Вы находитесь на странице: 1из 7

SM

K ABDUL RAHMAN TALIB


36000 TELUK INTAN,
PERAK DARUL RIDZUAN

PANITIA KEMAHIRAN HIDUP


2010

LATIH TUBI TERANCANG - LATIHAN MINIMA


LATIH TUBI BERFOKUS / SOALAN PERCUBAAN DARI NEGERI
LAIN
KEPONG KERJA KURSUS PMR
PROGRAM LATIHTUBI TERANCANG

1 Tajuk Program
LATIH TUBI TERANCANG (LATIHAN MINIMA)

2 Latar Belakang
Latih tubi terancang adalah satu program yang menyediakan latihan berperingkat-peringkat yang
amat sesuai untuk pelajar yang sederhana dan lemah. Soalan-soalan diperolehi dari buku kerja
yang dibekalkan oleh syarikat-syarikat buku secara percuma (naskah guru). Panitia telah
memutuskan untuk menggunakan program ini (sekurang-kurangnya 10 soalan setiap topik) bagi
membantu meningkatkan prestasi pencapaian subjek Kemahiran Hidup.
Walau bagaimanapun guru yang mengajar boleh menentukan tajuk-tajuk yang sesuai untuk
penggunaan latih tubi berkenaan dan mencetak bahagian atau tajuk yang diperlukan.

3 Matlamat
Meningkatkan prestasi pelajar berpencapaian lemah.
Meningkatkan kecemerlangan keputusan peperiksaan sekolah dan peperiksaan
awam PMR.
Memudahkan guru dan pelajar melakukan penambahbaikan dalam Pengajaran dan
Pembelajaran.

4 Objektif
Pelajar dapat menguasai pembelajaran bagi tajuk-tajuk yang rumit.
Membantu guru mengenalpasti kelemahan pelajar bagi tajuk-tajuk yang sukar.

5 Rasional
Dapat membantu proses P& P dan memudahkan guru dari aspek menyediakan
latihan-latihan.
Mengenalpasti bahagian-bahagian yang memerlukan guru memberi penekanan
dalam P & P.

6 Jawatankuasa Pelaksanaan
Penasihat : En. Mohd Hashim b. Ahmad
Pengerusi : Pn.Sarinah bt. Muhd. Safian
Pengurus : Pn. Arbaiyah bt Basiran
Setiausaha : Pn. Junazreena bt Abdullah
AJK : Pn. Yong Zuraidah bt Jamaluddin
Pn. Maznina bt Moheidin
En Khairul Anuar bin Mohd. Yusof

7 Kumpulan Sasaran
Pelajar kelas lemah Tingkatan 1, 2 dan Tingkatan 3
8 Strategi
Memberi maklumat kepada semua guru dan pelajar yang terlibat.
Memperbanyakkan bahan-bahan P & P yang secukupnya mengikut bilangan pelajar.
Menggunakan soalan-soalan selepas setiap bab dalam buku teks secara terancang
dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran secara berkelompok

9 Jadual Pelaksanaan

Pelaksanaan
Bil Aktiviti Tindakan Catatan
J F M A M J J O S O
1 Mesyuarat X Pengetu
JKS 1/2010 a / Pen.
Kanan
2 Menyediaka X Semua
n Bahan Guru
3 Memberi X Pn
taklimat Arbaiyah
program
kepada guru
4 Pelaksanaan X X X X X X X Guru
Program KHB
kelas
yang
terlibat
5 Pemantauan X X GKB / K.
Panitia

10 Kewangan
Peruntukkan kewangan Panitia Kemahiran Hidup

11 Instrumen Penilaian
Peperiksaan Pertengahan Tahun
Peperiksaan Akhir Tahun
Peperiksaan Percubaan PMR

12 Penutup
Satu usaha untuk menambahbaikan proses P&P dalam dan luar kelas.
Diharapkan Program Latih Tubi Terancang ini dapat membolehkan pelajar lemah dan
sederhana mengikuti P&P dengan lebih berkesan.
Modul yang disediakan memudahkan guru bagi menyediakan latihan dalam proses
P&P di kelas

Disediakan oleh Disahkan oleh

Ketua Penitia Kemahiran Hidup


PROGRAM LATIHTUBI BERFOKUS (SOALAN-SOALAN PERCUBAAN DARI NEGERI
LAIN

1 Tajuk Program
LATIHTUBI BERFOKUS / SOALAN-SOALAN PERCUBAAN PMR DARI NEGERI LAIN

2 Latar Belakang
Pendedahan kepada format soalan peperiksaan sebenar dapat membuka minda dan
meningkatkan keyakinan pelajar sebelum peperiksaan PMR . Pendedahan ini membantu pelajar
memahami format soalan dan juga memudahkan guru menerangkan format jawapan yang
dikehendaki.
Selain itu memahami format soalan membantu pelajar memberi fokus kepada tajuk yang penting,
yang susah dan juga memudahkan pelajar membuat pilihan kepada soalan peperiksaan.
Program jangka pendek ini bertujuan menyediakan pelajar yang lemah menghadapi peperiksaan
dan akan diikuti dengan melatih mereka menjawab tajuk-tajuk yang difokus guru sahaja.
Sebaliknya pelajar yang cemerlang diberikan soalan-soalan tambahan (soalan-soalan percubaan
negeri lain) untuk meningkatkan kemahiran menjawab soalan peperiksaan

3 Matlamat
Meningkatkan kecemerlangan keputusan peperiksaan PMR
Meningkatkan prestasi pelajar berpencapaian lemah.
Memudahkan guru dan pelajar memberi dan membuat latihan yang terfokus.
Mendedahkan pelajar kepada format soalan peperiksaan yang sebenar.
Sebagai satu usaha jangka pendek bagi meningkatkan motivasi pelajar lemah untuk
menjawab soalan-soalan yang difokuskan.

4 Objektif
Meningkatkan peratus kualiti dalam peperiksaan PMR
Meningkatkan peratus kuantiti peperiksaan PMR

5 Rasional
Satu usaha jangka pendek untuk memberi peluang pelajar mengenali dan memberi fokus
kepada format soalan-soalan peperiksaan.
Pendedahan ini akan memberi peluang pelajar cemerlang menjawab soalan dengan
format yang dikehendaki, juga meningkatkan keyakinan mereka.
Pendedahan ini juga akan menggalakkan pelajar lemah mencuba soalan yang mudah dan
sederhana yang diberi pengkhususan dalam P&P.

6 Jawatankuasa Pelaksanaan
Penasihat : En. Mohd Hashim b. Ahmad
Pengerusi : En. Maznoh b. Lemon
Pengurus : Pn. Sarinah bt. Muhd. Safian
Setiausaha : Pn. Arbaiyah bt Basiran
AJK : Pn. Yong Zuraidah bt Jamaluddin
En. Khairul Anuar bin Mohd. Yusof

7 Kumpulan Sasaran
Pelajar Tingkatan 3RK, 3B, 3C, 3D dan 3E

8 Strategi
Memberi maklumat kepada semua guru dan pelajar yang terlibat.
Memperbanyakkan bahan (soalan tahun-tahun lepas) mengikut bilangan pelajar.
Memberi latihan untuk pelajar mencuba di rumah.
Membincangkan jawapan dalam waktu P&P / Kelas Tambahan / Kelas Program
Kecemerlangan / Kelas Tutorial.

9 Jadual Pelaksanaan / Tempoh


Tarikh pelaksanaan ialah pada bulan Julai hingga Ogos 2010 (Fasa 1 - soalan tahun-
tahun lepas) dan Ogos hingga September 2010 (Fasa 2 - soalan percubaan dari negeri-
negeri lain)

10 Kewangan
10.1 Peruntukan Panitia Kemahiran Hidup.
10.2 Sumbangan Persatuan Kemahiran Hidup

11 Instrumen Penilaian
Analisis Peperiksaan Percubaan PMR 2010
Analisis Peperiksaan PMR 2010

12 Penutup
Cadangan dan usul yang dikemukankan ini diharap dapat meningkatkan prestasi PMR
amnya dan khususnya bagi matapelajaran Kemahiran Hidup. Semoga usaha murni ini
mendapat sokongan dari semua pihak yang terlibat dan dapat meningkatkan kualiti dan
juga kuantiti pencapaian pelajar bagi matapelajaran Kemahiran Hidup.

Disediakan oleh Disahkan oleh

.......................................

Ketua Panitai Kemahiran Hidup

KEPONG KERJA KURSUS PMR


1 TAJUK PROGRAM
KEPONG KERJA KURSUS PMR.

2 LATAR BELAKANG
Rata-rata pelajar di SMART tidak mempunyai minat/tidak kreatif untuk melaksanakan kerja
kursus tanpa bimbingan guru. Ramai juga dikalangan pelajar SMART suka ponteng sekolah
menyebabkan perjalanan menyelesaikan kerja kursus menjadi tergendala. Guru terpaksa
mengambil inisiatif sendiri dengan mengepong pelajar di bengkel dalam satu hari untuk mereka
menyiapkan kerja kursus, lebih-lebih lagi kerja kursus memberi impak yang besar kepada markah
PMR

3 MATLAMAT
Membantu pelajar menyelesaikan kerja kursus mengikut tempoh yang ditetapkan.
Membimbing pelajar yang lemah.
Mendisiplinkan pelajar supaya tidak ponteng sekolah.

4 OBJEKTIF
Pelajar dapat memahami kehendak kerja kursus seterusnya menyelesaikan kerja kursus
mengikut tempoh yang ditetapkan.
Meningkatkan keyakinan diri seterusnya menambah minat pelajar terhadap apa kerja
kursus.

5 RASIONAL
Satu usaha jangka pendek untuk menyiapkan kerja kursus bagi pelajar-pelajar yang suka
ponteng sekolah.
Melatih pelajar sentiasa bersedia menyiapkan kerja kursus bukan bersedia disaat-saat
akhir.

6 JAWATANKUASA PELAKSANAAN
Penasihat : En. Mohd Hashim b. Ahmad
Pengerusi : En. Maznoh b. Lemon
Pengurus : Pn. Sarinah bt. Muhd. Safian
Setiausaha : Pn. Arbaiyah bt Basiran
AJK : Pn. Yong Zuraidah bt Jamaluddin
En Khairul Anuar bin Mohd. Yusof

7 KUMPULAN SASARAN
Pelajar-pelajar yang suka ponteng sekolah terutama kelas 3E, 3D dan 3C
8 STRATEGI
Guru akan menyemak markah kerja kursus pada bulan Jun.
Pemerhatian dibuat terhadap kerja kursus yang tidak diselesaikan .
Mohon guru kelas memaklumkan kepada guru KH kehadiran pelajar terbabit supaya boleh
diambil tindakan seterusnya. Pelajar akan dipanggil ke dalam bengkel untuk diberi
bimbingan menyelesaikan kerja kursus tersebut.

9 JADUAL PELAKSANAAN / TEMPOH


Tarikh pelaksanaan ialah pada bulan Jun - Julai 2010 (sebelum key-in markah kerja
kursus).

10 KEWANGAN
10.1 Peruntukan Panitia Kemahiran Hidup (bahan kerja kursus).

11 INSTRUMEN PENILAIAN
Analisis Peni Analisis Peperiksaan PMR 2010

12 PENUTUP
Usaha murni ini diharap dapat meningkatkan kemahiran dan disiplin pelajar amnya dan
khususnya bagi matapelajaran KHB. Semoga ianya dapat meraih hasil yang positif
dengan peningkatan peratus kelulusan pelajar dalam setiap Peperiksaan PMR.

Disediakan oleh Disahkan oleh

.......................................

(Pn. Arbaiyah bt Basiran)


Ketua Panitai KHB

Вам также может понравиться