Вы находитесь на странице: 1из 13

ISI KANDUNGAN

PENGENALAN 1

PENCARIAN LITERATUR. 2

PROFIL KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Objektif , Misi dan Visi 3

Logo 5

Nilai - nilai teras budaya korporat 7

Moto dan komitmen 8

Lagu. 9

RUMUSAN. 10

RUJUKAN. 11

LAMPIRAN. 12
PENGENALAN

Setiap organisasi Kementerian Malaysia memerlukan budaya korporat untuk


menerapkan dan membantu membangunkan sesebuah organisasi tersebut. Budaya
korporat merupakan antara elemen penting yang wajar diterapkan dalam sesebuah
organisasi. Budaya korporat pastinya berbeza antara satu organisasi dengan organisasi
yang lain. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga turut tidak ketinggalan
mengetengahkan budaya korporat dalam kalangan anggotanya bagi menjamin kualiti
perkhidmatan yang ditawarkan adalah cemerlang dalam pelbagai sudut.

Budaya korporat ialah pola andaian asas, nilai, norma dan artifak yang dikongsi
oleh ahli-ahli sesuatu organisasi (Cummings dan Worley, 1993). Budaya korporat
merupakan andaian-andaian kongsi yang orang beranggapan terhadap bagaimana
kerja harus dilaksanakan dan dinilaikan. Menurut Kamus Dewan edisi ke-4, budaya
bermaksud tamadun, peradaban, cara berfikir, akal budi dan kelakuan. Ada juga
sumber lain yang mengatakan bahawa budaya asalnya diambil daripada perkataan
sanskrit budayyah yang merupakan kata jamak bagi perkataan buddhi, yang
bermaksud budi pekerti atau akal.

Y.B Dato' Sri Liow Tiong Lai, Bekas Menteri Kesihatan Malaysia telah melancarkan
Kempen Budaya pada 23 Februari 2009 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. Dalam
majlis tersebut, beliau telah memberikan semangat baru kepada budaya korporat yang telah
dilancarkan pada tahun 1991. Kempen ini memperkenalkan visi dan misi Kementerian
Kesihatan Malaysia yang lebih relevan dan mudah difahami oleh segenap anggota
kementerian Kesihatan. Beliau juga telah memperkenalkan logo dan lagu baru budaya
korporat. Secara tidak langsung, perkara ini memupuk semangat semua staf-staf
Kementerian Kesihatan dan meningkatkan lagi mutu dan kualiti khidmat perubatan
kepada rakyat Malaysia.

1
Pencarian Literatur

Kementerian Kesihatan pada hari ini melaksanakan Kempen Penerapan Budaya


Korporat. Program ini merupakan inisiatif berterusan dalam usaha membudayakan
penyampaian perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat. Usahausaha ini telah
dimulakan sejak tahun 1991 lagi, di mana sebagai menyahut seruan Kerajaan yang
telah melaksanakan Kempen Budaya Kerja Cemerlang pada tahun 1987, KKM telah
memperkenalkan Budaya Korporat KKM dengan penekanan terhadap tiga (3) nilai
teras iaitu penyayang, profesionalisme dan kerja berpasukan. Kempen Penerapan
Budaya Korporat pada kali ini bertujuan memberi suntikan baru dan memantapkan
lagi pengamalan budaya korporat di kalangan warga KKM yang lama dan baru.

Ucapan Y.B. DATO SRI LIOW TIONG LAI ( Bekas Menteri Kesihatan Malaysia)
DI MAJLIS PELANCARAN KEMPEN BUDAYA KORPORAT
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
23 FEBRUARI 2009

...the two main reasons why cultures develop in organizations is due to external
adaptation and internal integration. External adaptation reflects an evolutionary approach
to organizational culture and suggests that cultures develop and persist because they help an
organization to survive and flourish. If the culture is valuable, then it holds the potential for
generating sustained competitive advantages. Additionally, internal integration is an
important function since social structures are required for organizations to exist.

SCHEIN (1992)

2
PROFIL KEMENTERIAN KESIHATAN
MALAYSIA

Objektif

Untuk membantu seseorang individu untuk mencapai dan mengekalkan satu taraf
kesihatan bagi membolehkannya menjalankan kehidupan ekonomi dan sosial yang
produktif. Ini boleh dicapai dengan menyediakan perkhidmatan bercorak
penggalakan, pencegahan, rawatan dan pemulihan yang cekap, sesuai dan berkesan
dengan memberi penekanan kepada golongan-golongan yang kurang bernasib baik.

Visi dan Misi

VISI

Negara mengembleng tenaga ke arah kesihatan yang lebih baik.

MISI

Misi Kementerian Kesihatan adalah untuk menerajui dan berusaha bersama-sama:

i. Untuk memudahkan dan membolehkan rakyat:


Mencapai sepenuhnya potensi mereka dalam kesihatan.
Menghargai kesihatan sebagai aset paling berharga.
Mengambil tanggungjawab dan tindakan positif demi kesihatan
mereka.

ii. Untuk memastikan sistem kesihatan berkualiti tinggi iaitu:


Mengutamakan pelanggan
Saksama
Tidak membebankan
Cekap
Wajar mengikut teknologi
Boleh disesuaikan mengikut persekitaran

3
Inovatif

iii. Dengan menekankan:


Sifat penyayang, profesionalisme dan kerja berpasukan
Sifat menghormati maruah insan
Penglibatan masyarakat

4
LOGO
Logo merupakan salah satu identiti sesebuah organisasi. Kementerian Kesihatan
Malaysia juga turut mempunyai logo tersendiri yang mempunyai makna yang amat
berkait rapat dengan organisasi. Berikut merupakan pengertian di sebalik logo
tersebut:

Latar Belakang
Putih

Melambangkan
kepentingan
kebersihan,
keikhlasan dan
kesungguhan
anggota Kementerian Kesihatan Malaysia menjalankan tugas.

Sentuhan di Hati

Melambangkan kelembutan, kemesraan dan keprihatinan semasa menjalankan tugas.

Hati Berwarna Merah

Melambangkan semangat dan komitmen anggota Kementerian Kesihatan Malaysia


untuk meningkatkan mutu perkhidmatan.

5
Tangan

Melambangkan keikhlasan dan kesediaan untuk membantu.

Nilai-nilai Teras

Menonjolkan prinsip-prinsip yang dipegang semasa menjalankan tugas.

6
NILAI-NILAI TERAS BUDAYA KORPORAT
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Kementerian Kesihatan Malaysia menekankan 3 nilai utama dalam budaya


korporatnya iaitu penyayang, profesionalisme dan kerja berpasukan.

Penyayang

Kami komited untuk menerima pelanggan dengan sikap ramah mesra dan penuh
perhatian. Kami bersedia memberi layanan dengan bersopan santun, responsif dan
menghormati hak individu. Kami bertanggungjawab memberi perkhidmatan yang mesra
pelanggan.

Profesionalisme

Kami komited untuk memberi perkhidmatan yang terbaik merangkumi etika dan taraf
kerja yang dikehendaki serta prinsip anggota yang bertanggungjawab. Kami percaya dalam
memberikan perkhidmatan cemerlang dan sentiasa bersedia memenuhi harapan
masyarakat.

Kerja Berpasukan

Kami komited untuk bekerja sebagai satu pasukan dengan harmoni bagi mencapai
matlamat yang sama.

7
MOTO DAN KOMITMEN KEMENTERIAN
KESIHATAN MALAYSIA
Moto Kami Sedia Membantu

Kami - Semua anggota Kementerian Kesihatan Malaysia bekerja sebagai satu


pasukan untuk mencapai matlamat yang sama.

Sedia - Sentiasa bersiap sedia untuk memberi perkhidmatan secara profesional.

Membantu - Ikhlas semasa memberi bantuan dan menjalankan tugas.

Komitmen Kami Dalam Budaya Korporat Kementerian Kesihatan Malaysia.

Kami komited memberikan perkhidmatan kepada setiap pesakit dengan


penuh rasa kemesraan, kejujuran dan keikhlasan.

Kami komited memberikan perkhidmatan yang efektif dengan bersikap


profesional, tekun, mudah didekati dan bersopan santun.

Kami komited bekerja sebagai satu pasukan untuk memastikan perkhidmatan


yang diberikan sentiasa efisien, efektif dan produktif.

LAGU KEMENTERIAN KESIHATAN


MALAYSIA

8
BANGSA YANG SIHAT ASET NEGARA
KUALITI HIDUP DIPELIHARA
BERPASUKAN BERGANDING TANGAN
PERTINGKATKAN TARAF KESIHATAN

SECARA PROFESIONAL, KHIDMAT DIBERI


KECEMERLANGAN, MATLAMAT KAMI
DIMANA PUN JUA, DISETIAP WAKTU
KAMI SEDIA MEMBANTU

KAMI PENYAYANG PADA SEMUA


BAGI KAMI TIADA BEZA
BERTANGGUNGJAWAB AMALAN KITA
KESIHATAN DAN MARUAH DIJAGA

SECARA PROFESIONAL, KHIDMAT DIBERI


KECEMERLANGAN, MATLAMAT KAMI
DIMANA PUN JUA, DISETIAP WAKTU*
KAMI SEDIA MEMBANTU*

* Ulang 2 Kali

RUMUSAN.

Secara kesimpulannya, sesebuah organisasi memerlukan satu budaya korporat yang


munasabah dengan misi dan visi mereka untuk memastikan perkembangan organisasi

9
terus meningkat dan tidak mundur dalam pembangunan. Untuk setiap individu dalam
sesebuah organisasi perlu memahami segala isi budaya korporat ayng telah ditetapkan
dan bersedia melalui perubahan pada bila-bila masa. Perubahan persekitaran yang
meliputi aspek ekonomi, sosial dan politik dan persaingan yang lebih kompetitif
memaksa sesebuah organisasi sentiasa lebih peka untuk melakukan perubahan.
Sesuatu perubahan yang dirancang selain mengambil kira faktor perancangan
strategik, faktor budaya korporat yang sedia ada dalam sesebuah organisasi tentunya
mempengaruhi malah boleh menggagalkan sesuatu perubahan. Perubahan dalam
budaya korporat yang ada perlu juga diteliti dan diambil kira bagi memastikan
keberkesanan sesuatu perubahan terancang. Dengan budaya korporat yang sedia ada
sekarang akan membantu untuk membina dan merealisasikan wawasan 2020 yang
telah dimahukan oleh seluruh rakyat Malaysia.

Senarai Rujukan.

1. Laman sesawang ( http://www.infosihat.gov.my/infosihat/index.php )

10
2. Laman sesawang ( http://www.moh.gov.my/ )

3. Ucapan Y.B. Dato Sri Liow Tiong Lai Menteri Kesihatan Malaysia Di Majlis
Pelancaran Kempen Budaya Korporat Kementerian Kesihatan Malaysia 23
Februari 2009.

4. Laman sesawang ( http://ms.wikipedia.org/wiki/Budaya_Korporat )

LAMPIRAN

11
12

Вам также может понравиться