Вы находитесь на странице: 1из 2

contoh teks pengacara majlis ambang merdeka

teks ucapan pengacara majlis sempena ambang merdeka SK Segambut Makmur

perhatian .minta kerjasama semua pelajar untuk memberi laluan sambutan ambang
kemerdekaan yang akan dimulakan sebentar lagiterima kasih.

irama beralun gendang dipalu


langkah diayun berpasang-pasangan
58 tahun telah berlalu.
malaysia megah menyambut kemerdekaan..

bismillahirahmanirahimassalamualaikum dan salam sejahtera

yg berusaha En Abd. Rahman bin Shahadat yang dihormati pn Rohaya binti Othman
penolong kanan akademik

En Badrulhisham bin Bahari penolong kanan hal ehwal murid,


En Noorjimi bin Kharudin ,penolong kanan ko-kurikulum..

rakan-rakan guru ,kakitangan SK


Segambut Makmur
dan murid-murid yg dikasihi sekalian

alhamdulillah. bersyukur kita ke hadrat ilahi,kerana di pagi yg berbahagia dan ceria ini kita
dapat bersama-sama berkumpul bagi memeriahkan satu lagi program bersempena dengan
sambutan bulan kemerdekaan 58 tahun Malaysia iaitu sambutan ambang merdeka.

begitu pantas detik masa berlalu,kita bakal menyambut kemerdekaan malaysia kurang 3 hari
lagi dengan penuh kedamaian.ini jelas membuktikan betapa beruntungnya kita sebagai
rakyat malaysia,hidup di bumi bertuah ini.

nyanyian lagu negaraku

sebagai pembuka acara,majlis menjemput para guru dan pelajar berdiri dan bersama-sama
menyanyikan lagu kebangsaan lagu negaraku.

terima kasih diucapkan kepada semua atas nyanyian itu tadi.

bacaan doa
hadirin yang dihormati,

bagi memberkati majlis pada pagi ini,,dipersilakan Ustaz Fazrul bin zulkifli untuk
mengetuai bacaan doa.

amin.amin ya rahbal alamin.

majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Al fadhil ustaz muhd fazrul bin zulkifli atas
bacaan doa itu tadi.

para hadirin sekalian,


Sebagai pembuka tirai , majlis diteruskan lagi dengan deklamansi sajak oleh Fadilah bt
jamalusin, Faridah bt jamaludin dan Alya Aisyah bt Mohd Rafizal .

Seterusnya marilah sama-sama menghayati seni kata lagu warisan oleh Allahyarham
Sudirman Hj Arshad sebagai mengingati perjuangan tokoh-tokoh kemerdekaan yang
sanggup berkorban jiwa dan raga demi Malaysia tercinta.

para guru dan murid murid sekalian


bagi meneruskan majlis sambutan ambang kemerdekaan pada pg ini, dengan sukacitanya
dijemput yang berusaha,En Abd Rahman b Shahadat ke pentas untuk menyampaikan
ucapan.
dengan segala hormatnya dipersilakan

Seterusnya bagi menzahirkan rasa bangga menjadi warganegara malaysia,marilah sama-


sama menyaksikan rakaman peristwa pengisytiharan kemerdekaan tanah Melayu pada 31
Ogos 1957 di dataran merdeka.

Begitulah tadi rakaman yang penuh bererti kepada rakyat Malaysia. Dengan ini majlis
menjemput ustaz Muhammad fazrul b Zulkifli bagi mengetuai laungan merdeka sebanyak 7
kali .
Semua murid diminta berdiri.

Sebelum majlis bersurai kita sama-sama menyanyikan 2 buah lagu patriotic iaitu. Tanggal 31
dan Lagu tema Sehati sejiwa.

Begitulah tadi nyanyian lagu tanggal 31 ogos dan sehati sejiwa. Deangan ini mkaka
berakhirlah majlis sambutan ambang merdeka.bagi tahun 2015.

Tumbuh lada di pohon bidara


Tumbuh dengan pokok kuini
Kibar bendera cintakan Negara
Rakyat aman hidup harmoni

Teriak merdeka memecah angkasa


Mengubat derita berabad lama
Kekalkan jati diri bangsa
Moga merdeka kekal selamanya

Вам также может понравиться