jadual kelas dan
mata pelajaran yang mengajar. Saya dapat mengajar Bahasa Tamil kepada kelas Tahun
3 dan Sejarah kepada kelas Tahun 4. Pada hari rabu iaitu 27 july, saya mula melawat
kelas untuk mengajar. Saya diberitahui bahawa kelas tersebut terdapat pelajar
cemerlang dan juga pelajar harapan sekolah.

1 minggu saya melawati kelas saya mendapati beberapa orang murid di


bahagian belakang kelas telah membuat bising semasa pengajaran guru. Ada kalanya
guru terpaksa berhenti mengajar kerana kebisingan murid-murid ini di dalam kelas telah
mengganggu pengajaran sehingga mereka tidak dapat memberi perhatian kepada
pengajaran guru. Dalam pada itu saya percaya bahawa mereka masih belum
mengetahui tentang kepentingan pengajaran dan juga saya dapat tahu perhatian
mereka adalah tidak ada terhadap pengajaran dan pembelajaran. Lagipun, apabila guru
suruh membuat aktiviti yang melibatkan murid seperti lakonan, nyanyian, persembahan
dan lain-lain lagi, murid-murid tidak membuat bising dan melibatkan diri dengan
sepenuh gembira.

ANALISIS MASALAH

Sebelum mencadangkan langkah-langkah yang boleh diambil bagi mengatasi


masalah di atas, saya telah melakukan analisis bagi mencari punca-punca yang
menyebabkan masalah tersebut berlaku. Setiap kali saya memerhatikan guru yang
sedang mengajar didalam kelas, terdapat beberapa orang murid suka membuat bising
dan tidak fokus kepada pengajaran. Beberapa andaian awal yang satu termasuklah:

1. Kemungkinan murid-murid yang membuat bising tersebut tidak memahami apa yang
disampaikan dalam kelas.

2. Kebiasaannya, murid-murid yang biasa menimbulkan masalah dalam kelas tersebut


terdiri dari kumpulan yang lemah dan tidak berminat dengan pelajaran.

3. Adakah pengajaran guru membosankan dan tidak memenuhi stratergi pengajaran


dan pembelajaran selaras dengan ilmu pedagogi guru?

Setelah menganalisis dan membuat refleksi kepada andaian awal, saya mendapati
murid-murid yang pandai juga biasanya akan membuat bising dalam kelas. Hal ini
berlaku biasanya, setelah mereka terlalu cepat menyiapkan sesuatu tugasan yang
diberikan oleh guru dalam sesuatu aktiviti berbanding dengan kawan-kawan mereka
dari golongan murid yang lemah. Setelah tugasan disiapkan, mereka akan membuat
bising dan berjalan-jalan di dalam kelas.

Selain itu, jika dilihat dari perspektif yang lain penggunaan bahasa Inggeris dalam
pengajaran subjek matematik turut menyukarkan murid untuk memahami perkara yang
diajar. Hal ini juga telah turut menimbulkan kecenderungan mereka untuk membuat
bising.
PERASAAN SAYA TERHADAP PERISTIWA INI

Saya berasa amat bimbang terhadap kelakuan pelajar dalam kelas. Saya juga
bimbang sekiranya perkara ini berterusan ia akan mengganggu pelajaran bukan sahaja
pelajar yang membuat masalah tetapi pelajar yang lain juga mengalami desakan.
Kelakuan begini akan mengganggu suasana dalam kelas tidak begitu memuaskan.
Pelajaran adalah penting bagi pelajar untuk mencapai kejayaan dalam hidup sekiranya
ia berterusan ia akan menjadi lebih serious. Saya berasa tindakan yang amat wajar
dapat mengatasi masalah ini dalam masa yang sikat.

CADANGAN / TINDAKAN UNTUK MENGATASI

Saya merancang beberapa tindakan yang wajar supaya dapat mengatasi


masalah ini dalam masa yang singkat. Saya lebih berteliti sebelum merancang langkah
yang wajar. Pertamanya saya menasihati pelajar dengan memainkan beberapa lagu
motivasi semasa p&p. Pada masa itu pelajar dapat memberi perhatian yang
sepenuhnya. Ada pelajar menginsaf terhadap perbuatan mereka. Apa yang
menakjubkan pelajar telah meminta maaf kepada saya. Lagu-lagu motivasi yang saya
mainkan dapat menarik minat pelajar dan secara mental memperbaiki pemikiran
mereka. Lagu-lagu tersebut menambah semangat pelajar untuk belajar dengan baik.

Sebagai tindakan kedua, dalam saya memberi teks-teks yang berkaitan nilai
moral kepada pelajar. Teks-teks tersebut mengandungi unsur berkaitan cara hidup
pemimpinpemimpin negara kita. Saya juga menerangkan setiap teks dengan teliti.
Pelajar juga senyap dan dengar perkaraperkara yang saya terangkan. Ini
menunjukkan pelajar memperbaiki kelakuan mereka.

Penyelesaian yang seterusnya kepada murid-murid yang bermasalah ini adalah,


dengan saya sendiri mengambil beberapa langkah yang boleh bagi mengatasi masalah
yang ditimbulkan oleh murid seperti yang dinyatakan di atas. Ini termasuklah dengan
cara mengingati nama setiap murid. Ini akan memudahkan guru untuk berinteraksi
dengan setiap murid terutamanya yang bermasalah. Dengan cara ini murid akan lebih
takut untuk menimbulkan masalah.
Selain itu, penyusunan semula kedudukan muri-murid dalam kelas juga boleh
dilakukan dengan cara meletakkan murid yang bermasalah di hadapan guru bagi
memudahkan pemantauan dilakukan. Dengan cara ini murid akan memberi lebih
tumpuan kepada setiap pengajaran guru.

Cadangan-cadangan lain yang mungkin berkesan termasuklah:

1. Guru merancang P&P yang melibatkan aktiviti yang bersesuaian dan dapat menarik
minat murid, dalam setiap sesi pengajaran dan pembelajaran. Guru perlu kreatif.

2. Memotivasikan murid dengan memberi peneguhan positif (seperti satu jawapan yang
baik, bagus kerana berani mencuba). Ini memberi kepuasan kepada murid kerana
sumbangan mereka dihargai oleh guru dan kawan-kawan.

3. Semasa melakukan aktiviti kumpulan atau berpasangan guru mestilah membuat


pemantauan. Guru haruslah pantau dan bergerak dari satu kumpulan ke kumpulan
yang lain. Semasa pemantauan dilakukan guru bolehlah memberi semangat jika aktiviti
sukar atau cuba mencadangkan strategi yang lebih mudah.

TEMPOH PENYELESAIAN

Saya mengambil masa selama 2 minggu untuk mengatasi masalah ini. Minggu
pertama saya mengetahui masalah ini iaitu pada hari pertama saya dalam kelas iaitu
pada hari rabu. Saya mengambil masa selama 2 hari untuk merancang mengatasi
masalah ini. Pada hari isnin saya cuba menggunakan kaedah ini untuk mengatasi
kelakuan pelajar. Dalam dua hari pertama saya menggunakan kaedah lagu motivasi. Ia
berkesan dengan cepat manalaka pada hari ketiga saya mula bagi teks yang berkaitan
dengan moral.ia juga sangat berfungsi.

CARA MEMENUHI KEJAYAAN

Kaedah yang saya menggunakan amat berkesan dalam mengatasi masalah ini.
Sebelum saya merancang keadah ini, saya berbincang dulu dengan guru pembimbing
saya iaitu puan.tamil selvi. Beliau juga sangat setuju terhadap tindakan yang saya buat.
Saya juga bercadang setiap minggu sekali menjalankan p&p dengan memasukkan
lagulagu motivasi dan member teksteks yang berkaitan dengan nilai moral ini kerana
ia adalah satu cara yang mudah untuk menasihati pelajar. Saya juga berharap kaedah
atau cara ini semasa saya ditempatkan nanti.

TINDAKAN SUSULAN

Saya akan memantau semua permasalahan yang timbul diatas dengan


mengemasmkini segala tindakan dan langkah-langkah penambahbaikan saya seperti
yang dicadangkan tadi. Hal ini bagi membolehkan tempoh sasaran bagi menyelesaikan
masalah ini dapat dicapai dan tidak berlarutan berpanjangan.

KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, masalah murid dan sekolah ini bukanlah menjadi isu
besar yang menjadi masalah utama saya untuk melaksanakan praktikum saya hingga
tamat. Murid-murid adalah generasi yang bakal menaungi kesejahteraan bangsa dan
negara pada masa akan datang. Maka, setiap masalah yang berlaku ada
penyelesaiannya, terpulanglah kepada guru itu sendiri untuk mengatasinya.

__________________ _____________________

(PUVANESWARY BATUMALAI) (PN.NEELAVATHY ANBALAHAN)


(PELAJAR GURU) (GURU PEMBIMBING)
TARIKH: TARIKH:

_________________

(EN. RAVI SUPRAMONEY)


(PENSYARAH)
TARIKH: