Вы находитесь на странице: 1из 109

PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN

TAJUK 1 TEORI DAN MODEL PENGURUSAN KELAS KHAS

1.0 SINOPSIS
Unit ini membincangkan tentang Teori dan Model Pengurusan Kelas Khas iaitu
meliputi tajuk Terori pengurusan kelas, Model pengurusan kelas dan Pengurusan
pembelajaran murid pemulihan khas.

1.1 HASIL PEMBELAJARAN


Setelah mengikuti unit ini, anda akan dapat :
1. Menghuraikan teori pengurusan kelas khas.
2. Menganalisis Model pengurusan kelas pendidikan pemulihan.
3. Mensintesis maklumat daripada pelbagai sumber untuk memperoleh
pemahaman yang koheren tentang teori dan amalan.
4 Menggunakan pertimbangan sendiri yang berasas untuk menyelesaikan
masalah dan membuat keputusan.
5 Membuat refleksi dan menilai amalan pembelajaran serta menjanakan idea
baru untuk penambahbaikan yang berterusan.

1.2 KERANGKA TAJUK-TAJUK

1
PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN

1.3 TEORI PENGURUSAN KELAS

Pengenalan

Pengurusan kelas ialah suatu aspek yang penting dalam melaksanakan sesuatu pengajaran.
Pengurusan kelas yang berkesan akan mewujudkan suasana yang kondusif untuk
melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Ia melibatkan amalan rutin bilik
darjah yang lancar, disiplin terkawal, penggunaan sumber p&p yang berkesan dan
hubungan harmoni serta mesra antara murid dan guru dalam kelas.

Memberi arahan merupakan satu kaedah yang dapat membantu guru dalam
mengurus kelas yang membolehkan peningkatan pencapaian akademik pelajar.
Pengurusan kelas juga dapat memupuk dan memelihara tingkah laku pelajar yang
diingini dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Levin dan Nolan (2004) :menyatakan bahawa kedua-dua arahan dan


pengurusan merupakan proses yang mempunyai tujuan di mana tindakan serta
sikap guru itu bertindak adalah untuk memudahkan guru mengurus kelas dalam
pengajarandan pembelajaran.

Cegelka dan Berdine (1995) :Penyusunan fizikal bilik darjah boleh


mempengaruhi tingkahlaku dan pembelajaran murid.

Kounin (1970) :Seseorang guru itu perlu tahu cara menyusun tempat duduk
pelajar dan peralatan bilik darjah, mengurus pergerakan pelaja r di dalam kelas, dan
mengawal disiplin pelajar didalam kelas supaya pengajaran dapat berjalan dengan
lancar. Pengurusan kelas menunjukkan terdapatnya perubahan tumpuan daripada
menekankan strategi disiplin kepada strategi pengurusan bilik darjah secara proaktif
atau preventif.

2
PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN

Pengurusan yang cekap boleh memberikan kesan yang baik kepada proses
pengajaran dan pembelajaran. Untuk mengurus sesuatu organisasi seseorang
pengurus harus memahami konsep pengurusan dan beberapa teori yang berkaitan.
Pengurusan merupakan satu proses merancang, mengelola, memimpin, mengawal
ahli yang dipimpin untuk sesuatu ojektif

Dari sudut bilik darjah, pengurusan adalah satu proses sosial yang berkaitan
dengan mengenal pasti, menyelenggara, merangsang, mengawal aktiviti murid
supaya memenuhi objektif yang dirancang

Teori ialah satu konsep berbentuk andaian dan generalisasi yang menerangkan
secara sistematik sesuatu tingkah laku tertentu Terdapat berbagai teori pengurusan
yang boleh digunakan untuk menguruskan sesebuah bilik darjah berdasarkan teori
pengurusan. antaranya:

Teori hubungan manusia


Teori sistem sosial
Teori tingkah laku manusia Kurt Lewin
Teori tingkah laku Abraham Maslow
Teori X dan Y Douglas mcGregor
Teori Z William G. Ouchi (1981)

Berpandukan teori di atas kita dapat mengetahui bahawa pengurusan kelas boleh mempengaruhi
pembelajaran murid. Pengurusan bilik darjah yang efektif akan dapat mengurangkan masa guru yang
terbuang kerana menguruskan tingkah laku murid bermasalah dan dapat menumpukan terhadap
pembelajaran murid secara aktif. Kekerapan kejadian masalah tingkah laku murid di kelas adalah
menggambarkan kegagalan guru mengurus kelas. Guru perlu menstrukturkan ruang fizikal bilik
darjah supaya dapat minimumkan masa murid tidak menumpukan perhatian terhadap pembelajaran. .

3
PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN

Teori Hubungan Manusia

Teori ini diperkenalkan oleh Elton Mayo pakar psikologi dan Friz J.
Roethlisberger ahli sosiologi tahun 50an.Teori ini digunakan untuk mengurangkan
kebosanan pekerja dalam bidang industri. Pelbagai cara telah digunakan oleh pihak
pengurusan untuk mengurangkan kebosanan pekerja yang boleh menjejaskan
produktiviti. Tindakan yang diambil oleh pihak pengurusan antaranya ialah

- menukarkan waktu bekerja


- menjarakkan masa rehat
- membaiki kaedah bekerja
- wujud suasana kerja yang baik / kondusif
- memberi kebajikan kepada pekerja supaya bermotivasi
- memberi layanan yang baik kepada pekerja

Teori Pengurusan Hubungan Manusia ini yakin bahawa pekerja akan bekerja kuat
sekiranya teori ini diamalkan oleh pihak pengurusan sumber manusia secara telus
dan adil.

Teori Sistem Sosial

Teori ini dipelopori oleh Jacob Getzels dan Edgar Guba. Mengikut teori ini
sistem sosial seperti sekolah dan bilik darjah mengandungi dua dimensi iaitu

- institusi / normatif

Dimensi ini cuba mencapai matlamat sesebuah institusi (sekolah atau


bilik darjah). Semua sistem yang diujudkan adalah bertujuan mencapai
misi dan visi organisasi

- peribadi / idiografik

4
PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN

Dimensi ini lebih kepada memenuhi keperluan peribadi / personaliti seseorang


pemimpin atau pengurus organisasi

Pendapat Getzels terhadap teori ini adalah menjelaskan

- keadaan dan bentuk hubungan antara ahli dalam institusi perlu difahami
oleh pentadbir dan pekerja
- tingkah laku ahli dalam organisasi dikawal secara normative atau
idografik
- konflik akan timbul jika individu tidak dapat menyesuaikan kehendak
antara matlamat individu dengan matlamat institusi
- setiap individu mempunyai cara dan gaya tersendiri
- kedua-dua dimensi penting
- pentadbir perlu memahami dan sentiasa bekerja sama dengan pelbagai
unit dalam sistem sosial

Teori Tingkah Laku Kurt Lewin

Mengikut teori ini Lewin menjelaskan bahawa tingkah laku manusia dipengaruhi
dan dicorakkan oleh personaliti individu/kumpulan, norma dan budaya setempat ,
pertalian interpersonal dalam kumpulan kecil disamping kedudukan seseorang di
dalam kumpulan . Oleh itu tingkah laku manusia dalam sesebuah organisasi adalah
dipengaruhi oleh persekitaran

Teori Tingkah Laku Abraham Maslow

Mengikut teori tingkah laku Maslow kehendak/kemahuan manusia tersusun secara hierarki,
jika keperluan asas telah dicapai individu akan cuba menguasai keperluan yang lebih tinggi.
Biasanya manusia tidak pernah merasa puas dengan apa yang mereka ada/dapat

5
PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN

Keperluan Tahap Petunjuk Fisiologi & Psikologi

Self-actualization 5 Perkembangan diri yang tertinggi dan menjadi


individu sempurna
Keperluan aras 4 Kebanggan diri / kehormatan / pengiktirafan
asas 3 Keperluan sosial / kasih sayang
Keperluan aras 2 Keselamatan / kerja terjamin / melindungi
bawah 1 ancaman bahaya / dilayan dengan baik
Fisiologi: makan, minum, rehat, udara bersih dan
tidur

Rajah 1 : Keperluan manusia mengikut hieraki Maslow

Implikasi teori ini:

1. individu dan orgnisasi berkembang, keperluan manusia juga berubah /


berkembang
2. pentadbir perlu jelas tentang peringkat keperluan individu terutama
keperluan peringkat asas /rendah spt keselamatan, peraturan,
ketepatan bekerja, diskriminasi, suasana bekerja dan ganjaran
3. setiap individu mempunyai keperluan yang berbeza
4. keperluan penghargaan perlu difikirkan oleh pentadbir

Teori X dan teori Y Douglas McGregor

Mengikut teori ini McGragor dapat mengkelaskan bahawa kumpulan manusia


terbahagi kepada dua kelompok seperti rajah 2 di bawah

6
PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN

Teori X Teori Y

- manusia benci kerja dan perlu - manusia suka bekerja dan tidak
dikawal payah dikawal
- cita-cita rendah - cita-cita tinggi, bekerja satu ibadah
- manusia dilahirkan jahat dan menyeronokan
- kekerasan boleh gerakkan individu - dilahirkan baik/mulia
- mementingkan individu - tidak perlu kekerasan untuk
- naluri menggerakan manusia memotivasikan mereka
- kerja mendatangkan keburukan - mementingkan kumpulan
- kawalan daripada orang lain - kerja membawa kebaikan /
ibadah dan keseronokan
- pengarahan sendiri/kendiri

(tiada unsur paksaan)

Rajah 2 : Teori X dan Y McGragor

McGregor menganggap teori X sebagai teori tradisional dan kebanyakkan


tingkah laku manusia malas dan perlu diberi perhatian
Teori McGregor tidak boleh diterjemahkan sepenuhnya dalam pentadbiran
pendidikan kerana semua guru rajin dan bertanggungjawab

Berdasarkan kelompok manusia ini pihak pengurusan harus dapat


mengenalpasti kelompok-kelompok manusia tersebut supaya pengeluaran menjadi
produktif, begitu juga dengan pengurusan kelas guru harus dapat mengesan mana

7
PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN

kumpulan murid yang menjadi kumpulan X dan Y supaya sesuatu tindakan dapat
diambil.

Teori Z William G. Ouchi (1981)

Berdasarkan keadaan masyarakat dan budaya orang Jepun


Peningkatkan kecekapan dalam pengurusan berdasarkan kerjasama antara
pekerja
Ciri teori Z

- Mementingkan kerjasama antara pekerja, majikan dan subordinat


- Mengutamakan hubungan kekeluargaan dalam sesebuah organisasi.
- Ujud semangat berpasukan dan hubungan yang rapat antara pekerja dan
majikan diutamakan
- Pekerja ada sifat amanah, disiplin yang kuat, rasa tanggungjawab, saling
mempercayai dan mempunyai moral yang tinggi
- Utamakan semangat berpasukan
- Taat dan patuh kepada pihak pengurusan atasan
- Pentingkan perancangan jangka panjang dalam perkembangan kaki tangan
- Pekerja dapat kepuasan, produktiviti meningkat
- Setiap pekerja terlibat dalam proses perubahan dan penilaian sesuatu
pencapaian
- Keputusan bersama dalam penyelesaian sesuatu permasalahan
- Organisasi sebagai suatu keseluruhan budaya

Pelbagai teori pengurusan boleh digunakan dan disesuaikan untuk mengurus kelas.

1.4 MODEL PENGURUSAN KELAS

8
PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN

Kelas yang diurus dengan berkesan akan memberi kesan yang baik kepada
proses pengajaran dan pembelajaran
Bilik darjah yang mengandungi murid daripada pelbagai latar belakang , dan
kebolehan memerlukan satu gaya pengurusan yang cekap dan berkesan
Ada tiga model yang boleh digunakan untuk mengurus sesebuah kelas
pendidikan pemulihan

i) Horse-shoe
ii) Stesen
iii) Kiosk

Model Horse-shoe

Biasanya murid disusun dalam barisan berbentuk ladam kuda


Jika terdapat lebih dari dua barisan murid akan disusun secara berselang
supaya murid dapat belajar dengan selesa
Pastikan penglihatan setiap murid yang duduk di belakang tidak terhalang oleh
murid yang duduk di baris hadapan
Jarak murid dari peti televisyen / papan tulis / guru bersesuaian dan
memudahkan pembelajaran murid
Sebaiknya model ini digunakan untuk bilangan murid yang tidak terlalu ramai
dan satu barisan ladam kuda sahaja terbentuk

Kelebihan Model

Murid mudah fokus pengajaran guru, kerana dapat melihat guru, bbm yang guru
gunakan dan tulisan guru di papan kapur
Guru boleh memberi perhatian kepada semua murid semasa memberi arahan atau
tunjuk cara
Komunikasi pelbagai hala dapat dijalankan dengan berkesan

9
PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN

Model Stesyen

Dilaksanakan untuk kelas yang ramai murid dan tahap kebolehan berbeza
Mengatasi masalah kekurangan alat untuk mendapatkan kemahiran yang sama
Murid berpeluang belajar sendiri secara aktif melalui pembelajaran kendiri dan
sambil bermain
Bilik darjah disusun mengikut stesyen tertentu berdasarkan kemahiran atau
aktiviti
Pembelajaran lebih berpusatkan kpd murid dan bahan

Kelebihan Model

Pembelajaran pelbagai kemahiran dijalankan serentak memenuhi keperluan


pelbagaian kecerdasan murid
Masalah kekurangan alat dapat diatasi tanpa mengurangkan peluang setiap
murid belajar
Disiplin kendiri murid dapat dibentuk

Model Kiosk

Seakan sama kaedah stesyen tetapi ia agak kekal di satu-satu sudut


pembelajaran dalam bilik darjah
Kiosk dibina berdasarkan kepada kepelbagaian kebolehan murid dan murid perlu
belajar mengikut minat dan kebolehan yang berbeza

1.5 PENGURUSAN PEMBELAJARAN MURID PEMULIHAN KHAS

10
PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN

Konsep Pengurusan Pembelajaran

Pembelajaran bermaksud pemerolehan tingkah laku baru secara kekal melalui


pengalaman dan latihan
Pembelajaran boleh berlaku secara terancang dan tidak terancang
Pembelajaran terancang memerlukan satu bentuk pengurusan yang cekap
supaya pengajaran berkesan dan memberikan impak yang nyata kepada murid

Bentuk pengurusan murid

Secara kelas
Berpasangan
Individu
Berkumpulan
Kendiri

Kesimpulan

Pengurusan kelas pemulihan boleh dilaksanakan dengan menggunakan model


tertentu yang bersesuaian mengikut kesesuaian saiz kelas Manakala pengurusan
pembelajaran dikendalikan mengikut aktiviti tertentu dan berubah dari semasa ke
semasa.

11
PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN

Latihan :
1. Berdasarkan kefahaman dan bacaan lanjutan anda teori pengurusan yang
manakah sesuai untuk mengurus kelas pendidikan pemulihan.

2. Rancangkan aktiviti pengajaran pembelajaran berdasarkan model pengurusan


kelas.

3. Buat perbandingan pelaksanaan pengurusan pembelajaran dengan menggunakan


pengurusan grafik.

12
PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN

13
PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN

2. PENGURUSAN TINGKAH LAKU MURID PEMULIHAN

2.0 SINOPSIS

Topik ini memberi penekanan terhadap teori dan model pengurusan tingkah laku
murid, jenis-jenis tingkah laku dan punca salah laku, teknik-teknik pengurusan
tingkah laku dan pelaksanaan program pengurusan tingkah laku.

2.1 HASIL PEMBELAJARAN


Setelah mengikuti unit ini, anda akan dapat :
1. Mensintesis maklumat daripada pelbagai sumber untuk memperoleh
pemahaman yang koheren tentang teori dan amalan.
2. Menggunakan pertimbangan sendiri yang berasas untuk menyelesaikan
masalah dan membuat keputusan.
3. Menghuraikan teori pengurusan tingkah laku murid-murid pendidikan
pemulihan.
4. Mengaitkan teori pengurusan tingkah laku dengan model-model pengurusan
tingkah laku.
5. Menterjemah teknik pengurusan tingkah laku kepada aktiviti pembelajaran
yang bermakna.
6. Berupaya mengaplikasikan pelbagai kaedah untuk menilai kemahiran
pelaksanaan pengurusan tingkah laku murid pemulihan.
7. membuat refleksi dan menilai amalan pembelajaran serta menjanakan idea
baru untuk penambahbaikan yang berterusan.

2.2 TEORI / MODEL PENGURUSAN TINGKAH LAKU

14
PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN

Definisi Dan Konsep Pengurusan Tingakah Laku

Pengurusan tingkah laku bermaksud satu rancangan untuk memodifikasikan


tingkah laku bermasalah ke satu matlamat yang telah ditetapkan dengan teknik-teknik
atau kaedah-kaedah yang sesuai.

Model Psikodinamik

Berasaskan kepada teori Freud (1949) dan Erickson (1963) Pendekatan yang
berfokus pada proses kejiwaan dan masalah dalaman individu iaitu berkaitan dengan
personality seseorang. Menurut model ini, punca gangguan tingkah laku disebabkan
oleh:
- Masalah dalaman individu

- Faktor persekitaran yang mengganggu kehidupan intrapsikik seseorang

Antara strategi pengurusan gangguan tingkah laku di bawah model ini ialah:
1. Model Psikopendidikan
2. Teknik Kaunseling
3. Seni Ekspresif: permainan bebas, main peranan, tarian kreatif, muzik, terapi
seni
4. Teknik Pengurusan Tingkah Laku

Model Psikopendidikan menjadi syarat asas kepada teknik-teknik yang lain. Ia


merangkumi pelbagai pendekatan psikologi dan pendidikan untuk membantu kanak-
kanak yang menghadapi gangguan tingkah laku. Antara prinsip yang ditekankan
dalam model ini ialah:
- Pemikiran dan tindakan adalah dua proses yang saling berkaitan

- Seseorang perlulah menerima dan memahami masalah yang dihadapi oleh


kanak-kanak

15
PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN

- Beri perhatian dan fokus pada masalaah yang dihadapi serta layan kanak-
kanak dengan adil dan kasih saying

- Guru perlu menjaga penampilan dan tingkah laku kerana ia mempengaruhi


kanak-kanak.

Teknik kaunseling boleh diguna untuk membantu guru mengawal dan


mengubah tingkah laku bermasalah melalui perbincangan secara peribadai yang
produktif. Teknik ini perlu dilaksanakan secara konsisten oleh pihak yang terlatih dan
berpengalaman. Antara teknik yang boleh dilaksanakan ialah:
- Life-space Interview

- Reality Theraphy

Teknik Expressive Media menggalakkan kanak-kanak meluahkan masalah


atau emosi melalui aktiviti kreatif yang dilaksanakan. Dijalankan dalam satu setting
yang terkawal dengan member kelebihan kepada domain afektif serta pembelajaran
secara kognitif dan psikomotor. Antara teknik-teknik yang boleh digunakan:
- Permainan Bebas

- Permainan Puppet

- Main Peranan

- Pergerakan dan Tarian Kreatif

- Penulisan Perkataan

- Terapi Seni

- Muzik

- Fotografi dan rakaman video

Pendekatan pengaruh tingkah laku dikatakan amat berkesan untuk mengubah


tingkah laku secara serta merta. Dilaksanakan di dalam dan di luar bilik darjah pada
bila-bila masa sahaja.

16
PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN

Antara Teknik yang boleh diguna ialah:

- Planned Ignoring

- Tension Reduction Through Humor

- Interest Boosting

- Hurdle Helping

- Program Restructing

- Support from routine

- Direct appeal,

- Removal of Seductive Objects,

- Antiseptic Boucing

- Physical Restraint

Model Persekitaran

Kesan persekitaran ke atas tingkah laku individu. Pendekatan yang diambil


dengan menggunakan persekitaran sebagai langkah intervensi. Menurut model ini,
punca gangguan tingkah laku ialah perubahan persekitaran yang dilakukan oleh
manusia. Antara teknik yang boleh diguna ialah:
- Intervensi berpusatkan kanak-kanak

- Intervensi berpusatkan persekitaran

- Intervensi berpusatkan kanak-kanak dan persekitaran

- Intervensi berpusatkan perantaraan antara kanak-kanak dan persekitaran

17
PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN

Model Biofizikal

Menekankan kepada perkaitan tingkah laku dengan faktor organik individu


seperti keadaan fizikal, penyakit yang dialami, alahan dan ketidakupayaan berfungsi
anggota badan (kecacatan). Model ini percaya bahawa gangguan tingkah laku
berpunca dari faktor biokimia/neurologikal yang menyebabkan fungsi otak yang tidak
normal, faktor persekitaran dan baka.
Kanak-kanak yang bermasalah tingkah laku akan menunjukkan ciri-ciri seperti:
Kurang keupayaan belajar pada kadar yang sejajar dengan perkembangan
intelektual, sensori-motor dan fizikal

Kurang keupayaan mengurus/mengekalkan hubungan sosial yang sesuai.

Kurang keupayaan bertindak sesuai dengan keadaan sekitar, dan

menunjukkan tingkah laku melampau : hyperaktif, impulsive, kemurungan dll

Pendekatan yang diambil melalui kaedah perubatan dengan bantuan pakar


perubatan. Berfokuskan kepada langkah pencegahan awal iaitu dalam tempoh
sebelum dan selepas kelahiran bayi. Antara teknik teknik yang boleh digunakan
ialah:
- Kaunseling genetic

- Penjagaan sebelum kelahiran (semasa mengandung)

- Penjagaan selepas kelahiran

- Ujian perubatan

- Pemakanan dan diet

- Terapi Mega Vitamin

- Perubatan

18
PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN

Dalam mengurus tingkah laku model biofizikal, guru pendidikan pemulihan


memainkan peranan seperti berikut:
1. Mengenal pastikan aspek kelas dan ekologikal yang positif untuk menyokong
tingkah laku.

2. Mecatatkan faktor yang menyebabkan masalah tingkah laku.

3. Menyediakan prasarana instruksi yang sesuai untuk pengurusan tingkah laku.

4. Menekankan peraturan dan rutin kelas, pengulangan dan turutan tugasan


pembelajaran, mengurangkan ransangan persekitaran yang kurang sesuai.

Model Tingkah Laku

Menurut model ini, tingkah laku adalah hasil daripada interaksi antara individu
dengan persekitaran, ia boleh diperhatikan dan diukur. Model ini bertujuan mengubah
tingkah laku yang negatif kepadaa yang positif yang boleh diaplikasikan dalam bilik
darjah untuk menyelesaikan masalah disiplin. Kaedah Model Tingkah Laku
merupakan pengubahsuaian tingkah laku dengan menggunakan langkah-langkah
pengurusan tingkah laku yang sistematik berdasarkan prinsip psikologi, ia
menfokuskan kepada perubahan faktor persekitaran untuk mewujud tingkah laku yang
diingini.

Berasaskan 3 elemen ABC


Antecedent ------ Behavior -------Consequence
Antecedent: keadaan yang menyebabkan sesuatu tingkah laku berlaku
Behavior:tingkah laku akibat dari ransangan antecedent
Consequence: keadaan yang berubah akibat dari berlakunya tingkah laku

19
PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN

Contoh:
Antecedent Behavior Consequence

Namakan sejenis keretapi bagus!


pengangkutan

Melayari laman web untuk mendapat maklumat tambahan.


http://www.specialconnections.ku.edu/cgibin/cgiwrap/specconn/
index.php

20
PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN

2.3 JENIS-JENIS TINGKAH LAKU

Secara umumnya, tingkah laku bermasalah dapat dikategorikan kepada


tingkah laku bermasalah positif dan tingkah laku bermasalah negatif. Strategi
pengurusan tingkah laku yang dipilih hendaklah sesuai dengan mengambil kira faktor-
faktor murid tersebut seperti fizikal, emosi, mental, tahap keterukan, dan juga faktor
pengaruh persekitaran, dan jangka masa pelaksanaan yang tertentu.

21
PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN

Tingkah laku bermasalah positif

Tingkah laku bermasalah positif bermaksud tingkah laku positif yang


ditunjukkan oleh kanak-kanak tetapi tingkah laku itu akan menjadi bermasalah
sekiranya dilakukan secara berlebihan atau tanpa kawalan dan boleh menimbulkan
masalah kepadanya. Misalnya, sifat ingin tahu yang berlebihan kepada seorang
kanak-kanak boleh menyebabkannya bertindak keterlaluan sehingga menyusahkan
dirinya dan orang lain.

Tingkah laku bermasalah negatif

Tingkah laku bermasalah negatif adalah jelas iaitu tingkah laku yang
menimbulkan masalah kepada dirinya dan juga orang lain. Terdapat tiga jenis tingkah
laku bermasalah negatig:

22
PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN

1. Bergantung

Murid-murid mempunyai masalah untuk berdikari, bimbang, menarik diri


daripada aktiviti-aktiviti. Terdapat dua jenis tingkah laku bergantung, iaitu:

a. Pengundur diri
Suka menjauhkan diri daripada orang lain yang kurang disenangi. Tingkah laku
ini juga dijadikan sebagai mekanisme helah bela diri untuk mengelakkan diri daripada
berkomunikasi dengan orang lain. Kanak-kanak yang bermasalah tingkah laku
pengundur diri selalu menarik diri daripad asituasi yang kurang selamat. Akibatnya
kanak-kanak akan menjadi: tidak yakin diri, tidak dapat menyelesaikan masalah-
masalah dll. Contoh: ponteng sekolah, tidak mahu menjawab soalan, tidak
melibatkan diri dalam permainan / ko-kurikulum

b. Kebimbangan

Perasaan kurang senang atau takut akibat anggapan bahawa sesuatu yang
tidak diingini akan berlaku. Keadaan ini akibat daripada pengalaman emosi yang
tidak menggembirakan yang dialami oleh seseorang .

2. Distruptif

Menjejaskan kelicinan proses p&p. Perlakuan sentiasa mengganggu perjalanan


pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Tingkah laku ini juga berlaku di luar kelas
dan juga di rumah. Contoh : Tingkah laku agesif adalah seperti suka memulakan
pergaduhan, suka bergaduh, suka memaki hamun, dan sebagainya.

23
PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN

3. Disruktif

Menunjukkan kelakuan fizikal & lisan yang membahayakan diri sendiri, orang
lain, sekolah, sosial. Contoh : merosakkan benda seperti kerusi meja, barangan
kawan sekelas, mengoyak poster atau notis di papan kenyataan dan sebagainya.

Punca salah laku

Tingkah laku yang ditunjukkan oleh kanak-kanak berpunca daripada faktor-faktor


tertentu. Guru perlu memahami faktor-faktor yang menjadi punca masalah tingkah
laku muridnya supaya menjadi panduan dalam merangka program pengurusan
tingkah laku bagi murid tersebut. Roger Stancliffe (tidak bertarikh) telah
menyenaraikan 9 faktor yang dikaitkan dengan masalah tingkah laku kanak-kanak.
i. persekitaran
ii. tekanan psikologikal
iii. ketakutan dan fobia
iv. peneguhan yang kurang sesuai
v. kemahiran komunikasi dan sosial yang terhad
vi. kesukaran tugasan
vii. aktiviti dan tahap rangsangan
viii. kesihatan dan perubatan
ix. jangkaan tingkah laku

Faktor persekitaran

Sesetengah kanak-kanak sangat sensitif terhadap persekitaran seperti bunyi


bising, sejuk, panas, dan lain-lain. Perubahan tingkah laku akan ditunjukkan
terutamanya bagi kanak-kanak yang mengalami kecacatan teruk, autisme, dan lain-
lain.

24
PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN

Tekanan psikologi

Individu yang mengalami masalah tingkah laku obsesif dan tingkah laku yang
sudah menjadi tabiatnya akan berasa senang dengan tingkah laku tersebut. Mereka
akan berasa tertekan apabila kebiasaan tingkah laku itu diganggu atau dihalang.

Ketakutan dan fobia

Fobia adalah ketakutan yang keterlaluan terhadap sesuatu. Fobia termasuk


juga takut terhadap sesuatu yang berbahaya seperti ular atau ketinggian yang
melebihi tahap bahaya sebenar perkara tersebut. Ketakutan ini boleh menyebabkan
bahaya kepada individu tersebut seperti berlari melintas jalan raya kerana takutkan
anjing.

Peneguhan yang kurang sesuai

Tingkah laku bermasalah ada kalanya dikukuhkan secara tidak sengaja.


Tindak balas semula jadi kita secara serta merta terhadap tingkah laku tertentu ada
kalanya menjadikan tingkah laku itu lebih teruk. Sebagai contoh, seorang kanak-
kanak yang enggan makan ubat akan dipujuk serta dijanjikan dengan beberapa
ganjaran oleh ibu dan bapanya. Oleh itu, kanak-kanak itu akan sengaja enggan
makan ubat kerana mahukan perhatian daripada ibu bapanya.

Kemahiran komunikasi dan sosial yang terhad

Terdapat bukti yang jelas menunjukkan bahawa kadar tingkah laku bermasalah
yang tinggi di kalangan kanak-kanak yang kurang berkomunikasi berbanding kanak-
kanak yang boleh berkomunikasi dengan baik.

25
PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN

Kesukaran tugasan

Kesukaran tugasan boleh menyebabkan kanak-kanak melakukan kesilapan


dan mengalami kegagalan. Keadaan kekecewaan ini berkait rapat dengan masalah
tingkah laku yang mereka tunjukkan.

Aktiviti dan tahap rangsangan

Kekurangan aktiviti yang membina akan menyebabkan berlakunya masalah


tingkah laku. Sebagai contoh, guru bukan hanya setakat memberi mainan atau buku
kepada muridnya tetapi perlu mengajar murid tersebut kemahiran yang perlu untuk
melakukan aktiviti tersebut.

Kesihatan dan perubatan

Kesakitan atau keadaan tertekan yang berkaitan dengan keadaan kesihatan


tertentu boleh menyebabkan rasa kurang selesa dan boleh menyebabkannya
berkelakuan kurang sesuai.

Jangkaan tingkah laku

Ada kalanya ibu bapa atau guru menjadi letih dengan tingkah laku kanak-
kanak-kanak dan membiarkannya berkelakuan sedemikian dengan anggapan
bahawa tingkah laku itu akan hilang dengan sendirinya. Jangkaan terhadap tingkah
laku kanak-kanak tersebut adalah rendah daripada yang sepatutnya. Sebenarnya
mereka ini terperangkap dengan anggapan bahawa itulah sifat kanak-kanak tersebut
dan tidak boleh diubah lagi (the way he/she is).

26
PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN

2.4 TEKNIK-TEKNIK PENGURUSAN TINGKAH LAKU

A. Peningkatan/pengekalan tingkah laku positif

1. Peneguhan Positif

Proses ganjaran bagi tingkah laku yang sesuai untuk meningkatkan


kemungkinan tingkah laku tersebut berterusan dan berulang.

Dalam mengguna teknik tersebut, perkara-perkara yang perlu diberi perhatian


seperti berikut:
1. Peneguhan hanya diberikan kepada tingkah laku yang dirancang untuk diubah.

2. Peneguhan diberi sebaik sahaja tingkah laku yang diingini ditunjukkan.

3. Pada peringkat awal, peneguhan perlu diberi setiap kali tingkah laku
ditunjukkan.

27
PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN

4. Apabila tingkah laku yang dikehendaki mencapai tahap maksimum peneguh


diberi secara intermiten (guna jadual peneguhan).

5. Peneguh sosial diberi serentak bersama peneguh tangible & edible.

6. Peneguh seharusnya sesuai dengan pencapaian kanak-kanak.

7. Peneguh seharusnya menjadi satu perkara istimewah kapada kanak-kanak.

8. Kanak-kanak perlu menganggap peneguh itu sebagai ganjaran, jika tidak ia


tidak akan mendatangkan kesan.

9. Tidak semua peneguh boleh diterima oleh semua kanak-kanak.

10. Elakkan memberi peneguh berbentuk barangan setiap masa ada perubahan
tingkah laku.

11. Sediakan pelbagai peneguh untuk mengelakkan rasa bosan dan juga untuk
memenuhi pilihan yang sentiasa berubah.

28
PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN

Peneguh: Sesuatu objek / situasi yang dapat meneguhkan / mengekalkan


tindakbalas/ kelakuan pada masa akan datang.

Terdapat 2 jenis peneguh iaitu;


i. Primer : ganjaran berasaskan keperluan biologikal. Mudah hilang
peberkesanaannya.
Contoh: makanan, minuman, suasanan yang selesa dll.

ii. Sekunder/Secondary : permainan, aktiviti yang diminati, perhatian, token,


wang, senyuman, pujian dll

Mengenal Pasti Peneguh

Tidak semua peneguh boleh diterima oleh semua kanak-kanak.

Sediakan pelbagai peneguh untuk mengelakkan rasa bosan dan juga untuk
memenuhi pilihan yang sentiasa berubah.

Lihat kesan terhadap peneguh sedia ada dan gabungkan dengan peneguh
yang lain.

Elakkan memberi peneguh berbentuk barangan setiap masa ada


perubahan tingkah laku.

Semasa memilih peneguh, elakkan:

Pelbagaikan peneguh / guna peneguh yang berlainan untuk setiap tingkah


laku sasaran.

Awas terhadap jumlah peneguh yang diberikan / beri secukupnya.

Elakkan memberi peneguh edible atau beri seminima yang boleh.

29
PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN

Menghapuskan peneguh:

Peneguh berbentuk sosial & barangan diberi secara berselang-seli pada


jadual yang ditetapkan (peneguh barangan diperlukan dalam situasi tertentu
sahaja).

Peneguh sosial diberi pada jadual yang ditetapkan manakala peneguh


barangan diberikan menurut situasi & akhirnya ditiadakan.

Peneguh sosial diberi pd jadual yang berbeza dan akhirnya dihapuskan


apabila program tamat.

2. Peneguhan Negatif

Stimuli yang dipindahkan atau dihapuskan dengan tujuan menguatkan tingkah


laku positif supaya ia dapat diteruskan.

a. Melari/Escape: menhentikan stimuli yang wujud.

Contoh 1: Guru menghalau murid yang membuat bising dari kelas dapat
menambahkan peluang murid-murid lain belajar tanpa gangguan.

Contoh2. Guru marah murid kerana tidak menyiapkan kerja rumah, untuk
menghentikan kemarahan guru, murid cepat menyiapkan kerja rumah.

b. Mengelak/Avoidance: berlaku apabila mengelakkan respon daripada


menghentikan stimuli.( anzaman boleh dielakkan jika muird menunjukkan kelakuan
yang diingini.)

Contoh: Murid mengikut arahan guru untuk mengelakkan dimarahi guru.

30
PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN

Contoh 2: Sekumpulan murid-murid sedang tekun menyiapkan tugasan yang


diberikan apabila diberitahu oleh gurunya bahawa mereka tidak perlu menyiapkan
tugasan di rumah sekiranya mereka dapat menyiapkan tugasan pada tempoh yg
ditetapkan.

Teknik ini boleh menyakiti atau menghindari seseorang kerana tingkah laku
operannya kurang sesuai, seperti mengejek kesilapan individu di hadapan orang lain
tidak akan mengubah sikap individu itu tetapi menambah kebarangkalian berlakunya
tingkah laku operan itu lagi.

3. Kontrak perjanjian (contigency contracting)

Persetujuan di antara dua pihak atau lebih (guru dan murid) secara lisan atau
bertulis. Murid dipertanggungjawabkan terhadap perkara atau aktiviti yang dipilih.
Kontrak akan berjaya jika murid faham akan tingkah laku yang hendak diubah dan
murid faham akan kesan yang akan berlaku.

Kebaikan kontrak:
Kontrak mudah diaplikasikan dalam persekitaran biasa tanpa menghadkan
penglibatan murid daalm aktiviti pengajaran & pembelajaran.

Fokus utama guru ialah memberi peneguhan positif tingkah laku yang
sesuai yang dipersetujui dalam kontrak.

Kontrak boleh diubahsuai / ditulis semula untuk memenuhi keperluan


semasa.

Kontrak boleh dilaksanakan terhadap individu, sekumpulan / seluruh kelas.

Akibat darrpada mematuhi / melanggar perjanjian, difahami dengan jelas


oleh murid dan guru.

31
PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN

4. Ekonomi token
Satu sistem membahagikan beberapa peneguhan simbolik yang akan
ditukarkan kepada peneguh sebenar yang diidamkan. Ia merupakan suatu sistem
merit ditentukan berdasarkan kriteria respons terhadap tingkah laku yang diingini.
Dalam program ekonomi token, murid-murid akan berusaha untuk mendapat skor
merit, skor merit (token) ini dikumpulkan dan boleh ditukarkan seterusnya dengan
pelbagai peneguh yang diidamkan.

Untuk membentuk program token ekonomi yang berkesan, guru pendidikan


pemulihan perlu mengambil kira beberapa perkara:

a. Token: seharusnya terdiri daripada benda yang dapat dibilang dan


dinampak.
b. Token: perlu menarik, diminati murid, mudah disimpan, sukar ditiru.
c. Murid perlu jelas dengan peraturan-peraturan untuk memdapat token.
Tingkah laku yang akan menyebabkan token ditarik balik juga perlu
diterangkan dengan jelas.
d. Sistem untuk menebuskan token perlu jelas: termasuk jumlah token dan
tempoh tebusan.
e. Sistem mencatat perlu lengkap dan jelas:catatan perlu dibuat terhadap
setiap tingkah laku sasaran, perubahan tingkah laku, perkembangan dan
keberkesanan program dan ganjaran yang diberikan.

B. Mengurangkan/melupuskan tingkah laku negatif

1. Penghapusan/extinction

32
PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN

Teknik ini agak sukar untuk dilaksanakan kerana tingkah laku yang tidak
bersesuaian itu sukar untuk diabaikan tanpa ditegur. Cara ini hanya sesuai bagi
tingkahlaku yang tidak membahayakan diri individu dan orang lain( Shea & Walker,
1995).

Panduan untuk melaksanakan teknik ini:

a. Apabila tingkahlaku ditunjukkan, guru perlu bertindak pasif tanpa


menunjukkan apa-apa tanda yang guru nampak tingkahlaku tersebut.

b. Teruskan aktiviti dengan apa sahaja aktiviti yang sedang dilakukan.

c. Jika tingkahlaku berterusan, tinggalkan tempat tersebut.

Namun begitu, sebagai guru kita perlu pandai mengawal keadaan dan
memastikan tindakan yang kita ambil tidak mendatangkan kesan negatif kepada murid
dan juga guru.

2. Pengasingan/time-out/ suspension

Merupakan teknik di mana guru akan meletakkan murid yang menimbulkan


masalah displin di kerusi yang berasingan atau di sudut khas(Ee Ah Meng,1997).
Pengasingan dilakukan adalah untuk menenangkan keadaan kelas juga lebih kepada
untuk menenangkan murid tersebut agar dapat menenangkan fikiran, teknik ini
diguna apabila seorang kanak-kanak berlakuan yang merbahayakan diri atau rakan-
rakan lain.

Jangka masa time-out adalah bergantung kepada setiap kanak-kanak,


misalnya untuk kanak-kanak yang hiperaktif, masa kurang 5 minit sudah bersesuaian,
manakala untuk kanak-kanak normal, mungkin ambil masa yang lebih panjang.
Menurut Walker dan Shea (1986), jangka masa berkesan yang digunakan untuk time
out haruslah di antara empat atau lima minit tetapi tidak melebihi sepuluh minit.

33
PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN

Keberkesanannya akan hilang sekiranya pelajar dikenakan tindakan yang terlalu


singkat atau terlalu lama. Guru digalakkan untuk menggunakan jam loceng untuk
memastikan had masa pengasingan tidak dilanggar.

Tempat yang sesuai dijadikan sebagai tempat time-out termasuk bilik


kecil/tempat yang sunyi dan sudut-sudut yang jauh dari rakan-rakan lain. Setelah
selesai hukuman tersebut dilaksanakan, kanak-kanak tersebut haruslah diterangkan
tentang kesalahan yang telah dilakukan dan kenapa dia dikenakan hukuman. guru
pendidikan pemulihan perlu membuat catatan setiap kali time-out digunakan.

3. Kejemuan/Satiation kejelakan (satiation)

Membiarkan murid melakukan tingkah laku itu hingga dia jemu melakukannya
dan berhenti sendiri. Bukan semua situasi boleh menggunakan teknik ini. Teknik ini
sesuai diguna dalam keadaan yang boleh ditolerasi buat seketika kerana pelajar tidak
dipaksa untuk berhenti atau menahan daripada melakukan tingkah laku tersebut.
Sebaliknya dia digalakkan untuk meneruskannya sehingga pelajar itu sendiri merasa
penat dan terus berhenti.

4. Hukuman/dendaan

Tujuan teknik ini diguna ialah untuk menghentikan tingkah laku yang tidak
diingini. ia merupakan satu intervesi tingkahlaku yang negatif walaupun hasilnya
mungkin positif. Intervesi ini berkesan apabila hak yang hilang secara natural akibat
daripada tingakahlaku yang tidak sesuai( Shea& Walker, 1995).

Untuk menjalankan teknik ini beberapa panduan boleh diikuti:-

a. Pastikan pelajar faham kaitan antara tingkahlaku dan kehilangan hak.


b. Pastikan pelajar faham tingkah laku yang didenda akibat daripada
tingkah laku yang ditunjukkan.

34
PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN

c. Aplikasikan tekhik kehilangan hak dengan adil kepada semua pelajar.


d. Jangan mengugut pelajar.
e. Jangan pertikaikan undang-undang dan dendaan apabila hukuman telah
dijalankan.
f. Guru jangan melibatkan emosi semasa menjalankan hukuman.
g. Guru perlu sentiasa tegas.
h. Beri peneguhan kepada tingkah laku yang sesuai.

5. Overcorrection/ pembetulan

Pembetulan ditekankan setiap kali murid berlaku kesalahan sehingga tingkah


laku tersebut tidak berulang lagi.

6. Response cost
Murid akan ditanggungjawabkan terhadap kelakuan sendiri, ganjaran akan
ditarik balik sekiranya murid tidak mematuhi peraturan.

7. Disensitisasi

Mengurangkan tingkah laku secara perlahan-lahan sehingga tingkah laku


tersebut lupus.

Contoh: guru membantu murid menjalankan terapi dan bertindak secara beransur-
ansur untuk menghilangkan rasa gugup atau takut yang berlebihan takut bercakap di
depan kelas, fobia dll.

C. Membentuk tingkah laku baru

1. Pembentukan (shaping)

35
PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN

Pemberian pengukuhan kepada perlakuan-perlakuan yang dilakukan oleh


murid yang menjurus kepada pembentukan perlakuan yang dikehendaki. Ia
merupakan satu sistem pengukuhan yg sistematik, segera dan berturutan hampir
kepada tingkah laku sasaran sehinggalah benar-benar tingkah laku sasaran dikuasai.

Langkah-langkah:
a. Pilih tingkah laku sasaran.
b. Perolehi data asas / baseline data.
c. Pilih pengukuhan yang sesuai / berpotensi.
d. Kukuhkan secara berturutan bilamana tingkah laku sasaran ditunjukkan.
e. Kukuhkan tingkah laku baru setiap kali ia berlaku / wujud.
f. Pengukuhan tingkah laku dilakukan pada jadual yang bervariasi.

2. Prompting

Digunakan untuk mendapatkan rangsangan tertentu yang dipilih sebagai tanda


atau klu kepada murid untuk melaksanakan tingkah laku yang dikehendaki secara
lisan, gerak badan (gesture) dan fizikal.

3. Modeling

Berasaskan teori pembelajaran sosial Bandura, iaitu menggunakan watak-


watak (murid,guru ) yang disukai dan dihormati untuk diteladani oleh murid supaya
menghasilkan tingkah laku yang diingini. Prosedurnya seperti berikut:

a. Attention
b. Retention
c. Reproduce

Untuk menjalankan teknik ini beberapa panduan boleh diikuti:

36
PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN

a. Kanak-kanak perlu bersedia dari segi kognitif.


b. Perlu memilih model yang sesuai, diterima oleh kanak-kanak.
c. Model sebaik-baiknya sebaya dengan kanak-kanak.

2.5 LANGKAH-LANGKAH PELAKSANAAN

i. Mengenal pasti tingkah laku dan mengumpul maklumat


ii. Memilih tingkah laku yang perlu diubah berdasarkan keutamaan ( t/laku
sasaran)
iii. Merancangkan program :
a: Menentukan tingkah laku sasaran yang hendak dicapai (target behaviour)
b: Mengenal pasti masa pelaksanaan bagi tiap peringkat
c: Memilih strategi dan kaedah yang perlu diguna pakai
d: Menentukan ganjaran dan dendaan (reinforcer and punishment)
e. Mengguna Intervensi Planning Form

iv. Menjalankan program

v. Menilai keberkesanan dan mengubah suai rancangan jika perlu

vi. Tindakan/intervensi susulan (berhenti apabila tingkah laku sasaran dicapai)

vii. Memastikan supaya tingkah laku negatif tidak berulang dan tingkah laku yang
telah dipulih (positif) dikekalkan atau ditingkatkan

Contoh: program ekonomi token


1. Pilih tingkah laku sasaran : senaraikan tingkah laku sasaran ( tempoh masa/
secara beringkat)

2. Tegaskan tingkah laku yang telah dipilih dan nyatakan kepada murid.

37
PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN

3. Menentukan peraturan-peraturan :

Contoh:

tingkah laku yang mendapat token dan ganjaran.


tingkah laku yang ditarik balik token /ganjaran dll.

4. Tentukan peneguhan untuk penukaran token.

5. Tentukan dan pamerkan menu untuk penukaran token: menu tersebut


seharusnya:
menyatakan nilai token,

tidak perlu panjang,

perlu dinilai dan ditukar dari semasa ke semasa.

6. Adakan sistem penukaran token yang mudah tetapi berkesan.

Latihan

a. Daripada pengalaman anda sendiri, pilih beberapa tingkah


laku yang dirasakan sesuai ditangani dengan teknik kontrak.
Berikan sebab mengapa teknik ini baik digunakan bagi
TAJUK 3 PERANAN PENTADBIR DALAM PROGRAM
respon tersebut.
PENDIDIKAN PEMULIHAN
b. Berikan pendapat anda tentang kebaikan dan keburukan
teknik dendaan.
38
PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN

3.0 SINOPSIS

Unit ini membincangkan tentang Peranan Pentadbir Dalam Program Pendidikan


Pemulihan yang melibatkan Jabatan Pelajaran Khas Kementerian Pelajaran Malaysia,
Jabatan Pelajaran Negeri, Pegawai Pelajaran Daerah dan Pentadbir Sekolah; struktur
organisasi program iaitu Penyelaras, Guru dan badan kebajikan ibu bapa-guru; iklim
sekolah iaitu jenis populasi murid, ciri dan saiz organisasi, dan sumber tenaga.

3.1 HASIL PEMBELAJARAN

Setelah mengikuti unit ini, anda akan dapat :


1. Mengamalkan nilai-nilai murni melalui tingkah laku yang dapat dijadikan
sebagai contoh yang baik (3.3)
2. Pihak yang berkepentingan bertanggungjawab terhadap pelajar dari aspek
keselamatan, bimbingan dan kebajikan dengan tidak mengira bangsa dan
agama (4.3)
3. mengamalkan pengetahuan dan kemahiran yang dikuasai dalam kehidupan
seharian(7.4)

3.2 KERANGKA TAJUK-TAJUK

PENGENALAN

39
PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN

Pendidikan pemulihan adalah suatu usaha untuk memenuhi kehendak mereka


yang menghadapi masalah pembelajaran iaitu kegagalan belajar yang tidak dapat
ditentukan, faktornya termasuklah persekitaran dan pengalaman hidup masing-
masing. Program Pendidikan Pemulihan mengutamakan perinsip "menyelesaikan
masalah seawal mungkin" supaya tidak menjadi kronik dan berterusan hingga ke
tahap 2 sekolah rendah dan ke peringkat sekolah menengah. Sekiranya mereka tidak
diberi pemulihan, mereka mungkin gagal memperoleh pendidikan yang perlu dan
potensi mereka akan terbenam. Mereka diberi keutamaan dan penumpuan yang
lebih untuk mencapai 0-0 dalam menangani masalah 3M.

"Pengajaran yang bercorak individu yang direka untuk memenuhi keperluan-


keperluan pendidikan yang berkaitan dengan murid-murid kurang upaya. PK
menyediakan peluang-peluang pembelajaran yang tidak dapat disediakan dalam
kurikulum yang baku atau biasa."

40
PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN

(Culcutta,R.A., Tompkins J.R.Fundamentals of Speacial Education, 1999)

Adalah menjadi tugas para pentadbir pada semua peringkat untuk memastikan
objektif program pendidikan pemulihan dapat dicapai. Setelah mengikuti program ini
dalam masa yang ditentukan murid boleh :

i. Menguasai kemahiran asas 3 M


ii. Meneruskan pembelajaran dikelas biasa

iii. Menambah sikap keyakinan diri dan sikap positif terhadap pembelajaran

iv. Memberi peluang mereka berinteraksi dengan masyarakat untuk


meluahkan perasaan mereka.

3.3 PIHAK YANG TERLIBAT

Peranan Pentadbir Dalam Program Pendidikan Pemulihan

Struktur organisasi Kementerian Pelajaran Malaysia adalah sangat besar, namun secara
ringkas terbahagi kepada lima peringkat iaitu;

i. Eksekutif
ii. Pengurusan
iii. Penyeliaan
iv. Teknikal
v. Pelaksana

41
PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN

Kelima-lima peringkat di atas boleh dikategorikan kepada empat bahagian/struktur


pentadbiran, iaitu: Peringkat Persekutuan, Peringkat Negeri, Peringkat Daerah dan
Peringkat Sekolah.

Rajah 1 berikut menunjukkan secara jelas Hierarki Struktur Organisasi Kementerian


Pelajaran Malaysia.

Kementerian Pelajaran terdiri daripada dua puluh bahagian. Dua belas


bahagian professional dan lapan bahagian pentadbiran. Tiap-tiap bahagian
professional diketuai oleh seorang pengarah sementara bahagian pendaftaran
Sekolah dan Guru di ketuai oleh Timbalan pendaftar Besar dan bahagian Nazir
diketuai oleh seorang ketua Nazir persekutuan. Tiap-tiap bahagian pentadbiran pula
diketuai oleh seorang setiausaha kecuali bahagian pentadbiran diketuai oleh seorang
ketua penolong setiausaha.

42
PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN

Telah dikenal pasti pihak yang bertanggung jawab dalam mengurus tadbir Program
Pendidikan Pemulihan pada setiap peringkat ialah:

i. Jabatan Pelajaran Khas Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)


ii. Jabatan Pendidikan Negeri
iii. Pejabat Pendidikan Daerah
iv. Pentadbir Sekolah

3.3.1 Bahagian Pendidikan Khas KPM

Bahagian Pendidikan Khas (BPK) adalah satu cabang dalam program pendidikan di
KPM. Bahagian ini diketuai oleh seorang Pengarah dan dibantu oleh tiga orang
Timbalan Pengarah serta seorang Ketua Penolong Pengarah. BPK membawa visi
iaitu pendidikan berkualiti menjana kecerlangan murid berkeperluan khas selaras
dengan sistem pendidikan kebangsaan. Misi BPK pula ialah untuk membangunkan
modal insan berkeperluan khas yang cemerlang berasaskan sistem pendidikan
yang berkualiti, memberi penekanan kepada perkembangan potensi diri, membina
keupayaan berdaya saing, memupuk pengamalan penerapan nilai murni dan
melebarkan perkongsian pintar dengan pelbagai pihak.

Peranan Jabatan Pendidikan Khas KPM

i. Memberi kelulusan untuk membuka kelas pendidikan khas


ii. Menjalankan latihan untuk guru pendidikan khas
iii. Menyediakan kewangan untuk pengurusan program pendidikan khas

Program-program Pendidikan Khas

i. Sekolah-sekolah khas untuk murid-murid


a. bermasalah penglihatan (buta langsung dan rabun)

43
PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN

b. bermasalah pendengaran (pekak teruk dan separa pekak)


c. bermasalah pembelajaran (autisme, down sindrom, -serebral palsi,
hiperaktif, disleksia,dan terencat akal ( 28 SKPK, 2SMPK ,& 2
SMPKV)
ii. Program Integrasi Pendidikan Khas (bermasalah penglihatan dan masalah
pendengaran atau bermasalah pembelajaran ( 1509 program di 1430 buah
sekolah)
iii. Program KIA 2 M penyelaras
iv. Program pemulihan khas (tahun 2 & 3)
v. Program Pendidikan Murid Orang Asli/ Penan dan Kelas Orang Asli Dewasa
( 93, tahun 2008 dan 103 tahun 2009) KEDAP (program one off) ; contoh
Paloh Inai,Phg
vi. Program Sekolah Model khas Komprehensif RMK 9 diingkatkan (Prasekolah
Tingkatan 3 (1+1 buah)
vii. Program Banduan Muda dan Juvana ( 6 sekolah integreti dan 2 sekolah Henry
Gurney)
viii. Program Transisi ke Kerjaya ( 6 buah rintis (2007), 16 buah peluasan (2008)
dan 2 buah program bagi setiap negeri (dalam perancangan 2009 )
ix. Program Rintis Pendidikan Khas pelbagai kecacatan, down sindrom dan
disleksia (multiple-disabilities and preventive developmental disorder)
x. Program Rintis Murid Pintar Cerdas dan Berbakat PCB
xi. Pusat Perkhidmatan Pendidikan khas (3PK) 14 buah
xii. Program Outreach Pendidikan Khas
xiii. Program NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca) khas untuk murid berkeperluan
khas

3.1 a. Jelaskan matlamat pendidikan pemulihan di Malaysia.


b. Senaraikan lima objektif pendidikan pemulihan.

44
PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN

Siapakah Pelanggan BPK


i. Pelanggan Dalaman
ii. semua warga BPK
iii. Pelanggan Luaran
a. semua bahagian di bawah KPM, semua JPN, PPD, PPDK, sekolah-
sekolah (Pkn. Khas, Program Pkn. Khas Integrasi dan Inklusif)
b. Antara Kementerian (Kem. Kesihatan Malaysia, Kem. Pembangunan
Wanita, Kem. Pengajian Tinggi, Kem. Sumber Manusia)
c. Antara Jabatan BPG/IPGM , Jab Hal Ehwal Orang Asli, Jab. Penjara,
Bank Simpanan Nasional

iv. NGO Badan Bukan Kerajaan


Semua NGO yang berkaitan dengan masalah penglihatan, pendengaran
dan masalah pembelajaran, contoh:
a. Persatuan Autisme
b. Down Sindrom
c. Disleksia
d. ADHD/ADD tumpuan perhatian singkat
e. Terencat Akal
v. Pihak swasta (TNB)
vi. Pihak ibu bapa
vii. Pelajar PK
viii. Pengetua, Guru Besar dan guru-guru
ix. Pembantu Pengurusan Murid (PPM), (akademik dan asrama)

3.2
Apakah sumbangan yang telah dilakukan oleh pihak swasta dalam
program pendidikan pemulihan di negara ini?

45
PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN

3.3.2 Jabatan Pelajaran Negeri

Peranan JPN dalam melaksanakan program Pendidikan Pemulihan ialah:


i. melantik guru pendidikan pemuihan
ii. memantau pelaksaan program
iii. memastikan pihak sekolah menghantar data pada masa yang
ditetapkan dan dikemukakan kepada JPK

3.3.3 Pejabat Pelajaran Daerah

Peranan PPD dalam melaksanakan program Pendidikan Pemulihan ialah:


i. Mengedarkan surat siaran tentang program pemulihan di sekolah2
(SK,SJKC, dan SJKT)
ii. memantau pelaksanaan program pemulihan
iii. memastikan semua guru besar memahami prosedur pelaksanaan
program pendidikan pemulihan
iv. mengedarkan soalan ujian pelepasan ke semua sekolah rendah
v. memastikan ujian dijalankan mengikut tarikh yang ditetapkan
vi. mengumpul dari piak sekolah dan menganalisa data ujian
vii. menghantar data ke JPN

3.3.4. Pentadbir / Pengurus Sekolah

Peranan Pentadbir sekolah dalam melaksanakan program Pendidikan


Pemulihan ialah:
i. memastikan menerima guru pemulihan khas yang terlatih
ii. memastikan program dijalankan memenuhi keperluan yang diperlukan
dan mengikut buku panduan pelaksanaan yang ditetapkan
iii. menerima soalan penapisan dari PPD
IV. memastikan ujian penapisan dijalankan mengikut masa yang ditetapkan
V. mewujudkan j/k pemulihan khas pkt sekolah

46
PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN

VI. memastikan j/k kurikulum sekolah merancang program kecemerlangan


untuk murid pemulihan
VII. menyediakan prasarana bilik darjah yang cukup
VIII. memasikan semua peralatan / bahan yang dibekalkan untuk kelas
pemulihan berada di kelas pemulihan
IX. menyalurkan kewangan

Pengurus sekolah perlu memastikan program pendidikan pemulihan


dilaksanakan mengikut panduan yang ditetapkan

47
PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN

Latihan

1. Bahagian Pendidikan Khas memainkan peranan besar dalam pelaksanaan


Program Pendidikan Pemulihan di sekolah rendah.

i. Dapatkan Carta Organisasi Bahagian Pendidikan Khas (BPK), Kementerian


Pelajaran Malaysia.

ii. Senaraikan peranan mereka dalam Pendidikan Pemulihan:

- BPK
- Jabatan Pelajaran Negeri (JPN)
- Pejabat Pelajaran Daerah (PPD)
Dapatkan maklumat berkaitan daripada Laman Web

48
PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN

3.5.5 Peranan Guru BM / KIA 2 M

i. menjalankan p&p merentas kurikulum bersama guru PJ, Muzik, dan


P.Seni.
ii. menjalankan ujian penapisan dan ujian pelepasan KIA2M
iii. menyemak kertas ujian
iv. menganalisis keputusan ujian
v. menghantar data ke PPD
vi. menyimpan set soalan sebagai akta rahsia rasmi kerajaan

Guru pemulihan perlu kreatif menyediakan bilik darjah yang kondusif


bagi menarik dan mengekalkan minat murid untuk belajar.

49
PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN

TUTORIAL

a) Beri pengertian Pendidikan Pemulihan dalam perkataan anda sendiri. Banding


dan bezakan Pendidikan Pemulihan dan Pendidikan Khas.

b) Bahaskan Pengalaman pendidikan pemulihan adalah penting untuk kanak-


kanak.

RUMUSAN

Dunia pendidikan sekarang lebih fokus kepada murid-murid yang istimewa ini. Tidak
kira mereka berada dalam kelas pemulihan khas atau pendidikan khas. Pelbagai
program, cara dan kaedah yang dijalankan untuk membantu murid-murid menguasai
kemahiran 3M. Peranan semua peringkat sangat penting bagi memastikan program
yang dirancang berjaya mencapai objektif yang ditetapkan.

"Special School means a school providing special education


treatment for pupils under a disability"

50
PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN

TAJUK 4 PERANAN DAN CIRI-CIRI GURU-GURU PEMULIHAN KHAS

4.0 SINOPSIS

Tajuk ini akan menghuraikan dan membincangkan mengenai bidang tugas guru
pendidikan pemulihan, peranan guru pendidikan pemulihan dan jadual waktu
guru pendidikan pemulihan.

4.1 HASIL PEMBELAJARAN


Setelah mengikuti unit ini, anda akan dapat :
1. Pihak yang berkepentingan bertanggungjawab terhadap pelajar dari aspek
keselamatan, bimbingan dan kebajikan dengan tidak mengira bangsa dan
agama.
2. Pihak yang berkepentingan mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang
erat dengan ibu bapa/penjaga dan masyarakat.
3. Berusaha berkomunikasi dengan berkesan untuk meyakinkan pelbagai pihak
supaya terlibat dalam membuat keputusan.
4. Mengamalkan berkomunikasi dengan pelbagai cara secara efekfif.
5. Mengamalkan muhasabah diri, menerima kelemahan diri dan sanggup berubah.
6. Mengenal pasti kewangan, tenaga manusia, bahan dan peralatan serta
pengurusan untuk melaksanakan sesuatu projek dengan berkesan.

7. Mengamalkan ajaran agama sebagai panduan hidup guru pendidikan


pemulihan.

8. Mengenal pasti peluang dan risiko untuk melaksanakan tanggungjawab baharu.


9. Mengamalkan kebolehan bekerja secara berpasukan.
10. Mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dalam kehidupan seharian.

51
PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN

4.2 BIDANG TUGAS GURU PENDIDIKAN PEMULIHAN

i. Merancang dan melaksanakan program pemulihan khas mengikut prosedur


yang telah ditetapkan.

ii. Menjalankan kerja-kerja pemulihan khusus untuk murid murid lemah yang
terpilih dari Tahun 2 hingga Tahun 6. Keutamaan hendaklah diberi kepada
murid-murid Tahun 1 hingga 3.

ii. Membantu guru-guru mata pelajaran dalam hal:

- Mengenalpasti murid-murid lemah yang memerlukan pengajaran pemulihan


sama ada di kelas biasa atau kelas khas.

- Merancang dan menyediakan aktiviti-aktiviti serta bahan-bahan pemulihan.

- Mengatur jadual waktu untuk pengajaran pemulihan khas.

iii. Mengajar sebagai guru pembimbing untuk membantu guru mata pelajaran
asas sekiranya keadaan memerlukan.

vi. Berjumpa dan berbincang dengan guru , ibubapa, doktor, pegawai kebajikan
dan pihak-pihak lain yang boleh membantu untuk mendapatkan maklumat
lanjut tentang tingkah laku, kesihatan dan keterangan lain mengenai latar
belakang murid.

v . Melaksanakan penilaian dan merekodkannya secara berterusan untuk


mengetahui prestasi murid-murid yang mengikuti kelas pemulihan. Isi-isi
rekod hendaklah mengandungi:

52
PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN

- Laporan prestasi murid.


- Latar belakang murid.
- Laporan kesihatan murid.
- Hasil-hasil temubual dan rujukan

vii. Menyediakan fail diri bagi setiap murid pemulihan.


Fail diri murid mengandungi:

- Borang Pencalonan.
- Borang Latar belakang Murid Pemulihan.
- Borang Pengumpulan Maklumat.
- Ujian Saringan dan Diagnostik
- Lembaran Kerja
- Hasil Penilaian yang telah dijalankan.
- Catatan-catatan lain yang berkaitan dengan murid.

iiix. Membentuk jawatankuasa Program Pemulihan Khas serta menjadi ahli


Jawatankuasa Kurikulum Sekolah.

iix. Mengadakan bengkel di peringkat sekolah atau daerah di mana keadaan


memerlukan.

xii. Tugas-tugas yang berkaitan dengan kebajkan murid-murid pemulihan di


sekolah.

Tugas-tugas lain:

- Membuat runding cara dengan ibu bapa / penjaga murid.

- Membuat penyediaan bahan - bahan pengajaran.

53
PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN

- Mengemaskinikan rekod rekod.

- Bimbingan dan Kaunseling kepada murid.

- Runding cara dengan guru kelas / mata pelajaran tentang perkembangan


murid kelas biasa.

- Runding cara dengan Guru Besar untuk meningkatkan mutu pencapaian


murid.

- Mengemaskinikan sudut sudut pameran pembelajaran.

- Sentiasa memikirkan bagaimana untuk mempertingkatkan mutu pengajaran


dan pembelajaran di kelas pemulihan.

- Pengurusan dokumen-dokumen penting:

Takwim, Jadual Waktu, Agihan Tugas


Surat-menyurat
Minit-minit Mesyuarat
Laporan aktiviti
Rekod Kewangan
Buku Stok

- Pengurusan Sumber:
Menetapkan keperluan program
Memperoleh dan agihan sumber kewangan
Memperoleh dan agihan sumber-sumber lain

54
PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN

4.3 JADUAL WAKTU GURU PENDIDIKAN PEMULIHAN

a) Jadual Waktu

i) Agihan Waktu Mengajar:

i) Agihan Waktu Mengajar Mata pelajaran Jumlah


Tahun Bahasa Melayu Matematik
2 8 kali x 30 minit=240 7 kali x 30 450 minit
minit=210
3 8 kali x 30 minit=240 7 kali x 30 450 minit
minit=210
Jumlah 480 minit 420 minit 900 minit

ii) Waktu Persediaan :

Waktu Panduan Dan Persediaan (4 x 30 minit =120 minit)


hendaklah dimasukkan dalam jadual waktu dan dinyatakan aktivitinya dalam
Buku Rekod Mengajar. Aktiviti-aktiviti yang boleh dilaksanakan dalam Waktu
Panduan dan Persediaan adalah seperti berikut :
a. Membuat rundingan dengan ibu bapa atau penjaga murid.
b. Membuat persediaan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran.
c. Mengemas kini rekod-rekod
d. Runding cara dengan guru kelas atau guru mata pelajaran tentang
perkembangan murid di kelas biasa.
f. Perbincangan dengan guru besar untuk meningkatkan pencapaian
murid.
g. Mengemas kini sudut-sudut pameran pembelajaran.

55
PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN

iii) Faktor penting dalam pengurusan jadual waktu:

a) Tentukan masa yang diperlukan mengikut keperluan kelas


berpandukan jadual waktu induk sekolah.
b) Selaraskan dengan mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Matematik.
c) Catatkan waktu panduan dan persediaan
d) Jadual waktu mestilah dipamerkan di Ruang Pengurusan dalam bilik
darjah.
e) Jika perlu, dapatkan kerjasama daripada Jawatankuasa Pembentukan
Jadual Waktu Sekolah.

4.4 PERANAN GURU PEMULIHAN

i. Sebagai Penilai ( An Assessment Role )

Menjalankan penilaian berterusan dan merekodkannya dengan rapi dan


tersusun.
Cara melaksana penilaian : Formal/Tak formal
Tujuan mengadakan penilaian mesti jelas
Bersikap jujur semasa menilai
Menilai semua dokumen awal KIA2M sebelum pengesahan penempatan
Ujian Pencapaian setiap 3 bulan mengesahkan tahap penguasaan
kemahiran
Menyedia dan menjalankan ujian saringan untuk mengenal pasti murid-murid
yang memerlukan pemulihan khas

56
PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN

ii. Preskriptif ( Presciptive Role )

- Merancang dan menyelia serta melaksanakan program individu bagi kanak-


kanak yang mempunyai masalah pembelajaran yang tertentu.

- Mengadakan bengkel atau demonstrasi pengajaran pemulihan di mana


keadaan memerlukan.

iii. Peranan Pengajaran (A Teaching Therapeutik)

- Mengajar dan membantu murid-murid yang lambat dan menghadapi masalah


kemahiran asas 3M.
- Mengajar bersama-sama dengan guru mata pelajaran sebagai team
teaching / guru pendamping sekiranya perlu.

iv. Peranan Khidmat Bantu ( A Supportive Role )

- Membantu guru-guru merancang dan penambahbaikkan aktiviti-aktiviti dan


bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran.
- Membimbing guru-guru melaksanakan teknik dan kaedah mengajar murid-
murid yang menghadapi masalah 3M.

v. Peranan Perhubungan ( A Liaison Role )

- Berbincang dengan ibu bapa atau penjaga murid untuk mendapatkan


maklumat murid.
- Memberi cadangan kepada ibu bapa untuk membantu pembelajaran anak-

57
PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN

anak mereka.

4.5 CIRI-CIRI GURU PENDIDIKAN PEMULIHAN YANG BAIK

- Sabar
- Bertanggungjawab
- Bersikap positif
- Rajin
- Pengurusan masa
- Ikhlas
- Passionate
- Kolaboratif

4.6 Hubungan Interpersonal

- Pengurusan sekolah
- Rakan sekerja
- Ibu bapa / waris
- Pelajar

58
PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN

Latihan:

a. Dengan bantuan pengurusan grafik, tunjukkan peranan-peranan


seorang guru pendidikan pemulihan khas.

b. Bincangkan secara kumpulan kecil bagaimana guru pemulihan


boleh menjalinkan hubungan interpersonal dengan:

- Pengurusan sekolah
- Rakan sekerja
- Ibu bapa / waris
- Pelajar

Layari laman web untuk mendapatkan maklumat tambahan

59
PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN

TAJUK 5 Penubuhan Kelas Pendidikan Pemulihan


5.0 SINOPSIS

Tajuk ini menjelaskan prosedur untuk menubuhkan sesebuah kelas pendidikan


pemulihan. Pihak pengurus sekolah harus sedar bahawa penubuhan kelas pemulihan
memerlukan persediaan yang rapi dan teliti. Selepas sesebuah kelas ditubuhkan ia
tidak boleh ditutup sewenannya dan jika Guru Pendidikan Pemulihan (GPP) bercuti
untuk tempoh yang panjang pihak sekolah harus memaklumkan kepada JPN untuk
mendapatkan guru ganti. Selepas murid menguasai semua kemahiran yang patut
dikuasai dia hendaklah dihantar ke kelas biasa.

5.1 HASIL PEMBELAJARAN:

Setelah mengikuti unit ini, anda akan dapat :


1. Mengintegrasikan kemahiran mengajar, dan kemahiran teknologi maklumat dan
komunikasi untuk melaksanakaan pengajaran yang berkesan dan bermakna (2.2)

2. Menganalisis persekitaran pembelajaran pemulihan dengan menggunakan teori


dan strategi yang sesuai (1.6)

3. Mematuhi amalan kerja berdasarkan prinsip etika kerja perkhidmatan awam dan
kod etika keguruan Malaysia (4.5)

4. Bekerjasama dengan rakan sejawat untuk meningkatkan profesion keguruan (5.5.)

5. Mengamalkan pengetahuan dan kemahiran yang dikuasai dalam menubuhkan


kelas pendidikan pemulihan (7.4)

60
PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN

5.2 KERANGKA TAJUK

5.3 PROSES PENEMPATAN MURID

Pengenalan

Dalam proses pendidikan, pendidikan pemulihan ialah, Suatu perkhidmatan


yang diadakan khusus untuk murid-murid yang menghadapi kesulitan pembelajaraan
khususnya dalam menguasai satu-satu kemahiran membaca, menulis dan mengira
sebagai kemahiran asas yang menjadi fokus KBSR / KSSR.

Bila ada sekumpulan murid yang telah dikenal pasti memerlukan program
pendidikan tindakan tertentu harus diambil untuk menubuhkan kelas pendidikan
pemulihan. Dalam pendidikan pemulihan khas, bilik / kelas merupakan satu daripada

61
PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN

keperluan asas yang utama yang perlu disediakan kerana mengikut konsep
pemulihan khas.

Murid-murid yang ketinggalan / lemah dalam pelajaran di kelas biasanya akan


dibawa keluar dari kelas dan dimasukkan ke bilik yang disediakan khas untuk
pengajaran dan pembelajaran pendidikan pemulihan. Dengan yang demikian dalam
menentukan bilik /kelas yang sesuai dan paling ideal, beberapa ciri atau keperluan
berikut perlu diambil kira.

Tujuan Penempatan Murid

i. Masa, tenaga dan alat-alat pengajaran dapat digunakan dengan sebaik-


baiknya untuk mencapai objektif pengajaran.

ii. Dapat menggunakan kemudahan yang terdapat dalam kelas dengan


berkesan.

iii. Dapat mengadakan suasana pembelajaran yang menggalakkan.

5.4 PROSEDUR PENUBUHAN KELAS PEMULIHAN

Disyorkan 3 alternatif seperti berikut :

i. Sekolah-sekolah yang mempunyai 2 kelas atau lebih bagi sesuatu darjah ,


murid-murid untuk kelas pemulihan bolehlah diambil dari kelas-kelas tersebut
sekiranya bilangan murid pemulihan dalam sesuatu kelas itu hanya 3 atau 4
orang sahaja.Walau bagaimanapun jumlah murid dalam satu sesi pemulihan
hendaklah tidak melebihi 15 orang.

ii. Sekolah-sekolah yang mempunyai satu kelas bagi satu darjah, murid-murid
untuk kelas pemulihan bolehlah diambil dari darjah-darjah lain tetapi
jumlahnya hendaklah tidak melebihi 15 orang.

iii. Sekiranya murid-murid yang diambil untuk mengikuti kelas pemulihan


datangnya dari satu kelas sahaja, maka bilangannya hendaklah tidak
melebihi 6 orang. Pemilihan mana-mana satu alternatif hendaklah tertakluk
kepada perundingan di antara Guru Kelas Khas Pemulihan dengan guru
besar dan guru-guru asas.

Untuk menubuhkan sesebuah kelas pemulihan beberapa langkah perlu diikuti iaitu,

i) Perlantikan personel pemulihan

62
PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN

Personel ialah guru yang layak mengajar kelas pemulihan. Jawatan ini
memang diperuntukan di sekolah. Guru ini dilantik oleh Jabatan Pelajaran Negeri.

Perjawatan guru pemulihan:

Semua sekolah rendah diperuntukan satu jawatan Guru Pendidikan


Pemulihan (GPP) dan mereka tidak termasuk dalam perkiraan
peruntukan guru asas ( n x 1.5 ) seperti dalam kelayakan peruntukan
guru.
Guru yang dilantik sebagai GPP mestilah terdiri daripada guru yang
terlatih dan keutamaan diberikan kepada mereka yang mempunyai
opsyen Pemulihan Khas
Pelantikan secara rasmi GPP hendaklah dibuat oleh Jabatan
Pelajaran Negeri setelah mendapat pencalonan daripada guru besar
sekolah berkenaan.
Sebarang urusan pertukaran GPP mestilah mendapat persetujuan
Jabatan Pelajaran Negeri terlebih dahulu.
Sekiranya tiada guru seperti perkara di atas , maka guru besar perlu
melantik seorang guru yang menepati kriteria sebagai GPP.
GSTT, guru bermasalah kesihatan, guru kontrak, guru pool dilarang
sama sekali dilantik sebagai GPP
GPP berkhidmat sepenuh masa melaksanakan program pemulihan
khas sebagaimana yang ditetapkan dalam surat-surat Siaran KPM. Oleh
itu amalan melantik GPP sebagai guru ganti adalah tidak dibenarkan
sama sekali.
Guru Besar hendaklah memberi pertimbangan sewajarnya agar GPP
tidak dibebankan dengan tugas-tugas yang boleh menjejaskan
pengendalian kelas pemulihan khas.
Sekiranya berlaku kekosongan jawatan GPP (seperti melanjutkan
pelajaran / cuti bersalin dan menunaikan fardu haji) GPP perlu melantik
guru pemulihan terlatih
Penutupan kelas Pendidikan Pemulihan atau memberhentikan program
Pendidikan Pemulihan perlu mendapat kelulusan bertulis daripada
Pengarah Pelajaran Negeri

ii) Kenal pasti murid dan masalah mereka

Antara ciri murid dan masalah yang sering mereka alami adalah,

Kurang matang dalam hubungan dengan orang lain di rumah dan di


sekolah

63
PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN

Tidak dapat menyiapkan tugasan yang kompleks dan sangat lambat


bekerja
Hilang kawalan masa, tidak boleh memindahkan apa yang telah
dipelajari dalam situasi baru
Sukar menguasai kemahiran yang bersifat akademik seperti membaca
jadual waktu atau dalam menguasai peraturan mengeja
Tidak dapat merancang objektif jangka panjang lebih suka merancang
untuk keperluan semasa.
Bermasalah dalam pengurusan masa kerana bermasalah dalam
memberi tumpuan
Lemah daya ingatan, pengamatan, kemahiran asas dan pertuturan
Kurang yakin diri, kurang tekun, kurang pengalaman dalam banyak hal
Perbendaharan kata terbatas, tidak kreatif,
Kesukaran mengawal emosi, menerima konsep mendiskriminasi dan
memahami perkaitan
Kesihatan sering terganggu, selalu ponteng sekolah, dan kerap
bermasalah tingkah laku
Selalu bersikap egosentrik

iii) Merancang program pemulihan

64
PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN

Pencalonan

Siapa yang boleh mencalonkan murid?

Guru kelas - berdasarkan prestasi mata pelajaran asas dan keputusan ujian
Guru Besar - berdasarkan kad laporan kemajuan murid dan pemerhatian
Ibu bapa / penjaga berdasarkan pencapaian dalam mata pelajaran asas

Bila mencalonkan murid?

Tahun 1 - selepas penilaian yang pertama / enam lapan minggu


persekolahan atau permulaan sememester ke dua
Tahun 2 - selepas meninjau prestasi mata pelajaran tahun 1 atau awal
tahun persekolahan pada tahun 2
Tahun 3 - selepas meninjau prestasi mata pelajaran asas tahun-tahun
sebelumnya atau pada awal tahun persekolahan tahun 3

Pengumpulan Maklumat

Apakah maklumat-maklumat yang boleh dikumpulkan?

Latar belakang taraf pendidikan ibu bapa / penjaga.Sumber-sumber untuk


mendapatkan maklumat:

- Rekod-rekod sekolah - Peribadi, Prestasi dan Kesihatan.


- Perbincangan dengan Guru Besar.
- Perbincangan dengan Guru Kelas.
- Perbincangan dengan ibu bapa / penjaga.
- Borang Rujukan.
- Pemerhatian oleh Guru Pemulihan.

Ujian Saringan (US)

US ialah satu alat untuk meninjau secara am kelemahan dan kekuatan murid
dalam kemahiran mata pelajaran asas.
Instrumen US didasarkan kepada apa yang sudah dipelajari oleh murid dalam
kelas biasa.
Menguji murid yang dijangka memerlukan perkhidmatan pendidikan pemulihan.

Faktor yang menentukan bilangan murid :

65
PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN

Skor yang rendah dalam Ujian Saringan.


Jumlah yang dapat diselenggarakan oleh guru pemulihan.
Jenis masalah penguasaan murid.
Kemudahan ruang untuk kelas pemulihan.

Ujian Diagnostik (UD)

UD bertujuan untuk menunjukkan kelemahan dan kekuatan murid dalam mata


pelajaran asas dan pengamatan secara khusus.
UD terdiri daripada Ujian:
- Pengamatan
- Mata pelajaran asas (BM dan Matematik)
Analisa keputusan UD dikumpul, direkod dan diberi interprestasi dengan
cermat untuk menentukan masalah khusus dialami oleh murid.
Rancangan pengajaran dan pembelajaran dirancang berdasarkan interpretasi
analisa keputusan UD.

Pengajaran dan Pembelajaran

Dilaksanakan selepas UD dan perancangan secara khusus.


Perkara penting dalam proses pengajaran:

Sebelum mengajar Guru Khas Pemulihan perlu mengetahui 2 perkara penting:


- Apa yang diketahui oleh murid sebelum mengajar.
- Apa yang dipelajari oleh murid selepas mengajar.

Maklumat penting ketika merancang:


- Maklumat individu murid.
- Sebab-sebab memasuki program pemulihan.
- Diagnosis - ujian dan penilaian.
- Analisa kesalahan.
- Faktor-faktor sampingan.

Pengelolaan :
- Pengelolaan bahan pengajaran.
- Kaedah yang hendak digunakan.
- Kaedah berdasarkan kemampuan murid
(berpusatkan kepada murid).

66
PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN

iv) Penjadualan pendidikan pemulihan

Tahun Mata pelajaran Jumlah


Bahasa Melayu matmatik
1

2
8 X 30 minit = 240 minit 4 X 30 minit = 210 minit 450 minit

3
8X 30 minit = 240 minit 7 X 30 minit = 210 minit 450 minit

Jumlah 480 minit 420 minit 900 minit

Waktu Panduan Dan Persediaan (4 x 30 minit =120 minit) hendaklah


dimasukkan dalam jadual waktu dan dinyatakan aktivitinya dalam Buku Rekod
Mengajar.
Aktiviti-aktiviti yang boleh dilaksanakan dalam Waktu Panduan dan Persediaan
adalah seperti berikut :
- Membuat rundingan dengan ibu bapa atau penjaga murid.
- Membuat persediaan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran.
- Mengemas kini rekod-rekod
- Runding cara dengan guru kelas atau guru mata pelajaran tentang
perkembangan murid di kelas biasa.
- Perbincangan dengan guru besar untuk meningkatkan pencapaian murid.
- Mengemas kini sudut-sudut pameran pembelajaran.
- Faktor penting dalam pengurusan jadual waktu ialah

67
PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN

Tentukan masa yang diperlukan mengikut kelas berpandukan jadual


waktu induk sekolah
Selaraskan dengan jadual waktu kelas mata pelajaran Bahasa
Melayu dan Mamematik
Catatkan waktu panduan dan persediaan
Jadual waktu mesti dipamerkan di papan kenyataan dalam bilik
darjah
Jika perlu dapatkan kerjasama daripada jawatankuasa pembentukan
jadual waktu induk sekolah

v) Pelaksanaan program pemulihan

Pelaksanankan program pendidikan pemulihan mengikut prosedur dalam


carta alir.

vi) Penilaian program pemulihan

Adalah penting bagi guru membentuk instrument penilaian yang didasarkan


kepada mutu kerja dan tahap pencapaian kemahiran murid. Proses penilaian
dijalankan setelah guru menganalisis keputusan ujian pra dan ujian pos. Ujian
Diagnostik adalah contoh terbaik sebagai ujian pra dan pos kerana ia dapat melihat
kawasan kelemahan murid dan kemajuan murid selepas proses pengajaran.

vii) Tindakan susulan

Kembali ke kelas biasa dan kerja/ tindakan susulan

Murid-murid yang telah dikenalpasti mencapai tahap wajaran, perlu dihantar


segera balik ke kelas biasa.
Penghantaran murid ini dibuat secara rasmi dengan mengisi borang yang
perlu ditandatangani oleh guru besar atau penolong kanan.
Guru Pemulihan Khas perlu memantau murid tersebut dari semasa ke
semasa agar ia dapat terus mengekalkan prestasinya. Kerja-kerja ini
disebut KERJA SUSULAN. Semua pertemuan sama ada dengan guru
mata pelajaran atau murid yang dipantau perlu direkodkan sebagai rujukan.
Keberkesanan tindakan susulan dapat dicapai melalui beberapa pendekatan,
antaranya
- maklumat pencapaian murid diserahkan kepada guru kelas
- pemerhatian khusus dilakukan oleh guru kelas, guru BM, guru
matematik dan guru pemulihan
- kerjasama antara guru kelas, guru mata pelajaran BM dan
matematik serta guru pemulihan

68
PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN

a. Sediakan satu carta aliran Program Pendidikan Pemulihan


Khas dalam bentuk grafik.

b. Lukiskan satu pelan lantai sebuah kelas pemulihan khas


dengan mengambil kira ciri-ciri kelas pemulihan yang telah
anda pelajari.

c Layari laman web untuk mendapatkan maklumat tambahan.

69
PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN

Pengurusan Persekitaran Bilik Darjah untuk Murid Pemulihan

Kesesuaian dan kemudahan seperti juga kelas-kelas biasa yang lain perlu
diambil kira dari segi keselesaan ruang dengan bilangan murid, cahaya serta edaran
udara yang mencukupi, kerusi dan meja serta saiz dan susunan fizikalnya yang
selaras dengan ukuran dan bilangan murid-murid yang terlibat.

Penyusunan perabot, papan tulis, papan pameran dan tempat tempat


penyimpanan perlu diubah suai sebagai dorongan kearah pengajaran yang
menyeronokkan dan yang berkesan, sesuai dengan matlamat menuju ke
pengkhususan 3M di sekolah rendah Prinsip prinsip yang terjalin dan dipraktikkan
dalam penyusunan kelas seperti ini ialah suasana fizikalnya, sosial, emosi dan rasa
hati yang selesa dan gembira untuk murid-murid belajar secara dinamik kumpulan
akan menyokong pembelajaran atau tugasan yang diberikan : dan penyusunan
perabot yang membantu rutin pengurusan.

Pentadbiran Kelas / keceriaan kelas /keselesaan

Bagi mentadbirkan sesebuah kelas Pendidikan Pemulihan Khas, Guru Pendidikan


Pemulihan hendaklah menyediakan beberapa keperluan lain yang semestinya ada
dalam kelas pemulihan. iaitu:

i. Jadual waktu kelas / persendirian

ii. Carta alir Program Pendidikan Pemulihan Khas.

iii. Disediakan ruang ruang pembelajaran mengikut kesesuaian dan


keluasan bilik .Di antara ruang pembelajaran yang dicadangkan ialah
ruang disiplin dan kios pembelajaran

Pengelolaan sistem fail kelas pendidikan pemulihan

i. Fail Induk
Kandungan:

- Surat surat Perhubungan Luar / Dalaman


- Carta Organisasi Kurikulum & Panitia
- Jawatankuasa Panitia
- Pekeliling pekeliling Ikhtisas ( contoh : PP Ikh . Bil 4 /96 )

ii. Fail Sukatan Pelajaran


Kandungan:

70
PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN

- Sukatan Pelajaran Kelas Pemulihan Khas


- Huraian Sukatan Pelajaran Pemulihan Khas
- Rancangan Pelajaran Tahunan
- Senarai Bahan Bantu Mengajar & Kedudukannya

iii. Fail Mesyuarat


Kandungan:

- Surat surat panggilan mesyuarat peringkat sekolah


- Buku Minit mesyuarat panitia ( sekurang kurangnya 3 X setahun )

iv. Fail Analisis IPP2M


Mengandungi Analisis IPP2M

v. Fail Penyeliaan/ Pencerapan


Kandungan

- Penyeliaan /Pemantauan Guru Besar


- Penyeliaan / pemantauan Guru Penolong kanan

iv. Fail Penilaian Hasil Kerja Murid


Mengandungi Jadual peperiksaan/Ujian dan Instrumen Penilaian/soalan

v. Fail Aktiviti Kokurikulum


Kandungan

- Surat Mesyuarat
- Senarai Aktiviti Tahunan yang dirancang
- Laporan Aktiviti yang telah dijalankan

vi . Fail Bank Soalan


Mengandungi semua set ujian yang digunakan.

vii. Fail Maklumat Guru Pemulihan


Mengandungi Jadual guru Pemulihan dan maklumat guru Pemulihan

Pengurusan murid

Pengurusan murid kita lihat dari sudut pengurusan tingkah laku murid, kebajikan
mereka dan apakah keperluan khas murid.

Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran

71
PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN

Proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan mengikut carta alir bermula dari
ujuan saringan hingga penilaian.Bahan bantu mengajar disediakan berdasarkan tajuk
dan kemahiran. Penyemakan kerja murid mesti dibuat sebaik sahaja murid buat
aktiviti dan latihan.

Latihan

Berdasarkan bacaan dan rujukan tambahan anda, buat banding


beza antara pengurusan bilik darjah biasa dengan bilik darjah
pendidikan pemulihan

72
PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN

TAJUK 6 RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU

6.0 SINOPSIS

Unit ini membincangkan tentang Rancangan Pendidikan Individu (RPI) dari aspek
konsep, kepentingan, format penulisan, prosedur penyediaan, intervensi dan penilaian
untuk setiap murid.

6.1 HASIL PEMBELAJARAN

Setelah mengikuti unit ini, anda akan dapat :


4. Mengamalkan nilai-nilai murni melalui tingkah laku yang dapat dijadikan
sebagai contoh yang baik (3.3)
5. Pihak yang berkepentingan bertanggungjawab terhadap pelajar dari aspek
keselamatan, bimbingan dan kebajikan dengan tidak mengira bangsa dan
agama (4.3)
6. mengamalkan pengetahuan dan kemahiran yang dikuasai dalam kehidupan
seharian(7.4)

6.2 KERANGKA TAJUK

73
PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN

6.3 PENGENALAN

Penulisan RPI adalah komitmen pihak sekolah bagi menyediakan sumber-


sumber yang diperlukan khusus bagi memenuhi keperluan pembelajaran murid
dengan keperluan khas tertentu. Program ini dibentuk dalam beberapa siri mesyuarat
dalam bentuk rancangan setiap murid. Dengan adanya RPI, pencapaian murid dapat
dilihat dengan jelas dan dapat bertindak sebagai penilaian bagi murid itu dalam
mencapai matlamat dan objektif sesuatu program. RPI juga adalah satu titik
pertemuan bagi menyelesaikan isu yang mungkin timbul dengan wujudnya
kesepakatan antara pelbagai pihak.

6.3.1 DEFINISI DAN KONSEP


Menurut Hallahan dan Kauffman ( 1977 ), RPI adalah satu perjanjian bertulis
antara ibu bapa dan pihak sekolah tentang keperluan-keperluan murid dan cara
bagaimana keperluan-keperluan itu dapat dipenuhi. Dari segi pelaksanaan, RPI
adalah kontrak tentang perkhidmatan-perkhidmatan yang perlu disediakan untuk
murid itu. Manakala menurut Bender W.N ( 1995 ) pula, RPI adalah satu program
pengajaran berasaskan penilaian pelbagai disiplin dan direka bagi memenuhi
keperluan-keperluan individu murid kurang upaya.

Jabatan Pendidikan Khas (2000), merumuskan Rancangan Pendidikan Individu


adalah satu dokumen bertulis. Ia dirancang khusus untuk seseorang murid. Ia juga
dibentuk bertujuan mendokumentasi kan segala pengubahsuaian dan penerapan ke
atas program pembelajaran serta perkhidmatan yang disediakan.
(Jabatan Pendidikan Khas , 2000)

6.3.2 KEPENTINGAN RPI

Kepentingan penulisan RPI bersandarkan kepada Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.


7/2004 bertarikh 27 Sept. 2004, yang mengandungi perkara berikut:

74
PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN

i. Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran SR dan


SM
ii. Akta Pendidikan 1996 Bab Pendidikan Khas Seksyen 41, Subseksyen (1)(b)
iii. Peraturan-Peraturan Pendidikan (P.Khas) 1997 berkuatkuasa 1 Jan 98
dalam melaksanaan kurikulum RPI hendaklah disediakan

RPI membolehkan murid mengikut program pendidikan yang dirancangkan


sama ada yang telah diadaptasi atau dimodifikasi dengan lebih berkesan. Dalam
konteks ini, RPI bertujuan untuk menyimpan rekod dalam aspek-aspek berikut :-
i. jenis modifikasi dan adaptasi yang dibuat ke atas kurikulum asal

ii. perkara yang perlu dipelajari oleh murid

iii. jenis strategi dan teknik pengajaran yang perlu digunakan

iv. penilaian pencapaian kemahiran

Kebaikan proses RPI dapat memberi kebaikan kepada:-


i. Murid
i.i setiap perancangan pendidikan digubal bertujuan membantu
murid dalam proses pembelajaran.
i.ii memberi peluang untuk terlibat dalm program pembelajaran
yang dirangka
c) menjadikan matlamat dan objektif lebih jelas
ii. Guru
ii.i menerangkan peranan dan tugas mereka dengan jelas
ii.ii memberi peluang untuk mendapatkan maklumat tentang murid
ii.iii menyediakan forum untuk mendapatkan pandangan, bantuan ii.iv
resos, sokongan dan perkhidmatan daripada pihak yang

75
PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN

berkenaan.
ii.v menyediakan dokumentasi bagi tujuan kesinambungan amalan
dalam segala aspek perkhidmatan yang disediakan dan resos
yang diperlukan.
ii.vi menyediakan bantuan dalam menyelesikan masalah
ii.vii mendapatkan maklumat yang tepat daripada mereka yang
berhubung dengan murid.

Mengapa perlu RPI?

Bagi memenuhi keperluan pembelajaran murid-murid berkeperluan khas


secara individu

Menjelaskan peranan ibu bapa murid-murid berkeperluan khas dalam usaha


untuk meningkatkan prestasi pencapaian anak mereka.

Sebagai sokongan kepada guru-guru untuk mendapat maklumat yang


diperlukan bagi meningkatkan keberkesanan & impak aktiviti P&P.

Memastikan semua guru yang berinteraksi dengan murid-murid berusaha


mencapai sasaran dalam RPI.

Mewujudkan kesinambungan pendidikan dari kelas ke rumah.

Sebagai satu usaha untuk menyediakan murid-murid dengan kemahiran-


kemahiran yang diperlukan untuk mengembangkan bakat murid-murid sesuai
dengan bakat semula jadi & jenis kecacatan .

Sebagai satu program intervensi bagi meningkatkan pencapaian murid-murid


dalam pendidikan.

Latihan
Dengan merujuk kepada buku rujukan, jelaskan apa itu RPI.

76
PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN

6.4 PENULISAN RPI

Setiap dokumen RPI harus mengandungi perkara-perkara berikut :

1. Jawatankuasa
Guru besar
Guru khas
Ibu bapa
Para profesional dll.

2. Matlamat
Jangka panjang
Jangka pendek

3. Pencapaian Murid
Jangka masa untuk mencapai objektif
Pilih bidang-bidang yang penting sahaja
Tumpu kepada satu atau dua perkara pada satu-satu masa.

4. Objektif
Objektif merupakan pencapaian sasaran dalam jangka masa yang ditetapkan
Objektif perlu dinyatakan dengan terperinci dan tepat
Objektif-objektif hendaklah disenaraikan menurut keutamaan.

5. Prosedur dan Kriteria Penilaian


Kriteria Penilaian boleh juga dijadikan sebagai sebahagian daripada objektif

6. Strategi Pengajaran
Bahagian ini menentukan murid dapat mencapai objektif pengajaran
Perlu ditulis oleh AJK yang terlibat dengan penggubalan RPI.

77
PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN

7. Resos
Guru perlu memastikan resos ini tersedia pada waktunya. RPI juga perlu menyatakan
dengan jelas objektif yang akan dicapai dan resos yang akan digunakan, seterusnya
bagaimana resos itu dapat digunakan untuk mencapai objektif berkenaan.

8. Orang yang Bertanggungjawab


Menyatakan individu yang bertanggungjawab untuk memastikan murid mencapai
objektif pembelajaran.

9. Inklusif
Harus dijelaskan jangka masa dan sebab-sebab mengapa murid-murid berkenaan
diinklusif ke kelas biasa

10. Catatan
Digunakan untuk ulasan penulis atau pihak-pihak yang berkaitan
Digunakan sebagai rekod
Digunakan untuk mencatat penggunaan resos
Ditulis selepas penilaian dijalankan

78
PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN

6.4.1 FORMAT PENULISAN RPI

Contoh PRI

CIRI-CIRI RPI

79
PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN

Rancangan Pendidikan Individu yang dibentuk perlu mengandungi ciri-ciri


berikut :

i. Komprehensif
RPI merangkumi aspek ketidakupayaan murid, termasuk aspek komunikasi,
tingkah laku, sosial, pengurusan diri, akademik, kemahiran motor kasar dan
koordinasi motor-tangan, kemahiran vokasional dan transisi, perkhidmatan yang
berkaitan penempatan yang diperlukan sama ada di program biasa, vokasional
ataupun pendidikan khas.

ii. Spesifik
Matlamat dan objektif bagi RPI dinyatakan dalam bentuk tingkah laku yang
dapat diperhatikan dan diukur.

iii. Mengikut urutan


RPI dibentuk berdasarkan urutan perkembangan dan fungsi kemahiran.

iv. Realistik dan sesuai


Matlamat dan objektif yang dinyatakn dalam RPI perlu sesuai dengan tahap
fungsi dan kadar perkembagan sedia ada setiap murid.

v. Difahami
RPI direkodkan dengan menggunakan bahasa yang difahami oleh para
profesional dan juga ibubapa dan dapat menjejaskan apa yang perlu diketahui.

vi. Dipersetujui
RPI adalah program yang dipersetuujui ibubapa, guru, murid dan professional
lain yang terlibat.

6.4.2 Prosedur Penyediaan Rpi

80
PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN

Penyediaan RPI memberi peluang kepada semua pihak yang terlibat dengan
murid berkeperluan khas untuk sama-sama merancang program yang paling sesuai
untuk murid berkenaan.

a. Rujukan Pihak Yang Terlibat


Pada peringkat ini hubungan komunikasi yang baik perlu diwujudkan :
antara guru
antara ibu bapa dan sekolah
antara sekolah dan agensi luar yang berkaitan
b. Pengumpulan Data
Mengumpul segala maklumat berkaitan dengan kekuatan, kelemahan dan keperluan
murid yang boleh membantu proses pengajaran dan pembelajaran.
Maklumat dikumpul melalui :
borang biodata murid
sejarah hidup termasuk aspek kesihatan dan perkembangan
borang kaji selidik akademik
ujian diagnostik
pemerhatian ke atas murid

Perkara yang perlu diberi perhatian dalam proses pengumpulan maklumat ini ialah :
cara mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan murid
individu yang akan mengumpul maklumat berkenaan
jenis bantuan yang diperlukan dalam proses mengumpul maklumat
sejauhmana penglibatan murid
sejauhmana penglibatan ibu bapa
sejauhmana penglibatan khidmat sokongan

Maklumat yang terkumpul hendaklah dianalisis, dirumus dan dicatat dalam borang
rumusan data awal sebagai panduan semasa sesi mesyuarat ahli jawatankuasa RPI.

81
PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN

c. Mesyuarat
Mesyuarat RPI mempunyai dua fungsi utama, iaitu :

d. Aspek Tugasan
berkongsi maklumat
menyediakan matlamat dan objektif
menyenaraikan strategi pengajaran
membahagikan tugas kepada individu yang terlibat dalam pengajaran
menyediakan kriteria penilaian
menetapkan tarikh penilaian / semakan semula
e. Tanggungjawab
Pastikan setiap orang berpeluang untuk mengeluarkan pendapat
menerima pendapat dan persepsi daripada orang lain
menghormati setiap orang tanpa mengira pangkat dan jawatan

Dalam peringkat ini, perkara-perkara berikut perlu dilakukan :


Wujudkan jawatankuasa
Mengedar maklumat yang diperolehi kepada semua ahli yang terlibat
Mengadakan mesyuarat yang dipengerusikan oleh Guru Besar atau salah seorang
dari Guru Penolong Kanan di sekolah.

f. Penyediaan RPI
Bahagian penting dalam proses pembinaan RPI ialah pendokumentasian. Perlu
diingat bahawa dalam pendokumentasian RPI, tidak ada format khusus yang harus
diikut.

Penulisan RPI perlu mempunyai komponen-komponen berikut :


Objektif yang khusus untuk murid
Strategi pengajaran yang terperinci
Profesional atau individu yang akan bertanggungjawab terhadap tugas berkenaan.
Resos yang diperlukan untuk mencapai objektif.

82
PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN

Prosedur penilaian yang terperinci.

f. Intervensi
Dalam peringkat ini, segala resos dan kemudahan bantuan perlu disedia, diselaras
dan dipantau untuk membantu pencapaian pengajaran guru.
Perkara-perkara yang perlu diberi perhatian ialah :
penyelarasan penggunaannya.
mengenalpasti individu yang bertanggungjawab tentang pelaksanaan
penyelarasan program
bantuan dan sokongan kepada guru.
pemantauan dan penilaian program.

g. Penilaian
Pada peringkat ini, mesyuarat penilaian perlu dibuat. Maklumat tentang pencapaian
dan perkembangan murid dikumpul dan diedarkan kepada ahli. Maklumat yang tepat
tentang pencapaian dan perkembangan murid perlu dibentang oleh guru. Segala
maklumat ini perlu dibincang bersama oleh ahli jawatankuasa bagi tujuan
pemantauan. Jika perlu, strategi yang lain boleh dirangka untuk mencapai objektif
yang dirancang. Sekiranya objektif dan matlamat telah dicapai, program perancangan
yang seterusnya perlu dirangka sesuai dengan matlamat berikutnya.

CARTA ALIR PENYEDIAAN RPI

OBJEKTIF OBJEKTIF /
KEMAHIRAN STRATEGI
BERIKUTNY BARU
A 83
PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN

GAGAL OBJEKTIF
TERCAPAI

ELEMEN RPI
Elemen-elemen penting yang perlu diterapkan dalam penulisan RPI adalah seperti
berikut :

i. Kerjasama
Berkerja dalam kumpulan merupakan elemen penting dalam RPI. RPI dirangka oleh
sekumpulan individu yang terlibat secara langsung dengan pendidikan dan kebajikan
murid berkenaan. Oleh itu, ibu bapa dan guru merupakan orang yang sangat penting
dalam proses ini.

ii. Berkongsi Maklumat


Perancangan RPI mesti berdasarkan kepada maklumat yang dikumpul daripada
individu yang mempunyai hubungan rapat dengan murid. Maklumat ini mesti dikongsi
bersama dan menjadi asas kepada keputusan untuk membina perancangan
pendidikan yang akan dibuat. Maklumat ini mesti dikongsi bersama dan menjadi asas
kepada keputusan untuk membina perancangan pendidikan yang akan dibuat.

iii. Keputusan Bersama


Ibu bapa dan golongan profesional bekerjasama untuk menyediakan RPI. Mereka

84
PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN

perlu membuat keputusan bersama untuk menentukan apa yang diperlukan oleh
murid berkenaan dan bagaimana RPI dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

iv. Kebolehpercayaan
Objektif pengajaran dan prosedur penilaian perlu diterangkan dalam RPI. RPI juga
perlu dibuat semakan pemantauan dan penilaian dari semasa ke semasa.

v. Dokumentasi
RPI perlu didokumentasi bagi tujuan rujukan dan panduan semua pihak.

vi. Proses dan hasil


RPI merupakan proses yang meliputi aktiviti bagi memastikan program pengajaran
dan pembelajaran yang sesuai dan berkesan untuk murid berkenaan.

Pembentukan RPI
RPI perlu dibentuk bagi setiap murid dengan keperluan khas dalam tempoh 30 hari
ataupun satu bulan dari tarikh murid itu ditentukan ketidakupayaannya. Pembentukan
RPI perlu dilakukan sebelum penempatan sebenar dilakukan, dan sebelum murid itu
menerima sebarang perkhidmatan ataupun diberi pendidikan khas. Semua RPI perlu
disemak dan dikaji sekurang-kurangnya setahun sekali oleh jawatankuasa RPI tetapi
ibubapa dan guru dapat memohon supaya semakan dilakukan dengan lebih kerap.

Jawatankuasa Pembentukan RPI


Jawatankuasa Rancangan Pendidikan Individu perlu sekurang-kurangnya terdiri
daripada:

i. Pentadbir sekolah
Wakil pihak sekolah selain daripada guru murid itu, yang berkelayakan bagi
menyediakan perkhidmatan yang diperlukan berdasarkan keperluan pembelajaran
murid,juga berkelayakan memantau pelaksanaan program.

85
PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN

ii. Guru
Pada peringkat permulaan, kemungkinan guru itu bukan guru bagi murid terlibat
kerana murid itu belum mempunyai gurunya sendiri. Oleh itu, guru yang sesuai adalah
guru yang berkelayakan mengikut tahap umur murid.

iii. Ibubapa ataupun penjaga murid


Ibu bapa ataupun penjaga perlu diberi peluang melibatkan diri dalam pembentukan
dan perkembangan RPI anak mereka. Sekiranya kerjasama ibubapa sukar diperoleh,
jawatankuasa yang lain perlu terus membentuk RPI yang sesuai.

iv. Murid dengan keperluan khas

Murid dengan keperluan khas itu sendiri sepatutnya melibatkan diri dalam membentuk
RPI terutamanya di peringkat sekolah menengah yang melibatkan proses transisi. Ini
kerana fungsi RPI adalah untuk memenuhi keperluan unik murid itu sendiri.
Walaubagaimanapun, sekiranya murid itu dianggap kurang sesuai untuk bersama-
sama dalam pembentukan ini disebabkan ketidakupayaan yang dialaminya,
jawatankuasa yang lain perlu terus membentuk RPI yang sesuai dengan murid itu.
Pada peringkat permulaan pembentukan RPI juga, jawatankuasa perlu melibatkan
pihak yang terlibat dalam aspek penilaian ataupun orang yang mempunyai
pengetahuan dalam prosedur penlaian yang dijalankan terhadap murid dengan
keperluan khas.

Program transisi turut perlu dimasukkan dalam RPI bagi murid yang berumur 14 tahun
ke atas, ataupun lebih muda sekiranya sesuai. Sehubungan itu, murid itu dan juga
agensi yang berkaitan dengan perkhidmatan bagi orang dewasa perlu dilibatkan.
Peluang perlu diberi kepada murid bagi membolehkan memilih rancangan transisi dan
perkhidmatan yang diperlukan. Dalam semua perjumpaan, pihak sekolah perlu
memastikan ibu bapa memahami apa yang dirancang bagi anak mereka.

86
PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN

Ahli Jawatankuasa lain yang sewajarnya turut dilibatkan dalam perjumpaan bagi
membentuk Rancangan Pendidikan Individu adalah:-
i. Ahli Fisioterapi

ii. Ahli terapi cara kerja

iii. Patologi Pertuturan Bahasa

iv. Kaunselor

v. Agensi Pemulihan

vi. Guru Kelas Biasa

vii. Guru Vokasional

6.4.3 Intervensi RPI


Bagaimana RPI dilaksanakan?
Dihasilkan serta dikaji semula oleh satu Jawatan Kuasa.

Di Malaysia JKuasa:
Guru Besar/Penolong Kanan
Guru Mata Pelajaran
GPK PK/Penyelaras
Ibu Bapa Murid
Lain-lain pihak yang berkepentingan terhadap pembelajaran murid-murid.

Khidmat sokongan
fisioterapi
terapi cara kerja
Patologi pertuturan
kaunselor
agensi pemulihan
perubatan
kebajikan

87
PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN

guru
lain-lain yang berkaitan
contoh:
Dokumen RPI

6.4.4 Penilaian RPI


Mesyuarat penilaian perlu dibuat

1. Maklumat tentang pencapaian dan perkembang an murid dikumpul dan


diedar kepada ahli.
2. Maklumat yang tepat tentang pencapaian murid perlu dibentang oleh guru.
3. Jika perlu strategi lain perlu dirangka untuk mencapai objektif.
4. Jika matlamat dan objektif telah dicapai, program seterusnya dirangka sesuai
dengan matlamat berikutnya.

PENUTUP
Kesimpulannya, Rancangan Pendidikan Individu menumpukan kepada perancangan,
penyediaan dan pelaksanaan RPI. Guru-guru akan mengetahui kepentingan RPI
dalam pengajaran dan pembelajaran murid-murid bekeperluan khas serta menyedari
bahawa setiap murid adalah istimewa, mempunyai keupayaan dan pencapaian yany
berbeza.

88
PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN

TAJUK 7 Khidmat Sokongan

7.0 SINOPSIS
Pendidikan pemulihan memerlukan bantuan dan sokongan dari pelbagai pihak
bagi menjayakan keberkesanan program. Khidmat sokongan meliputi sokongan
dalam sekolah dan sokongan dari luar sekolah. Sokongan ini berbentuk akademik dan
bukan akademik.

7.1 HASIL PEMBELAJARAN

Setelah mengikuti unit ini, anda akan dapat :


1. Menganalisis persekitaran pembelajaran yang dapat membantu melaksanakan
kelicinan pengajaran pembelajaran pendidikan pemulihan (1.6)
2. Merancang pengalaman pembelajaran dengan mengambil kira faktor tertentu
seperti fizikal, sosial dan budaya untuk individu dan kumpulan (2.1)
3. Mengurus masa, emosi dan tekanan secara berkesan (3.1)
4. Meningkatkan profesionalisme kendiri secara berterusan (4.1)
5. Mensistesis maklumat daripada pelbagai sumber untuk memperoleh
pemahaman yang koheren tentang teori dan amalan (6.1)
6. Berkomunikasi dengan berkesan untuk meyakinkan pelbagai pihak dalam
member khidmat sokongan (8.3)

89
PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN

7.2 KERANGKA TAJUK

Khidmat
sokongan

Kumpulan khidmat Peranan kumpulan


Konsep sokongan khidmat sokongan

7.3 DEFINISI DAN KONSEP KHIDMAT SOKONGAN

Perkembangan khidmat sokongan bermula sekitar tahun 1970-an apabila ahli-


ahli psikologi percaya bahawa konsultasi perlu dipermudahkan. Menjelang tahun
1980-an khidmat sokongan mula mendapat perhatian dalam pendidikan khas (Cook &
Friend,1991a) Beliau juga telah mendefinisikan khidmat sokongan sebagai satu gaya
perhubungan secara langsung sekurang-kurangnya antara dua kumpulan yang
bersetuju dalam membuat keputusan untuk mencapai matlamat yang sama.

Menurut Sher dan Baur (1991), khidmat sokongan sepenuhnya merangkumi


interaksi setiap anggota di sekolah yang melibatkan antara guru dengan ibu bapa
murid-murid khas,guru,ibu bapa dan murid-murid lain dalam kelas biasa. Kefahaman
tentang murid-murid khas bukan hanya dapat membantu pihak sekolah membantu
mereka tetapi juga menghargai kewujudan mereka sebagai sebahagian daripada
anggota sekolah.

Khidmat sokongan dalam pendidikan khas telah diperluaskan dalam kalangan


guru-guru khas,guru-guru biasa,ibu bapa,murid dan agensi khidmta masyarakat.
Penglibatan keluarga menjadi agenda yang penting dalam tahun 1990an.

8.3.2 Kepentingan Khidmat Sokongan dalam Pendidikan Khas

a. Individu

90
PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN

Individu daripada kumpulan pelbagai disiplin adalah satu unit yang berfungsi
dalam penaksiran murid-nurid khas yang mempunyai kemahiran atau kepakaran
dalam bidang-bidang tertentu. Kumpulan ini akan bergabung tenaga dalam
menyediakan perkhidmatan kepada murid-murid berkeperluan khas (Reynolds &
Elaine 1990) Menurut Terry Overton (1992),kumpulan pelbagai disiplin adalah satu
kumpulan yang berfungsi untuk mengenalpasti masalah murid bagi memastikan
keberkesanan program pendidikan tersebut. Justeru itu, mereka bertanggungjawab
dalam memastikan murid-murid ini mendapat penempatan yang adil dan sesuai
mengikut tahap kecacatan, keperluan, minat,emosi dan latar belakang mereka. Murid
khas ini dalam hal-hal berkaitan penempatan,saringan,rawatan,latihan dan
sebagainya. Peranan profesional seperti doktor turut mempengaruhi perkembangan
pendidikan dan juga sosial murid-murid khas. Penaksiran klinikal yang dijalankan dari
masa ke semasa serta khidmat nasihat daripada profesional dapat membantu
perkembangan fizikal murid-murid khas seterusnya.

Pelbagai masalah yang dihadapi oleh murid khas dapat dikurangkan sekiranya
wujud kerjasama daripada pelbagai pihak. Khidmat sokongan ini dapat membantu ibu
bapa dan guru-guru khas dalam mewujudkan suasana pengajarn dan pembelajaran
yang penuh bermakna, sesuai dan menyeronokkan. Kajian yang dijalankan oleh
Knoblock (1987) pula mendapati bahawa khidmat sokongan yang patut ada di
sesebuah sekolah bukan hanya dari segi fizikal sahaja tetapi juga khidmat sokongan
yang berbentuk pengajaran. Menurut Strikland & Tumbull (1990). Perkhidmatan
sokongan yang disumbangkan dapat diperolehi daripada penubuhan pasukan
pelbagai disiplin (multi-disciplinary team) yang terdiri daripada kumpulan profesional
dan pasukan sokongan seperti berikut :

i. Audiologi
ii. Intervensi awal
iii. Jurupulih cara kerja
iv. Perubatan
v. Jurupulih fizikal
vi. Jurupulih pertuturan
vii. Psikologi
viii. Kaunselor
ix. Persatuan ibu bapa
x. Rakan sebaya
xi. Pertubuhan bukan kerajaan
xii. Komuniti

91
PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN

xiii. Jabatan Kebajikan Masyarakat


xiv. Sukarelawan

b. Organisasi atau agensi yang menawarkan perkhidmatan

Agensi atau badan-badan yang menawarkan perkhidmatan kepada murid-


murid berkeperluan khas yang terdapat adalah terdiri dari badan Kerajaan,
Swasta dan Badan Berkanun.

a. Kementerian Pelajaran Malaysia


o Jabatan Pendidikan Khas

o Program Latihan Pendidikan Khas

o Sekolah Pendidikan Khas

o Sekolah Percantuman atau Integrasi

o Kelas Inklusif

o Sekolah Vokasional

ii. Kementerian Kesihatan


o Program-program imunisasi

o Institusi Kesihatan Umum

o Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga

iii. Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat


o Perkhidmatan pendaftaran orang berkeperluan khas

o Program pemulihan dalam komuniti

o Pemberian geran kepada pertubuhan sukarela

o Pemberian elaun,geran pelancaran, alat anggota palsu kepada


orang berkeperluan khas
o Sukan bagi orang berkeperluan khas

c. Badan-badan Bukan Kerajaan atau NGO


92
PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN

i. TASPUTRA
ii. NURY
iii. Cleft Lip and Palate Association of Malaysia (CLAMPAM)
iv. Pusat Down Syndrome (KIWANIS)
Iv Persatuan Orang Buta Malaysia (POBM)

v. Rumah Orang Cacat


vi. Malaysian Care
vii. Persatuan Kanak-Kanak Cacat Akal
viii. MFD
ix. Kiwanis
x. NASOM- Persatuan Austima Kebangsaan Malaysia
xi. WINGs
xii. Malaysia CARE
xiii. Salvation Army
xiv. Lions Club
xv. Rotary Club dan lain-lain lagi.

7.3.3 Peranan Badan-badan Bukan Kerajaan atau NGO


a. Persatuan Kebangsaan Austime Malaysia (NASOM)

NASOM berperanan mangesan dan menjalankan rawatan, pembelajaran dan


penerimaan kanak-kanak austime. NASOM juga memberi bantuan dan nasihat
kepada keluarga kanak-kanak austime serta memberi penerangan kepada ibu
bapa, para profesional dan orang ramai.

b. TASPUTRA PERKIM

TASPUTRA berperanan memberi asuhan-asuhan kepada kanak-kanak


berkeperluan khas dan kanak-kanak cacat anggota dan mental. Mereka diberi
latihan kekuatan mental dan fizikal.

93
PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN

c. NURY

NURY adalah satu pertubuhan yang memberi perkhidmatan kepada keluarga


yang mempunyai anak-anak bermasalah dan sebagainya. NURY memainkan
peranan dalam memberi kursus pembangunan keluarga dan anak-anak bagi
melahirkan anak-anak cemerlang. Ia juga turut mengadakan program UTERO
iaitu rangsangan janin dalam kandungan serta kursus pengasas untuk program
NURY.

d. Cleft Lip and Palate Association of Malaysia

CLAPAM menganjurkan program-program terapi pertuturan bagi murid-murid


sumbing bibir dan lelangit. Di samping itu, ia juga memberi khidmat sokongan
kepada ibu bapa yang memerlukan perkhidmatan ini.
e. Yayasan Sindrom Down Kiwanis

Pusat ini merupakan salah satu pusat pemulihan dalam komuniti bukan
kerajaan yang bertujuan membantu murid-murid down syndrome mendapat
pelajaran serta latihan kemahiran hidup sebelum mereka dihantar ke sekolah
khas kerajaan.

f. Persatuan Orang Buta Malaysia

POBM menjalankan aktiviti seperti mengesan murid-murid buta untuk didaftar


dan dirujuk, menjalankan program tindakan awal early intervention,
menjalankan program pra sekolah, memberi nasihat kepada ibu bapa dan
menjalankan program penglihatan terhad.

g. Rumah Orang Cacat Convent Bukit Nanas

Rumah ini ditubuhkan pada tahun 1977 oleh Persatuan Pekak Selangor bagi
membantu murid-murid cacat pendengaran. Murid-murid ini diajar mempelajari
Bahasa Melayu Kod Tangan.

h. Malaysian Care

Malaysia Care telah mewujudkan Pusat Taman Asuhan bagi murid-murid cacat
pendengaran di sekolah-sekolah khas. Mereka dibantu oleh guru-guru dari
Sekolah Wisma Harapan,Brickfields,Kuala Lumpur.

94
PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN

i. Persatuan Kanak-Kanak Cacat Akal Selangor dan Wilayah


Persekutuan

Pusat ini ditubuhkan bagi menyediakan pendidikan dan latihan kepada kanak-
kanak terencat akal. Program pusat ini adalah berdasarkan program
perkhidmatan sekolah khas yang berperanan melatih murid-murid menjadi
orang berdikari dan menyumbang kepada Negara dengan menerusi
rancangan pengajaran dan pembalajaran yang sistematik dan mempunyai
cirri-ciri tersendiri.

j Kumpulan Pelbagai Disiplin


1. Guru biasa dan guru khas

Guru biasa dan guru khas menjadi sumber rujukan kepada ibu bapa dan
pakar-pakar perubatan dalam menaksir kategori murid-murid
berkeperluan khas.

2. Ibu bapa

Ibu bapa merupakan pelapor yang baik dalam membantu pakar-pakar


perubatan menaksir kategori murid-murid berkeperluan khas.

3. Perkhidmatan Audiologi

Perkhidmatan audiologi ini boleh didapati di hospital-hospital kerajaan,


hospital swasta dan badan-badan NGO. Perkhidmatan ini hanya
tertumpu kepada ujian pendengaran melalui konduksi udara dan tulang
sahaja kepada murid-murid bermasalah pendengaran. Ujian ini adalah
untuk mengesan tahap pendengaran atau kerosakan pendengaran
setiap murid-murid perlu bagi membolehkan mereka dibekalkan dengan
alat bantuan pendengaran.

4. Perkhidmatan Terapi Pertuturan

Perkhidmatan audiologi ini boleh didapati di hospital-hospital kerajaan,


swasta dan badan-badan NGO. Terapis-terapis pertuturan amat penting
dalam mengendalikan program khas. Kakitangan-kakitangan
bertanggungjawab sepenuhnya terhadap perkembangan masalah
komunikasi dari segi pertuturan dan bahasa murid-muirid terbabit.
Terapis pertuturan akan menggunakan pelbagai pendekatan dan teknik

95
PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN

untuk membantu murid-murid gagap, sumbing dan murid-murid yang


mempunyai masalah alat artikulasi untuk bertutur.

5. Perkhidmatan Pediatrik

Perkhidmatan ini bertanggungjawab untuk menjalankan diagnostik dan


merawat panyakit murid-murid. Perkhidmatan ini juga bolah mengesan
punca masalah pembelajaran seperti genetik, kewarisan, prenatal dan
postnatal.

6. Perkhidmatan Neurologi

Pakar-pakar dalam neurologi pula bertanggungjawab dalam


menjalankan diagnostik dan mengubati penyakit yang berkaitan dengan
neurologikal seperti kecederaan otak. Mereka juga boleh mengawal
hiperaktif dan masalah menumpukan perhatian dengan memberi murid-
murid tersebut ubat ritalin bagi mengawal keaktifannya.

7. Perkhidmatan Oftomologi

Pakar-pakar dalam perkhidmatan ini bertanggungjawab dalam


mengesan masalah penglihatan murid-murid. Mereka akan membuat
pemeriksaan sejauhmana kerosakan yang dialami oleh murid-murid
tersebut.

8. Kakitangan Sosial dan Kerjaya

Peranan kakitangan sosial dan kerjaya penting dalam perkembangan


sosial. Kakitangan sosial adalah pemberi input kepada ahli kumpulan
pelbagai disiplin. Ini kerana mereka menjadi penghubung dengan
keluarga murid dan banyak mengetahui meklumat mengenai budaya
dan latar belakang keluarga tersebut. Dengan ini mereka boleh
membantu ibu bapa yang mempunyai anak-anak khas dalam mendidik
mereka. Mereka juga berhubung dengan jabatan kerajaan dan pihak
swasta dalam menguruskan segala urusan yang melibatkan hak murid-
murid khas tersebut. Manakala kaunselor kerjaya pula
bertanggungjawab dalam mambantu hala tuju murid-murid khas selepas
sekolah. Ini kerana mereka adalah seorang pemerhati pelajar dari segi
emosi, fizikal dan tingkah laku murid.

7.4 Kesimpulan
96
PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN

Ibu bapa boleh memberibanyak sumbangan untuk memperbaiki sistem


pendidikan kerana mereka adalah orang yang paling hampir dengan anak. Oleh yang
demikian mereka sepatutnya diberi peluang untuk memainkan peranan yang lebih
penting dalam pendidikan anak mereka. Gabungan dan kerjasama pelbagai pihak
dapat menyediakan pendidikan yang lebih bermakna dan berkesan.

Khidmat bimbingan dan sokongan untuk murid-murid berkeperluan khas perlu


diperluaskan supaya ibu bapa yang mempunyai anak-anak berkeperluan khas dan
masyarakat umumnya tahu cara memberi bimbingan dan sokongan ini boleh
mengatasi masalah emosi ibu bapa yang mempunyai anak-anak khas iaitu dengan
memberi nasihat dan panduan pendidikan keibubapaan untuk diri sendiri dan anak
mereka. Tujuan pendidikan ini adalah untuk menghindarkan emosi negatif dan
menggalakkan emosi positif ibu bapa.

Kerjasama dan kolaborasi antara ibu bapa, keluarga, masyarakat, pihak


kerajaan dan badan-badan NGO telah menjayakan program yang dianjurkan bagi
kanak-kanak berkeperluan khas. Kerjasama pihak kerajaan dan badan-badan NGO
ini diharapkan akan terus membantu meringankan bebanan ibu bapa dan keluarga
yang mempunyai anak-anak berkeperluan khas.

97
PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN

Latihan

1 Berikan tiga kepentingan Khidmat Sokongan dalam


pelaksanaan Pendidikan Pemulihan dan huraikan bagaiaman
kumpulan khidmat sokongan dapat membantu pelaksanaan
program pendidikan pemulihan di sekolah dengan jayanya.

Amali

TAJUK 1 PELAKSANAAN AKTIVITI PENGURUSAN TINGKAH


LAKU(6J)

Cadangan Aktiviti 1:

Berdasarkan video/pemerhatian dengan senaraikan jenis-jenis tingkah laku positif


dan negatif dalam bentuk pengurusan grafik dan peta minda.

TAJUK 2 PELAKSANAAN PENGURUSAN TINGKAH LAKU


MURID-MURID PENDIDIKAN PEMULIHAN (14j)

2.0 SINOPSIS

Unit ini membincangkan tentang program pemerhatian tingkah laku di kelas


Pendidikan Pemulihan, melaksanakan Rancangan Pengajaran Individu (RPI) tingkah
laku dan membuat pelaporan untuk setiap murid.

2.1 HASIL PEMBELAJARAN

98
PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN

Setelah mengikuti unit ini, anda akan dapat :


1. Mengamalkan nilai-nilai murni melalui tingkah laku yang dapat dijadikan
sebagai contoh yang baik (3.3)
2. Pihak yang berkepentingan bertanggungjawab terhadap pelajar dari aspek
keselamatan, bimbingan dan kebajikan dengan tidak mengira bangsa dan
agama (4.3)
3. mengamalkan pengetahuan dan kemahiran yang dikuasai dalam kehidupan
seharian(7.4)

2.2 AKTIVITI AMALI

Cadangan Aktiviti 1:

Membina alat-alat pemerhatian untuk menjalankan pemerhatian masalah


tingkah laku murid-murid pemulihan.

Cadangan Aktiviti 2:

Berdasarkan tingkahlaku positif dan negatif yang telah dikenalpasti pilih


satu teknik yang sesuai bagi meningkatkan tingkah laku positif dan
mengurangkan tingkah laku

99
PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN

Cadangan Aktiviti 3:

Buat lawatan sambil belajar ke sekolah berdekatan anda yang mempunyai


program pendidikan pemulihan. Secara kumpulan, pilih beberapa orang
murid pemulihan dan buat senarai semak adakah murid-murid berkenaan
ditempatkan di situ setelah melalui prosedur yang sewajarnya.

Rangkakan borang senarai semak prosedur penempatan murid pemulihan


yang standard.

Prosedur yang sepatutnya diikut ialah :


Langkah 1: Kenal pasti murid
Berdasarkan maklumat yang didapati guru boleh menilai dan mengenal pasti
seseorang murid itu sama ada memerlukan bantuan pendidikan individu atau tidak,
melalui pemerhatian yang dijalankan.

Langkah 2 : Mengumpul maklumat murid

Dapatkan maklumat murid tentang :

Maklumat diri murid


Latar belakang murid
Rekod/fail pembelajaran murid
maklumat psikososial pendidikan pencapaian akademik & tingkah laku
maklumat perubatan
maklumat persekitaran tempat tinggal, sejarah keluarga, tingkah laku
murid di rumah, temuduga keluarga, pegawai perubatan, terapi, dan
pegawai kebajikan yang pernah dijalankan

Langkah 3 : Analisis keputusan dan penentuan calon

Guru membuat hipotesis berdasarkan pemerhatian dan rekod maklumat murid.


Penilaian/anlisis perlu mengambil kira :

adakah hipotesis awal telah dibuat oleh pihak lain seperti guru atau pakar

membuat penilaian kelebihan dan kelemahan murid berkenaan

adakah maklumat yang ada terlalu lama atau baru sebelum membuat

100
PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN

sesuatu keputusan/taksiran

program yang telah disediakan oleh pihak sekolah atau guru kelas ada
kalanya tidak mendapat maklumat terperinci maka penerangan lanjut
diperlukan. Perancangan tidak boleh dibuat dengan maklumat yang tidak
lengkap.

jika maklumat lengkap telah diperolehi, guru boleh membuat satu


hipotesis mengenai kelebihan dan kelemahan murid untuk dijadikan
panduan merancang satu program pendidikan murid berkenaan

Langkah 4 : Menilai kelebihan dan kelemahan individu

Pada peringkat ini satu proses penilaian boleh dijalankan untuk menilai sejauh mana
ketepatan hipotesis awal yang telah dibina boleh diterima atau perlu disemak semula
atau diubah suai melalui maklumat yang diperolehi.

Langkah 5 : Hipotesis baru

Jika hipotesis awal kurang tepat, guru perlu membuat hipotesis baru dengan
menyatakan kekuatan dan kelemahan murid dalam sesuatu kemahiran 3 M
Langkah 6 : Penilaian kaedah dan bahan pengajaran

Setelah semua maklumat diperolehi, dinilai, dan hipotesis baru dibina; guru akan
merancang kaedah pengajaran dan membina bahan pengajaran yang sesuai untuk
P&P murid berkenaan.

Langkah 7 : Penyediaan RPI

Matlamat:
Memenuhi keperluan tertentu individu dirancang untuk membantu kanak-kanak
mencapai dan mengekalkan keupayaan yang hampir seimbang dengan rakan
sebaya normal. Penyediaan RPI melibatkan penjaga, murid, guru, dan orang yang
berkaitan dalam proses membantu kanak-kanak tersebut.

Langkah 8 : Pelaksanaan dan pengurusan program

Guru perlu mengambil kira pelbagai faktor yang mungkin timbul . Ada kala sewaktu
sesi percubaan kaedah yang digunakan berkesan tetapi sebaliknya apabila program
sebenar dilaksanakan.

Langkah 9: Penilaian program

101
PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN

Guru dan ahli jawatan kuasa pelbagai disiplin akan membincangkan sejauh mana
pencapaian murid berkenaan dalam akademik dan perubahan tingkah laku.

Layari laman web untuk mendapatkan maklumat tambahan


http://www.specialconnections.ku.edu/cgi-bin/cgiwrap/specconn/index.php

Cadangan Aktiviti 4:

Secara individu, pilih seorang murid pemulihan yang bermasalah


pembelajaran tertentu dan sediakan RPI yang lengkap untuk satu waktu
pembelajaran.

Gunakan format RPI yang standard seperti borang Lampiran A.

Cadangan Aktiviti 5:

Jalankan ujian pengesanan penguasaan membaca, mengeja dan menulis


terhadap seorang murid pemulihan. Gunakan borang analisis tugasan seperti
dalam Lampiran B untuk merekod maklumat.

Buat laporan dengan menggunakan Borang Lampiran C.


102
PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN

TAJUK 3 PELAKSANAAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN


KELAS PENDIDIKAN PEMULIHAN (10j)

Cadangan Aktiviti 1:

Sebagai bakal guru pendidikan pemulihan, secara berkumpulan empat (4)


orang,

1. Rancang dan lukiskan plan lantai bilik pendidikan pemulihan dari


aspek fizikal yang merangkumi maklumat saiz kelas, susunan
perabot, keceriaan dan tata atur bahan bantu mengajar

2. Huraikan peranan guru pemulihan dari aspek perkeranian yang


perlu
dilakukan iaitu bagaimana mengurus
o Sistem fail
o Pengumpulan dan penyimpanan maklumat / data
o Urusan kewangan

103
PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN

Lampiran A
RANCANGAN PENGAJARAN INDIVIDU(BERMASALAH PEMBELAJARAN)

Nama: Tarikh Lahir: Tarikh Mula: Tarikh Semakan:


Komponen: Umur:

Objektif Jangka Pendek Pendekatan Penilaian / Tarikh /


Tanggungjawab

104
PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN

Murid dapat:

Tandatangan Ibu Bapa/ Tarikh Bersidang awal Tandatangan Ibu Bapa/


Penjaga Penjaga
....................................

Tarikh Bersidang Akhir

.
(Nama: ) ( Nama: )

Tandatangan Guru Mata Pelajaran Tandatangan Guru Mata Pelajaran

( Nama: ) (Nama: )

105
PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN

Tandatangan Penyelaras Tandatangan Penyelaras

.. ...
( Nama: ) (Nama: )

Tandatangan AJK RPI -1 ( jika ada ) Tandatangan AJK RPI- 1 ( jika ada )

.. .....
( Nama: ) ( Nama: )

Tandatangan AJK RPI 2 ( jika ada ) Tandatangan AJK RPI 2 ( jika ada )

. .
( Nama: ) ( Nama: )

Lampiran B

Contoh Analisis Tugasan


Nama Murid : . Tahun :
.
Kemahiran: Mengenal huruf vokal

Tarikh Tarikh Tarikh


Bil
Aktiviti Mula Mula Mula Catatan
1 Memilih huruf vokal yang sama
2 Mewarnakan huruf vokal yang berbeza
3 Memilih huruf-huruf vokal
4 Mengecam bunyi huruf vokal
Mengenalpasti perbezaan bunyi
5 sebutan antara sesuatu huruf vokal
6
7
8
9

106
PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN

Disediakan oleh :
DBS : Dengan bantuan sepenuh
DBG : Dengan bimbingan guru
. TBG : Tanpa bantuan guru
( )

Lampiran C

RPI/PPKI(P)/4
SULIT

107
PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN

Laporan Penilaian Murid Bermasalah Pembelajaran

Nama Murid:.. Tarikh:..

Nama Guru :.......................................................................

1. Pencapaian ( Peningkatan dalam perkembangan,kemajuan dan pemerhatian )

.............................................................................................................................

..............................................................................................................................

.............................................................................................................................

2. Pendekatan yang berkesan

.............................................................................................................................

..............................................................................................................................

3. Aspek yang perlu dipertingkatkan

..............................................................................................................................

...............................................................................................................................

4. Rumusan / Cadangan

..............................................................................................................................

...............................................................................................................................

5. Tanda Tangan Penilai Akhir :.......................................................

108
PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN

109

Вам также может понравиться