Вы находитесь на странице: 1из 10

SOALAN PEMAHAMAN-CERPEN HIPERTENSI cikguphong (1)

Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian jawab soalan yang diberi dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
Aiman menyusun jari-jemari tangannya lurus-lurus. Jari-jemari yang kurus
runcing dan semacam tidak berisi itu dibawanya ke muka. Muka yang dulunya
gebu dan montok, kini nampak cengkung dan semacam menyimpan dendam
yang tidak berhujung. Dia lantas menekup wajahnya rapat-rapat. Dia cuba
mengintip, mengikut ruang yang wujud di celah-celah jari-jemarinya. Jelas
kelihatan olehnya akan lereng bukit yang sudah tempang dan pincang, menimpai
banglo di lereng bukit.
Jari-jemarinya yang kurus itu kini dianjakkan ke ruang lain, melebarkan
pandangannya ke arah sekitar. Lagi-lagi lereng bukit yang runtuh itu
mengeruhkan sanubarinya. Perenungan itu memberi ruang dan kesempatan
kepdanya untuk mematah-matahkan jari-jemarinya satu per satu. Dia amat
seronok mendengar bunyi kertup-kertap yang terbit daripada aksinya itu.
Dia kembali menekup wajahnya, wajah yang geruh dan bengis. Sebiji buah
mempelam jatuh terlegap di hadapannya, gugur dengan tiba-tiba. Spontan, dia
teringat akan Isaac Newton, saintis berbangsa Inggeris itu.
Jika aku lahir sezaman dengan Newton pada tahun 1642, ataupun beberapa
dekad kemudian, aku pasti tidak berasa hairan tentang sebab buah mempelam
itu gugur dengan tiba-tiba, fikir Aiman. Mallangnya, tarikh keramat itu sudah
lama gugur dalam helaian kalendar waktu.

i. Berdasarkan petikan di atas, nyatakan kesan terhadap alam sekitar akibat


kegiatan pembangunan yang dilakukan oleh manusia. [2 markah]
... lereng bukit yang sudah tempang dan pincang
... lereng bukit menimpai banglo di lereng bukit
... lereng bukit yang runtuh

ii. Sekiranya anda ialah pemaju projek perumahan kawasan tanah tinggi, apakah
strategi-strategi yang wajar dilakukan untuk mengelakkan berlakunya kejadian
tanah runtuh di kawasan cerun atau lereng bukit?Berikan tiga strategi anda itu.
... membuat tembok batu konkrit atau penahan tanah daripada runtuh
... menanam tanaman penutup bumi di lereng bukit
... mengekalkan pohon primer asal atau induk di lereng bukit

iii. Huraikan satu teknik penceritaan yang terkandung dalam petikan dan satu
teknik penceritaan lain yang terdapat dalam keseluruhan cerpen. [4 markah]
...Teknik pemerian. Contohnya, penulis memerihalkan keadaan bukit di kawasan
rumah kediaman Aiman yang gondol akibat penerokaan dan pembangunan.
Satu teknik penceritaan dalam keseluruhan cerpen:
...Teknik dialog. Contohnya, dialog antara Aiman dengan Cikgu Faridah
berhubung dengan Teori Graviti yang diperkenalkan oleh Isaac Newton.
Pada suatu hari, Newton takjub melihat sebiji epal gugur lalu jatuh tepat di bumi.
Idea tercetus, fikiran terlarik, pendapat terukir, sehingga akhimya lahirlah Teori
Graviti.
SOALAN PEMAHAMAN-CERPEN HIPERTENSI cikguphong (2)

Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian jawab soalan yang diberi dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

Maksudnya, kuasa tarikan bumi, suara lantang Cikgu Faridah di muka kelas
masih temgiang-ngiang di cuping telinganya. Gegendang telinga itu sudah amat
bosan mendengarkan butiran yang sama terus-terusan diucapkan.
Kegelisahan diriku mencairkan kesabaran sang guru lalu terlarik segera
soalan: Aqil, cuba awak kaitkan Teori Graviti dengan alam sejagat.
Nama sebenar murid lelaki yang bemama Aiman itu ialah Aiman Aqil. Dia
bangga akan nama itu, nama yang diberikan sebaik-baik sahaja rengekan
pertama memecah kesunyian di bilik bersalin. Pada ketika itu, Sang Suria
memuncaki ubun-ubun.

i.Bagaimanakah Teori Graviti wujud? [2 markah]


Teori Graviti wujud apabila pada suatu hari Newton begitu takjub melihat sebiji
epal gugur lalu jatuh tepat di bumi. Dari peristiwa itu timbullah idea dan pendapat
tentang Teori Graviti.

ii.Pada pendapat anda, apakah kepentingan sains dalam kehidupan manusia


pada setiap hari? [3 m]
Pada pendapat saya, kepentingan sains dalam kehidupan manusia pada setiap
hari ialah dapat mencegah dan mengubat penyakit melalui penciptaan ubat-
ubatan serta peralatan perubatan berteknologi baharu. Selain itu,
memudahkan komunikasi dan pemindahan maklumat dengan lebih cepat dan
berkesan. Seterusnya, menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih
menarik dan berkesan.

iii.Huraikan satu latar masyarakat yang terdapat dalam petikan cerpen di atas
dan satu latar masyarakat lain daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat
dalam petikan. [4 markah]
Satu latar masyarakat yang terdapat dalam petikan cerpen di atas ialah
masyarakat yang bijak dalam bidang sains. Contohnya, Aiman bijak dalam
bidang sains kerana dia tahu tentang Teori Graviti yang dicetuskan oleh Newton.
Satu latar masyarakat lain daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam
petikan ialah masyarakat yang bercita-cita tinggi. Contohnya, Aiman menyimpan
cita-cita untuk menjadi seorang angkasawan yang berjaya seperti Neil Amstrong.
...Masyarakat yang penyayang terhadap ahli keluarga. Contohnya, Ibu Aiman
amat menyayangi anak- anaknya, iaitu Aiman Aqil, Fadilah Fatnin, dan Azilah
Atiqah.
....Masyarakat yang bertanggungjawab terhadap anaknya. Contohnya, bapa
Aiman berusaha merawat masalah kegagapan anaknya dengan membawa
Aiman menjalani latihan intensif dan latihan terapi
SOALAN PEMAHAMAN-CERPEN HIPERTENSI cikguphong (3)

Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian jawab soalan yang diberi dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
Dulu-dulu ketika di sekolah rendah, Aiman selalu ponteng sekolah. Bosan dan
jelak, tingkahnya kepada babah dan ibu.
Mengapa bosan? tanya babah. Ibu mengerling tajam, marah akan perilaku anak
yang selaluberkontradiksi dan berkontras dengan watak babahnya. Heh, kan Aqil ni
budak genius, budak cerdik dan pintar! Aqil dah cipta formula sendiri. Biarpun baru
berusia lapan tahun, baru belajar tahun dua tahap satu, Aqil mampu menyelesaikan
masalah matematik Tingkatan Lima, kata murid pintar itu membela diri. Dia mundar-
mandir di dalam kelas. Apalah kau ni Chee Keong, masalah mudah itu pun kau tak
dapat buat. Hujung-hujung cakapnya berbunga sindiran di sebalik dedaun kemaafan.
Aiman, pergi duduk di kerusi awak. Sekali lagi awak ganggu kawan, saya akan
bawa awak menghadap Guru Besar, Guru Kelas bersuara tegas, memberi amaran
keras.
Tapi dia degil. Hatinya seteguh karang di lautan, sekeras sinar suria berkedudukan
90 darjah tepat. Babah dan ibu marah. Dendam yang bertakung sekian lama di
dalam tasik hati mencair dalam detik momen yang singkat. Aiman dirotan. Ibu
mengemukakan bantahan dan protes dalam hati.
Sepanjang minggu, murid bernama Aiman Aqil itu ponteng kelas; protes kepada
lebam-lebam di pinggul. Keriangan sudah tercantas, tapi masalah belum terurai dan
terungkai.
Spontan, dia mengambil kesempatan itu untuk mewujudkan suasana halusinasi
futuristik yang penuh cabaran, disaluti persaingan kompetitif yang menyengat hebat.

i.Berikan maksud berkontradiksi dan berkontras


...sering berlawanan dan bertentangan

ii.Kanak-kanak pintar selalu diabaikan kebolehannya sehingga akhirnya mereka


gagal dalam hidup. Pada pandangan anda, apakah keperluan-keperluan yang
perlu disediakan untuk kanak-kanak pintar ini agar mereka dapat mengekalkan
kecemerlangan mereka?
... menempatkan mereka di sekolah khas yang terdiri daripada murid-murid
pintar sahaja
... memastikan tenaga pengajar yang berkelulusan tinggi dalam bidang akademik
... memberikan peluang mengikuti pengajian mengikut minat dan kebolehan
pelajar

iii.Jelaskan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan di atas dan satu
pengejaran lain daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan.
....Kita hendaklah menghargai kepintaran pelajar dengan memastikan dia
memperoleh apa-apa yang diperlukannya. Contohnya, Aiman pelajar pintar yang
perlu ditempatkan dengan rakan- rakan yang mempunyai aras kebolehan yang
sama.... Kita hendaklah mempunyai ilmu pengetahuan yang tebih meluas
daripada murid kita. Contohnya, Cikgu Faridah yang sentiasa bersedia dengan
ilmu pengetahuan yang lebih sebab dia berhadapan dengan pelajar yang
mempunyai IQ yang tinggi seperti Aiman.
SOALAN PEMAHAMAN-CERPEN HIPERTENSI cikguphong (4)

Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian jawab soalan yang diberi dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
Mengapa bosan? tanya babah. Ibu mengerling tajam, marah akan perilaku si anak
yang selalu berkontradiksi dan berkontras dengan watak babahnya.
Heh, kan Aqil ni budak genius, budak cerdik dan pintar! Aqil dah cipta formula
sendiri. Biarpun baru berusia lapan tahun, baru belajar tahun dua tahap satu, Aqil
mampu menyelesaikan masalah matematik Tingkatan Lima, kata murid pintar itu
membela diri.
Dia mundar-mandir di dalam kelas. Apalah kau ni Chee Keong, masalah mudah itu pun
kau tak dapat buat. Hujung-hujung cakapnya berbunga sindiran di sebalik dedaun
kemaafan.
Aiman, pergi duduk di kerusi awak. Sekali lagi awak ganggu kawan, saya akan bawa
awak menghadap Guru Besar, Guru Kelas bersuara tegas, memberi amaran keras.
Tapi dia degil. Hatinya seteguh karang di lautan, sekeras sinar suria berkedudukan 90
darjah tepat.

i.Nyatakan bukti bahawa Aqil merupakan seorang budak yang genius.[2 markah]
Aiman Aqil dikatakan genius kerana dia sudah dapat mencipta formula sendiri
walaupun baru berusia lapan tahun. Dia juga mampu menyelesaikan masalah
matematik Tingkatan lima.

ii.Gejala ponteng kelas sering berlaku dalam kalangan pelajar di sekolah. Pada
pendapat anda, apakah langkah-langkah yang perlu diambil oleh pihak sekolah
untuk menangani kes ini? [3markah]
Pada pendapat saya, langkah-langkah yang perlu diambil oleh pihak sekolah
untuk menangani kes ini ialah Pihak sekolah perlu mengenakan tindakan tegas
terhadap pelajar yang ponteng kelas. Selain itu, kaunselor perlu mengadakan
sesi kaunseling terhadap pelajar yang ponteng kelas. Seterusnya, pihak sekolah
perlu memaklumkan perkara tersebut kepada ibu bapa untuk sama- sama
menyelesaikan masalah.

iii.Huraikan satu persoalan yang terdapat dalam petikan di atas dan satu
persoalan lain daripada keseluruhan cerpen tersebut. [4 markah]
Satu persoalan yang terdapat dalam petikan di atas ialah masalah disiplin dalam
kalangan pelajar Contohnya, Aiman suka ponteng kelas dan mengganggu
kawan-kawannya semasa belajar. ....Satu persoalan lain daripada keseluruhan
cerpen tersebut ialah Tanggungjawab ibu dan bapa terhadap anaknya .
Contohnya, ibu dan bapa Aiman membawa Aiman untuk menjalani latihan
intensif dan latihan terapi bagi memulihkan pertuturannya yang gagap. ...Selain
itu, impian dan angan-angan yang tidak kesampaian. Contohnya,hasrat dan
impian Aiman Aqil untuk menjadi seorang angkasawan tidak tercapai apabila dia
hanyalah sekadar berimaginasi. ...Seterusnya, pengorbanan seorang guru
terhadap anak murid. Contohnya, Cikgu Faridah bersungguh-sungguh mengajar
Aiman Aqil dan murid- murid yang lain subjek Sains di dalam kelasnya.
SOALAN PEMAHAMAN-CERPEN HIPERTENSI cikguphong (5)

Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian jawab soalan yang diberi dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
Pijakan kakinya di bumi sudah utuh dan kukuh. Cengkaman pada batang pokok
kelapa itu turut tersentuh. Dia tidak menoleh ke bawah lagi. Tapak demi tapak
tercengkam dengan penuh yakin. Sedar-sedar sahaja, dia sudah sampai di
puncak.
Jangan jadi Mat Jenin sudahlah! Biarlah Si Luncai terjun dengan labu- labunya.
Jadi, aku terpaksa memasang angan-angan dengan jangkauan fantasi tanpa
tebing tepinya, akan tetapi aku tidak mahu berlagak seperti Si Luncai. Pijakanku
sungguh kuat, cengkamanku cukup berat.
Dia lantas berpaut pada pelepah-pelepah pucuk kelapa yang masih lembut
kerana masih muda tetapi Aiman tidak peduli. Dia menarik pelepah dan pucuk
muda itu sekuat-kuatnya.
Pinggulnya terus menjadi kubu persinggahan hentaman rotan babahnya. Si ibu
mahu melawan dan memprotes tindakan babahnya, tetapi suara bantahan itu
tidak keluar daripada mulutnya. Jeritan kemarahan kepada suaminya hanya
bergema dalam sanubari.

i.Nyatakan reaksi ibu Aiman apabila melihat Aiman dirotan oleh babahnya.
Reaksi ibu Aiman apabila melihat Aiman dirotan oleh babahnya ialah cuba
melawan dan memprotes tindakan babahnya, tetapi suara bantahan itu tidak
keluar daripada mulutnya. Selain itu, jeritan kemarahan kepada babah hanya
bergema dalam sanubari ibu.

ii.Pada pendapat anda, selain mengenakan hukuman rotan kepada anak- anak,
apakah tindakan lain yang lebih sesuai untuk mendidik anak- anak?
Pada pendapat saya, selain mengenakan hukuman rotan kepada anak- anak,
tindakan lain yang lebih sesuai untuk mendidik anak-anak ialah ibu bapa
memberikan nasihat dan tunjuk ajar yang betul sekiranya anak melakukan
kesalahan. Seterusnya, ibu bapa menjadi suri teladan dan menunjukkan contoh
yang baik kepada anak-anak.

iii.Huraikan satu perwatakan Aiman yang terdapat dalam petikan di atas dan satu
perwatakan lain Aiman daripada keseluruhan cerpen tersebut.[4 markah]
Satu perwatakan Aiman yang terdapat dalam petikan di atas ialah seorang yang
gigih berusaha. Contohnya, Aiman gigih memanjat pokok kelapa hingga sampai
ke puncak. ...Satu perwatakan lain Aiman daripada keseluruhan cerpen tersebut
ialah seorang murid yang pintar dalam pelajaran. Contohnya, Aiman sangat
pintar dalam pelajaran terutamanya dalam subjek Matematik dan Sains.
...Seorang yang insaf atas kesilapan diri. Contohnya, Aiman insaf akan
kesilapannya yang terlalu jauh berimaginasi. ...Seorang yang suka memberontak
terhadap suasana persekitarannya. Contohnya, Aiman akan ponteng kelas
setelah dirotan oleh bapanya. ...Akhirnya, seorang yang pendendam .
Contohnya, Aiman menyimpan dendam terhadap bapanya yang sering merotan
dan menamparnya.
SOALAN PEMAHAMAN-CERPEN HIPERTENSI cikguphong (6)

Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian jawab soalan yang diberi dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
Ertinya cahaya bergerak menurut kelajuan 300,000 kilometer sesaat. Aiman
sedar akan kelajuan yang menakjubkan ini. Dia juga sedar bahawa cahaya
masih memerlukan masa lapan minit untuk bergerak dari matahari ke bumi.
Matahari sebagai sumber tenaga. Orang heboh-heboh tentang sumber gantian
kepada petrol dan diesel. Tenaga solar ialah altematif yang paling efisien. Ah!
Buat apa berbicara tentang tenaga altematif? Bukankah aku yang sedang
terlompat-lompat macam bemk dan kera di bulan, fikir Aiman.
Betapa dia tidak terlompat-lompat. Kuasa graviti di bulan lebih lemah daripada
kuasa graviti di bumi.
Dia tems terapung-apung di udarakasa bulan tanpa udara. Pakaian angkasa
lepas yang serba putih dan lengkap itu membekalinya oksigen. Di kiri dan di
kanannya kelihatan padang pasir yang luas terhampar persis Sahara
keadaannya. Ah, macam bumi juga! Aiman mendengus. Kawah besar, lurah
dalam dan melebar, dataran terhampar dan gunung-ganang - semuanya ada dan
wujud.
Eh, tengok di sana itu! Gelap betul. Tidak nampak apa-apa. Oh, barangkali inilah
yang dikatakan lautan! Penamaan yang pelik dan ganjil. Ada unsur sinisnya.
Kerana: Kajian saintifik membuktikan bahawa air tidak wujud di planet bulan.

i.Apakah penemuan-penemuan yang diperoleh oleh Aiman semasa berada di


angkasa?
.. cahaya bergerak menurut kelajuan 300,000 kilometer sesaat dan cahaya
memerlukan masa lapan minit untuk bergerak dari matahari ke bumi
...matahari sebagai sumber tenaga dan tenaga solar ialah alternatif yang paling
efisien ...kuasa graviti di bulan lebih lemah daripada kuasa graviti di bumi

ii.Pada pendapat anda, apakah persediaan-persediaan yang perlu dilakukan oleh


bakal angkasawan sebelum menjelajah angkasa? [3 markah]
... perlu menjalani latihan fizikal dan mental
...membuat kajian tentang kehidupan di angkasa

iii.Jelaskan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan cerpen di atas dan satu
pengajaran lain daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan.
satu pengajaran lain daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan
.... kita hendaklah belajar daripada pemerhatian. Contohnya, Aiman banyak
belajar tentang angkasa semasa dia berada di angkasa dalam imaginasinya.
satu pengajaran lain daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan
....Kita perlulah bertanggungjawab terhadap aspek kesihatan ahli keluarga.
Contohnya Bapa Aiman berusaha untuk merawat masalah kegagapan anaknya
dengan membawa Aiman menjalani latihan intensif dan latihan terapi.
Akhirnya, kita hendaklah bersabar apabila berdepan dengan masalah .
Contohnya, ibu Aiman bersabar dengan sikap garang suaminya dalam mendidik
anak-anak terutamanya Aiman.
SOALAN PEMAHAMAN-CERPEN HIPERTENSI cikguphong (7)

Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian jawab soalan yang diberi dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
Proses keremajaan diri sendiri mulai terasa. Dia giat melemparkan pandangan
ke bawah dari pucuk kelapa yang tinggi menjulang.
Eh, wajah geruh babah dan ibunya bersedia hendak menyambutnya dengan
hamparan tilam empuk yang gebu, persis sambutan penuh kemeriahan dan
istiadat kepulangan angkasawan negara sesudah beberapa minggu di Stesen
Angkasawan Antarabangsa dan kemudian beberapa minggu lagi di permukaan
bulan.
Fikir aiman, adakah dia akan terjun bersama-sama dengan beberapa biji buah
kelapa seperti Si Luncai yang terjun dengan labu-labunya?
Tengok sekarang, dia sedang menyusun sepuluh jarinya. Babah dan ibunya
sedar akan perkara itu. Jari-jarinya jelas montok dan gebu; padat berisi sebagai
tanda perut yang tergalas secukupnya.Makanan seimbang dan amalan hidup
sihat selalu menjaduali rutin hariannya di tengah-tengah keluarganya yang
bengis dan kasar.
Kepada Aiman, layanan seperti itu tidak wajar dilakukan terhadap
dirinya. Tamparan selalu singgah di pipiku. Sudah-sudahnya, aku menjadi
gagap. Di manakah harmonisnya? Di manakah humanisnya? Mengapakah tidak
dimanfaatkan sahaja teknologi tingkah laku?

i.Jelaskan tiga perwatakan Aiman yang terkandung dalam petikan cerpen di atas
berserta dengan contoh yang sesuai. [5 markah]
...seorang yang mementingkan amalan gaya hidup yang sihat. Contohnya,
Aiman mengamalkan pengambilan makanan yang seimbang.
... seorang yang penyabar. Contohnya, dia bersabar dengan sikap bengis dan
kasar bapanya.
.. .seorang yang gagap. Contohnya, dia menjadi gagap akibat pipinya sering
ditampar oleh bapanya

ii.Pada pendapat anda, wajarkah bapa Aiman bersikap bengis, kasar, dan
menghukum Aiman dengan menampar pipinya atas kesalahannya itu? Berikan
empat alasan anda. [4 markah]
Tidak wajar kerana:
... Aiman sudah meningkat remaja, hukuman sebegini boleh menjatuhkan air
mukanya.
... hukuman sebegini boleh mendatangkan perasaan marah, benci, dan dendam.
...banyak lagi pendekatan lain yang sesuai digunakan seperti kaedah pujukan
atau motivasi.
...bapa Aiman sepatutnya duduk berbincang dan mendengar masalah Aiman
sebelum memutuskan sebarang bentuk hukuman.
SOALAN PEMAHAMAN-CERPEN HIPERTENSI cikguphong (2)

Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian jawab soalan yang diberi dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
Broca memeriksa pesakit gagap melalui pendekatan rawatan khusus dan terapi.
Perkara yang lebih penting, layanan mesra berpaksikan pendekatan humanis
melalui teknologi perlakuan dan sahsiah rupa diri. Dia hanya dapat
mengucapkan satu suku kata, biarpun dia faham penuh akan pertuturan yang
dilafazkan. Akhimya, dia fasih berbicara.
Keadaan diriku lebih baik, fikir Aiman. Situasi pertuturanku tidak segagap' itu.
Aku dapat bertutur, biarpun mulutku temganga lebar dahulu sebelum lahir diksi
yang berisi. Babah barangkali tidak tahu akan penemuan Broca. Babah lebih
dekat pada kejuruteraan mekanikal. Ibu juga saintis, tetapi lebih pada bidang'
geologi.
Aiman teringat akan bisikan halus yang didengarinya ketika dia dalam
keterasingan di planet bulan melalui pentas halusinasinya. Suara ghaib itu
mengajaknya agar lebih mendekatkan diri kepada Ilahi. Jangan kaubinasakan
habitat semula jadi di planet bumi. Salahnya barangkali, dia menganggap pucuk
kelapa muda sebagai kapal Soyuz, yang menghantuinya sekian lama. Aiman
tidak perlu akan latihan yang intensif dan istimewa itu, babah; tidak perlu akan
latihan terapi itu, ibu. Aiman akan mengusahakannya sendiri.

i.Mengapakah Aiman berpendapat bahawa dirinya lebih baik berbanding Broca?


...Broca hanya dapat mengucapkan satu suku kata sahaja
...situasi pertuturan Aiman tidak segagap Broca
... Aiman dapat bertutur, biarpun dalam keadaan gagap

ii.Kelahiran anak istimewa atau anak kurang upaya merupakan satu anugerah
Tuhan kepada ibu bapa.Sebagai ibu bapa, apakah usaha-usaha yang perlu
dilakukan untuk memastikan anak-anak istimewa dapat hidup seperti manusia
normal? [3 markah]
...memberikan kasih sayang yang sempurna kepada mereka
...memberikan pendidikan yang terbaik kepada mereka
...mengajarkan mereka untuk hidup berdikari seperti orang lain

iii.Huraikan satu nilai murni yang terdapat dalam petikan cerpen di atas dan satu
nilai murni lain daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan.
Satu nilai murni dalam petikan:
...keinsafan. Contohnya, Aiman menyedari kesilapannya yang terlalu jauh
berimaginasi selepas mendengar bisikan supaya dia mendekatkan diri kepada
Ilahi
Satu nilai murni daripada keseluruhan cerpen:
...kebijaksanaan. Contohnya, Aiman dapat menyelesaikan latihan Matematik
murid tingkatan lima semasa dia masih berumur lapan tahun
Latihan 3: bmspm

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan


yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Aiman menyusun jari-jemari tangannya lurus-lurus. Jari-jemari yang kurus


runcing dan semacam tidak berisi itu dibawanya ke muka. Muka yang dulunya
gebu dan montok, kini Nampak cengkung dan semacam menyimpan dendam
yang tidak berhujung. Dia lantas menekup wajanya rapat-rapat. Dia cuba
mengintip, mengikut ruang yang wujud di celah-celah jari-jemarinya. Jelas
kelihatan olehnya akan lereng bukit yang sudah tempang dan pincang, menimpai
bangle di lereng bukit.
Jari-jemarinya yang kuru situ kini dianjakkan ke ruang lain, melebarkan
pandangannya ke arah sekitar. Lagi-lagi lereng bukit yang runtuh itu
mengeruhkan sanubarinya. Perenungan itu memberi ruang dan kesempatan
kepadanya untuk mematah-matahkan jari-jemarinya satu per satu. Dia amat
seronok mendengar bunyi kertap-kertup yang terbit daripada aksinya itu.
Dia kembali menekup wajahnya, wajah yang geruh dan bengis. Sebiji buah
mempelam jatuh terlepap di hadapannya, gugur dengan tiba-tiba. Spontan, dia
teringat akan Isaac Newton, saintis berbangsa Inggeris itu.

(Dipetik dari Cerpen Hipertensi dalam Antologi Sejadah Rindu)

i. Apakah yang Aiman lakukan ke atas jari-jemarinya yang kurus? [2 markah]


Menekup rapat wajahnya
Mematahkan jari-jemarinya satu-persatu
Menyusunn jari-jemari tangannya lurus

ii.Mengapakah anak muda zaman sekarang tidak mengenali saintis yang hebat
pada waktu dahulu?[3 markah]
Mereka tidak mempelajari sejarah yang melibatkan ahli-ahli saintis
Mereka leka dengan gajet-gajet elektronik pada masa kini
Mereka tidak membuat kajian yang lebih lanjut
Mereka hanya mencedok maklumat yang diberikan guru tanpa mengenali
tokohnya
Mereka tidak mahu membuka fikiran mereka untuk maju kehadapan

iii. Huraikan satu latar masyarakat di dalam petikan dan satu dari keseluruhan
cerpen. [4 markah]
Masyarakat yang kuat berimaginasi
Masyarakat yang bijak menjawab persoalan-peristiwa dengan cikgu faridah
Masyarakat yang suka mengusik orang
Masyarakat yang terhibur dengan gelagat dirinya sendiri
Latihan 4: bmspm

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan


berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Jika aku lahir sezaman dengan Newton pada tahun 1642, ataupun beberapa
dekad kemudian, aku pasti tidak berasa hairan sebab buah pelam itu gugur
secara tiba-tiba. fikir Aiman. Malangnya, tarikh keramat itu sudah lama gugur
dalam helaian kalendar waktu.
Pada suatu hari, Newton takjub melihat sebiji epal gugur lalu jatuh tepat di
bumi. Idea tercetus, fikiran terlarik, pendapat terukir, sehingga akhirnya lahirlah
Teori Graviti.
Maksudnya kuasa tarikan bumi. suara lantang Cikgu Faridah di muka kelas
masih terngiang-ngiang di cuping telinganya. Gegendang telinga itu sudah amat
bosan mendengarkan butiran yang sama terus-terusan diucapkan.
Kegelisahan diriku mencairkan kesabaran sang guru lalu terlarik segera
soalan:Aqil, cuba awak kaitkan Teori Graviti dengan alam sejagat.
Nama sebenar murid lelaki yang bernama Aiman itu ialah Aiman Aqil. Dia
bangga dengan nama itu. Nama itu diberikan sebaik-baik sahaja rengeken
pertama memecah kesunyian bilik bersalin. Pada ketika itu, sang suria
memuncaki ubun-ubun.

i. Berdasarkan petikan, apakah yang difikirkan oleh Aiman, apabila terfikir


kejadian buah mempelam gugur? [4 markah]
... dia berharap agar dia lahir sezaman dengan Newton pada 1642 atau
beberapa dekad kemudian
... Aiman teringat akan Newton yang melihat kejadian buah epal gugur yang
mengakibatkan tercetusnya Teori Graviti.

ii.Sekiranya anda seorang guru, apakah yang anda akan lakukan untuk
menghadapi anak murid seperti Aiman. [4 markah]
Andainya saya seperti Cikgu Faridah, perkara yang saya lakukan ialah saya
akan memberikan perhatian yang lebih kepada pelajar tersebut. Hal ini kerana,
pelajar tersebut mempunyai kelebihan tersendiri. Selain itu, saya akan
memasukkan Aiman ke kelas anjak. Hal ini dapat meningkatkan lagi
keistimewaannya. Seterusnya, saya akan membuatkan permohonan ke mana-
mana sekolah yang lebih bagus. Hal ini dapat mencungkil bakatnya dengan lebih
lagi.

iii. Huraikan satu perwatakan berdasarkan petikan dan satu lagi perwatakan
berdasarkan keseluruhan cerpen. [4 markah]
Berdasarkan petikan, watak yang terdapat ialah Aiman. Aiman seorang yang
minat terhadap sains. Hal ini demikian dia begitu terpegun dengan teori Graviti
yang dicipta Newton. Berdasarkan keseluruhan cerpen, watak yang terdapat
ialah ibu. Ibu merupakan seorang yang penyabar. Buktinya, dia tetap bersabar
dengan sifat suaminya yang sering memukul Aiman.

Вам также может понравиться