Вы находитесь на странице: 1из 5

METODOLOGI KAJIAN

Metodologi kajian adalah meliputi cara kaedah dan pendekatan yang digunakan intik mencapai
objektif dan matlamat kajian. Sub topik ini menjelaskan metodologi kajian yang digunakan
dalam kajian yang dijalankan. Sub topik ini juga akan membincangkan dengan terperinci
beberapa perkara penting dalam menyiapkan kajian ini. Aspek reka bentuk instrumen kajian,
prosedur pengumpulan data, tinjau selidik,dan teknik penganalisis data dihuraikan secara lanjut
dalam sub topik ini.

Reka Bentuk Kajian

Kajian ini menggabungkan kaedah kualitatif dan kuantitatif. Reka bentuk triangulasi merupakan
kaedah reka bentuk kualitatif yang digunakan untuk kajian ini. Kaedah-kaedah pengumpulan
data penyelidikan kualitatif yang digunakan dalam kajian ini termasuk prosedur pengumpulan
data, tinjau selidik, dan analisis kandungan. Kerlinger (1973) mengatakan reka bentuk yang
sesuai boleh mengawal varians yang tidak berkait dengan penyelidikan. Ini bermakna pemboleh
ubah yang tidak berkaitan atau sesuai diasingkan daripada mempemgaruhi penyelidikan.

Kajian lapangan dengan reka bentuk triangulasi ini menggunakan tinjau selidik sebagai
instrument kajian utama dan pemerhatian serta analisis kandungan sebagai sokongan kepada
hasil kajian yang diperoleh daripada instrument utama. Kaedah analisis dokumen juga digunakan
dalam kajian untuk memperolehi maklumat secara mendalam terhadap kajian ini. Selain itu,
kajian deskriptif digunakan sebagai kaedah kuantitatif supaya data-data yang dikumpul
berdasarkan kaedah analisis kandungan diolah ke dalam bentuk angka dan carta. Mengikut Ary
dan Jacobs (1990), penyelidikan deskriptif direka untuk mendapat maklumat berkenaan dengan
sesuatu kedudukan kejadian masa kini.
Instrumen Kajian

Kajian ini telah menggunakan instrumen kaedah pengumpulan data dan kaedah analisis data.

a) Prosedur Pengumpulan Data

Kaedah ini digunakan untuk mencari data-data yang berasaskan kepada penulisan dan
dokumentasi bertulis. Sumber primer dan sekunder dari bahan bertulis merupakan cara
data-data dalam kajian ini diperoleh. Buku, artikel, jurnal dan tesis merupakan contoh
sumber bagi kajian ini. Sumber primer seperti 1511: Kisah Sebuah Kota (A Halim
Hassan 2014) digunakan dalam kajian ini. Sumber sekunder bagi kajian ini kami
menggunakan Kamun Dewan. Sumber sekunder in itelah menjadi landasan teori sebagai
panduan kepada pengkaji untuk menyiapakan kajian ini.

b) Tinjau Selidik
Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini juga ialah teknik tinjau selidik. Soalan-
soalan yang terkandung dalam boring selidik dinyatakan dalam betuk Skala Likert 5
mata. Skala Likert 5 mata in terbahagi keoada 5 pilihan iaitu :

1 = sangat tidak setuju (strongly disagree)


2 = tidak setuju (disagree)
3 = tidak pasti (not sure)
4 = setuju (agree)
5 = sangat setuju (strongly agree)

Dalam kajian ini, soal selidik dibahagikan kepada dua objektif:

Objektif Pertama: Mengkaji faktor kemunculan masyarakat cina muslim di


Melaka

1) Saya mengetahui bahawa Saya mengetahui bahawa perkembangan


masyarakat Cina berlaku semenjak zaman kesultanan melayu Melaka.
2) Saya mengetahui bahawa kedatangan masyarakat cina ke tanah
melayu telah membentuk satu masyarakat iaitu baba nyonya dan cina
muslim.
3) Saya mengetahui bahawa sebelum kewujudan masyarakat cina
muslim di Malaysia, Islam telah wujud di negeri Cina pada tahun
650M.
4) Saya mengetahui bahawa masyarakat Cina muslim wujud sejak zaman
Dinasti Tang lagi.
5) Saya mengetahui bahawa masyarakat cina muslim berkembang
disebabkan pengamalan budaya cosmopolitan.
6) Saya mengetahui bahawa masyarakat cina muslim mulai berkembang
disebabkan oleh perkahwinan.
7) Saya mengetahui bahawa Melaka merupakan negeri pertama
pertapakan kaum Cina Muslim di Malaysia.
8) Saya mengetahui bahawa perkembangan masyarakat cina muslim
adalah disebabkan penghijrahan.
9) Saya mengetahui bahawa perkembangan kaum Cina muslim adalah
disebabkan oleh aktiviti perdagangan.
10) Saya mengetahui bahawa perkembangan masyarakat cina muslim
adalah disebabkan oleh kekurangan tenaga buruh di Malaysia.

Objektif Kedua : Mengetahui sejarah perkembangan seni bina masjid dalam


kalangan masyarakat cina muslim di Melaka.

1) Saya mengetahui bahawa seni bina telah mulai berkembang sejak abad
pertama masihi di Tanah Melayu.
2) Saya mengetahui bahawa kemasukan cina keTanah Melayu telah
mewujudkan kepelbagaian dari segi seni bina
3) Saya mengetahui bahawa perkembangan binaan masjid bermula sejak
pemerintahan Dinasti Tang
4) Saya mengetahui bahawa masjid yang pertama kali dibina oleh
masyarakat cina muslim adalah di Canton Cina.
5) Saya mengetahui bahawa perkembangan seni bina di Melaka wujud
disebabkan oleh kedatangan Cina pada kurun ke 14 .
6) Saya mengetahui bahawa penjajahan Belanda di negeri Melaka telah
menyebabkan wujudnya rumah ibadat masjid.
7) Saya mengetahui bahawa perkembangan seni bina masjid yang
kepelbagaian disebabkan oleh tenaga buruh yang berasal dari kaum
cina.
8) Saya mengetahui bahawa bahan binaan yang pertama sekali digunakan
untuk membina masjid di Melaka ialah genting tanah liat.
9) Saya mengetahui bahawa seni bina masjid cina dipengaruhi oleh seni
bina masjid di Cina khususnya Beijing, Shanghai dan Xian.
10) Saya mengetahui bahawa pembinaan Masjid Cina di Melaka
menggambarkan masyarakat Cina Muslim sudah lama menetap di
Malaysia.
11) Saya mengetahui bahawa dengan terbinanya Masjid Cina di Melaka
dapat menyatu padukan masyarakat di sekitar masjid.

c) Teknik Analisis Data


Data yang diperoleh daripada tinjau selidik akan dianalisiskan secara kuantitatif
berdasarkan carta yang dibuat. Data yang didapati akan dianalisikan dalam bentuk carta
paimengikut peratus responden menggunakan Microsoft Word.

Kesimpulan

Sub topik ini telah menerangkan secara terperinci kaedah pelaksanaan kajian ini iaitu
melalui prosedur pengumpulan data, tinjau selidik, dan teknik analisis data. Penggabungan
kaedah-kaedah kuantitatif dan kaulitatif dijangka dapat menghasilkan dapatan yang berkesan dan
menyeluruh.

CARTA ALIR PROSES KAJIAN

Kajian Awal

1. Mengenal pasti permasalahan dan bidang kajian.


2. Mengenal pasti keunikan Malaysia
3. Mengkaji tempat-tempat menarik di Malaysia
Penyediaan Borang Soal selidik

Soal selidik

Pengumpulan Data

Analisis Data

Keputusan

Rumusan dan Cadangan

Вам также может понравиться