Вы находитесь на странице: 1из 1

Latihan Soalan 1

Isi tempat kosong dengan kata ganti nama diri yang sesuai.

1. Dalam operasi yang dijalankan oleh sepasukan polis itu, _________ telah menemukan
tujuh puluh ribu keping cakera padat cetak rompak di dalam beberapa buah kotak.

2. _________ dan kakak tidak dapat tidur malam tadi kerana masih teringat akan peristiwa
sedih yang kami alami semalam.

3. Janganlah _________ bimbang kerana juadah yang disediakan ini cukup untuk tetamu
yang diundang, kata ayah kepada Kak Ngah Aishah.

4. Sila baca surat perjanjian jual beli rumah ini dengan teliti sebelum _________
menurunkan tandatangan, kata peguam itu kepada para pelanggannya.

5. Sediakan kenderaan kerana _________ hendak berangkat ke masjid untuk


menunaikan sembahyang sunat Hari Raya Aidilfitri, kata pegawai istana itu kepada
juruiring raja.

6. Berapa harga sekilogram buah jambu air yang _________ jual ini? tanya Puan
Rohaya kepada gadis itu.

7. Pada pandangan _________, masalah ini harus diselesaikan dengan segera supaya
tidak berlarutan, kata laksamana kepada raja.

Latihan Soalan 1
Kenal pasti kesalahan bahasa (kata ganti nama diri) dan tulis jawapan yang betul.

1. Kami tidak harus mengalah sebelum perlawanan bermula, kata Murthi kepada Azrul.
(_________)

2. Kereta itu sungguh mahal kerana ianya diimport dari Jepun. (_________)

3. Beliau diberkas kerana terlibat dalam kes penipuan. (_________)

4. Hamba mohon maaf atas kesalahan hamba, kata Paduka Ali kepada Sultan Mansor
Syah. (_________)

5. Kakitangan syarikat ini sedia menolong engkau. (_________)

6. Saya ingin berjumpa dengan ia. (_________)

7. Mereka-mereka sedang bermain bola di padang. (_________)

Вам также может понравиться