You are on page 1of 2

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU,

SK SERI BIDOR,
JALAN PERSATUAN,
35500 BIDOR,
PERAK DARUL RIDZUAN. Telefon/ Faks : 05-4341568
_________________________________________________________________________
PERAK EXCELLENT Tarikh : 26 OKTOBER 2015
13 MUHARRAM 1437

En. Hisam Bin Hj. Hashim


Kg. Petalin Baru,
35500 Bidor,
Perak.

Melalui dan salinan:

Guru Besar,
SK Seri Bidor,
Jalan Persatuan,
35500 Bidor,
Perak Darul Ridzuan.

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN KHEMAH UNTUK MENGADAKAN PROGRAM CERAMAH MAAL HIJRAH

Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas dan memaklumkan bahawa pihak sekolah dan
Jawatankuasa PIBG SK Seri Bidor dengan kerjasama Pejabat Penghulu Bidor serta masjid Al-Muhtadin
Bidor akan mengadakan majlis tersebut seperti maklumat berikut :

Majlis : Majlis Sambutan Maal Hijrah


Tarikh : 6 November 2015
Hari : Jumaat Malam Sabtu
Masa : 9.00 Malam
Tempat : Dewan Terbuka SK Seri Bidor
Penceramah : Ustaz Hariyanto Rizal Rokman

2. Sehubungan dengan itu, pihak kami ingin memohon bantuan khemah dan kerusi dari pihak
tuan/puan untuk melancarkan perjalanan program kami. Jumlah khemah yang diperlukan sebanyak 3
buah dan 120 buah kerusi.

3. Segala sumbangan yang dihulurkan amatlah kami hargai dan didahului dengan jutaan terima
kasih.

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menjalankan tugas,

...........................................................
( MUHAMMAD AZHAR BIN YAHYA )
Yang Dipertua PIBG.
Sekolah Kebangsaan Seri Bidor