Вы находитесь на странице: 1из 4

8/2/2017 Cabaran guru di kawasan pedalaman tarik minat anak Orang Asli ke sekolah - Perak - GPS Bestari

PERAK
6 April 2016 | Ridauddin Daud
Cabaran guru di kawasan pedalaman tarik minat anak Orang Asli ke sekolah

GERIK - Berkelana ke tempat orang bukannya mudah apatah lagi jika makanan, budaya dan cara
hidup masyarakat di sana berbeza.
Namun, demi tugas, semuanya harus dilakukan sebaik mungkin dan rasa berat hati terpaksa
meninggalkan keluarga perlu dibuang jauh-jauh demi tanggungjawab mereka.
Begitulah yang perlu dihadapi guru-guru di perkampungan Orang Asli di Rancangan Penempatan
Semula (RPS) Kemar, di sini, yang masih semangat mencurahkan ilmu walaupun berada jauh di
pedalaman.

http://www.gpsbestari.com/mobile/berita/perak/cabaran-guru-di-kawasan-pedalaman-tarik-minat-anak-orang-asli-ke-sekolah-1.506403 1/4
8/2/2017 Cabaran guru di kawasan pedalaman tarik minat anak Orang Asli ke sekolah - Perak - GPS Bestari

Antara aktiviti yang dijalankan di sekolah berkenaan bertujuan membantu pembelajaran masyarakat
Orang Asli di sana.

Bagi mereka, tugas menyampaikan ilmu itu lebih penting meskipun jauh di sudut hati, mereka
merindukan suasana di kampung halaman dan hiruk-pikuk kota.
Bagi seorang guru, Mohd Nasrun Naim Md Salim, 26, antara cabaran utama mengajar masyarakat
Orang Asli adalah kurangnya sokongan daripada ibu bapa mereka.
Menurutnya, pelajar yang tinggal di asrama mungkin mendapat sokongan kerana dikelilingi guru
namun pelajar di rumah kurang mendapat perhatian.Keadaan di sini tidak sama dengan luar kerana
di sini mungkin dari segi sosial main peranan. Pelajar di asrama diajar budaya membaca dan ia
berbeza bagi pelajar di rumah.
Kalau kita beri kerja sekolah, kita tidak harap semua siapkan kerja yang kita bagi. Kalau buat pun,
mungkin adalah dua atau tiga orang saja yang buat.
Cara kita dekati pelajar juga berbeza kerana ada pelajar bila di marah, mereka tidak mahu datang
sekolah terus. Jadi, kita kena buat cara lain, katanya.

Seorang lagi guru, Mutiara Megat, 25, berkata, meskipun dia merupakan keturunan Orang Asli Semai
namun dia masih gementar ketika diarahkan untuk mengajar di Sekolah Kebangsaan RPS
Kemar.Menurutnya, kebanyakan penduduk di situ merupakan suku kaum Temiar dan bahasa serta
budaya mereka agak berbeza dengan masyarakatnya yang tinggal di Tapah.Ujarnya lagi, penduduk
di Kemar juga masih tidak nampak kepentingan pendidikan kepada kehidupan mereka dan lebih
selesa dengan hidup di hutan.
Bila di sini, cabaran bahasa merupakan perkara paling sukar. Semua guru di sini terpaksa belajar
bahasa mereka kerana mereka kurang tahu Bahasa Melayu.
Guru di sini juga perlu membentuk semula tamadun mereka, perlu mengajar mereka dari segi
pemakaian, makan, kebersihan diri. Kita kena ajar dari asas.

http://www.gpsbestari.com/mobile/berita/perak/cabaran-guru-di-kawasan-pedalaman-tarik-minat-anak-orang-asli-ke-sekolah-1.506403 2/4
8/2/2017 Cabaran guru di kawasan pedalaman tarik minat anak Orang Asli ke sekolah - Perak - GPS Bestari

Selain dari ajar apa yang ada dalam silibus pendidikan, kita juga perlu ajar ilmu kehidupan dan
agama kepada mereka, katanya.

Sebahagian daripada pelajar yang datang ke SK RPS Kemar bagi menghadiri program yang
dianjurkan di sekolah berkenaan.

Sementara itu, Guru Besar sekolah tersebut, Mohd Shukri Ghazali, 52, berkata, Orang Asli berbeza
dengan pelajar di luar kerana mereka pasif, banyak mendiamkan diri di dalam kelas.
Malah, katanya, mereka terpaksa menyimpan buku di sekolah kerana jika dibiarkan mereka
membawa pulang, susah untuk mereka bawa semula buku ke sekolah.
Masalah utama pelajar di sini adalah mereka kurang pendedahan dunia luar. Bayangkan, lampu
isyarat pun mereka tidak dapat, bagaimana pula dengan perkara lain.
Kos untuk kita bawa mereka keluar tinggi, dengan kos bot, bas lagi. Kalau mereka ada pendedahan
yang cukup, mungkin tahap pendidikan mereka juga akan meningkat, ujarnya.
Walaupun berdepan pelbagai kesulitan dan cabaran, ketiga-tiga guru tersebut tidak pernah menyesal
ditempatkan di sana apatah lagi dengan hubungankekeluargaan yang terjalin antara mereka.Bagi
mereka,meskipun ia mencabar namun mereka seronok kerana mendapat pengalaman baru dalam
hidup di samping mencurah ilmu berguna kepada masyarakat di sana.

http://www.gpsbestari.com/mobile/berita/perak/cabaran-guru-di-kawasan-pedalaman-tarik-minat-anak-orang-asli-ke-sekolah-1.506403 3/4
8/2/2017 Cabaran guru di kawasan pedalaman tarik minat anak Orang Asli ke sekolah - Perak - GPS Bestari

0 Comments Sort by Oldest

Add a comment...

BERITAARTIKELSUKANTIPSKOPINFO SEKOLAHAKTIVITIVIDEOILHAM JR.ALUMNIFORUM


Facebook Comments plug-in

ARTIKEL BERKAITAN

Cabaran guru di kawasan pedalaman tarik


minat anak Orang Asli ke sekolah
www.gpsbestari.com tidak bertanggungjawab atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan
melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya
menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

Hubungi Kami
Wan Normi Hasan | 0192329032 / 0192802080
wan.normi@gpsbestari.com
Wan Normi Hasan | 0192329032 / 0192802080 | wan.normi@gpsbestari.com
Noor Fazidah Umar | 0197903922 | noor.fazidah@gpsbestari.com
Siti Noor Faezah Muda | 0196202418 | noor.fazidah@gpsbestari.com
gpsbestari@karangkraf.com
2016 All Rights Reserved GPS Bestari
2016 Hakcipta Terpelihara GPS Bestari

http://www.gpsbestari.com/mobile/berita/perak/cabaran-guru-di-kawasan-pedalaman-tarik-minat-anak-orang-asli-ke-sekolah-1.506403 4/4

Вам также может понравиться